Thursday, July 30, 2015

Cream puff

Dua resepi creampuff yg sangat saya suka kerana memberi hasil yang marveles....

Creampuff - minyak

Bahan untuk choux pastry

250 ml air (1 cawan)
125 ml minyak (1/2 cawan)
250 ml telur (1 cawan)
150 gm tepung (1 1/8 cawan)
1/2 sk garam
3 sk gula

Masak gula, garam, air dan minyak hingga mendidih. Masukkan tepung dan kacau cepat2 hingga tepung sehingga ia kurang melekat pada dinding periuk dan konsistensi kental.

Masukkan telur satu persatu sambil diadun sebati. Masukkan adunan ke dalam piping bag menggunakan nozel bintang atau bulat. Paipkan ke atas loyang dengan jarak 1 inci setiap satu.

Panaskan oven 200°C. Bakar selama 35 -40  minit atau 250 °C selama 12-14 minit dan turunkan suhu kepada 150°C dan bakar lagi selama 20 minit.

Biarkan sejuk dan potong dua tapi jgn sampai putus. Dan paipkan inti kastard.



Cream puff - mentega

Bahan2nya

Bahan A
1 cawan Air
100 gm mentega
1/2 sk gula
1 st esen vanila

Bahan B
Secubit garam
125 gm tepung gandum
3 biji telur

----

Masak bahan A hingga mendidih.
kecilkan api dan masukkan tepung dan kacau hingga tak melekat di periuk. sejukkan 10 - 15 minit.

pecahkan telur satu persatu dan kacau sebati .....saya guna hand mixer.
masukkan adunan ke dalam piping bag guna nozel utk kuih samprit dahlia pun boleh.

paipkan ke atas baking tray. bakar pada suhu 180°c selama lebih kurang 25 minit atau hingga keperangan.

kuarkan dari oven dan lubangkan sedikit cream puff
untuk kuarkan wap panas supaya mengelakkan cream puff mengecut/meleper bila dah sejuk

Kastard filling 1

2 cawan susu - boleh campur dgn air - 50 - 50 kalau tak mahu lemak sgt
1 biji telur
25 gm tepung kastard
25 gm tepung jagung
100 gm gula castor - secukup rasa
1/2 cwn teh esen vanila.

Sedikit garam
1 sb mentega

masak semua kecuali mentega di atas api sehingga likat dan berkilat. sentiasa kacau supaya tak hangit. kalau terlalu likat boleh tambah susu atau air. masukkan mentega. sejukkan sebelum masukkan ke dalam piping bag. - kastard ni kalau kurang air nanti bila sejuk keras sangat sampai jadi puding plak.

Paipkan kastard ke dalam cream puff yang dah sejuk atau suam2 kuku melalui lubang yang di buat tadi...
Dah siap....nak hias dengan gula ising pun boleh...

Filling kastard 2

4 cawan / 1 liter susu
3 st esen vanilla
1 1/4 cawan (250 gm gula)
1 biji telur + 5 kuning telur
1 1/8 cawan / 150 gm tepung jagung
125 gm mentega

Bahan lain

1 cawan whipping cream + gula ising
Gula ising untuk hiasan

Satukan telur, 100 ml susu dan tepung jagung. Gaul rata. Panaskan baki susu dan esem vanila serta gula hingga mendidih. Tutup api dan masukkan adunan telur dan kacau rata. Nyalakan api perlahan dan kacau sehingga adunan likat dan berkilat. Tutup api dan tutup periuk dan biarkan adunan sejuk.
Tambah mentega dan kacau menggunakan pemutar elektrik (mixer) hingga sebati.

Pukul whipping cream + gula ising hingga kembang dan bertanduk.

Paipkan krim kastard ke dalam creampuff dan kemudian paipkan whipping cream. Taburkan gula ising di atas creampuff sebagai hiasan.


