Tuesday, February 28, 2017

Simple Croissant (Simple Crescent Rolls)


Ni sarapan simple yang bole difikirkan bila idea memasak makin tipis. Lagi sedap dan istimewa kalau croissant ni kita buat sendiri.....tapi kalau dah malas sangat macam saya ni beli jer yang dah siap...hehhehe.

Tuna pun senang jer....ikut resepi kat bawah...


Tuna mayo

1 tin tuna - tos airnya sampai kering.
3 sb mayonis
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Tomato buang bijinya dan potong kiub kecil
Timun jepun - potong kiub kecil
Bawang besar - cincang
Cili masak - buang biji dan cincang

Satukan dan gaul rata. Hidangkan bersama roti atau croissant.


Kalau nak buat croissant sendiri boleh cuba resepi dari FB Sis Mufidah Abdul Hadi Alyunusi ni. Insya Allah ikut bahan dan caranya betul2 hasilnya takkan mengecewakan.

Simple Croissant (Simple Crescent Rolls)


Bahan A:
1 cawan tepung gandum
1 bungkus yis
1 biji telur
2 sudu besar gula (saya guna 3-4 sudu besar gula castor)
1/2 cawan susu segar (suam)
1/4 cawan air suam
Sedikit vanilla (sy tambah sendiri)

Bahan B:
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan (125g) butter dipotong dadu dan disejukkan dalam petiais

Bahan C (Egg Wash):
1 biji telur
1 sudu teh air
Sedikit clear vanilla (vanilla jernih - sy tambah sendiri)

Cara membuatnya:

Satukan bahan-bahan A dan pukul 10 minit dengan kelajuan sederhana. Ketepikan.

Satukan bahan-bahan B. Gaul dan ramas hingga adunan jadi seperti serbuk roti. Tak perlu terlalu halus sebab ketulan butter tu nanti akan jadikan roti kita berongga.

Tuangkan adunan B tadi ke dalam adunan A. Kaup dan balikkan biar sebati. Jangan terlebih gaul yer, nanti hasilnya kurang baik. (Jangan uli, sebab kita nak roti tu nampak bersarang dalamnya).

Bungkus adunan dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam.

Keluarkan dari petiais dan tabur sedikit tepung atas adunan. Canai nipis menjadi bentuk bulatan. (Jangan uli adunan yer)

Potong dengan pisau atau pemotong pizza kepada beberapa bahagian dalam bentuk 'wedges' (potong macam kita potong pizza).

Ambil sepotong adunan tadi (bentuk seakan segitiga) dan gulung bermula dari bahagian yang lebar hingga ke hujung yang tajam. (Sapu hujung yang tajam tu dengan putih telur supaya bila dibakar nanti, tak terbuka hujungnya)

Ulang hingga habis. Jika suka boleh ditabur dengan kismis, choc chips, cranberry kering atau lain-lain atas permukaan adunan croissant sebelum digulung.

Ketepikan sehingga naik sekali ganda.

Satukan bahan-bahan C dan pukul dengan garfu biar sebati. Sapu adunan (egg wash) ini di atas permukaan croissant.

Bakar croissant pada suhu 190 darjah sehingga masak. (Lebih kurang 25-35 minit)


Beberapa tips yg Sis Mufidah kongsikan dalam penyediaan croissant ni.
* guna butter yg berkualiti sebab rasa roti ni nanti banyak bergantung pada jenis butter yg kita guna..
* utk adunan B.. Jangan terlebih gaul dan ramas tepung dan butter .. Kalu halus sangat nanti kurang berongga dalam croissant nanti..
* setelah dicampurkan kedua2 adunan A dan B, kaup dan balikkan perlahan2 adunan.. Jangan uli atau terlebih gaul.. Nanti texture nya tak macam croissant, jadi mirip bun biasa.. Tapi kalau kawan2 prefer texture yang seakan bun biasa maka bolehlah diuli adunan tu..
* adunan ni dibiar naik di dalam petisejuk, jadi mungkin mengambil masa yg lebih untuk naik semula dan juga mengambil masa yg lebih panjang skit untuk dibakar berbanding doh roti biasa..
* work fast yer dengan doh setelah dikeluarkan dr peti sejuk sebab semakin lama di luar, makin susah nak handle..

Kek lobak merah simple


Mengekek petang2 ni sambil layan ceplos. Aktiviti yang mengembirakan selepas melalui satu proses kehidupan yang sedikit memberi tekanan.  Ok lupakan....apa pun keputusannya redho jer....Allah knows the best.

 Ok.....berbalik pada kek yang dibuat ni, caranya  semudah 1 2 3. Pling!!!....dah siap. Seronok sebab kek menjadi....kek simple sangat. Sedap. Alternatif mudah untuk peminat kek lobak merah.



Kek lobak merah simple
@ Zulfaza Loves Cooking

3 biji lobak merah saiz sederhana
3 biji telur
3/4 cawan minyak masak

Kisar hingga sebati

2 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan gula perang
1 sb baking powder

Kacau rata. Tuangkan baham kisar dan gaul sebati. Tuang dalam loyang yang dialas dengan baking paper atau digris. Bakar selama 45 minit atau hingga masak dengan suhu 170 C.



