Wednesday, September 30, 2015

Acar mangga muda

Menu serba ringkas hari ni...ikan goreng dan acar mangga..... Tak masak macam2 sebab sibuk prepare ayam dan lamb untuk program bbq di surau. Malam nanti kita makan special...

Hari ni sanggup ke pasar pagi2 mencari mangga muda yg masam. Semuanya sebab kecur air liur melihat masakan yang dikongsi Pn zuhairah kat group kkpbt. Rasanya kalau acar ni dah dua tiga hari akan tambah sedap sebab rasanya lebih sebati dan meresap dalam mangga tu.....dua biji pun banyak jugak dapatnya...boleh tahan seminggu jugak ni..

Acar mangga muda

Bahan2

2 biji mangga muda yg belum bersabut - potong memanjang - buang biji.
Ketepikan.

20 biji cili kering - gunting dan rebus - kisar (Cili mesti byk bru cantik acar ni)

5 ulas Bwg putih - dimayang halus
10 biji bwg merah @ 2 biji bawang besar - dimayang halus
3 inci halia muda - dimayang halus mcm mancis
2 sb biji sawi
2 sb Bijan 
Garam, gula merah dan gula putih secukup rasa.
Minyak untuk menumis

Caranya

Sangaikan bijan dlm oven atau dlm kuali tanpa minyak. Ketepikan.
Tumis bahan hiris dan biji sawi hingga keperangan.
Kemudian masuk cili kisar tadi
Tunggu garing dn warna jadi merah dan pecah minyak.
Bubuh garam dn gula merah, gula putih secukup rasa. Kacau sebati.
Setelah itu masuk mangga dan gaul hingga rata.
Akhir sekali tabur bijan. Tutup api dan sejukkan. Simpan dlm botol.

Monday, September 28, 2015

Kek mentega keju ZLC

Kek panas....baru keluar oven....best banget pekena dengan kopi O panas....jadikan hidangan istimewa untuk supper. Malam ni gatal tangan mengolah resepi orang....hehhehe...sesekali apa salahnya bereksperimentasi di dapur...lepas siap bakar congo bar aka blondies terus sambung adun kek. 

Alhamdulillah....hasilnya cemerlang...bau kejunya menyerlah....jom2 buat kek sedap dan moist ni..


Satu pack untuk anak bawa ke tadika....macam2 ada hasil produksi dapur ummi selama 2 hari....

Kek mentega keju ZLC

250 gm mentega (guna mentega tulen untuk hasil yang lebih sedap)
200 gm gula perang
4 biji telur gred A
2 sb air + 3 sb susu pekat
3 sb cream cheese (saya guna jenama Almarai cream cheese spread dalam botol kaca yang banyak terdapat di kedai produk makanan timur tengah)
1 sk esen vanila

Ayak 》
220 gm tepung gandum
2 sk baking powder

Pukul mentega dan gula hingga kembang.
Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga gebu.
Masukkan susu, cream cheese dan esen. Pukul sebati. 
Masukkan tepung yang diayak bersama baking powder. Pukul sebati.
Bahagikan adunan kepada beberapa warna jika suka atau kekalkan dalam warna asal. Masukkan adunan ke dalam loyang bergris atau beralas baking paper.
Bakar suhu 170 celsius selama 50 minit.


Kecederaan serius apabila kek diterbalikkan. 
Sakitnya tuh disitu......huhuhu...


Yumyummmmm.....jemput tengok....hehehe...

Sunday, September 27, 2015

BAMIA KAMBING

Rezeki raya korban......smlm jiran hantar daging kambing korban.....bestnya....pagi ni terus masak sebab kalau simpan lama2 nanti dah tak fresh....

Saya guna resepi yang dishare sahabat2 dari group kelentang kelentung @ PBT. Saya olah sikit....tambah cili padi dan gula perang.....

Nak cepat saya guna periuk noxxa......45 minit siap masak dan dagingnya empuk...


