ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Thursday, March 21, 2019
Mee Hailam
What's for dinner mom.......mee hailam ajer.....sofiya request mee rebus tapi mana nak sempat buat mee rebus sbb tak plan awal....bahan pun tak berapa nak cukup....jadi ummi masakkan mee hailam....
Kalau ikut, mee ni ala kadar jer masaknya...bahan2 hiasan sume takde dan tak sempat nak hias, anak dah lapar, dan maghrib pun dah nak masuk....kena hidang dan makan cepat2....kusyuk jer tengok diorg makan...kira sedap ler tu...hhehehhe...
La ni anak2 tak berapa nak makan nasi.......kalau lapar pun mencari altenatif selain nasi....kesian kat ayahnya....org jawa yang suka kat nasi kena beralah ngan selera anak2. 😜😜😜
MEE HAILAM
200 gm daging (topside) – hiris nipis dan cuci bersih (boleh guna perencah lain seperti ayam, udang, sotong - ikut citarasa) (jumlah ikut citarasa - suka lebih perencah boleh masukkan sahaja)
1 labu bawang besar – di cincang halus
6 ulas bawang putih – di cincang halus
6 sb cili kering kisar
10 sb kicap
6 sb sos cili
4 sb sos tomato
2 sb tepung jagung – dibancuh dengan air untuk memekatkan kuah
air – kalau daging direbus dahulu gunakan air rebusan daging
Garam secukup rasa
400gm Mee kuning
Minyak untuk menumis
Sayuran pilihan
bunga kobis
sawi
lobak – dihiris
Tauge
Lengkapkan hidangan jika suka
Daun sup dan daun bawang
Bawang goreng
Cili jeruk
Limau nipis/kasturi
Cara2nya
Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. masukkan cili kering dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan daging dan gaul rata. Masak hingga daging berubah warna dan air daging keluar. Tambah air jika perlu dan masak hingga daging empuk.
Masukkan sos dan kicap. Biar mendidih seketika. Masukkan air tepung jagung. Biar kuah memekat.
Masukkan mee dan sayuran. gaul rata. Masak hingga sayuran empuk. Tutup api dan pimdahkan ke dalam mangkuk hidangan. Hiasas dengan daun sup, daun bawang dll jika suka. (boleh taburkan sedikit serbuk lada putih jika suka)
Tuesday, March 19, 2019
Asam Pedas Kentang
Asam pedas kentang....fav ai....menu mudah yang senang dimasak sedap dimakan.....lawan ngan telur dadar dan nasi panas yang lembik2 skit sedap ya amat....
#asampedas
#asampedaskentang
Asam Pedas Kentang
@ zulfaza love cooking
5 biji kentang hiris setebal 1 cm
15 biji cili kering direbus/rendam air panas hingga lembut - kisar (ikut citarasa nak pedas atau tidak)
*Segenggam ikan bilis
*6 biji bawang merah
*5 ulas bawang putih
5 sb air asam jawa pekat
garam dan gula secukup rasa
air secukupnya
minyak untuk menumis
Daun kesum - optional
Cara2nya.
Kisar *. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan cili, tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan kentang. Kacau rata dan tumiskan sebentar. Kemudian masukkan air. Masak hingga kentang empuk. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masukkan asam jawa dan biarkan mendidih seketika dan terus tutup api. (Air asam jawa dimasukkan akhir sekali supaya masamnya tak menyerap ke kentang. Jika suka ikan bilis ditumbuk kasar, jangan kisar sekali dengan bawang)

Sunday, March 17, 2019
Padprik Seafood
Hari ni ummi masak awal untuk lunch....pagi tadi ayah dah buatkan lempeng untuk anak2 sebelum pegi kelas memanah.....
Pegi kedai jap beli udang dan sotong, sayur sikit...buat la paprik seafood ni.....memasing tak sabar2 nak makan.....tapi nasi pulak baru nak tanak.....sabar ye anak2.....20 minit lagi kita makan.....
Resepi kat bawah
Padprik seafood
400gm udang - bersihkan
400gm sotong - potong dan bersihkan
6 helai daun limau purut - hiris
3 batang serai - ketuk
3 inci halia - hiris
4 biji bawang besar - hiris
6 ulas bawang putih - hiris
5 sb cili kering kisar
5 sb sos cili
5 sb sos tiram
1 sb sos ikan thai
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Sayuran pilihan - potong ikut suka
Cili padi
Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan serai hingga naik bau. Masukkan cili, tumis hingga pecah minyak.