Topping

1 cawan gula
1 cawan serbuk koko
1/4 cawan susu segar (boleh tambah kalau topping terlalu pekat)
1/4 ketul mentega (~60 gm)

Masak hingga sebati dan mendidih sedikit. Terus tuang atas kek.

Mee Rojak Mamak Style


Atas permintaan anak2. Nak makan mee dengan kuah kacang mani2 macam haritu. Kuah passembur haritu ada sedikit bakinya yang saya simpan beku. Jadi pepagi tu tingal panaskan kuah, rebus telur, goreng apa yang patut, celur mee dan hiris sayuran......siap hidangan sarapan.

Resepi sama dengan yang sebelum ni dari sumber mamak haji. Raya nanti boleh la buat menu ni jer utk tetamu...


RESEPI KUAH PASSEMBUR

1/2 kg. ubi keledek berwarna oren,dibuang kulit dan rebus, lenyek. Air rebusan ubi boleh digunakan untuk kisar ubi (kalau malas nak lenyek).

125gm udang kertas halus atau sotong kering, dikisar halus.

125gm kacang tanah. Kacang tanah digoreng dan  kisar.

10 – 15 biji cili kering. Goreng sehingga ranggup, kisar sekali dengan kacang tanah tadi.

3 ulas bawang putih. digoreng layu, dikisar bersama kacang tadi.

2-3 bawang besar @ 15-20 biji bawang merah. Goreng bawang hingga layu. Kisar bawang putih dan bawang bersama dengan kacang.

Bila semua bahan tadi telah dikisar, masukkan dalam periok.

Masukkan 4 cawan air dan masak hingga mendidih, bila sudah mendidih kecilkan api.

2 sudu besar (tbsp) asam jawa dan perahkan dengan 1/2 cawan air, tapis dan masukkan dalam kuah yang sedang masak.

Masukkan gula sebanyak 5 sudu besar. Tujuan kita masukakn gula untuk sebatikan struktur bahan-bahan tersebut. Kuah passembur memang manis sedikit  dari kuah yang lain.

Masukkan garam secukup rasa.


Katakanlah anda inginkan kuah yang lebih dan pekat likat, rendamkan 5-8 kping biskut merry, lenyekan dan masukkan dalam kuah yang reneh.

Caranya pekaktkan sama seperti “chicken krim sup” yang mana kita hanguskan tepung gandum dengan butter. Kuah cukup masak bila kacang anda rasa lembut. Biasanya kuah sedia dalam masa 35-45 minit.

Jangan lupa sentiasa kacau kuah supaya tak hangus dibawah. Ingat gula boleh terkumpul dibawah periok hanguskan masakan bila dipanaskan.



RESEPI CUCUR KELAPA UNTUK PASSEMBUR ATAU ROJAK MAMAK:

BAHAN-BAHAN:

1 cawan tepung gandum (biasanya 1 cawan = 100gm).
1 cawan tepung beras.
3 sudu besar (tbsp) tepung jagung.
3 sudu besar (tbsp) kelapa parut/ gunakan yang kering. Tak perlu beli, goreng kering di atas kuali dengan api sederhana. kalau malas tak payah bubuh pun - saya bakar dalam oven
1 sudu kecil (tsp) Yis segera/ Mauripan 11gm setengah paket.
1/2 sudu kecil baking powder.
1 sudu kecil gula pasir dilarutkan dengan 2 cawan air suam (jangan panas!). Larutkan yis. Biarkan 10 minit sebelum dicurahkan kedalam tepung.
3/4 sudu kecil (tsp) garam.

CARA MEMBUATNYA:

1. Adunkan tepung beras, gandum, jagung, baking powder dab garam serata.  Masukkan larutan gula bersama yis dalam adunan tepung.  Bancuh tepung serata. Kalau nak  berbentuk bulat cucur, cairkan sedikit tapi kalau inginkan cucur berbentukk selinder (bulat memanjang) pekatkan sedikit ditambah tepung gandum. Jenis selinder ini kita perlu gunakan sudip untuk memindahkan kedalam kuali untuk gorengan.

2. Tutup bekas adunan. Biarkan (peraman) selama sekurang-kurangnya satu jam. Lama sangat pun tak boleh kerana tepung akan menjadi masam. Bagi mamak haji 1-2 jam sudah memadai.

3. Adunan biasa akan naik dua kali dari asal. Gaulkan kembali. Masukan kelapa parut. Gaulkan kembali adunan. Sambil itu boleh panaskan kuali dengan minyak masak.

4. Uji dan pastikan minyak betul-betul panas dengan masukan satu atau dua titik tepung adunan tadi kedalam minyak untuk menetukan kepanasan. Minyak kalau tak panas, minyak masak diserap ke dalam cucur anda. Ini akan jadikan bukannya cucur udang tapi cucur minyak. Terlalu panas akan menghanguskan cucur. pandai-pandai kawal suhu panas. kalau nak sejukan minyak panas masukan sedikit minyak baru ke dalam kuali.

