Thursday, March 31, 2016

Daging Goreng Daun Kucai


Daging goreng daun kucai menu pilihan malam ni. Lauk tambahan bersama kari kepala ikan. Ada ramai tetamu malam ni.


Daging goreng daun kucai @ ZLC

500 gm daging lembu - hiris nipis
Secekak daun kucai
5 pokok daun bawang
10 biji cili padi - belah 2
1 biji bawang besar - potong bulat
6 ulas bawang putih - ketuk
3 inci halia - hiris kecil
10 sb kicap manis
Sedikit lada hitam
Minyak untuk menumis
Air secukupnya

Rebus daging hingga empuk di dalam kuali. Masak hingga air rebusan kering. Masukkan minyak. Goreng daging sebentar. Masukkan bawang2, halia dan cili padi. Tumis hingga naik bau. Masukkan kicap. Tumis lagi hingga kicap meresap ke dalam daging. Perisakan dengan lada hitam. Gaul sebati. Masukkan daun kucai dan daun bawang. Gaul rata dan tutup api.


Bubur Butir Nangka

Rezeki dapat nangka free. Dalam perjalanan balik dari kampung, kitrg singgah kat gerai tepi jalan.....beli air tebu.....cuaca panas meneheng.....memang sedap dapat minum air tebu sejuk. Kat gerai tu ada la pulak tayang nangka masak...baru belah...bergetah2. Ingatkan untuk jual....saya minta nak beli. Sekali gitu akak tu bagi jer sbb dia kata nangka tu org sedekah kat dia.....jadi dia tolong panjangkan sedekahnya.... Alhamdulillah..moga bertambah luas rezeki orang2 yg memberi nangka tu.


Memandangkan saya ni tak boleh makan nangka mentah, saya buatkan bubur butir nangka dan saya campurkan isi nangka tu...bau mengancam....tak sabar nak makan. Saya masak untuk minum petang. 


Bubur butir nangka

15 ulas nangka - buang biji dan hiris
1/2 paket tepung pulut
1 kotak santan
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Bancuh tepung pulut bersama sedikit garam dan air secukupnya hingga menjadi doh yang senang dibentuk. Didihkan air di dalam periuk. Ambil sedikit doh dan bentukkan ikut citarasa - buat hingga doh habis. Rebus doh hingga timbul. Angkat dan toskan. Buang air rebusan. Satukan butir nangka yg telah direbus, nangka, gula, garam dan santan serta air.  Masak hingga mendidih. Tutup api.


Sandwich Sardin

Meroti lagi untuk sarapan dan bekal anak2. Roti tu pagi ni saya buatkan sandwich sardin.  Bila anak saya balik sekolah, dia mengadu bekal yang dia bawa dia dapat makan sikit jer sebab kawan dia makan.....kawan dia kata roti ummi buat tu lembut dan sedap sangat. Tiap kali anak saya bawa bekal roti, mesti kawan dia pow sikit.......pastu kawan dia ni siap nak tempah lagi....

Alhamdulillah....hepi dan kembang hati ummi dengar roti ummi ada peminatnya dan menepati citarasa.....nanti pencen ummi biz roti, anak2 tolong jual ....hahaha.....sukanya hatiku.

sandwich tu saya potong kecil2.....ble sekali ngap jer....senang dan tak jatuh2 intinya nanti.

Roti yang dibakar sempurna tahan lebih lama. Pastikan dah sejuk betul2 baru simpan dalam bekas supaya roti tak berpeluh dan jadi lembab.

Resepi Roti Wholemeal @ ZLC

440 gm tpg roti
60 gm tpg wholemeal
10 gm yis (guna sepaket 11 gm tu pn ok)
50 gm gula castor
5 gm improver ( saya guna 10 gm kfine cream)
50 gm butter/margerin
290-300 ml air ais + 2 sb susu pekat.
5 gm garam (saya tambah)

Satukan bahan dan uli hingga doh licin. Perap doh selama sejam. Tumbuk doh. Bahagikan adunan....saya guna ring roti arab. Berat doh 110 gm seketul. Dah siap bentuk, biarkan naik dua kali ganda atau proof 30 minit. 15 minit sebelum tempoh proof tamat, panaskan oven suhu 180 C. Dah siap proof boleh la bakar selama 20 minit atau hingga keperangan.


Untuk Inti sardin

1 tin sardin - toskan kuahnya - hancurkan
Sedikit garam
Cili padi atau cili merah buang biji dan cincang kecil
Bawang besar cincang kecil
Sedikit perahan limau
Tomato buang biji dan cincang kecil
Mayonis (pilihan)

Satukan dan gaul rata


Karipap inti sardin

Setelah begitu lama tak buat karipap akhirnya terjebak juga hari ini. Baki inti sandwich untuk bekal dan sarapan anak ke sekolah saya buatkan karipap untuk sarapan pagi atuk pulak.

