Friday, January 26, 2018

Nasi briyani pakistan


Nasi biryani pakistan

Bahan bahan:

5 cawan beras basmathi (rendam & tos)
1 kg ayam, daging atau kambing (dg tulang, lagi sedap) - saya guna lamb rib
4 kuntum bunga lawang
2 inci kayu manis
8 buah pelaga
10 bunga cengkih
1 sb serbuk ketumbar
1 sb serbuk jintan manis
1 sb serbuk jintan putih
1 sk serbuk kunyit
3 bawang besar – potong dadu
5-6 buah tomato masak saiz besar – potong dadu (lagi banyak lagi sedap)
2 labu bawang putih – tumbuk
3 inci halia – tumbuk
1 ½ cawan yoghurt
2 bay leave
Minyak olive
4 biji telur – rebus, kupas & kelar
4 biji kentang kecil – kupas & rebus
½ cawan susu 

Daun pudina 

Daun ketumbar dihiris
Saffron dan pewarna kuning - saffron saya tak guna sebab tak jumpa cari stok saffron tu. Jadi saya letak sedikit pewarna kuning jer.


Hiasan

Bawang goreng
Daun ketumbar – hiris
4 biji cili hidup hijau - potong 
1 inci daun pudina
Badam dan kismis, jika suka

Penyediaan Ayam:

Perap ayam/daging/kambing dengan garam, separuh dari bawang putih dan halia yang dikisar serta serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan jintan manis selama 1 jam. 

Panaskan minyak, tumis rempah menumis, baki bawang putih dan halia kisar serta bawang besar sehingga naik bau. Saya masukkan juga daun pandan sebab suka wangian nya.Masukkan ayam yang diperap dan kacau sehingga rata.

Masukkan air sedikit sahaja jika menggunakan ayam tapi jika daging, air agak agak tenggelam daging supaya daging empuk. 

Satukan yoghurt dan buah tomato dan tuangkan ke dalam kuali, masak lagi sambil dikacau rata hingga naik minyak.  Jangan sampai terlalu kering. Biar berkuah sedikit. Akhir sekali masukkan bay leave, garam dan gula. Sesuaikan rasa.

Tutup kuali dengan penutup dan masak menggunakan api perlahan sebelum ditutup api.

Penyediaan Nasi:

Basuh beras, rendam selama 20 minit dan ditos. Di dalam periuk berasingan, masukkan air, sedikit minyak - 3 sb, buah pelaga - 5 biji, cengkih - 5 kuntum, bay leave -3 helai dan sedikit garam -1 sk. Masak sehingga air mendidih.

Masukkan beras dan masak sehingga nasi hampir masak tetapi tidak 100% masak.

Tutup api dan tos lebihan air nasi di dalam bekas penapis sehingga kering.

Penyediaan Beriani:

Di dalam periuk lain, letak lapisan pertama iaitu nasi. Sudukan susu secara random ke atas nasi. Titiskan pewarna kuning atau ayakkan saffron dengan menggunakan penapis teh ke atas nasi.

Letakkan telur yang telah dikelar dan kentang rebus.

Taburkan tomato potong dadu, bawang goreng, cili hijau potong 1 inci, daun ketumbar dan daun mint yang dihiris.

Letak pula lapisan kedua, iaitu ayam bersama sedikit kuahnya sehingga menutupi lapisan nasi. 

Lapisan ketiga, letak nasi sehingga menutupi lapisan daging tadi. Sudukan susu dan titis pewarna kuning.

Lapisan atas sekali ialah lapisan ayam. Tabur dengan bawang goreng, tomato, cili hijau dan daun ketumbar.Masukkan periuk ke dalam rice cooker dan biarkan masak seketika. Boleh juga ditutup dengan aluminium foil dan dimasak menggunakan microvave atau dapur gas.

Keluarkan periuk dari rice cooker dan sendukkan nasi dan ayam ke dalam mangkuk lain dan digaul rata dengan perlahan lahan supaya nasi tidak patah. 

Bolehlah dihidangkan dengan salad dan yoghurt.

Taburkan daun ketumbar.


Salad

Lettuce
Tomato
Bawang besar
Timun – buang biji
Green bell pepper
Garam & gula
Minyak olive
Perahan lemon
Daun ketumbar

Potong dadu dan satukan kesemuanya. Sesuaikan rasa yang disukai.

Sos Yoghurt

Yoghurt
Bawang besar – potong bulat
Daun ketumbar - hiris halus
Garam
Satukan kesemuanya dan gaul sehingga sebati.







Sunday, January 21, 2018

Buttermilk moist chocolate cake

Kek besday untuk si bongsu. Besday minggu lepas tapi minggu ni baru ada kesempatan dan kesihatan nak baking. Dok fikir nak buatkan baking kek apa....nak yang mudah2 jer....dan yang budak2 suka.


