Friday, January 31, 2014

Ikan talapia bakar cicah sambal kicap

Mood makan ikan bakar....smlm ikan bakar, arini pun ikan bakar.
Sambal kicap

Ikan talapia ni kalau nak bakar jgn buang sisiknya. Rendam dengan air asam jawa/ cuka/ limau nipis untuk hilangkan hanyir ikan sungai. Cuci bersih. Gaul dengan garam dan kunyit. Lapik dengan daun kunyit dan balut dengan foil. Bakar sampai masak. Jangan kering sangat, tak sedap....

Hari ni tukar selera skit. Smlm dah cicah dengan air asam, yg ni kita cicah sambal kicap plak....yg ni simple skit nak buat, anak2 pun lebih suka.

bahan2

kicap
jus limau nipis
cili api - hiris
bawang - hiris

campur semua dan siap.....

Apam nasi pandan

Dah lama tak buat apam nasi. Dalam group masakan tu members asyik dok posted gambar apam yg gebus dan mengancam. Nasi sejuk tengah banyak dlm peti ais tu. Sejak kukus trio rosak, kuih2 kukus ni jarang nak buat. Dulu masa trio tu ada senang. Satu dua round kukus dah siap. Loyang dia besar. Nak cari ganti sampai la tak pergi.

Tapi hari ni tekad nak buat dari pagi, cuma enginnya start dah dekat kul 4. Malam nanti baru boleh kukus. Kali ni guna pewarna asli....daun pandan. Harum jer.....best.😆😄😍

Bahan2nya
2 cawan nasi sejuk
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air pandan (kisar 10 helai daun pandan dan tapis airnya)
2 tsp yis Mauripan 
Hiasan : Kelapa parut putih + secubit garam (gaul sebati)

Cara membuatnya:

Kisar nasi bersama air pandan.
Kemudian masuk gula dan kisar hingga sebati.
Dalam bekas lain campur tepung beras, tepung gandum dan yis - gaul rata dan tuang dalam adunan nasi yang telah dikisar tadi.
Gaul rata hingga sebati. 


Perap 3-4 jam.

Sudukan 3/4 penuh dalam acuan yang disukai dan kukus.
Hidang dengan kelapa parut.

Acuan : Lompang atau ikut citarasa -sapu minyak.
Masa Kukus : 15 minit.

Bubur jagung kegemaran sekeluarga



Rezeki murah, ada orang bagi jagung manis. Dalam kepala dah terbayang2 bubur jagung yg dimasak dengan sagu....sedapnya, tambah2 kalau disejukkan dalam peti ais.

Saya masak sebagai minum petang. Hidang dengan teh halia request daripada en hubby.


6 tongkol jagung
1/2 cawan biji sagu
1 1/2 liter santan pekat
gula kabung/melaka, gula putih dan garam secukup rasa
-----
Hiris jagung nipis2.

Rebus jagung yang telah dihiris dengan air (agak2 tenggelam jagung tu) lebih kurang 15 minit.
Masukkan gula dan garam dan rebus lagi dalam 15 minit. Masukkan sagu.
Masukkan santan masak hingga sagu jernih
Kacau selalu supaya santan tak pecah minyak...masak hingga mendidih.


Ikan aye/tongkol/kayu bakar cicah air asam

Menu ni idea dari kenalan masa tunggu ikan naik kat pasar nelayan sungai yi. Orang pempuan biasa la....sembang2 bab masak ni, mengisi masa lapang tu ggu bot nelayan berlabuh.....
First time dengar orang bakar ikan tongkol nih.....kesungguhan akak tu kata sedap, jumpa jer ikan tongkol terus tangkap sekor yg gemuk seberat dekat 2 kilo tu..... Berusaha kitrg cari arang sebab nak bagi terlajak sedap....
Mudah jer. Ikan tu dah bersihkan, lumur ngan garam n kunyit serbuk. Pastu balut ngan foil....dah siap baru hubby teringat lupa nak letak daun kunyit supaya lebih harum. Kalau ada daun pisang pun ok gak. Pastu bakar ler sampai masak.


Air asam
Air asam jawa pekat (guna air masak)
Belacan bakar
Cili api dihiris
Bawang besar di hiris nipis
Daun kesum dihiris kecil
Bunga kantan dihiris nipis
Jus limau nipis
Garam dan gula secukup rasa
Satukan dan kacau sampai gula dan garam hancul sambil tekan2 cili api tu supaya pedasnya keluar. Dah siap.

Wednesday, January 29, 2014

Masak lemak putih pucuk ranti aka meranti

Ini masakan en hubby. Anak sulung suka sangat sayur ni....yg lain2 tu suka kuah lemaknya ajer. Makan dengan ikan bulus goreng ngan sambal gesek bilis....berselera sungguh kami sekeluarga makan.
Pada sesiapa yang tak pernah tengok, gambar dibawah ni la rupa pokok ranti yang pucuknya dimasak lemak putih tu. Gambar ni saya pinjam dari kasihilmar.com.

Balik dari kampung aritu saya dah ambil benihnya, tapi belum semai2 lagi....


 Cara2 nak masak lemak putih ni senang jer

Sayur ranti (saya guna nalam dua ikat - ambil pucuknya dan daun2 muda - basuh dan toskan).
3 cawan santan
sedikit (dalam sejemput) udang kering atau ikan bilis 
3 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 biji cili merah - hiris
Garam secukup rasa
 ------
Masukkan santan, bawang dan bawang putih, ikan bilis ke dalam periuk. Pasang api sederhana. Kacau selalu supaya tak pecah minyak, agak2 dah panas, masukkan pucuk ranti dan cili merah. Masak hingga saya empuk dan santan mendidih. Perisakan dengan garam. Angkat dah hidangkan.