Masukkan sos2. Tumis sebati. Masukkan udang dan sotong, serta sayuran seperti kacang panjang, lobak merah dan kobis, serta daun limau purut. Tumis hingga sotong dan udang masak. Masukkan hirisan cili padi jika suka. Perisakan dengan garam secukup rasa. Kacau dan tutup api. Sedia dihidangkan dengan nasi panas.
**masak udang dan sotong jangan terlalu lama sbbnanti sotong dan udang jadi keras dan kurang sedap.
#padprik
#padprikseafood

Rendang Tok Traditional Perak
Alhamdulilah sempat juga siapkan tempahan 3 kg rendang tok dan 2 biji kek oren pagi ni.....rendang tu plannya nak masak malam tapi terpaksa masak pagi sbb daging yang dibeli dipotong terlalu nipis.....memandangkan rendang ni dimasak paling kurang 3 - 4 jam kalau terlalu nipis potongan dagingnya akan hancur....lagipun saya guna daging topside....
Hubby offer pegi merket seawal jam 4 pagi....jadi sempat la saya masak sebelum custeme datang pick up jam 10 pagi.... Fuhhhhh.....lega.... Kek pun sepatutnya bake sambil buat rendang malam tadi tapi postponed ke subuh sbb dah stress kejap daging potong tak ikut spec..
Untuk tempahan sekilo saya jual RM75, tapi cukup 3 kg baru saya start merendang......kalau sekit sangat nak spen 3 -4 jam tak berbaloi.
Rendang Tok (Perak)
Bahan
1 kg daging lembu (batang
pinang/ros/harimau menangis)
Rempah kisar
50g jintan putih
50g ketumbar
40g jintan manis
*Sangai dan kisar halus*
Bahan kisar
150g bawang merah
100g lengkuas
30g halia
30g kunyit hidup
40g bawang putih
40g cili kering (buang biji dan rebus/rendam hingga lembut) -. Boleh tambah ikut citarasa, boleh juga gunakan cili padi jika ingin lebih pedas
3 batang serai
*Kisar hingga halus*
100ml minyak masak
5cm kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
10 kuntum bunga cengkih
5 pelaga
1 liter santan pekat
Garam dan gula kabung/melaka/nisan secukup rasa
250g kerisik
200g isi kelapa dihiris
2 helai daun kunyit - koyak2kan ajer
(Saya letak sedikit kicap manis untuk gelapkan sedikit warna masakan - optional)
Air secukupnya
Cara2nya
Panaskan minyak. Tumis kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih hingga naik bau.
Masukkan rempah yg dikisar. Tumis lagi hingga naik bau. Kemudia masukkan bahan kisar lain, bawang dll.
Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan daging yang telah dipotong kiub besar (dalam dua tiga inci tebal). Kacau sebati. Biarkan hingga air daging keluar. Masukkan pula santan. Masak hingga daging empuk.
Tambah air jika perlu.
Perisakan dengan garam dan gula kabung/nisan secukup rasa. (Saya letak sedikit kicap manis). Tambahkan kerisik dan daun kunyit.Kacau selalu supaya rendang tak hangit terutamanya bila rendang mula memekat.
Masak hingga rendang pecah minyak....
(Tempoh masakan biasanya 3 - 4 jam)
Friday, March 15, 2019
Home cooked grill beef
Home cooked grill beef
Memu simple dihujung minggu....mood malas nak masak nasi....
Grill beef
Daging topside/steak
Fresh Dill - cincang
Fresh oregano - cincang
Fresh thyme - cincang
Bawang putih - cincang/kisar (optional)
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam secukup rasa
Sos hoisin
Gaul rata. Biarkan sejam. Grill hingga masak. Jgn terlalu lama nanti daging keras.......lebih kurang 7-10 minit bergantung kepada ketebalan daging.
Dah masak saya hiriskan, hidang dengan salad segar dan sayuran celur.
Kek Pandan Gula Melaka
Kek pandan gula melaka
Sesekali layan permintaan anak tekak sendiri.....
Kek pandan.gula melaka @ ZLC
Bahan-bahan
250 gm mentega
5 biji telur gred A
2 ½ cwn tepung gandum ayak sekali dgn 3 sudu kecil baking powder
1 1/2 cwn gula halus
1/2 cawan segar/cair kisar dengan 8 helai daun pandan - perahkan
1 sudu kecil esen vanilla (bole guna perasa lain juga)
*sedikit pewarna hijau jika suka
Cara-cara
Pukul mentega dan gula smpai kembang
Masukan telur satu persatu..pukul lg smpai kembang
Masukan *esen vanilla, susu....…gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit dan adun sebati.
