Friday, March 30, 2018

Shepherd Pie


Finally done cooking.....time to enjoy eating....lama dah tak makan sebab malas nak buat mashed potato.....rezeki semalam ada #leftovermashedpotatoes...hari ni impian jadi nyata. Resipi saya rujuk daripada Taste.com. Sedap...


Classic shepherd's pie

INGREDIENTS

1 sb minyak zaiton
1 sb serbuk cili
1 bawang holland - cincang halus
1 biji lobak merah - cincang halus
2 batang celery - cincang halus
4 biji tomato kisar 
500g lamb (kambing) cincang
Garam dan lada hitam secukup rasa
2 sb tepung gandum 
500ml (2 cups) air rebusan daging
1 daun bay 

Mashed potato

4 biji kentang russet (rebus dan lenyek)
40g mentega
125ml (1/2 cawan) susu
Mentega cair untuk sapu sebelum bakar


Cara-caraNya

Step 1

Panaskan minyak. Masukkan bawang, lobak, celery dan tumis selama 5 minit atau sampai lembut. Masukkan daging dan tumiskan selama 5 minit atau hingga berubah warna pucat.

Step 2

Masukkan tepung dan kacau sebati. Masak selama 2 minit. Tambahkan daun bay, air rebusan dan tomato. Biarkan merenih. Kacau sesekali. Masak hingga sos pekat. Perisakan dengan garam dan lada hitam.

Step 3

Sementara itu rebus kentang dengan air yg diletak garam secukup rasa hingga empuk.
Toskan. Satukan mentega dan kentang rebus. Lenyek kentang hingga hancur. Masukman susu dan gaul sebati. Perisakan dengan garam dan lada hitam secukup rasa.

Step 4

Panaskan oven pada auhu 200 celsius. Tuangkan daging ke dalam loyang/dulang atau bekas pilihan. Ratakan mashed potato. Ratakan dengan garfu hingga menutupi adunan daging. Sapukan dengan mentega cair. Bakar selama 20 minit atau hingga mashed potato kelihatan keperangan. Hidangkan ketika panas.

Thursday, March 29, 2018

Ayam Masak Cendawan Shitake @ ZLC


Ayam Masak Cendawan Shitake @ ZLC
http://zulfadreamland.blogspot.my
#laukZLC #ayamZLC

Ayam Masak Cendawan Shitake (Chinese style) untuk dinner malam ni. Semalam anak bertuah rendam sepaket cendawan kering yang ummi suh rendam 8 ketul untuk buat sizzling. Jadi malam ni kena la masak sesuatu yg menggunakan cendawan tu supaya tak rosak. 

Resepinya saya pernah post kat blog ni......antara popular post kat blog saya dah setahun lebih berada dalam carta....hehhehe. Resepi ni adik beradik resepi sizzling tu. Mudah nak disediakan dan sedap.


Sekejap ada...sekejap tiada....magic betul....ermmmmm sedap ler tewww. 
#ayammasakcendawanshitake hidang dalam pinggan #antik buat masakan tambah enak kot

Ayam Masak Cendawan Shitake @ ZLC
http://zulfadreamland.blogspot.my
300g ayam (potong kecil)
1 pek cendawan shitake atau cendawan butang (belah dua)
5 batang cili kering
5 butir bawang putih (ketuk jer)
halia lebih kurang sebesar ibu jari (hiris nipis)
1 biji bawang besar (potong bulat)
3 sudu sos tiram
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap cair (saya letak kicap pekat manis jer 4 sb)
lada putih secukup rasa
Air secukupnya
sedikit minyak untuk menumis


Langkah-langkah Penyediaan:

Panaskan minyak. Tumis bawang putih, halia dan cili kering sehingga naik bau. Masukkan sos tiram dan ayam. Masukkan air (ikut citarasa nak kuah banyak ke sikit) supaya ayam lebih cepat masak.

Tunggu hingga ayam empuk dan kuahnya mendidih.Masukkan cendawan, kicap pekat, kicap cair dan bawang yang dipotong bulat. Kemudian, masukkan lada putih dan minyak bijan. Gaul hidangan agar sekata. Sedia untuk dihidang.


Ayam masak cendawan ni saya tak letak garam sebab dah pakai sos tiram dan kicap.


