Tuesday, April 1, 2014

Kaswi pandan

Sementelah daun pandan byk, dan terpaksa dipotong sebab dah tinggi dan melentuk kat pokok kari tu, saya guna la utk buat kasui ni. Kuih- muih atau kek yg guna air daun pandan asli memang semerbak dan sedap.

Kasui Pandan dari dapur kakyah ni saya buat separuh bancuhan jer. Cukup la utk sarapan esok pagi. Tapi mcm haritu jugak kuih saya ni berlompang.....

hehehe....kenapa agaknya yer....saya rasa sebab tepung beras tu la.  Lain kali nak try tak letak tepung beras lak......


Bahan2nya
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1cawan tepung ubi
8-9 cawan air
15 - 20 helai daun pandan (kisar dengan air untuk dapatkan 8 - 9 cawan air tadi)
2 cawan gula
sedikit air kapur
1/2 biji kelapa putih  + sedikit garam

Caranya
Masukkan semua bahan dalam satu bekas kecuali kelapa putih dan garam.
Digaul sebati kemudian ditapis
Masukkan ke dalam loyang dan dikukus 30-35 minit.
Sejukkan kemudian potong dan digaul dengan kelapa putih yang dicampur garam.
ada budak kecik interframe kat tepi tu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...