Tu la pilih kek ni....tak payah guna mixer...godek2 dengan senduk kayu jer. Kek ni nyaris2 tak menjadi....tengah bakar sekali oven padam.....adus....baru 30 minit....lembik lagi aduannya. Panik la kejap....alhamdulillah ada oven satu lagi...terus panaskan sekejap....lepas 10 minit keluarkan loyang dan pindahkan loyang kek tu ke dalam oven satu lagi. Bertapa jap depan oven....mengintai sambil doa jangan la kek bantat terencat. Alhamdulillah....elok kejadiaannya.


Tak sempat sejuk dah dideco....nak siapkan cepat sebab ramai pulak kengkawan anak2 datang lepak kat rumah hari ni.... Kalau nak tunggu sejuk betul nanti dah nak senja....balik pulak budak2 tu. Jadi la...ala kadar jer....happy jugak la si kecik tu...ngan kengkawan dia dan kakak dia makan kek.


Buttermilk Moist Chocolate Cake

*300 gm tepung gandum
100 gm serbuk chocolate
1 sk serbuk penaik
1/2 sk garam
400 gm gula perang
240 ml buttermilk (240 gm susu segar + 1 sb cuka, kacau dan biarkan 15 minit)
240 ml minyak
3 biji telur gred C
240 ml air panas


Ayak *. Satukan semua bahan kecuali air panas. Adun rata menggunakan whisker. Tambah air panas. Adun hingga sebati. Tuangkan ke dalam loyang bersaiz 9 inci. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan 15 minit lebih awal pada suhu 170°C selama 1 jam (ikut kesesuaian oven masing2).

Udang Tumis Petai


Menu ringkas jer tengahari ni....hasil tangkapan kat pasar tani tadi. Bestnya pegi pasar tani ni macam2 ada...ikan pun not bad....agak fresh dan harga pun ok la jugak. Petai...ermmmm....mahalnya sekarang ni. 5 papan yang kecik2 jer matanya RM10.


Dapatlah sejemput....boleh kaya akak kalau ada 5 - 6 pokok.....10 ekar ker......jual sendiri kat pasar....ermmmm....mokcik kayo...mokcik kayo. Jutawan petai mokcik bila musim...hahahha. verangan itu satu nikmat.


Udang tumis petai ala thai

1 kg udang
5 papan petai
6 helai daun limau purut
2 biji bawang besar - hiris
2 inci halia - hiris
6 ulas bawang putih - hiris
6 sb cili kering kisar
4 sb sos tiram
Garam dan gula secukup rasa


Cara-caranya

Panaskan sedikit minyak. Tumis 1/2 bawang besar, halia, bawang putih dan daun limau purut hingga naik bau. Masukkan cili dan tumis hingga pecah minyak.

Masukkan sos tiram. Kacau sebati. Masukkan udang dan tumis hingga udang berubah warna dan melengkung. Masukkan petai dan baki bawang serta garam dan gula secukup rasa. Tumis seketika dan tutup api.

Saturday, January 20, 2018

Kali ni Muffin Coklat dengan Chocolate Chips pulak yer

Bila memasak dengan rasa suka yang teramat, kerja berat rasa mudah.....selepas balik kerja khamis lepas, dapur saya sibuk dengan aktiviti memasak. Menyedia beberapa juadah atas permintaan kengkawan. Bermula dengan menyediakan sebiji kek oren, kemudian kari daging kerisik dan kuah mee bandung sambil menyiapkan muffin coklat ni. Sambung memasak seawal jam 4 pagi untuk mengukus pulut kuning, menyediakan nasi arab dan melengkapkan hidangan mee bandung sambil menyiapkan anak2 untuk ke sekolah. Semua ni dibuat dengan bantuan encik hubby. Alhamdulillah semuanya selesai dan sampai kedestinasi pada waktunya.


Muffin Coklat dengan Cips Coklat

Bahan-bahan

Bahan A

2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
3 sudu kecil baking powder
1  sudu kecil soda bikarbonate
3 sudu kecil nescafe
Sedikit garam

Bahan B

1 1/2 cawan gula perang
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair (atau susu segar)
3 biji telur gred A

Bahan C

3/4 cawan air panas

Bahan D

Chocolate Chips

Cara-cara:

Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi. Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar.

Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata.

Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata.

Ceduk ke dalam muffin cup sehingga 2/3 penuh sahaja dan taburkan coklat cips secukupnya. Bakar pada suhu 175 C selama 20 - 30 minit atau sehingga masak.



