ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Wednesday, February 28, 2018
Bubur nasi bersama sambal lobak masin
Menu sarapan pagi ni. Dah lama tak buat bubur nasi yang dimakan dengan sambal lobak masin. Sedap sangat sambal ni....kena dengan selera saya. Selain menggunakan cili kering, boleh tukarkan dengan cili hijau dan cili padi hijau..ikut citarasa. Hasilnya sama memikat selera. Saya kehabisan stok cili hijau...jadi gunakan cili kering saja kali ni.
Untuk penyediaan bubur nasi yang mudah dan cepat boleh Klik resepi di link ini. Saya kongsikan cara2 menyediakan bubur nasi yang elok kembangnya dalam dalam lebih kurang 15 minit sahaja.
Sambal lobak masin
100 gm ikan bilis
200 gnm lobak masin (boleh beli yang dah siap cincang atau yang besar tu potong saiz kecil ikut citarasa)
2 senduk cili kering kisar
3 sb air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
Minyak untuk menumis
Kisar ikan bilis, bawang besar dan bawang putih hingga lumat.
Tumis hingga naik bau dan sedikit keperangan (air kisaran kering).
Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan gula dan air asam jawa. Kacau sebati.
Masukkan lobak masin. gaul rata. Perisakan dengan garam secukup rasa.
Biarkan memasak seketika sebelum tutup api.
Hidangkan bersama bubur nasi.
Masak lemak pucuk ranti
Hasil tuaian di pasar tani stadium seksyen 13. Kat pasar ni macam-macam sayur kampung ada jual. Tengok pucuk ranti teringin nak makan.....sejak tak ke Sungai Yu cari ikan segar ni dah tak jumpa pucuk ranti ni. Dulu kat gerai sayur pasar Sungai yu tu sesekali ada jer jual....
Sayur ni hubby yang masak....memang terer hubby kita bab2 masak sayur ranti....heheehe.
Masak lemak pucuk ranti
Sayur ranti (saya guna nalam dua ikat - ambil pucuknya dan daun2 muda - basuh dan toskan).
2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
sedikit (dalam sejemput) udang kering atau ikan bilis
3 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 biji cili merah/hijau - hiris (optional)
1 biji keledek oren (potong saiz sederhana besar)
sedikit serbuk kunyit (Optional)
Garam secukup rasa
------
Masukkan santan, bawang dan bawang putih, keledek ikan bilis ke dalam periuk. Pasang api sederhana. Kacau selalu supaya tak pecah minyak, agak2 keledek dah nak empuk, masukkan pucuk ranti dan cili merah. Masak hingga saya empuk dan santan mendidih. Perisakan dengan garam. Angkat dah hidangkan
Tuesday, February 27, 2018
Macaroni Goreng
Menu tambahan untuk majlis ilmu minggu lepas. Menu emergency....bahan pun yg express saja la. Asalnya memang tak plan nak masak apa2....sebab kali ni katanya ada sponsor lempeng cicah sambal bilis. Tapi last minute hubby dok tanya nak tambah makanan apa...takut tak cukup. Kesiankan anak2 tahfiz tu...kang kelaparan pulak sebba biasanya kalau hari ada majlis ilmu surau sediakan makanan berat.
Sekali fikir nak yang mudah dan bahannya senang...boleh beli kat speedmart jer...maka termasakla makaroni goreng ni. Guna daging burger jer menggantikan daging cincang.
Makaroni goreng ZLC
Bahan2nya
1500 gm makaroni - rebus dengan air yg diletakkan garam secukupnya hingga lembut. (@ Ikut arahan di pembungkus)
1 1/2 - 2 kg daging cincang
1 - 2 kg sayur campur (boleh adjust ikut citarasa)
6 sb cili kering kisar
3 sb rempah kari (boleh adjust ikut citarasa)
1 tin besar tomato pure (tak letak kali ni)
1 cawan sos tiram
1 cawan sos cili.
