Saturday, July 29, 2017

Asam Pedas Ikan Pari


Cerita semalam. Pagi masak nasi arab untuk jamuan post raya kat ofis. Nasi arab kedua minggu ni. Memang saya dah tak boleh nak telan....

Malam adik ngan atuk datang. Memang dah tak kuasa nak masak dan makan ayam dah.... Kebetulan jumaat pagi ada pasar pagi kat pekan berhampiran, saya minta tolong kakak belikan ikan pari. Berkira2 samada nak masak kari atau asam pedas....kesudahannya pilih asam pedas kegemaran anak2 jugak nih.

Bila ada atuk, pelengkap hidangan mestilah ada sambal, ulam dan ikan masin serta sayur....makan sedap sampai habis nasi tak berbaki.


Asam pedas

I kilogram ikan jenama apa2 (Sembilang/pari/tenggiri/kerapu/senangin dll)
3 sb (cili kering yg dah dikisar)
4 ulas Bawang Putih
8 ulas Bawang Merah Dikisar/tumbuk lumat
1 inci Halia
1 inci/ketul kunyit hidup
Segengam Daun Kesum
Sekuntum Bunga Kantan – belah 4
Bendi/Terung Panjang Belah dua dan potong lebih kurang 3 inci
Sebiji tomato belah 4 (optional)
1 liter air
Air Asam Jawa pekat dalam 1/4 cawan
Gula dan Garam sekukup rasa

----

Tumis cili hingga pecah minyak.

Masukkan bahan yang ditumbuk/kisar dan kacau hingga naik bau. (Bahan ni boleh juga dikisar sekali dengan cili kering dan tumiskan hingga pecah minyak) Masukkan air asam dan air. Masukkan bendi. Masak hingga mendidih. Kemudian masukkan ikan, daun kesum dan bunga kantan. Masukkan gula dan garam secukup rasa dan biarkan hingga ikan masak lebih kurang 5 - 7 minit. Akhir sekali masukkan tomato dan biarkan lebih kurang 3 minit......siap untuk dimakan.


Kacang panjang tumis berkicap

Secekak kacang panjang - hiris
2 biji cili besar - hiris
1 biji bawang besar - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
Sedikit ikan bilis
Kicap secukupnya
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

Tumis bawang merah dan putih hingga keperang. Masukkan bilis dan cili. Tumis hingga cili layu.

Masukkan kicap. Biarkan seketika. Kemudian masukkan kacang panjang dan sedikit air. Tumis hingga kacang masak.



Kuih Ketayap aka Kuih Gulung


Minum petang...minggu lepas punya cerita. Guna daun pandan asli. Harum mewangi....buat saiz gedabak sebab macam biasala...nak cepat. Ada tetamu petang tu.


Kuih ketayap

Untuk kulit

3 cawan air (guna santan cair pun boleh)
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
Garam secukup rasa

Pewarna pilihan (atau kisar air dengan daun pandan dan tapis untuk mendapatkan warna dan haruman semulajadi.)

Kisar sebati semua bahan hingga sebati.


Untuk inti

(biasanya saya buat banyak2 dan simpan dlm peti beku - inti ni boleh guna untuk buat koih koci, badak berendam, kuih bom, pulut inti, kuih ketayap dll)

1/2 biji kelapa parut
3/4 cawan gula putih + gula melaka (manisnya ikut citarasa)
Sedikit air
Sedikit garam
1 helai daun pandan
Sedikit tepung jagung/gandum

Cara-cara

Masukkan kelapa parut, air, gula, tepung serta sehelai daun pandan. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula dan airnya kering. Angkat. Buang daun pandan.

Panaskan pan dengan api sederhana, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi membulat (ini utk buat bentuk biasa).

Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Nampak tepi2nya dah kering tu maknanya dah masak la. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung. (Cara gulung; , lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis. Siap untuk disantap.....tapi untuk viewer sedia untuk ditatap jer ler yer...huhuhu.


Friday, July 28, 2017

ROASTED CHICKEN KABSA


Menu post raya kat office hari ni. Walau pun terkeluar dari syawal kemeriahannya tetap terasa. Simple tapi meriah juga....Alhamdulilah. Terima kasih kepada yg sponsor menu nasi arab hari ni. Moga diperluaskan rezeki penyemonsor semua....leh lanjer lagi....hikhikhik.