5.Goreng cucur hingga keperangan. Cucur yang masak akan terapong dan bertukar menjadi warna kekuningan.

Akhir sekali hidangkan bersama kuah, cucur, tauhu gorengkan dan di potong dadu, telur rebus yang digoreng, mee celur, taugeh rebusan, hirisan sengkuang, timun dan juga hirisan daun salad untuk hiasan.


Saturday, February 25, 2017

Kek coklat buttermilk


Kek cekelat untuk bawa ke opis. Deko lawak....gitew2 jer. Ok la kan. Kek ni moist sesangat. Sedap sebab manisnya pun sedang2 jer.


Kek coklat buttermilk

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
2 cawan gula
3/4 cawan serbuk koko
1 tsp soda bikarbonat
2 tsp serbuk penaik
2 biji telur saiz A @ B
1 tsp garam
1 cawan buttermilk
1 cawan minyak masak
1 1/2 tsp asen vanilla
1 cawan kopi penas pekat tanpa gula

Cara Penyediaan:

Panaskan oven pada suhu 300 F (lebih kurang 150 C) untuk membakar secara perlahan. Lapik loyang kek dengan kertas kalis minyak. Masukkan semua bahan di atas kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl. Putar pada kelajuan sederhana selama lebih kurang 1 minit.

Kemudian masukkan air panas mendidih dan teruskan memutar hingga sebati. Tuangkan ke dalam loyang.(9inci loyang)Bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak sepenuhnya. Cucuk kek dengan lidi atau pisau.

Sekiranya pisau atau lidi yang dikeluarkan bersih, maknanya kek telah masak. Sekiranya terdapat adunan kek yang masih basah melekat pada pisau atau lidi, bakar lagi kek dengan tambahan masa 5 minit dan uji lagi selepas itu sehingga kek masak sepenuhnya.Sejukkan kek sebelum dinikmati atau dihias.

Topping/ganache coklat

250 gm coklat putih (white chocolate) + coklat gelap (dark chocolate)
1/2 cawan susu cair (sebelum ni saya guna 1/4 cawan....kali ni saya cairkan lagi skit)

Masakkan hingga coklat cair. Tuangkan ke atas kek ketika masih panas.

******
kali ni saya biarkan semalaman....masukkan dlm piping bag....letak nozel no berapa entah...paipkan atas kek yg dah sejuk juga untuk dptkan design ikut kreativitilah sensng cerita...

Resepi substitute buttermilk:

http://frugalliving.about.com/od/condimentsandspices/r/Buttermilk_Sub.htm

Bahan-bahan:

Susu segar - lebih kurang 1 cawan1 Tbsp cuka masak atau jus lemon

Cara Penyediaan:

Masukkan cuka masak atau jus lemon ke dalam jug penyukat.Tuangkan susu segar hingga menjadikan campuran tepat pada ukuran 1 cawan (tak perlu kacau..biarkan begitu saja).Biarkan larutan berehat selama 5 minit dan boleh digunakan.


Cheese Tart


Cistat lagi. Buat ritu tak puas makan katanya....tak ble makan ulang2. Jadi buatkan second round. Kali ni buat 2 tray pulak. Cheesenta pulak saya cuba resepi berbeza sedikit. Ada tambah tepung.

Untuk shell boleh rujuk resepi yang sama di DI SINI.. Aritu buat shell 4 adunan sebab dah jangka anak2 request lagi.


Resepi filling cheese tart versi 2

Filing:

250 gm cream cheese
50 gm gula
25 gm mentega
1 biji telur
25 gm whipping cream
20 gm tepung gandum

Topping:

Jam blueberry
Apricot gel untuk glaze (optional)

1.  Satukan gula, cream cheese dan memtega. Pukul hingga ringan dan licin.

2. Masukkan telur dan pukul sebati.

3. Tambahkan whipping cream dan gaul rata.

4. Akhir sekaliasukkan tepung dan kacau hingga adunan sebati.

5.  Masukkan adunan cheese ke dalam piping bag dan paipkan ke dalam shell. Paipkan blueberry jam sebagai hiasan - guna pencungkil gigi utk mencorakkannya.  (Saya paipkan jem dalam shell sebelum letak cheese).

6. Bakar suhu 180 Celcius selama 8 - 10 minit. Kalau terlebih bakar filling akan merekah. Bila dah sejuk boleh lah disapu dengan glaze nak bagi nampak berkilat.

Enjoy!


Friday, February 24, 2017

Sambal Tumis Ikan Bilis


Sambal tums ikan bilis merah meneheng....sesuai rupa dengan kepedasannya. Saya masak ni tk potluck kat opis....menu nasi lemak. Bilis tu kawan opis bagi pada kawan ops dan bagi pada saya. Saya masakkan sambal ni dan ramai2 makan.....memanjangkan pahala orang yang berinfaq. Alhamdulillah.

Sambal bilis ni selain makan ngan nasi lemak makan ngan pulut pun sedap....atau ngan roti biasa atau roti puri..roti arab pun sedap juga...pendek kata memang sedap la sambal nih.... Tak caya....cuba la....