Griskan loyang dan tabur sikit tepung dan ratakan. Tuang adunan ratakan dlm loyang saiz 9 atau 10 inci.
Bakar lebih kurang 45min di dalam oven yang telah dipanaskan 15 minit lebih awal pada 170 Degree atau ikut oven masing2. Sejukkan sepenuhnya sebelum dihias dengan krim dan air gula melaka.
Untuk krim (gandakan kalau nak salut penuh kek)
50 gm cream cheese
25 gm melaka (parut atau hiris hancur)
1 cawan non dairy whipping cream
Putar cream cheese dengan parutan gula melaka hingga gebu. Masukkan whipping cream dan putar hingga kental. Masukkan dalam piping bag yang telah letakkan nozel pilihan. Hias kek ikut citarasa.
Air gula melaka
Masak gula melaka dengan daun pandan hingga gula cair sepenuhnya. Renihkan hingga gula agak pekat dan tuangkan ke atas krim.
Bubur candil labu kuning
Terlebih rajin semalam.....teringinnya dah lama.
Bubur candil labu kuning
Labu - kukus hingga empuk - lenyek
Tepung pulut
Sedikit pewarna hijau atau air pandan
Santan pekat
Daun pandan
Gula dan garam secukup rasa.
Untuk tangkai labu
Tepung pulut (dalam 2 sudu besar) + sedikit pewarna hijau dan air - satukan dan uli hingga jadi doh.
Untuk buah labu
Labu lenyek + tepung pulut secukupnya - satukan dan uli hingga jadi doh.
Ambil doh labu. Bulatkan sebesar guli. Ambil lidi dan tekan kat doh tu bentukkan macam labu. Lubangkan skit kat atasnya. Ambil sedikit doh hijau. Cucukkan kat lubang tu....
Buat sampai habis. Susun buah atas talam yg di gris dengan sedikit minyak.
Dalam periuk masukkan santan, daun pandan, gula dan garam secukup rasa, panaskan. Sementara itu, dalam periuk lain, panaskan air dan rebus candil labu hingga terapung. Toskan dan terus masukkan dalam kuah santan. Masak hingga santan mendidih. Siap.
SUP MERAH GEARBOX KAMBING
Sup merah gearbox kambing siap untuk lunch harini.....guna FP sebab tak larah nak renih berjam-jam. Lama sangat tak layan sup ni. Anak2 suka sangat...kalau masak berebut2 nak sedut sumsum tulang tu.....iman tadi dah ready nak makan yg dlm mangkuk ni....tak sabar nak tunggu tengahari katanya.
Berhasrat nak cuba....resepi kat bawah ni tau:-
SUP MERAH GEARBOX KAMBING @ ZLC
Bahan2nya:-
2 kg gearbox kambing
1 cawan tepung gandum
100 gm halia (diketuk) -(4 inci halia)
3 liter air (12 cawan air)
Kisar bersama:
85 gm cili kering (di gunting dan rebus hingga kembang dan toskan) - (20 biji @ ikut selera)
80 gm bawang putih (1 labu)
250 gm bawang merah (2 biji bawang besar @ 15 ulas bawang merah)
80 gm halia (3 inci)
Bahan tumisan:
5 batang serai - dititik
200 gm bawang besar- hiris nipis
4 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga lawang
10 biji buah pelaga
15 biji cengkih
200 gm minyak sapi (1 senduk)
Bahan2 lain:-
garam secukup rasa
Gula melaka (1/2 keping @ 1/2 ketul)
100 ml sunquick base (orange) (1/3 cawan )
100 ml sos tomato (1/3 cawan)
100 ml sos cili (1/3 cawan)
425 gm tomato puri
1 tin (400 gm) susu cair
4 biji (anggaran 450 gm) tomato (dibelah 4)
150 gm kismis kuning
1 pokok daun bawang (hiris kasar)
2 batang daun saderi (daun sahaja - hiris kasar)
1 pokok daun sup (daun sahaja - hiris kasar) (boleh gantikan dengan 2 pokok daun ketumbar)
Caranya:-
Cuci ketulan daging kambing dan toskan. Masukkan ke dalam bekas bersama tepung gandum.
Gaul rata dan perap 30 minit. Sesudah itu cuci bersih dan toskan airnya.
Masukkan ketulan daging kambing tadi ke dalam periuk bersama halia ketuk dan air.
Rebus hingga airnya tinggal 1/4 dari asal.
Ambil air rebusannya. Simpan kedua2 bahan ini dalam peti sejuk sehingga digunakan
Sementara itu panaskan minyak sapi dan masukkan kulit kayu manis
Kemudian masukkan bunga lawang, buah pelaga dan cengkih. Kacau sebentar.