Menu ringkas tapi lazat : Bilis Tumis Kicap


Bila badan tak berapa sihat haritu....nak masak pun tak larat. Tetiba teringat menu ringkas yang biasa dimasak kat kampung masa kecik2 dulu. Ikan bilis yang digoreng garing....di kemudian ditumis dengan kicap dan beberapa bahan lain. Makan panas2 pulak dengan nasi yang asapnya masih berkepul2....perghhhh....nak cerita pun susah. Tengah mulut terasa pahit2 gitu....deria bau dan rasa pun entah ke mana, menu macam ni memang sesuai la sangat pada saya.

Menu untuk orang dalam pantang pun yer juga....hehehe.....ringkas...mudah tapi sedap banget gitew...


Ikan Bilis Tumis Kicap

1 cawan ikan bilis - basuh dan toskan kemudian goreng garing
5 batang kacang panjang/lobak merah - potong 2 inci
1 biji bawang besar - hiris bulat
5 biji cili padi - ketuk atau hiris (kalau dalam pantang gantikan dengan lada hitam)
10 sb kicap
sedikit minyak untuk menumis

Tumis bawang dan cili padi hingga naik bau dan keperangan. Masukkan kicap. Masak hingga kicap pekat. Masukkan kacang, tumiskan hingga kacang masak. Tutup api dan masukkan bilis goreng. Gaul rata dan hidangkan. Siap.


Nestum Vanilla Chips Cookies

Permintaan luar musim....sesekali layan juga permintaan2 luar musim. Lagi pun coklat chips ni sesuai dimakan bila-bila masa jer. Bukan kira musim raya ke tak....kudapan ringkas dan sedap....Tambah2 biskut premium macam ni....guna mentega tulin dan chocolate compound....makin sedap jadinya....kaya dengan pelbagai rasa...rasa nestum....rasa badam....rasa coklat....menjadikan kombinasinya menawan kalbu gitu.....tambah2 bau menteganya tu bila jer keluar oven semerbak sekali.....gambar kelabu tu abaikan ajer...nak cepat sebab macam2 pulak nak disiapkan haritu.... Biskutnya pun dah bertukar tangan pun....


Nestum Vanilla Chips Cookies
http://www.zulfadreamland.blogspot.my

Bahan-bahan

250 gm mentega
200 gm gula kaster
2 biji telur gred C
1 sudu teh esen vanila
220 gm tepung gandum
60 gm nestum cereal
60 gm tepung kentang
100 gm badam nibs
200 gm chocolate chips
1/8 sk emplex
1/2 sk baking powder


Penyediaan

Panaskan oven pada suhu 160C.
Pukul mentega dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur, esen vanilla dan garam.  Putar hingga sebati. Masukkan tepung gandum, nestum, tepung kentang.  Gaul sebati.

Masukkan badam nibs dan chocolate chips.
Gaul rata menjadi doh yang lembut.
Ambil doh sebesar guli, bulatkan dan letakkan di alas dulang pembakar.
Bakar pada suhu 160C selama 15-20 minit sehingga keperangan.
Simpan dalam bekas kedap udara.


Thursday, January 18, 2018

Kuih Lopes


Tetiba tekak teringin, tak sedap mulut...rasa nak makan benda2 manis. Teringat stok pulut dan gula nisan banyak, kelapa parut beku pun ada. Tanak pulut...masak air gula...tekap pulut guna gelas..dapatla 10 ketul kuih lopes pulut ni.....the first 2 ingat nak makan dulu....siap jer ada pulak tersembul si anak.... Ummi nak.....oklah...makan la nak... Buat pulak lagi 2 untuk hubby.....pastu anak2 lain dan kakak pun datang mengendeng.....sudahnya ummi pun dah tak rasa nak makan lagi.


Kuih lopes

Bahan2nya

2 cawan beras pulut
2 cawan air (atau air daun pandan)
sedikit garam

Masak seperti masak nasi.
Kelapa parut yg digaul garam secukup rasa (saya kukus kelapa ni supaya tahan lama)


Air gula melaka

2 ketul gula melaka
2 cawan air
1 helai daun pandan disimpul

Masak hingga semua gula larut dan air gula sedikit pekat.

penyediaannya

Ambil sesenduk pulut yang telah nasak dan leperkan. (Saya alas dengan plastik supaya tak melekit2)  Ambil gelas atau cawan plastik. Celupkan gelas di dalam air dan tekap pulut. Gaulkan dengan kelapa parut. (Ulang proses hingga selesai - setiap kali celup gelas dalam air untuk mengelakkan pulut melekat pada gelas). Hidangkan bersama air gula.


Donut Wholemeal


2 dalam 1....doh sama kejadian berbeza....yg ni namanya donut....wholemeal donut....anak2 makan donut....mak pak anak makan beger Malaysia.