Classic Waffle


Anak dara bancuhkan adunan...setonok nak main masak2. Hari2 minggu kalau afa kesempatan boleh la ummi layan requezt anak2 nak main masak2 kat dapur ni.


Classic waffle

2 cawan tepung gandum
1 sk garam
4 sk baking powder
4 sb gula
2 biji telur
1 1/2 cawan susu segar
1/3 cawan mentega - cairkan

Cara2nya

Satukan tepung, garam, gula dan baking powder didalam mangkuk pengadun. Ketepikan. Panaskan acuan waffle. Dalam mangkuk lain, pukul telur hingga kembang, masukkan susu, mentega cair dan vanila dan sebatikan. Tuang adunan ke dalam mangkuk tepung. Gaul sebati. Sendukkan adunan ke dalam acuan waffle. Masak.hingga keperangan. Hidangkan bersama mentega dan sirap maple.


Sizzling Yee Mee


Dinner malam ni....sizzling yee mee. Kita tak mampu lagi nak beli hotplate walaupun tiap kali pegi kedai nampak hotplate tu kita belek...kita tenung tapi masih tak tergamak nak beli. Kalau beli tak boleh beli satu....almaklumlah rakyat jelata ramai.

Tapi dek kerana teringin sangat nak buat sizzling ni.....sebab biasa makan kat kedai ala2 jer rasanya....bahan pun kurang jadi balik krojer lepas berehat sebentar kita pun masak le mee ni.

Pagi tadi sempat siapkan breakfast jer, lauk tak masak.....untuk dinner kena masaklah...kesian kat rakyat jelata.


YEE MEE SIZZLING DALAM PAN

Bahan-bahannya: (Untuk 3 orang)

3 gulung yee mee
5 ulas bawang putih - dicincang halus
1/2 inci halia - dicincang halus
Ayam - dipotong kecil (saya guna hirisan daging yang telah direbus empuk)
6 kuntum cendawan shitake kering - direndam hingga lembut dan dipotong 4
4 biji cili kering - dipotong-potong
4 sb sos tiram
6 sb kicap
1 sb serbuk lada hitam (boleh kurangkan ikut citarasa)
1 sk minyak bijan
2 sb tepung jagung + secawan air
Minyak untuk menumis
4 cawan air (saya guna air rebusan daging)

 Cara-caranya:

Tumis bawang putih, cili kering dan halia hingga naik bau.

Masukkan 4 cawan air rebusan daging. (Kalau nak kuah banyak, boleh tambah air). Masukkan sos tiram, kicap dan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih dan masukkan daging dan cendawan. 

Biarkan 2 - 3 minit. Masukkan air tepung jagung. Gaul rata dan kuah akan pekat. Kemudian masukkan minyak bijan, gaul rata. Tutup api.

Bila dah nak dihidangkan, masukkan 2 senduk kuah ke dalam kuali. Masukkan 1 gulung yee mee,
Biarkan mee lembut sedikit. Masukkan sayur sawi dan pecahkan sebiji telur. Jika perlu, tambahkan lagi kuah. Biarkan seketika hingga telur separuh masak. Tutup api dan angkat mee. Selamat mencuba...


** Kalau guna plate sizzling, kena faham bahawa plate tu dibuat drp besi... Jadi kalau dibiarkan basah atau lembab akan menyebabkan plate berkarat. Kalau dah berkarat tu, jgnlah dibuang, tapi cuci bersih2 sehingga hilang semua karatnya...

Cara nak mengelakkan plate besi tu dari berkarat ialah, selepas digunakan terus dibasuh dan terus panaskan di atas api hingga plate benar-benar kering dan sejukkan. Barulah disimpan di tempat yg kering...


Tuesday, March 27, 2018

Chicken Mandy


Dah lama tak masak nasi arab.....ada masa hari minggu yang lalu jadi buat la nasi mandy ni. Bagi saya nasi mandy antara nasi arab paling sempoi dan rasanya pun tak mengecewakan....sedap sangat sampai licin.