Masukkan hirisan bawang besar.
Kacau hingga bawang menjadi ringan.
Masukkan serai yang telah dititik dan kacau hingga bawang menjadi kuning.
Kemudian masukkan bahan kisar dan garam.
Tumis bahan2 ini hingga garing dan selalu di kacau.
Kecilkan api dan masukkan puri tomato, sos cili, sos tomato dan kismis. Kacau rata.
Masukkan susu cair dan kacau lagi.
Masukkan air rebusan kambing tadi dan kacau kemudian masukkan sunquick. Kacau hingga sebati.
Masukkan gula melaka, gula pasir dan serbuk perasa. Didihkan sebentar di atas api sederhana.
Kemudian masukkan daun pudina dan kacau.
Masukkan ketulan daging kambing yang telah direbus tadi dan ratakan.
Didihkan hingga pekat (selalu di kacau) dan rasa masam manisnya.
Kemudian masukkan hirisan daun sup, daun bawang dan daun saderi bersama tomato. Kacau rata.
Didihkan sebentar dan kemudian padamkan api.
Sendukkan ke dalam mangkuk dan hidangkan.
Taburkan hirisan daun pudina jika suka. Hidangkan dengan nasi beriani, nasi minyak, nasi putih atau roti.

Kuih peria
Kuih traditional kita malam ni....kuih peria.....dalamnya inti kacang lebihan inti kuih angku....siap sarapan esok pagi...
Selain inti kacang, kuih ini boleh juga diletakkan inti kelapa....terpulang citarasa....tapi lebih authentic kalau letak inti kacang.
Kuih peria @ ZLC
300 gm tepung pulut + 1/2 cawan tepung gandum
250 ml/1 cawan santan pandan pekat (kalau guna kelapa parut - boleh kisar kelapa parut dan beberapa helai daun pandan untuk mendapatkan aroma kuih yg lebih harum dan pewarna alami)
Air secukupnya
Sedikit pewarna hijau
Sedikit garam
Bahan lain
Minyak masak
Inti kelapa atau kacang hijau
Daun pisang
Masukkan tepung ke dalam mangkuk. Masukkan garam ke dalam santan dan kacau rata. Tuangkan santan pandan dan air ke dalam mangkuk tepung sedikit demi sedikit sambil uli hingga menjadi doh lembut.
Resepi inti kacang hijau
1 cawan kacang hijau (rendam 3 jam atau lebih - sesekali ganti air - kalau rendam kacang ni cepat empuk...jimat gas)
1 keping gula nise
1 cawan santan pekat
1 sb mentega
Gula putih secukup rasa dan sedikit garam
Air utk merebus
Rebus kacang hingga empuk. Air jgn banyak sangat dalam 3 cawan. Sesekali kacau. Masukkan santan, gula dan garam. Kacau dan pastikan gula hancur dan inti pekat dan agak kering. Sejukkan dan sedia digunakan. Kalau buat banyak boleh simpan dalam freezer.
Daun pisang secukupnya. Dan minyak untuk disapu pada daun pisang supaya kuih tak melekat.
Ambil doh sebesar bola golf, leperkan dan isi inti yang dikepal tadi.
Tutup doh dan bentukkan membujur.
Masukkan ke dalam plastik untuk mendapatkan corak peria dan simpul dikedua2 hujung. atau nak mudah gunakan lidi dan tekan2 atas doh yang dah dibujurkan.
Alas doh yg telah dibentuk dengan daun pisang yang telah di sapu dengan minyak masak. Susun di dalam pengukus. Kukus selama lebih kurang 7 minit. kalau kukus terlalu lama kuih akan meleper dan lembik.

Kuih lesung batu/cercemik/lempeng lekuk
Kuih lesung batu/cercemik/lempeng lekuk.....macam2 nama diberi pada kuih traditional yang hampir pupus ni......mungkin tak ramai yang mengenali mahupun menikmatinya....jom buat....jgn sampai ditelan zaman.....
KUIH LESUNG BATU
Bahan-Bahannya:
1 cawan tepung pulut
3/4 cawan air daun pandan bercampur sedikit garam
1 cawan santan pekat
secubit garam
gula pasir secukupnya
Daun pisang
Loyang
Cara-caranya:
Didihkan air untuk mengukus.Sementara itu lapikkan loyang dengan daun pisang. Kalau tak ada daun pisang oleskan minyak pada loyang tu jer.
Masukkan air pandan bercampur garam sedikit demi sedikit ke dalam tepung pulut sambil diuli hingga adunan tidak lekat di tangan dan besen menjadi bersih.