BAMIA KAMBING

1 kg daging kambing
1 tin susu cair
100 gram jintan manis (saya letak 1 sb jintan manis yg telah dikisar)
100 gram jintan putih(saya letak 1 sb jintan putih yg telah dikisar)
10 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
3 cm halia
1 sb serbuk lada putih
7 biji kacang bendi
4 biji bawang besar, potong empat
4 sudu besar tomato puree
sedikit daun ketumbar dihiris
Garam secukup rasa
saya tambah gula perang secukup rasa
Saya tambah 10 biji cili padi (masukkan sebiji2)

cara-cara

Daging dibersihkan dan potong nipis
Kisar jintan manis, jintan putih, bawang merah, bawang putih dan halia.
Gaul daging bersama bahan kisar. Perapkan sejam.
Masuk dalam periuk bersama segelas air. Masak daging hingga empuk.
Kemudian masukkan serbuk lada putih, susu cair, kacang bendi, bawang besar, daun ketumbar, garam dan gula secukup rasa. Kacau hingga masak.
Selamat mencuba...

Kek gula hangus

Guna resepi yang pernah digunakan sebelum ini. Cumanya saya olah sedikit ikut citarasa. Kejadiaannya marbeles....bersarang2 di dalamnya.

Jom semak resepinya

♡♡♡Gula hangus ♡♡♡

2 cwn gula
2 cwn air 
1/2 cawan (125 gm) mentega

* Gula digoreng dgn api sederhana besar hingga perang. Bila gula dah keperangan masukkan air (hati hati sebab gula akan meletop letop.) Kecilkan api dan cepat2 masukkan air sedikit2 sambil kacau gula hingga gula hancur sepenuhnya..... Lepas tu  tutup api dan masukkan mentega, kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan dan sejukkan sebentar.

6 biji telur gred A
1/2 cwn susu pekat
2 cwn tepung gandum
2 sk soda bikarbonat 
1 sd kecil esen vanila

Cara2:-

Pukul telur sampai kembang & gebu guna blender pun boleh.
Masukkan susu pekat - pukul hingga sebati. Tuang dalam mangkuk adunan dan masukkan tepung, soda bikarbonat yg diayak terlebih dahulu. (saya tak ayak pun)
Tuang kan esen vanila dan kacau sebati guna senduk. Last kekali, masukkan gula hangus tadi dan adun sebati.
Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (bertutup) untuk mendapatkan sarang yang cantik......saya perap 2 jam pun dah ok.
Dibakar selama 1 jam suhu oven 160%C api bawah sahaja. Baki 11 minit terakhir tu pulak api atas & bawah.

atau

kukus dalam loyang yg ditutup foil selama 50-60 minit

Briyani pakistan (ayam)

Menu yg menjadi igauan....hubby minta masakkan briyani ni sebab dia nak jemput jiran yg duduk selang beberapa taman ni makan. Jiran ni first time rasa masa saya buat takbir kat rumah sempena raya haji beberapa tahun lepas. Selalu dok menyebut keistimewaan masakan ni. 

Briyani pakistan

Bahan bahan:

5 cawan beras basmathi (rendam & tos)
1 kg ayam, daging atau kambing (dg tulang, lagi sedap) - saya guna ayam memandangkan tu jer yang ada
4 kuntum bunga lawang
2 inci kayu manis
8 buah pelaga
10 bunga cengkih
1 sb serbuk ketumbar
1 sb serbuk jintan manis
1 sb serbuk jintan putih
1 sk serbuk kunyit
3 bawang besar – potong dadu
5-6 buah tomato masak saiz besar – potong dadu (lagi banyak lagi sedap)
2 labu bawang putih – tumbuk
3 inci halia – tumbuk
1 ½ cawan yoghurt
2 bay leave
Minyak olive
4 biji telur – rebus, kupas & kelar
4 biji kentang kecil – kupas & rebus
½ cawan susu 

Daun pudina 

Daun ketumbar dihiris
Saffron & pewarna kuning - saffron saya tak guna sebab tak jumpa cari stok saffron tu. Jadi saya letak sedikit pewarna kuning jer.
 

Hiasan
 
Bawang goreng
Daun ketumbar – hiris
4 biji cili hidup hijau - potong 
1 inci daun pudina
Badam & kismis, jika suka

***************

Penyediaan Ayam:
 
Perap ayam/daging/kambing dengan garam, separuh dari bawang putih dan halia yang dikisar serta serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan jintan manis selama 1 jam. 

Panaskan minyak, tumis rempah menumis, baki bawang putih dan halia kisar serta bawang besar sehingga naik bau. Saya masukkan juga daun pandan sebab suka wangian nya. Masukkan ayam yang diperap dan kacau sehingga rata.

Masukkan air sedikit sahaja jika menggunakan ayam tapi jika daging, air agak agak tenggelam daging supaya daging empuk. 

