ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Tuesday, February 21, 2012
Bingka Roti Berjagung
Resepi internet yang mudah dan sedap....terima kasih kepada yang berkongsi resepi.....saya ada buat tokok tambahnya dari resepi asal..tergolap skit sebab pakai loyang non-stick hitam tu....
Bahan-bahannya
3 biji telur (saya guna 4 biji telur gred c)
150 g gula
100 g mentega
1/2 st garam
300 g roti (saya guna roti burger)
200 g tepung gandum
1 liter santan/susu segar
200 g jagung krim dalam tin (saya guna 1 tin 400g lebih terus sebab malas nak simpan)
100 g kismis (tambahan)
sedikit perisa pandan
-----------------
Pukul telur dan gula hingga sebati.
Masukkan mentega yang dicairkan, santan dan tepung. sebatikan.
Masukkan roti yang telah dicarik-carik, rendamkan ke dalam adunan dan biarkan selama 15-20 minit.
Masukkan jagung krim dan kismis dan kacau rata.
Bahagi dua, satu dimasukkan perisa pandan.
Tuangkan ke dalam loyang yang di alas kertas kek atau guna non-stik (sapu sedikit mentega).
Bakar pada suhu 180 celcius selama sejam atau hingga masak.
Monday, February 20, 2012
Biskut Lemak Manis Dulce de Leche - Nuni My Resepi
Rasanya lemak2, macam kuih bakar timbang tu....tak manis sangat just nice....
Senang nak buat pun...
Bahan-bahan
1 cawan tepung jagung (110g)
50g butter lembut (1 sudu makan)
4 sudu makan dulce de leche
kacau perlahan-lahan guna tangan, sehingga sebati, barulah masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.
uli sehingga membentuk doh.kalau agak lembik, campurkan tepung sesudu.kalau keras, campurkan butter.
sapukan sedikit butter pada dulang pembakar @ alaskan kertas minyak.
buat bentuk bulat2 dan susun di atas dulang tadi.
ambil satu gelas lutsinar, tekan atas doh bulat2 tadi sehingga tebalnya 1/2 cm. note : kalau nk buat bentuk lain pon boleh.terpulang kpd citarasa masing2.sy suka mcm ni sebab nk tengok bentuk gerigi di tepi biskut tu.pastikan tidak tebal supaya biskut masak dengan sekata.
bakar dengan suhu 180 darjah selama 10-15 minit. note : boleh bukak oven tengok biskut dh masak ke belum selepas 10 minit.kalau warna dasarnya perang keemasan, boleh la diangkat.
biarkan sejuk dulu baru boleh simpan dalam bekas kedap udara.
Sunday, February 19, 2012
Kek Dulce De Leche
Resepi dapat dari my resepi....selalu kita pukul butter ngan gula n telur....
tapi kek ni lain skit....Tima kasih kak fida...
Bahan-bahan ( loyang 9 inc )
1 cawan mentega/majerin (akak guna 1 buku mentega)
1/3 cawan padat gula perang
1 cawan dulce de leche
1 sk esen vanilla
2 cawan tepung gandum*
1 1/2 sk baking powder* (*ayak bersama)
4 biji telur besar - dipukul ringan
100 g coklat masakan - cair
Cara-cara
Pukul mentega/majerin dengan gula hingga kembang lalu masukkan esen vanilla dan terus pukul.
Tuang dulce de leche sambil adunan dipukul terus hingga rata.
Perlahankan mixer dan masukkan campuran tepung sedikit2 dan akhir sekali masukkan telur sambil dipukul lagi hingga sebati.
Adunan dibahagi dua dan bubuh coklat cair pd 1 bahagian adunan.
Marblekan adunan di dalam loyang yang digris dan dialas dasarnya.
Bakar pd suhu 170C selama 45 min - 1 jam atau hingga masak.
Cara DULCE DE LECHE yang dibakar dlm oven :-
Tuang susu manis ke dalam mangkuk tahan panas dan alas dengan loyang yang lebih besar.
Tutup mangkuk yang berisi susu dengan aluminium foil rapat2.
Bakar cara water bath selama 1 1/2 - 2 jam dengan menuang air panas ke dalam loyang yang besar tadi hingga paras 1/2 mangkuk berisi susu. Pastikan air panas ditambah lagi sekiranya hampir kering. Kacau dulce de leche hingga rata dan sejukkan.
Cara saya -
saya rebus tin susu selama tiga jam......saya buat bila saya kukus kek lumut atau kek buah yang masa mengukusnya panjang. Lagi lama kita rebus, lagi gelapla warna susu tu....
Dah brape tin saya buah, baru la ni jadi kek, sebab bila stok susu nak buat air habis, terpaksa la korbankan dulce de leche tu...
Cara-cara lain....dapat dari My Resipi
Tanggalkan pembalut dan tebuk beberapa lubang di atas permukaan tin susu. masukkan tin susu ke dalam periuk dan masukkan air hingga ke paras tidak melebihi tin susu tersebut. rebus pada api sederhana selama 2-3 jam.
Panaskan oven pada suhu 220C. Tuangkan susu ke dalam mangkuk kaca tahan panas (panas oven) atau loyang pembakar. Letakkan mangkuk tadi ke dalam loyang yang lebih besar dan isikan loyang tersebut dgn air panas/suam. (bain marie style) tutup longgar permukaan mangkuk dgn aluminium foil dan bakar selama 1- 1.5 jam. Tambah air dalam loyang besar jika perlu. bila dah dapat warna keparng gelap boleh berhenti membakar dan tunggu sejuk sebelum pindahkan ke dalam bekas lain.
