Wednesday, April 2, 2014

Pasta with prawns and garlic sauce


Pasta With Prawns and Garlic Sauce ni saya ambil resepinya dari blog aziejaya. Saya masak untuk sarapan dan bekal anak2 ke sekolah.

Bahan2nya

3 sb olive oil
3 sb butter
4 ulas bawang putih - cincang
2 sb red pepper - potong kecil
2 sb tomato puree
450 gram spaghetti atau tagliatelle
350 gram udang
125 ml double cream
Garam
Black pepper
3 sb chopped parsley


Cara cara:

Panaskan minyak dan mentega dengan api sederhana. Masukkan bawang putih dan red pepper sehingga bawang kekuningan.
Masukkan tomato puree dan masak dalam 10 minit. 
Rebus spaghetti mengikut masa ditetapkan di bungkusan. Masukkan garam dan olive oil. Toskan. 
Masukkan udang ke dalam sos dan kuatkan api selama 2 minit sambil terus dikacau sehingga udang bertukar warna. Perlahankan api.
Kemudian tuangkan cream dan masak selama 1 minit sambil dikacau sehingga sos agak pekat. Masukkan garam dan lada hitam. 
Masukkan spaghetti ke dalam mangkuk hidangan dan tuangkan sos ke atasnya. Taburkan daun parsley. Kacau rata rata dan terus hidang. Boleh juga masukkan spaghetti ke dalam kuali, tabur parsley dan kacau supaya spaghetti bergaul rata dengan sos sebelum dihidangkan. 
Angkat dan terus dihidangkan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...