Saturday, April 26, 2014

Kek horlick kukus

Kek horlick kukus ni sedap dan ala2 kek gula hangus pun ada. Cuma satu jer.....manis skit. Lain kali buat saya nak kena kurangkan gulanya jadi 1/2 cawan jer. Minyaknya pun saya nak kurangkan jadi 3/4 cawan je. Rasa2nya esok2 nak buat lagi la...., sedap dengan rasa horlick tu.


Sumber celik2 dapur
bahan-bahan:

1 cawan horlicks
1 cawan gula (kurangkan jadi 1/2 cwn)
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak (kurangkan jadi 3/4 cwn)
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan susu pekat manis
3 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh bicarbonate of soda

cara-cara:
campur horlicks, gula, susu cair, susu pekat manis dan minyak kedalam periuk dan gaul rata.
masak sebentar diatas api kecil sehingga gula larut dan horlicks tidak berketul.
ayak tepung, bicarbonate of soda dan baking powder.
pukul telur hingga kembang.
masukkan telur kedalam bahan-bahan yang telah dimasak tadi.
masukkan tepung dan gaul rata.
masukkan adunan kedalam loyang dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.

***(tutup kukusan dengan kain supaya adunan tidak ditimpa wap)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...