RESEPI ROTI DAN DONUT LEMBUT
Resepi Oleh: Nor Jannah
Dicuba dan diolah Oleh: Zulfaza Loves Cooking

Bahan A:

Tepung gandum- 400 gram
Tepung wholemeal - 100 gm
Gula kasar- 80 gram
Garam- 6 gram
Yis- 8 gram
Bread Improver- 5 gram
Mentega - 55 gram

Bahan B:

Telur- 1 biji gred C
Ais Kiub- 100 gram
Air biasa- 140 gram

Cara untuk uli menggunakan mixer:

1) Timbang bahan A dan masukkan ke dalam bowl.

2) Timbang bahan B dan masukkan ke dalam A.

3) Putar menggunakan mixer dengan menggunakan speed rendah dahulu sehingga sebati.

4) Kemudian boleh tukar ke speed medium. Putar sehingga doh elastik iaitu doh licin, berkilat dan tarik tidak putus.

[ Cara untuk membuat donut ]

1) Timbang doh 40 gram untuk membuat donut.

2) Bulatkan dan letak atas tray yang di tabur sedikit tepung agar donut tidak melekat di tray.

2) Perap 20 minit dulu. Baru canai, kemudian boleh lubangkan donut dengan jari atau nak guna nozel pun boleh untuk buat lubang.

3) Sambung perap sehingga naik dua kali ganda.

4) Panaskan minyak dengan api sederhana. Angkat donut menggunakan sudip yang di celup minyak panas. Letak donut dalam kuali.

5) Ulangi step ni, sehingga donut penuh dalam kuali. Tidak perlu nak kalih donut. Jika donut dah masak atau berwarna perang. Barulah di kalih.

*Untuk mendapatkan ring di tengah, donut tidak boleh banyak kali di kalih. Cukuplah dua kali kalih saja.

*Jika banyak kali kalih, donut juga akan menyerap minyak.

6) Siap di goreng, toskan.

7) Salut dengan 2 jenis gula bila donut dah suam. Gula castor 100 gram + Gula icing 80 gram. Jika tidak ada, boleh blander gula kasar separuh halus.

Burger Malaysia aka Pau Wholemeal Sambal


Burger Malaysia nama diberi.....sedap weh...kena dengan sambalnya memang heaven. Dua tiga ketul habis tak sedar....tau2 dah kenyang.


RESEPI ROTI DAN DONUT LEMBUT
Resepi Oleh: Nor Jannah
Dicuba dan diolah Oleh: Zulfaza Loves Cooking

Bahan A:

Tepung gandum- 400 gram
Tepung wholemeal - 100 gm
Gula kasar- 80 gram
Garam- 6 gram
Yis- 8 gram
Bread Improver- 5 gram
Mentega - 55 gram

Bahan B:

Telur- 1 biji gred C
Ais Kiub- 100 gram
Air biasa- 140 gram

Cara untuk uli menggunakan mixer:

1) Timbang bahan B dan masukkan ke dalam bowl.

2) Timbang bahan A dan masukkan ke dalam B.

3) Putar menggunakan mixer dengan menggunakan speed rendah dahulu sehingga sebati. Saya guna breadmaker.

4) Kemudian boleh tukar ke speed medium. Putar sehingga doh elastik iaitu doh licin, berkilat dan tarik tidak putus.

[ Cara untuk membuat roti burger goreng]

1) Timbang doh 20 gram untuk membuat roti burger goreng. (Saiz ikut citarasa)

2) Bulatkan dan letak atas tray yang di tabur sedikit tepung agar doh tidak melekat di tray.

2) Perap sehingga naik dua kali ganda.

4) Panaskan minyak dengan api sederhana. Angkat donut menggunakan sudip yang di celup minyak panas. Letak donut dalam kuali.

5) Ulangi step ni, sehingga roti penuh dalam kuali. Tidak perlu nak kalih. Jika dah masak atau berwarna perang, barulah di kalih.

*Jika banyak kali kalih, roti burger juga akan menyerap minyak.

6) Siap di goreng, toskan.

7) Belah 2 tapi jangan sampai putus. Susun timun dan sapukan sambal.


Resepi sambal sedap

*1 genggam ikan bilis
*2 biji bawang besar
*5 ulas bawang putih
*1 inci halia
* 20 biji cili kering direbus/rendam lembut
Garam dan gula secukup rasa
5 sb air asam jawa pekat.
1 batang serai dititik/ketuk
Minyak untuk menumis.

Kisar bahan bertanda * dengab air secukupnya hingga lumat. Tuangkan ke dalam kuali. Masak hingga hampir kering. Kacau selalu.

Tuangkan 1/4 cawan minyak masak. Masukkan serai. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan gula secukup rasa. Kacau sebati. Masukkan air asam. Kacau sebati. Tambah air jika perlu. Perisakan dengan garam secukup rasa. Masak hingga sambal pekat.