Homemade Salted Caramel Sauce

Saya guna salted caramel yg sedap ni utk roti sarang lebah dan hiasan brownies....makan macam gitu pun sodap...rasa macam gula2 tu. Resepi saya dapat dari SALLY’S BAKING ADDICTION.

Homemade Salted Caramel Sauce

Bahan2:

1 cawan (200g) gula halus
6 sb (90g) mentega, potong jadi 6 ketul
*1/2 cawan (120ml) heavy cream
*1 sk garam

Cara2nya:

Cairkan  gula di dalam pan atau kuali menggunakan api sederhana. Kacau senriasa menggunakan senduk kayu atau yg tahan panas.

Gula akan berketul dan mencair dan berubah warna keperangan. Jangan sampai hangus.  

Bila gula dah cair sepenuhnys, terus masukkan mentega. Hati2 sbb masa ni karamel tu meletop2 gitu. Kacau sentiasa lepas masuk mentega lebih kurang 2-3 minit sampai mentega cair sepenuhnya juga..

Pastu perlahan2 tuang 1/2 cawan cream sambil kacau.  Biarkan mendidih 1 minit gitu. Karamel ni akan berbuih2 dlm kuali tu masa ni.

Angkat dari api dan masukkan 1 st garam dan kacau rata. Sejukkan sebelum guna. Simpan dalam bekas kedap udara dan karamel boleh tahan 2 minggu kalau simpan dlm fridge. Bila nak guna kena panaskan sekejap.

Nota tambahan.

Boleh guna menyega tanpa garam dan guna resepi sama.

Heavy cream boleh ganti d3ngan whipping cream atau double cream.

Chewy gooey brownies with salted caramel

Sedap korang...jom cuba.

Chewy gooey brownies with salted caramel

Bahan2nya

250 gm butter ~ potong kecil
400 gm coklat masakan ~ potong kecil
Mula-mula kita perlu cairkan dahulu butter dan coklat masakan.

Bahan-bahan ini perlu di cairkan menggunakan kaedah double boiler.
Atau boleh juga dicairkan dalam microwave anggaran masa 30 saat, kemudian keluarkan dan kacau hingga adunan cair dan licin.

Biarkan ia sejuk sebentar

@@@@@@@

90 gm tepung 
50 gm serbuk koko
100 gm kekacang ( kali ni tak sempat nak cari...saya ganti dengan semi sweet choc chip)

Ayak tepung bersama serbuk koko.
Kacang di panggang dahulu. Kalau masukkan dalam oven bakar pada suhu 170 selama 15~20 minit

Kemudian campurkan kekacang dalam adunan tepung dan koko yang telah di ayak.
* kekacang terpulang pada citarasa nak letak boleh tak letak pun boleh.

@@@@@@@

5 biji telur ~ saiz A
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar coklat emulco
290 gm gula perang

Panaskan oven pada suhu 160 C.
Sediakan loyang bersaiz 9X12 inc. 
Sapukan loyang dengan sedikit butter.
Alas dasar loyang dengan kertas minyak.
Dalam bekas, pukul telur, esen vanilla, coklat emulco dan gula perang dengan menggunakan whisk hingga gula larut.
Kemudian tuangkan adunan coklat dan butter ke dalam adunan telur tadi.
Kacau rata.
Dengan kadar segera tuangkan adunan tepung ke dalam adunan.
Kacau adunan dengan spatula menggunakan kaedah kaup balik dengan cepat.
* proses ini hendaklah dilakukan dengan cepat kerana adunan coklat yang bercampur dengan adunan telur cepat likat dan akan menyukarkan proses untuk meratakan tepung.
* Jangan terlebih pukul adunan, cukup sekadar ia rata dan bersatu.
Tuangkan adunan ke dalam loyang.
Ratakan.

Bakar adunan pada suhu 160C selama 45 minit atau sehingga adunan masak dengan sempurna.
Setelah masak keluarkan dari oven. Rehatkan atau biarkan ia sejuk anggaran 10 minit.

