Wednesday, April 16, 2014

Buttered prawn with egg floss

Semalam balik dari ziarah mak saudara kat hospital Teluk Intan saya singgah Sungai Yu untuk cari ikan. Berjam kitrg tunggu nelayan2 berlabuh....dapat la ikan senohong skit, ikan gelama, ikan sebelah, ikan bawal hitam, ikan tenggiri dan udang pengantin(kertas/putih).

Dalam kepala dah terbayang2 udang ni digoreng mentega dengan sarang telur...mesti anak2 suka. Disebabkan lama menunggu nelayan2 tu balik, sampai rumah pun dah maghrib. Nak masak pun dah tak larat jadi rancangan tergendala sampai la harini....
Gambar ni guna flash....

Resepi ni sumbernya dari blog spicesjourney. 
Terima kasih sebab izinkan saya cnp. Udang pulak saya tak guna resepi ni tapi ikut cara sendiri....cara ekspress saya yg kesuntukan masa untuk menyediakan masakan sebelum pukul 6.30 petang - kebiasaan kami makan malam sebelum maghrib.

SARANG TELUR/FLOSS :
2 biji Kuning Telur (saya tambah 1 sb air/susu)
Sesenduk Butter/Margerin
Secawan Minyak
Pukul ringan kuning telur. Boleh tambah atau gandakan lagi kuning telur dan bahan di atas jika suka floss yang banyak. Panaskan Butter/Margerin bersama minyak. Sebaiknya gunakan senduk bulat.
Bila minyak dalam kuali sudah betul betul panas, pusing pusingkan dengan senduk tu laju laju membentuk bulatan sehala tanpa henti yer. Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sikit supaya yang jatuh ke dalam kuali tu halus jer.
Teruskan pusing minyak tu laju laju dan tuang hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak bewarna keemasan. Setelah masak tuangkan ke dalam tapis seperti tapis santan ker untuk toskan minyaknya.

Untuk udang
Versi saya

500gm udang pengantin/kertas
3 tangkai daun kari
5 tangkai cili kering - basuh dan gunting 2 inci2
**Garam, serbuk kunyit, serbuk kari daging secukupnya
Lumur udang dengan ** hingga rata. Goreng dalam minyak gorengan telur tadi hingga masak (berubah warna dan melengkung - jangan terlalu garing). Angkat dan toskan. Goreng daun kari dan cili sampai garing.
Masukkan udang dalam bekas hidangan. Gaulkan dengan daun kari dan cili. Taburkan dengan sarang telur....

Versi 2 sumber internet

BAHAN BAHAN :
12 ekor Udang size besar atau Sederhana
Sedikit Garam
Sedikit Lada Sulah
Minyak untuk menggoreng 
3 ulas Bawang Putih ~~ dicincang
6-8 tangkai Cilipadi ~~ dihiris
5 tangkai Daun Kari
1/4 cawan Susu Cair
Sedikit Butter/Margerin untuk menumis
Sedikit Serbuk Lada Hitam/Putih ~~ jika suka
Garam secukup rasa
Mula mula goreng dulu udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah. Goreng hingga agak berubah warna dan masak jer. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti udang akan mengecut, tak cantek dan agak keras bila dimakan. Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak tu dari kuali, tak nak guna lagi.
Panaskan butter/margerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cilipadi dan daun kari hingga garing dan naik bau. Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar. Masukkan udang yang kita goreng tadi, sedikit serbuk lada hitam/putih dan garam secukup rasa. Jangan bubuh banyak sangat garam yer sebab butter atau margarine tu pon ada garam gak. Takut masin sangat pulak nanti tak syiok pulak nak meratah ratah. Setelah semua bahan masak dan mesra bolehlah dimasukkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan Sarang Telur/Floss yang kita buat tadi. Siapp.. Senang kann.. Selamat Mencuba.. (",)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...