Reseppi yang dikongsi oleh kawan ofis.....kak zalita cader, tima kasih.
Bahan
1 kg Daging (ros)
2 btg kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 sk jintan manis (tumbuk)
3 tangkai daun kari
3 sb madu
6 sb kicap manis
3 sb air asam jawa pekat
Garam secukup rasa
Kisar
2 inci halia
5 ulas bawang putih
10 ulas bawang kecil
5 btg serai
20 biji cili kering (buang biji dan celur)
Minyak untuk menumis
--------
Goreng daging yang telah dihiris nipis tanpa minyak hingga airnya agak kering dan ketepikan.
Tumis bahan yang dikisar hingga naik bau.
Masukkan kulit kayu manis, jintan manis, bunga lawang dan daun kari. Tumis lagi sebentar.
Masukkan air asam jawa, kacau rata.
Masukkan daging dan gaul sebati.
Masukkan kicap, madu dan garam.
Masak hingga agak kering. (Kalau daging masih tak cukup empuk, masukkan sedikit air dan masak sehingga agak kering). Pastikan sentiasa dikacau supaya tidak hangus...
ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Sunday, May 20, 2012
Friday, May 18, 2012
Kek Marble Susu
250 g mentega (nak sedap guna mentega berkualiti tinggi)
230 g gula halus (gula saya guna 190g jer)
2 camca teh ovallate
4 biji telur gred A
270 g tepung halus (saya guna tepung gandum)
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
60 g susu pekat manis
2 camca besar serbuk koko
2 camca besar susu cair
1 camca teh coklat emulco (tak guna pun)
Cara membuatnya :-)
1.Pukul mentega, ovallate dan gula halus hingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur. Masukkan susu pekat dan gaul rata.
2.Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak. Satu dibiarkan tanpa warna dan satu bahagian di campur dengan susu cair, serbuk koko dan coklat emulco. Gaul hingga sebati.
3.Tuang secara berselang seli antara adunan tanpa warna dan adunan coklat dalam tin yang telah dilenser dengan mentega dan dasarnya dialas dengan kertas minyak.
4.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 - 35 minit. (saya guna suhu 160 selama 40 minit sebab pakai oven kecik....20 minit api atas bawah, 20 minit lagi api bawah je). Sejukkan 5 minit sebelum dikeluarkan dari tin. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan dan hias ikut suka..
Thursday, May 17, 2012
Moist Chocolate Cake
Resepi ni saya dapat daripada kawan sekolah (Sri Aman, PJ), Noni dah lebih 20 tahun dulu....Saya start makan kek cekelat lepas rasa kek yang dia masak menggunakan resepi ni....lama saya gunakan resepi ni sampaikan naik lunyai buku resepi saya tu dan anak2 buah jemu nak makan kek cekelat. Dah bertahun saya tak pakai resepi ni terutama lepas dapat resepi kek cekelat kukus.....
Dua tiga hari lepas, bila google2 jumpa lak pulak resepi ni kat blog catatan-karmic....terus kopipes je la sebab malas nak taip balik sementelah sama je dengan resepi yang dah ada kat buku resepi saya.....baru la ni tahu pemunya asal resepi iaitu chef Arm.....tq all for the yummy recipes...
Dua tiga hari lepas, bila google2 jumpa lak pulak resepi ni kat blog catatan-karmic....terus kopipes je la sebab malas nak taip balik sementelah sama je dengan resepi yang dah ada kat buku resepi saya.....baru la ni tahu pemunya asal resepi iaitu chef Arm.....tq all for the yummy recipes...
Bahan A ( Diayak Bersama )
- 280g Tepung Gandum
- 40g Serbuk Koko
- 2 Sudu Teh Serbuk Penaik
- 1 Sudu Teh soda Bikarbonat
Bahan B
- 2 Sudu Teh Nescafe ( larutkan Dengan 1 Sudu Teh Air panas )
- 280g Marjerin
- 200g Gula Halus
- 5 Biji Telur Ayam
- 1 Sudu Teh Esen Vanila
- 250g Coklat Masakan ( Dicairkan )
- 1/4 Cawan Air Ais ( Betul2 Sejuk )
- Pukul marjerin dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu demi satu dan pukul sebati setiap kali telur dimasukkan.
- Masukkan esen vanila, adunan nescafe serta coklat masakan yang telah dicairkan dan kacau.
- Masukkan adunan tepung sedikit demi sedikit dan diselang-selikan dengan air sejuk dan dikacau sebati.
- Masukkan ke dalam acuan kek.bakar dalam ketuhar yang bersuhu 180c selama 1 jam 30 minit.Angkat dari ketuhar dan sejukkan.
- Hiaskan....kalau kat umah nih kalau kek plain takde hias tak laku la jawabnya...kena pakaikan juga hiasan paling sempoi pun dengan coklat cair....
Subscribe to:
Posts (Atom)