Potonglah brownies kepada kepingan.
* Permukaan brownies akan mengeras bila ia sejuk, oleh itu di nasihatkan untuk memotong brownies dengan segera.

Tuesday, July 28, 2015

Biskut bulat

Minggu lepas berkesempatan pergi ke rumah adik yg baru lepas bersalin. Dua hari menganggur takde xtvt saya buatkan biskut raya....3 jenis lagi. Memandangkan acuan takde dan bahan2 agak terhad...nak pegi cari tak pandai....saya bentukkan biskut bulat2 semuanya..... semperit susu bulat, danish butter bulat dan nestum choc chip....

Hot peri honey chicken

 
Menu ringkas hari ni.....jom cuba....juicy chicken dgn rasa manis dan pedas.....


Hot peri honey chicken

Bahan

1 kg paha dan kepak ayam
1/2 botol besar namdo's extra hot peri-peri sauce
1/3 cawan madu
Garam secukupnya
Serbuk lada hitam jika mahu lebih pedas (freshly ground peppercorn)

Gaul rata semua bahan. Masukkan ke dlm loyang atau casserol dan tutup dgn foil. Bakar selama 1 jam. Buka foil dan bakar lagi selama 15 minit atau hingga perang di kedua2 belah. Suhu 250°C - grill.

Sunday, July 26, 2015

Nasi Briyani Johor

Menu musim raya....briyani ayam abang sadoku kau ado ko.....hehehe. Menu fenes kami selain nasi arab dan roti garlic roll n sup cendawan...


Untuk nasi

15 Pot Brasmati direndam selama 20 minit dan toskan hingga kering
2 pokok daun ketumbar
250 gm daun pudina
4 helai daun pandan
4 biji bawang Besar - kisar
20 ulas bawang merah dihiris dan digoreng
2 labu Bawang Putih - kisar
2 inci Halia
1 sb Ibu Briani/4 sb rempah briyani biasa
3 kuntum Bunga lawang
2 btg Kulit Kayu Manis
8 biji Buah Pelaga
1/2 cwn minyak masak
1 cwn Minyak sapi QBB
1 tin Susu Cair
**separuh biji perahan lemon @ 4 sb sunquick oren
air ikut sukatan beras 1 cwn beras : 1 1/4 cawan cecair kurang 1 sebab campur susu.
Garam secukup rasa
Gajus dan kismis
Sedikit Pewarna Merah dan Kuning

___
Tumis semua bahan yang dikisar bersama daun pandan dan rempah tumis.
Masukkan ibu briani. (Kalau takde ble guna rempah briyani biasa tu jer)
Masukkan masukkan air, lemon. Masak hingga mendidih.
Masukkan susu dan garam. Biarkan mendidih.
Masukkan beras, jgn kacau sehingga kering.
Masukkan daun-daun, gajus, kismis dan bawang goreng.
Kacau sekejap dan biarkan nasi tanak.
Titiskan pewarna dan biarkan selama lima minit dan kacau. Jangan lupa tutup api....

 *****jumlah cecair ni kena tengok jenis beras. Kalu guna pusa cream jumlah yg biasa saya guna 1 cwn beras : 1 1/4 cecair


Lauk briani

1 kilo lamb shoulder lamb shoulder
*4 sb rempah briani
*4 biji bawang besar
*1 labu bawang putih
*3 inci halia
*5 biji tomato
*4 biji cili hijau/cili api pun boleh
3 pokok daun ketumbar
3 pokok daun sup
3 pokok daun bawang
Secekak daun pudina
2 batang chinese leek
2 batang karot
3 sb kismis
6 sb madu
2 ketul (sebesar ibu jari) gula batu
1/2 keping gula melaka
1 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
6 biji buah pelaga
10 biji bunga cengkih
1/2 cawan susu cair
4 sb sos tiram
4 sb sos cili
4 sb minyak sapi (QBB paling best)
250 gm bawang goreng
Garam secukup rasa
Kisar bahan *. Gaul daging/kambing dengan semua bahan2 di atas sehingga sebati. Masakkan di atas api sederhana sehingga daging empuk dan kuah agak pekat.
***kacau sekali sekala supaya tak hangit.

