Tuesday, June 28, 2016

Moreh 23: Sup tulang berempah MakMak


Sup tulang kaw jadi juadah moreh. Sedap hingga menghirup sup....habis licin....Alhamdulillah. Cerita panjang2 pun tak guna.....jom intai resepi yang saya gunakan untuk sup ni.....


Sup tulang berempah MakMak @ ZLC

5 kg tulang (saya suka bahagian tengkuk sebab dagingnya banyak dan takde lemak)
1 kg daging (saya rebus seketul besar lepas tu dah empuk baru hiris)
1 paket rempah kurma (paket sederhana)
1 kg bawang merah - kisar/hiris nipis
4 labu bawang putih - kisar/hiris nipis
300 gm halia (ketuk)
1/2 kg bawang ros - hiris nipis dan goreng utk dijadikan bawang goreng
1/2 kg daun sup + daun bawang + daun ketumbar - hiris
2 ketul sebesar ibu jari gula batu
Garam secukup rasa
5 batang kulit kayu manis
15 biji buah pelaga
5 kuntum bunga lawang
4 sb lada hitam (tumbuk)
20 biji cili padi - kisar (optional)
1 kg kentang
Tomato jika suka
1  cawan tepung jagung (bancuh dengan air secukup kalau nak sup yang likat2 macam kat mamak tu - tak nak letak pun ok jer)

Air secukupnya
Minyak untuk menumis


Dalam periuk besar, rebus tulang dan daging serta halia hingga daging hampir empuk.

Masukkan kentang dan kecilkan api. Sementara itu dalam kuali tumis rempah tumis hingga naik bau. Masukkan bawang merah dan putih yg dikisar atau dihiris. Tumis lagi hingga airnya hampir kering. Masukkan rempah kurma. Tumis hingga pecah minyak. Tuang ke dalam periuk sup.

Kacau sebati dan perisakan dengan garam, lada hitam dan cili padi kisar tadi. Kemudian masukkan daun2 hiris. Masak hingga kentang empuk dan renihkan selama setengah jam. Akhir sekali masukkan tepung jagung dan kacau hingga sup memekat.

Sedap dimakan bersama roti....dan nasi putih atau sedap juga dimakan begitu saja 😃😃😃😃😉😉😉

Monday, June 27, 2016

Penghargaan sebagai penulis blog


Pepagi tengok wasap berderet2 msg masuk dengan keratan akhbar yg sama...😄😄😄. Malu pulak la rasanya bila tau gambar terpampang di akbar berita harian. Kat fb pun kekawan dok ucap tahniah.....hehehhe....maluuuuu. Beberapa tahun lalu dua kali resepi masakan saya di kongsi diruangan yang sama akhbar berita harian tapi takde gambar. 

Saya ni bukan tukang masak profesional. Blog ni pun biasa2 aje...tak ramai follower....blog trafic pun macam kura2 aje pergerakannya. Niat berblog pun supaya resepi terutamanya yang tradisional tu tak luput dan hilang ditelan zaman, blig ni jadi arkib resepi yg mudah xapai oleh pengunjungnya.........dan moga perkongsian yang tak seberapa ni memberi manfaat pada isteri2....suami2....ibu ayah....adik kakak...pakcik makcik....atuk nenek dapat menyediakan juadah utk keluarga dan org2 tersayang...😊😊😊.

Apa yang mengembirakan saya bila pengunjung bagi feedback yang mengembirakan ...masakan yg menggunakan resepi di blog ini dpt pujian....dan ada yg boleh tambah pendapatan keluarga hasil masakan mengikut resepi yang saya kongsikan....Alhamdulillah. Moga Allah terima usaha saya ini sebagai ibadah.


Iftar 22 : Gulai masam tempoyak


Melayan selera peghok pulok malam ni. Deghoyan dah mula gugur jadi stok tempoyak pun bertambah2. Setiap kali musim itu la rutinnya.....dapatkan durian kampung untuk disimpan sejuk beku dan dibuat tempoyak untuk stok diluar musim. Tempoyak ni saya simpan dalam bekas kedap di dalam peti sejuk untuk tahan lama.