Macam2 bentuk ada.....suka2 melepas gian lama tak mengelim karipap....hahhaha. Buat karipap sardin paling senang sebab cuma perlu hiris dan gaul jer...tak payah nak tumis bebagai. Kalau org yg tak pandai seni kelim karipap ni pun no hal...ble jer.


Karipap inti sardin ZLC

Untuk inti

Bahan2nya

1 tin besar sardin/mackerel ditos sosnya dan dibuang tulangnya (tinggalkan sos dalam 1 sb jer)
2 biji bawang besar (kuning) dicincang
15 biji cili api dihiris halus (kalau nak lagi pedas ble tambah)
1 sk garam/secukup rasa

------------------------
Hancurkan ikan.
Gaul dengan bawang, cili dan garam hingga rata.
Dah boleh guna....

Doh karipap

1 kg tepung gandum
1 cawan minyak masak/butter yang dipanaskan
400 ml air sejuk/air ais
2 sk garam

Cara2

Masukkan tepung dalam bekas.
Masukkan garam.
Lubangkan tengahnya tapi jangan sampai nampak dasar.
Tuangkan minyak panas. Gaul rata - gunala senduk atau sudu, jangan guna tangan sebab panas.
Masukkan air dan uli hingga sebati.
Perap 1 jam dan uli lagi sekejap dan bolehlah mula mengelim karipap.

(Boleh guna acuan karipap untuk mendapatkan bentuk dan saiz yg standard kemudian klemkan semula secara manual supaya tak pecah)

Untuk simpan frozen samada bakar sekejap kat dalam oven atau goreng sekejap, sejukkan dan simpan dalam freezer.


RESEPI APAM BELANDA


Aritu tengok ada yang post resepi apam belanda kat group masakan. Tengok macam menarik tapi resepinya bila baca macam tak betapa nak betul sangat....tu yang saya google resepi dan jumpa kat blog hanafamilies dan sumber asalnya sajionline. Hasilnya memang mendapat pujian. Saya takde acuan khas jadi guna acuan kuih cara/baulu ni jer.

RESEPI APAM BELANDA @ ZLC

Bahan-bahan

  • 250ml susu cair
  • 150 tpg gandum
  • 50g tpg jagung
  • 40g gula halus
  • secubit garam
  • 1 sudu kecil yis
  • 2 biji telur
  • 60g mentega - cairkan
  • INTI - coklat chip,  inti kaya, kacang merah.



Cara-cara

  • Satukan bahan kering dan gaul rata. 
  • pukul telur guna garfu sekejap. masukkan telur beserta susu cair ke dalam tepung dan gaul sebati.
  • rehatkan adunan selama sejam. Tutup bekas.
  • kemudian masukkan mentega yg dcairkan tadi dan gaul semula sebati.
  • panaskan acuan ( kuih cara atau bahulu ) dan oles minyak.
  • sudukan adunan 1/2 acuan  dan masukkan inti kegemaran.
  • tuang lagi adunan memenuhi acuan.
  • Bila dah kembang dan kuning, angkat! 

****kuih ni cepat hangus sbb ada campuran susu jadi guna api perlahan dan tutup acuan dengan tudung periuk ketika memasak supaya kuih cepat masak.


Tuesday, March 29, 2016

Gulai lemak pisang muda dengan ikan masin

Gulai lemak pisang muda dengan ikan masin jadi menu pilihan tengahari semalam.....masakan kampung lagi. Pisang ni saya beli dari gerai tepi jalan selepas pekan Kampung Gajah. Borong sekali pisang tanduk, pisang abu, pisang awak, asam keping dan tepung goreng pisang. Kami sengaja lalu jalan dalam sebab boleh tengok2 kawasan kampung, sungai, sawah (tapi kali ni sawah belum musim menanam lagi). Ada penjual2 sayur atau produk kampung yang lain boleh singgah beli. Kalau ikut highway bosan, takde pemandangan yang menarik nak di tatap. Tapi bila ikut jalan dalam ni masa perjalanannya jadi lebih panjang....jalan sempit dan tak rata, kalau kena follow belakang lori atau bas jenuh la jugak. 

Bebalik kepada cerita gulai ni, bukan saya yang masak, atuk dengan kakak yang masak.....hehehe. Saya jadi jurufoto ngan tukang makan jer. Masa kat kampung, gulai ni salah satu menu kenduri kendara juga....sedap sangat bila dihidangkan dengan pekasam goreng, sambal belacan, ulam2, ikan goreng.....makan ramai2 kat bawah pokok atas pangkin.....rindunya suasana kampung dulu2.