Celery jika suka
daun sup dan daun bawang untuk ditabur (jika suka)
Minyak untuk menumis
garam secukup rasa
Bahan tumis
6 biji bawang besar
15 ulas bawang putih
4 inci halia
Kisar atau cincang bahan tumis. Tumis hingga naik bau.
Masukkan rempah kari. Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan sos tomato, tomato puree dan sos cili. Kacau sebati.
Masukkan daging cincang....masakkan hingga daging masak. Kacau sesekali supaya tak berkerak.
Masukkan mix vege....kacau rata...biarkan seketika. Perisakan dengan garam.
Masukkan makaroni, dan celery yg telah dipotong kecil. Gaul sebati dan tutup api....hidang dan taburkan dengan daun sup dan daun bawang jika suka.
Resepi sama dengan post muffin sebelum ni tapi penampilan berbeza. Sebelum ni saya guna blueberry filling tapi kali ni saya guna fresh blueberry. Kebetulan masa singgah di Jaya Grocer yang baru dibuka kat area rumah ni ada offer. Beli 2 pack semata2 nak repeat resepi muffin ni. Aritu buat cam tak semenggah rupanya...walau pun rasanya ok jer...anak pun suka..... kali ni baru la puashati....lawa jer kejadiannya......betul tak...
Blueberry muffin mudah
Bahan2nya
1 1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula halus + 1 sb untuk taburan dia atas muffin
1/2 sk garam
2 sk baking powder
1/3 cawan minyak
1 biji telur gred A
1/2 cawan susu
1 1/2 sk vanilla esen
1 cawan blueberries segar
Cara2nya
Panaskan oven pada suhu 170°C.
Sediakan muffin pan atau saya guna paper cu jer.
Dalam mangkuk pengadun, satukan tepung gula, garam dan baking powder. Dalam mangkuk lain satukan minyak, telur, susu dan esen vanilla dan sebatikan dengan garfu.
Tuang adunan telur ke dalam adunan tepung. Gaul guna garpu jer sekadar sebati. Jangan terlebih gaul nanti muffin keras dan kering.
Nota
Adunan sepatutnya pekat dan boleh di scoop. Kalau adunan terlalu cair, tambahkan 1 sb tepung setiap kali sehingga adunan menjadi lebih pekat. Kalau adunan terlalu cair tambahkan susu sesudu besar sekali tuang sehiggga mendapat adunan yg sesuai.
NOTE: Batter should be thick and you should be able to scoop it. If too runny add a tablespoon of flour at a time to thicken, if too thick add a tablespoon of milk at a time to thin.
Masukkan bueberries dan gaul rata. Scoop adunan ke dalam muffin tin dan taburkan gula diatasnya. Bakatmr selama 20 - 25 minit atau hingga masak. Sejukkan muffin diatas rak.
Kari sotong
Kari sotong munge2...menu tengahari ahad dua minggu lepas. Lama dah tak berkarya dengan sotong....seronok tengok hasilnya selepas dimasak. Anak2 pun suka makan sampaikan tak tinggal sikit pun untuk ummi. Ummi lepas .asak tu kepenatan. Tak larat nak makan...ingat nanti2 baru nak menjamah nasi tapi tengok sotong munge2 dah habis....hehhehe...takpe la nak...makan la selagi ada selera...
Kari sotong
Bahan2
1 kg sotong
3 sb rempah kari ikan + ayam
3 sb air asam jawa pekat
3 cwn santan pekat
5 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2 inci halia
3 tangkai daun kari
10 biji bendi (optional)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
---------
Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah kari dikisar halus hingga pecah minyak/ naik bau. (bwg n halia kalu nak hiris pun boleh).
Masukkan santan pekat yg pekat dan masak hingga mendidih.
Masukkan garam, bendi dan air asam. Masakkan lebih kurang 3 minit.
Akhir sekali masukkan sotong dan dan biarkan hingga sotong masak.
(Sotong jgn dimasak terlalu lama nanti keras).
Kek mentega vanilla
Kek mentega vanilla (vanilla butter cake) eeswpi azie kitchen saya guna utk buat kek ni. Caranya saya tak ikut azie....saya tak asingkan telur putih dan kuning tapi masukman sekali gus.
