Thursday, August 30, 2012

Kuih Lompang





 Baru keluar kukusan....tunggu sejuk dulu.. yang ni dah ready untuk dimakan...

Amik dari Dapur Siti Delima...di ubahsuai oleh zulfaza....BAncuhannya memang cair...macam jus je...tapi jangan ditambah tepung sebab memang begitu la kejadiaannya, k...

Bahan-bahan: ( 40 biji )
2 1/2 cawan Tepung Beras
1/2 cawan Tepung Sagu (saya guna tepung jagung, ble guna tepung ubi gak)
1 cawan Gula
1 sudu teh Air Mawar/esen vanila
1 sudu teh air kapur
 
4 cawan Air (2 cawan air campur dengan tepung / 2 cawan air masak dengan gula)

Daun Pandan - disimpul

Cara-cara:
1. Satukan Tepung Beras dan Tepung Sagu - diayak
2. Lalu, gaulkan bersama 2 cawan air. ketepikan.
3. Masak gula bersama 2 cawan air dan daun pandan hingga mendidih. Sejukkan.
4. Tapis dan tuangkan air gula ke dalam adunan tepung dan gaul rata.
5. Masukkan sedikit Air Mawar/esen vanila. Gaul rata. Asingkan kepada 2 - 3 mangkuk. Lalu warnakan dengan warna kegemaran anda.
6. Panaskan kukusan, bila mendidih, letakkan acuan yang disapu sedikit minyak di dalam kukusan dan biarkan panas selama 5 minit.
7. Lalu tuangkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 20 minit.
8. Sajikan bersama kelapa parut yang telah dikukus bersama sedikit garam dan daun pandan. Selamat mencuba..

Apam Aiskrim Soda

seronok tengok hasilnya...dan seperti biasa tak rasa pun...suruh orang lain rasa...
Saya suka memasak, test resepi dan suka tengok hasilnya yang comel2 tapi selalunya saya tak makan pun, kalau rasapun setakat cubit sikit2....kepuasannya bila orang lain makan kata sedap...tambah2 lagi anak2 puji menggunung....turutamanya yang sulung, akan cerita satu kampung ummi dia masak macam2....hehehe macam la ummi dia terer sangat...Anak yang kedua pun dah pasang cita-cita nak jadi master chef....yang sulung siang nak jadi ustazah malam nak jadi chef...macam-macam...

Siap untuk majlis hariraya iman kat sekolah....terkejut dia, bangun pagi, tengok...banyaknya ummi...
Ayah kata...nanti satu bagi kat cikgu suruh cikgu makan share kengkawan dia....satu lagi untuk kakak makan dengan kengkawan kakak...
 


Dapat resepi daripada Kakinakl's..tapi diolah oleh zulfaza

Bahan :

3 butir telur (gred A-kalau guna gred C tambahla jadi 4-4 1/2 biji)
1 cawan gula pasir
1 sb ovalete
1 cawan air ais krim soda (saya guna jenama tesco, ada yang kata kena guna jenama F&N)
3 cwn tepung gandum
beberapa titik esen pisang/esen pandan/esen vanilla -untuk kurangkan hanyir telur
beberapa jenis pewarna yang disukai

Cara :

  1. Masukkan telur ke dalam mesin mixer bersama gula dan ovalete. Pukul sehingga kembang dan gebu dengan kelajuan maksimum.
  2. Masukkan ais krim soda dan pukul lagi sehingga sebati.
  3. Campurkan tepung gandum ke dalam adunan telur dan pukul sehingga sebati.
  4. Titiskan esen pisang ke dalam adunan dan sebatikan.
  5. Matikan suis mesin mixer, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut kesukaan anda.
  6. Sudukan adunan ke dalam cup saiz S (cup yang orang guna buat almond london tu) sehingga hampir penuh cup. Jangan melimpah pulak.
  7. Kukus dengan api besar selama 7 minit.

Wednesday, August 29, 2012

Kuih Lopes




bahan-bahannya

2 cwn pulut
10 helai daun pandan dikisar dan ditapis airnya menjadi 2 cwn air.
garam secukup rasa

kelapa parut
garam secukup rasa

Gula melaka dimasak dengan air dan daun pandan sehingga gula hancur.
--------
Cara-caranya.

Tanak/masak pulut dengan air pandan dan garam(boleh tambah pewarna hijau jika ingin warna yang lebih terang). Jumlah air untuk memasak pulut kena sama dengan sukatan pulut - 1 cwn pulut/1 cwn air. Tambahkan sedikit garam.