 
Gulai lemak pisang muda dengan ikan masin @ ZLC

Bahan2
 
1/2 sisir pisang muda ( Pisangnya agak besar jadi masak separuh aje - saya guna pisang emas)
1 biji kelapa ambil santan secukupnya 
1 keping ikan masin - kalau ada bahagian2 tulang tu pun ok (Kurau/talang) - potong kecil
garam secukup rasa
2 batang serai - ketuk
2 keping asam gelugur (optional kalau saya tak letak ikan masin - kalau guna ikan masin saya tak letak asam gelugur)

Bahan2 ditumbuk halus
 
5 ulas bawang merah
15 biji cili padi(cili padi ni adjust ikut kepedasan yang kita suka)
1 inci kunyit hidup 
segengam ikan bilis kopek (optional kalau saya tak guna ikan masin, saya letak ikan bilis sebagai perencah)

Cara2 menyediakannya
 
Pisang di potong hujung & pangkal, siat2 lapisan kulit hijaunya sahaja dan barulah dipotong serong. Masukkan pisang dlm periuk dan masukkan air agak2 sama paras dgn pisang. Rebus pisang (jangan lama sangat, agak2 dalam 5-7 minit), toskan. Masukkan pisang yang dah ditos ke dalam periuk semula.
 
Kemudian, masukkan santan serta semua bahan2 lain. Didihkan santan sambil sentiasa dikacau agar santan tak meruap dan pecah minyak. (Kalau buat pati santan boleh tuangkan pati santan). Biarkan seketika dan perisakan dengan garam secukup rasa.  Tutup api dan bolehlah dihidangkan dengan lauk2 pilihan yang lain.

***** Kalau masak menggunakan ikan masin, seelok-eloknya ikan tersebut direndam seketika. Garam diletakkan kemudian, biasanya sebelum tutup api sebab rasa masin dari ikan akan turun ke kuah dan kadang2 kita perlu tambah sedikit saja garam. 



Monday, March 28, 2016

Gulai pucuk ubi tumbuk

Semalam punya cerita. Menu makan tenghari di kampung, masakan sepupu saya, Kak Mah. Dah namanya rezeki Allah dah tentukan, plan asal nak amik atuk kat kampung, tengahari singgah jer mana2 makan. Tapi tak lama selepas kami sampai, sepupu datang hantar gulai ni dan ikan masak taucu. Rupanya atuk ada menyebut teringin nak makan gulai ni masa sepupu datang jenguk dia petang sebelum tu. Alhamdulillah dapat tumpang sekaki melepaskan rindu pada masakan ni.

Rasa dia????.....Subhanallah.....sedapnya....cukup pedas, lemak, masinnya. Dah lama benar tak menjamah masakan ni. Dulu masa duduk di kampung selalu juga la masak pucuk ubi tumbuk ni....masuk terung rembang/pipit atau petai.

Gulai pucuk ubi tumbuk ni banyak juga versinya, ada yang tambah taucu, ikan masin.....ada yang tak rebus dulu pucuk ubinya - tumbuk dan terus masak dengan santan dan lain2. Ada sesetengah tu tak tumbuk tapi lepas celur dihiris halus jer....

Gulai pucuk ubi tumbuk @ ZLC

Bahan2:

pucuk ubi dalam dua cekak - tanam sendiri jadi takde la ikat2
2 kuntum bunga kantan - hiris
2 batang serai - ketuk
1 keping asam gelugur
santan dr sebiji kelapa
garam secukup rasa

Tumbuk 

15 tangkai cili padi (ikut nak pedas mana)
5 ulang bawang kecil
1 ketul kunyit hidup

1 genggam ikan bilis (tumbuk jangan halus sangat)

cara2:
  • celur pucuk ubi - separa empuk je, tos dan tumbuk halus (jangan sampai lumat).
  • tumbuk sedikit ikan bilis
  • tumbuk lumat cili padi, kunyit dan bawang.
  • masukkan semua bahan ke dalam periuk.
  • didihkan pada api perlahan, perisakan garam secukup rasa.

*****Petua/cara orang dulu2 kalau masak lemak terutamanya
  • Masak gulai guna bawang kecil, jangan guna bawang besar
  • guna kunyit hidup 
  • guna garam kasar yang ditumbuk sekali dengan bawang, cili
  • santan kena perah patinya dan ketepikan, kemudian baru perah yang cair. Pati santan dimasukkan kemudian, setelah gulai mendidih. Pastikan masak gulai lemak jangan sampai santan pecah minyak, kena selalu kacau dan jangan tinggalkan periuk atas api tanpa dijaga. 

