Monday, April 23, 2012

Lempeng Pisang

 Bahan2

2 cawan pisang (awak/abu) yang dilenyek
1 1/2 cawan tepung gandum
4 sb gula
1 sk garam
sedikit air
-------
Gaulkan semua bahan hingga sebati.

kelapa parut
sedikit garam
------------
Gaul sebati.

 
Cara-caranya:
Tuangkan adunan dalam kuali yang telah dilenser dengan sedikit  minyak. Letakkan kelapa parut dan tuangkan adunan di atas kelapa tadi. Saya gunakan acuan telur goreng.
Kalau ada daun pisang lagi bagus. Saya selalu bungkus macam buat lepat tapi besar skit dan bakar hingga masak.
 
Tada.......dah siap pun....nyam nyam nyam....

-------------------------
Bancuhan tadi kalau malas nak melempeng ble adjust jadikan cekodok. Kelapa parut tu masukkan sekali dalam adunan dan tambah  dua tiga sudu besar tepung. Ni la kejadiaannya....


Kuetiaw Sup Vietnam Style


Ni copipes dari Harian Metro online cumanya takde tulis cara2nya jadi cam biasa kena la ikut kreativiti.....kak inakl pun ada buat tapi dia ganti dengan mihun


Bahan sup: (untuk sajian dua orang)

500 gram daging (termasuk tulang untuk mendapatkan rebusan air)

100 gram ikan bilis(kisar halus dengan air)

1 kiub pati ayam

Garam (secukup rasa)

Gula (secukup rasa)

2 liter air



Bahan kuetiau:

200 gram kuetiau(celur)

20 gram daging (hiris)

1 sudu besar bawang goreng

3 tangkai daun bawang

2 tangkai cili merah atau cili padi (lebihkan jika ingin pedas)

2 limau kasturi atau limau nipis

Sawi/tauge/kobis(celur - tauge kalau suka tak celur pun takpe sebab kuah sup dah panas)

Cara2 saya:

Rebus daging dan tulang hingga empuk. Masukkan bilis yang dikisar halus, kiub, garam dan sedikit gula.Masak hingga mendidih. Daging tadi keluarkan dan tos. Hiris nipis dan ketepikan. Masukkan kuetiaw ke dlm mangkuk. Masukkan hirisan daging, sayuran. Tuangkan sup panas, tabur bawang goreng dan perahkan limau. Ermmmmm sedap...

 Cara-cara ni saya belajar dari maid yang keja kat umah adik....rangup dan wangi. tak payah beli sebab yang beli tu bukan bawang sebenar....kalau tak salah dibuat daripada jantung pisang...

Bawang goreng.

Bawang rose (bawang kecil) dihiris nipis.
Gaulkan dengan sedikit garam.
Goreng dengan minyak yang banyak hingga keperangan.


Petua chef:

- Elak celur kuetiau terlalu lama supaya tidak lembik.

- Elak mencelur sayur terlalu lama kerana boleh mengurangkan khasiatnya.

- Guna daging berkualiti seperti batang pinang kerana ia senang masak dan tidak mengambil masa lama.

- Sup Vietnam tidak memerlukan rempah-ratus banyak tetapi dilebihkan sayuran

Monday, April 16, 2012

Teh Arab



Bahan2 (untuk 4 orang)
1 uncang serbuk teh ( saya guna boh/lipton)
4 sb gula (ikut citarasa)
8 biji buah pelaga
12 biji bunga cengkih
15 helai daun pudina
1 liter air panas

---------------
Masukkan air ke dalam jug.
Campurkan uncang teh dan gula. Kacau hingga gula hancur.
Masukkan bunga cengkih, buah pelaga dan daun pudina. Kacau seketika.
Hidang ketika masih panas....

