Tuesday, June 14, 2016

Iftar 7 : Sambal kentang, ikan goreng, telur dadar dan Nasi lemak


Hari ke 7 ramadhan rasanya tahap tenaga yang ada dah tinggal 1 bar sahaja. Memang mengalahkan orang tak makan 10 hari....dari semalam saya cuma minum air dan makan kuih sedikit. Bila bafan dah penat selera pun takde.

Walau pun tinggal 1 bar saya masih la cuba menyediakan menu iftar request dari anak2. Untuk menu utama anak2 nak makan nasi lemak jadi saya masak la nasi lemak yang simple banget...

Dah masuk hari ke 9 baru nak upload N3 😀. Gambar pun tak ambil lengkap....tak dan dan tak daya nak shooting 😅😅😅. Resepi pun yang satu ni jer mampu ku titipkan buat pembaca semua erkkk....

Sambal tumis kentang @ ZLC

5 biji kentang potong wedges - kupas dan goreng hingga keperangan.
15 biji cili kering - rendah atau rebus lembut dan kisar bersama 1 biji bawang besar, 5 ulas bawang putih.
4 sb air asam jawa pekat
1 batang serai dititik
Garam dan gula secukup rasa
1/3 cawan minyak masak

Dalam kuali tumis cili kisar tanpa minyak hingga airnya hampir kering dengan api sedehana. Kacau selalu. Masukkan gula. Kacau rata. Masukkan air asam, serai. Kacau dan biarkan sebati seketika.
Tuangkan minyak masak dan kacau rata. Masak hingga pecah minyak. Masukkan kentang dan perisakan dengan garam secukup rasa. Kacau sesekali hingga kentang empuk sepenuhnya.

****menumis cili, bawang dll kisar tanpa minyak mengurangkan letupan kecil cili yg mengotorkan ruang memasak dan cili yg ditumis dengan minyak kemudiannya lebih cepat pecah minyak.










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...