Resepi dalca 

1 cawan kacang dal - rendam dan rebus sampai empuk hampir hancur
1 biji terung -potong ikut suka
2 biji kentang - potong ikut suka
1 batang lobak merah - potong ikut suka
sedikit kacang panjang - potong 2 inci
Sedikit santan/susu cair
1 sk (penuh) asam jawa bancuh dengan 1/4 cawan air
* 3 biji Bawang besar
* 2 inci halia
* 6 ulas bawang putih
1/4 cawan rempah kari daging 
2 tangkai daun kari
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

Tumis * dan daun kari hingga naik bau. Masukkan rempah kari dan tumis seketika. Masukkan asam jawa. Kacau sebati. 

Masukkan air, dal dan kentang. Masak hingga kentang hampir empuk. Masukkan santan pekat, lobak. Masak hingga lobak hampir empuk. Masukkan terung dan kacang. Masak hingga mendidih dan sayur empuk. Tutup api.

Resepi pecuk/jelatah

3 biji timun dipotong kecil
1 biji nenas dipotong kecil
2 biji bawang besar hiris
2 biji cili merah hiris
Cuka, gula dan garam secukup rasa

Satukan dan gaul rata.


Saturday, July 25, 2015

Selera Perak 2 - ikan masak taucu

Masakan ni dah kerap juga diulang tayangannya....maklum la feberet tuan punya badan dan anak2....hubby pun dah boleh terima. Ikut plan asal sebenarnya nak buat ikan masak kicap. Siap jer bahan2 tetiba tukar plan...terasa nak masak taucu. Jadi termasakla ikan taucu nih...

Sayurnya boleh dipelbagaikan ikut citarasa....timun, timun tua, labu air, tomato, kulit tembikai, terung....ikan pun janji yg sesuai digoreng kira boleh jer....

Resepi ikan tenggiri masak taucu

3 keping ikan tenggiri (gaul kunyit dan garam kemudian digoreng)
4 sb taucu
1 biji bawang besar potong bulat
3 ulas bawang merah hiris
4 ulas bawang putih hiris
1 inci halia hiris
cili padi belah dua secukupnya
cili hijau belah 2 secukupnya
2 keping asam gelugur
timun buang biji potong kecil
Tomato belah 4
Minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa
air secukupnya

tumis cili, bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan taucu. Tumiskan seketika. Masukkan air secukupnya dan asam gelugur. 

Biarkan mendidih. Masukkan ikan dan sayuran kecuali tomato. Masak hingga sayur empuk. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masukkan tomato dan biarkan seminit sebelum tutup api. Sedia dihidang.


Selera Perak 1 - Tempoyak kacau


Lama dah tak pekena tempoyak kacau. Menu ni sesuai masa tengah musim durian....time kaya dengan tempoyak. Rezeki balik beraya....mil simpankan durian yg biras bawa ke kampung...diorg dah tak larat nak makan. Dapat la buat tempoyak satu bekas yang besar jugak. Lepas2 raya ni ayam...daging dah tak berapa nak pandang. Masakan2 simple ala kampung lebih menyengat selera. 

Kalau berlaukkan tempoyak kacau ni, ada ulam sebagai pelengkap dan dihidangkan dengan nasi panas pun dah cukup mengancam....gajah lalu pun buat derk jer...hehehe. Tak percaya erkkk....cer cuba try test masak menu ni esok...dan rasai perbezaannya....