Sunday, April 15, 2012

Mee Kari



Bahan-bahannya

1 1/2 biji bawang besar

6 ulas bawang putih

1 inci halia

segenggam ikan bilis

3 sb serbuk kari daging

1 sb serbuk kari ikan

2 sb cili boh

1/2 cwn air asam jawa pekat

2 1/2 liter santan dari 1 biji kelapa

sotong, ayam, kerang, udang

Garam

1 sk gula

----

Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan ikan bilis hingga hancur.

Tumis hingga naik bau.

Masukkan serbuk kari dan tumis hingga garing/pecah minyak.

Masukkan air asam dan gaul rata.

Masukkan ayam/sotong.

Kacau hingga separuh masak.

Masukkan santan, garam dan gula secukup rasa.

Biarkan mendidih. Udang/kerang masukkan 5 minit sebelum tutup api.


---------------------

1 kg mee kuning di celur

Tauge/sawi/kacang panjang dicelur

Bawang goreng

Cili dihiris nipis

Fish cake/fish ball/tauhu goreng

Daun pudina

Limau nipis/kasturi


Thursday, April 12, 2012

Kek Fair Lady







Resepi dari suealeenskitchen.blogspot dengan sedikit olahan ....

Bahan2

5 biji telur gred A (saya guna gred C 7 biji)
120 gm gula (saya pakai 100 g jer)
15 gm ovallete ( saya guna 1 sb)
125 gm tepung gandum
1 st serbuk penaik
75 gm minyak jagung (guna minyak sawit jer)
2 sb susu segar/cair
1 st esen vanila

------
1. pukul telur sampai putih/kembang
2. masukkan gula, ovallete. pukul kembang.
3. masukkan tepung yang telah diayak dengan serbuk penaik sedikit demi sedikit dengan susu dan esen. pukul sebati.
4. masukkan minyak masak dan kacau dengan senduk.

cara saya....

satukan semua bahan kecuali minyak.
pukul pada kelajuan maksima hingga kembang dan gebu.
matikan mixer dan masukkan minyak.
kacau dengan senduk hingga sebati.

bakar dengan kaedah steam bake macam nak buat cheese cake...pada suhu 180 c hingga masak.

-----------------
lapisan keju

250 gm krim keju
100 gm mentega
100 gm gula ising
100 gm fresh cream/ whipping cream
2 st perisa oren/parutan kulit oren

-----
pukul mentega dan keju hingga sebati.
masukkan gula ising dan fresh cream
masukkan perisa.

bahagi kepada 3 bahagian....
lapiskan dengan lapisan keju...


Hiasan kek

100 gm freah cream
coklat putih diparut

----
Pukul fresh cream hingga kental. Jangan terlebih pukul nanti cair balik.
Salut kek dan tabur dengan parutan coklat putih...

Wednesday, April 11, 2012

Masak lemak siput sedut



Masakan En Hubby.....

bahan2nya

1 kg siput sedut dipotong hujungnya.
Air secukupnya
2 cawan santan pekat
1 inci halia
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
10 biji cili api (boleh tambah ikut citarasa)
1 ketul kunyit hidup
2 batang serai
2 keping asam gelugur
Keledek/keladi/kentang di celur empuk.
Garam secukup rasa
_________
Kisar bawang merah, bawang putih, kunyit, halia dan cili api.
Tumiskan bahan kisar dan serai dengan sedikit minyak hingga naik bau.
Masukkan siput, asam dan air sehingga tenggelam siputnya.
Masak sehingga mendidih dan siputnya masak lebih kurang 15 minit.
Masukkan santan, keledek dan garam secukup rasa.
Masak hingga mendidih. sentiasa kacau supaya santan tak pecah minyak.

