Moreh semalam simple Jer. Malam sebelumnya mee dan kuay teaw goreng....gilir2 hidangan berat dan ringan.
Sandwich telur
Zulfaza Loves Cooking
Inti telur
4 biji telur rebus - kupas kulit dan hancurkan
2 sb mayonis
1/4 sk serbuk lada putih/sulah
1 sk mentega
Garam secukup rasa
Satukan semua bahan dan gaul rata.
************
Sayuran pilihan
Daun salad
Timun
Tomato
ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Wednesday, May 31, 2017
Babat dan kulit lembu masak lemeng
Menu sebelum puasa...lama dulu....baru perasan kat draft tak publish2. Masakan jawa yang saya suka sangat.
Masakan encik hubby utk mkn tengahari....sedap....pedas menyengat. Berpeluh2 makan sambil sulam air.
Babat dan kulit lembu masak lemeng
@ http://www.zulfadreamland.blogspot.my
* 1 inci Lengkuas
* 3 inci Halia - tumbuk
* 5 ulas Bawang putih - tumbuk
* 10 ulas Bawang merah - tumbuk
5 batang Serai - ketuk
* 2 inci Kunyit hidup - tumbuk
Cili api (ikut citarasa)
2 mangkuk santan pekat
Air secukupnya
1/2 Kulit lembu - rebus separa empuk
1/2 kg Babat (perut lembu) - rebus separa empuk
Garam dan gula secukup rasa.
Satukan semua bahan * dan kisar. Satukan semua bahan diatas dan masak hingga pecah minak dan kulit serta babat empuk. Tambah air jika masih belum empuk. Masak hingga kuah jadi separuh @ pekat.
Masakan encik hubby utk mkn tengahari....sedap....pedas menyengat. Berpeluh2 makan sambil sulam air.
@ http://www.zulfadreamland.blogspot.my
* 1 inci Lengkuas
* 3 inci Halia - tumbuk
* 5 ulas Bawang putih - tumbuk
* 10 ulas Bawang merah - tumbuk
5 batang Serai - ketuk
* 2 inci Kunyit hidup - tumbuk
Cili api (ikut citarasa)
2 mangkuk santan pekat
Air secukupnya
1/2 Kulit lembu - rebus separa empuk
1/2 kg Babat (perut lembu) - rebus separa empuk
Garam dan gula secukup rasa.
Satukan semua bahan * dan kisar. Satukan semua bahan diatas dan masak hingga pecah minak dan kulit serta babat empuk. Tambah air jika masih belum empuk. Masak hingga kuah jadi separuh @ pekat.
Tuesday, May 30, 2017
Menu Iftar 4 Ramadhan : Nasi Goreng Pataya
Macam2 teringinnya bulan posa ni....ayam korea la....nasi thailand la....ermmmmm....esok apa pulak yanv diorg teringin yer. Takpe la...selagi terdaya....layannnnnnzzz. Nanti kalau dah tak larat...ummi gorengkan telur jer....hehehe.
Nasi goreng cendawan pattaya @ ZLC
2 pot nasi sejuk
1 biji bawang holland cincang halus
1 sk serbuk lada hitam/putih
3 sb sos tiram
250 gm cendawan tiram
Isi ayam atau udang (nak letak perencah lain pun boleh)
1 batang karot potong kecil2/dadu atau sayuran pilihan
Garam secukup rasa
Minyak utk menumis
Panaskan minyak. Tumis bawang hingga terbit bau. Masukkan lada hitam dan sos tiram. Kacau seketika. Masukkan perencah pilihan (isi ayam/udang/fish ball dll). Masukkan katot. Kacau rata dan biarkan seketika hingga perencah masak. Masukkan nasi. Gaul rata. Kacau dalam 5 minit. Kemudian masukkan cendawan dan perisakan dengan garam secukupnya.Bila cendawan dah masak tutup api.
Kulit pattaya (telur dadar)
6 biji telur
1/4 cawan air
3 sb mayonis
Pukul sebati.