Saturday, March 26, 2016

Kek Mulberry butter cheese


Sejak ternampak post Noor Abdul Rahim @ group buku resepi saa memang tak sabar2 nak buat. Blueberi takde tapi mulberi tengah masak kat pokok depan rumah. Cream cheese almarai yg beli kat kedai arab dua minggu lepas pun belum guna lagi.....bahan kira lengkap dah....

Tengahari anak buah call kata nak dtg....apalagi....saya teruskan jer niat yg terpendam. Maka terhasil la kek mulberi yg sedap ini......menggunakan resepi asal kek blueberi cream cheese resepi noor abd rahim ni...

Kek Mulberry butter cheese

bahan-bahan :

2 1/4 cawan tepung naik sendiri - diayak (saya guna tepung gandum + 1 sb baking powder)
1 cawan butter (250g) - suhu bilik
1 cawan gula halus
4 biji telur gred A - suhu bilik
1 sudu kecil esen vanila
250g cream cheese - suhu bilik
200g buah blueberries - saya guna mulberi

cara-cara :
1. Pukul butter & gula hingga kembang & pucat.
2. Masuk kan esen vanila & telur sebiji demi sebiji sambil pukul ligat & pastikan tidak bergentel.
3. Masuk kan cream cheese & pukul sebati.
4. Masuk kan tepung, gaul cara kaup balik. Jgn terlebih menggaul.
5. Masukkan mulberi & gaul hanya sekadar bercampur.
6. Tuang ke dalam acuan atau loyang 9 inci yg telah dialas dgn kertas pembakar atau disapu dgn butter/minyak.
7. Bakar didalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 170 darjah celcius selama 50 minit atau sehingga kek masak bergantung pada oven masing-masing. Sebaiknya cucuk dgn lidi untuk pastikan kek masak.

Ini lah rupa buah mulberi yang saya tanam depan rumah. Musim panas ni buahnya tak banyak sangat tapi hapi juga sebab tanam sendiri.

Kuih lompang pandan


Aktiviti lepas subuh....menyiapkan 100 biji kuih lompamg. Ada mak buyung mengidam. Cari kat gerai takde pulak yang menjual. Saya masih gunakan resepi Hazel @ My Resepi ni....sebab kejadiaannya ok. Lesung pipitnya terserlah. 

Lompang ni saya tak buat warna-warni. Buat satu warna jer....guna daun pandan. Tapi daun pandannya tak banyak sangat jadi warna hijau pandannya hijau manja gitew....hihihi.



KUIH LOMPANG @ ZLC

2 1/2 cawan tepung beras 
1/2 cawan tepung sago (saya guna tepung ubi))
1 cawan gula pasir
4 cawan Air ~ 2 cawan kisar dengan daun pandan, tapis dan 2 cawan lagi di masak bersama gula
Daun Pandan ~ di simpul
Acuan secukupnya
Kelapa parut putih sahaja
secubit garam

Panaskan kukusan
Masak 2 cawan air bersama gula dan daun pandan hingga gula larut 
Dalam bekas lain satukan tepung beras dan tepung sago/ubi
Campurkan dengan 2 cawan air lagi dan kacau rata
Tuangkan adunan air gula ke dalam adunan tepung
Kacau rata dan kemudian di tapis
Adunan ini akan menjadi adunan yang terlalu cair
Kacau rata

Acuan di oleskan dengan minyak jagung atau minyak masak
Susun dalam kukusan
Tuangkan adunan dalam bekas acuan
* tuang adunan 3/4 acuan sahaja, jika lebih lekuknya atau lubangnya nanti tidak berapa jelas
Tutup kukus dan kukus selama 15 minit
* tutup kukusan boleh balut dengan kain supaya air kukusan tidak menitis atas kuih
Bila dah masak, tunggu sejuk baru keluarkan dari acuan
Kuih lompang di hidangkan dengan kelapa parut yang di gaulkan dengan sedikit garam




Thursday, March 24, 2016

Saute meatball pasta


Menu pasta ringkas. Bila dah ketandusan idea memasak, mula la ummi mereka2 resepi.... Resepi pasta ni ketegori resepi hentam kromo. Janji ada rasa dan bisa ditelan oleh tekak penduduk kawasan ni....hahaha.

