Sunday, April 27, 2014

Kek coklat cadbury

Resepi pilihan utk besday anak2 hari nih. Namanya kek cadbury tapi sebenarnya takde sedikit pun coklat cadbury saya guna samada dlm kek mahupun hiasannya......jadi nak kena tukar nama ker.....huhuhu...

Mrmandangkan resepi ni banyak....dapat dua biji kek jadi saya buat keputusan untuk try satu kukus dan satu bakar. Hasilnya yang kukus jauh lebih gebu dan moist.
Kat sini saya share 2 resepi kek coklat cadbury dan kali ni saya guna resepi pertama nih....kalau ikut tema kek ni rasanya versi 2 tu lebih tepat sebab letak coklat cadbury dalam kek......

Untuk hiasan, saya guna kitkat utk pagar dan coklat nips utk tabur sbb kedai yang saya pg tu tak jual m&m.


Yang ni versi bakar....

Versi 1
Bahan-bahan ( 2 biji kek )

~400g mentega
~gula aising 750g
~6 biji telur
~tepung superfine/hongkong 600g
~Soda bicarbonate 15g
~Cocoa powder 225g
~Fresh milk 750ml~

(Topping)

~gula 400g
~Fresh milk 300ml
~kuning telur 4biji
~Tpg Jgung 120g
~Cocoa powder 110g
~Butter 120g~

Cara-cara utk kek:

1. Panaskan oven. ayakkan tepung, cocoa powder, gan soda bikarbonat.
2. pukul gula bersama butter sehingga betul2 kembang.
3. masukkan telur sebiji sebiji sehingga sebati bahan2 tadi.
4. untuk campuran tepung dan fresh milk gunakan seduk kayu..bahan2 td hendaklah dimasukkan selang seli.. tanpa mengunakan mixer..
5. masukkan dlm loyang n bakar. suhu 180c selama 45 minute. make sure after 35 minute or 40 minute check cake 2..cucuk dgan lidi or cake tester. kalo x melekat dah masak ler 2.

 (untuk topping):
1. masukkan gula dan 200 ml susu segar kacau rata.  masukkan kuning telur kacau sehingga rata gak. masak dengan api yg perlahan.
2. masukkan baki 100 ml susu yg telah dibancuh dengan tepung jagung yang dan cocoa powder td. kacau sehingga sebati.
3. setelah agak pekat masukkan butter dan terus mengacau sehingga likat.
4. kemudian ratakan diatas kek anda. parutkan cadbury coklat diatasnya.
Yang ni versi kukus....tuang jer lebihan topping coklat tu......

Kek coklat cadhury
Versi 2

250 gm mentega - dicairkan
1 bar van houten cooking chocolate - dicairkan
1 cawan gula perang
5 biji telur
*2 cawan tepung gandum
*2 sb serbuk koko
*1 st baking powder
*1 st baking soda
1 st esen coklat
1 st emulco coklat
Kacang badam secukupnya - dibakar dlm oven kejap
2 bar coklat cadbury dairy milk - patah2kan

Caranya

Ayak *. Setelah mentega dicairkan, masukkan coklat bar dan cairkan bersama. Sejukkan jap.
Pukul telur dan gula perang sampai sebati, masukkan esen coklat dan emulco. Masukkan * sedikit2.
Masukkan campuran mentega, coklat dan adun sebati.
Tabur badam di permukaan loyang yang dah dialas dengan baking paper secukupnya. Lebihan badam gaul sekali dengan adunan kek atau tabur atas kek.
Tuang adunan dalam loyang. Masukkan coklat cadbury. Bakar pada suhu 165 - 170 c selama 45 minit.
Hias setelah kek sejuk.

Topping
1 sb gelatin
150gm coklat bar - compound
1 biji kuning telur
2 biji putih telur
2 sb gula castor
200 gm whipping cream

caranya

Larutkan 1 sb gelatin dengan sedikit air panas.
Cairkan 150gm coklat bar. Guna kaedah double boiler.
Masukkan 1 biji kuning telur yg dah dipukul, butter 2 sb & gelatin. Gaul sebati. Ketepikan.
Pukul 2 biji putih telur dengan 2 sb gula kastor hingga bertanduk. Campur dlm adunan coklat guna kaedah kaup balik.
Pukul 200 gm whipping cream dan masukkan dalam adunan coklat.
Simpan dalam peti ais selama 2 jam sebelum digunakan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...