Sambal Tumis Ikan Bilis
@ zulfadreamland.blogspot.my

500 gm kan bilis
1 mangkuk cili kisar
10 biji bawang besar - hiris
4 sb pes bawang (bawang besar yg dikisar lumat)
2 sb pes bawang putih (bawang putih yg dikisar lumat)
2 sb pes halia (halia yg dikisar lumat)
1 sb asam jawa di bancuh dengan 1/4 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan minyak masak


Cara2nya :-

Masukkan minyak ke dalam kuali. Panaskan dan masukkan ikan bilis yang telah dibaauh dan ditoskan. Gorengkan seketika hingga naik baunya. Masukkan bawang hiris. Tumiskan hingga bawang layu. Kemudian masukkan pula bahan2 pes. Tumis hingga terbit baunya. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.

Masukkan gula secukup rasa. Biarkan merenih seketika. Kemudian masukkan air asam. Kacau rata dan renihkan seketika. Kacau sambal sesekali supaya tidak berhangit. Tambah air secukupnya ikut kepekatan sambal yang diingini.

Akhir sekali sesuaikan rasa....masukkan garam dan tambah gula sekiranya perlu. Sedia dihidangkan.


Apam Manja Pandan


Ulang tayang....kuih yang satu masa tu saya selalu buat. Tetiba teringin nak makan. Buat satu adunan jer....dapat la sepinggan. Warna pun macam2..ada yg terlebih gelap sebab terlama la...terleka dengan benda lain la.... ok la....boleh makan lagi....cantik skit...tona berbeza2.


Apam manja pandan @ ZLC

BAHAN-BAHAN UTK KULIT

1 cawan tepung naik sendiri (boleh guna tepung gandum + 1 sk baking powder)
1 bj telur
1/4 cawan gula
1 cawan air pandan (kisar 6 helai daun pandan dengan air, tapis)
1 sudu besar minyak masak
Secubit garam

Cara:
pukul telur dan gula hingga kembang.
kemudian satukan dgn semua bahan lain dan kacau hingga sebati. (Saya satukan semua bahan dlm pengisar dan kisar 10 minit).
Kemudian, buat bulatan kira kira 4 inci lebar di atas kuali leper, apabila kering, lekatkan inti di bahagian tengah dan lipat, picit dan angkat.

BAHAN UNTUK INTI kastard:

1 cawan tpg gandum
1 sudu besar jagung
1/2 cawan gula (boleh tambah ikut citarasa)
11/2 cawan susu
1/2 cawan air pandan
1-2 biji telur (Optional)

cara:

satukan semua bahan.

dan masak sehingga likat dan berkilat.( untuk filling boleh juga gunakan vanilla cream @ cream custard, kaya atau inti kelapa)

Untuk inti kelapa

(biasanya saya buat banyak2 dan simpan dlm peti beku - inti ni boleh guna untuk buat koih koci, badak berendam, kuih bom, pulut inti, kuih ketayap dll)

1 biji kelapa parut
1 cawan gula putih (manisnya ikut citarasa)
Secawan air pandan
Sedikit garam

Cara-cara

Masukkan kelapa parut, air pandan, gula.  Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula dan airnya sedikit kering. Angkat.

DAGING MASAK HITAM VERSI 3


Daging masak hitam....menu ulangan yang kali ni saya guna resepi lain....kiranya dalam blog ni ada 3 versi untuk daging masak hitam yang saya gunakan. Masing2 ada rasa tersendiri....kelainan dan keistimewaan. Terpulang selera. Nak kata mana satu yang lebih sedap pun tak boleh sebab...ikut citarasa masing2.

Saya????.....semuanya ok....anak2 suka....memadai. Versi 3 ni saya menggunakan  resepi yang dikongsi di blog masam manis. Menurut azlita, sumber asal resepi ni dari buku masakan sumbangan Chef tersohor....Chef Ismail....Saya buat agak berkuah sebab begitu yg digemari anak2.

Jom semak dan cuba...


DAGING MASAK HITAM
@ zulfadreamland.blogspot.my

100 ml minyak masak
3 labu bawang besar ~ dikupas dan di hiris
500 gm daging batang pinang ~ di potong dadu atau ikut citarasa
* jika tak ada daging batang pinang guna daging biasa pun boleh. Tapi daging perlu di rebus terlebih dahulu hingga empuk.
* jika tak nak guna daging boleh juga guna ayam, kambing, itik atau lain2 yang dirasakan sesuai

2 batang cili merah ~ di belah 2
2 batang cili hijau ~ di belah 2
* jika suka pedas boleh letak cili padi

Bahan Kisar Halus

2 tangkai daun kari
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia
2 sudu besar pes cili kering * Boleh juga ambil 10 - 15 tangkai cili kering, potong, rendam lembut dan kisar sekali dalam bahan kisar
2 sudu besar rempah kari daging
8 cm kulit kayu manis * yang ni ketuk sikit kalau tak nanti blender rosak


Sos
4 sudu besar kicap pekat
* yang ni kalau tak ada kicap pekat boleh campurkan kicap manis dan kicap masin, tapi lebihkan kicap manis berbanding kicap masin. Lepas tu kena hati-hati di dalam penggunaan gula dan garam. Jika rasanya dah ok tak payah letak gula dan garam lagi
125 ml pati santan ~ di perah daripada 1/2 biji kelapa parut * kalau nak guna santan kotak pun boleh
1 sudu teh asam jawa ~ diramas dalam 50 ml air , ambil air asamnya sahaja
Gula dan garam secukup rasa

Cara Penyediannya

Pijarkan minyak dalam kuali
Goreng hirisan bawang besar hingga garing dan kuning keemasan.
Angkat, toskan minyaknya dan ketepikan
Dengan lebihan minyak yang sama, tumiskan bahan-bahan yang di kisar halus tadi, sehingga harum

Masukkan daging dan balik-balikkan atas api sederhana hingga daging empuk
Tambahkan bahan-bahan sos.
Kacau rata sehingga kuahnya pekat
Perasakan dengan garam dan gula
Masukkan cili merah , hijau dan bawang besar goreng tadi
Kacau hingga cili layur
Sedia di hidangkan


SAMBAL TUMIS TELUR PUYUH


Sesekali merajinkan diri mengupas telur puyuh. Renyah sungguh. Kupas pulak kena sorok2 dari pandangan anak2..... Hahaha....kalau tidak nanti takdan nak kumpul utk buat sambal.

Saya mssakni  untuk lunch rabu lepas. Saya buatkan sup ayam sikit untuk kuah2nya.


Sambal tumis telur puyuh
@ zulfadreamland.blogspot.my

30 biji telur puyuh direbus dan dikupas kulitnya.
*15 biji cili kering - rebus lembut
*1 biji bawang besar
*5 ulas bawang putih
2 batang serai diketuk
4 sb sos tomato
4 sb air asam jawa pekat
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Kisar lumat *.

Tumis tanpa minyak sehingga agak kering. Masukkan minyak. Masak hingga bahan tumis naik bau dan pecah minyak. Masukkan air asam jawa dan serai. Biar merenih seketika. Masukkan telur. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masukkan sedikit air jika terlalu kering. Gaul sebati dan tutup api.


Apam Kampung


Apam kampung....projek lepas waktu kerja semalam. Apam ni sempoi sangat nak buat. Sampai jer kat rumah sukat2 adun2 perap2....kukus....dah siap. Dah agak lama tak buat. Semalam dok fikir apa nak bawak untuk potluck kat opis....nak cepat....ini lah hasilnya
Pagi tinggal potong dan gaul kelapa jer.


Apam Kampung
@ zulfadreamland.blogspot.my

200 g tepung gandum
50 g tepung beras
75 g gula perang
6 g yis + 1/4 cwn air
1 cwn air
Kelapa parut + garam

Gaul semua bahan kecuali kelapa. Griskan loyang dengan minyak. Masukkan bahan yang digaul rata dan perap selama sejam. Panaskan kukus dan kukus selama 45 minit. Tutup penutup kukus dengan kain supaya air tak jatuh ke Apam.

Monday, February 20, 2017

Karipap Keledek


Karipap antara kuih faveret rakyat Malaysia. Entah kenapa agaknya.....paling banyak dijual dan dihidangkan. Selalunya kalau kat gerai2 kuih tak boleh tidak mesti ada jual kuih karipap. Veriety pun banyak karipap ni....inti ayam, daging, kentang, keledek, sardin.


Saya ni asalnya takde la suka sangat makan karipap. Jadi suka bila start pandai klim tepi karipap tu....sejak tu selalu jer buat dan simpan beku....sentiasa ada stok. Sekarang ni pun karipap paling laku...anak2 kalau karipap cepat jer habis stoknya.

Hujung minggu lepas saya terima tempahan dari jiran utk majlis sambutan tahun baru cina. Saya buat dua jenis kuih...karipap (sebab saya boleh sediakan lebih awal dan bekukan) dan Apam (sebab malam2 saya dah boleh kukus...esoknya hidangkan saja. Takde kelam kabut subuh2 kitab nak bancuh teh tarik dan sediakan kuih. Karipap ni pagi2 tu tinggal goreng jer.....sambil2 bancuh air dan keluarkan apam dari acuannya.


Karipap keledek

Ini resepi inti karipap

4 ketul keledek
4 sb rempah kari daging/ayam
7 biji bawang merah/2 biji bwg besar
4 ulas bawang putih
segemgam udang kering
daun sup yang dihiris (optional)
Garam dan gula secukup rasa
_________________

Tumis udang kering, bawang putih/merah yang dah ditumbuk lumat.
Pastu masukkan rempah kari. Agak2 dah orang dolu2 kata pecah minyak, tuang air secukupnya.
Masukkan keledek yang telah dipotong dadu. Masukkan garam secukup rasa.
Masak la hingga keledek tu empuk tapi jangan sampai benyek....
Kalau keledek dah empuk tapi air masih banyak.......masukkan je sedikit tepung gandum dan kacau hingga inti tu tak basah gitu....

Resepi kulitnya:

1 kg tepung gandum
400 ml air ais
1 cwn minyak (panaskan)
2 sk garam
------
Masukkan tepung dalam bekas. Masukkan garam. Lubangkan tengahnya tapi jangan sampai nampak dasar. Tuangkan minyak panas. Gaul rata. Masukkan air dan uli hingga sebati. Perap 1 jam dan uli lagi sekejap dan bolehlah mula mengelim karipap.

Kalau nak buat frozen, samada gorengkan sekejap karipap tu sebelum sejukkan dan simpan atau bakar sekejap kat dalam oven.

Strawberry Chocolate Tarts


Tart strawberry chocolate lagi. Dah dua kal buat minggu ni. First buat anak2 komplen tak puas makan. Jadi balik opis sabtu lepas singgah Dr Fruit beli strawberry yang tengah offer.

Balik jer terus la buatkan.....kebetulan stok shell banyak lagi....buat 4 adunan haritu. Lepas ni nak buat cheese tart pulak.....sebab yg sama....aritu buat tak puas makan.


Resepi Shell Tart

125 gm margerin
50 gm gula icing
1 sudu teh esen vanilla
1/2 biji kuning telur ~ gred A
250 gm tepung gandum
5 gm susu Nespray full cream
1/2 sudu besar air sejuk ~ dari peti ais

Pukul margerine dan gula icing hingga sebati
Tambahkan 1/2 biji kuning telur, esen vanilla, susu full cream, air sejuk dan tepung.

Uli sebati dengan senduk kayu
Tekan doh dalam acuan tart 4.5 cm
Buang lebihan doh tepi acuan
Cucuk bahagian tengah dengan garfu
Buah hingga habis adunan dapat dalam 50 ~ 60 keping.

Bakar dalam oven yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 170 C api atas dan bawah selama 20 ~ 25 minit. Kalau nak guna utk fruit tart atau chocolate tart boleh bakar hingga keperangan.



Chocolate filling

1 liter whipping cream
1.5 kg coklat compound
3 sb serbuk koko

Masak menggunakan kaedah double boiler hingga semuanya sebati dan likat. Sejukkan. Dan biarkan semalaman. Sedia dignunakan. Paipkan ke dalam tart shell. Hiaskan dengan strawberry atau buahan pilihan.


Masak lemak nenas dengan ikan masin


Sukanya anak2 makan nenas masak lemak dengan ikan masin ni. Sampai habis kuahnya.
Saya pun suka sangat, makan mesti tuang kicap. Bertambah2 nasi dibuatnya. Nasi panas yang lembik2 sedikit, tak perlu lauk penuh meja. Ada ikan goreng sebagai lauknya pun dah cukup.

Masak lemak nenas dengan ikan masin

100 gm ikan masin talang/kurau (boleh guna bahagian isi atau tulang) - basuh dan rendam sekejap utk hilang sedikit rasa masinnya)
1 biji nenas kecil @ 1 kg
4 cwn santan dari 1 biji kelapa

Tumbuk
1 inci kunyit hidup
5 biji cili merah ( boleh gak guna cili kering -kisar)
3 ulas bawang merah
2 btg serai di ketuk
Garam secukup rasa



Cara2

Masukkan santan, nenas yang telah dihiris dan bahan2 yg ditumbuk ke dlm periuk.
Masak hingga mendidih. Pastikan selalu dikacau supaya tidak pecah minyak.
Masukkan ikan masin  dan masakkan sebentar hingga terbit rasa ikan masin. Tambah garam jika perlu. Tutup api.

Ikan tumis cili padi



Hasil pancing dari laut ke kuali jua.... Alhamdulillah, selepas seharian memancing hubby dan rakan2 berjaya membawa balik ikan yang agak banyak. Memandangkan yang lain2 tak ambil dan hadiahkan pada hubby kesemuanya.


Lepas la stok lauk seminggu.....kebanyakannya ikan belukang, selain gelama, sembilang dan beberapa jenis lain.

Kalau sebelum ni dah dgoreng, dimasak kari, kali ni hasil laut segar ni saya masakkan tumis cili padi. Saya guna campuran ikan sembilang dan belukang.

Ikan tumis cili padi

3 ekor ikan (anggaran 800 gm) - gaul garam dan kunyit, goreng  dan toskan.

*1 biji bawang besar
*5 ulas bawang putih
*15 biji cili padi
*1 inci belacan kalau suka
Garam dan gula secukup rasa
4 sb air asam jawa pekat
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Tumbuk * lumat. Tumis * hingga pecah minyak. Masukkan air asam. Kacau rata dan biarkan merenih seketika. Masukkan garam gan gula secukup rasa. Kemudian masukkan ikan goreng dan gaul hingga keseluruhan ikan bersalut rata dengan sambal.

Hidang dengan nasi putih.




Saturday, February 18, 2017

APAM NASI


Apam nasi tempahan untuk sambutan raya cina di kawsan perumahan anjuran persatuan penduduk dan rukun tetangga. Malam ni kerja penyediaan dibantu anak2. Alhamdulillah.

Kalau ikutkan penat sgt hari ni...... Balik kerja selepas jemput anak dari kelas tambahan disekolah terus balik sediakan makan tengahari sambil uli roti. Kemudian sambung buat chocolate tart pastu adun apam. Pukul 11 malam baru siap mengukus.

Esok pepagi hari yang bz gak....subuh nak bancuh teh tarik dan goreng karipap frozen utk sambutan tu....pastu cadangnya sebelum masak lauk tengahari nak menggosok baju kerja stok seminggu. Pastu ada rewang kat surau pulak untuk majlis meraikan mempelai...2 org ustaz tahfiz yang baru melangsungkan perkahwinan.

Malam majlis makan2nya...selepas maghrib.....esoknya teman krojer....dua tiga menjak ni penuh betul la jadual harian....bila nak ada waktu yang santai2kannnn..

Berbalik kepada cerita apam nasi ni, kejadiannya. Allhamdulillah. Satu loyang dah selamat kena ngap tadi. Anak2 memang suka apam nasi ni.....lama dah tak makan katanya.



Apam nasi
@ Zulfaza Loves Cooking

Bahan-bahannya.
2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 1/2cwn gula pasir
2 1/2 cwn air
2 sudu kecil yis @ paket yis
kelapa parut dgn sedikit garam


Cara-cara

Blend nasi, gula dan air sehingga nasi hancur
Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.

Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
Perap selama 3 jam.

Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..

Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.

Wednesday, February 15, 2017

Nasi Goreng


Menu nasi goreng untuk permulaan minggu. Nasi goreng paling simple......nasi goreng cina....yang tak pedas...untuk sarapan dan bekal ke sekolah dan opis. Rencahnya ayan jer....seafood sume takde stok. Dah lama tak ke pasar. Nak bagi peghabih stok sedia ada yang ditambah pulak dengan stok hasil pancing hubby dan kawan-kawan public holiday minggu sudah.


Nasi Goreng Cina

2 pot nasi sejuk
1 bahagian dada ayam - hiris
1 biji bawang besar - cincang
5 ulas bawang putih - cincang
Kailan
Kobis bunga
Lobak merah
3 sb sos tiram
1 sk serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Tumis bawang merah dan putih hingga naik bau. Masukkan dada ayam, tumis hingga ayam masak dan jusnya sejat. Masukkan lada sulah dan sos tiram. Kacau sebati. Masukkan lobak merah dan nasi. Gaul rata. Goreng seketika.

Masukkan sayuranlain dan perisakan dengan garam secukup rasa. Pindahkan ke dalam mangkuk hidangan setelah sayuran masak dan nasi kelihatan sedikit kering.

Lempeng pisang abang sado jj


Minum petang air tangan Abang Sado JJ. Abg sado kata lempeng pisang orang malas sebab pisangnya hiris2 jer....tak dilecek macam lempeng biasa tu. Gigih abang sado hiris pisang nipis2 petang semalam. Sedap wooo....guna pisang nangka yang dah masak.....nak goreng dah tak sedap. Lain kali kalau ada stok pisang nangka kat kebun kita buat lagi ye bang....

Anak2 pun suka. Anak2 siap tanya kek ayah pandai buat tak....hahaha. Abang Sado JJ ni bukan setakat pandai masak lauk pauk....kuih2 pun boleh. Masak mee pun boleh.....yang dia lum pernah buat kek jer kot....biskut dulu2 masa niaga sekut raya tu dia tolong jugak buat apa yang patut.


Lempeng Pisang Abang Sado JJ
@ zulfadreamland.blogspot.my

1 cawan tepung gandum
2 cawan air
garam secukup rasa
1 biji telur (Optional)

Satukan dan gaul rata. Adunan lempeng kena cair2 gitu.

Pisang nangka yang dah masak ranum - hiris nipis

Masukkan ke dalam adunan lempeng dan gaul rata. Ambil sesenduk adunan dan ratakan atas pan yang dioles sedikit minyak. Goreng hingga masak dikedua2 belah. Buat hingga habis. Kalau nak bakar atas daun pisang yang dioles minyak pun sedap juga....harum semerbak nanti baunya.


Tuesday, February 14, 2017

Ayam sos plum


Menu tengahari. Simple jer....macam kebanyakan hari2 bekerja lauk 2 in 1 jadi pilihan. Sayur dan lauk dalam satu hidangan. Masa suntuk nak hidang penuh meja. Tapi alhamdulillah, anak2/family boleh makan airtangan saya hampir setiap hari. Anak2 saya taklah cerewet sangat bab2 makan ni. Biasanya tak banyak komen apa yang dihidangkan. Kalau kekadang saya tak masak nanti diorang start la tanya dan request macam2.....dah lama tak makan itu....teringin nak makan yang ummi masak tu.....kenapa ummi tak masak.........


Subuh ni saya pilih ayam sebagai menu lauk pauknya. Masak ringkas2 begini pun ok. Masakan ayam yang ada rasa pedas manja2 (sebab cilinya saya belah jer tak tumbuk) dan masam manis begini memang disukai anak2. 

Ayam Sos Plum
@ zulfadreamland.blogspot.my

1/2 ekor ayam - potong kecil
2 inci halia - tumbuk
5 ulas bawang putih - tumbuk
2 biji bawang besar - 1/2 biji hiris dan selebihnya potong wedges
2 biji cili merah - buang biji dan hiris
cili padi dibelah tengah (Ikut citarasa nak banyak mana dan boleh tumbuk kalau nak pedas menyengat)
1/2 batang lobak merah
Kailan
Kobis bunga
Garam dan gula perang secukup rasa
8 sb sos plum
Minyak secukupnya

Perap ayam dengan halia, bawang putih, garam dan gula selama sejam. Panaskan minyak, masukkan ayam dan masak hingga airnya kering dan ayam dan naik bau halia dan bawang putih. Masukkan bawang hiris. Tumis lagi hingga layu. Masukkan sayuran (kecuali kailan) dan cili. Tumis rata hingga karot empuk. Masukkan sos plum, kailan dan bawang wedges. Tumis hingga kailan masak. Sesuaikan rasa garam dan gula. Sedia dihidang. 


Monday, February 13, 2017

CHEESE TART BUNCIT


Menunaikan permintaan anak-anak. Teringin sangat makan cheese tart yang ummi buat. Adehhhh.....ayah dah suruh beli sebab ummi tak larat nak buatkan......sabtu ummi kena kerja tapi anak-anak tak mahu. Nak juga makan air tangan ummi. Satu lagi kalau ummi yang buatkan boleh makan banyak-banyak....baru puas.

Takde pilihan....balik kerja saya singgah ke bakery beli bahan. Sampai jer rumah, anak2 dah excited. Tapi sebabkan kepenatan saya tangguhkan pembuatannya sampai pagi ahad. Nak buat ni leceh juga sebab kena siapkan shellnya dulu. Anak2 dah tawaf  ke dapur berpuluh kali.....tak sabar2 nak makan. Tq Azlita masam manis share resepi ni....saya cnp resepi kat sini pulak yer.

Sebabkan buat sambil2....dan ada dua tiga urusan nak diselesaikan, akhirnya petang dalam pukul 3 baru la boleh dimakan.....keluar oven....tak sempat chill dah kena ngap... Konon nak bawak bekal tapi tinggal tray kosong jer....hahahha.. Dilihat dari segi rupa memang la tak semenggah....amatur la katakan tapi anak2 suka....airtangan ummi yang tak seberapa.

Lain kali buat lagi yer anak2.


CHEESE TART BUNCIT

Shell Tart

125 gm margerin
50 gm gula icing
1 sudu teh esen vanilla
1/2 biji kuning telur ~ gred A
250 gm tepung gandum
5 gm susu Nespray full cream
1/2 sudu besar air sejuk ~ dari peti ais

Pukul margerine dan gula icing hingga sebati
Tambahkan 1/2 biji kuning telur, esen vanilla, susu full cream, air sejuk dan tepung
Uli sebati dengan senduk kayu
Tekan doh dalam acuan tart 4.5 cm
Buang lebihan doh tepi acuan
Cucuk bahagian tengah dengan garfu
Buah hingga habis adunan dapat dalam 50 ~ 60 keping
Bakar dalam oven yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 170 C api atas dan bawah selama 20 ~ 25 minit.


Cheese

500 gm cream cheese ( cheese di keluarkan dari peti ais 15 minit awal )
30 gm butter
100 gm gula icing
1 biji telur gred A ( kocok perlahan dahulu )
20 gm non dairy Whipping Cream ~ ( optional)
Sedikit esen vanilla

Satukan cheese, butter dan gula icing dan putar hingga lembut dan gebu
Masukkan telur
* telur yang kita dah kocok tadi masukkan 1 sudu besar demi 1 sudu ( anggaran 3 sudu besar sahaja jangan lebih )
Kemudian putar sekejap aje
Jika adunan agak pekat atau kental, tambahkan sedikit whipping cream non dairy. Jika adunan sudah lembut tak perlu letak Whipping Cream
* Jika masukkan whipping cream jangan putar guna mesin, hanya gaul dengan senduk atau spatula aje. ( whipping cream tak perlu di putar )

Susun shell tart dalam tray
Letakkan filling di tengahnya
* filing terpulang nak letak apa, bluberry, strawberry, kiwi, Nutella
masukkan cream cheese dalam piping bag
Gunting hujungnya besar sama besar dengan besar lubang shell.
Letakkan cheese dengan memeggang piping bag secara menegak
Letakkan cheese secara membunjut dan menggunung.
Kalau nak lagi buncit , letak lagi tingi dan penuh
Kalau ada nozel yang besar macam ni pun boleh di gunakan.

Kalau nak hias dengan corak bolehlah hiasan. Hiasan corak boleh rujuk di sini : SINI
Bakar selama 10 ~ 15 minit api atas dan bawah suhu 170 C.
Tart masak bila kita sentuh dengan jari, cheese tidak melekat pada tangan 

Tart yang telah siap di bakar boleh di hias dengan Nutella. masukkan nutella dalam piping bag dan paipkan atas cheese tart .. wow! yummy!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...