Gulai masam tempoyak @ ZLC

Bahan :

4 ekor ikan senangin saiz sederhana
5 biji cili merah - nak pedas boleh guna cili padi
1 inci kunyit hidup
3 ke 4 sudu besar tempoyak - nak kuah pekat, boleh ltk tempoyak lebih
sedikit daun kesum
1 keping asam keping jika guna tempoyak baru
Bendi (optional)
garam secukup rasa

Cara :

Bersihkan ikan, potong ikut saiz yg diingini.
Tumbuk cili padi dan kunyit.
Satukan di dalam periuk, air secukupnya, tempoyak, bahan tumbuk, dan daun kesum

Masak hingga mendidih dengan api sederhana.
Bila dah mendidih pekat, baru masuk ikan dan bendi.  Masukkan daun kesum. Perisakan dengan garam secukup rasa.

Sesuaikan rasa. Jika kurang masam, baru dimasukkan asam keping.


Sup cendawan dan roti bawang putih


Bulan2 posa ni ada juga yang mengidam nak makan sup cendawan dan roti bawang putih zulfaza nih, Alhamdulillah...laris..😍😍😍😍😍



Roti bawang putih  @ ZLC

1200 kg tepung hp atau gandum
6 gm bakerine plus
120 gm mentega
2 biji telur
100 gm gula
20 gm yis
15 gm garam
700 gm air sejuk (dlm fridge)

Satukan semua bahan dan uli hingga elastik dan doh licin. Perap setengah jam. Tumbuk doh dan uli sebentar untuk hilangkan gelembung udaranya.

Untuk proses membentuk roti bawang putih boleh rujuk dilink ini (klik disini).  Peram selama dua jam atau sehingga naik 3 - 4 kali ganda. Bakar suhu 180 celcius selama 20 minit.

Resepi garlic butter (mentega bawang putih homemade)

250 gm mentega
2 labu bawang putih (tumbuk atau cincang halus)
Pasley kering atau segar (cincang halus)

Satukan dan gaul rata.


Sup cendawan berkrim ZLC

bahan

3 sb mentega
3 biji bawang holland (hiris nipis/cincang)
3 paket cendawan shitake (hiris)
2 paket cendawan butang (hiris)
6 kiub ayam maggi (boleh ganti dengan air rebusan ayam - chicken broth)
10 biji kentang (rebus empuk dan kisar hingga halus)
1 liter susu segar
3 tin susu cair
3 cawan tepung gandum, (bancuh dengan air dan tapis supaya tiada ketul)
air secukupnya
garam secukup rasa

Panaskan mentega. Tumis bawang hingga naik bau. Masukkan cendawan yang telah dihiris kecil. Tumis hingga cendawan layu. Masukkan air dan bancuhan tepung serta kiub maggi. Kacau hingga mendidih. Masukkan puri kentang, susu dan tambah air jika perlu. Masak hingga mendidih, kacau selalu sebab sup akan membuak. Perisakan dengan garam secukup rasa. Tutup api. Hidangkan dengan roti bawang putih.


Iftar 21 : Nasi goreng cili merah


Semalam takde postemu iftar 20 sebab saya tak masak di rumah...tolong rewang...kupas2, masakkan nasi  dan berbuka kat surau. Sampai sahur pun tak masak juga...panaskan lauk tapau dari surau jer. Nasi pun punya la banyak bawa balik sebab dah last2 tu takde sapa yang nak ambil. Nak clearkan periuk untuk dibasuh.

Hari ni hubby dan boboi ada jemputan berbuka, nak masak macam2 malas pulak. Lagi pun nasi iftar di surau semalam banyak lagi. Jadi saya masak nasi goreng dan telur mata jer untuk kami berbuka. Simple2 jer malam ni. Anak2 pun tak kisah.

Tak tau nak panggil apa nasi goreng ni... memandangkan saya guna cili merah untuk bumbunya jadi saya gelar nasi goreng cili merah jer la...


