Wednesday, April 16, 2014

Sup ikan senohong dengan cendawan busut

First time nak makan ikan senohong yg mahal ni.... jenuh merayu ngan org jual ikan kat pasar kg sg yu ni nak beli sepotong sbb nak rasa apa yg best sangat ikan nih.

Pastu pujuk pulak nelayan yg bawa naik sekor ikan senohon dlm sekilo lebih beratnya....penjual2 ikan kat situ pun tlg pujukkan pakcik tu tapi tak berjaya. Sanggup pakcik tu bagi free sekor ikan belanak sebesar hampir setengah kg sebab tak nak jual senohong dia.... 

Ikan ni akhirnya dapat jugak beli sepotong dengan harga rm10 dan sekor saiz dalam setengah kilo daripada gerai kak azie.

Ikan ni katanya sedap masak stim atau sup. Hari ni malas nak mengukus. Jadi masak la sup dengan cendawan busut yg dibeli kat tepi jalan ladang sawit. Sedap gak ikan ni....agaknya kalau distim lagi ngetop....

Resepinya....

1 kg ikan senohong di potong jangan kecil sgt nanti hancur
400 gm cendawan busut
*1 biji bawang besar
*5 ulas bawang putih
*2 inci halia
5 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
air secukupnya
hirisan daun sup dan daun bawang
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
Serbuk lada hitam/putih jika suka
----------
Tumbuk atau hiris *. Tumis * dan rempah tumis hingga keperangan. Masukkan air. Biarkan hingga air mendidih. Masukkan ikan dan cendawan. 
Biarkan hingga ikan masak. Masukkan garam dan serbuk lada. Tutup api. Hidangkan dan taburkan dengan daun sup dan daun bawang.


Ini la rupa cendawan busut yg mahal dan susah nak dapat sekarang ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...