50 gram tepung beras
1 1/4 cawan air
1 camca besar instant yeast (mauripan)
75 gram gula perang @ soft brown sugar
Kelapa parut putih *
Sedikit garam*(*digaul rata dan kukus sekejap)
ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Sesekali melayan tekak yang teringin sangat nak makan bubur gandum....lama sungguh rasanya tak masak bubur ni....ermmmm....yumyumyum.
1 cawan biji gandum (rendam 3 - 4 jam)
3 cawan air
2 cawan santan
Gula merah, gula putih dan garam secukup rasa
2 helai daun pandan disimpul
----------
Rebus gandum dengan air hingga lembut/empuk. Masukkan daun pandan, gula merah dan gula putih. Masak hingga gula hancur.
Masukkan santan dan kacau selalu untuk mengelakkan santan pecah minyak. Masak hingga kuah mendidih. Masukkan sedikit garam, kacau sebati dan tutup api.
Kepada penggemar pasta yg ingin mencuba hidang yang simple dan sedap....menu sesuai dihidangkan kalau ada tetamu yg datang tanpa perancangan awal. Bahan2nya boleh disimpan lama.
Fried spaghetti with tuna
250 gm spaghetti (angle hair)
Air secukupnya
Garam
-----------------
Panaskan air dan letak garam. Biarkan mendidih. Masukkan spaghetti dan rebus hingga lembut. Toskan dan basuh sedikit untuk membuang kanjinya.
**********
2 tin tuna dalam air toskan dan keringkan airnya
1 biji bawang holand dicincang
5 ulas bawang putih dicincang
8 biji cili padi dihiris
2 biji limau kasturi - perah jusnya
2 sb mentega
4 sb minyak zaitun
Garam secukup rasa
-----------------
Cairkan mentega. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili api hingga naik bau dan sedikit perang.
Masukkan tuna dan goreng hingga sebati. Perahkan limau....kacau rata. Masukkan spaghetti, kacau rata. Tambah garam secukup rasa dan gaul rata. Tutup api dan tuangkan minyak zaitun. Kacau rata dan hidangkan.
Lama dah tak mendonut....mood malas menebal. Dah brapa lama anak2 minta buatkan apam polkadot tapi tak terbuat2....Tapi hari ni semangat ada sikit lebih....jadi buat la donut ni untuk minum petang...saya tambah pewarna coco pandan....(semenjak dua menjak ni kuih muih tema pink)
Cnp dari: http://mas-dapurmas.blogspot.com/2014/01/donut-kentang-gebu.html?m=1
Sumber asal :Tahrunnisah FB
Resepi :
250 gram tepung gandum
sebiji kentang yang telah direbus dan dilenyek
1 biji telor ayam + 1/2 sudu kecil garam (dikacau dlm bekas lain dulu)
2 sudu besar susu tepung apa2 jenama
50-100 ml air ais/guna air suam
1 1/2 sudu besar shortening/marjerin
2 sudu besar gula
1 sudu kecil baking powder
1 3/4 sudu kecil yis mauripan
*doh lembut dan tak lekat kat tangan dikira ok..insyaallah...pastikan doh jgn lembik sangat sbb nanti masa menggoreng minyak serap dlm donut...
Caranya : saya guna mixer
1. Masukkan semua bahan kering dulu dalam bekas adunan
kemudian masukkan telor yang dipukul dulu dlm bekas lain serta masukkan air sedikit demi sedikit (part ni kene pastikan air tu taruk sikit2 ye sambil mesin menguli sehingga doh tu tak lekat kat tangan) serta last skali shortening atau marjerin dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut dan elastik ye, Uli selama 20 minit
2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. saya letak dlm oven 25 minit ( suhu 30 C) jika disuhu bilik masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam atau nak letak kat tmpt panas pun boleh..
3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bentuk doh tersebut dgn acuan donat atau bentukkan rupa donat dan susun donat2 atas dulang yang ditabur tpung gandum... dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
4. Goreng di dalam minyak panas...masa menggoreng tu turunkan suhu panas supaya donut tidak hangus....angkat dan hias dengan gula atau coklat....
selamat mencuba..
Menu sarapan pagi dan bekal sekolah anak2
Roti jala polkadot
1 cawan tepung gandum
1 1/3 cawan susu segar/santan/air/kombinasi
1 biji telur
Garam
Pewarna makanan
Kisar semua bahan kecuali pewarna makanan hingga sebati. Tuang dalam acuan roti jala.
Asingkan sedikit adunan, campur pewarna makanan dan sedikit tepung. Kacau sebati. Tuang dalam acuan berasingan.
Griskan nonstick pan yg telah dipanaskan di atas api sederhana kecil.
Jalakan adunan. Titiskan adunan berwarna. Biarkan seketika hingga adunan masak.
Angkat dan letakkan di atas tray atau pinggan untuk menggulung. Gulung roti dengan bahagian polkadot dibahagian luar.
Kari ayam dan kentang
3 biji kentang - kupas dan potong kiub kecil
3 keping dada ayam - potong kecil
2 sb serbuk kari ayam
2 tangkai daun kari
Minyak untuk menumis
3 keping asam gelugur/keping atau 4 sb air asam
Garam secukup rasa
3 cawan susu segar/santan + 3 cawan air
Bahan kisar
2 biji bawang besar
2 inci halia
6 ulas bawang putih
Tumis bahan kisar dan daun kari hingga naik bau dan keperangan. Masukkan rempah kari yg dibancuh dengan sedikit air.
Tumis hingga naik bau dan terbit minyak. Masukkan ayam dan kentang. Kacau seketika. Tambahkan air dan susu/santan. Biar seketika. Masukkan air asam/asam keping. Masak hingga mendidih dan kentang serta ayam empuk. Perisakan dengan garam secukup rasa. Tutup api.
Kuih ni antara ygmudah untuk disediakan....bahan2 dan adunann5a lebih kurang mcm roti jala dan kuih ketayap jer...
Saya buat kuih ni untuk sarapan pagi bersama nasi goreng.
Lama dah tak buat homemade chocolate ni..... kali ni buat untuk hantaran perkahwinan anak saudara. Coklat ni nak buatnya senang sangat. Cuma kena kreatif untuk membentuk dan mempelbagaikan gaya dan perisa....
Bahan asasnya cuma cooking chocolate atau pun coklat compound - saya guna white chocolate dan dark chocolate. Cairkan guna kaedah double boiler....pastikan periuk kering sbb kalau basah coklat akan berketul. Coklat compound lebih sedap berbanding coklat masakan tapi kosnya lebih sikit.
Untuk coklat putih tu boleh tambah pewarna berasaskan minyak ikut pilihan masing2.
Tuang dalam acuan pilihan dan masukkan dlm freezer selama 5 minit. Dah beku boleh keluarkan dari acuan.