Saute Meatball Pasta (Pasta Bebola Daging Tumis) ZLC

1 paket bebola daging
1/2 paket pasta - rebus ikut arahan dipembungkus
1 sk serbuk lada hitam
keju parmesan - pilihan
1 biji bawang besar potong dadu
6 ulas bawang putih - cincang halus
garam secukup rasa
minyak zaiton untuk menumis

Panaskan minyak ke dalam pan. Tumiskan bebola daging selama lebih kurang 2 minit. Masukkan bawang2 dan tumis lagi hingga naik bau. Masukkan lada hitam, kacau rata. Masukkan pasta dan gaul sebati. Masakkan selama 2 minit. Perisakan dengan garam secukupnya dan hidangkan. Jika suka taburkan keju parmesan.



Prata Wraps


Hari minggu aritu punya cerita. Tengahari dah pekena nasi ayam super special ZLC (resepinya klik di sini). Malam baki ayamnya tu saya buat prata wraps pulak. Nasi yang dimasak tinggal sikit. Nak masak lain malas pulak. Senang cerita. Suka pulak anak2.....saya letak cheese cheddar, cream cheese, hirisan kobis dan tomato. Bawang tak letak untuk anak2 sebab diorang tak suka. Yang sulung siap request nak bawa bekal besoknya.....

Mudahkan....cara lain untuk menikmati roti prata.....

Prata Wraps ZLC

Roti prata segera (saya guna jenama kawan)
Hirisan daging ayam (yang telah dimasak - goreng @ bakar) - saya guna  ayam bakar - nak guna lamb atau daging lembu yang dah dibakar pun boleh....saki baki bbq dan lauk
Tomato potong kiub
hirisan daun salad atau kobis
Karot dipotong lidi (kalau suka)
Hirisan bawang holland
Cream cheese
Hirisan Keju cheddar

Masak prata dikedua2 belah. Kemudian letakkan bahan2 di atas dan lipat prata.....dah siap boleh la makan....kalau suka nak tuang sos...mayo...mustard pun boleh.


Apam nasi

Apam nasi resepi Myresepi ni memang terbaik....tak pernah menghampakan kalau ikut resepi betul2. Sesekali layan kuih ni memang happening....puas makan kalau buat sendiri camni. Guna nasi sejuk...tanpa perlu menapai.... Anak2 pun boleh tolong bancuh macam yang ini....saya wasap resepi minta tolong kakak dan anak saya bancuhkan, jadi bila saya balik kerja dah cukup perap dan boleh terus kukus....


Apam nasi @ ZLC

bahan2nya

~kisar halus~

2 cawan nasi
1 1/2 cawan gula
2 cawan air

~adun sebati bahan kisar dengan~

2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 paket yis (11 gm)

Selepas perap sebelum kukus saya masukkan 1 paket eno paket biru.

Cara2nya

Perap adunan selama sekurang2nya 1 jam. Kacau adunan. Warnakan ikut citarasa.
Sementara itu panaskan air kukusan. Oles acuan  dengan sedikit minyak.....
Sudukan afunan ke dalam acuan dan deco ikut citarasa...
Kukus 10 - 15 minit bergantung saiz acuan. Pastikan punutup kukus dibalut dengan kain supaya wap tak jatuh atas apam.
Sejukkan sekejap apam selepas dikukus sebelum dikeluarkan dari acuan. Saya susun di atas redai untuk menyejukkan apam sebelum disimpan di dalam bekas supaya bahagian bawah apam kering.

Wednesday, March 23, 2016

Asam rebus bawal cermin membuka selera

Asam rebus....masakan mudah yg pada saya sungguh menyekerakan apabila dihidangkan dengan nasi panas. Masakan ni sihat...takde minyak. Kalau org yg pantang belacan ble abaikan penggunaan belacan tu. Dapat ikan fresh lagi terangkat masak cenggini.....jom buat.


ASAM REBUS BAWAL CERMIN ZLC

6 ekor ikan bawal cermin
3 keping asam gelugur
1 batang serai diketuk
Daun kesum/cendehum
2 biji tomato belah empat
Bendi (kalau ada)
Garam secukup rasa
Air secukuonya

Kisar atau tumbuk

5 biji cili merah
1 biji bawang besar saiz sederhana
Belacan sebesar ibu jari
Seketul kunyit hidup

Satukan semua bahan kecuali tomato dan kesum. Masak hingga mendidih dan ikan masak serta bendi empuk. Masukkan tomato dan daun kesum. Renihkan selama 2 minit dan tutup api.


Monday, March 21, 2016

Sambal Tumis Sotong Campur Udang



Baru sempat nak update. Menu sarapan kat kampung. Cuti kali ni ramai juga yg berkumpul kat kampung. Udang baki goreng char kuay tiaw dan sotong cumi yang dibeli di pasar petang kuantitinya tak banyak sangat kalau nak di masak satu jenis jer. Jadi kena la campur udang ngan sotong tu. Saya masakkan sekali harung orang kata....nak masak asing2 leceh la pulak. Lagipun diorg ni sama jer kan keturunan air masin.....sabo je la ye...