Ni kerja anak yang no 3......punya lama dia kat meja makan rupanya kusyuk menyusun nasi untuk buat ayat ni. Mulanya dia tanya kenapa masak nasi arab....kyra tak suka....kenapa tak masak nasi briyani....sedap sangat kuah dia. Tapi sekali dia makan air tangan ummi dia ni, bertambah-tambah....sampai mengulang dua tiga kali tak kenyang2....hahahha



Chicken Mandy @ ZLC

Bahan-bahan untuk Mandhi/mandy ayam:-

1 ekor ayam potong 4 atau 8/ikut suka dan di cuci bersih
1/2cmt ketumbar biji
1/2cmt jintan manis
1/2cmt lada hitam biji
1/2cmt all spices  (boleh beli kat kedai barangan timur tengah)
1 biji bawang besar-belah 4
1-2 helai daun bay
1 inci halia
Garam
air untuk merebus

Cara penyediaan:-

1. Rebuskan ayam dengan kesemua bahan di atas selama lebih kurang 10 - 15 minit bergantung pad pada saiz ayam. Saya tak rebus lama sangat kalau guna ayam daging ni sebab nanti nak bakar lagi. Kalau rebus terlalu lama dagingnya akan hancur.

2. Keluarkan, tapis air rebusan dan ketepikan. Gaul ayam dengan sedikit serbuk kunyit dan rempah all spices (baharat) dan bakar hingga keperangan.


Nasi Mandhi

Bahan-bahanya:-

4 cawan beras basmathi ~ rendam 30 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi (saya guna 2cmb ghee + 2cmb minyak masak)
5 1/4 cawan air/ stok ayam
1/3cwn kismis (optional)

Rempah tumis:-1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan nasi:

1. Didihkan stok ayam bersama ghee/ minyak, kismis dan rempah tumis hingga betul- betul memgelegak, dengan api yang besar masukkan beras tutup periuk dan kacau sesekali. Bila airnya hampir kering, tutup periuk dan kecilkan api. Masak dalam 5 -7 minit hingga nasi masak.

2. Setelah nasi masak, buka penutup dan kareh sedikit nasi, susunkan ayam dalam periuk, buat lubang ditengah-tengah nasi dan letakkan cawan kopi/lompang/ remekin, letakkan seketul kecil arang yang telah dibakar hingga berbara, tuangkan sedikit minyak masak/zaitun pada arang tu. Masa ni asap akan keluar berkepul-kepul...

3. Tutup periuk cepat-cepat, kalu ada lesung batu tindihkan atas tudung periuk tu kasi berast supaya asap tak keluar, biarkan supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi dan ayam lebih kurang 5-10 minit.

4. Buka tudung periuk dan keluarkan arang, kareh nasi dengan garfu.


5. Hidangkan dengan salasa tomato (blend 2-3biji fresh tomato + 1-2 biji cili hijau+1 biji bawang besar. Masukkan jus lemon dan garam serta gula secukup rasa. Jangan masak, terus hidangkan je..enak kalau sejuk, saya buat awal & simpan dalam peti sejuk sebelum nk hidang), jarjir/salad/lemon/carrot dan bawang besar. Siap!

NOTE:- Keistimewaan nasi ni terletak pada aroma asap. Saya dah mencuba beberapa resepi yang ada kat beberapa Blog yang lain tetapi rasanya agak berbeza dari apa yang saya makan so terpulang pada selera masing- masinglah nak menilaikan ikut tekak sendiri kan ...


Mee Kari Makcu dengan kesum


Menu sarapan sabtu lepas. kalau biasanya saya tak letak kesum, tapi hari ni sesaja masukkan sebab geram tengok daunnya melambai2 kat tingkap dapur tu. Sedap jugak letak daun kesum, penambah perisa gitew. Boleh diamalkan len kali masak mee kari nih.


Mee Kari Makcu dengan kesum

Untuk kuahnya

Bahan-bahannya

1 1/2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
1 inci halia
segenggam ikan bilis
3 sb serbuk kari daging
2 sb serbuk kari ikan
4 sb cili boh
1/2 cwn air asam jawa pekat
3 liter santan dari 2 biji kelapa
Air secukupnya
sotong, kerang, udang, fish ball dan fish cake (ikut citarasa, boleh letak ayam atau daging)
Garam secukup rasa
1 sedikit gula melaka (optional)
3 batang serai dititik
4 tangkai daun kari
seikat daun kesum
Minyak untuk menumis.