Nasi goreng cili merah

2 mangkuk nasi sejuk
2 bahagian dada ayam - gaul garam dan kunyit - goreng, hiris nipis
Kacang panjang dan kobis hiris
Kicap masin secukup rasa
Mentega untuk menumis

Tumbuk

4 biji cili masak (nak pedas boleh tambah cili padi merah)
8 ulas bawang putih
2 biji bawang besar

Tumis bahan tumbuk hingga naik bau dan keperangan. Masukkan ayam. Kacau sebati. Masukkan nasi. Gaul rata dan gorengkan selama 3 minit. Kacau selalu. Masukkan kicap dan sayuran. Gaul rata dan gorengkan hingga sayuran empuk dan nasi sebati dengan semua bahan selama lebih kurang 7 minit.


Biskut koko mentega kacang


Projek mengukis hujung minggu bersama anak2.... saya adyn satu adunan khusus untuk anak2. Diorg teruja dan tak sabar nak buat kukis sendiri macam selalu. Macam2 bentuk ada. Masuk jer waktu berbuka terus diorang ngap biskut yang dibuat sendiri..

 Biskut koko mentega kacang

BAHAN-BAHAN:
240gm tepung gandum
120gm tepung jagung
250gm mentega
120gm gula perang
30gm serbuk koko
90gm mentega kacang (peanut butter)
1 biji telur
1 sudu makan esen vanila

BAHAN HIASAN:
White Chocolate Chiips


CARA MEMASAK:
1. Pukul mentega dan gula aising sehingga kembang.
2. Kemudian masukkan kuning telur dan dipukul rata.
3. Seterusnya masukkan esen vanila, serbuk koko dan mentega kacang. Pukul lagi sehingga adunan sebati.
4. Setelah itu masukkan pula tepung jagung dan diadun rata. Masukkan pula tepung gandum sedikit demi sedikit dan digaul sehingga menjadi doh dan sebati. Doh telah sedia sekiranya ia tidak melekat di jari.
5. Canai doh pada ketebalan 2cm dan terap menggunakan acuan bentuk bunga. Hias dengan white choc chips
6. Akhir sekali, bakar selama 20 hingga 25 minit pada suhu 170°C. Apabila biskut telah masak, sejukkan sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

Sunday, June 26, 2016

Muffin Coklat

Bermuffin2nan di bulan posa.....layan tempahan orang yang nak bersedekah...




Muffin Coklat

Bahan-bahan

Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
2 sk baking powder
2 sk soda bikarbonate
3 sk kopi instant (saya guna kopi arabica) (kalau takde boleh guna serbuk kopi kampung yang dibancuh dengan air panas bahan C di bawah)
2 cawan gula kastor (guna 1 3/4 cwn je)
sedikit garam

Bahan B
1 cawan minyak masak (atau mentega cair)
1 cawan susu cair (atau susu segar)
3 biji telur gred A

Bahan C
3/4 cawan air panas

Cara-cara

Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar.

Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata. Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata.

Ceduk ke dalam muffin cup sehingga 1/2 sahaja dan bakar pada suhu 175 C selama 20 - 30 minit atau sehingga masak - bergantung saiz muffin. (Saya bakar selama 20 minit. Untuk mengekalkan kelembaban, hanya bakar secukup masak saja.)

Bolehlah dihidangkan. Kebiasaannya kek atau muffin coklat lebih sedap selepas di simpan semalaman.

Cara cara freeze muffin

Sejukkan muffin. Bungkus dalam aluminium foil atau freezer bag. Labelkan resepi dan tarikh. Kalau menggunakan freezer bag, keluarkan semua udara sebelum bag di seal. Simpan muffin di dalam freezer sehingga 3 bulan.

Untuk menggunakan muffin yang difrozen:

1. keluarkan dari freezer bag dan panaskan dalam oven pada suhu 170C sehingga sudah panas.

2. Keluarkan muffin dan biarkan ianya thaw sepenuhnya. Kemudian panaskan dalam microvave selama 20 saat dan tambah lagi sehingga mencapai kepanasan yang kita inginkan.

Saturday, June 25, 2016

Iftar 19 : Nasi Ayam Special ZLC


Menu nasi ayam pulak hari ni....menu kesukaan anak2. Banyak diorang  makan.