Sambal ni nak makan dengan nasi lemak. Saya masak sambal, biras masak nasinya....gotong royong membawa berkat...


Sambal sotong campur udang ZLC

1 kg sotong cumi (sotong kecil yang nak masaknya, basuh2 terus masak....tak payah nak siang2)
20 ekor udang saiz XL
2 senduk cili kering kisar
*2 biji bawang besar
*1 labu bawang putih
2 biji bawang besar potong bulat
Minyak secukupnya untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
2 batang serai ketuk
1 cawan air asam jawa cair

*Kisar. Masukkan minyak, cili dan * dalam kuali dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan serai dan gula kacau rata hingga gula cair. Masukkan pula air asam jawa. kacau sebati. Masukkan udang dan sotong. Tumiskan hingga kedua2nya masak. Perisakan dengan garam secukup rasa dan masukkan bawang hiris. Masak seketika hingga bawang sedikit layu. Tutup api dan sedia dihidangkan.

**** sesetengah orang suka sambal yang berminyak untuk kelihatan lebih menarik tapi saya biasanya menggunakan minyak yang tidak terlalu banyak. Cili kena masak betul2 hingga pecah minyak untuk menghilangkan bau cili mentah dan kurang enak dalam sambal tumis nih.




Kuay Tiaw Goreng Segera

Kuay tiaw goreng segera guna paste char kuaw tiaw. Senang sangat. Tak payah nak kisar cili...kupas bawang....tumis2....sekejap dah siap dengan pes char kuay tiaw istimewa ZLC. Dengan pes ni cuma tambah sayuran dan perencah pilihan jer.....garam, sos, kicap semuanya dah secukup rasa.  Resepi paste klik di sini yer. Sesuai sangat untuk ibu2 bekerja yang kesuntukan masa untuk menyediakan sarapan keluarga. Buat pes tu banyak2 dan simpan dalam peti sejuk. Perencah dan sayuran tu boleh potong dan bersihkan siap2 malamnya dan simpan dalam peti sejuk. Sangat mudah dan menjimatkan masa. Berbaloi2 dan menepati citarasa....


Kuay tiaw goreng ZLC

1 paket kuay tiaw (500 gm) 
2 senduk pes char kuay tiaw ZLC-  Resepi paste klik di sini yer.
sotong/udang/isi ayam/kerang secukupnya
Sayuran - sawi/tauge/kucai/kobis
6 sb minyak

Panaskan minyak ke dalam kuali. Masukkan sotong/udang/isi ayam/kerang. Kacau seketika. Kemudian masukkan pes dan gaul rata. Biarkan sotong/udang/isi ayam/kerang masak. Setelah itu masukkan kuaw tiay dan gaul sebati hingga pes meresap ke dalam kuay tiaw. Akhir sekali masukkan sayuran. Kacau dan masakkan hingga sayuran masak. Jangan lama sangat, nanti sayur benyek tak sedap. Setelah itu tutup api dan hidangkan segera.

******Masak dengan api maksimum untuk rasa yang lebih istimewa.







Kuih Nagasari

Kuih nagasari...kuah traditional yg jarang jugak nak jumpa orang buat jualan. Rasa dia lemak, dan sedap gitew. Nak buatnya takde la susah mana cuma yang lecehnya nak cari daun pisang tu....pokok kat surau blum membiak dengan jayanya lagi dan entah pisang apa yg tak pasti kesesuaiannya untuk digunakan.....hahahaha....alasan tak ble blah....okay la tu....tak buat dapat makan juga.....camna tu erkkk..... 

Kisahnya begini.... Balik kampung aritu tengok pisang abu masak banyak....bersikat2. Dok fikir juga nak buat apa....sayang kalau dibiarkan busuk. Last2 kakak ipar offer nak buat nagasari....jadi kesimpulannya kuih ni bukan saya yang masak....tapi kakak ipar yang yang buat dari A-Z. Saya tolong ambil gambar, pos kat sini dan pertolongan paling besar yang saya buat ialah...tolong peghabihkan kuih tersebut.....kikiki....

