Monday, April 21, 2014

Pasta with simple tomato sauce

Pagi ni saya hidangkan pasta untuk sarapan dan bekal. Kuah dia saya dah prepare malam tadi.


Untuk pasta

500 gm pasta pilihan
Air secukupnya
Garam
Minyak zaiton
------
Rebuskan pasta hingga di dalam air mendidih yang diletakkan sedikit garam. (Saya suka pasta yang lembut jadi selalunya saya akan rebus lebih lama daripada tempoh yang dicadangkan pada bungkusan pasta)
Tos dan gaulkan dengan sedikit minyak zaiton.


Untuk sos/kuah

1 kg tomato
2 liter air
1 tin kecil tomato puri
2 biji bawang holland
6 ulas bawang putih - cincang atau tumbuk
2 keping dada ayam - cincang
1 sb oregano
1 sb serbuk lada hitam
5 helai daun salam segar dari ladang - kalau takde ble guna yg kering
Sedikit minyak zaiton
1 sb mentega
Garam dan gula secukup rasa

*******
Hidangkan bersama
Parmesan cheese secukupnya.
Daun parsley segar yang dicincang - kali ni tak letak sebab stok dah habis
-------
Rebus tomato (tak perlu cincang) dengan 1 liter air sehingga lembik. Penyek2kan tomato dan ketepikan.
Dalam periuk lain, panaskan minyak + mentega. Tumis bawang putih dan bawang hingga naik bau. Masukkan ayam. Tumis hingga ayam masak. Masukkan tomato yg direbus tadi, tomato puri dan air. Masak hingga sebati.
Masukkan bahan2 lain. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Biarkan seketika hingga kuah sedikit pekat. Tutup api.
-------

Cadangan sajian

Masukkan pasta ke dalam pinggan. Tuangkan kuah/sos. Taburkan cheese dan daun parsley.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...