Tempoyak kacau

1 mangkuk tempoyak
cili padi ikut nak pedas mana
1 inci kunyit hidup
2 batang serai di ketuk
300 gm udang
1 cawan air
garam secukup rasa
gula jika perlu (kalau tempoyak baru masih manis lagi tak perlu letak gula)

Tumbuk cili dan kunyit hidup hingga hancur. Masukkan kedlm kuali bersama tempoyak, air dan serai. Masak dengan api sederhana. Kacau selalu supaya tak hangit. 

Masukkan udang dan masak hingga udang melengkung dan berubah warna lebih kurang 10 minit. Tambah air jika perlu. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.

Thursday, July 23, 2015

Traditional Bahraini Chicken Machboos

Menu arini Traditional Bahraini Chicken Machboos....ummi dah sampai bahrain....hubby n anak2 lum ada rezeki lagi....jadi arini ummi masakkan makanan tradisi org bahrain....

Bila anak2 tanya apa ummi masak arini, ummi jawab nasi bahrain, terus xcited n tak sabar nak makan. Masa dik tumis menumis tu diorg dah berkejar ke bawah...puji sedapnya bau.... Kejap2 datang dapur tanya dah boleh mkan ke belum....terus jadi lapar macam orang tak makan sepuluh purnama....alahai anak....sabar la yer....bau memang dah mengancam sebab banyak spices....rasa jap lagi kita rasa erkkk...

Sember resepi saya kali ni Kfoods.com. Jumpa resepi ni pun tak sengaja...dok google cari resepi minuman diorang terserempak dengan resepi ni dan terus berkenan.


Traditional Bahraini Chicken Machboos

Ingredients

4 1/2 cups Water (4 1/2 cwn air)
650 g basmati rIce (650 gm beras)
3 Tomatoes, quartered (3 biji tomato belah 4)
1 -1 1/2 kg Chicken (1 - 1 1/2 kg ayam)
3 Onions, finely chopped (3 biji bawang besar - cincang halus)
1/4 cup Coriander leaves, chopped (1/4 cawan hirisan daun ketumbar)
1 green hot pepper, as desired (1 biji cili padi @ ikut citarasa)
2 black dried Limes ( 2 biji limau kering @ loomy)
2 Teaspoons buharat spIce mix (2 sk bhaharat/mix spice)
1 1/2 Teaspoons Turmeric powder (1 1/2 sk serbuk kunyit)
1 Teaspoon cumin powder (1 sk serbuk jintan putih)
2 Teaspoons Cinnamon (1 sk serbuk kayu manis)
1 Teaspoon Cardamom powder (1 sk serbuk pelaga)
2 Garlic Cloves (2 ulas bawang putih)
1 slIce Ginger root, cut into small pieces (1 keping halia - hiris kecil)
3 tablespoons Butter (3 sb mentega)
1/4 cup Lemon juIce (1/4 cawan perahan lemon)
3 tablespoons rose Water (3 sk air mawar)
3 tablespoons Oil (3 sk minyak)
3 Teaspoons Salt (3 sk garam)

Traditional Bahraini Chicken Machboos Method / Tarika:

1.Cut the chicken in half. Heat the water and leave aside. In a small bowl, mix the buharat, turmeric, cumin, and cardamom together and add to the mixture one teaspoon of salt. Sprinkle half of the spice mixture on the chicken halves. 

Potong dua/empat ayam. Panaskan air dan ketepikan. Dalam mangkuk satukan 1 sk garam, kunyit, jintan, pelaga. Lumur 1/2 bahan campuran ni pada ayam. 


2.Heat oil in a large cooking pan, fry the onions until golden brown, then add to the pepper and the black limes - you MUST make a hole in each limes. 

Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang hingga perang. Masukkan cili dan limau kering yg telah dicucuk.

3.Add the chicken to the onion mixture and turn it over a few times in the pan. Sprinkle on the chicken a teaspoon of cinnamon and the rest of the mixed spices. Turn the contents all together so the chicken is coated with the spices, cover the pan and let it cook on medium heat for 3 minutes. 