Panaskan pan. Tuang sedikit minyak. Tuangkan adunan telur secukupnya dan layang pan macam nak buat kuih ketayap. Biar telur masak. Tutup api. Sendukkan nasi goreng dan letak di tengah2 telur dadar. Lipat 4 segi. Ambil pinggan telungkupkan ke atas telur yg dilipat tadi dan satu tangan tahan pinggan dan satu lagi terbalikkan pan......dan siap tu picitkan sos cili atas nasi pattaya kita......siap di makan.
Menu Iftar 4 Ramadhan : Crispy and crunchy fried chicken ( Dakgangjeong 닭강정 )
Ayam korea...alahai anak2... dari sebelum posa sampai la start posa anak2 menuntut janji. Dari semalam dah wasap ummi kat opis, minta masakkan ayam korea ni... Tapi semalam tak sempat nak cari bahan. Akhirnya....terzahir lah jua iftar 4 ramadhan 2017.
Tak sabar anak2 nak berbuka. Hari2 kalau boleh meraikan permintaan anak2 yang berpuasa....ayah terima jer lah menu pilihan anak2. Motivasi untuk mereka.....
Crispy and crunchy fried chicken
Dakgangjeong 닭강정
@ http://www.zulfadreamland.blogspot.my
Bahan untuk ayam
1.6 kg ayam - yg bestnya bahagian kepak tapi saya campur
1 sk garam
1 sk serbuk lada hitam
1 sk halia cincang halus
2/3 cawan tepung jagung atau tepung kentang
1/2 cawan kacang
Bahan untuk sos
4 ulas bawang putih - cincang
3 -4 cili kering - buang biji dan potong 1/3 inci
1/4 cawan kicap
1/2 cawan sirup jagung - saya guna golden syrup
1 sb cuka
1 sb mustard
1 sb gula perang
1 sb bijan - sangrai
minyak masak secukupnya
Cara2Nya.
Potong ayam saiz sederhana kecil - kalau sekor tu boleh kerat 16/20
Masukkan ayam ke dalam mangkuk dan gaul dengan garam, halia dan lada hitam. Masukkan 2/3 cawan tepung jagung ke dalam mangkuk dan salutkan ayam. Buat hingga selesai.
Penyediaan sos manis, pedas dan melekit:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili. Kacau hingga naik bau selama 30 saat.
Masukkan kicap, syrup, cuka dan mustard. Kacau sebati dan biarkan mendidih sebentar. Tambah gula dan kacau hingga gula hancur. Tutup api.
Goreng ayam:
Panaskan minyak secukupnya ke dlm kuali. Test dengan masukkan seketul ayam. Kalau minyak berbuih maknanya dah cukup panas.
Gorengkan ayam yg telah disalut tepung jagung tadi selama 12 - 13 minit. Balik2kan ayam dua tiga kali ketika menggoreng. Angkat dan toskan.
Biarkan ayam yg telah digoreng dan ditoskan seketika. Panaskan semula minyak dan goreng semula ayam tadi selama 12 - 15 minit lagi hingga nampak keperangan dan garing.
Kalau kuali besar boleh goreng sekaligus, kalau tidak goreng sikit2
Bila ayam dah masak, panaskan sos tadi hingga mendidih. Salutkan ayam dengan sos.
Masukkan ayam dan gaul sebati. Tutup api dan hidangkan ayam ke dalam pinggan hidangan.
Taburkan bijan dan hodangkan ketika panas. Ayam ni kekal rangup sehingga esoknya. Tak perlu sos2 lain dah cukup sedap.
Monday, May 29, 2017
Menu iftar 3 Ramadhan : Sambal kentang dan bebola ayam
Menu tambahan. Bersama kari ikan. Ringkas sahaja hidangan hari berkerja....mana yang sempat, asalkan masakan sendiri.
Sambal kentang dan bebola ayam
http://www.zulfadreamland.blogspot.my
4 biji kentang - kupas dan potong wedges - goreng
30 bji bebola ayam - goreng
Kisar
20 biji cili keing (rebus lembut)
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
2 inci halia
Garam dan gula secukup rasa
5 sb air asam jawa
Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan air asam, garam dan gula secukup rasa. Masakkan hingga sambal pekat. Masukkan kentang dan bebola ayam. Gaul rata.