Apabila pulut dah masak dan disejukkan, bolehlah dibentukkan seperti gambar dan digolekkan dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.

Lopes yang siap bolehlah dihidangkan bersama air gula melaka.

Kek Coklat

Ni untuk kelas mengaji iman...request macam2 nak makan dengan uztazah n kawan tapi ummi jer tak sempat nak tunaikan......

Yang ni pun untuk iman n kawan2...buat dua ketul sebab kengkawannya ramai kat situ...

Yang ni buat untuk makan2 kat umah...topping lain skit...campur dengan creamcheese frosting lebih salut kek sebelum nih...jadi untuk tidak membazir n dapat kosongkan ruang kat dalam fridge tu maka dengan kreativiti yang ada campurkan dengan coklat topping tu...sedap tau...cubala ye...
 
Kek Coklat ni memang laku...sedap...boleh cuba pelbagai resepi yang ada kat bawah nih...yang saya selalu guna resepi Zaima...topping nak senang guna badariah punya...kurang meragam...tapi kalau yang suka mencuba boleh aje try yang lain2 tu...yang pasti menjadi, insyaallah....
Kek Coklat Kukus Zaiima (very moist)
Sumber: NoorMasri
Copipes dari Teratak Chetam...tq Chetam....

Bahan-Bahan:
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak (jika ganti dgn butter cair lagi sedap)
½ cawan susu manis
1 ¼ cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur
Cara :
koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutup api biarkan adunan suam Tepung, soda biakrbonat dan baking powder di ayak. Telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi.Gaul rata dan campur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. (tuang dlm 1/2 acuan je) Tutup acuan dng aluminium foil agar tidak masuk wap.Kukus selama 1 1/2 jam baru angkat dan sejuk kan .

TOPPING COKLAT dari Noor Masri

Bahan-bahan:
250 g coklat masakan } potong kecil2
1 sudu besar majerin
130 ml double cream atau whipping cream
sket gula halus secukup rasa (supaya topping tu tak pahit sgt) - optional

Cara membuat: Cairkan coklat secara double-boiler Alihkan dr api kemudian masukkan majerin, gula & cream Kacau sehingga sebati. Curahkan atas kek kemudian ratakan Bila dah agak sejuk/beku baru boleh lorekkan dgn garpu secara melintang dan menegak selang seli.

Kek Coklat Kukus Badariah - Sumber Puan Badariah Ibrahim (ResepiNet)

Bahan-bahan:-
2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko ( saya selalu pakai Van Houten)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
2 biji telur (Gred A)
1 cwn gula pasir
1 cwn susu pekat manis
1 cwn minyak masak (nak sedap lagi gunalah minyak Mazola)
1 cwn air panas

Cara-cara:
- ayak bersama tepung gandum, soda, baking powder dan serbuk koko.
- satu bekas lain pukul telur, minyak, susu dan gula bagi sebati ( tak payah pakai mixer )
- masukkan tepung yang diayak tadi, kacau sebati lagi
- last sekali masukkan air panas dan kacau sebati lagi.
- adunan ready utk dikukus. Kukus selama 1 jam.

Selalunya...Utk topping, saya buat camnie:- (buat double boil tau)
1/2 ketul buttercup
1/2 cwn serbuk koko
1/2 cwn susu pekat

KEK COKELAT KUKUS Ain - Sumber NUNZAI aka Nooraini (ResepiNet)


2 cawan gula castor
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan koko powder
2 sudu teh bikarbonat soda
1/2 sudu teh baking powder
1 cawan minyak (mazola)
1 cawan susu cair
1 cawan air panas
1 sudu teh garam
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara
Gula + Telur (pakai mixer boleh, pakai sudip pon ok) gaul sebati. Then masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk koko, baking powder & b.soda. Dah sebati, masukkan susu cair, diikuti minyak, biar bersatu dgn adunan tu. Pastu masukkan air panas, garam dan vanilla esen. Masa kukus pun dlm 1 - 1 1/2 jam.

Nota Kasi Chetam : Kek Coklat Kukus Badariah dan Ain seakan-akan sama. Bezanya cuma jumlah telur yang digunakan dan susu. Kek Ain guna susu cair dan gula yang lebih manakala kek Badariah guna susu pekat dan gula dikurangkan. Chetam dah cuba kedua-duanya dan pandangan peribadi Chetam kedua-duanya terasa coklatnya. Mungkin anda nak kurangkan koko sedikit sebab bagi Chetam sedikit pahit. Tapi kek Badariah yang dah dibubuh topping memang mengancam.
 


