Tuesday, April 22, 2014

Kek pisang ekspress petang nih...

Adik telefon kata nak singgah rumah petang ni masa nak balik dari library tadi. Saya pun dok fikir apa nak dihidangkan petang2 ni.

Sekali gitu teringatkan pisang berangan yang dah di lenyek kat dalam peti sejuk tu. Pisang tu plan asalnya nak dibuat apam harum manis tapi tak terbuat2 sampaikan naik hitam. Sudahnya dilenyek dan simpan supaya tak rosak.

Sampai jer rumah terus cari resepi kek pisang paling simple alaf ini. Masa tak banyak. Sampai rumah tadi jer dah dekat pukul 5 pm. Kalau azie pukul bahan2, saya ambil jalan pintas, masuk jer bahan basah dulu dalam blender....blendkan dalam 2-3 minit, pastu masukkan bahan2 lain dan blend sebati. 10 minit dah siap bancuh kek. Sebelum bancuh tu jgn lupa panaskan oven dulu. Jadi lepas siap jer bancuhan, tuang dalam loyang dan terus jer dah boleh bakar.

Masa tengah bakar tu bau dia dah harum satu rumah. Lagi la rasa tak sabar nak makan. Dah la cuaca pun sejuk.....hujan lebat.....kalau la gazebo tu tak tempias sedapnya ble pekena kek pisang fresh from the oven ngan kopi O panas.....waduh....ngences dah ni...

Tetamu tak sampai2.....apa kata kitorg kita ngap.

Kek Pisang ni resepi dari Azie Kitchen yang saya ubah suai sedikit.

Bahan bahan:
4 biji pisang emas - lecek (saya guna 3/4 cawan pisang berangan lenyek)
1 cwn gula kaster (kurangkan jadi 3/4 cawan)
Tambah 1/3 sk garam
1 cwn minyak jagung (guna minyak masak jer) - boleh ganti mentega cair
4 biji telur gred A

Bahan ayak:
1 1/2 cwn tepung gandum
1 sk soda bicarbonat
1 sk baking powder
Bahan lain:
1 sb jus limau nipis (letak jus  lemon dan parutan kulit lemon)
1sk vanila ekstrak


Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 170C. Lengser mentega pada loyang. Ketepikan. 
Putar gula, telur dan minyak dlm anggaran 3-5min @ hingga putih. Masukkan pisang dan kacau rata. 
Masukkan pula tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit. Kacau sebati dengan menggunakan spatula. 
Masukkan esen vanila, jus limau dan gaul sebati. Tuang dalam loyang dan bakar selama 40 -60 minit atau sehingga masak. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...