Sunday, April 13, 2014

Puding cracker

Ni la desert kitrg tengahari ni. Makan dengan briani kambing masakan encik hubby. Tak sabar2 tunggu sejuk betul2....mesti lemak berkrim disukai ramai...menambahkan lemak2 tepu dalam badan....gandingan briani dgn puding ni...huhuhu


Rasanya marbeles...saya dah kurangkan skit gulanya tapi lain kali kena kurangkan skit lagi....


bahan nye..
20 gram agar agar serbuk (saya guna agar2 tali)
6 cawan air
12 keping biskut cracker (saya ganti dengan 50 keping cheese crackers)
garam halus secubit..(kalau guna cheese crackers ni tak letak pun takpe)
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan gula pasir
pewarna..coklat emalco, merah, kuning - saya guna 3 sk milo + 1 sk serbuk koko
cara:
biskut dipatah .campurkan semua bahan bahan tadi dan di blender.kemudian masak atas api yg sederhana dlm masa 6 minit hingga mendidih.
bahagikan kepada 3 bahagian untuk diwarna (saya bahagi dua jer - blum sempat suam2 kuku saya dah tuang yg coklat - malas nak tunggu melayernyer) bila dah suam suam kuku boleh la dilayerkan satu persatu...
selamat mencuba





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...