A NATURAL BLEACH ALTERNATIVE

 Saya tertarikh dengan resepi "clorox" homemade ni.....saya memang tak suka guna clorox/bleach sbb baunya yang kurang menyenangkan. tapi kekadang terpaksa guna juga. resepi ni macam best jer, saya belum la cuba sebab tak tau mana nak dapat hydrogen peroxide tu. Resepi ni saya cnp dari blog luar negara, saya lupa nak copy namanya. Kat sana bahan2 chemical ni senang nak beli tu yang diorang boleh DIY macam2 benda..... Insya Allah kalau jumpa jer benda tu nanti saya pasti cuba buat sendiri....

Here’s the recipe:
12 cups water
1/4 cup lemon juice
1 cup hydrogen peroxide

Mix. Add 2 cups per wash load or put in spray bottle and use as a household cleaner.
I decided to test it on a pair of white pillow shams I have on my bed that were beginning to look a bit on thedingy/dirty side. I don’t wash them often because we don’t actually SLEEPon them…but you know how it is…they still get dirty from being handled and thrown on the floor and lounged on when someone is watching TV on the bed, etc. I figured they would be a good test. Unfortunately I totally spaced taking a BEFORE picture of them, so you’re just going to have to use your imagination. But they looked a lot like this mattress cover did that I featured in the Miracle Whitening Solution post I did. Maybe not QUITE as bad. But close.

I added 2 cups of the solution to the load of whites I washed the pillow shams with (along with my regular homemade detergent), let it agitate, and then let itsoak for a little over an hour.
Here are the pillowcases on my bed. :-)Not bad huh?


I have to say I was pleasantly surprised by the effectiveness of this combination.
I’ve also used it a couple of times now just as a general all-purpose cleaneraround the kitchen and have liked the results there as well. I’ve been using straight hydrogen peroxide for awhile now as a kitchen/bathroom/etc. cleaner, but the addition of the acidic lemon gives it a nice cleaning boost and, of course, a fresh citrus scent!

If you are on a septic system or just want to avoid using chlorine bleach in your laundry…give this a try!  I think you’ll be happy with the results.
And one more thing…this post wouldn’t be complete without adding a plug forgood old-fashioned, 100% natural,SUNSHINE. The ultraviolet radiation of sunlight is a natural disinfectant. You can effectively brighten and disinfect your stained laundry by spraying it withlemon juice and then hanging it in the sun. I realize this isn’t going to be extremely PRACTICAL at times….but I had to give it a shout-out anyway. :-)
HAPPY WHITENING!!

Fettuccini Alfredo Seafood

Resepi Fettuccini Alfredo Seafood ni saya rujuk dari Blog Dapur di Riyadh. Jauh tu... Ini sebenarnya N3 lama yang saya dah terdelete, jadi usahakan memasukkannya semula.... konon nak buat spring cleaning kat blog archive tapi lain pulak jadinya....

Masakan merupakan juadah yg saya hidangkan sempena besday anak bulan pertengahan bulan aritu. Sapa2 yg suka pasta, tak pedas dan rasa lemak2 gitew....sesuai sangat masak menu ni.... Saya adjust skit resepi asal sbb nak kurangkan rasa muak cream tu dengan menambah lada hitam dan capsicum...
 
Bahan-bahannya:

1 paket fettucini (500 gm)
500 gm udang - dibuang kulit
300 gm kepah (tak letak sebab takde)
200 gm sotong - potong bulat - saya tambah
bawang putih 6 ulas - tumbuk atau cincang halus
1 sudu besar mentega
1/2 cawan cream
3/4 cawan susu segar
1/2 cawan stok ayam (1/2 cawan air + 1/2 kuib ayam)
1 sudu besar parsley kering
1 sb lada hitam (saya tambah)
capsicum pelbagai warna di potong kecil - saya tambah untuk menceriakan warna dan menambah perisa.
garam

Cara membuatnya:
  1. Bersihkan kepah dan rebus sekejap dengan 3 ulas bawang putih. Tutup api dan toskan.
  2. Rebus fettucini mengikut arahan seperti bungkusan. Toskan.
  3. Sambil itu, panaskan kuali dan letakkan mentega. Masukkan bawang putih dan kacau sampai naik bau. Masukkan udang dan balikkan, tunggu sampai udang berwarna pink. Masukkan capsicum dan kacau seketika. Masukkan stok ayam. Kacau dan perlahankan api.
  4. Masukkan cream dan susu segar. Masukkan kepah tadi dan kacau. Tunggu mendidih sekejap. Masukkan parsley, lada hitam dan garam secukup rasa.
  5. Curahkan kuah ke atas fettucini yang telah direbus tadi. Boleh dihidang.

Kuih ketayap Xpress

Pagi2 dah bising dengan bunyi blender kat dapur. Itula cara mudah dan cepat nak buat adunan ketayap nih....tak susah2 nak tapis bebagai....

Kali ni buat bentuk roti jala....dan adunan saya guna susu segar serta tak letak sebarang pewarna.

Bahan2

1 cawan tepung gandum
1 1/3 cawan susu segar
Sedikit garam
1 biji telur
1 sk vanilla esktrak

Kisar semua bahan hingga sebati. Tuangkan dalam acuan roti jala. Dan menjala la seperti biasa.

Panaskan pan, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung. (Cara gulung; , lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis. Siap untuk disantap.


