Friday, April 11, 2014

Pasta olio e oglio

Menu untuk celeb besday anak kat tadika. Sesuai la dengan budak2....tak pedas...takde bawang....takde sayur....

Harap2 kawan2 anak suka makan.....teacher pun boleh makan juga yer....

Kali ni saya terpaksa gantikan chili flake dengan lada hitam sebab chili flake tak jumpa. Nak buat sendiri pun cili kering dah habis pulak. 


Bahannya

500 gm spiral pasta - rebus dengan air yg letak sedikit garam, tos dan gaul dengan sedikit mentega
2 ekor sotong
15 ekor udang
1/2 biji cili benggala hijau, kuning dan merah
15 biji tomato cerry
daun pasley segar - hiris
10 ulas bawang putih - cincang halus
1 sb cili flake
1/3 cawan minyak zaitun/olive (tak boleh ganti dengan minyak masak, sbb makna olio e oglio tu sendiri adalah olive oil dan bawang putih)
Garam secukup rasa
------
Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan udang dan sotong. Kacau dan biarkan seketika. Masukkan tomato dan cili. Tumis seketika. Masukkan pasta. Kacau rata.
Perisakan dengan garam. Kacau sekata. 
Masukkan cili flake dan pasley. Kacau rata dan tutup api. 

Untuk buat chili flake

ambil segenggam cili, basuh dan tos sampai kering (kalau panas jemurkan kejap).
Pastu sangai sampai garing betul2. 
Blend sekejap tapi jangan sampai hancur. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...