Rempah tumis

5 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis

----

Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan ikan bilis hingga hancur.

Panaskan minyak. Tumis serai dan daun kari serta rempah tumis hingga terbit bau. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik bau.

Masukkan serbuk kari dan tumis hingga garing/pecah minyak. Masukkan air asam dan kacau rata. Kemudian masukkan santan, garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih.

Masukkan sotong, udang, kerang, fish cake dan fish ball dan daun kesum. Masakkan 5 minit sebelum tutup api. Hidangkan bersama bahan pelengkap di bawah.


Bahan pelengkap

1 kg mee kuning di celur
Tauge/sawi/kacang panjang dicelur
Bawang goreng
Cili dihiris nipis
Tauhu goreng
Daun sup dan daun bawang
Daun pudina
Limau nipis/kasturi
Cili jeruk
Bawang goreng


Kuih Lopes Bunga Telang


Geram tengok bunga telang kat depan rumah....lama tak dimanfaatkan. Bila atuk kata nak makan lopes tapi daun pandan tak cukup banyak untuk dijadikan pewarna maka bunga telang jadi mangsa.


Cantik bunga ni...selain jadi pewarna kuih muih, nasi kerabu, boleh juga dijadikan pewarna kordial nam dok anchan....air magic thailand tu.


Kuih lopes

2 cawan beras pulut cuci bersih dan toskan.
2 cawan air bunga telang (rendam dengan air panas untuk keluarkan warnanya.)
Sedikit  garam

Tanak pulut dengan air dan garam hingga airnya kering. Titiskan air bunga telang. Dan tanak pulut hingga masak. Dah sejuk. Bentukkan dan gaul dengan paritan kelapa yg digaul dengan sedikit garam.

Hidangkan bersama air gula merah/melaka/apong/nisan.


Roti puri


Sarapan pagi hari minggu.



Roti puree @ puri

2 cwn tpg gandum
1sudu yis
3 sudu gula (boleh kurang ikut suka kemanisan)
3 sudu minyak masak
3/4 cawan air suam
secubit garam

cara:

Campurkan semua bahan.
Uli sampai tak melekat di tangan.
Perapkan 30 minit (bertutup)
Tumbuk tumbuk doh utk keluarkan udara.

Buatkan bulat bulat (sapu tepung di tangan supaya tak melekat) saiz ikut suka.
Tekan leper dan goreng.


Tips zulfaza: Roti ni kalau nak cantik kembungnya api dan teknik kena betul..... Apinya jangan terlalu kuat dan jangan terlalu kecil....sedang2 jer.....lepas tu bila dah masukkan doh dlm minyak...siram2kan doh tu dengan minyak sampai kembung sepenuhnya sebelum diterbalikkan...terbalikkan dua tiga kali sampai masak utk hasilkan roti yg cantik dan masak sekata.

Toskan...dan hidangkan....


Sambal bilis kisar

*1 cawan ikan bilis
*1/2 cawan cili kering kisar
*1 biji bawang besar - potong bulat
* 4 ulas bawang putih
* 1 inci halia
2 batang serai di titik
5 sb air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1/4 cawan minyak masak.
Air secukupnya


Kisar *. Kemudian tumis hingga pecah minyak. Masukkan gula. Gaul rata. Masukkan serai dan air asam. Kacau sebati dan biarkan menddih seketika. Tambah sedikit air. Kacau rata.

Biarkan mrenih dengan api sederhana. Perisakan dengan garam secukup rasa. Tutup api.


Monday, March 19, 2018

Chicken Adobo




Selera pinoy tengahari ni. #chickenadobo yang dah lama teringin nak buat. Sejak tengok drama pembantu rumah bulan puasa tahun lepas....macam2 resepi dari macam2 pembantu rumah dia share..... yg pinoy tu masak menu ni....simple but delicious.

Tengahari ni baru la dapat peluang nak buat....teringat balik resepi ni bila evelyn gemina share kat fb. Selain resepi evelyn saya ada juga merujuk resepi2 lain termasuklah panlasangpinoy.com. Saya suka singgah kat panlasangpinoy ni sebab resepi pinoynya mudah dan authentic.