Satukan yoghurt dan buah tomato dan tuangkan ke dalam kuali, masak lagi sambil dikacau rata hingga naik minyak.  Jangan sampai terlalu kering. Biar berkuah sedikit. Akhir sekali masukkan bay leave, garam dan gula. Sesuaikan rasa.

Tutup kuali dengan penutup dan masak menggunakan api perlahan sebelum ditutup api.

**************

Penyediaan Nasi:

Basuh beras, rendam selama 20 minit dan ditos. Di dalam periuk berasingan, masukkan air, sedikit minyak - 3 sb, buah pelaga - 5 biji, cengkih - 5 kuntum, bay leave -3 helai dan sedikit garam -1 sk. Masak sehingga air mendidih.

Masukkan beras dan masak sehingga nasi hampir masak tetapi tidak 100% masak.

Tutup api dan tos lebihan air nasi di dalam bekas penapis sehingga kering.

************

Penyediaan Beriani:
 

Di dalam periuk lain, letak lapisan pertama iaitu nasi. Sudukan susu secara random ke atas nasi. Titiskan pewarna kuning atau ayakkan saffron dengan menggunakan penapis teh ke atas nasi.

Letakkan telur yang telah dikelar dan kentang rebus.

Taburkan tomato potong dadu, bawang goreng, cili hijau potong 1 inci, daun ketumbar dan daun mint yang dihiris.

Letak pula lapisan kedua, iaitu ayam bersama sedikit kuahnya sehingga menutupi lapisan nasi. 

Lapisan ketiga, letak nasi sehingga menutupi lapisan daging tadi. Sudukan susu dan titis pewarna kuning.

Lapisan atas sekali ialah lapisan ayam. Tabur dengan bawang goreng, tomato, cili hijau dan daun ketumbar.Masukkan periuk ke dalam rice cooker dan biarkan masak seketika. Boleh juga ditutup dengan aluminium foil dan dimasak menggunakan microvave atau dapur gas.

Keluarkan periuk dari rice cooker dan sendukkan nasi dan ayam ke dalam mangkuk lain dan digaul rata dengan perlahan lahan supaya nasi tidak patah. Taburkan daun ketumbar/pudina.

Bolehlah dihidangkan dengan salad dan yoghurt.


Salad

Lettuce
Tomato
Bawang besar
Timun – buang biji
Green bell pepper
Garam & gula
Minyak olive
Perahan lemon
Daun ketumbar

Potong dadu dan satukan kesemuanya. Sesuaikan rasa yang disukai.

Sos Yoghurt

Yoghurt
Bawang besar – potong bulat
Daun ketumbar - hiris halus
Garam
Satukan kesemuanya dan gaul sehingga sebati

Friday, September 25, 2015

Kek lumut

Malam ni projek kek lumut dengan biras2 kat umah mertua....asalnya kek ni empunya resepi, biras yg duduk dimukah nak buat sempena raya haji semalam. Tapi katanya tak sempat sebab dah kepenatan memasak juadah raya yg lain.

Macam biasa....keluar jer kukus...terbalikkan atas redai.....terus potong dan ngapppppp...

Bila sampai tadi, biras yg tinggal ngan mertua ajak meneruskan projek tu sementelah bahan2nya dah dibeli.... Saya pun memang dah lama tak buat kek lumut yang sedap dan lemak manis dengan macam2 bahan yg digunakan tu....

Kek yg gebu gebas...memang sedap....teksturnya gebu halus....lembut ringan...

Kek lumut

10 biji telur
250 mentega (gunakan mentega tulen untuk hasil yang lebih baik)
1 cawan gula
1 1/2 cawan tepung gandum/tepung hongkong
200 gm (1 paket kecil) horlick
1 tin kecil kaya
1/2 tin susu (3/4 cawan)
Pes pandan dan pewarna hijau

Panaskan air kukusan.

Pukul mentega dengan gula hingga gebu dan ringan. Masukkan telur satu persatu dan terus memukul hingga kembang. Masukkan pes, pewarna, kaya dan susu, terus pukul sebati. Masukkan horlick dan tepung sedikit sedikit dan pukul sebati.