 


 
 
 

Tuesday, August 28, 2012

Lepat Pisang

Lepat ni dibuat 2 hari sebelum raya...kat kampung. Punya la teringin nak makan, masa kat rumah bila ada pisang, daun pulak tak ada, ada daun pisangnya plak tak beli2. Banyak sangat halangan untuk menikmatinya...Buat bulan posa masa dah tinggal masa kecemasan, lagi tak sampai sejam nak berbuka. Tapi dengan semangat dan keinginan yang membuak-buak, buat juga dengan saiz gedabak...seketul ble share dua orang...hahaha..tak kisah la labu, janji ble makan.

Bahan-bahannya

2 cawan pisang awak/abu masak yang dilenyek (ada orang dia blend, tapi saya tak suka sebab hancur sangat)
3/4 cawan tepung gandum (ada gak yang pakai tepung beras)
sedikit air
1/4 cawan gula (kalau suka manis tambah la)
Sedikit garam

Inti
Kelapa parut putih digaul dengan sedikit garam

Daun pisang yang telah dilayukan. (kalau kat kampung dijemur jer tengah panas tu, kalau tak kena layukan atas api)
______________________
Gaul semua bahan kecuali inti hingga rata/sebati. Tapi ada gak yang gaulkan kelapanya sekali...ikut citarasa masing-masing.
Ambil sehelai daun pisang. Letak sesudu besar adunan dan ratakan. Letakkan inti di tengah2 dan gulung. Lipat dikedua2 hujung.
Dah siap semua, ble la kukus lebih kurang setengah jam.

Monday, August 27, 2012

Puding Sago Pelangi


Resepi yang dikongsi di Kongsi Resepi...sepatutnya berlapis2..tetapi sebab masa tak mengizinkan saya tuangkan sekali....takpe next time buat kita lapiskan ye...Rasanya lemak2 gitu dan manis2 buah...kalau yang suka manis kena lebihkan sikit gula...tapi yang menjaga kesihatan biar je camtu...sedap dah kalau makan sejuk2 lagi best...
  • 1 cawan biji sagu
  • 1 liter air
  • 20 gm serbuk agar-agar
  • 1 cawan gula pasir
  • 3 helai daun pandan
  • 1 tin susu cair
  • 200 ml santan pekat (lina pg gn ayam brand)
  • 4 jenis pewarna kegemaran
  • secubit garam
Cara :
1. Rendam biji sagu selama 2 jam. Kemudian rebus hingga biji sagu menjadi jernih(Saya masukkn beberapa titis olive oil ke dlm air rebusan sagu)Tuangkan ke dalam tapisan dan cuci di bawah air mengalir utk membuangkan kanji dan mengelakkan ia melekat-lekat.
2. Bahagikan biji sagu kepada 6 bahagian berasingan dan warnakan 3 bahagian berbeza-beza dengan pewarna kegemaran anda. Lagi 3 bahagian sagu biarkan pada keadaan asal.
3. Masukkan 1 liter air bersama serbuk agar-agar, gula dan daun pandan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.
4. Masukkan susu cair.Kemudian tutup api
5. Cedok 200 ml larutan agar-agar dan masukkan ke dalam 1 bekas sago tanpa warna. Kacau rata dan tuang ke dalam acuan yang telah dibasahkan dengan air. Biar keras seketika dan kelar permukaan agar-agar dengan pisau.
6. Cedok 200 ml larutan agar-agar lagi dan masukkan ke dalam 1 bekas sago dengan pewarna dan kacau rata. Tuang perlahan ke atas lapisan pertama tadi. Biarkan keras seketika sebelum mengelar permukaan agar-agar dengan pisau.
7. Ulangi langkah 5 & 6 beberapa kali sehingga habis semua larutan agar-agar dan biji sago digunakan. Sejukkan di dalam peti ais...

NOTE:Untuk setiap lapisan saya masukkan ke dalam freezer (1-2min) suhu max. Supaya puding cepat membeku

Kek Kukus Coklat Lapis Polkadot


 Dah pun siap...tak sempat sejuk betul2 dah potong, tapi kena tengok betul2 supaya dapat corak polkadotnya.

Kek ni memang lembut dan sedap...nak buat pun tak susah mana, dah lama teringin nak cuba tapi baru ni tercapai....tak sia2 mencubanya. Resepi ni saya kopipes dari Kongsi Resepi...