Nasi ayam special ZLC

Penyediaan ayam

2 ekor ayam potong 4

Bahan tumis

2 kuntum bunga lawang
5 kuntum cengkih
1 batang kulit kayu manis
6 biji pelaga
1 biji bawang besar hiris
8 ulas bawang putih hiris
3 inci halia hiris

1/4 cawan kicap
2 sb rempah campuran arab (arabic mix spice)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Masukkan ayam ke dlm periuk. Masukkan air secukupnya hingga ayam tenggelam. Pasang api. Sementara itu, tumis bahan tumis hingga naik bau dan keperangan. Tuangkan ke dalam periuk rebusan ayam bersama garam secukup rasa. Rebus ayam selama 15 - 20 minit hingga ayam masak. Tutup api dan keluarkan ayam daripada air rebusan.

Tuang kicap dan rempah arab pada ayam dan gaul rata. Ketepikan.

Sementara nasi masak, panaskan minyak yang banyak dengan api besar. Goreng ayam selama 3 minit. Angkat, tos.

Prnyediaan nasi

5 cawan beras basmathi - basuh dan rendam dengan 2 sk garam selama 30 minit - toskan.

Bahan tumis

2 kuntum bunga lawang
5 kuntum cengkih
1 batang kulit kayu manis
6 biji pelaga
1 biji bawang besar hiris
8 ulas bawang putih hiris
3 inci halia hiris
3 helai daun salam
Sedikit serbuk kunyit (optional)
6 cawan air rebusan
Garam secukupnya

1/3 cawan minyak masak (boleh guna mentega)

Dalam periuk, tumis bahan tumis sehingga naik bau dan keperangan. Masukkan air rebusan, serbuk kunyit dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih. Masukkan beras yg telah ditos. Tanak nasi hingga masak.


Penyediaan sup

Sedikit cendawan tiram
2 batang celery - potong kecil
1 sk serbuk lada hitam
Garam secukip rasa
Hirisan daun sup/bawang/ketumbar

Panaskan sup. Masukkan bahan2 diatas. Perisakan garam secukup rasa.
Masak selama 5 minit dan tutup api.


Penyediaan sambal kicap

Kicap perapan ayam + sup
1/4 cawan sos cili
3 sb cili kering kisar
3 ulas bawang putih - tumbuk hancur

Satukan srmua bahan dan masak hingga pekat srlama lebih kirang 15 minit.

Salad segar

Timun
Salad
Timun


Moreh 19: Apam mentega


Salah satu menu moreh hari ni...apam mentega. Moreh yang paling meriah dengan makanan...pasta ada...jelly...dadih...pengat keledek...bubur lambuk....karipap....puding roti....macam2 pulak.... Masing2 berlumba2 mempertingkatkan amal di 10 malam terakhir nikan....Alhamdulillah.

Apam mentega @ ZLC

Bahan-bahan ( +-50 biji )

Bahan (A)

Bahan2 utk gula hangus:-
11/2 cawan gula pasir
1 cawan air
250 gm mentega

Bahan (B)

3/4 cawan gula castor (saya letak 1/2 cwn jer - lain kali kena kurangkan lagi skit)
4 biji telur
3 cawan tepung gandum ayak besama 2 sudu teh soda bikarbonate
1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanila


Cara membuat gula hangus

Masukkan gula dlm periuk, masak dgn api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
Padamkan api (utk mengelakkan air gula terpercik semasa kita tuang air) dan masukkan air.
Nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega,kacau rata dan ketepikan.

Cara menyediakan adunan apam mentega.

Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yg masih panas tadi.
Kemudian masukkan susu selang selikan dgn tepung.gaul semua hingga sebati.
Perap selama 1/2 jam.
Panaskan pengukus dan acuan lompang. Tuangkan adunan ke dlm acuan yg di sapu sedikit minyak.
Adunan ni jika dituang penuh kedlm acuan pun x mengapa sbb semasa masak dia x akan melimpah.
Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 min - 20 min.
Tutup pengukus dgn kain supaya wap tidak jatuh ke bawah.

Moreh 19: Apam nasi


Dah lama tak buat apam nasi kegemaran saya nih. Comel jer kejadian warnanya...nak buat warna pink tapi terletak merah.....ok la..cantik juga warnanya tu.