Untuk hiasan kek saya guna buttercream......dan manik2 gula...dan sedikit fondant.
Vanilla Butter Cake
Bahan bahan:
230gm butter (salted) - lembutkan
200gm telur tanpa kulit (4 biji gred B)
200gm gula kaster
200gm tepung naik sendiri - ayak
60ml susu segar/wholemilk
1 sk vanilla extract
Panaskan oven pada 170C. Lapik loyang 8x8" dan lenser mentega termasuk di sekeliling loyang.
Pukul mentega dan 150 gram gula sehingga kembang. Masukkan vanilla extract dan pukul seketika.
Masukkan telur satu persatu sambil terus diputar.
Masukkan separuh dari tepung dan kacau dengan kelajuan perlahan. Masukkan susu dalam 2 kali sebelum dimasukkan baki tepung gandum.
Masukkan separuh dari adunan telur putih dan putar dengan kelajuan perlahan. Masukkan baki telur putih dan dikaup balik menggunakan sudip sahaja sehingga sebati.
Tuang adunan ke dalam loyang dan ratakan. Bakar pada suhu 170C selama 45 minit atau sehingga masak. Boleh kurangkan suhu pada 15 minit terakhir.
Biarkan di dalam loyang dalam 10 minit sebelum disejukkan sepenuhnya di atas redai.
Nota:
Kalau nampak bahagian atas kek sudah keperangan, boleh kurangkan suhu oven atau boleh juga dilapik dengan aluminium foil.
Buttercream
500 gm krimwell
250 gm gula ising
1 sk esen vanilla
Pukul hingga gebu.
LEMON CHICKEN CHINESE STYLE
LEMON CHICKEN CHINESE STYLE......terliur nengok masakan chef obie lalu lalang kat wall....terus cnp resepi dan petang ni terus buat....yumyumyum...jemput makan...
LEMON CHICKEN CHINESE STYLE
Bahan utama:
1 keping isi dada ayam atau chicken fillet
1 sudu besar kicap cair
1/2 sudu besar kicap manis
1/2 sudu besar lada sulah
1/2 sudu besar serbuk stok ayam
1 biji telur
6 sudu besar tepung jagung
****tambah 1 sk serbuk paprika
Minyak utk menggoreng
Bahan Sos
1 cawan stok ayam (saya letak air biasa)
1/2 @ 3/4 cawan jus lemon
2 sudu gula pasir
1/2 biji lemon (saya tak letak)
2 btg cili merah kisar ( saya campur cili padi)
Sedikit pewarna lemon yellow (saya tak letak)
Bancuhan tepung jagung
Hiasan : Bijan disangai atau daun bawang ( optional ) jika suka
**** saya guna daun ketumbar dan parutan lobak merah
Cara Penyediaan :
1-Ayam
Marinated @salutkan ayam bersama kicap cair & manis,biar seketika.
Celupkan dalam telur kemudian toskan lelehsn telur,salutkan pada tepung jagung+lada sulah+serbuk stok ayam kemudian goreng hingga garing.
Ketepikan
2- Sos
Didihkan stok ayam ,cili merah, jus lemon,gula,1/2 biji lemon(boleh dihiris)
Apabila telah mendidih,asingkan @ keluarkan lemon. Masukkan sedikit bancuhan tepung jagung.kacau hingga sedikit pekat,masukkan setitis pewarna dan siap utk digunakan. * tuang sos pada ayam yg telah digoreng ,boleh taburkan bijan dan daun bawang
Selamat mencuba😊
Follow my ig : chef_obie_official
FB: chefobie untold
website: chefgunawanmalaysia.blogspot.com
#chef #nasiayam #lemonchicken #ayamlemon #empayarmakanan #chefobie
Selamat mencuba
Sunday, February 25, 2018
Masala Vadai
Dah lama teringin nak buat ni....tapi asyik tergendala sebab prosesnya lama....lama bab nak merendam kacang sampai lembut. Paling kurang 4 - 5 jam. Nak kena plan awal kalau nak buat...selalunya asyik terlupa nak merendam. Jadi terpaksa tangguh pembikinan.