ROASTED CHICKEN KABSA
@  wwzulfadreamland.blogspot.my

Ingredients:-

4C basmati rice (4 cwn beras basmathi - saya guna pusa cream atau gold)

1kg Chicken- cut into half, wash & drain (1 kg ayam - sekor ayam dara potong 2, basuh dan toskan)

*1 large onion-quartered (1 biji bawang besar belah 4)
*300g fresh Tomatoes*-blended together without water (300 gm tomato - kisar tanpa air)
*2 large green pepper* (2 biji cili benggala)
*1/2 tsp Black pepper (1/2 sk lada hitam)
*1/2 tsp Cardamom powder (1/2 serbuk buah pelaga)
*1/2 tsp Cinnamon (1/2 sk serbuk kulit kayu manis)
*4 pieces Cloves (4  kuntum bunga cengkih )
*2-3 pieces Bay leave (2 -3  helai daun bay )
*1 tsp Mixed spices (1 sk rempah campur - boleh beli kat kedai arab mcm suria wholesaler tu  )

*1 tbsp Salt (1 sb garam atau secukup rasa)

*2 pieces dried lemon (lomy) (1  limau kering - beli kat kedai arab atau buat sendiri - jemur hingga kering limau nipis - sampai ringan mcm bola pingpong  tu)

1/3C Oil/ Ghee ( 1/3  cawan minyak masak atau minyak sapi - sedap kalau guna minyak sapi terutamanya QBB)

1/2C Raisin, soak for 15 minutes (1/2  cawan kismis rendam 15 minit pastu tos utk kurangkan manis dia tu sikit tapi saya tak pernah rendam pun....)

salt n kabsa spice for the rice (garam dan rempah kabsa untuk nasi)

Sambal salsa - sedikit selera melayu terselit bila sambal ni disediakan dengan rasa yg agak pedas.

Plain salad dan fattoush salad sebagai hidangan sampingan. Sos salad fattoush saya tak gaulkan sekali supaya tak terlalu berair....nanti dah nak makan baru gaul yer..

Sambal salsa - sedikit selera melayu terselit bila sambal ni disediakan dengan rasa yg agak pedas.


Plain salad dan fattoush salad sebagai hidangan sampingan. Sos salad fattoush saya tak gaulkan sekali supaya tak terlalu berair....nanti dah nak makan baru gaul yer..


How to prepare:-

Wash rice well, soak in salted water for 30 minutes.
Basuh beras dan rendam 30 minit.

In a medium casserole, add water, chicken, onion, tomato, cardamom, cinnamon, cloves, black pepper,  mix spices, *, salt, lomy and bay leave, bring to a boil and cook for 30 minutes or until chicken is tender.
Dalam periuk sederhana, satukan air, ayam, bawang, tomato, pelaga, kayu manis, bunga cengkih, lada hitam, rempah campuran, * , garam, limau kering dan bay. Biarkan hingga mendidih dan ayam masak.

Remove chickens from the stock and keep aside, strain the stock.
Keluarkan ayam, ketepikan dan tapis air rebusan tadi.

In a medium casserole, fry raisin until golden, remove and set aside.
Dalam periuk lain, goreng kismis dan ketepikan.

Fry rice for 1-2 minutes, add water/ stock to get 4 cups of stock.
Kemudian masukkan beras dan goreng selama 1 - 2 minit, masukkan air rebusan tadi (1 cawan beras :  1 1/4 cawan air utk beras pusa)

Add 1tsp salt and kabsa spices.
Tambah garam secukup rasa dan 1 1/2 sk rempah kabsa.

Bring to boil in high heat for 10-15 minutes until water boils then cover tightly and reduce the heat.
Biarkan mendidih dan kecilkan api apabila air sedikit kering. Dan tutup rapat periuk.

Simmer for 20-25 minutes until rice is cooked and dry.
Masak 10 minit atau hingga nasi tanak sepenuhnya. Setelah tutup api, biarkan 5 minit sebelum buka tudung dan kareh atau gembur nasi.

***kalau tak biasa tanak atas api dapur boleh guna periuk elektrik.

Arrange chicken nicely and roast until golden brown.
Sementara itu, susun ayam atas tray dan bakar pada suhu 200 c hingga keperangan.

Place the rice in the platter, arrange chicken and sprinkle with nuts and raisin on the top.
Ceduk nasi dalam dulang, susun ayam dan tabur kismis.

Serve it with dakous or salsa tomato and salata/ salad. (Refer to the old recipe).

Air Fanta Hijau

Lama dah tak buat air hijau ni yang banyak tahun dahulu femes sangat. Dimana2 orang hidang. Rasa dan baunya sama macam air berkabonat fanta hijau tu. Entah kenapa teringat nak buat kordial ni untuk jamuan post raya kat ofis....

Saja la nak beri kelainan skit. Tengok respon baek punya....ramai yang bertanyakan resepi. Malas kot nak baca resepi kat sorang2 jadi akak segerakan proses menerbitkn N3 air fanta ni. Kang mengigau tido malam risau pulak teman....tak dapek nak nolong....