Iftar 3 ramadhan : Kari Ikan
Hari ni anak2 request ayam korea. Tapi sebab semalam dah masak ayam, saya bagi alasan tak sempat nak masak sebab hari ni kerja...mula masak lambat.....hhehehe. Pada hal jemu kot hari2 pandang ayam.
Kari Ikan
http://www.zulfadreamland.blogspot.my
1/2 kg ikan
2 sb rempah kari (saya guna rempah basah) (kalau guna rempah serbuk, campurkan drngan air asam utk jadikan paste
4 tangkai daun kari)
4 cawan santan
1/4 cawan asam jawa
*12 biji bawang besar
*8 ulas bawang putih
*2 inci halia
Garam secukup rasa
Bendi secukupnya
1 sk halba campuran (ikan)
Minyak untuk menumis
Cara2nya
Tumbuk lumat *. Tumis * dan halba campuran hingga naik bau. Masukkan rempah kari dan daun kari. Tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan air asam. Masukkan santan dan bendi. Masakkan hingga mendidih.
Kemudian masukkan ikan. Biarkan hingga ikan masak. (Jangan lama sangat, anggaran 5 - 7 minit jer). Perisakan dengan garam dan tutup api.
Menu Iftar 3 Ramadhan : Jus Buah Naga Susu
Minuman pilihan sepanjang bulan ramadhan. Saya pilih jus buah2an segar. Saya pelbagaikan hidangan untuk mengelakkan jemu. Sepanjang ramadhan juga saya seboleh mungkin cuba elakkan minuman berkabonat dan juga berkafein.
Hari ni minuman pilihan anak2....jus buah naga susu. Warna menarik dan rasa pun sedap.... Buatnya tak susah....kisar saja buah naga bersama susu pekat atau susu segar. Gantikan susu dengan yogurt dan sedikit gula pun ok.
Menu iftar 3 Ramadhan : Lengat kurma
Menu iftar 3 Ramadhan. Idea seorang teman sekolah....nampak menyelerakan. Balik ofis sambil masak sambil mencuba resepi baru yang dikongsi waida di fb. Mudah dan berkhasiat....kurma....santan....sedap.
Lengat Kurma
http://www.zulfadreamland.blogspot.my
Kurma secukupnya - dibuang biji
2 liter santan
3 sb tepung gandum
Sedikit garam
Daun pisang
Loyang atau remekin atau mangkuk casserole
Satukan santan, tepung dan garam. Gaul sebati.
Alas loyang atau bekas kukusan dengan daun pisang. Masukkan kurma. Tuang santan hingga menutupi kurma.
Kukus selama 15 - 20 minit bergantung saiz bekaa yang digunakan.
Sunday, May 28, 2017
Iftar 2 Ramadhan: Nasi Tumis Istimewa
Nasi pilihan, melengkapkan hidangan ayam masak madu, pajeri terung dan jelatah. Sedap juga nasi tumis yang resepinya saya olah dari sumber mamamunie.wordpress ni. Bahan mudah, dan rasanya sedap. Pilihan tepat dengan lauk pauk yang dihidangkan.
NASI TUMIS ISTIMEWA
http://www.zulfadreamland.blogspot.my
3 cawan beras basmathi (basuh, rendam 30 minit dengan 1 sk garam, toskan)
2 batang serai (diketuk)
3 biji tomato dipotong dadu
3 biji bawang besar dipotong dadu
Sedikit garam secukup rasa
1 sudu kecil gula
1 sb Rempah Kari Ikan
4 cawan air
Tumis bahan2 di atas dengan 1/4 cawan minyak yang dicampur 1 sudu minyak sapi hingga pecah minyak.
Masukkan air dan aram secukup rasa. Biarkan mendidih. Masukkan beras dan masak hingga airnya hampir kering. Kacau sesekali. Kecilkan api dan tutup periuk. Biarkan masak selama 8 minit. Tutup api. Biarkan selama 5 minit sebelum bukan tudung periuk dan kareh nasi perlahan2.
Hidangkan dengan lauk kegemaran.
NASI TUMIS ISTIMEWA
http://www.zulfadreamland.blogspot.my
3 cawan beras basmathi (basuh, rendam 30 minit dengan 1 sk garam, toskan)
2 batang serai (diketuk)
3 biji tomato dipotong dadu
3 biji bawang besar dipotong dadu
Sedikit garam secukup rasa
1 sudu kecil gula
1 sb Rempah Kari Ikan
4 cawan air
Tumis bahan2 di atas dengan 1/4 cawan minyak yang dicampur 1 sudu minyak sapi hingga pecah minyak.
