Wednesday, April 9, 2014

Lopes pulut pandan

Tak habis2 lagi menu guna daun pandan...

Selain buat kroket tauhu sabtu lepas, satu lagi masakan yang saya masak ialah kuih lopes. Cadangan awalnya sabtu tu nak buat nasi kunyit/kuning macam yg makan kat KK dulu tapi memandangkan pihak hospital akan call bila2 masa untuk masuk wad tak jadi plak.....kang tengah sibuk masak diorg dah panggil suruh ke hospital....bilik dah kosong. Simpan dulu menu tu untuk kemudian hari yer.
Buat lopes senang. Macam tanak nasi jer. Air gula dah ada (saya buat kononnya utk apam harum manis - pun terbengkalai walaupun pisang berangan dah beli 2 sikat).
Bahan2nya.
2 cawan pulut - basuh dan toskan. (Kalau guna pulut biasa boleh rendamkan sekejap, tapi kalau pulut susu terus jer tanak)
2 cawan air pandan
Sedikit garam
-------
Tanak cam masak nasi biasa.
Air gula merah/melaka
Masak gula melaka + gula putih + air + daun pandan hingga gula larut sepenuhnya dan mendidih. Tapis dan masukkan dlm bekas.
Kelapa parut + garam - kukus sebentar supaya tahan lama (tak cepat berbau masam)
Ambil pulut tanak tadi. Masukkan dalam pinggan atau talam. Leperkan setebal 1 cm. Ambil gelas kaca atau plastik. Celupkan dalam air dan tekap pada pulut untuk hasulkan lopes yg bulat. Angkat lopes dan golek atas kelapa parut. Buat sampai habis. Hidang bersama air gula merah.
Bila nak makan. Ambil lopes dan tuang air gula.....dah siap...sonang jerkan....

Sebelum dapat panggilan dari spital sempat la makan dua ketul....lepas la ngidam....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...