Resepi Kordial Fanta Hijau

1 botol esen pisang
1 botol pewarna hijau
1 botol kecil sunquick oren
2 kg gula putih
1 liter air

Satukan dan masak hingga gula hancur. Simpan kordial didalam bekas kedap semut :-). Nak minum pandai2 la bancuh....jangan togok kordial maneh leting ni terus....kang kencing manis akak tak nak bertanggungjawab.....😄😄😄😄


Mee segera goreng tomyam


Megi goreng tomyam....atau mee kering goreng tomyam....sarapan pagi minggu ni....kebelakangan ni sibuk ya amat....lama tak bersiaran. Banyak post yang pending. Tenet pun selow giler jadi nak upload gambar macam siput...jadi mood pun terus hilang. Dah la masa tak berapa nak menyempat. Hari ni macam ada masa skit.....update la sekian banyak menu....

ni pun ada lagi yang gambarnya belum sempat nak di watermarkkan...jap ehhhhhh....ramai dok tunggu resepi air fanta ijo tu....


Mee segera goreng tomyam 😘😘😘

6 keping mee segera - celur lembut ikut arahan di pek. - tos dan lalukan sedikit kat air paip.

4 sb cili kering kisar
1 biji bawang besar - cincang
4 ulas bawang putih - cincang
12 sb tomato sos
4 sb kicap
2 sb pes tomyam
15 ekor udang sederhana
Garam secukup rasa
Sayuran pilihan

Minyak secukupnya untuk menumis

Tumis bawang2 hingga naik bau. Masukkan cili dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan pes dan gaul rata. Masukkan sos2 dan kicap. Kacau sebati. Masukkan udang. Tumiskan hingga udang masak. Masukkan mee serta sayuran pilihan. Gaul rata. Masakkan seketika hingga sos menyerap ke dalam mee. Perisakan dengan garam secukup rasa dan gaul sebati.


Udang tumis cili hijau


Lauk xpress ummi. Bila ummi balik agak lewat, dan subuhnya tak sempat nak masak lauk tengahari. Dalam perjalanan balik anak2 telefon....ummi lapar... Alahai kesiannya. Sampai jer rumah, takdan nak fikir nak masak apa....jadi masak la apa2 yang patut...yang cepat dan sedap. Maka terhidanglah menu ni.

Udang tumis cili hijau diberi nama, anak suka ummi ceria.


Udang tumis cili hijau
http : zulfadreamland.blogspot.my

300 gm udang
1 biji bawang besar hiris
5 ulas bawang putih hiris
2 inci halia hiris
3 biji cili hijau + 20 biji cili padi tumbuk kasar - (Boleh adjust kepedasan ikut citarasa)
Sedikit sebuk kunyit
1 biji capsikum
1 biji tomato belah wedges
1 batang lobak merah ptong ikut suka
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Tumis bahan hiris hingga naik bau. Masukkan cili tumbuk. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan kunyit, lobak merah dan udang. Tumis hingga udang masak. Masukkan capsikum dan tomato. Perisakan dengan garam secukup rasa. Tumis seketika dan tutup api. Done!



Daging (Kambing) Masak Hitam


Masak express....guna noxxa subuh-subuh kitab. Kesian anak2 kalau saya tak sempat masak untuk lunch diorg. Daging masak hitam yang kemerahan....tak sempat pekat saya terpaksa offkan sebab dah masa untuk bersiap ke pejabat. Hidangan pun comot2 jer dalam gambar ni...ingat balik nak photo shoot sekali lagi tapi dah kepenatan....malas nak fikir dah.

Anak2 saya suka sangat masakan ni....manis2 pedas. Banyak diorg makan kalau saya masak cenggini. Kalau rasa2 tak nak makan dengan nasi, lauk ni sesuai juga dibelasah dengan roti....kot2 la ada hati nak diet....tapi kalau makan sebuku roti saiz jambo tu, kira diet dalam hati jer la.



Daging masak hitam ZLC

1 1/2 kg daging - hiris nipis (untuk hati kasih aka limpa rebus dulu hingga empuk dan hiris setebal satu inci)

4 biji bawang besar
1 labu bawang putih
3 inci halia

Hiris separuh dan kisar separuh

1/4 cawan cili kering kisar
100 gm rempah masak hitam (belah2 utara banyak jual)
10 sb kicap pekat manis
Garam secukup rasa
3 keping asam gelugur
4 tangkai daun kari
Air
1 cawan minyak untuk menumis

Panaskan minyak. Tumis bahan hiris dan dsun kari hingga naik bau dan keperangan. Masukkan bawang kisar. Tumis hingga kering airnya dan sedikit keperangan. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.

Masukkan rempah masak hitam. Tumis hingga terbit bau dan pecah minyak. Masukkan daging. Masak hingga air daging keluar dan daging hampir empuk. Tambah air jika perlu. Masukkan kicap, garam dan asam keping. Masak hingga kuah pekat dan daging empuk. Sesuaikan rasa. Tutup api dan sedia dihidang dengan nasi minyak, nasi impit, nasi putih dll.