Untuk inti (Boleh prepare awal)

1/2 biji kelapa parut
3/4 cawan gula putih
2 sb pewarna sirap ros 
Sedikit air
Sedikit garam
1 helai daun pandan

Cara-cara 
Masukkan kelapa parut, air, gula serta sehelai daun pandan. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula dan airnya sedikit kering. Angkat. Buang daun pandan.


Saturday, January 25, 2014

Meehon/bihun/mihun singapore

Lama juga tak masak menu nih...sesekali rindu menjelma....jom kita semak resepi.

Sayur perencah tu boleh diperbagaikan. Pilih yg pelbagai warna supaya nampak menarik. Kali ni saya guna kobis ungu sbb stok ada.

Bihun/Mihun/meehon Singapore

1 paket mihun
3 biji telur (kali ni tak letak telur sbb takde stok)
15 ekor Udang atau/dan 5 ekor Sotong (lagi banyak perencah lagi sodap)
10 biji fish/chicken ball (Potong 4)
6 ulas Bawang Putih
6 ulas Bawang Merah Tumbuk lumat
Sawi
Cendawan Tiram
Kobis
4 sb sos tiram
Sedikit lada hitam (kalau tak letak pun tak apa)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

-----------
Panaskan Minyak.
Pecahkan telur dan buat ala-ala scramble egg. Ketepikan (tak perlu keluarkan dari kuali pun). Tumiskan bawang yang telah ditumbuk hingga naik bau.
Masukkan sos tiram dan lada hitam. Kacau sebati.
Masukkan chicken ball/sotong/udang (masukkan udang last sekali sebab udang tak ble masak lama)
Masukkan mihun yang telah di basuh dan direndam (Tak perlu toskan kalau tak rendam dengan air panas). Masukkan garam secukup rasa. (Garam tak perlu masuk awal sebab kalau dimasukkan bersama ball/udang/sotong/telur, masinnya akan meresap kedalam perencah tadi.
Gaul sehingga mihun lembut dan tak berair supaya tak cepat basi. (kena kacau supaya mihun tak hangus)
Masukkan sayuran dan kacau sehingga sayur masak secukupnya lebih kurang 2-3 minit gitu.

Terus angkat masuk dalam bekas.
Hias la dengan tauhu yang telah digoreng dan dihiris, bawang goreng, daun sup/daun bawang...
Nak makan, masukkan la sambal kicap tu.....

(Tak payah nak masak 2 menu sebab budak2 pun boleh makan sebab tak pedas, sambal asing...Saya jarang masukkan lada hitam kalau sediakan menu ni untuk sarapan tapi kalau sediakan utk orang beso masukkan la skit.)

Sambal Kicap

5 sudu besar kicap pekat
2 biji limau kasturi
15 biji cili api dihiris nipis
5 sb air panas
Sedikit garam
-----------
Campur kicap, air dan garam. Kacau hingga garam hancur. Masukkan cili api. Perahkan limau dan kacau rata.

Bingka cempedak lagi, bingka pandan dan bingka pisang pandan

Macam2 bingka ada, bingka cempedak yg harum mewangi, bingka pandan semerbak dan bingka pisang yg yummy....

Idea buat bingka pisang pandan tu timbul bila santan yg dah bercampur air pandan tu berlebih setelah siap bancuhan bingka pandan. Nak simpan leceh dan nak buang sayang, kelapa mahal sekarang ni... stok pisang masak ada sesikat setengah lagi. Kalau tak diusahakan nanti rosak pulak..... sayang. Bawa dari jauh tu.

Bingka2 ni buat untuk mesyuarat surau baru....mulanya nak gorengkan meehon tapi ada jemaah yg sponsor mee goreng dan nasi lemak.

Jom semak resepi....resepi asasnya sama tapi dipelbagaikan flavor.

Bingka cempedak lagi

2 cwn tepung gandum
3/4 cawan gula
4 cawan santan
1 cawan isi cempedak
3 biji telur
Sedikit garam
2 sb mentega

Blend semua. Tuang dalam loyang yg dah digris dengan minyak masak. Bakar selama 45 minit pada suhu 160 darjah. Kalau nak garingkan atas bawah dia, tambah masa membakar 15 minit lagi dan naikkan suhu kepada 200 darjah.

Bingka pandan

2 cwn tepung gandum
1 cawan gula
3 cawan santan pekat
1 cawan air pandan
(Kalau guna pandan paste, santannya 4 cawan)
3 biji telur
Sedikit garam
2 sb mentega

Blend semua. Tuang dalam loyang yg dah digris dengan minyak masak. Bakar selama 45 minit pada suhu 160 darjah. Kalau nak garingkan atas bawah dia, tambah masa membakar 15 minit lagi dan naikkan suhu kepada 200 darjah.

Bingka pisang pandan

2 cwn tepung gandum
3/4 cawan gula
3 cawan santan + air pandan
15 biji pisang (saya guna pisang abu)
3 biji telur
Sedikit garam
2 sb mentega

Blend semua. Tuang dalam loyang yg dah digris dengan minyak masak. Bakar selama 45 minit pada suhu 160 darjah. Kalau nak garingkan atas bawah dia, tambah masa membakar 15 minit lagi dan naikkan suhu kepada 200 darjah.

Friday, January 24, 2014

Biskut samperit

Malam ni digagahkan juga badan untuk memenuhi permintaan anak2 untuk makan biskut samperit. Keluar jer loyang pertama dari oven, tak sempat nak sejuk dah berebut2 diorg ngap....

Buat satu bancuhan jer, dapat pun tak byk sangat. Bakar pun guna oven comel jer.

Resepi saya guna resepi lama dlm blog archive ni jer....samperit pandan cuma kali ni saya tak letak pes pandan tu sebab buat design lain.