Kuih ni yang popular kat Malaysia. Kat kampung dulu panggil masalodei........asal dari kaum india. Sedap.......selalu beli kalau jumpa kat gerai selalunya mesti beli.
Resepi ni saya ambil dari Mamak Haji Roslan.........kenapa pilih resepi ni...sebab mamak haji punya resepi ni authentic dan sedap menjadi....jom la cuba.
RESEPI MASALA VADEI:
BAHAN-BAHAN:
250 gm kacang dal (pilih Dal Australia kerana ia lebih lemak dan kurang bau. Nak kenalnya, ia lebih bersaiz besar dari kacang Dal dari India yang bersaiz kecil dan leper).
1 labu bawang besar - hiris
1 sk jintan manis
3 tangkai daun kari dicincang
3 biji cili kering hiris halus
1/2 inci halia dicincang halus
Garam secukup rasa
Minyak untuk goreng
CARA-CARA:
1. Basuh dan rendam selama 4 jam atau lebih. Toskan. Asing sedikit dal dalam sesudu dua.
Masukkan selebihnya dalam mesin kisar(blender). Kisar kacang dal di tambah air sedikit demi sedikt semasa kisaran. Biar hasil kisaran halus sedikit. Tuang hasil dalam penapis untuk toskan sedikit airnya.
(saya guna food processor - kisar tanpa air).
2. Toskan sedikit kemudian masukkan daun kari, bawang , biji jintan manis, hirisan cili kering dan halia cincang dan garam dalam sebuah bekas. Masukkan kacang dal yang telah diasingkan tanpa kisar. Adunkan sama rata
3. Ambil sedikit adunan dan bulatkan dan leperkan di atas tapak tangan anda.
4. Panaskan minyak gorengan. Minyak secukupnya untui tengelami vadei yang akan digoreng. Pastikan minyak cukup panas. Mulakan gorengan dengan api dapur yang sederhana. Kalau minyak tak cukup panas vadei anda akan bertaburan dalam minyak.
5. Jangan goreng terlalu banyak kuanti dalam kuali kerana Ia akan menurunkan suhu minyak gorengan. Goreng 4 atau 5, dan tentukan ia tidak bertindih di antara satu sama lain. Suhu minyak perlu dijaga sentiasa jika tidak vadei anda bertabur dalam kuali atau pun hangus sebelum masak. Masa gorengan selalunya 5-6 minit vadei anda cukup masak dan garing. Vadei yang masak biasanya akan terapong naik ke atas dan buih-buih semakin berkurangan.
Wednesday, February 21, 2018
Blueberry muffin mudah
Breakfast muffin. Tetiba rasa nak bakar muffin untuk sarapan dan bekal anak subuh2 hari. Walaupun bahan utamanya tak ada....yg ada cuma blueberry filling, dek rasa nak membaking yg meluap2 disubuh yg dingin tu saya buat juga satu adunan muffin ni. Suka pulak anak2. Blueberry muffin seadanya.....
Blueberry muffin mudah
Bahan2nya
1 1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula halus + 1 sb untuk taburan dia atas muffin
1/2 sk garam
2 sk baking powder
1/3 cawan minyak
1 biji telur gred A
1/3 – 1/2 cawan susu
1 1/2 sk vanilla esen
1 cawan blueberries (fresh or frozen) (kalau guna frozen jangan masukkan dalam adunan dahulu)
Cara2nya
Panaskan oven pada suhu 170°C.
Sediakan muffin pan atau saya guna paper cu jer.
Dalam mangkuk pengadun, satukan tepung gula, garam dan baking powder.
Dalam mangkuk lain satukan minyak, telur, susu dan esen vanilla dan sebatikan dengan garfu.
Tuang adunan telur ke dalam adunan tepung. Gaul guna garpu jer sekadar sebati. Jangan terlebih gaul nanti muffin keras dan kering.