RESEPI CHICKEN ADOBO
Sumber resepi FB Evelyn Gemina

A
1/2 ekor ayam, dipotong kecil (potong kecil lebih sedap & mudah dimakan) 😉
# Jangan buang kulit ayam, amat penting untuk penambahan rasa.
# Potong kecil2 kulit ayam tu kalau tak nak makan.
Sedikit serbuk lada putih

B
4 sudu besar minyak masak
1 kuntum bunga lawang, optional
1 ulas bawang putih yg bersaiz besar, hiris halus
2 ulas bawang merah, hiris halus

C
2 sudu besar sos tiram
2-3 sudu besar kicap lemak manis Jalen, nak lagi gelap boleh tambah sukatan.
1 sudu besar cuka makan
Garam secukup rasa

D
 1 gelas kecil air panas

E
2 biji ubi kentang yang dipotong kecil, digoreng hingga keemasan & di tos minyak

Cara memasak:
1. Panaskan minyak masak. Masukkan bahan B. Tumis hingga naik bau & agak keperangan ok. Jangan hangus pulak. Guna api sederhana besar.

2. Masukkan bahan A (ayam) yang dipotong kecil tadi. Part ni sangat penting, goreng sampai ayam betul2 masak & garing2 sikit. Supaya ayam tak hanyir bila dimakan. Sampai darah pada tulang tu keluar. Perlahankan api. Masukkan juga sekali serbuk lada putih. Gaul rata sekejap.

3. Masukkan pula bahan2 C. Gaul rata bahan tadi bersama ayam. Goreng guna api perlahan hingga terbit minyak. Kemudian, masukkan bahan D. Gaul rata sedikit & biarkan hingga airnya kering sedikit tapi masih berkuah.

4. Akhir sekali, masukkan bahan E. Gaul rata & biarkan masak sebentar hingga kentang empuk & kuahnya memekat. Masak guna api perlahan k. Matikan api & hidangkan dengan nasi panas 🤗


Chicken Adobo Recipe

https://panlasangpinoy.com/

This is a Recipe for Filipino Chicken Adobo

Ingredients

2 lbs. chicken, cut into serving pieces
3 pieces dried bay leaves
4 tbsp soy sauce
2 tbsp vinegar
3 cloves garlic, crushed
1 to 2 cups water
¼ cup cooking oil
½ tablespoon white sugar
Salt and whole peppercorn

Instructions

In a large container, combine the soy sauce and garlic then marinade the chicken for at least 1 to 3 hoursPlace the cooking oil in a pan and apply heatWhen the oil is hot enough, put-in the marinated chicken. Cook all the sides for about 5 minutes.Pour-in the remaining marinade and add water. Bring to a boilAdd the dried bay leaves and whole peppercorn. Simmer for 30 minutes or until the chicken is tenderAdd vinegar. Stir and cook for 10 minutes.Put-in the sugar, and salt. Stir and turn the heat off.Serve hot. Share and Enjoy!

Tuesday, March 6, 2018

Pasta Bolognese


Layan pasta sesekali. Kalau masak pasta memang hubby jarang2 jamah....dia tak suka....tapi anak2 Alhamdulillah....boleh jadi peneman ummi layan selera nak makan benda2 cenggini. Saya ni memang sedari dulu suka sangat pasta2 ni.....boleh tahan tak makan nasi. Nak ikutkan sama jer...karbohidrat juga. Tapi sesetengah orang tak boleh...ingat lagi kawan serumah masa dok menyewa bujang dulu....akak sorang ni ketaq lutut kalau tak pekena nasi....paling kurang sekali mesti makan.....tak kisah la kalau dah pekena pasta ke mi ke dua tiga pinggan tapi nasi wajib makan.



Pasta Bolognese

Kuah bolognese ala ZLC

http://zulfadreamland.blogspot.my

30 biji cili kering - rebus dan kisar halus (optional)
4 kg tomato - kisar
1 tin tomato puree (optional - saya letak untuk dapatkan warna sos yang lebih merah)- kali ni tak letak
2 biji bawang holand cincang
1 labu bawang putih ketuk atau cincang
2 kg daging cincang
2 sb lada hitam
2 sb oregano
2 sb basil
10 helai daun bay
2 sb pasley
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis

Cadangan Sayuran (Ikut selera)

1 batang lobak merah potong kiub
3 batang celery - potong kecil
1 biji cili benggala potong kecil
2 tin cendawan butang @ 3 paket cendawan butang segar - hiris

Tumiskan bawang dan bawang putih hingga layu dan naik bau. Masukkan cili kisar. Tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan daging. Tumis hingga air daging kering.