ROTI BOY (MEXICAN BUN)

Siap suda.....#rotimexico in da haus....anak2 xcited.....tunggu keluar oven....4 ketul dah selamat.....sedap sgt kata diorg....lebih sedap dari yg kat kedai.....alahai terharu ummi...hilang penat start baking dari balik opis tadi..

Mexican bun aka roti boy aka paparoti....ikut la nak letak nama apa....malam ni punya cerita....tadi kat opis teringin sangat nak malan roti boy ni kat cafe baru kat opis....bila sampai situ tengok sandwich dia macam menarik pulak......tak jadi beli roti boy beli chicken sandwich. Tapi dapat jugak la rasa roti boy dia sebab member opis beli...jadi pow dia jer sikit. Ermmmm...ada rasa keciwa skit la.....tak menepati citarasa roti boy sebenar....so pendekkan story malam ni buat sendiri guna resepi Diana @My Resipi  ....tak sedap pun takpe...sindri bikin....sindri makan....tapi sedap la pulak...makan panas2....last buat guna resepi sama 2014 rasanya...berzaman sudah...


ROTI BOY (MEXICAN BUN)

Bahan-bahan (17 biji )-bergantung kepada saiz setiap roti yang anda bentukkan.


# Bahan untuk Inti #
100 gram mentega bergaram, dilembutkan
1/4 sudu teh esen vanilla
35 gram gula perang

# Bahan untuk Topping #

100 gram mentega, dilembutkan
80 gram gula aising, diayak
2 biji telur, dipukul sedikit
1 1/2 sudu makan NESCAFE dicampurkan dengan 2 sudu besar air (saya dah kurangkan kuantiti serbuk nescafenya sebab sebelum ni buat saya rasa pahit sangat)
(secubit serbuk kayu manis, boleh dicampur ke dalam bancuhan kopi jika suka)
100 gram tepung gandum, diayak

# Bahan untuk Doh Manis #

500 gram tepung roti/tepung gandum, diayak
1 sb bread improver
75 gram gula kaster
1 sudu teh)garam
1 1/2 sudu teh yis segera
1 biji telur, dipukul sedikit
270 gram susu segar (kalau nak bancuh 20 gm susu tepung dengan 270 ml air pun boleh)
60 gram mentega, dilembutkan



Cara-cara :

Cara untuk Intinya :
Pukul mentega dalam mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan esen vanilla dan gula perang dan pukul hingga sebati. Tuangkan adunan ke dalam mangkuk dan bekukan dalam peti sejuk. Bahagikan adunan inti kepada 10 gram(kali ni Nadz buat 15 gm setiap satu) dan bulatkan dan simpan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.

Cara untuk Topping :

Pukul mentega dan gula aising pada kelajuan sederhana selama 5 minit sehingga adunan ringan dan gebu. Masukkan telur sedikit demi sedikit. Masukkan esen kopi. Masukkan tepung dan putar pada kelajuan perlahan sehingga semuanya sebati. Masukkan kedalam piping bag dan sejukkan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.


Cara untuk Doh Manis :

Campurkan tepung yang telah diayak, gula kaster, bread improver dan garam di dalam mixer dan putar pada kelajuan perlahan selama 1 minit. Masukkan yis, telur dan air. Putar selama 1 minit pada kelajuan perlahan dan kemudian pada kelajuan sederhana selama 8 minit. Masukkan butter dan gaul hingga sebati selama 5 minit pada kelajuan sederhana sehingga adunan roti menjadi lembut dan licin. Kemudian bulatkan adunan setiap bahagian 55 gram (boleh dapat 17 bahagian). Bentukkan bulat. Tutup dengan kain lembab dan biarkan selama 10 minit.


Cara untuk membuat Roti Boy :

Menggunakan telapak tangan leperkan adunan roti. Letakkan inti di tangan dan tutup dan kemaskan (mesti tutup betul kalau tidak sewaktu membakar inti akan terkeluar dan cair). Bentukkan bulat dan letakkan atas loyang pembakar yang telah disapu mentega. Ulangi untuk bulatan roti yang lain. Letakkan roti pada jarak 7.5cm diatas loyang pembakar. Ketepikan untuk diperap selama 45 minit di dalam suhu suam. Pipe topping di atas roti bentuk spiral (bulat-bulat) bermula dari tengah. Bakar pada suhu 170°C selama 15-20 minit atau sehingga roti keperangan.

SELAMAT MENCUBA!

Kek Buah Kukus


Akhirnya penantian mu berakhir jua...hehheheh....berbulan menunggu baru semalam selamat .sampai ketangan tuan punya baru dia...... Punya la bercinta nak buat sebab kena kukus lama tapi berbaloi......kejadiannya lembab...sedap gitew....terbaek resepi dari ladang ni.....ramai blogger lain guna resepi sama....azie kitchen, azlita....dll.