Recipes by : Chef Jamie Jong
Sumber: Kak Wan @ Citarasawan
Dicuba Rasa: Ummi @ Home Sweet Home
Bahan-bahan (loyang 8x8 in)
  • 400gm mentega
  • 200gm gula kaster ( letak 185 gm je)
  • 10 biji telur (saya guna gred C)
  • 180gm kaya (1 tin kecil)
  • 100gm horlicks
  • 30gm serbuk koko
  • 150gm tepung gandum / tepung Hongkong
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu besar chocolate emulco
  • Biskut jejari secukupnya
Cara-cara :
  1. Pukul mentega dan gula hingga putih dan berkrim. Masukkan telur satu persatu.
  2. Kemudian masukkan chocolate emulco, kaya dan horlicks, pukul hingga sebati.
  3. Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko. Masukkan ke dalam adunan yang di pukul sediki demi sedikit, pukul dengan kelajuan perlahan hingga rata. Kaup balikkan adunan hingga bergaul rata.
  4. Alas dasar dan gris teping loyang dengan mentega cair. Masukkan 5 sudu besar adunan, ratakan. Atur biskut jejari jarak 1/2" antara jaraknya. Kukus hingga masak.
  5. Angkat dan ulang melapis dan mengatur biskut hingga habis. Kukus setiap lapisan hingga masak. (*untuk lapisan terakhir, akak kukus kek selama 15 minit)
  6. Pastikan kek betul-betul sejuk baru di potong.

Tuesday, August 14, 2012

Rendang Pedas





Bahan :
1 kilo daging/ayam - dipotong kecil2
* 2 biji bawang besar/10 biji bawang kecil
 * 5 ulas bawang putih
* 1 inci halia
* 1 inci lengkuas
* 15  tangkai cili kering dibuang biji dan direbus/rendam dengan air mendidih 
* 3 batang serai (hiris)
* 1/2 inci kunyit hidup (ibu kunyit)
1 helai daun kunyit - dihiris halus (sesetengah orang suka letak daun limau purut - biasanya daun ni diletak sehelai2, tak perlu hiris halus)
santan dari 1 biji kelapa
3 sudu besar kerisik
garam dan gula secukup rasa

Cara memasak :
Kisar atau tumbuk halus bahan2 yang bertanda * . Ketepikan.
 
Masukkan daging ke dalam kuali
 
Masukkan bahan2 yang dikisar atau ditumbuk halus tadi. Gaulkan atau sebatikan dengan daging.
Masukkan daun kunyit yang dihiris halus, santan, kerisik. Gaul sebati. Tambah garam dan gula secukup rasa.
Masak hingga daging/ayam empuk. Jika rasa kurang masin boleh tambah garam halus. Sentiasa kacau rendang sehingga rendang kering.

Monday, August 13, 2012

Biskut Topi

Biskut ni memang la agak rapuh, jadi kena berlemah lembut ketika mengendalikan....hiasan ikut suka...seronok buat sebab macam buat aktiviti seni lukisan plak....jenuh juga nak menghiasnya...sempat la siapkan sebalang tapi...huhhuhuuh...pegi dapur tengok biskut tu dah pecah2 sebab si kecilku telah mengoncangnya......ni pun dapat dari masam manis....n copi pes gak....

180 gm butter atau margerin ~ lembutkan
145 gm gula halus atau gula perang
1 biji kuning telur ~ putih telur jangan buang sebab nak guna untuk icing
1 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh baking powder
60 gm tepung jagung
60 gm tepung kastard
Tepung gandum atau tepung ros secukupnya ~ tiada sukatan

_______________________
Panaskan oven pada suhu 170 C bergantung pada oven masing-masing
Sediakan loyang pembakar. Leserkan dengan sedikit butter. Ketepikan

Pukul butter dan gula halus dengan speed sederhana hingga kembang
Masukkan kuning telur dan esen vanila dan teruskan memukul
Perlahankan speed mixer
Tambahkan baking powder, tepung kastard dan tepung jagung gaul rata
Masukkan tepung gandum atau tepung ros sedikit-sedikit ke dalam adunan sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan tidak melekat pada jari.
Pastikan jangan terlebih tepung supaya adunan tidak terlalu keras.
Canai dan terap menggunakan acuan bulat saiz 50 sen dan 5 sen. Lapiskan yang 5 sen tu di atas 50 sen...bakar menggunakan api atas bawah.