Masukkan tomato kisar dan puree. Biarkan mendidih. Masukkan bahan2 lain kecuali cili. Masak hingga sayur empuk dan rasa masin dan manisnya. Akhir sekali masukkan cili benggala. Kacau sebati dan tutup api.

Cara hidangan

Pasta yang direbus empuk
Parutan cheese (optional)
Ambil sedikit pasta dan masukkan ke dlm pinggan. Tuang kuah di atasnya. Parutkan cheese di atas kuah.


Saturday, March 3, 2018

Bun kacang merah


Roti simple2 jer untuk sarapan. Bila mood rajin meroti datang selalu la bau haruman semerbak roti yg dibakar memenuhi ruang rumah ni.....tapi bila takde mood faham2 ajer la....😃


RESEPI ROTI DAN DONUT LEMBUT

Resepi Oleh: Nor Jannah

Dicuba Oleh: Zulfaza Loves Cooking

Bahan A:

Tepung gandum- 500 gram
Gula kasar- 80 gram
Garam- 6 gram
Yis- 8 gram
Bread Improver- 5 gram
Marjerin- 55 gram / shortening utk warna lebih putih

Bahan B:

Telur- 1 biji gred A
Ais Kiub- 100 gram
Air biasa- 140 gram

Cara untuk uli menggunakan mixer:

1) Timbang bahan A dan masukkan ke dalam bowl.
2) Timbang bahan B dan masukkan ke dalam A.
3) Putar menggunakan mixer dengan menggunakan speed rendah dahulu sehingga sebati.
4) Kemudian boleh tukar ke speed medium. Putar sehingga doh elastik iaitu doh licin, berkilat dan tarik tidak putus.

[ Cara untuk membuat donut ]

1) Timbang doh 40 gram untuk membuat donut.

2) Bulatkan dan letak atas tray yang di tabur sedikit tepung agar donut tidak melekat di tray.

2) Perap 20 minit dulu. Baru canai, kemudian boleh lubangkan donut dengan jari atau nak guna nozel pun boleh untuk buat lubang.

3) Sambung perap sehingga naik dua kali ganda.

4) Panaskan minyak dengan api sederhana. Angkat donut menggunakan sudip yang di celup minyak panas. Letak donut dalam kuali.

5) Ulangi step ni, sehingga donut penuh dalam kuali. Tidak perlu nak kalih donut. Jika donut dah masak atau berwarna perang. Barulah di kalih.

*Untuk mendapatkan ring di tengah, donut tidak boleh banyak kali di kalih. Cukuplah dua kali kalih saja.

*Jika banyak kali kalih, donut juga akan menyerap minyak.

6) Siap di goreng, toskan.

7) Salut dengan 2 jenis gula bila donut dah suam. Gula castor 100 gram + Gula icing 80 gram. Jika tidak ada, boleh blender gula kasar separuh halus.

Cara untuk membuat Roti

1) Setelah siap, keluarkan doh dan timbang 33 gram. Bulatkan dan letak dalam loyang 5 inci sebanyak 5 biji.

2) Perap sehingga doh naik paras loyang dan bakar suhu 160'c selama 30 minit, api atas bawah. (Suhu ikut suhu oven masing-masing)

[ Jika guna bread maker @ BM ]

1) Masukkan bahan cecair di bawah dulu. Bahan kering di atas.
2) Sukatan ais kuib boleh tukar ke air biasa.
3) Boleh uli dua kali untuk dapatkan hasil roti yang halus.
4) Selepas siap, boleh timbang dan ikut step membuat roti/ donut seperti di atas.

Saya halalkan ilmu yang di beri. Sharelah untuk semua. Terima kasih.

#KelasKakJannah

Thursday, March 1, 2018

Chocolate Dirt Cake


Chocolate Dirt Cake for tea.....specially bake by my doter......tak sabar2 dari semalam nak buat kek ni.....last buat julai 2012....lama tu....kek coklat ni memang moist giler....dalam diorg suh letak gummy bear......dia kata  nanti potong ada element of suprise. Layan jer la. Janji diorg makan peghabih.

