Friday, April 4, 2014

Jambu Asam Kulit Limau

Jambu asam kulit limau ni saya perkenalkan kat penduduk puncak alam masa kenduri kawen anak buah baru2 ni. 

Walaupun kat belah2 johor menu nih dah lama tapi kat sini rupanya ramai blum pernah makan. Masing2 meneka dalam kesamaran benda apa saya dok tabur kat jambu tu.

Bahannya mudah ajer
Jambu batu(buang biji dan potong nipis) - kalau buat byk2 rendam dlm air + gula batu dan sejukkan dengan ais kiub. (Nak tukar jambu ngan apple hijau atau mangga muda  atau nenas pun boleh...)
Asam/jeruk kulit limau dikisar halus
Ni la rupanya asam kulit limau sebelum dan selepas dikisar.....

Nak makan, ambil jambu yg dipotong nipis tu, tabur jer asam....... 
Tu jer sebenarnya....tapi org yg meneka tu dok kata letak kacang ler.....hehehe....best pulak berteka teki ngan diorg masa kenduri aritu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...