Masukkan air dan aram secukup rasa. Biarkan mendidih. Masukkan beras dan masak hingga airnya hampir kering. Kacau sesekali. Kecilkan api dan tutup periuk. Biarkan masak selama 8 minit. Tutup api. Biarkan selama 5 minit sebelum bukan tudung periuk dan kareh nasi perlahan2.
Hidangkan dengan lauk kegemaran.
IFTAR 2 RAMADHAN : PAJERI TERUNG
Pajeri terung pilihan saya kali ni...melengapkan hidangan nasi tumis dan ayam masak madu untuk iftar 2 ramadhan. Terung yang dibeli 2 minggu lepas masih belum terusik. Jadi memang perlu diusahakan sesuatu.
Saya peminat pajeri....tak kira samada terung, kedondong atau nenas. Cuma pajeri rambutan jer masih belum sempat saya cuba.
Pajeri terung
http://www.zulfadreamland.blogspot.my
Bahan2nya
1 kg terung ungu saiz kecil - cucuk sedikit
Segemgam kismis (optional)
3 sb kerisik
*Segenggam udang kering (ada orang yg masuk terus tak tumbuk pun)
*2 inci halia
*2 biji bawang besar
*6 ulas bawang putih
3 sb rempah kari daging
**5 biji buah pelaga
**5 kuntum bunga cengkih
**2 kuntum bunga lawang
**1 batang kulit kayu manis
2 cawan santan pekat
3 biji cili merah dibelah (optonal)
Air secukupnya
Garam dan gula melaka secukup rasa
Minyak untuk menumis
---------
Kisar * hingga hancur. Tumis * dan ** hingga naik bau. Masukkan rempah kari yang dah dibancuh dengan sedikit air. Tumis hingga pecah minyak. Kacau selalu. Masukkan air dan kacau sebati. Masukkan terung dan kerisik. Masak hingga agak pekat dan terung lembut perisakan dengan garam dan gula melaka (masakan ni manis - saya gunakan 1 1/2 ketul gula melaka leper tu.).
Masukkan santan pekat, kacau sebati dan masak hingga kuah agak pekat. sebelum tutup api tu masukkan kismis dan cili. gaul rata dan masakkan seketika.
Iftar 2 Ramadhan: Ayam Masak Madu
Menu pilihan anak2 untuk iftar 2 ramadhan. Dari berbuka semalam dah bagitau esoknya nak menu apa. Ummi raikan ajer asalkan anak2 bermotivasi nak puasa sampai akhir waktu.
Ayam manis pedas yang menjadi kegmaran anakanda2. Moga berselera diorang makan nanti.
AYAM MASAK MADU
http://www.zulfadreamlad.blogspot.my
1 ekor ayam dipotong 8 – gaul garam + kunyit - goreng 3/4 masak
1/2 cawan madu
5 sudu besar serbuk cili (boleh kurangkan jika taknak terlalu pedas)
2 biji bawang besar dipotong bulat
1 batang Kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 biji buah pelaga
2 biji bawang besar -dikisar
3 ulas bawang merah – dikisar
2 ulas bawang putih-dikisar
3 inci halia - kisar
** Bahan yang dikisar tu, lepas dah siap gaul dengan serbuk cili
Daun pandan 4 helai- dipotong saiz 1 inci
Garam dan gula secukup rasa
1) Daun pandan diletakkan dalam satu mangkuk (nanti nak letak ayam dalam mangkuk ni)
2) Goreng ayam terlebih dahulu.
3) Bila selesai goreng ayam, minyak gorengan tadi kurangkan, tinggalkan anggaran 5 sb.
4) Tumis rempah tumis, daun pandan bersama bawang besar yang dipotong bulat. Bila dah kekuningan, masukkan bahan dikisar tadi tu, biarkan sampai pecah minyak. Masukkan garam dan madu.. Akhir sekali masukkan ayam dan gaul rata. Tumis hinga ayam masak sepenuhnya.
