daripada blog qaseyhoney. Tadi dah buat biskut pandan rangup takkan nak buat pandan juga...so dpt idea tukar kaler dan perisanya...hehehe...jgn marah ye tuan punya resepi...rasanya sedap juga....
Biskut Strawberry Nestum ZLC
Bahan-bahan:
250gm mentega
120gm gula icing
50gm nestum (kisar kasar)
300gm tepung redrose + 1/4 cwn
1/4 cwn susu tepung
2 sudu teh srawberry paste
1 sudu teh baking powder sedikit pewarna merah
Untuk hiasan
1 biji telur + 1 sudu besar susu cair + sedikit pewarna kuning
Nestum secukupnya
Cara2 membuatnya:
1) Ayak dan satukan tepung, susu tepung dan baking baking. Ketepikan.
2) Putar mentega dengan gula hingga sebati.
3) Kemudian masukkan strawberry paste dan pewarna merah.
4) Masukkan nestum dan putar (sekejap sahaja) hingga adunan sebati.
5) Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut.
6) Terap dan sapu telur. Tabur nestum di atasnya.
7) Bakar pada suhu 150'c dalam 15-20 minit.
No comments:
Post a Comment