Masukkan ayam dan balik2kan sesekali. Masukkan 1 sk serbuk kulit kayu manis dan baki rempah campuran tadi. Balik2kan ayam supaya semua rempah sebati dengan ayam. Tutup kuali selama 3 minit dan masak guna api sederhana.


4.Add the garlic, chopped ginger, and tomato cubes to the pan and turn the ingredients in the pan a few times. Cover again for 3 minutes on medium heat. Sprinkle with the rest of the salt and pour on it water while its still hot. 

Tambah bawang putih dan halia serta tomato dan gaul rata. Tutup kuali dan masak lagi selama 3 minit. Tuang air yg di panaskan tadi dan baki garam.


5.Cover the pan and let it cook for about 1 hour, or until the chicken is cooked. Add the copped coriander 5 minutes before you remove the chicken from the stock in the pan. While the chicken is cooking, wash the rice well and soak for 10 minutes in cold water, then drain. 

Tutup kuali dan biarkan ayam masak. 5 minit sebelum keluarkan ayam, masukkan daun ketumbar. Sementara itu basuh dan  rendam beras selama 30 minit (ikut jenis beras - saya guna pusa dan biasanya rendam 30 minit)


6.Remove the chicken from the pan and put on an oven tray, brush with some oil and sprinkle with the rest of the cinnamon powder and grill in the oven until the chicken is golden brown.

Keluarkan ayam dari stok dan susun atas dulang. Sapukzn minyak dan tabur baki serbuk kayu manis. Bakar dalam oven hingga ayam garing dan keperangan.

 
7.Add the rice to the chicken stock, stir, then let it cook on low heat until the rice absorbs the stock and is almost done. 

Saya sukat stok ikut sukatan 1 cawan beras : 1 1/4 cawan cecair dan masak nasi dlm periuk. Dan masak hingga hampir kering.


8.Sprinkle rose water and lemon juice over the rice and place the butter pieces on the top. Cover the pan and cook on low heat for 30 minutes. 

Renjiskan air mawar,  lemon dan mentega. Tutup periuk, kecilkan api dan biar nasi masak sepenuhnya.

9.Serve the rice on a large serving plate and place the grilled chicken halves on the top. 

Chai Karak

Minuman yang popular di timur tengah, india dan pakistan....chai karak.

Chai karak or Kadak chai’ or ‘masala chai’, which roughly translates to strong tea mengikut sumber resepi saya http://www.khaleejesque.com/2011/09/lifestyle/chai-karak-the-popular-drink-thats-rapidly-spreading-in-the-gulf/

Want to attempt recreating this drink at home? Try this simple recipe below:

Combine a teaspoon of loose black tea and crushed cardamom with a cup of boiling water and boil for a couple of minutes.

Remove from the heat; add milk till the tea becomes a creamy brown colour and sugar to your taste.

*Place back on the heat and boil for a further two minutes.Serve hot!


*Note: Some recipes use sweet condensed milk instead of regular milk and sugar to get an even richer taste. To intensify flavor, you can add a few saffron threads, ginger or any other of your favorite spices.

Monday, July 13, 2015

Biskut nestum chocolate chip rangup

Aritu buat guna oat sbb nestum takde...bila dah ada nestum nih buat lagi...kali ni tambah puksk dengan 1 cawan gajus cincang....sedap woooo... kejap jer balang dah kosong...


Biskut nestum chocolate chip rangup

Bhn A:
1 1/2 cwn tpg naik sendiri
1/2 sudu teh bkng powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
(all the above ayak bersama)
1 cwn nestum
1 cwn choc chip

Bhn B:

150gm butter
120gm gula castor
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila

Mix together bhn A, put aside. Mix Butter & gula sampai kembang, then masukkan telur & esen vanila. Bila dh sebati, bleh la masukkan bhn A & mix together. Bulat2 kn & tekan ngn garfu. Bakar pd temp around 180 C lbh krng 20 mins, depend on oven masing2..