Apam nasi @ ZLC

Bahan2nya

2 cawan nasi sejuk
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air
2 tsp yis Mauripan

Hiasan : Kelapa parut putih + secubit garam (gaul sebati)

Cara membuatnya:

Kisar nasi bersama air pandan.
Kemudian masuk gula dan kisar hingga sebati.
Dalam bekas lain campur tepung beras, tepung gandum dan yis - gaul rata dan tuang dalam adunan nasi yang telah dikisar tadi.
Gaul rata hingga sebati.

Perap 3-4 jam.

Sudukan 3/4 penuh dalam acuan yang disukai dan kukus.
Hidang dengan kelapa parut.

Acuan : Lompang atau ikut citarasa -sapu minyak.
Masa Kukus : 15 minit.

Friday, June 24, 2016

Iftar 18: Char kuay tiaw


Menu meraikan anak2 yang berpuasa....ayah ngan ummi follow jer. Dah dua tiga hari anak sulung mintak char kuay tiaw untuk berbuka tapi ummi dok tangguh2 je. Rezeki dia nak makan...paste yang dibuat aritu masih ada cukup2 jer untuk kami sekeluarga....alhamdulillah...kalau tidak jenuh juga nak buat paste...dah la stok udang utk paste takde...nak pegi sungai yu pun tak sure boleh dapat udang laut kelabu tu ker tak...

Untuk resepi char kuaw tiay ni boleh kliik dilink ini yer.


Kalau ikut petua, char kiay tiaw ni sedap digoreng satu2. Tapi bulan posa ni mana nak sempat goreng satu2....jenuh tujuh round nak menggoreng. Mau sampai habis terawih tak settle lagi ummi kat dapur.....hahaha.

Melanggar pantang larang...sekali harung satu kuali....nak platting pun tak dan dah....azan sudah berkumandang....jom berbuka...

Chocolate Chips Muffin

Muffin untuk bagi kat student tempahan kawan hubby.


Chocolate Chips Muffin

Bahan bahan:
500 gm tepung gandum - ayak dg baking powder
28 gm baking powder
300 gm minyak masak
300 gm susu sega
300 gm gula caster
4 biji telur B
2 sudu teh vanila
Sedikit chocolate chips - tabur

Cara cara:
Kacau sebati minyak, susu, gula, telur dan vanilla.
Masukkan sedikit demi sedikit tepung dan kacau sebati dengan menggunakan spatula sehingga tidak bergentel.
Masukkan ke dalam paper cup sebanyak 3/4 penuh. Tabur chocolate chips di atasnya.
Bakar pada suhu 160C selama 30 minit atau sehingga masak.

Buah kabung sira gula perang


Setahun sekali di bulan ramadhan saya akan dapat stok buah kabung tempatan....kuala mari. Tahun ni dah pertengahan puasa baru dapat. Selalunya awal puasa dan kali ni tak sefresh tahun2 sebelumnya sebab yang ni kawan beli, sebelum ni kakak dia pergi cari dan proses sendiri. Tapi apa pun saya seronok sangat dah...lepas la kempunan nak makan buah kabung bulan puasa.

Kalau sebelum ni buah kabung saya warna merah sebab saya rebus dengan sirap ros dan gula putih. Tahun ni warnanya coklat....hasil penggunaan gula perang.


Ni first time tukar kaler...masa kecik2 dulu halwa kabung ni hidangan masa raya. Bila hidangkan dalam mangkuk letak sekali garpu kecil warna-warni. Biasa dibuat dalam warna hijau dan merah.

Sedap pulak buah kabung gula perang nih....korang jangan lupa cuba tau....bestttt sangat....

Biskut M&M Oats Monster / Monster Cookies

Biskut raya pertama saya tahun ni olahan dari  Justataste.com oleh Citarasawan. M&M pemberian kawan yg bercuti dilangkawi saya korbankan untuk biskut ni. Biskut ni senang dan gluten free....guna oat.....takde tepung.