Kalau takde rempah masak hitam tu boleh la try buat sendiri guna resepi kat  bawah ni...

Resepi Rempah Hitam @ KKPBT

Bahan-bahan :
3 sudu besar biji lada hitam
2 sudu besar biji lada putih
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji cengkih
3 biji bunga lawang
2 sudu besar  biji ketumbar
1 sudu besar  biji jintan manis
1 sudu besar  biji jintan putih
1/2 cawan lada kering

Cara2nya:
Semua bahan2 disangai dan dikisar halus

Cucur Kucai


Teringin makan cucur cicah kuah kacang. Dok teringat2 jer kesedapannya. Mula ingat nak jadikan sarapan tapi akhirnya jadi minum petang. Buat pun tergesa2 balik dari pejabat....sebabnya lepas maghrib nak berkejar semula ke pejabat sebab ada program sebelah malam.

Bukak jer pagar terus gunting daun kucai dari dalam pasu. Sayur2 lain saya tak letak...tak sempat nak mencari dah.

Cucur ni sedap makan dengan kuah kacang atau sos tak kesah la sos buat sendiri atau yang siap dalam botol tu. Saya hidang dengan kuah kacang yang memang kebetulan stoknya ada kat dalam peti air. Panaskan jer dah siap....


Cucur udang kaya sayur ZLC

1 cawan udang kulit putih (saya buang kepalanya - kalu taknak pun takpe sebb udang ni kulit lembut)
3 cawan tepung gandum
1 cawan kobis yg dihiris kecil
1 batang lobak merah dihiris lidi
1/2 cawan kucai potong pendek 2 inci
1 tongkol jagung hiris isinya
Garam secukup rasa
2 biji bawang besar cincang
3 cawan air

Minyak untuk menggoreng.

Satukan semua bahan dan gaul rata. (Tambah air jika adunan terlalu pekat).
Panaskan minyak. Sendukksn adunan dan goreng hingga garing. Hidangkan bersama sos cili thai atau sebarang pencicah pilihan.



Pulut Inti


Sesekali bila ku teringin..... entah apa mimpinya....teringin sangat nak makan pulut inti. Bercinta juga nak mengarun pulut, nak kena perah santan bagai, tapi demi tuntutan tekak sendiri diusahakan juga sepenuh hati balik dari jamuan raya kat rumah kawan opis lama hari minggu lalu.

Biasa kalau pulut inti ni inti kelapa tu saya buat sedikit kering tak letak tepung....tapi kali ni belasah jer...baki inti kuih ketayap hari tu saya makan jer dengan pulut. Bukan nak makan banyak pun sebab perut bukan tahan sangat makan pulut tapi habis juga lah sepiring....fenin2 belakang kira....janji hasrat tertunai sudah...


Resepi pulut inti

1/2 kg beras pulut (basuh bersih dan rendam sejam atau lebih, tos dan kukus dengan beberapa helai daun pandan selama 20 - 30 minit)
Lebih kurang 2 cawan santan pekat + garam secukup rasa
---------------
Tuangkan pulut yg telah dikukus ke dalam mangkuk atau talam kecil ketika masih panas. Tuang santan sedikit demi sedikit sambil mengaron/menggaul pulut. Bila nampak pulut kelihatan berkilat dan cukup lembutnya berhenti tambah santan. Masukkan pulut ke dalam pengukus dan kukus sebentar selama lebih kurang 2 - 3 minit.
Hidangkan bersama inti kelapa manis atau sambal bilis atau serunding kelapa.


Inti kelapa manis

1/2 biji kelapa parut muda
2 keping gula nise (boleh gantibdengan gula merah + gula putih secukup rasa)
Sedikit garam
2 helai daun pandan simpul
Secawan air
Satukan semua bahan di dalam kuali. Masak hingga semuanya sebati dan inti kering. Sentiasa kacau supaya tidak hangit.



Puding Karamel Tanpa Telur


Dessert yang tidak dirancang untuk dibuat. Malam tadi memikirkan apa bahan yang ada untuk dijadikan pencuci mulut untuk program Post Raya di pejabat keesokannya.... Mula nak buat puding karamel yang guna telur tapi macam leceh nak kukus bagai. Akhirnya terbuatlah puding tanpa telur ni.

Dalam kelam kabut buat benda lain sambil sediakan puding ni....gula hangus yang dimasak sampai sejuk keras dibuatnya....alahai...trajedi betul....dah tuang dalam mould pulak tu....jenuh juga la memikirkan macam mana nak cairkan semula....sudahnya bila kastartnya dah masak, saya tuangkan jer atas karamel keras tu....doa dan tawakkal jer nanti gula tu cair sedikit dek terkena kastard panas tu.