Bahan-bahan

Bahan A 
200gm mentega 
100gm gula ising 
1 biji kuning telur 
1/2 tsp pewarna hijau epal 

Bahan B 

250gm tepung gandum 
50gm tepung jagung 
30gm tepung kastard 

Hiasan : Ceri merah

Cara-cara 

Pukul bahan A hingga berkrim. 
Masukkan bahan B yang telah di ayak dan gaul hingga menjadi doh yang lembut.
Rehatkan selama 1 jam. 
Guna nozzle samperit dahlia dan tekan ke atas loyang yang telah di griskan. 
Potong mengikut saiz di kehendaki. 
Panaskan oven dan bakar pada suhu 140C selama 30 minit atau hingga kekuningan.

Wednesday, January 22, 2014

Bingka cempedak

Kek cempedak dah masak, sambung bakar bingka cempedak pulak.....ni la caranya nak pelbagaikan masakan berasaskan cempedak bila musim tengah byk ni...

Kalau rajin, isi cempedak ni boleh di jemur mcm pisang tu (atau masukkan jer dlm oven utk keringkan. Saya jugak bekukan isi dia utk buat kek/bingka/cucur bila2 nanti.

2 cwn tepung gandum
3/4 cawan gula
4 cawan santan
1 cawan isi cempedak
3 biji telur
Sedikit garam
2 sb mentega

Blend semua. Tuang dalam loyang yg dah digris dengan minyak masak. Bakar selama 45 minit pada suhu 160 darjah. Kalau nak garingkan atas bawah dia, tambah masa membakar 15 minit lagi dan naikkan suhu kepada 200 darjah.

belum betul2 sejuk dah potong....tak sabar2 nak makan

Kek mentega cempedak

Bila musim cempedak jer baru la keluar menu nih...time bakar jer, bau dia....mak aihhh....harum semerbak...

Bahan-bahan

250 gram mentega 
200 gram gula caster (kalau buat plain butter kek gulanya boleh tambah jadi 250 g)
250 gram tepung naik sendiri (saya guna tepung gandum + 1 1/2 sk baking powder)
4 biji telur (saya guna telur gred A)
200 gram isi cempedak, buang biji dan potong kecil-kecil guna gunting.. (saya letak 250 g)

Caranya
1) Pukul mentega dengan gula sehingga putih dan lembut. 
2) Tambah telur dan tepung, selang-seli 
3) Masukkan isi cempedak dan gaul. Jangan gaul terlalu banyak supaya isi masih berkeping-keping. 
4) Bakar dalam ketuhar selama 45 min pada suhu 180 celcius atau sehingga masak. 

**** kali ni saya pukul telur dgn gula hingga kembang pastu baru masukkan mentega. Pukul lagi sampai gebu lebih kurang 10 minit. Pastu masuk tepung dan pukul sebentar hingga rata. Last sekali masukkan cempedak dan gaul rata.

Tuesday, January 21, 2014

Daging masak halia

Tadaaaa.....siap dah daging masak halia...daging rusa ada la dalam freezer tu tapi tak tau bahagian mana....kang keras lak....jadi masak ni guna daging lembu jer...

Sukatan bahan2 saya agak2 jer sbb resepi yg saya cnp tu takde sukatan.


Resipi Menu Alam Musim 9 Episod 1 (Rusa Masak Halia)

1 kg daging
2 sb Kicap cair
2 sb Kicap pekat
4 sb Sos tomato
4 sb Sos tiram
3 sb Cuka beras (Saya guna cuka kurma)
1 1/2 sb Gula
2 sk Garam
1 sb Lada sulah ( nak lebih pun ble jer)
3 inci Halia
6 ulas Bawang merah
6 ulas Bawang putih
1 batang Lobak merah
Sedikit minyak bijan
1 sk Tepung jagung + 2 sb air
Minyak untuk menumis

---------
-daging rusa dipotong nipis dan diketuk dengan pisau
-perapkan daging tadi dengan campuran kicap cair, kicap pekat, sos tomato, sos tiram, cuka beras, gula, garam, lada sulah & halia yg dipotong nipis
-tumiskan bawang merah yg dipotong baji, bawang putih yg diketuk & lobak merah
-masukkan daging rusa yg telah diperap dan gorengkan bersama tumisan
-tambahkan sedikit minyak bijan untuk rasa
-masukkan tepung jagung yg telah dibancuh untuk menambah kepekatan kuah
-sebagai hiasan, goreng halia yg dihiris nipis (seperti french fries) dan taburkan di atas daging

Tips
-ketuk daging dengan pisau untuk melembutkan tekstur, bukan untuk menghancurkan

Kordial limau kasturi

Balik dari kampung stok limau kasturi dan limau nipis mesti berlambak. Kengkadang buat jus limau kasturi yg dikisar dengan biji dan kulit2nya pastu masukkan asam boi.....sedap sangat. Kali ni dapat pulak idea buat kordial. Selain takde bahan pengawet dan pewarna, kosnya pun murah.

Saya perah limau kasturi tu, tapis bijinya. Dapat dekat satu liter jus. Masukkan dalam periuk, tambah sekilo gula. (Kalau suka boleh juga letak daun pandan). Masak hingga gula hancur dan kordial mendidih. Sejukkan dan simpan dalam botol. Nak tahan lama letak kat peti sejuk.

Bila nak minum, bancuh jer dengan air, ketul ais dan asam boi (optional).  Jimat dan lebih selamat.

Tuesday, January 14, 2014

Roti garlic cheese dan roti paun

Resepi roti ni asasnya saya ejas dari resepi roti pandan isma maisara juga. Saya buat eksperimen utk mendapatkan hasil yg terbaik...gebu dan lembut hanya dengan menggunakan tepung gandum unbleach...