ICING1 biji putih telur
200 gm gula icing
1 sudu teh jus perahan lemon

Satukan telur, gula icing dan jus lemon dalam bekas pemutar
Putar adunan sehingga kental
Bahagikan adunan kepada berapa bekas dan warnakan dengan pewarna kesukaan
Masukkan dalam piping bag
Paipkan atas biskut yang telah sejuk, buatkan bentuk riben dan bunga
Hiaskan mengikut kreativiti masing-masing.
Biarkan icing keras
Simpan biskut dalam bekas kedap udara.

Biskut Seroja

Cantikkan biskut ni...rasanya ok, sesiapa yang suka peanut butter tu mesti cuba tau...buat pun tak la susah mana...dia ada acuan khas untuk tampuknya tapi memandangkan gajet tak cukup saya gunakan paper cup nih jer...dapat resepi dari masam-manis, ni copipes jer...hehehe, jgn marah ye tuan rumah.

(saya buat dua adunan...banyak skit dapat)

125 gm butter
40 gm gula ising
20 gm tepung jagung
1/2 sudu besar tepung kastad
200 gm tepung red rose atau tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla
1/2 biji kuning telur
--------

Satukan butter dan gula ising dan pukul hingga sebati dengan speed perlahan
Tambahkan telur dan esen vanilla dan terus pukul
Semua tepung di satukan.
Kemudian masukkan ke dalam adunan sedikit-sedikit dan terus menguli sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan tidak melekat pada tangan.
Ambil sedikit doh dan letakkan pewarna hijau ~ untuk kudup bunga. (versi saya takde kudup...)
Terap dengan acuan yang sesuai dan bakar pada suhu 160 celcius selama 15 minit.
Sejukkan sebelum letak peanut butter dan hias dengan manik 100 thousand

Hiasan
Peanut butter secukupnya (saya guna jenama lady's choice)
manik hiasan

Masukkan peanut butter ke dalam piping bag untuk mudah meletakkannya ke atas biskut (saya menggunakan nozel ising yang kecil - saiz tak ingat)

Wednesday, August 8, 2012

Fruit Tart

Resepi shell yang dikongsi oleh cute oven small kitchen.
Utk shell
Bahan-bahan :
  • 170 gm majerin
  • 50 gm gula icing
  • 1 biji telur gred C (kalau gunakan telur besar-buang sedikit putihnya)
  • 1 sudu teh asen vanilla
  • 290 gm tepung gandum

Cara-cara :
  1. Pukul majerin dan gula dengan senduk kayu. Jangan lama sangat.
  2. Masukkan telur dan asen vanilla. Pukul lagi.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tart. Kemaskan doh di dalam acuan tart dan potong lebihan doh dengan pisau di bahagian tepi-tepi acuan tart(petty tin). Cucuk dasar doh dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170C sehingga masak atau  selama 15 minit sehingga doh bertukar menjadi warna perang menggunakan api atas dan bawah.
  6. Sejukkan sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara sekiranya tidak digunakan terus.
-----
Ini petua supaya kelembapan kastard tidak meresap ke dalam shell menyebabkan shell lembik.

Coklat masakan secukupnya, cairkan menggunakan kaedah double boiler. Sapukan coklat ke dalam shell tart. Simpan di dalam bekas kedap udara untuk digunakan bila-bila nanti.

Untuk kastard

3 sudu tepung kastard
750 ml susu (boleh di letak 50/50- air/susu kalau tak suka terlalu lemak)
4 sb gula (boleh lebihkan kalau suka manis)
-------------
Masakkan di atas api. Kacau hingga likat.
Sejukkan di dalam peti ais, kalau kastard terlalu cair (boleh tambahkan tepung kastard (bancuh dengan sedikit air) dan masak semula).
Masukkan ke dalam piping bag dan paipkan ke dalam shell

Untuk hiasan
Buah-buahan ikut kegemaran masing-masing.
Potong kecil dan susun di atas kastard


Ikan masin goreng asam jawa/gelugur

Ini antara juadah pembuka selera di bulan puasa. Simple tapi menyelerakan tambah2 ada bawang tu. Resepi ni saya dapat dari member ofis, mak mertua dia masak utk juadah berbuka di pejabat. Kengkawan tumpang sekaki. Nak cuba ini caranya..

Bahan2

2 keping ikan masin talang/kurau dipotong kecil2
1 biji Bawang besar kuning (yg merah pun boleh)
5 ulas Bawang putih
15 biji cili api (kalau nak pedas boleh tambah kuantiti)
3 sb air asam jawa pekat (menurut kata kawan saya tu, asam jawa ni boleh gak gantikan dengan asam keping)
----------------------
Goreng ikan masin (jangan terlalu garing). Ketepikan.
Tumis bawang putih dan cili api.
Masukkan bawang besar.
Masukkan ikan masin.
Masukkan air asam jawa dan kacau hingga sebati.