Biskut ni baunya bila bakar menggegar iman ku....bau peanut butter tu ngancam sungguh. Mujur iman kuat didada...hahhaha


Biskut M&M Oats Monster  / Monster Cookies @ ZLC

Bahan-bahan

100gm gula kaster (saya guna gula perang)
100gm gula perang
115gm mentega
1 biji telur A
120gm peanut butter halus atau kasar
2 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil baking soda
1/4 sudu teh garam
250gm oats
120gm mini m&m (saya guna M&M beso)
120gm chocolate chips


Cara-cara :

1.  Pukul mentega, gula kaster, gula perang hingga berkrim.  Masukkan telur dan putar sebati.

2.  Masukkan peanut butter, esen vanila, baking soda dan garam.  Putar hingga bergaul rata.

3.  Masukkan oats, mini m&m dan chocolate chips, putar dengan kelajuan perlahan hingga bergaul rata.

4. Scoop adunan ke dalam dulang pembakar yang beralas baking paper / silpat.  Jarakkan adunan kerana biskut ini akan mengembang.

5.  Bakar pada suhu 160C dalam oven yang di panaskan dahulu di rak tengah selama 10-15 min (bergantung pada oven)


6.  Keluarkan dari oven, biarkan biskut mengeras di atas dulang pembakar.  Biarkan sejuk dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.

Homemade peanut butter

2 cawan kacang tanah (bakar/sangai/n)
1-2 sb madu atau gula
garam secukup rasa

Cara2nya

Masukkan kacang ke dalam pengisar (food processor). Kisar selama 4 - 5 minit. Masukkan madu atau gula dab garam secukup rasa. Kisar hingga sebati.


Thursday, June 23, 2016

Iftar 17: Kari ikan mayong dan sambal telur hancur masakan suami untuk berbuka puasa


Menu iftar harini biasa2 tapi ermmmmm sedap...air tangan hubbyku sayang....terbaek gitew. Kari mayong tu bukan setakat ada ikan jer tapi ada bonus...telur ikan mayong kesukaan anak2 pun ada. Seronok budak2 tu makan telur ikan.


Kari ikan mayong @ ZLC

1 ekor ikan mayong (anggaran berat sekilo)

2 sb rempah kari ikan (saya guna rempah basah) (kalau guna rempah serbuk, campurkan dengan air asam utk jadikan paste
4 tangkai daun kari)
Air secukupnya
1/4 cawan asam jawa
*10 ulas bawang merah
*8 ulas bawang putih
*2 inci halia
garam secukup rasa
tomato belah 2 atau 4
Bendi
Minyak untuk menumis

Telur ikan dicelur sekejap - toskan

Cara2nya

Tumbuk lumat *. Tumis * dan halba campuran hingga naik bau. Masukkan rempah kari dan daun kari. Tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan air asam. Masukkan santan dan terung. Masakkan hingga mendidih. Kemudian masukkan ikan dan bendi. Masak hingga ikan masak. (Jangan lama sangat, anggaran 10 minit). Perisakan dengan garam. Masukkan tomato dan tutup api.


SAMBAL TELUR HANCUR

5 biji telur ayam
5 sudu makan cili kisar
sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

Tumbuk/kisar lumat

3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
I inci halia

Cara Memasak:

Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak.
Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati dan masakkan selama 5 minit. Kemudian angkat dan ketepikan.

Menggunakan kuali yang sama, Masukkan sedikit minyak dan panaskan.
Masukkan semua telur. Kacau hingga hancur dan menjadi scramble egg.
Masukkan semula sambal tumis tadi ke dalam kuali berisi scramble egg tadi dan kacau rata.
Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Moreh 17: Apom serabai atau kuih serabai


Kuih yg femes kat utara, dan katanya kat melaka pun. Saya ni memang penggemar apam nasi atau apam kampung. Serabai ni pun kategori apam juga cuma masaknya atau api...ada acuan khusus yang saya belum miliki.

Kuih ni saya buat untuk moreh. Saja sesekali memperkenalkan kuih traditional...mungkin.ada yg tak kenal...supaya tak luput dek zaman.