Saya rasa sukatan ni menghasilkan doh yg agak baik berbanding sebelumnya. Untuk roti garlic cheese tu saya gunakan homemade garlic spread.... mentega + bawang puting yg ditumbuk lumat + parsley flake. Cheese saya tabur setelah doh separuh masak supaya tak hangus...



Roti garlic cheese dan roti paun

500gm tepung gandum
11 gm yis segera
1/4 cwn gula halus
1 sk garam 
2 sudu besar susu tepung
1 sudu kecil baking powder 
water roux (cara penyediaan di bawah)
1 biji telur
140 ml air suam 
2 sudu besar mentega/marjerin 
Satukan semua bahan. Kalau nk rendam yis dgn air suam dan gula dulu pun boleh. Uli hingga lembut..saya uli dgn tangan 1/2 jam..selang seli..banting doh..uli..x larat nk uli je. Perap doh 30 minit atau hingga doh naik sekali ganda. Setelah doh naik..tumbuk2 doh. Dan bulat2kan...atau nk letak sosej ke..rehat kan doh 30 minit..sapu butter atau kuning telur..bakar pada suhu 160c...selama 20-25 minit bergantung pada oven masing2.

Water roux
1/8 cwn tepung gandum
120 ml air

Campurkan semua bahan dan kacau dgn hand whisk. Masak atas api yg perlahan. Kacau sentiasa supaya jgn bergentel. Kacau hingga pekat agak2 mendidih sekejap, angkat dan sejukkan baru boleh guna & boleh disimpan dlm peti sejuk. Bila nk guna biar dlm suhu bilik baru digunakan. Tahan selama 2 hari.

Monday, January 13, 2014

Capati lembut dan kari kambing


Resepi Mamak haji

BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung atta.
2 sudu minyak masak (untuk melembutkan)
1 cawan Air panas (suam sedikit) kiraan air, 50 peratus dari tepung sekiranya 100gm airnya 50ml air untuk membuat doh.
Garam secubit ikut rasa. Larutkan garam dalam sukatan air panas.

CARA-CARA MEMBUATNYA:

1. Masukkan tepung dalam sebuah bekas uli dan bentuk kolam ditengahnya. Masukan air panas sedikit demi sedikit. Uli selama 3-4 minit sehingga menjadi doh yang lembut. Doh yang lembut boleh hasilkan capati yang lembut.
2. Masukan minyak masak dan uli kembali untuk mendapatkan permukaan doh yang licin dan lembut. Permukaan doh perlu licin. Bahagikan doh kepada 12-15 bebola. Berbola yang bulat sempurna boleh dihasilkan dengan rollkan menggunakan kedua-dua tapak tangan dengan beralas sedikit tepung. Jika bebola ini melekit ditangan semasa membentuk bola, uli semula doh dengan tambah sedikit tepung kemungkinan doh terlalu lembik. Biarkan bebola yang telah siap selama 20 – 30 minit dalam bekas yang ditutup dengan kain lembab (ditakuti permukaan bebola akan kering dan keras).
3. Ambil bebola capati ini leperkan sedikit di tapak tangan anda dan celurkan sedikit tepung (mamak haji biasanya gunakan tepung beras) sebelum diletakan dalam papan lenyek. Leperkan permulaan dengan  90 darjah, memanjang 6 inci panjang. selepas itu pusingkan doh itu ke  45 darjah dan leperkan juga sepanjang 6 inci. Selepas 45 darjah sekali sepanjang 6 inci. Hasilnya anda akan dapat capati yang bulat sekata  6″. Sebelum anda tindehkan capati yang belum dimasak, sapukan sedikit tepung ke atas permukaan supaya kepingan itu tidak melekat satu sama lain.
4. Panaskan kuali leper atau pun kuali tak melekat (Non- Stick Pan). Jangan terlalu panas dan api sedang  sedang memadai . Sebelum masukkan capati yang belum masak itu untuk dibakr di atas kuali leper, tepuk sedikit diantara dua tapak tangan supaya tepung yang berlebihan disapukan semasa leperkan akan gugur. Tepung ini perlu dinyahkan apabila dimasak di atas kuali kerana tepung ini akan bakar dan memberi bau dan rasa yang pahit pada capati. Bakar di atas kuali dan masak (bakar kering) semasa bakar itu anda perlu mengenakan tekanan sedikit menggunakan kain yang tebal pada gelombong yang mula-mula naik. . Jangan tekan terlalu kuat kerana ia akan hanguskan bahagian yang ditekan kuat.  Bila kenakan tekanan pada gelombong anda boleh lihat, capati itu naik gelembung. Putarkan sentiasa capati itu supaya ia masak serata. Terbalikan dan bakar sebelah lagi, seperti yang diterangkan.
5. Sebelum membakar capati yang seterus, bersihkan tepung yang berlebihan yang telah hangus supaya capati tersebut tidak melekat pada capati yang belum masak. Masa pembakaran capati cuma seminit dan diterbalikan dan bakar seminit . Keseluruhan masa pembakaran cuma 3 minit. Semasa membakar capati pertama perlu tentukan kepanasan kuali dengan betul, jangan sampai hangit atau terlalu masak, nanti capati anda menjadi biskut pulak.