Tips:-

1. simpan adunan dlm fridge dulu supya cookies lbh ranggup


Wednesday, July 8, 2015

Roti bawang putih dan sup cendawan

Menu moreh.....yg dalam cup tak sempat ambil gambar pun...


Roti bawang putih  - resepi yg biasa saya gunakan cuma adunan diganda 6 untuk menghasilkan 6kg doh

3 kg tepung hp atau gandum
60 gm kfine supercream
480 gm mentega
420 gm telur
600 gm gula
90 gm yis
30 gm garam
1350 gm air sejuk (dlm fridge)
300 gm susu tepung

Satukan semua bahan dan uli hingga elastik. Perap sejam. Tumbuk doh dan uli sebentar untuk hilangkan angin. 

Bentuk ikut seperti dlm gambar. Bakar suhu 180 celcius selama 20 minit.






Resepi garlic butter

250 gm mentega 
2 labu bawang putih (tumbuk atau cincang halus)
Pasley kering atau segar (cincang halus)

Satukan dan gaul rata.

Sup cendawan berkrim

bahan

3 sb mentega
3 biji bawang holland (hiris nipis/cincang)
3 paket cendawan shitake (hiris)
2 paket cendawan butang (hiris)
6 kiub ayam maggi (boleh ganti dengan air rebusan ayam - chicken broth)
10 biji kentang (rebus empuk dan kisar hingga halus)
1 liter susu segar
3 tin susu cair
3 cawan tepung gandum, (bancuh dengan air dan tapis supaya tiada ketul)
air secukupnya
garam secukup rasa
Panaskan mentega. Tumis bawang hingga naik bau. Masukkan cendawan yang telah dihiris kecil. Tumis hingga cendawan layu. Masukkan air dan bancuhan tepung serta kiub maggi. Kacau hingga mendidih. Masukkan puri kentang, susu dan tambah air jika perlu. Masak hingga mendidih, kacau selalu sebab sup akan membuak. Perisakan dengan garam secukup rasa. Tutup api. Hidangkan dengan roti bawang putih.

Sunday, July 5, 2015

Popia crab stick


Kuih mudah untuk berbuka puasa. Popia crab stick.....cuma perlukan crab stick dan kulit popia serta bancuhan tepung gandum sebagai pelekat. 

Sangat mudah dan sedap di makan. Saya cicah dengan sos keropok lekor....anak2 kecil kita pun boleh sediakan....

Bahan

Kulit popia
crab stick
1 sb tepung gandum + 3 sb air

Gulung crab stick dengan sekeping kulit popia dan gam bucunya dengan bamcuhan tepung. Buat hingga selesai dan goreng garing demgan api sederhana. Angkat dan tos  minyaknya.

Nasi biryani pakistan

Menu iftar hari ni nasi biryani pakistan. Bertahun tak buat. Byk sangat resepi untuk dicuba...jadi yg siaran ulangan ni panjang la Qnya...tambah pulak yg panjang berjela penyediaannya.

Untuk menu ni sekali lagi saya guna resepi dari Azie Kitchen.

Salad dan sos yogurt tu tak sempat nak buat sebab dah lewat sangat. Saya cuma buat sambal salsa dan fresh salad jer.

Nasi biryani pakistan

Bahan bahan:

5 cawan beras basmathi (rendam & tos)
1 kg ayam, daging atau kambing (dg tulang, lagi sedap) - saya guna lamb rib
4 kuntum bunga lawang
2 inci kayu manis
8 buah pelaga
10 bunga cengkih
1 sb serbuk ketumbar
1 sb serbuk jintan manis
1 sb serbuk jintan putih
1 sk serbuk kunyit
3 bawang besar – potong dadu
5-6 buah tomato masak saiz besar – potong dadu (lagi banyak lagi sedap)
2 labu bawang putih – tumbuk
3 inci halia – tumbuk
1 ½ cawan yoghurt
2 bay leave
Minyak olive
4 biji telur – rebus, kupas & kelar
4 biji kentang kecil – kupas & rebus
½ cawan susu 

Daun pudina 

Daun ketumbar dihiris
Saffron & pewarna kuning - saffron saya tak guna sebab tak jumpa cari stok saffron tu. Jadi saya letak sedikit pewarna kuning jer.
 