RESEPI PUDING KARAMEL TANPA TELUR

Bahan-Bahan A (Gula Hangus)
4 sudu besar gula pasir

Bahan-Bahan B (Puding)
1 paket agar-agar serbuk 10g
4 cawan air
1/2 cawan gula pasir (boleh kurangkan atau tambah ikut citarasa
1/2 cawan susu pekat manis
1 tin susu cair
3sb  tepung kastard
1 sk esen vanilla
secubit garam


Cara-cara

Memula buat gula hangus seperti biasa.Taburkan gula ke dalam loyang, guna api kecil masak hingga gula menjadi perang, kemudian ratakan keseluruhan loyang.Kemudian ketepikanSatukan semua bahan B.Kacau atas api.Aduanan mesti dikacau selalu takut tepung kastad akan bergentel.Apabila menggelegak dan adunan kelihatan sedikit pekat.Tutup api, tapis dan tuangkan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam esbok hingga puding mengeras.Terbalikkan puding dan bolehlah dihidang.


Sunday, July 23, 2017

Sushi Raya Lagi


Buat untuk jamuan raya sekolah anak2. Beriya2 nak bawak sushi, semenjak ummi diorg ni mula menyushi....almost everyday tanya boleh ke tak bawak pegi sekolah.....excited ummi dah pandai buat makanan jepun tu...... Tak sampai hati nak menidakkan hajat yang satu ni,  jadi ummi pun bangun awal 4 pagi nak siapkan juadah jamuan raya untuk 2 orang dan bekal ke sekolah untuk yang 2 lagi. Siap cukup2 jer utk diorg. Tak sempat nak bawak bekal untuk saya sendiri.


Balik sekolah masing2 excited nak bercerita.....kawan2 suka sushi ummi. Ada yang nak order.....hahhahah alahai....Alhamdulillah.

Peluang perniagaan....nanti pencen ummi bukak gerai sushi raya depan rumah lah....kalau gerai nasi lemak nanti banyak persaingan......kan.

Saturday, July 22, 2017

Homemade : Kordial Kasturi Rozel


Kardial homemade. Menu baru zulfaza loves cooking. Sedap.....ala2 air asam boi pun ada. Warnanya bergantung kepada jenis rozel yang digunakan juga....rozel yang saya guna ni rozel kampung...warnanya tak pekat sangat macam spesis rozel yg besar2 tu.

Minuman ni kira berkhasiat lahkan...kaya dengan vitamin.....selamat diminum sebab takde la pengawet. Dan selain dapat kordial yang lazat dapat juga produk sampingan iaitu jem yang sedap sangat.


Kordial Kasturi Rozel
zulfadreamland.blogspot.my

4 kg limau kasturi - perah jusnya
1 kg rozel - ambil kelopaknya
2 kg gula perang

Satukan dan masak hingga gulanya cair dan kordial pekat.

Tapis dan simpan kordial. Hampas rozel boleh dijadikan jem.


Friday, July 21, 2017

Nasi briyani abang sado JJ


Rayakan sebulan...😄😄😄....puasa pun sesetengahnya tak penuh sebulan. Tapi raya selagi tak habis syawal kekadang sampai terlajak ke bulan zulkaedah pun masih tak habis2 jamuan rayanya. Dasyat orang mesia ni....Alhamdulillah...M'sia masih aman.😍😍😍

Weekend lepas saya meraikan tetamu raya...jiran2, anak2 tahfiz dan teman2. Menu kali ni nasi briyani ayam abang sado JJ. Mula jam 4 petang tetamu pertama sampai, hinggalah ke jam 10 lebih malam tetamu terakhir balik....

Nasi dan lauknya ngam2 jer...tak banyak berlebihan...nasi pun tinggal kerak2 lembut...ayam yang ditambah utk tetamu sebelah malam tu pun berbaki sedikit...cukuplah untuk sarapan anak2.

Selesai jer layan tetamu baru lah saya dan hubby menjamah sedikit nasi yg dimasak....sekadar alas perut sebelum membasuh periuk dan mengemas dapur.




Resepi boleh tengok N3 terdahulu yer. Banyak kali dah siaran ulangan resepi ni di kongsi disini.

Passembur


Pasembur aka rojak karam...hahahha. Sesuka hati ku beri nama....apa yg karam....bila makan karam dalam lautan nikmat yg tak terhingga.....sedap kot....tak sampai sejam habis 200 pax.....Alhamdulillah....org terpa sebab lapar la kot...dah pukul 9 lebih tak sarapan lagi....kuikuikui.


