ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Monday, June 13, 2016
Sup Kambing Berempah Pekat Giler
Menu tambahan iftar sabtu lepas....sikit punya pekat.....kalau ada roti memang ngancam. Bahagian tulang temulang...lidah...kepala kambing aqiqah tu dibiat sup....rebus 3 jam nak bagi tendon2 tu lembut.
Sup kambing berempah MakMak @ ZLC
5 kg tulang (saya suka bahagian tengkuk sebab dagingnya banyak)
1 kg daging (saya rebus seketul besar lepas tu dah empuk baru hiris)
1 paket rempah kurma (paket sederhana)
1 kg bawang merah - kisar
4 labu bawang putih - kisar
300 gm halia (ketuk)
1/2 kg bawang ros - hiris nipis dan goreng utk dijadikan bawang goreng
1/2 kg daun sup + daun bawang + daun ketumbar - hiris
1 ketul sebesar ibu jari gula batu
Garam secukup rasa
5 batang kulit kayu manis
15 biji buah pelaga
5 kuntum bunga lawang
4 sb lada hita (tumbuk)
20 biji cili padi - kisar
1 kg kentang
1 cawan tepung jagung (bancuh dengan air secukup)
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Dalam periuk besar, rebus tulang dan daging serta halia hingga daging hampir empuk.
Masukkan kentang dan kecilkan api. Sementara itu dalam kuali tumis rempah tumis hingga naik bau. Masukkan bawang merah dan putih yg dikisar. Tumis lagi hingga airnya hampir kering. Masukkan rempah kurma. Tumis hingga pecah minyak. Tuang ke dalam periuk sup.
Kacau sebati dan perisakan dengan garam, lada hitam dan cili padi kisar tadi. Kemudian masukkan daun2 hiris. Masak hingga kentang empuk dan renihkan selama setengah jam. Akhir sekali masukkan tepung jagung dan kacau hingga sup memekat.
Sedap dimakan bersama roti....dan nasi putih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment