Sunday, August 26, 2018

Beef bulgogi


Daging korban dimasak ala korean bulgogi. Disebabkan daging ni bukan part batang pinang atau harimau menangis jadi masa memasaknya lebih lama. Saya gunakan magic pan.

Ada bahan saya tambah dan ganti sebab ketiadaan stok. Saya tambah sedikit sos tiram dan ganti chili flakes dengan chili powder sebab takde stok.  Nak ke kedai mencari pun tak sempat. Alhamdulillah sedap....2 kali masak.

Resepi asal saya rujuk daripada my korean kitchen dan savory sweet life.


Ni first batch....masak lebih lama...warna pun terlebih gelap.

Korean Beef Bulgogi
http://zulfadreamland.blogspot.my

*1 biji bawang holland
*3 ulas bawang putih - cincang/di parut
*1 sk halia dicincang halus atau diparut
*1/3 cawan kicap manis
*1 sb minyak bijan
*1 sb chili flakes
*Serbuk lada hitam secukup rasa
*2 sb cuka
Minyak masak
*Gula dan garam secukup rasa.
*Saya letak sedikit sos tiram
500 gm daging batang pinang dihiris nipis (nak senang hiris masa daging belum defrost sepenuhnya)

Daun bawang secukupnya
*2 sb bijan disangai (saya tak letak kali ni sebab tak sempat dan tak teringat)

Satukan bahan bertanda * di dalam mangkuk. Gaul rata.

Masukkan daging dan daun bawang,  gaul daging dengan bahan2 perap hingga semuanya bersalut.

Perap daging selama 1 jam.

Tuangkan 2 sb minyak  ke atas pan. Masukkan daging. Terbalik2kan daging atas pan sekali sekala.....masak selama lebih kurang 3 - 5 minit. Tabur daun bawang dan bijan.

Daging bulgogi ni mesti mempunyai rasa sedikit manis.

Pineapple upside down cake


Kek legend nenas terbalik @ pineapple upside down cake. Buat 2 adunan....habis petang semalam juga. Makan ramai2 memang asyik.

Kek ni sedap dan cantik....tak pernah jemu menikmatinya...


Kek Nenas Terbalik (Pineapple Up-Side Down Cake)

Lapisan Bawah

1/4 cawan mentega
1/2 cawan gula perang
8 Keping gegelang nenas (dalam tin)
6 biji ceri merah/hijau

Lapisan atas

2 cwn tepung tepung gandum
2 sk serbuk penaik
1/2 cawan mentega tanpa garam
1 cawan gula halus (kalini saya kurangkan lagi gulanya kepada 3/4 cawan sahaja)
2 biji telur gred A
2 sk esen vanila
1/2 cawan jus nenas (yang dalam tin tadi)
1/2 cawan susu segar
--------------------

Gris acuan kek bulat (81/2 inci) dengan 1/4 cwn mentega dan tabur gula perang di dasarnya.
Aturkan nenas dan letak ceri di bulatan nenas tersebut.
Ayak tepung, serbuk penaik dan garam.
Pukul mentega dan gula hingga gebu.
Masukkan bahan2 berayak, telur, esen dan jus nenas serta susu.
Pukul lagi hingga sebati dan tuang ke atas nenas tadi.
Bakar selama 45 minit pada suhu 175 c.
Sejukkan 10 minit di dalam loyang sebelum diterbalikkan di atas cake board.


Friday, August 24, 2018

Yogurt Buttercake

Fruit Pastry Cake semalam dah habis....jadi bolehlah cuba kek baru pulak..



Mencuba resepi yang dikongsi kak Norhayati Omar pulak....cuma saya tukarkan sour cream kepada plain greek yogurt.....hasilnya.....lembut...halus....moist buttercake....berbaloi mencuba.




Yogurt Buttercake

125 gm memtega
150 gm gula
2 biji telur gred A
1 sk esen vanila
100 gm greek yogurt (atau sour cream)
150 gm tepung gandum ayak bersama  1 sk baking powder
(resepi asal guna tepung naik sendiri)

***boleh tambah parutan kulit oren/lemon


Pukul mentega dengan gula hingga gebu. Masukkan telur sebiji2 sambil pukul hingga kembang. Masukkan esen dan yogurt. Perlahankan mixer dan pukul sebati.
Masukkan tepung dan gaul hingga sebati.

Tuangkan ke dalam loyang ber saiz 6" yang telah digris dan dialas baking paper. (Boleh warnakan adunan ikut citarasa dan corakkan adunan ikut kreativiti masing2. )

Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180°Celcius selama 50 minit atau hingga masak.




Thursday, August 23, 2018

Fruit Pastry Cake


Semalam NorHanita Mohd Shariff post resepi dan gambar kek ni kat wall dia......suka tengok keknya....jelita. Pagi tadi lepas temankan hubby sembelih lembu dan kambing korban suh dia singgah Dr Fruit beli fruit utk wat fruit pastry cake ni....maka malam ni terjadilah sebijik kek untuk supper.....


Resepi ni ramai yang guna.....tak pasti pemilik asalnya....sebab masa google tu rata2 pakai resepi yang sama. Apa pun terima kasih yang sudi kongsi. Saya dah terjemah resepi ni ke bahasa malaysia.


Fruit Pastry Cake

100 gm mentega
180 gm gula castor (ada yg guna 200gm)
50 gm yogurt
3 biji telur gred A (pukul sedikit)
1 sk esen vanila
1 sk parutan kulit lemon atau oren
210 gm tepung gandum
1 sk baking powder
500 gm buah2an - strawberry, peach, plum, mangga, apple, bluberries dan lain2 buahan pilihan samada buah segar atau dalam tin (digaul dengan 2 sb gula jika suka)
*kalau guna buah dalam tin, basuh dan tos kering, abaikan gaul dengan gula.

Basuh buah2an, hiris atau potong ikut citarasa. Gaulkan dengan gula jika suka. Ketepikan.


-.alas loyang 9" inci bulat atau 8" empat segi dengan baking paper.
- Pukul hingga gebu gula, mentega dan yogurt (boleh ganti sour cream).
- Tuang telur sedikit2 dan pukul sebati.
- Masukkan esen dan parutan kulit oren/lemon.
- Masukkan tepung yg telah diayak dengan baking powder dan gaul hingga sebati.
- Tuang adunan ke dalam loyang dan ratakan dengan spatula. Aturkan buah2an ikut kreativiti. Jangan tekan buah2an.


- Bakar di dalam ketuhar yg telah dipanaskan pada suhu 180°C selama 60 - 70 minit atau hingga masak. Tutup permukaan kek dengan foil 15 minit terkhir supaya permukaan tidak hangus.
- Biarkan kek sejuk di dalam loyang 5 - 10 minit sebelum dikeluarkan dan disejukkan sepenuhnya di atas rak.


- Hias kek dengan snow/donut dusting powder atau gula ising jika suka.


Tuesday, August 21, 2018

Kek Lapis Hawflakes


Berkurun rasanya tak melapis kek sarawak ni. Last buat 2009 ke 2010 gitu.....tadi subuh kul 5 pagi mula melapis....itu pun sebab janji dari sebelum raya puasa. Malam tadi selesai bakar 3 biji kek oren dan 1 kek marble dah rasa tak larat nak sambung melapis. Dari jam 5 tu siap jam 7 lebih jugak la. Alhamdulillah perjalanan lancar cuti2 sekolah ni.... Sempat sampai opis dalam waktunya....

Kek lapis hawflakes ni tadi saya tak trim tepinya....sayang....saya bagi camtu terus....tapi dek kerana baunya yang harum semerbak tu, tuan punya tak tahan dan potong sikit....jadi la....suh dia snap gambarnya dan dapat la saya upload kat sini....untuk tatapan....kita pun tak rasa lagi. Anak2 tanya sedap ke.....ummi kata nanti ummi buat lain boleh rasa puas2.....yg ni ada orang yg punya.


Terima kasih kat kak june share resepi ni kat FB.....nyaman sungguh rasanya.....harum sungguh baunya.


Kek lapis hawflakes

300 gm mentega/margerin
200 gm gula halus
7 biji telur gred A
250 gm tepung hongkong
50 gm biskut marie (kisar halus)
4 sb susu pekat manis
1 sb ovellete
1 sb esen vanilla
1 sudu kfc garam
100 ml air sejuk
pewarna hijau, kuning, merah jambu
2 pack besar asam hawflakes

Cara2nya

Pukul mentega, ovellete dan gula hinggga kembang
masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang
masukkan tepung, horlick, biskut marie dan garam, pukul sebati
masukkan susu dan esen, pukul sebati
akhir sekali masukkan air sejuk dan pukul sebati.

Bahagikan adunan kepada 9 bahagian (guna loyang 7 inci - lebih kurang 160 gm setiap bahagian). Warnakan adunan (3 bahagian 1 warna).

Panaskan ketuhar pada 250% celcius. Sapu loyang dengan mentega dan alas baking paper.
Tuang 1 bahagian adunan merah jambu, bakar selama 3 - 5 minit menggunakan api atas dan bawah.
Keluarkan loyang, tuang adunan hijau dan susun asam hawflake, bakar menggunakan api atas sahaja sehingga masak (lebih kurang 8 - 10 minit atau hingga sedikit keperangan).
Seterusnya tuang adunan kuning dan susun hawflake dan bakar selama 8 - 10 minit.
Ulang proses hingga semua adunan habis.

**** setelah masak biarkan sejuk sebelum dipotong.



Friday, August 17, 2018

NO BAKE OREO CHEESECAKE



This is my first time.....yeeeehaaaa.....selama active memasak ni tak pernah buat non bake cheesecake......macam2 resepi simpan dan tapi engin tak nak start.....malam tadi baru la menggodek bahan dan terhasillah sebiji kek yg kurang jelita ni.....cuma next time kalau guna resepi ni manis kena kasi kurang (resepi dah di ejas sikit gulanya yer...tapi kalau suka manis boleh lebihkan)


Anak kata sedap sangat.....ummi kata alhamdulillah......boleh buat lagi. Pepagi pun dah tinggal separuh.....takpe la nanti raya haji buat lagi..... Rupanya tak la hebat mana tapi rasanya tak mengecewakan. Nak cantik potong cheesecake ni kena guna pisau yg celup air panas.....tapi mak tak kesah la nak....janji anak2 suka jer makan....takdan mak nak panaskan air nak oiiii.



NO BAKE OREO CHEESECAKE (CHILLED CHEESECAKE)

untuk crust

*1 1/2 cawan biskut oreo hancur
*1/2 cawan mentega cair
*1 sb gula perang

adunan cheesecake

250 gm cream cheese
1 cawan whipping cream (dipukul kental)
1sb perahan lemon
1/3 cawan gula
1/2 cawan biskut oreo hancur
kepingan biskut oreo tanpa krim secukupnya

1 sb gelatin
40 ml air panas

Satukan bahan bertanda *. Gaul hingga sebati. Tuangkan ke dalam loyang 9" yang dialas aluminium (tak nak alas pun ok kalau guna loyang springform). Tekan2kan hingga padat pada permukaan loyang. Sejukkan selama 1/2 - 1 jam di dalam peti sejuk.

whipping cream dipukul hingga kental. ketepikan.
Dalam mangkuk lain, pukul creamcheese dan gula hingga sebati. Masukkan perahan lemon. Gaul sebati.

Satukan gelatin dan air, kacau hingga gelatin hancur. Tuang ke dalam adunan keju. Gaul rata.

Kemudian masukkan whipping cream, serbuk oreo dan gaul sebati menggunakan spatula. Tuang 1/3 adunan ke dalam loyang. Ratakan. Susun kepingan oreo. Ulang proses hingga selesai. Balut loyang dengan cling wrap. Dan sejukkan 3 - 4 jam atau semalaman sebelum sedia dimakan.


Friday, August 10, 2018

Muffin Durian


Durian muffins  in the house.......antara rajin ngan malas berkira2 nak.buat walau pun isi durian dah dikeluarkandan ditimbang usai sampai dari office....bertangguh2 nak mengadun.....dah dekat jam 8 baru la paksa diri sebab isi durian dah di defrost....buat 2 adunan...nak buat bekal sikit balik kampung.
Semerbak bau durian masa tengah bakar.....harummmmm.....kuar oven jer terus makan 4 ketul....Alhamdulillah.


Sumber resepi ni dari FB sis Lina Thomas yang dok kat amerika tu.....rajin dia masak masakan melayu kat sana....

Moist Durian Muffins

Ingredients:

A)
180g Isi Durian
1 tsp Lemon juice 
50ml Susu segar

😎
2 biji Telur grade A  (saya takde gred A jadi saya guna 3 gred C)
150g Gula (saya kurangkan 120 gm)

C)
180g Tepung naik sendiri
1/2 tsp Baking powder
(Ayak semua bersama)

D)
50ml salted butter, cairkan (saya malas nak cairkan mentega jadi saya ganti dengan minyak + sedikit garam)

E)
Almond slice untuk hiasan


Caranya:

Panaskan terlebih dahulu ketuhar 5-10 minit 180C (350F)

1. Lenyekkan bahan A sebati, ketepikan.
2. Pukul bahan B sehingga kembang.
3. Masukkan bahan A putar sebati.
4. Masukkan bahan C sikit sikit bersama bahan D putar sebati.
5. Isi kan adunan kedalam acuan kertas muffins di dalam loyang dan tabur bahan E.

Bakar selama 8 minit pada suhu 180C (350F). Kemudian turun kan suhu kepada 160C (320F) Bakar lagi selama 20 minit atau sehingga masak.

Thursday, August 9, 2018

Pasta Cabonara


Menu 2 dalam 1.....inti popia cabonara diubahsuai menjadi kuah pasta. Anak2 suka...berkali2 makan. Dari breakfast sampai dinner....hingga menjilat pinggan katanya.

Diorg suruh saya buat lagi tapi anak2 saya ni kalau menu ulangan terlalu dekat nanti tak luak la jawabnya. Kalau nak ulang pun tunggu lama sikit. Sampai diorg dah lupa rasanya.


RESEPI POPIA CARBONARA CHEESE

BAHAN UNTUK INTI

4 keping dada ayam (dipotong kecil / cincang )
8  batang Crab Stick (hiris bulat)
8 batang sosej (hiris memanjang atau bulat)
1 pack (200gm) Cendawan butang (dicincang)
1/2 biji Capsicum (dipotong dadu kecil)  (Optional)
Serbuk lada hitam secukup rasa
1/2 sk italian spice
Garam secukup rasa
2 sb Tepung gandum
2 cawan Susu ( Full Cream/ Cair )
Air secukupnya
Cheddar cheese secukupnya (nak letak banyak mana terpulang citarasa)
1 biji Bawang besar*
5 ulas Bawang putih*
(* bahan ni dicincang halus)
Sedikit Minyak dan mentega untuk menumis

CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Panaskan minyak dan mentega.
2. Kemudian tumis bawang putih dan merah.
3. Bila bawang telah naik bau, masukkan isi ayam dan cendawan. Tumiskan seketika.
4. Kemudian  masukkan sosej.
5. Kemudian letak tepung utk pekatkan kuah.
6. Kemudian masukkan susu dan keju (yang dipotong kecik2). Tambah air ikut kepekatan kuah yang diingini.
7. Masak sekejap sampai kuah pekat. Perisakan dengan serbuk lada hitam, italian spice dan garam secukup rasa.

8. Sebelum tutup api masukkan crab stick.tujuan masukkn kemudian supaya tak hancur. Hidangkan dengan pasta pilihan.

Homemade cheesy potato wedges


Anak2 ribena ummi tak sihat secara berjemaah.....request nak makan cheesy wedges....yang ada kentang kampung jer....russet potato takde stok kat umah.....nak ke supermarket beli malas la pulak....guna jer la apa yang ada...


Wedges homemade

Kentang Russset (guna kentang biasa pun boleh cuma tak gebu macam kentang russet kejadiannnya nanti)
1 biji telur
*Tepung gandum + serbuk paprika + garam

Kupas kentang dan potong bentuk wedges. Basuh dan gaul dengan telur

Satukan * dan gaul rata. Salut kentang dengan tepung. Goreng api perlahan hingga keperangan.

Sotong Goreng Tepung


Sotong goreng.....permintaan anakanda sayam....ummi impikan.sotong sambal petai....anakanda impikan yang lain....acener tu.....tapi takpe....minggu ni freezer ummi kaya dengan sotong.....hasil tangkapan kat pasar malam selasa lepas....ada 3 saiz sotong ummi beli.....sebab macam best jer tengok aritu....


Sotong goreng tepung

1/2 kg sotong - potong bulat
1 biji telur

*1 cawan tepung gandum
*1 sk garam
*1 sk serbuk paprika

Satukan telur dan sotong. Gaul rata. Dalam bekas lain satukan bahan *. Salut sotong dengan bahan *. Goreng dengan api sedehana hingga keperangan. Jangan goreng sotong terlalu lama dan garing. Nanti liat susah nak kunyah.


Sambal udang petai


Sejak musim petai ni kerap betul makan seafood. Nak buat camna....kombinasi tu serasi.....tak jemu2 masak petai....tapi anak2 kutip udangnya ajer.....mak pak peghabihkan petainya. 

Sekarang ni tak risau sangat makan petai sebab sejak amalkan petua minum susu segar lepas makan petai untuk hilangkan bau nafas dan mulut, Alhamdulillah mujarab. Kalau dulu gosok gigi selepas makan pun masih terasa2 nafas berbau petai...kesan gosok gigi tu berkesan kat area mulut jer....


Sambal sotong petai

5 papan petai - ambil isinya
1/2 kg ekor udang saiz sederhana
2 sb cili kering kisar
2 sb air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Hiris
2 inci halia
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih

Panaskan minyak. Tumis bahan hiris hingga naik bau. Masukkan cili, tumis hingga pecah minyak. Masukkan air asam dan perisakan dengan garam serta gula secukup rasa. Tumis hingga semua bahan mesra.

Masukkan petai. Biarkan seketika. Kacau sesekali. Agak2 2 hingga 3 minit masukkan udang. Gaul rata. Tumiskan hingga udang masak.

**** masak sotong dan udang jangan terlalu lama. Guna api yang kuat supaya proses memasak tu dapat dilakukan dalam tempoh singkat. Sotong dan udang kalau terlebih masak akan jadi keras dan kurang enak dimakan.

Sambal tumis sotong petai


Sotong lagi....dua citarasa berbeza untuk hidangan sotong tengahari ni.... lauk ummi sambal tumis sotong petai.....pulun petai sementara musim....harga runtuh....sedap ya amat.


Sotong besar ni beli 3 ekor dah penuh satu kuali....sedap...lembut jer isinya. Takdan simpan untuk dinner....habis anak2 mengulang dua tiga kali.


Sambal sotong petai

5 papan petai - ambil isinya
3 ekor sotong saiz besar (lebih kurang 1 kg) - potong ikut citarasa
2 sb cili kering kisar
2 sb air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Hiris
2 inci halia
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih

Panaskan minyak. Tumis bahan hiris hingga naik bau. Masukkan cili, tumis hingga pecah minyak. Masukkan air asam dan perisakan dengan garam serta gula secukup rasa. Tumis hingga semua bahan mesra.

Masukkan petai. Biarkan seketika. Kacau sesekali. Agak2 2 hingga 3 minit masukkan sotong. Gaul rata. Tumiskan hingga sotong masak.

**** masak sotong dan udang jangan terlalu lama. Guna api yang kuat supaya proses memasak tu dapat dilakukan dalam tempoh singkat. Sotong dan udang kalau terlebih masak akan jadi keras dan kurang enak dimakan.


