Friday, April 25, 2014

LEMAK PUTIH UMBUT KELAPA

Resepi ni saya ambil dari mat gebu. Dah lama tak makan dan jumpa umbut kelapa fresh nih sampai lupa camna nak masak.

Dulu tiap kali kenduri tahlil @ doa selamat @ gotong royong utk majlis perkahwinan selalu ada gulai umbut nih. Allahyarham abah pun selalu tebang pokok kelapa untuk ambil umbutnya.

Saya suka jugak makan mentah.....lemah2, manis2 buah gitu....saya suruh anak2 mencuba dan diorang pun suka....

BAHAN-BAHANNYA :-)

800 gram umbut kelapa yang telah dihiris, rendam
2 camca besar udang kering, rendam 10 minit, tos dan tumbuk hancur ( saya guna udang hidup/segar)
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Cili merah untuk hiasan
1 biji bawang besar, hiris halus
4 ulas bawang putih, dititik (kebiasaan saya masak lemak tak letak bawang putih)

CARA MEMBUATNYA :-)
Masukkan umbut kelapa (toskan) ke dalam periuk bersama serai titik, hirisan bawang besar, bawang putih dan santan cair. Masak hingga mendidih sambil dikacau sekali sekala. Masak hingga umbut lembut sedikit.Tuang pati santan, tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Kacau rata dan biar mendidih perlahan dengan api kecil. Akhir sekali masukkan daun kunyit dan cili merah hiris, masak sekejap , rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, sambal belacan dan ikan goreng/ikan masin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...