Kari kambing my hubby

1 kg daging kambing (mutton/lamb) - potong kiub

Rempah tumis

3 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
3 sb rempah kari daging
3 tangkai daun kari
1 batang serai - ketuk/titik

Bahan kisar

2 biji Bawang besar
6 ulas bawang putih
3 inci halia

3 biji kentang - belah 4
3 biji Cili merah - belah 2
3 biji tomato - belah 4
1 cawan Susu cair
Air
5 sb air asam jawa pekat
Garam dan gula secukup rasa

Tumis rempah tumis dan bahan kisar hingga naik bau. Masukkan daging kambing. Kacau sebati. Masak hingga kambing seoaruh empuk. Masukkan kentang, tomato, air asam jawa, air dan susu. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masak hingga daging empuk dan kuah memekat.


Saturday, January 11, 2014

Roti paun

Hari ni buat mkn2 kecil2an sempena besday my boboyboi yg ke 3....menu ringkas jer utk minum petang....buat kek span, roti n bubur kacang durian dan pasta olio oglio....

Kali ni cari resepi simple2 tapi sodap yg diejas skit, buat mcm tiger bread, guna resepi allrecipes.com....mcm kat bawah ni.

2 tablespoons rice flour (corn flour)
4 tablespooons milk
A drop of sesame seed oil

Mix the milk and rice flour together with a drop of sesame seed oil and coat the loaf.

Jom tengok resepi Roti Paun yang saya jumpa kat sini:

Sumber: Koleksi Resepi Pilihan Diana via Dari Dapur Suzi
Cnp from kecikkenot.blogspot

Bahan-bahannya :

6 cawan tepung gandum
1 ¾ cawan susu cair/ susu segar  (saya kurangkan jadi 1 2/3 cawan)
3/4 cawan gula halus (kurangkan jadi 1/2 cawan)
1 paket (11 gm) yis
3 biji telur
60 gm mentega
(Tambah 1 sk baking powder)
sedikit pewarna kuning saya ganti dengan vanilla extract
1 sk garam

Cara-caranya :

1. Campurkan susu cair/ susu segar, telur, gula dan yis. Kacau sehingga sebati dan biar yisnya berbuih sedikit.
2. Kemudian campurkan mentega yang telah dicairkan dan sedikit pewarna kuning.
3. Masukkan tepung kedalam bread machine dan uli sehingga ia menjadi doh yang lembut dan sebati.
4. Perapkan adunan sehingga ia naik dua kali ganda. Bila adunan telah naik dua kali ganda tumbuk doh dan uli lagi.
5. Kemudian ambil setiap doh adunan seberat 80 gram dan bentukkan bulat.
6. Sapukan loyang bulat dengan mentega dan susun doh yang telah dibulatkan ke dalam loyang.
7. Perap lagi doh sehingga ia naik dua kali ganda. Setelah doh naik letakkan sedikit mentega diatas doh roti. Bakar dalam ketuhar pada suhu  170’C selama 20 minit sehingga ia kekuningan.
8. Keluarkan roti dari ketuhar sewaktu ia panas sapukan lagi dengan mentega. Sedia untuk dihidang.

Kek span coklat lapis blueberry

Terpikat dengan resepi dari blog Secuitrasa ni masa dok google idea untuk kes besday my liltle boy.....bahan sume ada....

Dia punya toppingnya guna:-

500 krimwell gm + 250 gm gula icing - pukul hingga gebu dengan kelajuan tinggi.

Bahan-bahannya:

Bahan A:

4 biji telur ( Uj guna 5 bj telur gred B)
120g gula kastor
1 sudu bsr ovellete
1 sudu bsr original mayonis ( Uj guna 1/2 sudu bsr jus oren sunquick)
1 sudu teh esen vanila ( Uj tambah)

Bahan B: ( Bahan ayak)

80 g tepung gandum ( Uj guna tepung superfine)
20g serbuk koko
20g tepung jagung
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam ( Uj tambah)

Bahan C:

65 gm butter cair (saya ganti dengan 65 gm minyak)

Bahan D:

Utk sapuan ke atas kek sedikit blueberry fruits filling dan krim mentega.*
* blueberry fruits filling bole dibeli dikedai bakery *

 Cara:

1.   Panaskan oven 170 darjah.Sapu loyang dgn sedikit mentega dan tepung ratakan.ketepikan
2.   Putar bhn A dgn kelajuan yg tinggi selama 15 min sehingga gebu, putih , lika dan pekat  seperti adunan kuih bahulu .
3.   Add bhn B ( bahan kering).Putar rata dan sebati selama 3 min.
4.   Add bhn C ( myk mentega).pukul hingga sebati selama 3 min.
5.   Bila dah sebati add dlm loyang dan bakar selama 40 @ sehingga masak.
6.   Bila kek dah masak terlangkupkan diatas redai.
7.   Potong 2 kek dan bolelah disapukan dengan lapisan blueberry fruit filling di atas lapisan tadi kemudian   barulah disapukan dgn krim mentega mengikut kreativiti masing2. 
   

Friday, January 10, 2014

Sup ikan tahu/tofu dengan ngaku/arrowhead

Gambar ikan tu saya pinjam dari chepearl.blogspot sbb lepas ikan saya potong baru teringat nak ambil gambar......ikan ni tak semua orang familiar....jadi nak mudahkan pengecsman saya share gambarnya. Tq chepearl.....

Haritu dah share resepi ngaku chips...kali ni kita nikmati plak dengan citarasa berbeza.....

Resepinya

1 ekor ikan tahu (anggaran 1 kg)- potong setebal 2 inci
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2" halia
2" kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
4 biji buah ngaku - belah 2/4 bergantung saiz
1 batang karot - potong panjang2 atau ikut la nak potong camna pun
1 biji tomato belah 4
air secukupnya
sedikit bawang goreng
sedikit daun sup/daun bawang/ketumbar yang dihiris

1.  Hiris bawang merah, bawang putih dan halia.

2.  Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga dan bahan 1 hingga naik bau.