Masukkan susu ke dalam mangkuk than microwave yang besar . microwave kan pada suhu medium selama 2 minit. keluarkan dan kacau sebati. microwave lagi selama 3 minit, keluarkan dan kacau lagi. microwave lagi selama 10 minit, keluarkan dan kacau lagi. ulang2 microwave sampai dapat warna dan consistency yang di inginkan.
Saturday, February 18, 2012
Nasi Mandy (variasi nasi arab)
Nasi yang dah siap dimasak
kobis + karot
Timun + cili muda
Salata Hara...saya guna cili api hijau.
- ***PENYEDIAAN STOK TULANG UNTUK NASI***
- 1 1/2 kg tulang lembu/kambing yang ada daging (jgn tulang semata2 tau)
- 15 biji buah pelaga
- 15 kuntum bunga cengkih
- 15 biji lada hitam
- 1 sudu kecil jintan putih
- 1 biji buah pala (diketuk)
- 3 helai bay leaves
- 1 inci halia (diketuk)
- 3 cawan beras basmathi (saya guna Jasmine - Pusa 1121)
- 3-4 cawan stok tulang (bergantung kepada jenis beras basmathi)
- 2 sudu minyak sapi / mentega / minyak zaitun
- 1 labu bawang besar yang besar (potong dadu)
- 1 biji tomato yang kecil (potong dadu)
- 4 biji buah pelaga
- 4 kuntum bunga cengkih
- 5 biji lada hitam
- garam dilupa jangan!! (x sedap kalau nasi tawar)
- 2 biji tomato
- 2 cili merah(saya guna cili api)
- 1/2 biji bawang besar
- sedikit daun ketumbar
- lemon
- garam & gula secukupnya
- Rebus tulang & daging sehingga empuk bersama rempah ratus, bay leaves dan halia. Tapis, ambil stok dan tulang & daging.
- Tumis bawang besar bersama minyak sapi / mentega / minyak zaitun sehingga layu. Masukkan rempah ratus, garam, beras basmathi dan stok tulang. Masukkan tulang dan daging. Biarkan sehingga mendidih lalu masukkan tomato yang telah dipotong dadu. Transfer ke periuk nasi elektrik. (Kalau nk biarkan kt dapur gas pun xper.. masak nasi sehingga masak). Bila dah masak, bolehla titik pewarna kuning.
- Untuk salata hara, kisar kesemua bahan kecuali garam, gula & lemon (kisar tanpa air). Apabila dah hancur, masukkan gula dan garam secukupnya bersama perahan lemon.
Roti Sausage
1. Sausage dibelah 4
2. Roti
3. Telur dipukul sebati dengan sedikit garam (kalau suka boleh masukkan sedikit lada putih)
4. Serbuk roti
1. Potong sausage kepada empat bahagian
2. Menggunakan penggelek, leperkan roti.
3. Gulung sausage dengan roti.
4. Roti yang telah siap digulung.
5.Celup roti dengan telur.
6. Salut dengan breadcrumb.
7. Goreng dengan api perlahan.
8. Sedia dinikmati .....ble cicah dengan sos cili atau kalau rajin buat sos sendiri.
***** cili masak
bawang putih
gula
garam
cuka masakan
----
blend semua dan masak hingga mendidih...
Tuesday, February 14, 2012
Apam Gula Hangus..
Bila ingat resepi ni ingat masa bujang dulu....siti punya tuan rumah terer buat apam ni tapi, bila minta resepi, dia tak kasi.....nasib baik sekarang kat maya ni ramai yang pemurah nak kongsi ilmu dunia....kebaikan internet membolehkan kita share banyak benda....
Ni resepi yg saya guna...sedap dan memang mudah...
1 cawan gula pasir
1 cawan air
Masak jadikan gula hangus dan sejukkan.
2 biji telur
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar mentega
2 sudu susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat.
1 1/2 cawan tepung gandum.
Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan mentega kisarkan anggaran 3 minit
Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik atau paper cup. Masa mengukus dikurangkan kepada 15 - 20 minit sahaja.
*****Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.
Tuesday, February 7, 2012
Kek Buah Kukus
Resepi ni dapat dari internet.....terima kasih kepada yang sudi share...Dah dekat dua minggu buat tapi masih elok tak berkulat pun....
500 gm buah-buahan kering (campur)
500 gm butter (resepi asal guna 625 gm)
600 gm tepung
280 gm gula (resepi asal letak 300 gm)
5 biji telur gred A (kalau B letak 8 biji)
2 st soda bicarbonat
1 st esen vanila
sedikit pewarna coklat - sarsaparilla brown liquid (saya letak serbuk coklat)
2 cwn gula (jadikan gula hangus)
*****saya tambah 3 sb sunquick
__________________
1. Gaulkan buah-buahan kering dengan sedikit tepung bagi mengelakkan buah mendap di dasar kek.
2. Ayak tepung dengan soda bikarbonat.
3. Menggunakan whisk tangan, pukul mentega, gula sehingga kembang dan sebati.
4. masukkan esen vanila, pewarna coklat dan telur satu persatu dan pukul lagi hingga sebati, jangan terlalu lama supaya kek tak kering.
5. Masukkan tepung dan gaul sebati.
6. Masukkan gula hangus yang masih panas ke dalam bancuhan (kena masuk tengah panas sebab bila dah sejuk gula akan mengeras. Jadi kena bancuh dulu baru hanguskan gula). Sambil tuang gula sambil mengacau bancuhan.
7. Tuangkan buah-buahan dan kacau rata.
8. Tuangkan dalam loyang dan tutup rapat dengan kertas alumminium. Kukus selama 3-4 jam.
#### Saya menggunakan kukus elektrik, jadi tak perlu panaskan dulu. Tapi kalau guna kukus biasa kena biarkan air mendidih baru masukkan loyang.