Nota
Adunan sepatutnya pekat dan boleh di scoop. Kalau adunan terlalu cair, tambahkan 1 sb tepung setiap kali sehingga adunan menjadi lebih pekat. Kalau adunan terlalu cair tambahkan susu sesudu besar sekali tuang sehiggga mendapat adunan yg sesuai.
NOTE: Batter should be thick and you should be able to scoop it. If too runny add a tablespoon of flour at a time to thicken, if too thick add a tablespoon of milk at a time to thin.
Masukkan bueberries dan gaul rata. Scoop adunan ke dalam muffin tin dan taburkan gula diatasnya. Bakatmr selama 20 - 25 minit atau hingga masak. Sejukkan muffin diatas rak.
Sedap dimakan segar dari oven.
Laksa utara
#breakfast #laksautara. Ahad lepas, nak taknak kena pegi pasar utk cari stok lauk pauk. Nampak ikan sardin dan pelaling mata jernih2....beli skg utk kuah laksa. Plan nak buat utk minum petang tapi byk pulak benda lain nak buat jadi postponed ke pagi Isnin.
Laksa @ ZLC
http://zulfadreamland.blogspot.my
1 kg ikan selayang - rebus dengan 5 keping asam keping dan asingkan isi dengan tulang2nya. Kisar isinya dulu menggunakan air rebusan dan masukkan ke dalam periuk. Kemudian kisar tulang dan kepalanya, tapis dan masukkan patinya ke dalam periuk.
Bahan lain
5 keping asam keping (boleh tambah kalau tak cukup masam)
15 biji cili kering (ikut citarasa nak pedas boleh tambah) kisar bersama
1 biji bawang besar
2 inci belacan (bakar)
Masukkan ke dalam periuk. Dan masak hingga kuah mendidih. Kemudian masukkan
Secekak daun kesum dan sekuntum bunga kantan belah 4.
Perisakan dengan garam secukup rasa dan masak hingga kuah sedikit pekat (ikut citarasa)
Bahan2 pelengkap
1 paket laksa (terpulang nak guna yang basah atau kering) - celur lembut
Hiris
Daun salad
Timun
Bawang besar
Cili
Limau kasturi - belah 2
Daun pudina (optional)
Telur rebus
Petis (optional)
Masukkan sedikit laksa ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah. Taburkan bahan2 hiris.
Kek Batik Biskut Marie
Gara2 anak2 menonton drama kek batik cheese leleh tak sempat ummi nak duduk anak2 especially sikecik tu dah tanya bila nak buat kek batik...bila nak.buat kek batik....sabo jer la....dari malam tayangan drama tu lagi tak sabar2 nak makan....kononnya suka ya amat.... Bahan tak cukup...yg ada 250 gm biskut merry perisa kopi....yang saya sangka pack tu 500gm....bahan2 lain dah siap tinggal nak leburkan biskut jer anak bagitau biskut tak cukup.....🤔🤔🤔🤔......belasah jer la labu....janji senyap....buat pun sambil masak gulai lemak dan prepare kek buah kukus yg member request.
Kek tak sempat disejukkan dah suruh potong...gambar yg kat bawah tu nampak perbezaan kek yg dipotong sebelum di chillkan semalaman dengan yg dah sejuk dalam peti ais.
Kek Batik Marie
Bahan-bahan:
- 500 gm biskut marie - patah 4
- 250 gm butter
- 4 biji telor gred A - pukul sikit
- 3/4 tin kecil susu pekat manis**(bole juga 1/2 cwn susu + 1/4 cwn gula)
- (boleh rasa dan agak2 ikut tekak masing-masing bila campur sume)
- 1/4 cawan serbuk koko
- 1/4 cawan air
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 sudu kecil nescafe
- Campurkan sume bahan kecuali biskut ke dalam kuali. Masak atas api perlahan hingga sikit pekat dan berkilat. Tutup api.
- Cepat-cepat masukkan biskut. Gaul rata-rata.
- Tekan dalam loyang yang telah digriskan dengan sedikit butter terlebih dahulu.