Ayam manis pedas yang menjadi kegmaran anakanda2. Moga berselera diorang makan nanti.
AYAM MASAK MADU
http://www.zulfadreamlad.blogspot.my
1 ekor ayam dipotong 8 – gaul garam + kunyit - goreng 3/4 masak
1/2 cawan madu
5 sudu besar serbuk cili (boleh kurangkan jika taknak terlalu pedas)
2 biji bawang besar dipotong bulat
1 batang Kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 biji buah pelaga
2 biji bawang besar -dikisar
3 ulas bawang merah – dikisar
2 ulas bawang putih-dikisar
3 inci halia - kisar
** Bahan yang dikisar tu, lepas dah siap gaul dengan serbuk cili
Daun pandan 4 helai- dipotong saiz 1 inci
Garam dan gula secukup rasa
1) Daun pandan diletakkan dalam satu mangkuk (nanti nak letak ayam dalam mangkuk ni)
2) Goreng ayam terlebih dahulu.
3) Bila selesai goreng ayam, minyak gorengan tadi kurangkan, tinggalkan anggaran 5 sb.
4) Tumis rempah tumis, daun pandan bersama bawang besar yang dipotong bulat. Bila dah kekuningan, masukkan bahan dikisar tadi tu, biarkan sampai pecah minyak. Masukkan garam dan madu.. Akhir sekali masukkan ayam dan gaul rata. Tumis hinga ayam masak sepenuhnya.
Saturday, May 27, 2017
Iftar 1 Ramadhan : Ikan goreng berlada & Tomyam Udang
Menu iftar 1 ramadhan. Tomyam request anak2....ikan goreng berlada lauk tambahan. Happy sangat bila anak2 makan bertambah tambah. Udang pun nak bagi mudah anak2 makan ummi siap buang kulit. Jadi takde la diorang terpaksa menunggu giliran untuk ummi ayah buangkan kulitnya.
Menu2 bulan puasa ni saya kurangkan pedas. Supaya kurang masalah ketidak selesaan perut....almaklumlah dah kosong berbelas jam....nanti masuk makanan pedas, meragam pulak.
Bila bulan puasa ni kenalah raikan mereka....sebagai motivasi untuk kuat bertenaga hingga ke petang.
Ikan Goreng Berlada
1 kg ikan - bersihkan, lumur garam dan serbuk kunyit - goreng
1 biji bawang besar - hiris
7 sb air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Bahan tumbuk kasar
7 biji cili masak (boleh tambah cili padi)
7 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
Tumis bahan tumbuk hingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan air asam. Gaul rata. Masukkan ikan. Kacau sebati. Akhir sekali perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masukkan bawang hiris. Masak hingga bawang sedikit layu.
Tomyam udang
3 batang serai dititik
3 mangkuk air
Garam dan gula secukup rasa
Sayuran pilihan - bunga kobis/cendawan/karot/tomato dll
3 sb pes tomyam thai
5 helai daun limau purut
3 biji bawang besar - potong bulat
Hirisan daun ketumbar
20 ekor udang (boleh juga masukkan lain2 alanan laut/fish ball dll ikut citarasa)
Satukan pes, daun limau, serai, bawang (serta sayuran seperti karot dan bunga kobis) dan air dalam periuk. Masak hingga mendidih. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masukkan udang dan cendawan. Masakkan selama 3 minit dan tutup api. Taburkan hirisan daun ketumbar dan hidangkan.
Moreh 1 : Bubur candil aka biji nangka
Pembuka tirai moreh 1 ramadhan 2017. Bubur candil atau biji nangka. Menu simple2 ajer. Hari ni hari pertama puasa rasa penat sangat.
Separuh hari keluar mencari keperluan dapur. Walaupun tak habis membeli sebab dah tak larat....dan kesian kat anak2 yang ikut ke kedai......sampaikan sikecil terlelap dalam troli.
Bubur Candil aka butir nangka
http://zulfadreamland.blogspot.my
Bahan2nya
Bahan A
1/2 paket tepung pulut
air secukupnya
Sedikit garam
pewarna pilihan jika mahu
Bahan B
5 cawan santan
1/4 cawan sagu
gula melaka secukup rasa
daun pandan disimpul
sedikit garam
Bancuh tepung + garam dengan air yg dimasukkan sedikit demi sedikit hingga menjadi doh.