Fancy Ice Cream Cookies

Ni yang tunggu giliran nak dibakar...saya masukkan sedikit pewarna pink sebab anak2 suka yang color-color....Gambar yang dah siap akan diupload kemudian.



Cantik biskut nih....dapat resepi dari Blog yatiememories...tq
Bahan-Bahan
260 gm butter
120 gm gula icing
320 gm tepung gandum
60 gm tepung jagung
40 gm tepung ubi
1/2 sudu teh baking powder
40 gm serbuk badam
Sdkt vanilla essence
Pewarna dan perisa boleh ikut selera memasing
1 biji kuning telur utk sapu atas biskut (kalau suka)
Topping coklat dan manik2/bunga sebagai hiasan
Cara-Caranya
Pukul butter dan gula sehingga kembang.
Kemudian campurkan tepung-tepung yang telah diayak bersama baking powder dan
juga serbuk badam. Uli sehingga menjadi doh.
Canai doh dan kemudian gelek dan terap dengan acuan ais krim.
Atur diatas loyang pembakar. Sapukan telur diatas biskut dan bakar pada suhu
150 degree selama 25 minit atau sehingga ia masak.
Biarkan biskut benar2 sejuk, barulah celup dengan coklat cair.
Celup hujung biskut dengan coklat dan tabur manik berwarna diatas coklat
tersebut. Hias biskut ikut creativiti anda.

Tapai Pulut


Rupanya senang jer buat tapai ni...rahsianya terletak pada ragi. Bagus raginya manisla hasilnya...
Ini cubaan kedua encik hubby menggunakan ragi yang dibeli di pasar jumaat, jalan paip, meru.

Bahan2nya

Secawan beras pulut dibasuh bersih
Secawan air
Ragi secukupnya (ragi kering bulat tu ye)
______________
Masak pulut dengan secawan air. Sejukkan.
Letakkan ke atas dulang dan ratakan.
Gunakan penapis teh tu dan sagat ragi di atas pulut serata mungkin.
Gaul supaya ragi dan pulut rata.
Masukkan ke dalam bekas yang bertutup dan simpan ditempat gelap. (susah2 balut dengan kain).
Tapai boleh dimakan selepas 24 jam dibuat....cubala...mudahkan..

####kuantiti air dgn pulut: 1:1

Sunday, August 5, 2012

Lasagna

Sedang di bakar kat dalam oven...

 Nampak tu....dah kena ngap....lebihan sos merah tu saya tuang di atas bila dah masak....heheheh

Resepi ni saya dapat dari kotak lasagna jenama tesco....saya adjust ikut citarasa sendiri....Nama resepi nih Lasagne Al Forno...authentic Italian....

Sos Merah

500 g daging/ayam dicincang
3 sb mentega untuk menumis
1 labu bawang putih dicincang halus
1 biji Bawang besar dicincang
1 btg karot dipotong kiub
2 btg celeri dipotong nipis
1/2 biji capsicum dipotong kiub
1 tin cendawan butang dihiris nipis
1 kg tomato dicincang dan dikisar lumat/1 tin tomato puree
1 sb lada hitam yang telah ditumbuk/kisar halus (jangan guna yg dah siap tu kurang enak rasanya)
1 sk oregano
5 helai daun basil
Garam dan gula secukup rasa

------------
Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan daging dan masak hingga separa empuk.
Masukkan bahan2 lain dan masak mendidih dan daging empuk.


Sos Putih

50 g mentega
50 g tepung gandum
500 ml susu segar
1 sk lada hitam
sedikit biji pala (nutmeg) yg diparut (kalau suka)
----------------
Tumis tepung dengan mentega. Masukkan susu dan kacau hingga pekat.

Bahan lain

Kepingan Lasagna secukupnya
Parmesan Cheese
Mozarella Cheese

__________

Susun lasagna di atas bekas menutupi keseluruhan dasar. Tuangkan sos merah menutupi lasagna. Susun lagi lasagna menutupi sos. Lapis dengan sos putih dan parutkan cheese. Ulang proses hingga selesai. Selalunya saya buat 4 lapisan lasagna dan diakhiri dengan sos putih di atas menutupi keseluruhan  lasagna dan parutkan baki cheese yang ada.