Alas loyang dengan baking paper atau oleskan dengan mentega dan tabur sedikit tepung. Tuangkan adunan kedalam loyang. Tutup permukaan dengan foil. Masukkan ke dalam kukusan.  Kukus selama 4 jam kalau ikut resepi asal tapi yg ini dikukus 1 1/2 jam ajer sbb masing2 dah mengantuk....dah pukul 12 lebih mlm...

Keluarkan kek dari pengukus. Terbalikkan diatas redai...sejukkan atau kalau tak sabar...potong jer dan terus ngap....


Congo bar

Tadaaaaa.....buat congo bar lagi....sebelum ni dah pernah post resepi yg sama saya cnp dari masam manis. Smlm iza dari group kk @pbt  tayang pulak congo bar ni....guna resepi yg sama cuma gulanya dikurangkan kepada 200. Pada saya cukup manisnya.....sedang elok jer. 

Saya buat dua adunan...satu untuk dia dan satu untuk kami sekeluarga...


Hasil bedah siasat congo bar ni menunjukkan kejadiannya perghhhhhhh.....sedap. Berkat doa anak yg sama menolong buat bar ni tadi....hehehe.


Congo Bar

Bahan2

315 gm tepung gandum
21/2 sudu baking powder
1/2 sudu garam
150gm butter
220gm gula perang(tp sy guna hanya 200gm je)
3 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanila
320gm choc chip
1Cawan kacang walnut(apa2 kacang pun blh)

Caranya

Ayak tepung,baking powder dan garam ketepikan
Pukul gula perang dan butter hingga kembang.
Tambahkan telur sebiji sebiji kedlm butter dan pukul lg,masukkan esen vanilla,choc chip fan kacang gaul bersama.
Masukkan tepung kaup balikkan.
Guna loyang 10×10 dan lapik ngan kertas minyak.
Bakar dlm 160`C atau ikut oven masing2.

Thursday, September 24, 2015

CHOCOLATE BROWNIES KEDUT

Hahaha......akhirnya jadi juga buat brownies ni...coklat dia dah dekat seminggu saya cairkan tapi tersadai dalam periuk tu jer. Mood membaking takde....tapi semalam dikutkan jugak semangat nak menyelamatkan coklat tu dan baki topping coklat. Resepi ni di rujuk dari Juicy Cake. Resepinya sangat ok...


Saya ada ejas2 sikit bahannya...gula tu saya kurangkan dlm 20 gm dan serbuk coklat saya lebihkan 10 gm sebab nak habiskan stok. Tepung naik sendiri takde jadi saya guna tepung gandum campur baking powder....

Pastu bako pulak patut dlm loyang 10 × 10 tapi sbb guna oven kecil saya guna jer loyang 8 × 8......sudahnya masa memasak lebih dan brownies jadi sedikit kering.....


CHOCOLATE BROWNIES KEDUT

400 gm coklat masakkan / coklat compound ~ Dark Chocolate
150 gm unsalted butter
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur ~ gred A
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri (saya guna tepung gandum campur 1 sk serbuk penaik)
30 gm serbuk koko 


Coklat masakkan atau coklat compound, di potong kecil. Untuk dapatkan bronies yang enak sebaiknya guna coklat masakkan yang baik kualiti dan mutunya. Barulah rasa coklatnya lebih umph!

Satukan coklat masakkan dan buter, dan cairkan dengan kaedah double boiler hingga coklat dan butter larut. Gaul rata.
Dalam bekas yang lain pula, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila. Gaul rata menggunakan wisk sahaja.

Satukan juga tepung naik sendiri dan serbuk koko. Kemudian di ayak. Untuk rasa brownies yang lebih enak, pilihan serbuk koko juga amat mempengaruhi kesedapan brownies. Pilihlah serbuk koko yang bermutu tinggi untuk hasil brownies yang lebih lazat.

Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat masakkan dan ratakan.
Kemudian ayakkan tepung yang bercampur koko tadi kedalam adunan. Jika dah ayak terlebih dahulu.. masukkan sedikit-sedikit dalam adunan. Kemudian gaul rata.

Tuangkan adunan ke dalam loyang 10 x 10 inc yang telah di lapik kertas kek dan di oleskan juga dengan butter.

Bakar adunan dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160 C selama 30 minit mengikut kepanasan suhu ketuhar masing-masing.

Bila dah masak, tutup oven. Biarkan kek dalam oven dengan pintu oven di renggangkan sedikit dan biarkan selama 15 minit.