Hiasan
 
Bawang goreng
Daun ketumbar – hiris
4 biji cili hidup hijau - potong 
1 inci daun pudina
Badam & kismis, jika suka

Penyediaan Ayam:
 
Perap ayam/daging/kambing dengan garam, separuh dari bawang putih dan halia yang dikisar serta serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan jintan manis selama 1 jam. 

Panaskan minyak, tumis rempah menumis, baki bawang putih dan halia kisar serta bawang besar sehingga naik bau. Saya masukkan juga daun pandan sebab suka wangian nya.Masukkan ayam yang diperap dan kacau sehingga rata.

Masukkan air sedikit sahaja jika menggunakan ayam tapi jika daging, air agak agak tenggelam daging supaya daging empuk. 

Satukan yoghurt dan buah tomato dan tuangkan ke dalam kuali, masak lagi sambil dikacau rata hingga naik minyak.  Jangan sampai terlalu kering. Biar berkuah sedikit. Akhir sekali masukkan bay leave, garam dan gula. Sesuaikan rasa.

Tutup kuali dengan penutup dan masak menggunakan api perlahan sebelum ditutup api.

Penyediaan Nasi:
 
Basuh beras, rendam selama 20 minit dan ditos. Di dalam periuk berasingan, masukkan air, sedikit minyak - 3 sb, buah pelaga - 5 biji, cengkih - 5 kuntum, bay leave -3 helai dan sedikit garam -1 sk. Masak sehingga air mendidih.

Masukkan beras dan masak sehingga nasi hampir masak tetapi tidak 100% masak.

Tutup api dan tos lebihan air nasi di dalam bekas penapis sehingga kering.

Penyediaan Beriani:
 
Di dalam periuk lain, letak lapisan pertama iaitu nasi. Sudukan susu secara random ke atas nasi. Titiskan pewarna kuning atau ayakkan saffron dengan menggunakan penapis teh ke atas nasi.

Letakkan telur yang telah dikelar dan kentang rebus.

Taburkan tomato potong dadu, bawang goreng, cili hijau potong 1 inci, daun ketumbar dan daun mint yang dihiris.

Letak pula lapisan kedua, iaitu ayam bersama sedikit kuahnya sehingga menutupi lapisan nasi. 

Lapisan ketiga, letak nasi sehingga menutupi lapisan daging tadi. Sudukan susu dan titis pewarna kuning.

Lapisan atas sekali ialah lapisan ayam. Tabur dengan bawang goreng, tomato, cili hijau dan daun ketumbar.Masukkan periuk ke dalam rice cooker dan biarkan masak seketika. Boleh juga ditutup dengan aluminium foil dan dimasak menggunakan microvave atau dapur gas.

Keluarkan periuk dari rice cooker dan sendukkan nasi dan ayam ke dalam mangkuk lain dan digaul rata dengan perlahan lahan supaya nasi tidak patah. 

Bolehlah dihidangkan dengan salad dan yoghurt.

Taburkan daun ketumbar.
 

Salad
 
Lettuce
Tomato
Bawang besar
Timun – buang biji
Green bell pepper
Garam & gula
Minyak olive
Perahan lemon
Daun ketumbar

Potong dadu dan satukan kesemuanya. Sesuaikan rasa yang disukai.
 
Sos Yoghurt

Yoghurt
Bawang besar – potong bulat
Daun ketumbar - hiris halus
Garam
Satukan kesemuanya dan gaul sehingga sebati.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...