Thursday, April 24, 2014

Kek pisang gebu versi 2 ptg nih

Lebih pisang yg dah dilenyek tu saya buat seketul lagi kek...agaknya sebab terlebih sgt pisangnya (kes nak habiskan stok) bawah dia jadi padat sikit...tapi sedap juga. Saya taburkan almond slice sebagai penyeri..

Sumber resepi blog jintanmanis

2 cwn tepung gandum
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat 
1 cawan gula (kurang jadi 3/4 cawan)
saya tambah 3 sb susu pekat manis
3 biji pisang yang dilenyek (saya guna semua baki pisang lenyek - lebih secawan...)
1/2 cawan minyak masak
1 sudu kecil esen vanila
2 biji telur

caranya

1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven 180 darjah.

2. Kemudian, putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung.

3.Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan  bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit atau satu jam. 

4. Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

Nota: kalau nak atur hirisan pisang di atas permukaan kek ni boleh juga, lagi berseri kek pisang tu nanti, resepi simple je ni, tak rugi mencuba.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...