Thursday, April 10, 2014

Rez asfar ma' jaj/dajaj - arabic yellow rice with chicken

Menu sarapan cum lunch.... lepas subuh terus masak arabic yellow rice ni sbb jab lagi bekalan air akan diputuskan untuk dua hari. Lagi pun encik hubby nak ke laut pagi ni...(macam isteri nelayan pulak). Pagi ni saya nak berbekam pastu tengahari  nak pegi kenduri kawen. Jadi memang la kena masak awal supaya anak2 yg tinggal kat rumah tak ke bulur.

REZ ASFAR MA' JAJ/DAJAJ (ARABIC YELLOW RICE WITH CHICKEN)
Sumber fb page Lydia's kuwait homemade arab cuisine

8 cawan basmati
8 cmb minyak masak + 6 cmb minyak sapi**
2 ekor ayam- potong ikut suka dan dibersihkan*
4 helai daun bay* (daun salam)
2 labu bawang besar- quartered*
4 ulas bawang putih-belah dua*
1 batang kulit kayu manis*
1/2 cmt lada hitam biji*
5-6 biji cardamom* (buah pelaga)
1 inci halia-diketuk sikit*
1 cmt all spices*
Garam secukup rasa*
Air untuk merebus ayam*
‪#‎sedikit‬ pewarna kuning -1 cmt


Bahan tabur:-
Kismis-di goreng hingga keemasan
Pine nut/ almond- di goreng hingga keemasan
Bawang goreng
Sedikit fresh chopped corainder leave/ daun ketumbar

Bersihkan beras, rendam dalam air yg telah dicampurkan dengan garam yang banyak (11/2 cmb+-) selama 20-30 minit dan toskan.
Dalam periuk masukkan semua bahan* dan rebus sehingga ayam masak, lebih kurang 45 minit.

Bila ayam dah masak, keluarkan ayam dari periuk dan asingkan ayam serta stock/sup
Tapiskan air rebusan ayam tadi.

Dalam periuk lain, panaskan bahan** dan goreng beras kira 2-3 minit hingga transparent dan masukkan air rebusan ayam yang panas, anggaran 12+- cawan air+ air rebusan tadi (ikut jenis beras juga ok).

Dengan menggunakan api yang besar biarkan nasi mengelegak, masukkan sedikit garam.
Bila mendidih, kacau sedikit dan tutup periuk rapat periuk tadi.
Biarkan sehingga hampir kering dan perlahankan api.

Masukkan sedikit pewarna kuning di lubang- lubang air pada beras, tutup periuk dan biarkan hingga kering air sepenuhnya dalam 15-20minit.

Bila nasi masak offkan api, biarkan seketika dalam 5 minit baru gembur-gemburkan sedikit nasi dengan garfu supaya nasi cantik terlerai.

Hidangkan nasi dalam pinggan hidangan yang besar. Hiaskan dengan ayam yang telah dibakar tadi dan taburkan bahan tabur/hiasan.
Sedia untuk dihidangkan dengan salad dan salsa kegemaran anda. 

Note:- Sementara menunggu nasi anda boleh bakar/grill ayam dalam oven
Ayam bakar/Grill (saya bakar guna magic pan)

1/4 cawan oilve oil
1/4 cawan kicap pekat
1/4 cawan sos BBQ-(tambah kasi bau smokey sikit)
1/4 cawan tomato paste
1 camt lada hitam serbuk
1/4 cmt arabic mix spices (tak letak sebab tak ada) tapi saya letak cajun spice

Campur kesemua bahan hingga sebati dan lumurkan pada ayam.
Susun ayam atas tray/dulang pembakar.
Bakar/grill menggunakkan api atas bawah hingga keperangan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...