Kuih Serabai cicah Kuah Gula Melaka @ ZLC

Bahan2

2 cawan tpg beras (saya terletak tepung gandum)
3/4 cawan nasi sejuk
1 sudu kecik yis
1/2 cawan santan pekat
1 1/2 cawan air
2 sudu besar gula
sedikit garam

Caranya

1. yis, gula dan sedikit air suam dicampur dlm 1 bekas biarkan selama 5 minit utk
memastikan yis aktif...
2. kisar nasi sejuk dengan 1 cawan air tadi..dah hancur nasi tu
masukkan garam,tepung beras , santan,dan bancuhan yis tadi kacau
sebati .
3. Biarkan selama 2 jam lebih dalam bekas tertutup .
4. Panaskan acuan kuih serabai atau dlm pan kecik ke atau dlm acuan kuih
bakar..sapu dgn sedikit minyak dlm acuan tersebut...dah betul2 panas acuan tu masukkan adunan dlm acuan... sederhanakan api dapur dan tutup acuan.
Bila agak2 dah kering permukaan atas tu menandakan ia dah masak...cungkil guna
bende tajam tuk kluarkan kuih dari acuan.

Kuah

Gula melaka (ikut citarasa)
Secubit garam
2 cwn Santan
(resepi asal letak pisang yang dipotong sedang2)
------------
Masak gula melaka dengan air sampai hancur, tapis dan masukkan santan dan masak hingga didih. Kalau selalu supaya tak pecah minyak.


Wednesday, June 22, 2016

Iftar 16: kuay tiaw kari ala nyonya


Dah hari ke 16 puasa ni rasa malas nak makan nasi. Semalam masak mee hailam, laju jer anak2 makan....nasi tak bersentuh. Jadi hari ni wasap hubby tanya kalau hari ni berbuka mee kari ok ker. Hubby respon ok jadi ni la menu iftar 16 kami....mee kari ala nyonya...tapi sebab semalam dah masak mee jadinya harini saya guna kuay tiaw pulak la.


Resepinya saya intai dari dapur dapurkakjee.com. Resepi memang dia ori dari nyonya yang niaga mee kari kat nst katanya.... komen saya...memang berbaloi mencubanya...sedap....tq kak jee....mabeles....i lioke..

Mee kari ala nyonya

bahan2nya:

1 cawan rempah kari daging
½ cawan cili kering yang telah diblend
8 ulas bawang putih
1 genggam penuh daun kari.
4 batang serai (diketuk)
belacan sebesar ibu jari.
4 biji buah keras
½ ekor ayam - saya guna air rebusan ayam jer...ayamnya saya tak letak sebb takde stok - saya guna udang galah dan sotong serta fish ball.
kerang - takde musim
taupok (tahu goreng) - saya tak letak
1 cawan pati santan
mi kuning/mi hun
taugeh
Tomato
Pudina
Sawi - celur
Kacang panjang - celur
Limau kasturi


cara:

tumbuk bawang putih dengan buah keras dan belacan. kemudian tumis hingga wangi, masukkan cili mesin. kacau lagi sampai garing. masukkan rempah, daun kari, serai dan kacau rata dan bubuh setengah cawan air. masak sampai jadi paste.

Nyonya tu suruh tepikan sikit paste ini utk bubuh atas mangkuk masa nak makan nanti. (kjee tak tepikan. tapi guna cili hijau jeruk). bila paste tu dah wangi, masukkan ayam (setengah ekor) yang telah dipotong bite size. kacau dan tunggu hingga terbit air ayam tadi. Pastu bubuh air anggaran dua cawan atau lebih ikut suka pekat camner. Bila dh melegak, masukkan santan pekat 1 cawan. Kalo suka bleh bubuh fresh milk ganti santan.

Lepas tu biarlah ia mendidih perlahan hingga terbit minyak. nyonya tu kata, jangan selalu kacau sebab mi kari nyonya selalunya pecah santan. tapi kjee ni mana boleh tengok jer kan masakan yang tengah mendidih. tangan mesti gatal nak kacau. maka selama kjee buat, tak pernah pecah santan.

rasa garamnyer. kalo guna msg blehlah bubuh kalo tak buh gula sikit. kepekatan kuah sebenarnya ikut suka masing2. ada yg suka kuah pekat, ada yg suka sedang2 dan ada juga suka cair. adjust air supaya sampai tahap kepekatan kuah yang anda suka.