Kuih Nagasari @ ZLC

BAHAN-BAHANNYA :

1 cawan tepung beras
5 cawan santan
2 camca besar penuh tepung jagung
2 camca besar rata gula
1/2 camca teh garam
Pisang raja secukupnya - dibelah 2 (kali ni guna pisang abu jer)
Daun pisang yang dilayurkan secukupnya 

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan tepung beras, santan, gula, garam dan tepung jagung, kacau rata dengan whisk hingga rata. Tapis bancuhan tadi ke dalam periuk. Kacau tanpa henti atas api sederhana hingga pekat dan kental. Kemudian matikan api. Biar suam.
  2. Ambil daun pisang yang telah dilayur dan potong pada saiz sesuai. Letak 1 1/2 camca besar adunan tepung, ratakan. Letak 1/2 bahagian pisang. Letak sedikit lagi adunan tepung atas pisang dan kemaskan. Balut seperti membungkus lepat pisang atau balut la pesen mana pun janji berbalut dan adunan tak terkeluar. Buat hingga siap
  3. Kukus atas air menggelegak selama 30 minit atau hingga masak. Biar kuih sejuk sepenuhnya sebelum dihidangkan sebab kalau makan time panas nanti mulut melecur dan kuih ni lembik skit bila baru lepas kukus.

Sunday, March 20, 2016

Nasi Ayam Super Special ZLC


Dah beberapa hari tak update post kat blog ni. Ada dlm dua tiga draft tapi belum sempat nak siapkan. Kat kampung masa terhad sikit.....tak banyak masa senggang nak layan blog ngan page. Hari ni dah balik ke rumah ble la layan kejap. Pagi lepas sarapan, pegi beli ayam.

Sampai rumah layan pokok2 kejap..tukar pasu...tukar tanah dan tanam orkid dan anggerik yg MIL bagi. Sempat juga semai kunyit dalam pot kecik dan pokok pelembut daging yang dah nak pupus. Pasu kucai pun saya ganti tanahnya. Moga hidup subur pokok2 saya ni dalam musim panas meneheng nih.

Lepas siap berkebun baru la mula memasak nasi ayam super special ni. Kenapa super special.....sbb saya kombinasikan masakan melayu dengan arab. Saya guna sumac dan rempah mandy dalam masakan ni. Sumac dan rempah mandy boleh beli kat kedai arab. Sumac ni sejenis beri yang memberikan rasa masam2 macam lemon dan warna semula jadi kat masakan. Ikut kata kawan yang dok kat negara arab tu, sumac ni yang paling elok warnanya merah terang macam yang saya guna ni. Sedap kejadiaannya. Anak2 n hubby suka kira ok la kan.


Nasi ayam super special ZLC

Untuk ayam

1 1/2 ekor ayam - potong ikut suka
Rebus ayam separuh masak dengan:-

Air secukupnya
Garam secukup rasa
2 batang serai diketuk
1/2 sk serbuk jintan putih
1/2 sk rempah mandy (rempah nasi arab mandy)
1 sk serbuk lada hitam
3 keping asam gelugur
2 inci halia hiris nipis

Setelah ayam separuh masak angkat dan toskan. Gaulkan dengan:-

Sedikit garam
1 sk sumac
1 sk rempah mandy
1 sk serbuk bawang putih
4 sb minyak zaitun

Bakar hingga ayam masak dan keperangan.


Untuk nasi

2 cawan beras basmathi - basuh, rendam 30 minit dan toskan. Masukkan ke dalam periuk nasi bersama 2 1/2 cawan air rebusan ayam tadi. Tanak hingga masak.

Tumis

1 inci halia - potong lidi
1/2 biji bawang besar - hiris nipis
5 ulas bawang putih - hiris nipis
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1 sb mentega
5 sb minyak zaiton

Tumis hingga naik bau dan keperangan. Tuang kedalam periuk nasi yg telah masak tadi dan kareh rata.


Untuk sup

Baki air rebusan ayam
1 inci halia - potong lidi
1/2 biji bawang besar - hiris nipis
5 ulas bawang putih - hiris nipis
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
5 sb minyak masak

Tumis hingga naik bau dan keperangan. Tuang kedalam periuk rebusan ayam dan renehkan seketika.



Sambal kicap

4 biji bawang putih
15 biji cili padi - potong hujungnya supaya tak meletup
Kicap masin secukupnya

Goreng cili dan bawang putih hingga layu. Angkat dan toskan. Tumbuk lumat. Masukkan ke dalam mangkuk dan tuang kicap secukupnya.



Pelengkap hidangan

Ulam pilihan

Wednesday, March 16, 2016

Pasta Primavera


Sarapan pagi. Senang juga nak sediakan....tak perlu potong2 bawang bebagai. Pagi ni pulak semuanya ada urusan. Pagi2 kena keluar rumah. Memang sesuai sgtt la massk pasta primavera ni....cepat dan sedap. Anak2 pulak suka sos lemak2 berkrim ni. Ayah anak jer la tak berapa nak berkenan. Untuk resepi ni saya ambil daripada cooks.com.