- Masukkan dalam fridge. Bila nak makan keluarkan lebihkurang 1/2 jam, baru dipotong.
Muffin coklat
Buah tangan masa balik kampung cuti raya cina lepas. Buat dua adunan. Buat sambil2 siapkan tempahan 5 biji kek oren dan sebiji kek marble untuk kengkawan.
RESEPI MUFFIN COKLAT
BAHAN2:
-1 3/4 cawan tepung gandum
-1/4 cawan serbuk koko
-1 cawan gula perang
-1 1/2 sk baking powder
-1/2 sk soda bikarbonat
-1/2 sk garam
-1 cawan susu segar
-1 biji telor gred A - pukul sikit
-1/3 cawan minyak @ mentega yg dicairkan
-1 sk esen vanila
-choc chips secukupnye
CARANYA:
1. Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder dan garam. Ayakkan dan ketepikan.
2. Dalam bekas lain, campurkan susu, telor, esen vanila dan minyak. Kacau rata. Masukkan campuran tepung tadi. Kacau rata. Masukkan choc chips.
3. Sudukan ke dalam muffin cup dan tabur sedikit coklat cip diatasnya dan bakar selama 20 minit @ hingga masak.
tips- untuk memastikan kejadian muffin yg gebu & moist pastikan kacau campuran bhn kering & basah hanya sebentar sekadar rata jek menggunakan senduk kayu (kalau kacau lama ia akan manyebabkan hasil muffin yg kering & keras) isikan adunan 3/4 penuh ke dalam cup muffin semasa membakar utk menghasilkan muffin yg kembang montoks naiknya ok..
Ayam goreng bersalut masam manis
Salah satu lauk pauk yang sempat dimasak untuk makanan anak2 bila ummi outstation. Jenuh memikirkan menu yang paling sesuai dan suka dimakan anak2. Ayam jadi slaah satu pilihan. Saya guna filet ayam bahagian dada. Masakan tak berkuah....mudah disediakan.
Filet ayam goreng bersalut masam manis
3 keping dada ayam dihiris nipis
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
1 sk serbuk lada hitam
1 sk serbuk paprika
1 sk garam
1 sk baking powder
1 biji telur
1/2 - 3/4 cawan air (tambah air sedikit2 - adunan tepung tidal terlalu pekat atau cair)
Satukan semua bahan dan gaul rata. Perap 1/2 jam sebelum digoreng garing.
Sos masam manis
4 sb cili kering kisar
6 sb sos tomato
4 sb sos cili
4 sb sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
6 ulas bawah putih hiris
4 inci hali hiris
2 biji bawang besar hiris
Minyak untuk menumis
Cili benggala
Lobak merah
Bunga kobis
2 biji tomato - potong kiub
Tumis bawang2 dan halia hingga naik bau dan keperangan. Masukkan cili kisat dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan sos. Kacau sebati. Tambah sedikit air jika perlu. Biarkan merenih seketika.
Pulut Kuning Berhias Simple Untuk Sambutan Harijadi Si kecil Di Sekolah
Alhamdulillah...si kecil ummi minta yang mudah2 ajer untuk beaday celebration dia kat sekolah. Nasi kembung aka pulut kuning.
Resepi yang sama saya gunakan seperti di link ini. Penampilannya saja yang sedikit berbeza. Pulut kuning kali ni saya lapisi dengan serunding daging dan atasnya saya hiasi dengan hirisan telur dadar dan telur rebus yang dibentuk seperti 2 ekor burung. Jadilah....asyik bawa kek jer bosan pulak.
CHURROS
Dah lama tertangguh nak buat churros untuk minum petang. Selalunya sampai rumah dah rasa tak nak buat apa2 lagi.....nak baring golek2 jer. Kalau tak pun bila dah start masak lauk atau siapkan tempahan dah tak larat nak menchurros lagi. Tapi akhirnya berbekalkan semangan yang kental, churros ni akhirnya jadi kenyataan.