RESEPI ROJAK PASSEMBUR
@zulfadreamland.blogspot.my

UNTUK KUAH PASSEMBUR:

1/2 kg. ubi keledek berwarna oren,dibuang kulit dan rebus, lenyek. Air rebusan ubi boleh digunakan untuk kisar ubi (kalau malas nak lenyek).

125gm udang kertas halus atau sotong kering, dikisar halus.

125gm kacang tanah. Kacang tanah digoreng dan  kisar.

10 – 15 biji cili kering. Goreng sehingga ranggup, kisar sekali dengan kacang tanah tadi.

3 ulas bawang putih. digoreng layu, dikisar bersama kacang tadi.

2-3 bawang besar @ 15-20 biji bawang merah. Goreng bawang hingga layu. Kisar bawang putih dan bawang bersama dengan kacang.

Bila semua bahan tadi telah dikisar, masukkan dalam periok.

Masukkan 4 cawan air dan masak hingga mendidih, bila sudah mendidih kecilkan api.

2 sudu besar (tbsp) asam jawa dan perahkan dengan 1/2 cawan air, tapis dan masukkan dalam kuah yang sedang masak.

Masukkan gula sebanyak 5 sudu besar. Tujuan kita masukakn gula untuk sebatikan struktur bahan-bahan tersebut. Kuah passembur memang manis sedikit  dari kuah yang lain.

Masukkan garam secukup rasa.


Katakanlah anda inginkan kuah yang lebih dan pekat likat, rendamkan 5-8 kping biskut merry, lenyekan dan masukkan dalam kuah yang reneh.

Caranya pekaktkan sama seperti “chicken krim sup” yang mana kita hanguskan tepung gandum dengan butter. Kuah cukup masak bila kacang anda rasa lembut. Biasanya kuah sedia dalam masa 35-45 minit.


Jangan lupa sentiasa kacau kuah supaya tak hangus dibawah. Ingat gula boleh terkumpul dibawah periok hanguskan masakan bila dipanaskan.

Akhir sekali, cucur dah ada, tauhu gorengkan dan di potong dadu, telur rebus yang digoreng, jangan lupa kentang rebus yang telah goreng disalut tepung beras, boleh taburkan serbuk kacang goreng di atas, taugeh rebusan, hirisan sengkuang, timun dan juga hirisan daun salad untuk hiasan.


RESEPI CUCUR KELAPA UNTUK PASSEMBUR ATAU ROJAK MAMAK:

BAHAN-BAHAN:

1 cawan tepung gandum (biasanya 1 cawan = 100gm).
1 cawan tepung beras.
3 sudu besar (tbsp) tepung jagung.
3 sudu besar (tbsp) kelapa parut/ gunakan yang kering. Tak perlu beli, goreng kering di atas kuali dengan api sederhana. kalau malas tak payah bubuh pun - saya bakar dalam oven
1 sudu kecil (tsp) Yis segera/ Mauripan 11gm setengah paket.

1/2 sudu kecil baking powder.
1 sudu kecil gula pasir dilarutkan dengan 2 cawan air suam (jangan panas!). Larutkan yis. Biarkan 10 minit sebelum dicurahkan kedalam tepung.
3/4 sudu kecil (tsp) garam.

CARA MEMBUATNYA:

1. Adunkan tepung beras, gandum, jagung, baking powder dab garam serata.  Masukkan larutan gula bersama yis dalam adunan tepung.  Bancuh tepung serata. Kalau nak  berbentuk bulat cucur, cairkan sedikit tapi kalau inginkan cucur berbentukk selinder (bulat memanjang) pekatkan sedikit ditambah tepung gandum. Jenis selinder ini kita perlu gunakan sudip untuk memindahkan kedalam kuali untuk gorengan.

2. Tutup bekas adunan. Biarkan (peraman) selama sekurang-kurangnya satu jam. Lama sangat pun tak boleh kerana tepung akan menjadi masam. Bagi mamak haji 1-2 jam sudah memadai.

3. Adunan biasa akan naik dua kali dari asal. Gaulkan kembali. Masukan kelapa parut. Gaulkan kembali adunan. Sambil itu boleh panaskan kuali dengan minyak masak.

4. Uji dan pastikan minyak betul-betul panas dengan masukan satu atau dua titik tepung adunan tadi kedalam minyak untuk menetukan kepanasan. Minyak kalau tak panas, minyak masak diserap ke dalam cucur anda. Ini akan jadikan bukannya cucur udang tapi cucur minyak. Terlalu panas akan menghanguskan cucur. pandai-pandai kawal suhu panas. kalau nak sejukan minyak panas masukan sedikit minyak baru ke dalam kuali.

5.Goreng cucur hingga keperangan. Cucur yang masak akan terapong dan bertukar menjadi warna kekuningan.