Memang cari yg guna ricotta dan krim masam sbb saya ada stok ricotta dan krim masam tu. Tak guna2 lagi....beli dah lama. Asyik lupa jer kewujudannya dalam peti sejuk tu. 



Pasta Primavera @ ZLC

1 (16 oz.) pkg. Birds Eye broccoli, cauliflower, and carrots (1 paket 16 oz brokoli, bunga kobis dan lobak  - boleh ganti yg segar, saya guna kacang peas jer kali ni sbb takde stok)
8 oz. linguine (saya guna pasta linguine - boleh ganti dengan sebarang jenis pasta)
*1 (15 oz.) container Ricotta cheese (1 bekas 15 oz keju Ricotta - boleh ganti dengan keju krim)
*1/2 c. sour cream (1/2 cawan krim masam)
*3/4 c. milk (3/4 cawan susu)
*1/2 c. grated Parmesan cheese (1/2 cawan keju parmesan parut)
*1/4 tsp. basil (1/4 sk basil - saya guna basil segar)
*1/2 tsp. oregano (1/2 sk oregano)
*1/4 tsp. garlic salt (1/4 sk garam bawang putih - saya guna garam secukup rasa dan 1/4 sk serbuk bawang putih)
Cook vegetables as directed, using salted water. (Rebus/celur sayuran dengan air yg diletakkan sedikit garam).

Cook linguine as directed on package. (Rebus pasta hingga lembut ikut arahan dibungkusan.

Meanwhile, combine remaining ingredients and heat thoroughly, but do not boil. (Sementara itu, satukan semua bahan * dan panaskan tanpa mendidihkannya.).

Toss drained vegetables with drained linguine. Add cheese mixture and toss lightly. (Toskan sayuran dan pasta dan gaul rata. Kemudian tuangkan adunan keju dan gaul rata.)

Serve at once. Makes 5 servings.


Monday, March 14, 2016

Sup daging dan tempe goreng tepung

Menu simple pun sedap. Anak2 saya suka masakan sup2 macam ni, nasi pulak lembik2 sikit....perghhhhh....makin banyak diorang makan. Tambah pulak ada sambal kicap pelbagai guna yang ayah diorang buatkan tu. Sambal kicap tu untuk makan dengan sup dan cicah tempe goreng....yumyumyum. Gambar sambal kicap tak dan nak snap dah selamat sampai ke destinasi pun.
 


Sup daging @ ZLC

1/2 kg daging - saya rebus seketul2 hingga hampir empuk kemudian baru hiris. Jadi bentuk daging hirisnya lebih cantik. (Panaskan air hingga betul2 mendidih sebelum masukkan daging dan tutup periuk - rebus setengah jam bergantung saiz daging)

2 biji tomato
2 batang celery
garam secukup rasa
gula batu sebesar 1/2 ibu jari 

Rebus semua bahan di atas dengan air rebusan daging. Kemudian masukkan rempah tumis darat.

Rempah tumis darat

1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang.
5 kuntum buah pelaga
2 biji bawang besar - hiris
6 ulas bawang putih - hiris
5 inci halia - hiris
Minyak untuk menumis

Tumis semua bahan hingga naik bau dan keperangan. Tuang ke dalam periuk sup. Didihkan seketika sup tu. Bila daging dah betul2 empuk ble tutup api.

Tabur daun sup/bawang/ketumbar semasa menghidang atau boleh masukkan terus semasa memasak sup.



 Tempe Goreng Tepung @ ZLC

5 keping tempe - potong ikut suka
3 sb tepung goreng pisang adabi
6 sb tepung gandum
1 sb serbuk ketumbar
1 sb serbuk jintan manis
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Satukan semua bahan kecuali tempe dan minyak. gaul rata hingga dapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat (macam tepung goreng pisang tu le). celup tempe dalam adunan tepung dan goreng la macam biasa hingga garing. Cicah dengan sambal kicap untuk kenikmatan berganda.


Sambal Kicap Hubby @ ZLC

Resepi sambal kicap

5 ulas bawang putih
15 biji cili padi (belas sikit hujungnya supaya tak meletup masa goreng nanti)
kicap masin/manis (saya letak kicap masin sebab sambal ni nak makan dengan sup, biasa kalau nak cicah dengan goreng2an tu letak gula sikit atau guna kicap manis)

Goreng cili dan bawang putih dengan minyak hingga layu. Angkat dan toskan.
Tumbuk hancur. Masukkan dalam mangkuk. Tuang kicap secukupnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...