CHURROS
Bahan-bahan nya
- 1 cawan air
- 100 gm mentega
- 2 cawan tepung gandum
- 1/2 sudu kecil garam
- 2 biji telur
- minyak untuk menggoreng
- secukupnya gula kastor
- sedikit serbuk kayu manis
- Untuk yang suka coklat boleh lah masak coklat bersama dengan susu segar sampai cair dan boleh lah dicicah dengan churros ni
Cara membuatnya
- Masukan air didalam periuk dan masukan mentega, biarkan sehingga mendidih dan mentega menjadi cair
- Masukan tepung sedikit demi sedikit yang telah di campurkan dengan garam, dan kacau rata supaya ia nya tidak berketul dan bila tepung sudah tidak melekat di kuali boleh lah ditutup api dan biarkan sejuk
- Bila dah betul-betul sejuk baru masukan telur * jangan masukan telur ketika adunan masih panas nanti telur akan masak dan churros ni tak kan mengembang
- Kak noor putar dengan mixer sehingga sebati selepas masuk sebiji telur, kemudian tambah lagi satu biji telur dan putar lagi sehingga betul-betul rata.
- Panaskan minyak,kemudian masukan adunan dalam beg piping yang ber nozel bintang.
- Paipkan kedalam minyak panas dan gorenglah sehingga kekuningan,angkat dan toskan terpulang pada selera masing2 samaada nak bergula atau bercoklat.
Waffle
Crispy waffles with vanilla icecream for tea....weekend minggu lepas. Bila teringin tu turutkan ajer bila ada kesempatan dan kesihatan.
RESEPI WAFFLE RANGUP
http://zulfadreamland.blogspot.my
Bahan-Bahan:
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil yis kering atau guna instant yeast
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
3 sudu besar mentega yang dicairkan
1 cawan susu segar dalam suhu bilik (Full Cream Milk)
1 biji telur dalam suhu bilik.
1 sudu besar esen vanila
1/2 cawan Air suam (untuk dimasukkan sedikit demi sedikit)
Cara Membuat:
1. Campurkan tepung gandum, yis kering, gula, garam, mentega, telur, esen vanila dan susu segar. Gaulkan kesemuanya dan pukulkan secara perlahan-lahan dengan menggunakan whisk . Kemudian, masukkan air suam secara sedikit demi sedikit. Ini untuk pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan elakkan daripada menjadi terlalu cair.
2. Bila adunan sudah sebati, rehatkan selama 10-15 minit. Sambil itu, panaskan waffle maker.
3. Tuangkan adunan bermula dari tengah hingga ianya merebak dengan sendirinya ke bahagian tepi corak waffle maker secara pelahan-lahan.
4. Jangan tutup terus penutup waffle maker selepas adunan dituangkan, tunggu 5-10 saat terlebih dahulu. Tekankan sedikit penutup waffle maker sewaktu menutupnya. Ini untuk memastikan corak waffle lebih sekata dan terhasil dengan cantik dan tidak melekat sewaktu dikeluarkan daripada waffle maker.
5. Keluarkan waffle bila warnanya berubah menjadi golden brown (coklat keemasan).
6. Hidangkanlah waffle dengan sapuan chocolate syrup, jem, strawberry, pisang, peanut butter atau aiskrim. atau apa sahaja mengikut citarasa anda.
Pau goreng inti kacang merah
Satu doh dua hasil berbeza......sebahagian doh saya jadikan roti kastard pan.....sebahagiannya pula saya sumbat dengan inti kacang merah dan bagi nama pau goreng inti kacang. Menu minum peyang isnin lepas.
Pau goreng inti kacang
Bahan A:
Tepung gandum- 400 gram
Tepung wholemeal - 100 gm
Gula kasar- 80 gram
Garam- 6 gram
Yis- 8 gram
Bread Improver- 5 gram
Mentega - 55 gram
Bahan B:
Telur- 1 biji gred C
Ais Kiub- 100 gram
Air biasa- 140 gram
Cara untuk uli menggunakan mixer:
1) Timbang bahan B dan masukkan ke dalam bowl.
2) Timbang bahan A dan masukkan ke dalam B.