Lagi banyak cheese lagi yummy....

Bakar di dalam oven selama 1/2 jam/ hingga keperangan dan 'bubbling'....


Saturday, August 4, 2012

Aiskrim Malaysia dan Buah Kabung aka Buah Kantau

Dua-dua benda ni klasik bg saya. Masa zaman kecik-kecik dulu ini la peberet saya dan mungkin ramai lagi kat luar sana.


 Ni namanya buah kabung. Masa kat kampung dulu, jumpa time raya jer. tapi sekarang dah ada yang ready made kat pasaraya. Tapi yang tu tak best. Selalunya orang akan buat warna merah. Ni blum masak.

Nak cari susah benda nih dan nak proses pun susah, sebelum kita ble nampak yang camni....
Saya selalunya dapat stok dari Kuala Kangsar, kebetulan kakak kawan baik hubby rajin cari sendiri utk dijadikan juadah berbuka kat belah2 kuala kangsar nu...

Apa yang saya buah berdasarkan pemerhatian yang dibuat masa kecik2 dulu (mak tiri saya selalu masak utk hidangan raya). Saya basuh bersih2, toskan dan rebus hingga mendidih. Bila dah didih saya toskan airnya dan saya masak sirap merah (sirap ros yang selalu saya guna jenama Yakin). Gula agak2 la ikut suka, kalau suka manis, sirap tu buat la manis skit. Pastu bila gula dah hancur, masukkan buah ni dan rebus la hingga warnanya meresap dalam buah.


Dah sejuk, simpan dalam bekas dan masukkan dalam peti sejuk. Dulu-dulu masa takde peti sejuk, mak tiri saya akan toskan buah tu dan panaskan sirap. Bila sirap dah sejuk, masukkan balik. Dia buat tiap hari supaya tak masam/rosak.

Ni sonang je nak buatkan....cuma perlukan air sebarang perisa dan plastik aiskrim yg ada gambar kingkong tu...Simpulkan ketat2 dan bekukan.

Sup Makaroni


Bila masak ni teringat masa zaman study diploma dolu2......kat dewan makan selalu hidangkan sup macaroni tapi ada la dua tiga ketul je isinya...yang lain macam air paip tu jer.....cayaq(cair) tapi masa tu rasa sedapnya....La ni masakkan untuk anak2 plak tapi special punya...banyak diorg makan...

Bahan-Bahannya...

200 g Hirisan ayam/daging
200 g macaroni di rebus
Sawi/Karot/bunga kobis/brocoli/kobis/celery
Daun sup/bawang
5 ulas bawang merah (hiris)
5 ulas bawang putih (hiris)
1 1/2 inci halia (hiris)
1 btg kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
Air secukupnya
Garam
-----------------
Tumis bawang, halia dan rempah ratus hingga naik bau.
Masukkan ayam/daging. Bila dah separa masak masukkan air.
Masak hingga daging/ayam empuk.
Masukkan garam dan sayuran.
Sebelum angkat masukkan macaroni.
Dah siap pun.....makan la.....



Macaroni Bakar



Resepi ni kak yati (raja norhayati) share ngan saya dah berbelas tahun dolu-dolu....sedap....

200 g macaroni - rebus sampai lembut (letak sedikit garam di dalam air rebusan)
500 g daging kisar

4 biji bawang besar
4 biji cili hijau
4 biji buah tomato
1 inci halia
----
dihiris/potong kecil

2 sb minyak sapi (untuk menumis)
2 sb rempah kari
2 tangkai daun ketumbar
Garam dan gula secukup rasa
3 biji telur + 2 biji telur (dipukul)
2 sb besar sos tomato + 2 sb sos tomato
-------------------
Panaskan minyak sapi.
Tumis bawang, cili, buah tomato dan halia.
Masukkan daging, rempah dan daun ketumbar.
Kacau hingga masak.

Gaulkan bahan2 yang dimasak tadi dengan macaroni.
Masukkan 3 biji telur dan 2 sb sos. dan gaul rata.

Masukkan bancuhan ke dalam bekas caserol dan ratakan.
Tuang 2 biji telur di atasnya dan taburkan 2 sb sos.
Bakar hingga masak dengan suhu 180 celcius (lebih kurang 1/2 jam)

Biskut Teddy bear


Biskut ni kalau kenkawan buat mesti budak2 suka...sepatutnya ada telinga yang dibuat guna koko crunch, tapi masa tu stok koko crunch kat umah ni dah habis kena ngap dengan anak2 jadi tiadalah bertelinga bear saya kali ni...biskut ni tak brape manis, sesuai la untuk budak-budakkan....saya dapat dari internet tapi tak ingat blog sapa...