Bila dah sejuk, bolehlah di potong dan sedia untuk di nikmati.


Daging kambing dua benua

Adunan rasa dua benua...asia dan eropah gitew...Glamer tak menu hari raya aidul adha saya tahun ni..... Lamb ni merupakan hidangan pelengkap untuk nasi minyak palembang bersama ayam masak bistik....



Daging kambing dua benua zulfaza

2kg lamb shoulder

1 sb Rosemary
1 sb Lada hitam
1sb Mix spices (arab)
1 sb Sumac (boleh didapati dikedai arab)
1 sb Paprika
1 sb Coarse chili flake (serbuk cili kasar)
4 sb Cili kering kisar
4 sb Bawang kisar
1 sb Serbuk halia
1sb Serbuk bawang putih
1 sb Garam
1/3 cawan Madu

1 sb tepung jagung untuk memekatkan kuah.

Satukan semua bahan kecuali tepung jagung. Perap selama 2 - 4 jam.

Susun dalam loyang dan tutup dengan foil. Bakar pada suhu 220 celsius menggunakan api grill selama 1 - 1 1/2 jam. Buka foil. Keluarkan semua cecair dan tuang ke dalam kuali dan tambah tepung jagung. Masak hingga kuah pekat. Tuang semula sos ke atas daging tadi. Balik2kan daging supaya sos rata. Bakar semula selama 10 minit. Sedia dihidang. 

Wednesday, September 23, 2015

Roti cheese gula

Atas permintaan anak2.....ada yg nak bun inti kacang...ada nak roti cheese gula.... Doh asas yg boleh diperbagaikan...

Roti inti kacang ni tinggal sikit jer. Permukaannya tak sempat sapu apa2.  Tadi kuar oven berebut masing2 makan....saya buat comel2...senang nak makan...

Roti cheese gula

500 gm tepung gandum/high protein
50-70 gm gula
5 gm garam
50 gm susu tepung
70 gm mentega
5 gm gr superbake / 10 gm kfine cream/5 gm improver
8 gm yis
1 biji telur - saiz kecil (kalau guna superbake tak perlu guna telur)
225 gm air ais  (kalau tak letak telur guna 250 gm air)

Kaedah manual

Satukan semua bahan kecuali mentega. Uli sebati. Tambah mentega. Uli hingga doh licin dan elastik. Perap sejam. (Kalau guna BM ikut arahan dlm manual utk doh) Tumbuk doh. Bentukkan ikut citarasa. Susun dlm loyang yg digris dengan minyak/mentega. Biarkan naik selama 60 - 90 minit.  Sapu bancuhan telur+ susu cair atau air perlahan2. Tabur gula dan parutkan cheese cheddar. Bakar dlm oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 - 200 celcius selama 20 minit atau keperangan.


Hidang dengan kopi O panas....ermmmmmm sedap weh...

Tuesday, September 22, 2015

Nasi Minyak Khas Palembang

Terpikat dengan resepi nasi minyak dari sumber anekaresepnusantaraok.blogspot.my. Memang berbaloi mencubanya...ikut kata hubby macam briyani.....yer kot...ada iras2...cuma yang ini selain rempah ratus biasa tu ada letak rempah kari juga...

Senarai bahannya panjang lebar....tapi kebetulan semuanya ada dalam simpanan. Pukul 6.30 pagi mula memasak......7 lebih siap...sempat la hubby makan sebelum solat raya...


Resep Nasi Minyak Khas Palembang

Bahan :
  • 500 gram beras basmati, cuci dan rendam 1 jam (saya rendam 30 minit utk beras pusa)
  • 200 ml susu tawar (Susu cair)
  • 150 gram mentega/margarin (saya guna minyak sapi)
  • 100 gram bawang bombay, cincang halus
  • 100 gram tomat kaleng, cincang (Tomato dlm tin - saya guna tomato segar)
  • 1/2 liter air kaldu (air rebusan ayam/daging)
Bumbu rempah :
  • 5 buah pekak (bunga lawang)
  • 3 biji kapulaga hijau (pelaga hijau)
  • 3 cm kayu manis
  • 1 sdt adas (jintan manis)
  • 1 sdm cengkeh
  • 2 lembar daun salam (bay leaf)
Bumbu halus :
  • 4 siung bawang putih
  • 1/2 bawang bombay
  • 1/3 sdt pala bubuk
  • 2 sdm jintan (jintan putih - cumin)
  • 2 sdm adas manis (jintan manis - fennel)
  • 2 sdm ketumbar
  • 2 sdt gula
  • 2 sdt garam
  • 1 sdm jahe parut (halia parut)
  • 1 sdt kari bubuk (serbuk kari)
  • 1 sdm kapulaga bubuk (serbuk pelaga)
Bahan tabur
  • 100 gram kismis - goreng dan ketepikan
Cara Membuat Nasi Minyak Palembang :