Panaskan air di dalam periuk. Ambil sedikit doh dah bentukkan ikut citarasa.
masukkan ke dalam air mendidih dan masak hingga doh timbul.
angkat doh dengan penapis dan madukkan ke dalam periuk lain yg akan digunakan untuk memasak bubur.
Masukkan santan, sagu, daun pandan, gula melaka dan garam secukup rasa. Masak hingga sagu jernih....
Friday, May 26, 2017
Roti Sarang Lebah
Hasil semalam. Sambil bakar dua biji kek mentega alunan kasih dan marble.....sambil tumis rempah kari.....sambil BM adun roti. Memang tak menang tangan semalam dan subuh tadi. Hasilnya selain 2 biji roti sarang lebah ni kari ikan, sambal jawa, pucuk ubi dan terung rebus, serta 2 bijik kek siap.
Seketul roti saya bekalkan untuk anak sulung yg ada jamuan kat sekolah. Satu lagi untuk sarapan dan bekal anak2 yang lain. Roti ni walaupun kekurangan bahan serta menggunakan hanya tepung gandum sebab stok tepung roti dah kehabisan, hasilnya tetap lembut gebu. Alhamdulillah.
Roti Sarang Lebah
Zulfaza Loves Cooking
Bahan-bahan
500 gm tepung roti atau tepung gandum (saya guna tepung gandum)
290 ml air ais
2 sb susu pekat
50 gm gula
5 gm garam
30 gm susu tepung
50 gm mentega
10 gm yis
Bahan sapuan sebelum bakar - telur + susu segar
Kekacang pilihan
Cara-cara
1. Masukkan gula dan yis ke dalam susu suam. Biarkan 10 minit. Selepas 10 minit akan berbuih2.
2. Campurkan tepung, garam, gula dan susu tepung. Buat kolam tengah2.
3. Curahkan semua campuran susu pekat, yis dan air ke tengah2 kolam tepung.
4. Boleh terus uli sampai sebati.
5. Masukkan butter, uli lagi sehingga elastik dan doh kelihatan licin dan tidak melekat ditangan.
Boleh juga guna breadmaker atau mixer untuk penyediaan doh.
6. Perap 1 jam. Slps 1 jam, tumbuk2 doh, bahagikan 16 biji, susun dlm loyang 8" x 8".
7. Perap lagi 1 jam. Sapukan dengan susu + telur untuk melekatkan kekacang. Boleh la dibakar.
8. Selepas dibakar, keluarkan dari loyang dan siram dengan sos karamel.
Resepi sos karamel ZLC
1 cawan gula perang
1 cawan whip cream
2 sb mentega
masak gula perang hingga cair dan perang gelap (mcm nak buat kek gula hangus tu)
Perlahankan api dan tuangkan cream sedikit2. Hati2 sebab gula akan meletup2.
Kacau hingga gula larut. Kacau sebati dan masak hingga agak pekat. Tutup api dan masukkan memtega. Kacau hingga mentega cair.
Kek alunan kasih
Salah satu menu majlis tahlil di Office. Kek ni ditempah oleh kawan pejabat.....minta potongkan siap2. Jadi boleh lah possing maut sikit. Kalau tidak takde la posting kek alunan kasih kali ni.
Kek alunan kasih @ ZLC
Bahan-bahan
300 gm mentega
6 biji telur gred A
3 cwn tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder)
3 sudu kecil baking powder
1 3/4 cwn gula halus
150 ml susu segar/cair
1 sb esen vanilla (bole guna perasa lain juga)
*Serbuk koko (secukupnya)
*Pewarna ( ikut citarasa masing2)
Cara-cara
Pukul mentega dan gula smpai kembang
Masukan telur satu persatu..pukul lg smpai kembang
Masukan *esen vanilla, susu cair…gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit
Bahagikan tiga bahagian..campurkan pewarna merah jambu, kuning dan biru.
Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukan adunan kuning..ratakan dlm loyang dan ayak *serbuk koko menutupi lapisan pertama…ayak nipis2 *sediakan tapis teh yg halus..utk ayak serbuk koko.