Tuesday, August 7, 2018

Kerabu Maggi Thai


Sarapan.....kerabu megi ala thai.......lama dah beli megi thai ni......sebulan lebih gamaknya.....masa tu satu opis semangat nak buat kerabu megi.... Saya ni tertangguh sebab macam2 hal....stok sea food pun takde....buat yang ni pun takde udang....semalam lupa nak menjengah masa beli barang kat supermarket. Takpe la apa yang ada. Saya buat tak banyak sayur....nanti anak2 susah nak makan.....terkuis2 ketepikan sayur . Kacang panjang saya hiris nipis....serai saya ketuk jew.....daun ketumbar pun sama kena hiris kecik2....bawang guna ciput jew....lain kali nak wat dua versi.....versi anak2 riang dengan versi mak bapak....baru puas...

Resepi olahan dari sumber mr google yang budiman...



RESEPI KERABU MAGGI ALA THAI

* tiada sukatan bahan sebab untuk kerabu ni terpulang pada citarasa nak banyak mana....yang suka makan sayur boleh lebihkan kuantitinya...begitu juga sebaliknya.

BAHAN-BAHAN

Maggi Thai
Crab stick
Sotong
Udang
Tomato (dipotong dadu)
Serai (dihiris halus) - saya ketuk jew sebab nanti anak2 tak suka tergigit serai tu
Bunga kantan (dihiris halus)
Kacang panjang (dihiris halus)
Lobak merah - (hiris lidi)
Cili padi (hiris halus)
Daun ketumbar (dihiris halus)
Daun limau purut (dihiris halus)
Lemon/limau nipis/limau kasturi (diperah)

CARA-CARA

1. REBUS / CELUR

Pertama sekali, rebuskan maggi terlebih dahulu. Bila dah agak-agak lembut sedikit, masukkan celurkan udang / sotong & crab stick.

2. MASUKKAN BAHAN-BAHAN LAIN

Seterusnya, masukkan bahan-bahan lain seperti cili, serai, tomato, daun ketumbar, daun limau purut, bunga kantan, dan kacang panjang yang dihiris halus.

3. PERAH LEMON/limau nipis/limau kasturi

Untuk mendapatkan rasa masam-masam yang ‘kaw’ tambahkan sedikit perahan lemon.

4. BUBUH PERENCAH

Akhir sekali, guna perencah maggi Thai dan gaulkan semua bahan hingga sebati. Tak perlu tambah apa-apa lagi dah sebab ia memang dah secukup rasa.


Popia Cabonara Cheese


Ni salah satu resepi yang makan masa lamaaaaa sgt baru datang mood untuk mencubanya.....mula dengan malam minggu lalu...pegi bawak anak2 makan western food kat gerai2 kampung....sebelah gerai tu ada gerai jual bege dan popia cabonara....semangat jadi berkobar2 nak tahu rasanya......tapi tak oder pun....sbb kekenyangan makan chic chop.... Ahad baru berkesempatan cari bahan2.....bahan dah ada tunggu mood rajin pulak....sekali tengok si @foodiebyme dah post kat ig......eh....mana jadi ni.....beliau telah mendahului ku....hhehehehe.


Balik....lepas layan husna dan nek pah.....start la mengerjakan popia cabonara ni dengan bantuan anak2 ribena....beriya nak tolong ummi....jadilah popia kecik beso kecik beso.....dengan bahan nya pun ikut sesedap rasa jer potongannya....dah penat tolong ummi.....teringin pulak nak rasa hasilnya......goreng la separuh....sedap kata diorg......esok nak.bawak sekolah..... Huhuhu.....breakfast ummi dah jadi dinner.....anak2 ribena makan separuh popia tu....acener tu.....esok ummi kena la masak benda lain jugak utk breakfast.....topup popia yg tinggal sikit tu....