Nota: Kekerasan cucur udang ini terletak pada tepung beras. Kalau ia lembut dan kita nak keras, tambahkan tepung beras. Kekerasan juga kadang-kala terletak cara kita goreng atau kandungan air yang terdapat dalam gorengan itu. Ini termasukan kepekatan tepung gorengan.


Cucur Udang Mamak Penang:

BAHAN-BAHAN:

1 Kg  tepung gandum ( 2 sudu besar tepung diasingkan)
*250gm udang sederhana besar untuk diletak atas cucur udang. (saya masuk terus udang dalam adunan).Segenggam daun kucai dipotong 1″.500gm taugeh dibasuh bersih.
250gm Udang Kapas (udang kecil halus basah atau udang kering kepal/ geragau yang kering) direndam dan dibersihkan. kisar sehingga halus dengan sedikit air.
1 biji bawang besar (sederhana besar) dihiris halus.
1 paket Yis kering (*Mauripan 11 gm).
1 sudu kecil garam atau ikut kemasinan yang diperlukan.
1/2 sudu pewarna kuning  cair atau 1 sudu kecil serbuk kunyit.1
 kg Minyak masak.

CARA PENYEDIAAN:

1.Masukkan tepung dalam sebuah bekas (perlu menampung tepung yang akan naik dua kali).

2.Masukan Yis kering ke dalam air dicampur 1 sudu kecil gula pasir dan membiarkan 10 minit. Kacau rata yis supaya ia larut. Masukan dalam tepung dan kacau rata.

3.Masukan garam,daun kucai,taugeh,perwarna kuning ke dalam tepung.

4.Masukan lima cawan air kedalam adunan tepung. Adunkan semua bahan sehingga sebati.Tentukan adunan tidak cair sangat atau pekat. Kelikatan sama seperti menyediakan cucur pisang. Sesuaikan kelikatan adunan tepung. Apabila Selesai tutup adunan tepung itu dan biarkan selama 1 jam untuk tepung itu bangkit. Selepas sejam adunkkan kembali tepung dan sedia untuk goreng.

5.Panaskan kuali.Tentukkan api dapur untuk mengoreng cucur tidak terlalu keras.  Api dapur yang memadai. Jangan pula terlalu kecilkan api.Ini akan menjadikan cucur anda akan meresapi terlalu banyak minyak. Hasil Gorengan pertama anda akan memberi keputusan yang anda perlu sesuaikan api dapur anda atau kelikatan tepung. Gorengan pertama mula dengan satu atau dua dulu.

6.Tepung yang diasingkan (2 sudu besar) masukan sedikit air supaya menjadi likat (buat gam). Masukkan udang besar yang telah dibersihkan supaya ia bersalut dengan tepung likat ini (sebagai gam). Ini menentukan udang yang goreng diatas cucur, tidak mudah bercerai semasa gorengan.

7.Cara goreng cucur mempunyai berbagai cara. Untuk gorengan cara mamak adalah cara yang mudah.Gunakan sudip  yang telah dipanaskan dalam minyak selama 5 minit, ambil sebahagian tepung dari bekas tepung dan letakan udang besar (dilumur tepung) diatas tepung yang perlu digoreng. Masukan kedalam kuali.

8.Walau pun masa gorengan tergantung pada size dan kawalan api dapur kebiasaannya sekiranya gorengan cucur sedia masak akan timbul ke atas permukaan minyak gelembong udara akan terhenti. Apabila gorengan bertukar warna kekuningan emas biasanya cucur telah sedia masak. Keluarkan dari kuali dan letakan di atas kertas tisu dapur untuk menyerap minyak yang berlebihan.




Tuesday, July 18, 2017

Kek Buah Kukus Lembab

Kek buah kukus.....bila hati nak buat kek tapi dalam masa yg sama nak pegi beraya.... Adus...nak cepat punya pasal kukus sekejap...ingatkkan dah masak tapi bila diterbalikkan rupa2nya masih lembik di bawah bahagian bawah.


Terpaksa la masukkan semula dalam loyang dan kukus semula. Disebabkan hubby dan anak2 semuanya dah ready nak keluar beraya, tawakal jer la tinggalkan kek yang sedang dikukus. Alhamdulillah la pengukus elektrik ni ada timer. Set jer timer dia nanti cukup masa atau air kukus kering dia off sendiri.

Balik petangnya tengok kek dah masak.

Resepi asal saya ambil dari azie kitchen.....saya oleh serba sesikit ikut bahan yg saya ada.


Kek Buah Kukus Lembab @ ZLC

Loyang saiz: 10"-12”

Bahan bahan:

500 gram mixed fruit
8 telur gred C
2 sudu kecil esen vanilla

Bahan Ayak:

600 gm tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk buah pala

Gula Hangus:

3 1/2 cawan gula perang
1/2 cawan air panas
500 gm butter

Cara cara:

Panaskan gula pasir di dalam kuali menggunakan api kecil sehingga gula cair dan berwarna perang. Tuangkan air dengan berhati hati dan kacau seketika sebelum dimasukkan butter. Terus masak sehingga cair.

