Monday, April 14, 2014

Apam lenggang

Malaysia ni memang kaya dengan pelbagai jenis kuih muih yang mudah dibuat dan sedap di makan. Tinggal lagi rajin tak rajin, sempat tak sempat jer....salah satu kuih yang senang nak buat ni adalah kuih apam ni....

Untuk minum petang ni, saya buat apam lenggang untu dicicah dengan kuah durian (durian yg saya bekukan beberapa bulan lepas) Ermmmmm....enaknya.
Camna saya leh bancuh, perap 2 3 jam dan masak untuk minum petang erkkkk.....rahsianya.....tengahari tadi sempat singgah rumah utk ambil anak follow up kat spital. Sementara tunggu anak balik dari sekolah, saya bancuh la adunan apam ni.
Kejadiaan apam yg dilenggang guna non-stick pan.
Kalau belah utara tu diorg ada kuali comel utk buat apam ni....bentuk dia lain la sikit....

Nanti balik petang dah ok la untuk dilenggang.....tapi disebabkan balik lewat skit, en hubby singgah potong rambut jap...jadi total masa memerapnya dah 4 jam......jangan meninggal yis tu sebab perap lama sgt sudah.

Balik rumah jer terus jengok adunan....sib baik ok....terus blend kelapa...perah. bancuh...lepastu terus la melenggang. Kuah kekandaku dah siapkan....masak jer satu apam terus ngap dengan kuah...padanan yg mabeles....

Bahan2nya.
1 1/2 cwwan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 sk yis
7 -8 sb gula
1 biji telur
1 cawan air
1 cawan santan
Secubit garam

caranya

Gaul semua bahan kecuali garam dan santan. Perap 2 -3 jam. Masukkan santan dan garam. Gaul rata. Panaskan kuali. Griskan ngan minyak masak. Tuang sesenduk adunan. Lenggangkan. 


Tutup kuali.


Gambar2 kat bawah ni saya pinjam dari sumber2 yg dinyatakan untuk bagitau imej sebenar apom lenggang ni....

Ni la kuali apom/apam lenggang kat alor star....kredit to kembara.com

Gambar bawah ni dari juadahmalaysia.com
Ni le rupe apom lenggang yang guna kuali....gambar kredit kepafa mforum.cari.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...