Resepi ni saya google kat tenet....saya olah ikut kesesuaian citarasa. Ramai yang nak mudah guna sos cabonara instant dalam botol atau tin. Tapi kalau buat from scratch macam ni pun tak susah mana...sekejap jer inti dah ready...jimat pun jimat.



RESEPI POPIA CARBONARA CHEESE

BAHAN UNTUK INTI

4 keping dada ayam (dipotong kecil / cincang )
8  batang Crab Stick (hiris bulat)
8 batang sosej (hiris memanjang atau bulat)
1 pack (200gm) Cendawan butang (dicincang)
1/2 biji Capsicum (dipotong dadu kecil)  (Optional)
Sayuran - sengkuang/lobak merah - hiris lidi
Serbuk lada hitam secukup rasa
1/2 sk italian spice
Garam secukup rasa
2 sb Tepung gandum
1 cawan Susu ( Full Cream/ Cair )
Air secukupnya
Cheddar cheese secukupnya (nak letak banyak mana terpulang citarasa) - saya guna 100gm - selebihnya saya hiris nipis dan letak masa menggulung popia.

1 biji Bawang besar*
5 ulas Bawang putih*
(* bahan ni dicincang halus)
Sedikit Minyak dan mentega untuk menumis

Hirisan keju cheddar


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Panaskan minyak dan mentega.
2. Kemudian tumis bawang putih dan merah.
3. Bila bawang telah naik bau, masukkan isi ayam dan cendawan. Tumiskan seketika.
4. Kemudian  masukkan sosej.
5. Kemudian letak tepung utk pekatkan kuah.
6. Kemudian masukkan susu dan keju (yang dipotong kecik2). Tambah air jika perlu.
7. Masak sekejap sampai kuah pekat. Perisakan dengan serbuk lada hitam, italian spice dan garam secukup rasa.

8. Sebelum tutup api masukkan crab stick.tujuan masukkn kemudian supaya tak hancur. Bila dah tutup api baru saya masukkan sayur sayuran termasuk capsicum, sebab takmo sayur lunyai sangat....nanti nak digoreng.

Akhir sekali gulung mcm biasa. Letakkan sekeping hirisan keju.

Tips masa goreng:

Api jgn kecil sgt sbb kalau lama die akn kluar inti n bocor. minyak pun kotor.







Saturday, August 4, 2018

Creampuff


Ni lagi menu potluck semalam. Creampuff. Niat asalnya nak buat chocolate creampuff tapi apakan daya lebih siapkan filling chocolate tu, habis langsung stok choco powder kat rumah. Jadi kali ni plain puff dengan chocolate cream filling jer yang mampu disediakan.


CREAMPUFF

150 gm tepung gandum
100gm mentega
250ml air
sedikit gula
3 biji telur (size A)

panaskan air..masukkan butter n gula...biar cair...api kecik ek...da cair masukkan t.gandum..kacau hingga  tak melekat
ketepi dan sejukkan...

dah sejuk mixer ngan telur..(masukkan telo satu per satu ye...biar sebati baru masuk lg sebiji)
mixer hingga kembang...
bentukkan atas loyang yg da disapu butter
panaskan oven 180-200c..bergantung pada oven ye..
semburkan air dan bakar selama 30 minit..biarkan sejuk..bole letak filling


INTI KRIM COKLAT 

Bahan2:

250 ml susu/krimer sejat
150 ml air suam
60 g serbuk koko
40 g tepung jagung
160 g gula halus - boleh adjust sekiranya koko yg kita guna agak pahit
60 g mentega
1 sk esen vanilla

3 cawan Whipped Cream (yang telah dipukul kembang)

Cara2:

1) Campurkan susu, air suam, serbuk koko dan tepung jagung di dalam satu bekas. Kacau hingga sebati.
2) Tapis campuran bahan di atas dan tuang ke dalam periuk berisi gula.
3) Kacau dan masak dengan api perlahan sehingga pekat.
4) Masukkan esen vanilla dan mentega. Kacau sebati dan matikan api.
5) Biarkan sejuk sebelum digunakan. Dah sejuk gaulkan dengan whipped cream. Sedia digunakan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...