Panaskan mentega atau minyak samin jika ada hingga betul-betul panas (Panaskan minyak)Lalu masukkan bumbu rempah, goreng untuk beberapa menit, 1 hingga 2 menit sampai minyak berbau harum (Masukkan rempah tumis dan goreng hingga terbit bau.)

Masukkan bawang bombay iris, goreng hingga lembut dan transparan (Masukkan bawang hiris dan goreng hingga naik bau)Masukkan bumbu halus, tumis hingga wangi (Masukkan bahan yg dikisar halus)

Masukkan tomat, lalu masak hingga tomat matang serta minyak terpisah dari bumbu, kira-kira 10 menit (Masukkan tomato dan masak hingga terbit minyak kira2 10 minitMasukkan susu dan dan air kaldu juga sisa bumbu lainnya, didihkan (Masukkan susu, air rebusan ayam dan air secukupnya serta baki rempah ratus yg lain)


Masukkan beras, aduk-aduk hingga air agak terserap. Lalu taburi atasnya dengan kismis (masukkan beras, kacau rata dan masak hingga airnya hampir kering. Titiskan oewarna kuning telur jika suka)

Kecilkan api hingga level paling rendah dan tutup panci dengan aluminium foil atau serbet yang bersih, tutup. (Tutup tudung periuk, kecilkan api.)

Masak hingga nasi matang, sekitar 30 menit (Tanak nasi hingga masak lebih kurang 10 - 15 minit. Tutup api dan biarkan selama 5 -10 minit sebelum dikareh/ gaul rata)

Hidangkan hangat dengan lauk pelengkapnya.

Thursday, September 17, 2015

IKAN GORENG DALAM SOS DAUN LIMAU PURUT  dan BENDI TUMIS KICAP


Selesai sudah menyediakan hidangan tengahari....masak sempoi2 jer...ada sayur dan lauk ikan...cukup. Hari ni terbekenan dengan resepi ikan dari kak nor @ secubit garam. Simple tapi ada kelainan.... siap petik daun limau purut dari dalam pasu depan rumah terus mula masak.....
Sayur pulak saya tumis kicap bendi. Kalau nak tau bendi ni byk khasiat.....salah satunya untuk orang sakit lutut.... oklah...harini sembang sikit2 jee...jom semak resipi pulak...

IKAN GORENG DALAM SOS DAUN LIMAU PURUT

3 ekor ikan - gaul garam dan kunyit
1/4 cawan tepung gandum
2 helai daun limau purut ~ hiris halus dan digoreng garing, toskan
minyak utk menggoreng
Bersihkan ikan dan keringkan.
Salut dgn tepung(kering) dan goreng hingga keemasan.
Hidang atas pinggan dan tuangkan sos daun limau purut keatasnya.
Taburkan daun limau purut yg dah digoreng atas ikan.
Utk Sos :
5 ulas bawang putih ~ dicincang
3 ulas bawang merah ~ dicincang
5 bj cili padi hijau ~ diicincang
5 bj cili padi merah ~ dicincang - saya guna cili besar
3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
3 sudu besar sos tiram
1/4 cawan cuka (saya ganti dengan perahan lemon/limau kasturi - kalau guna lemon jangan sampai 1/4 cawan - masam sangat nanti...tapi kalau suka...ok jer)
3 sudu besar sos ikan
2 - 3 sudu besar gula
garam secukup rasa
1/2 cawan stok ayam ~ saya guna air biasa
1 sudu kecil tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili hingga wangi.
Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali bancuhan tepung jagung.
Masak hingga mendidih.
Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan sehingga sos menjadi sedikit pekat.
Tuangkan atas ikan dan tabur dgn daun limau purut yg dah digoreng.