Kari Kepala Ikan tanpa santan

Ini hubby yang masak

1 kepala ikan merah/jenahak (ble campur dengan bahagian isi dua tiga ketul)
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1/2 btg kulit kayu manis
2 helai daun kari
5 sb rempah kari ikan
1/2 air asam jawa (pekat)
5 cawan air
2 biji tomato
10 biji bendi
garam secukup rasa
1/2 sk gula

------
Kisar bawang merah, bawang putih, halia hingga hancur.
Tumis dengan hingga naik bau bersama rempah tumis.
Masukkan rempah kari dan daun kari, tumis hingga naik minyak.
Masukkan air asam jawa. Kacau sebati.
Masukkan ikan dan kacau rata.. Masak selama 3 minit.
Masukkan air, garam dan gula. Kacau dan biarkan mendidih.
Masukkan tomato dan bendi masak lebih kurang 3 minit lagi.



Monday, April 9, 2012

Sup tulang rawan



1 kg tulang rawan direbus dengan 1 inci halia
6 ulas bawang kecil
5 ulas bawang putih
1/2 btg kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 helai daun salam (tak bubuh pun tak apa)
Garam secukup rasa
Daun sup secukupnya.
Kalau suka boleh dimasukkan kentang dan lobak merah.
----------
Hiris bawang dan bawang putih.
Tumiskan dengan kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.
Bila dah kekuningan masukkan ke dalam periuk yang merebus tulang.
Masukkan daun salam dan garam secukup rasa.
Masak hingga daging empuk.
Masukkan daun sup.
---------

Sambal kicap

10 biji cili api
3 ulas bawang putih
10 sb kicap pekat
2 sb perahan limau nipis/limau kasturi
6 sb air panas
Sedikit garam.

-----
Goreng cili dan bawang putih hingga layu.
Tumbuk hingga lumat.
Masukkan ke dalam mangkuk dan campurkan dengan kicap, limau, air dan garam.
Kacau hingga sebati.

Kari Maghribi Ayam Belanda


Resepi hubby dapat dari kawan Maghribi masa study kat Liverpool

2 kilo ayam belanda/kambing/daging/tulang
250 - 300 gm rempah kari
1 btg kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
1/2 kg tomato cincang
5 biji bawang besar
3 labu bawang putih
2 inci halia
200 gm daun pudina
200 gm daun ketumbar
200 ml susu cair
50 ml madu
1/2 ketul gula melaka (yang bulat macam balak tu...hehehe)
Garam secukup rasa.
-------------
Blender bawang, bawang putih, halia hingga halus.
Tumiskan dengan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga hingga naik bau.
Masukkan rempah tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan daging. Kacau hingga sebati dalam dua tiga minit.
Masukkan tomato. Kecilkan api. Sentiasa kacau supaya tidak berkerak.
Masukkan garam, madu dan gula melaka. Kacau lagi.
Masukkan daun pudina dan ketumbar.
Masak hingga daging empuk.
Lima minit sebelum tutup api masukkan susu dan didihkan sebentar.

Puding Roti Pelangi



Resepi dari blog masam manis...

7 gm agar-agar
300ml air
1 biji telur
1 tin susu cair
3 sb susu pekat
3 keping roti
3 sb gula
1 sb sunquick
1 st esen vanila
pewarna pilihan...

-----
Masak agar-agar hingga cair, masukkan gula dan larutkan.
Kisar roti dengan susu, telur hingga hancur.
Tuang adunan kedalam agar-agar, kacau hingga mendidih.
Masukkan esen vanilla dan sunquick dan masak seketika.
Ambil 1/4 adunan dan bahagikan kepada warna pilihan.
Tuang adunan lain ke dalam bekas yang telah dibasahkan dengan air. Dan titiskan adunan berwarna hingga siap secara berselang seli.