3.  Masuk air dan biar mendidih sedikit.

4.  Masukkan ngaku dan karot. Masak hingga ubi separa empuk. Masukkan ikan dan tomato. Biar didih hingga ikan cukup masak. (Kalau ikan segar jgn masak lama sgt). Perisakan dengan garam secukup rasa. Biar seketika dan tutup api.

5.  Masa hidang, taburkan daun sup dan bawang goreng.

Yang bawah ni gambar ngaku aka arrowhead...selain buat chips, ble ganti kentang dalam masakan2 lain juga...

Thursday, January 9, 2014

Roti manis

RESEPI DOH ASAS ROTI
sumber : hanamemories.blogspot.com
Diolah oleh: zulfaza love cooking

Bahan-bahan
500g tepung gandum
1 sk bread improver
1 sk baking powder
50g gula
1 biji telur
50g shortening
1 peket yis mauripan @ 11g
1sk garam
250ml susu segar @ air
**50 gm susu tepung - jika tidak menggunakan susu segar, bancuh susu tpg dgn air
(Water roux - ambil satu sudu besar tepung daripada 500gm tu, masak dengan 100 ml air daripada 250 ml tu. Kacau dengan whisker/sudip hingga memekat. Tutup api.)

Cara-cara (Kaedah Breadmaker)

Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker.Pilih setting DOUGH dan biarkan menguli sehingga siap. Biarkan doh naik kembang lebih kurang 1.30jam atau lebih kemudian uli semula. Tumbuk2an untuk mengeluarkan angin.

Bahagikan bulat2 kecil (size bergantung kepada loyang) kemudian susun ke dalam loyang yang telah digris dgn marjerin dan tepung. Biarkan naik sekali ganda lagi.

Sebelum bakar spray permukaan roti dgn air biasa dan bakar suhu 180 selama 15-20min atau sehingga masak keperangan.

Sejurus keluar dari oven, sapukan permukaan roti dengan butter@marjerin dan sejukkan di atas redai.

Ubat batuk homemade

Nak share petua yg saya guna utk merawat batuk....saya dah pernah share tapi N3nya dah lama....kekadang orang malas nak geledah blog archive ni jadi saya postkan lagi la...
setakat ni berkesan utk kami sekeluarga..Madu tidak digalakkan untuk anak bawah ..dah tak perlu minum ubat batuk yg menyebabkan mengantuk tu...anak2 pun suka. 

saya nak share gak sedikit info tentang madu dan bayi usia 1 tahun ke bawah sbb ramai yg tanya sesuai ke tak bg ubat ni utk baby diorang.....jadi baca post kat bawah ni yer. maklumat ni saya google kat internet dan pernah baca kat paper ke majalah tak ingat dah..

Madu dan bayi 1 tahun ke bawah....

Madu tidak digalakkan untuk anak bawah setahun..ini adalah kerana madu mungkin mengandungi spora Clostridium botulinum - sekiranya madu itu tercemar..benda ini tidak mendatangkan sebarang masalah kepada orang dewasa tetapi boleh menyebabkan botulism (sembelit, kurang selera makan, penghisapan yang lemah (weakened sucking) dan kelesuan) kepada bayi.....Kes botulism pada bayi ini sangat-sangat jarang sebenarnya tetapi kita masih boleh berhati-hati , manakala reaksi allergy juga sangat-sangat jarang walaupun ada.

Untuk botulism , jika kalian (ibu-ibu) merasakan bayi kalian tidak cukup kuat , cukuplah sekadar kalian ibu-ibu mengamalkan madu sehari-hari, dan bayi kalian cukup sekadar minum susu kalian. Susu dari ibu yang mengamalkan madu juga cukup membantu tumbesaran bayi.

Jika kalian yakin dengan peniaga/pembekal madu yang kalian dapati dari kawasan yang tidak mempunyai pencemaran ini, kalian boleh memberikan pada bayi kalian. Ini lebih membantu dalam menguatkan badan bayi kalian.

Tambahkan keyakinan itu dengan membaca ayat ini 3 kali semasa pemberian madu pada anak-anak

بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم

, in sya allah , Allah akan pelihara kalian dari sebarang kemudaratan.

Bagi penyakit alahan pula , jika kalian (ibu bapa) mempunyai alahan/allergy pada sesuatu , juga boleh elakkan dari mengambil madu.

Sebaiknya, cuba dahulu buat kali pertama pada bayi kalian , jika didapati adanya tanda-tanda alahan pada bayi kalian , elakkan pemberian secara terus pada mereka, sebaliknya, ibu-ibu amalkan dahulu madu , dan bayi kalian minum susu terus dari kalian. Pemberian pada bayi ini cukup dengan suapan 1-2 jari telunjuk setiap hari.

Wallahu alam.

Allah pemberi dan penyembuh penyakit , kita berusaha melalui jalan-jalan yang diberikannya.

Sunday, January 5, 2014

Baked honey mustard chicken

Resepi ni mudah. Bahan2nya pun senang nak cari....aritu dah beli ayam bahagian dada tapi dah dimasak untuk benda lain jadi saya guna jer la ayam sekor. Paprika tu saya ganti dengan cayenne pepper.....  lain kali baru nak cari paprika....tapi sebenarnya dari segi rasa tak jauh beza pun.....
Resepi ni saya ambil dari sumber Allrecipes.com

 




































Terjemahan saya
Bahan2

6 ketul ayam bahagian dada -  buang kulit dan tulang
garam dan lada hitam secukup rasa
1/2 cawan madu
1/2 cawan mustard
1 sk basil kering
1 sk paprika
1/2 sk parsley kering

Cara2

Panaskan oven pada suhu 175C.
Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk lada hitam. Masukkan ke dalam dulang pembakar yang telah digris dengan sedikit mentega.
Dalam mangkuk kecil satukan bahan2 lain dan kacau sebati.