Bendi tumis kicap

10 batang bendi - basuh bersih dan hiris serong
2 biji cili masak hiris serong
1 biji bawang merah potong bulat
4 ulas bawang putih ketuk
Sejemput ikan bilis
5 sb kicap
Minyak untuk menumis

Tumis  bilis hingga garing. Masukkan bawang2 dan cili. Tumis hingga terbit bau. Masukkan kicap. Tumiskan seketika. Kemudian masukkan bendi. Gaul rata dan biarkan lembut dalam 5 minit dan tutup api.

Wednesday, September 16, 2015

Ikan daun baru masak sweet sour


Ikan daun baru....pilih yang paling besar masa kat pasar haritu....berat lebih sekilo...terpaksa hidang dalam dulang....


Ikan daun baru masak masam manis hubbyku sayang

Bahan2nya

Seekor ikan daun baru - kelar, gaul garam, kunyit dan goreng garing

Bahan Tumis:
Sedikit minyak untuk menumis
4 ulas bawang merah ~ dihiris
3 ulas bawang putih ~ dihiris
1 inc halia ~ di hiris nipis atau hiris memanjang besar lidi mancis 
2 sb cili kering kisar
6 batang cili padi ~ di ketuk atau belah dua (kalau tak nak pedas tak payah letak)
4 helai daun limau purut ~ buang batangnya dan siat-siat  - tak letak
2 batang serai diketuk

Bahan Sos:

2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan@nampla
garam dan gula secukup rasa

Bahan Sayur:
1 biji tomato - dadu
1/4 biji nenas di potong dadu
Kacang sweet peas
Daun bawang - ambil bahagian bawangnya dan potong 2 ( bahagian daun di hiris untuk tabur kemudian nanti - tak letak)
cili merah dan hijau untuk hiasan - tak hias pun

Cara2:

Panaskan sedikit minyak di dalam kuali
Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, cili kisar dan cili padi hingga harum
Tambahkan bawang besar, serai dan daun limau purut
Bila dah naik harum, masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram
Jika kuahnya pekat, boleh tambahkan sedikit air.
Masak hingga merenih
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa

Masukkan tamato & nenas yang telah di potong
Biarkan layu sebentar
Bila dah masak, bolehlah curahklan di atas ikan yang telah di letakkan atas pinggan hidang tadi
Hiaskan dengan cili merah dan hijau yang di hiris dan taburkan juga hirisan daun bawang

Bun manis wholemeal

Air dah ada!!!!...air dah ada.....hapikan...bila bekalan air yang diputuskan atas pelbagai alasan kembali mengalir... Lega...Alhamdulillah...tambahan bila waktu cuti hujung minggu macam ni....perancangan hujung minggu ni pelbagai....senarai menunggu resepi pun panjang berjela untuk dicuba....bila bekalan air terganggu hasrat pun terbantut.... Sekarang dah ada air....seronok. 

Tadi buat kaswi, sementara tu uli doh guna BM. Dah siap uli, kembangkan dan bulatkan susun dalam loyang....simpan dalam oven utk proof...sementara tunggu tu ada tetamu datang...layan2 lepas tu lupa doh yg mengembang....3 jam perap baru teringat...gemukkkkksss jadinya....cepat2 on oven..set suhu 210 celcius suoaya cpt panas...

Lupa nak turunkan suhu terus masukkan doh...sib baik jengok selepas 10 minit tengok dah gelap rotiku...hehehe...sabo jer la...

RESEPI ROTI SOSEJ WHOLEMEAL

Bahan - Bahan :

440g tepung gamdum + 60 gm tepung wholemeal
50g gula kastor (boleh tambah jadi 80gm kalau nak lagi manis)
5g garam
50g susu tepung
5g GR Superbake @ 7g bread improver & 7g bread softener @ 10 gm kfine cream
8g yis
70g marjerin @ shortening 
1 biji telur ( jangan masukkan telur jika guna GR Superbake )
250gram air sejuk (peti ais)

Cara-Cara Dengan Menggunakan Breadmaker (sila rujuk teknik menguli):

Masukkan air, susu tepung, gula kastor & telur (bahan basah) ke dalam bread maker.
Gaulkan tepung, superbake @ improver & yis (bahan kering)
Masukkan bahan kering ke dalam bread maker. Pilih menu dough ikut BM masing2
Kemudian masukkan shortening @ marjerin dan garam ke dalam bread maker.
Keluarkan doh yang siap diuli dan timbang doh seberat 50 gram setiap satu.Uli bulat @ ikut citarasa anda. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...