Masukkan pula mixed fruits dan masak sehingga mendidih dan tutup api. Ketepikan dan sejukkan sehingga agak suam.

Masukkan pula bahan ayak ke dalam adunan gula hangus tadi sedikit demi sedikit dan kacau dengan menggunakan senduk kayu hingga rata.

Dalam bekas lain, pukul atau blend telur sebentar. Kemudian tuangkan ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati. Masukkan esen vanila dan esen rose. Kacau lagi tapi jangan terlebih kacau takut buah mendap.

Tuang adunan ke dalam loyang saiz 10” atau 12" yang telah dialas kertas kek dan dilenser dengan mentega. Boleh tutup loyang dengan aluminium foil yang dilenser dengan butter supaya tidak melekat bila kek naik tinggi. Nota: Saya guna 4 bekas aluminium 7"x3" dan masa mengukus adalah 1 1/2 - 2 jam sahaja. Untuk masa depan, guna 5 bekas lagi sesuai kerana kek naik tinggi. Lagi pulak, pengukus saya tidak cukup tinggi.

Panaskan pengukus sehingga air mendidih dan kukuslah selama minimun 4 hingga 6 jam. Lagi lama dikukus lebih lembab dan tahan lama. Selain aluminium foil, boleh juga balut tutup pengukus dengan tuala supaya wap air tidak menitis ke atas kek yang sedang dikukus.

Kukus dengan api yang sederhana pada 3 jam yang pertama dan selepas itu dikecilkan api. Kalau nak tambah air, pastikan ditambah dengan air panas.

Bila kek telah masak, buka tutup pengukus dan biarkan kek sejuk di dalam pengukus untuk mengelakkan buah mendap. Bila sejuk, bolehlah dikeluarkan dari loyang. Kek lebih lembab selepas 2 hari, jadi balut dengan plastik dan dibiarkan di atas meja selama 2-3 hari, baru dipotong dengan pisau yang kering dan tajam.


Nota:

Kek ini lebih sedap dimakan selepas 2 hari.

Boleh kukus dalam bekas lebih besar jika sukakan kek yang tidak tebal.

Cukup sekadar whisk dan jangan gunakan mixer, kerana jika terlalu dipukul adunan akan menghasilkan kek yang agak kering. Sebaiknya menggunakan campuran buah-buahan yang dibeli dari Phoon Huat atau Bake with Yen, kerana buah-buahannya lebih lembab dan warnanya pun menarik.

Selepas dikukus, kek mesti dibungkus dengan aluminium foil. Sebelum dibungkus cucuk-cucukkan kek dengan lidi penyucuk sate dan tuangkan 1 sudu kecil jus oren sunquick atas lubang untuk melembabkan kek. Simpan dalam tupperware dan bolehlah dipotong untuk dimakan selepas seminggu. Jangan masuk fridge. Makin lama kek makin sedap dan berkilat.

Pastikan tangan dan pisau yang digunakan semasa memotong adalah kering. Kek boleh disimpan selama 6 bulan - 1 tahun.

Boleh juga dibungkus dengan plastic cling dan aluminium foil dan untuk disimpan dalam freezer. Bila hendak menghidangkan, keluarkan 3 jam lebih awal dan biarkan ia lembut kemudian potong dan hidangkan.

Kek Lumut


Variasi kek sarawak yg mudah....tak payah nak melapis....i lioke.....tuang....kukus....siap.


KEK LUMUT
ZLC @ zulfadreamland.blogspot.my

BAHAN-BAHANNYA

500 g mentega
1 1/2 cawan gula halus
10 biji telur gred A
3 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat manis
1 cawan horlicks
1 cawan nestum (kisar)
1/2 cawan serbuk badam
2 camca teh esen vanilla
Pewarna hijau secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Panaskan kukusan, lenser tin berukuran (11 x 8 x 3) inci dengan mentega, alas dasarnya dengan kertas minyak. Satukan tepung, horlicks dan nestum, gaul rata. Ketepikan.

2. Putar mentega dengan gula halus hingga putih, tambah telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Masukkan esen vanilla, kacau rata.

3. Masukkan susu pekat manis, putar lagi hingga rata. Pada kelajuan perlahan, masukkan campuran tepung, horlicks, serbuk badam dan nestum tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.

4. Akhir sekali masukkan pewarna hijau, kacau rata2 dan tuang dalam tin tadi. Tutup dengan aluminium foil dan kukus 2 1/2 jam hingga 3 jam.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...