Bila kuah dah masak boleh le makan dengan mee pilihan serta sayur pilihan.


Tuesday, June 21, 2016

Cake And Bread Pudding



Korang biasa tak beli atau buat kek tapi tak abis? Kekadang terbiar jer sampai berkulat tak dimakan. Tapi sekarang tak perlu membazir lagi. Kek yang tak habis tu sedap dibuat puding. Aritu dah buat puding yang guna agar2 tu, kali ni buat puding versi bakar pulak.

Saya ni pun dok memikirkan macam mana nak buat dengan leftover orange muffin yg masih banyak berbaki tu. Dah tak larat nak makan muffin bulan2 posa ni. Tapi semua teringin nak makan. Bila dah buat makan sikit dah tak mau lagi. Jadi nak selamatkan kena makeover muffin tu.


Cake And Bread Pudding (Puding kek dan roti) @ ZLC


3 cawan kek (yg dah dipotong kiub atau 2 cawan kek dan satu cawan roti). Susun dalam loyang yang dah dioles dengan mentega.

Untuk kastard

*4 biji telur
*1 3/4 cawan susu
*1/2 cawan gula

Satukan *. Kacau sebati menggunakan whisk. (Tambah susu kalau kek/rotinya banyak)

Tuang kastard ke atas kiub kek tadi. Tekan2 sedikit supaya kastad menyerap sepenuhnya ke dalam kek/roti.

Bakar didalam oven pada suhu 180 celcius selama lebih kurang 40 minit atau hingga atasnya keperangan. Hidangkan dengan susu cair/krim atau sos vanilla.


Sos vanila @ ZLC

1/2 cawan gula
3 sb gula perang
1 sb tepung gandum
Secubit serbuk buah pala
1 biji telur
2 sb mentega
1 1/4 cawan krim putar (saya guna krim masakan)
1 sb esen vanila

Satukan semua  bahan dan gaul rata menggunakan whisk. Masak menggunakan api sederhana. Kacau sentiasa supaya tidak berketul. Masak 10 - 12 minit hingga likat. Hidangkan bersama puding kek.

Moreh 15: CRISPY FRIED BREAD (Roti Goreng Rangup)


Stok roti tengah banyak. Baki buat sandwich untuk moreh 14. Nak ulang menu sama macam tak best jer. Kalau boleh, 30 hari moreh tu saya nak bagi 30 menu berbeza..🤗. Baru ada umphhh (tapi kekadang repeat jufa menu sama dia tiga kali bila dah ketandusan idea)

Kali ni saya buatkan crispy fried bread pulok. Sumber resepi saya blog Hasue. Hasue guna inti kaya tapi saya guna inti sardin. Tak mau manis2 sangat.  Saya buat lebih 50 ketul. Laku.....kejap jer dah habis. Masa anak saya minta dah tinggal serdak jer.... Alhamdulillah.


Roti goreng ni kalau letak sardin, sedap.juga cicah ngan sos thai atau sos cili. Tapi kalau tak dan makan camtu ajer pun sodap.....tambah2 kalau yg baru keluar dari kuali.

CRISPY FRIED BREAD

Bahan-bahan

22 keping roti
Serikaya/inti sardin - Secukupnya
2 cawan tepung gandum (saya guna 1 1/2 cwn tpg gandum, 1/2 cwn tepung naik sendiri)
2 1/2 cawan air
2 sb mentega
1 sk garam dan gula(gula bkn nak bagi perasa tp nak bg kuih sdikit berkilat je)
Sedikit serbuk kunyit


Cara-cara

Di dlm bekas,satukan tepung bersama mentega, garam dan gula. Bancuh dgn air (guna whisk lg senang) warnakan kuning dan ketepikan.

Ambil 2 keping roti dan sapukan dengan inti serikaya/sardin dan potong ikut citarasa..nak cantik buang kerak tepi pun boleh.

Panaskan minyak di dalam kuali utk menggoreng. Celupkan roti ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...