3) Putar menggunakan mixer dengan menggunakan speed rendah dahulu sehingga sebati. Saya guna breadmaker.
4) Kemudian boleh tukar ke speed medium. Putar sehingga doh elastik iaitu doh licin, berkilat dan tarik tidak putus.
Nak uli guna tangan pun boleh. Satukan semua bahan. Uli sehingga doh tak melekat dan licin.
1) Bahagikan doh ikut citarasa
2) Bulatkan dan leperkan. Letak inti kacang dan tutup doh, rounding betul2 agar doh tak terbuka dan inti keluar mada menggoreng. Pastikan inti tak terkeluar. Letak atas tray yang di tabur sedikit tepung agar doh tidak melekat di tray.
3) Perap sehingga naik dua kali ganda. Angkat doh dengan sudip yg dioles sedikit minyak dan letaklan di atas pan yg telah dipanaskkan dengan api kecil.
4) Panaskan minyak dengan api sederhana. Angkat pau menggunakan sudip yang di celup minyak panas. Goreng hingga keperangan.
Roti kastard tanpa Oven (Custard bread without Oven)
Pertama kali melihat kejadian roti ni di Fb dah buat saya rasa teruja sangat nak mencubanya. Macam senang dan cepat proses memasaknya. Bakar atas pan dengan api kecil....tutup....biarkan seketika...terbalikkan....tutup pan....biarkan sekejap...dah masak.
Saya bakar roti ni dalam magic pan...tu yg permukaannya bergaris2.
Roti ni agak popular di negeri jiran kita Indonesia. Intinya boleh dipelbagaikan....nak letak keju....kaya....coklat....atau jem kesukaan pun boleh. Kalau suka versi spicy, boleh letak inti ayam...daging...cendawan...terpulang citarasa.
Untuk doh, saya guna resepi biasa all in one.
Resepi jannah kelab roti yg saya oleh sedikit.
Roti kastard pan tanpa Oven
Custard bread without Oven
Bahan A:
Tepung gandum- 400 gram
Tepung wholemeal - 100 gm
Gula kasar- 80 gram
Garam- 6 gram
Yis- 8 gram
Bread Improver- 5 gram
Mentega - 55 gram
Bahan B:
Telur- 1 biji gred C
Ais Kiub- 100 gram
Air biasa- 140 gram
Cara untuk uli menggunakan mixer:
1) Timbang bahan B dan masukkan ke dalam bowl.
2) Timbang bahan A dan masukkan ke dalam B.
3) Putar menggunakan mixer dengan menggunakan speed rendah dahulu sehingga sebati. Saya guna breadmaker.
4) Kemudian boleh tukar ke speed medium. Putar sehingga doh elastik iaitu doh licin, berkilat dan tarik tidak putus.
Nak uli guna tangan pun boleh. Satukan semua bahan. Uli sehingga doh tak melekat dan licin.
[ Cara untuk membuat roti kastard pan tanpa oven)
1) Bahagikan doh ikut citarasa
2) Bulatkan dan leperkan. Letak inti kastard dan lipat dua. Pastikan inti tak terkeluar. Letak atas tray yang di tabur sedikit tepung agar doh tidak melekat di tray.
3) Perap sehingga naik dua kali ganda. Angkat doh dengan sudip yg dioles sedikit minyak dan letaklan di atas pan yg telah dipanaskkan dengan api kecil.
4) Tutup pan dan biarkan doh masak selama 5 - 10 minit. Terbalikkan doh supaya masak sekata. (Saya guna magic pan, agak2 5 minit saya terbalikkan jer pan).
RESEPI INTI KASTARD
Bahan-bahan :
1/2 cawan tepung jagung
2 sb tepung kastard
1 1/2 cawan susu segar
2 biji telur
1 sk esen vanila
Gula secukup rasa
1/2 sk garam
Cara-cara :
Satukan semua bahan di dalam periuk, kacau dengan api sederhana sehingga masak, likat & meletup-letup (mendidih).
Inti boleh digunakan.
Subscribe to:
Posts (Atom)