Kek Span Pelangi




Resepi amik kat blog kawanku siti, siti amik kat HaSue...
Saya buat dua bancuhan

150 gm tepung superfine (tapi saya pakai tepung gandum biasa jer)
150 gm gula halus
6 biji telur gred B
1 sk serbuk penaik
1 sb ovellete
80 ml susu segar
80 ml mentega cair/minyak
Pewarna pilihan

---------
Satukan tepung, gula, serbuk penaik, ovellete dan telur dalam bekas.
Putar dengan kelajuan maksima hingga pekat dan gebu.
Masukkan susu segar dan putar lagi.
Tuangkan mentega cair dan gaul menggunakan senduk hingga sebati.
Bahagi adunan kepada 5 bahagian. Masukkan pewarna.
Bakar setiap warna selama 10 minit dalam kepanasan 160C
Bila dah masak, sejukkan sebelum hias kek.
*****Saya sandwichkan kek (bahagi dua satu2 warna dan lapiskan dengan jem nenas homemade-nanti kita bagi resepi ye) Kemudian barula hias dengan buttercream....

Kek Italian Rainbow


Bermain dengan kaler...namanya rainbow tapi yg ni versi rainbow yg celaru...hehehe....kaler tak cukup sifat...belasah jer apa yg ada... Nak cantik boleh bakar lapisan demi lapisan....kalau malas camni la jadinya....

Resepi Martha Steward yang sedap....dah dicuba gak oleh Whisk Kid dan Ibu Cergas.

Italian rainbow cake

226 gm mentega (2 sticks) suhu bilik
426 g gula (saya guna 300 gm sahaja)
5 biji putih telur
1 st esen vanila
426 gm tepung gandum
1 st baking powder
1/2 st garam
355 ml susu
---------
Pukul mentega dengan gula hingga kembang.
Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan pukul lagi hingga kembang.
Masukkan esen vanilla.
Masukkan tepung yang telah diayak dengan serbuk penaik dan garam berselang seli dengan susu dan diakhiri dengan tepung.
Bahagikan kepada 6 bahagian dan masukkan warna pilihan.
Bakar ada suhu 175 C selama 1 jam, kalau buat lapis bakar selapis-selapis lebih kurang 20 min.


Roti Jala


Resepi daripada MYR....roti jala tak semestinya kuning...menggunakan hijau dan kuning di jala berselang-seli untuk menaikkan seri...

3 cwn tepung gandum
3 3/4 cwn air/susu/santan (saya guna 50% air 50% susu)
1 biji telur
2 1/2 sudu minyak masak (saya tak letak pun sebab lupa)
garam secukup rasa
---------------------
Satukan semua bahan dan kisar dalam blender hingga halus sebati.
Kalau masa menjala tu tak alirannya lancar tak putus2 tu kira dah elok la bancuhannya.
Kalau tak tambah air lagi...

Tuesday, April 3, 2012

Kuah Kacang & Nasi Impit

a

Bahan2

200 gm kacang tanah digoreng dan dikisar kasar
2 sb cili boh (kalau nak pedas boleh tambah lagi)
2 sb udang kering dikisar halus
1/2 biji bawang besar dikisar halus
5 ulas bawang putih dikisar halus
2 inci halia diketuk
2 batang serai diketuk
6 sb gula
2 sb air gula melaka
2 sk garam
4 sb air asam jawa/2 keping asam gelugur
3/4 liter air

------
Satukan semua bahan tersebut dan masak hingga naik minyaknya.....
Kena selalu dikacau supaya tidak hangit. Dan berhati2 sebab kuah kacang ni akan meletup2 macam masak dodol tu...kena ble melecur tangan....
Kalau nak lebih manis boleh la ditambah dengan gula. Ikut tekak masing-masing.


Nasi impit tu nak senang beli yang segera tu je....rebus lebih kurang 1 jam dengan beberapa helai daun pandan dan sedikit garam....

Sunday, April 1, 2012

Apam labu



200 gm gula
300 gm labu yang telah direbus empuk
300 gm tepung gandum
100 gm tepung beras
400 ml susu cair/santan
3 biji telur
1 pkt yis / 11 gm
2 sk baking powder
secubit garam

--------------
Kisar semua bahan hingga sebati kecuali yis. Tuangkan dalam mangkuk dan gaul rata dengan yis.

Perap selama satu jam.

Kukus dalam loyang atau acuan ikut suka selama 15 - 30 min bergantung saiz acuan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...