Masukan lapisan kedua..warna pink..ratakan perlahan2.. (jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)…ayak serbuk koko di atas lapisan kedua
Masukan lapisan ketiga..warna biru..ratakan perlahan2.
Bakar lebih kurang 45min..170 Degree atau ikut oven masing2…
Thursday, May 25, 2017
ROTI GOLOK VIRAL
Viral punya pasal....akak pun terjebak. Roti ni sebenarna roti biasa jer....yg dipital sedemikian rupa....pastu dbako...dah sejuk sapu mentega banyak2....pastu tabur gula....pastu ngap.
Anak2 suka sangat lah sebab ada gula dan mentega tu.... Nanti bolehla mmintal lagi.
Roti golok viral
(Roti mentega gula)
Bahan A:
1 cawan air suam
2 sb susu pekat
4 sudu besar gula
1 sudu besar yis
3 1/2 cawan tepung roti atau tepung gandum
2 sb mentega
1 sk garam
1 biji telur
Cara membuat.
Satukan semua bahan. Uli sampai elastik dan tidak melekat di tangan. Kalau dah cukup elastik rehatkan doh selama 1/2 jam -40 minit.
Timbang doh 20 gm setiap satu sebanyak 3 utk sebiji roti.. buat memanjang dan pintal2 (ikut citarasa masing2).
Susun dlm loyang.. jarak2 kan. Rehatkan lagi selama 1/2 jam atau sampai naik dua kali ganda sementara tu panaskan oven. Bolehlah dibakar pada suhu 180C atau mengikut suhu oven masing2 api atas bawah sampai masak.
Tunggu roti sejuk baru sapu butter...last tabur gula kastor @ gula halus
Wednesday, May 24, 2017
Bubur Kacang Durian
Bubur kacang isi durian, sekali makan setengah periuk.....darsat tau penangan bubur kacang durian ni. Ada pulak roti pound....atau pulut tanak....memang elok sangat lawannya petang2 cuaca mendung ni.
Bubur kacang durian
Bahan2nya
1 cawan kacang hijau - rendam beberapa jam kalau nak memendekkan masa merebus (air kena tukar dua tiga kali supaya tak masam)
3 cawan air
5 ulas durian (lebih pun boleh)
1/4 cawan sagu - basuh dan tos (optional)
1 keping gula melaka
3 cawan santan pekat
Garam dan gula secukup rasa
--------
Rebus kacang sampai empuk. Masukkan gula melaka, garam dan sagu. Masak hingga gula hancur. Tambah santan dan perisakan dengan gula secukup rasa.
Masak hingga santan mendidih dan sagu jernih. Kacau selalu untuk mengelakkan santan pecah minyak dan bubur membuak..
Tuesday, May 23, 2017
Roti Sosej
Projek malam tadi. Menu sarapan dan bekal anak2. Lama dah tak buat roti sosej ni....setahun lebih rasanya tak buat.
Resepi roti sosej @ ZLC
http://zulfadreamland.blogspot.my
Bahan2nya
500 gm tpg roti
10 gm yis
5 gm improver
50 gm butter/margerin/minyak zaiton
300 ml air ais + 3 sb susu pekat.
40 gm gula
8 gm garam
Sosej secukupnya (celur dan tos)
Bijan untuk hiasan
Cara2nya
Satukan bahan dan uli hingga doh licin. Perap doh selama sejam. (kadang saya tak perap pun doh ni....lepas siap uli terus bahagi dan masukkan dalam loyang) Tumbuk doh. Bahagikan adunan. Dah siap bentuk, masukkan dalam paper cup. Letak sosej.
Biarkan naik tiga/empat kali ganda atau proof 60 minit atau 90 minit (ikut suhu masa tu....kalau cuaca sejuk, masa proof lebih lama). Paipkan mayonis dan sos.
15 minit sebelum tempoh proof tamat, panaskan oven suhu 170 C. Dah siap proof boleh la bakar selama 20 minit atau hingga keperangan. Dah siap bakar. Keluarkan dari loyang dan sejukkan atas rak dawai. Kemudian bila dah sejuk boleh la simpan dalam bekas.
Subscribe to:
Posts (Atom)