Kek disalut dengan cream cheese topping dan taburan cake crumb. Kek ni patutnya simpan dulu semalam...baru lagi best tapi dah tak dan dan nak potong dan makan.....

Chocolate Dirt Cake

Untuk Kek :

Bahan A

400g Tepung Naik Sendiri
1/2 sk baking soda
1/2 sk baking powder
1/2 sk garam

Bahan B

150g serbuk koko
100g gula kaster
250ml air panas

Bahan C

2 sk cuka
1 tin susu cair

Bahan D

250g butter
100g gula kaster
2 biji telur gred A

Cream cheese frosting:

250g cream cheese, suhu bilik
1/2 sk esen vanila
58g gula aising, diayak
180ml whipped cream


Cara2 membuat kek:

1. Panaskan oven pada suhu 160 C. Sediakan 3 loyang bersaiz 8 inci. Griskan dengan butter & lapikkan dasarnya dengan wax paper. Ketepikan.
2. Ayakkan bersama bahan2 A, ketepikan.
3. Dalam mangkuk sederhana besar, satukan bahan2 B, ketepikan.
4. Dalam mangkuk yang lain, satukan pula bahan2 C, ketepikan.
5. Kemudian, pukul butter & gula dari bahan D hingga kembang, kemudian masukkan telur satu persatu.
6. Masukkan bahan A, B & C berselang seli kedalam adunan D tadi. Pukul sebati.
7. Tuang adunan kedalam loyang yang disediakan. Bakar pada suhu 160c selama 15 minit atau hingga kek masak.
8. Bila kek masak, sejukkan atas wire rack.




Cara2 membuat cream cheese frosting:

1. Pukul cream cheese hingga licin & kembang.
2. Masukkan esen vanila & gula aising. Pukul lagi hingga lembut.
3. Kemudian, masukkan whipped cream & pukul hingga adunan kembang & pekat.

Cara2 menyusun kek:

1. Trimkan atas kek supaya rata.

2. Letakkan satu lapisan kek atas pinggan yang rata atau cake board. Sapu cream cheese frosting atasnya sampai hujung. Letakkan pula lapisan kek yang kedua, letak lagi cream cheese frosting. Letak pula lapisan kek yang ketiga. Letakkan sedikit frosting atas kek & sapu tipis diatas & sekeliling kek. Masukkan kek sebentar dalam peti sejuk lebih kurang 15minit.
3. Kemudian, keluarkan kek, ambil lebihan frosting tadi & sapukan keseluruhan kek.
4. Hiaskan kek dengan menabur lebihan kek coklat yang telah dihancurkan atasnya.

Kuih Cara Jagung


Kuih cara jagung.....yumyumyum....sedap ya amat.



Kuih Cara Jagung (Versi 1)

1 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan air dan sedikit pewarna kuning telur (boleh gunakan air biasa atau santan)
1 biji telur
2 sb gula (atau secukup rasa)
Sedikit garam

Satukan semua bahan dan adun sebati semua bahan.

Jagung crean dalam tin
Minyak
Acuan bahulu

Cara-cara

Panaskan acuan. Oleskan sedikit minyak masak. Tuang adunan sehingga penuh.  Sudukan sedikit jagung ditengah adunan.

Tutup acuan dengan tudung periuk dan biarkan masak selama 3 - 5 minit. Gunakan api kecil untuk mencungkil kuih yg telah masak (saya guna lidi cungkil gigi jer atau cake tester)


Kuih Cara Jagung (Versi 2)

1 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan air dan sedikit pewarna kuning telur (boleh gunakan air biasa atau santan)
1 biji telur
1/2 cawan jagung cream dalam tin
Sedikit garam

Satukan semua bahan dan adun sebati semua bahan.

Gula
Minyak
Acuan bahulu

Cara-cara

Panaskan acuan. Oleskan sedikit minyak masak. Tuang adunan sehingga penuh.  Sudukan sedikit gula ditengah adunan.

Tutup acuan dengan tudung periuk dan biarkan masak selama 3 - 5 minit. Gunakan api kecil untuk mencungkil kuih yg telah masak (saya guna lidi cungkil gigi jer atau cake tester).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...