Kek Buah Kukus

Bahan :

225 gm Mentega
300 gm gula pasir
70 gm air panas
500 gm Mixed Fruits
3 biji telur saiz A
1 sk vanilla essence

Bahan Ayak:

1 sk cream of tartar (saya tak letak)
2 sk soda bikarbonat
350 gm tepung gandum
1 sk serbuk Nutmeg @ buah pala

Cara :

Masakkan gula pasir sampai perang  dan tuangkan air perlahan lahan. Guna api kecil jer. Masukkan mentega @ butter dan biarkan cair. Masukkan pula mixed fruits dan biarkan mendidih seketika. Ketepikan dan sejukkan sebentar (suam2 kuku gitew).

Masukkan semua bahan ayak ke dalam bahan gula yang dimasak dan disejukkan tadi sedikit demi sedikit dan gaul dengan senduk kayu hingga rata dan sebati.

Dalam bekas lain, pukul telur sebentar atau gunakan mixer. Kemudian tuangkan ke dalam adunan tadi dan kacau sehingga menjadi adunan yang betul betul sebati. Kacau dengan senduk kayu juga.

Masukkan adunan ke dalam bekas empat segi bersaiz 8"x 8" yang telah dialas kertas kek dan dilenser dengan mentega.

Kukus selamat 3 - 4 jam di dalam pengukus yang telah dipanaskan airnya. Kek ni kalau kukus 2 jam pun dah masak, tapi untuk mendapatkan kelembapan yang lebih, kukuslah selama 3 - 4 jam. Kukus dengan api yang sederhana pada 2 jam yang pertama dan pada 2 jam yang terakhir kukus dengan api yang kecil jer. Kalau nak tambah air pengukus, pastikan ditambah dengan air panas.

Alas tutup pengukus dengan tuala @ kain supaya wap air tidak menitik ke atas kek yang dikukus atau tutup loyang @ bekas dengan aluminium foil yang dilenser dengan mentega semasa mengukus kek supaya kek tidak melekat di aluminium foil. Lebih baik guna bekas yang besar dan tinggi sedikit.

Bila kek ni dah masak, buka penutup kukusan dan biarkan kek ni dalam pengukus dulu hingga sejuk. Jika terus angkat buah akan turun. Pastu bolehlah keluarkan dari pengukus. Potong kek bila ia benar benar sejuk, lebih bagus, biar kan ia semalaman dalam tudung saji.

Nota:

Kek ini lebih sedap dimakan selepas 2 hari. Untuk menambah kelembapannya, balut dengan plastik dan simpan 2-3 hari, baru dipotong dengan pisau yang tajam.

Boleh kukus dalam bekas lebih besar jika sukakan kek yang tidak tebal.


Monday, January 15, 2018

Macaroni Bakar

Cerita weekend lepas. Kawan opis minta masakkan...ada tetamu katanya. Dia minta sediakan roti jala tapi saya tak sempat nak buat sebab kuali takde saiz besar....boleh buat sekeping jala jer sekali tebar...jenuh.


Suggest buat macaroni bakar ni jer. Lama dah tak buat. Lama juga plan nak buat tapi tak jadi2. Anak2 tak suka sebab banyak sayur....sayur campur jer kot.....pun makan terkuis2. Tu yang malas nak buat. Takde kawan nak lawan makan.


Macaroni bakar

200 g macaroni - rebus sampai lembut (letak sedikit garam di dalam air rebusan)
500 g daging kisar
4 biji bawang besar
4 biji cili hijau
4 biji buah tomato
1 inci halia
----
dihiris/potong kecil

2 sb minyak sapi (untuk menumis)
2 sb rempah kari
2 tangkai daun ketumbar dihiris
200 gm mix vage
Garam dan gula secukup rasa
3 biji telur + 2 biji telur (dipukul)
2 sb besar sos tomato + 2 sb sos tomato
-------------------
Panaskan minyak sapi.
Tumis bawang, cili, buah tomato dan halia.
Masukkan daging, rempah dan daun ketumbar.
Masukkan mix vage.

 Kacau hingga masak.

Gaulkan bahan2 yang dimasak tadi dengan macaroni.
Masukkan 3 biji telur dan 2 sb sos. dan gaul rata.

Masukkan bancuhan ke dalam bekas caserol dan ratakan.
Tuang 2 biji telur di atasnya dan taburkan 2 sb sos.
Bakar hingga masak dengan suhu 180 celcius (lebih kurang 1/2 jam)


Saturday, January 13, 2018

Roti Sarang Lebah


Punya lama tak buat roti ni....setahun dua kot. Musimnya dah lama berlalu....suatu waktu dulu sana sini org jual....lalu lalang kat wall fb hari2.