Tuang separuh bahan tadi ke atas ayam dan sapu rata. Bakar selama 30 minit. Keluarkan dulang daripada oven dan terbalikkan ayam. Tuang 1/2 baki bahan tadi dan ratakan keseluruh permukaan ayam yang telah diterbalikkan. Bakar semula selama 10 - 15 minit atau sehingga jusnya memekat atau ayam betul2 masak.

Resepi asal

Ingredients

6 skinless, boneless chicken breast halves
salt and pepper to taste
1/2 cup honey
1/2 cup prepared mustard
1 teaspoon dried basil
1 teaspoon paprika
1/2 teaspoon dried parsley

Directions

Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C).Sprinkle chicken breasts with salt and pepper to taste, and place in a lightly greased 9x13 inch baking dish. In a small bowl, combine the honey, mustard, basil, paprika, and parsley. Mix well.
Pour 1/2 of this mixture over the chicken, and brush to cover.Bake in the preheated oven for 30 minutes. Turn chicken pieces over and brush with the remaining 1/2 of the honey mustard mixture.
Bake for an additional 10 to 15 minutes, or until chicken is no longer pink and juices run clear. Let cool 10 minutes before serving.

Masak lemak kuning ikan tenggiri dan sayur tumis



Nampak menyelerakan masakan encik hubby tengahari ni... 

Jom tengok resepi dia...

Gulai lemak

1 ekor tenggiri sederhana (dalam 1 kg)
1 cawan santan pekat
3 cawan santan cair
3 biji kentang potong 4 (anak2 suka)
2 biji tomato belah 4 (jgn yg masak sgt)

Bahan tumbuk

2 inci kunyit hidup
4 ulas bawang putih
5 biji bawang merah / 1 biji bawang besar
10 - 15 biji cili padi (Ikut nak pedas mana)
2 batang serai diketuk
Garam secukup rasa
-------

Masukkan bahan yg ditumbuk, santan cair, kentang dan ikan ke dalam periuk. Masak hingga mendidih. 
Kacau selalu supaya santan tak pecah minyak. kacau tu jgn sampan ikan hancur (setengah orang dia goreng dulu ikan supaya tak hancur bila masak tapi jgn garing sangat  - kalau goreng masukkan ikan lewat skit...lepas kentang dah empuk)
Masukkan tomato dan santan pekat. perisakan garam secukup rasa. Masak hingga mendidih. Pastikan sentisa dikacau untuk elakkan santan pecah minyak. Tutup api. 

Sayur

Bayan Merah dipotong kecil
Brokoli dipotong kecil
Sedikit udang kering atau ikan bilis ( boleh ganti dengan fishcake/fish ball/ udang/sotong/isi ayam)
bawang dan bawang putih dihiris kecil
1 biji cili merah/hijau dipotong serong
1 sb sos tiram (optional)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

pamaskan sedikit minya di dalam kuali. Tumisbawang dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan bilis/udang dan tumis seketika. Masukkan sos tiram jika suka. Kacau rata. Masukkan sayur, perisakan drngan garam dan masak hingga sayur layu....jgn lama sgt nanti semua zat hilang...saya suka sayur yg masih rangup dan warnanya masih segar Tapi ada orang yg suka sayur yg lembut....jadi ikut lah citarasa masing2 yer.



Wednesday, January 1, 2014

Roti sosej dan roti blueberry

Meroti lagi menggunakan resepi yg sama...cuma kali ni buat plain flavour untuk doh. Untuk filling saya guna blueberry filling, cheese dan sosej...

Disebabkan oven besar dah rosak, saya gunakan alluminium pie tray untuk mempercepat dan memudahkan proses membakar. Doh pulak seberat 30gm....kalau nak guna 25gm pun ok gak...

Boleh la buat breakfast dan bekal untuk anak2 ke sekolah besok pagi....

Resepinya....

600gm tepung gandum

11 gm yis segera

1/2 cwn gula halus

1 sk garam

4 sudu besar susu tepung

1 sk baking powder

1 sudu kecil bread improver

2 sudu besar water roux

1 biji telur

180 ml air 

2 sb shortening/mentega

Satukan semua bahan. (Kalau nk rendam yis dgn air suam dan gula dulu pun boleh.) Uli hingga lembut..saya uli dgn tangan 1/2 jam..selang seli..banting doh..uli..x larat nk uli je. Perap doh 30 minit atau hingga doh naik sekali ganda. Setelah doh naik..tumbuk2 doh. Dan bulat2kan...atau nk letak sosej ke..rehat kan doh 30 minit..sapu butter atau kuning telur..bakar pada suhu 160c...selama 20-25 minit bergantung pada oven masing2.

Kalau guna breadmaker.....masuk dulu bahan cecair, gula dan esen kopi. Pastu bahan2 kering dan garam. Pastikan yis dan garam tak duduk dekat2 yer....nanti yis mati...pastu pilih program dough. Dah siap, keluar dan tumbuk utk buang angin dia dan bentuk ikut kreativiti masing2.

Water roux

1/4 cwn tepung gandum
250 ml air

Campurkan semua bahan dan kacau dgn hand whisk. Masak atas api yg perlahan. Kacau sentiasa supaya jgn bergentel. Kacau hingga pekat agak2 mendidih sekejap, angkat dan sejukkan baru boleh guna & boleh disimpan dlm peti sejuk. Bila nk guna biar dlm suhu bilik baru digunakan. Tahan selama 2 hari.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...