Gentelkan bulat-bulat sebesar buah melaka, ditekan tengahnya supaya membentuk lekuk.
Susun di atas daun pisang di dalam loyang atau dioles dengan sedikit minyak.
Ulang langkah di atas hingga habis. Masukkan gula ke dalam lubang kuih secukupnya.
Masukkan secubit garam ke dalam santan pekat. Kacau hingga garam larut. Tuangkan secara berhati-hati ke dalam loyang.
Pastikan santan tidak termasuk ke dalam lubang berisi gula pasir tu.
Masukkan ke dalam pengukus. Kukus selama 20 minit. (Bila masak, gula pasir akan cair. Jadi kuih ini adalah gabungan rasa manis, lemak dan masin)
Hidangkan.
Kuih kura- kura aka kuih angku/angkoo
Kuih kura-kura aka kueh angkoo.....adunan purple terhasil dari kombinasi tepung pulut+santan+keledek ungu serta sedikit garam.....intinya pula kacang hijau yg dimasak dengan gula, santan pekat dan mentega dimasak hingga jadi pes...kuih nyonya yang sedap ya amat...
Kuih ni saya jadikan buah tangan untuk yasinan di rumah jiran. Selain menggunakan keledek ungu, labu dan keledek oren boleh juga digunakan untuk menghasilkan kuih yang berwarna oren.
Acuan angku ni boleh didapati di bakeri....saya beli dah lebih 5 tahun yang lalu....asyik terencat nak buat....akhirnya terhasil jua petang ahad lepas.
Kuih kura- kura aka kuih angku
Keledek - kukus atau rebus hingga empuk - lenyek
Tepung pulut
Santan pekat
Sedikit garam
Keledek lenyek + tepung pulut secukupnya + garam. Tuang santan sedikit demi dan uli hingga jadi doh.
Resepi inti kacang hijau
1 cawan kacang hijau (rendam 3 jam atau lebih - sesekali ganti air - kalau rendam kacang ni cepat empuk...jimat gas) - ikutkan kulit kacang tu dibuang untuk dapat inti yang warna cerah tapi saya malas nak buang kulitnya jadi inti saya gelap la sikit.
1 cawan santan pekat
1 sb mentega
Gula putih secukup rasa dan sedikit garam
Air utk merebus
Rebus kacang hingga empuk. Air jgn banyak sangat dalam 3 cawan. Sesekali kacau. Masukkan santan, gula dan garam. Kacau dan pastikan gula hancur dan inti pekat dan agak kering. Masukkan mentega dan kacau rata. Sejukkan dan sedia digunakan. Kalau buat banyak boleh simpan dalam freezer.
Daun pisang secukupnya
Minyak untuk disapu pada daun pisang supaya kuih tak melekat.
Ambil doh, leperkan dan isi inti yang dikepal tadi.
Tutup doh dan bentukkan bulat.
Masukkan acuan dan padat2kan untuk mendapatkan corak kura2.
Alas doh yg telah dibentuk dengan daun pisang yang telah di sapu dengan minyak masak. Susun di dalam pengukus. Kukus selama lebih kurang 7 minit. Kalau kukus terlalu lama kuih akan lembik dan meleper.
Bubur candil keledek ungu
Bubur candil keledek ungu.....anak2 suka bubur candil jadi lebihan doh angku tadi saya buatkan sedikit bubur candil berbentuk buah manggis.
Bubur candil keledek ungu
Keledek ungu - kukus atau rebus hingga empuk - lenyek
Tepung pulut
Sedikit pewarna hijau atau air pandan
Santan pekat
Daun pandan
Gula dan garam secukup rasa.
Untuk tangkai dan tampuk
Tepung pulut (dalam 2 sudu besar) + sedikit pewarna hijau dan air - satukan dan uli hingga jadi doh.
Untuk buah manggis
Keledek ungu lenyek + tepung pulut secukupnya - satukan dan uli hingga jadi doh.
Ambil doh manggis. Bulatkan sebesar guli. Ambil doh hijau dan bentukkan tampuknya. Lubangkan skit kat tengah2 tampuknya. Ambil lagi sedikit doh hijau. Cucukkan kat lubang tu....
Buat sampai habis. Susun buah atas talam yg di gris dengan sedikit minyak.
Dalam periuk masukkan santan, daun pandan, gula dan garam secukup rasa, panaskan. Sementara itu, dalam periuk lain, panaskan air dan rebus candil hingga terapung. Toskan dan terus masukkan dalam kuah santan. Masak hingga santan mendidih. Siap.
Subscribe to:
Posts (Atom)