Saya terbuat roti ni pun sebab atas permintaan member opis. Tumpang sekaki kitorang sekali....buat sarapan ngan bekal sekolah anak2 terus.


ROTI SARANG LEBAH
Resepi Oleh : Rosmarlina

Jom kita lihat bahan-bahan yang di perlukan


300 gram tepung roti atau tepung high protein atau tepung superfine
200 gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung atau skim milk 
2 sudu besar madu
1 biji telur
250 ml susu segar
6 gram yis
40 gram gula
40 gram butter
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar plain yogurt

Semua bahan dah tersedia jom kita mulakan.
Ada 2 kaedah untuk membuat roti.
1. Jika anda menggunakan bread maker
2. Menguli menggunakan kudrat tangan

1. Kalau menggunakan bread maker kerja membuat roti menjadi lebih mudah. Rotinya pun lembut dan sangat gebu.
Caranya senang sangat, mula-mula anda kenalah dapatkan sebuah bread maker, kalau tak ada bread maker anda kenalah pilih kaedah yang ke 2.

Jika menggunakan bread maker, masukkan semua bahan ke dalam bread maker. Ikut arahan menguli pada Bread Maker masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli , kebiasannya memakan masa 1 jam 1/2 . Bila dah siap uli dan boleh terus ke langkah no 4

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan  dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam. Anda perlu meletakkan doh di tempat yang agak hangat sedikit suhunya seperti di dalam almari atau di dalam oven yang tidak di on suisnya supaya doh anda naik 2 kali ganda dengan cantik dan gebu.


4. Selepas 1 jam 1/2 menguli dengan Bread Maker atau selepas 40 minit di perap doh tersebut,  tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. Kemudian bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil, lebih kurang 40 gm setiap satu, bulat-bulatkan, susun doh di dalam loyang yang telah di sapukan sedikit butter. Susun dalam loyang hingga habis. Adunan ni agak banyak jika guna loyang 8 inc boleh dapat 2 loyang.
Kemudian tutup atasnya dengan kain dan perap semula.
Biarkan sehingga doh naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit.

5. Selepas 40 minit, doh akan naik 2 kali ganda.
Sediakan glis telur iaitu campurkan 1 biji telur dengan 1 sudu besar susu segar dan kocok sebentar.

6. Gliss permukaan bun dengan bancuhan telur, taburkan kuaci hijau, kuaci putih atau badam dan bijan hitam di atasnya.  Sapukan sekali lagi atas nye dengan egg wash supaya semua bahan topping melekat di atas doh,


7. Akhir sekali  bakar pada suhu 170 C selama 20 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah bun di angkat, terus gliss permukaan buns dengan butter atau marjerin, supaya permukaan bun berkilat.

8. Beginilah rupanya bun kita selepas di bakar. Gliss permukaan buns dengan butter atau marjerin, supaya permukaan bun nampak berkilat, segar dan menyelerakan untuk dinikmati.

Letakkan bun atas pinggan hidang sebelum di curahkan sos karamel
Untuk resepi sos karamel. anda boleh sediakan awal, atau sementara menunggu doh di perap anada sudah boleh sediakan sos karamel


SOS KARAMEL

1/2 cawam gula perang
1/2 cawan krim atau tick cream atau fresh cream
1/2 cawan susu segar
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar butter

Cairkan butter.
Masukkan gula dan masak hingga gula mencair
Tuangkan krim, garam dan vanilla
Kacau rata
Jika sos agak pekat tuangkan susu cair , jangan tuang semua agak-agak ia licin ok.

Tuangkan sos karamel atas roti kita tadi..






Serabai dengan kuah gula melaka


Semalam nyembang pasal serabai kat opis sampai buat akak teghingin sangat nak makan.... jadi akak pun bancuh lah adunan serabai pepagi yg dingin ini......2 jam lagi kita makan serabai....tak yah pegi jauh2 beratus kilometer.....kat dapur #zulfazalovescooking pun ada 2 jam lagi jew.... Nak makan serabai kena drive jauh2 ke penang atau melaka memang takde abang sayang nak layan. Nak tak nak....nasi sejuk ngan kelapa parut pun ada jadi bancuh jer la. Buat sendiri.....puas makan.

Kuahnya ingat nak buat serawa durian. Letih menunggu abg sayang balik bawak doyan kita masak jèr la kuah gula melaka ni utk cicah serabai  kita petang tadi......habis 4 ketul serabai barulah cik abg sayang sampai....tak nak kawan......kata kul 12 dah boleh sampai....tapi dah nak kul 6 baru nampak batang hidung.


Kuih Serabai cicah Kuah

Bahan2

2 cawan tpg beras
3/4 cawan nasi sejuk
1 sudu kecik yis
1/2 cawan santan pekat
1 1/2 cawan air
2 sudu besar gula
sedikit garam

Caranya

1. yis, gula dan sedikit air suam dicampur dlm 1 bekas biarkan selama 5 minit utk
memastikan yis aktif...
2. kisar nasi sejuk dengan 1 cawan air tadi..dah hancur nasi tu
masukkan garam,tepung beras , santan,dan bancuhan yis tadi kacau
sebati .
3. Biarkan selama 2 jam lebih dalam bekas tertutup .
4. Panaskan acuan kuih serabai atau dlm pan kecik ke atau dlm acuan kuih
bakar..sapu dgn sedikit minyak dlm acuan tersebut...dah betul2 panas acuan tu masukkan adunan dlm acuan... sederhanakan api dapur dan tutup acuan.
Bila agak2 dah kering permukaan atas tu menandakan ia dah masak...cungkil guna
bende tajam tuk kluarkan kuih dari acuan.


Kuah gula melaka

Gula melaka (ikut citarasa)
Secubit garam
2 cwn Santan
1 sb tepung jagung
------------
Masak gula melaka dengan air sampai hancur, tapis dan masukkan santan yang dicampur dengan tepung jagung dan masak hingga didih. Kalau selalu supaya tak pecah minyak.

Kuih gegetas


Minum petang, balik opis terus ke dapur buat kuih ni. Dah berangan makan kuih ni dari dalam perjalanan balik dari pejabat lagi. Musim2 hujan ni perut asyik lapar. Tak sabar2 nak buat dan makan. Lama dah tak buat.

Kelapa parut pun baru jer restock minggu lepas. Buat sendiri puas hati makan. Saya sira dengan gula perang. Tu yang warnanya gelap sikit.


Kuih Gegetas

2 cwn tepung pulut
1 cwn tepung gandum
1/2 bj kelapa parut putih
1/2 sudu teh garam
Sedikit air
Minyak utk menggoreng

Utk sira:
1 cwn gula
1/2 cwn air
2 helai daun pandan disimpul

Campurkan kesemua bhn kedlm bekas, tuang air sikit2 dan uli sampai tepung agak2 tak melekat kat jari
Cubit adunan sebsr bola ping pong bulatkan dan kemudian dileperkan
Panaskan minyak dan goreng dgn api sederhana

Utk sira:
Masukkan gula,air dan daun pandan masak dgn api sederhana sehingga berbuih
masukkan kuih getas yg digoreng td dan kacau sampai gula bersakar  (kering) - api perlahan.


Ayam mentega berkrim


Antara memu lunch minggu ni. Sedap dan mudah disediakan. 


Creamy Butter Chicken
Ayam Mentega Berkrim

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam, dipotong kecil
Garam secukup rasa
1 sk lada hitam
1 biji telur

1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung                   
Minyak masak untuk menggoreng

Bahan-bahan: kuah
100 g  Mentega
6 ulas Bawang putih, dicincang
5 tangkai  Daun kari
10 - 15 biji Cili padi, dihiris halus
200 ml Susu cair
200 ml krim masakan
200 ml  Air
Garam dan Gula secukup rasa
2 sudu besar Tepung jagung, dicampur dengan air

Cara menyediakan:
1. Perapkan ayam dengan garam dan lada hotan. Kemudian pecahkan telur dan.gaul rata. Gaulkan semua tepung. Masukkan ayam sedikut2 ke dalam tepung dan gaul sebati.
2. Panaskan minyak masak. Gorengkan sehingga kuning keemasan.

3. Di dalam kuali, cairkan mentega.
4. Tumiskan bawang putih, cili padi dan daun kari sehingga wangi.
5. Masukkan susu, krim dan air.
6. Perasakan dengan garam dan gula. Kacau sebati.
7. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau sehingga pekat.
8. Masukkan ayam yang telah digoreng. Kacau sekata.
9. Sedia untuk dihidang.


Muffin Coklat


Musim hujan ni...cuaca sejuk2 ni pwrut asyik berkeriuk jer. Lapar memanjang. Hujung2 minggu ni sementara menunggu apam serabai diperap dan hubby balik kutip durian kat jelobu saya godek2 dulu muffin coklat yang mudah resepi yang saya olah dari sumber Azie Kitchen. 


Muffin Coklat
Bahan-bahan

Bahan A

2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
3 sudu kecil baking powder
1  sudu kecil soda bikarbonate
3 sudu kecil nescafe
Sedikit garam

Bahan B

1 1/2 cawan gula perang
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair (atau susu segar)
3 biji telur gred A

Bahan C

3/4 cawan air panas

Cara-cara:

Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi. Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar.

Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata.

Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata.

Ceduk ke dalam muffin cup sehingga 2/3 penuh sahaja dan bakar pada suhu 175 C selama 20 - 30 minit atau sehingga masak.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...