Bahan-bahan

250 g mentega
50 g gula castor
1 biji kuning telur
120 g horlick
40 g tepung jagung
40 g susu tepung
250 g tepung kek (saya guna tepung gandum je)
1 sb esen vanila (ni saya tambah)

Hiasan
Chocolate chips
Chocolate rice
Koko crunch
--------
Pukul mentega dengan gula hingga kembang.
Maukkan kuning telur dan pukul sebati.
Tambah bahan-bahan lain tu dan uli hingga jadi doh.
Terap guna acuan bulat dan gunakan hiasan utk jadikan bentuk bear.
Bakar pada suhu 160 celcius lebih kurang 20 minit/hingga masak.


 




 
 

Tart Nenas


Ni resepi kakak saya bagi...dia dapat dari kawan pejabat dia..senang je resepi ni dan sedap.

First resepi tart yang saya guna...mudah dan sedap...

7 cawan tepung gandum
2 ketul mentega
6 biji kuning telur
2 sb Esen vanilla
--------
Gaul tepung dan mentega cara bread crumb....ramas dengan hujung jari hingga sebati.
Masukkan kuning telur dan esen dan uli hingga jadi doh.
Canai dan terapkan dengan acuan dan bentuk yang digemari.
Bakar selama 20 min atau hingga masak dengan suhu 160 celcius.

Chocolate Chips


Hari ni rasa nak meluahkan rasa la pulak...sedih sebenarnya bila ada orang kata saya kedekut resepi....Cuba la kengkawan pikir ye....saya ada blog dan di dalam blog ni saya masukkan resepi yg saya dah guna dan dan jadi dan orang lain pun dah rasa makanan yang saya buat dan orang kata sedap tapi camna la hamba Allah sorang ni ble criter kat orang yang saya ni kedekut resepi....dan orang yang dapat criter tu adalah orang yang saya offer untuk datang belajar kat rumah saya untuk belajar memasak tanpa sebarang kos dikenakan...cuma saya minta dia bawa bahan mentah supaya dia boleh bawa balik semua hasilnya...
 Manusia ni memang macam-macam kan kan kan...tapi takpe saya tak rugi apa-apa pun...

Ini resepi yang saya buat selepas tokok tambah tolak beberapa resepi yang saya try test.....Rata-rata yg makan sukakannya sebab sedap la kot...hehehe...ini pun dah lebih 15 tahun saya guna...kengkawan jangan tak cuba...

Bahan-bahannya..

250g mentega
130 g gula castor
100 g gula perang (kalau takde buat gula castor semua pun tak pe)
1 st esen vanila
2 biji kuning telur
380 g tepung gandum (ble guna separuh tepung red rose, separuh tepung gandum)
20 g  serbuk koko (kalau nak lebih kan koko kurangkan skit tepung makna kata tpg + koko = 400g)
1 sb baking powder
1/2 sb sodium bikarbonat
100 g almond (yang hiris nipis atau yang nips atau yang panjang2 tu pun boleh....)
100 g choc chip (kenkadang saya lebihkan 150g...ikut stok)
secubit garam

-------------
Pukul butter dengan gula hingga kembang. Masukkan telur dan esen  dan garam.
Pukul lagi sampai kembang.
Masukkan tepung yang telah diayak dengan serbuk koko dan serbuk penaik dan uli sebati.
Masukkan almond dan choc chip dan uli hingga rata.
Bulat2kan ikut la saiz apa2 yg disukai...
Bakar 160 celcius hingga masak (lebih kurang 25 minit)...

Thursday, August 2, 2012

Gulai Tempoyak


Gulai tempoyak ni my feberet sejak zaman kecik2 lagi. Tapi semenjak dua menjak bergelar puan ni dah jarang masak sebab En Hubby kurang menggemarinya...Dulu masa arwah kakak sulung masih ada dia paling suka gulai nih....makan pulak dengan nasi panas yang lembik skit...tambah kicap tamin...fuh berpeluh ....tempoyak plak baru.....

Bahan-bahannya...

2 ekor ikan (saya guna ikan baung yang sederhana besar - lebih kurang 700 g)
3 sb tempoyak
1 sb cili kering dikisar lumat
15 biji cili api (tumbuk lumat)
4 ulas bawang kecil (tumbuk lumat)
1/2 inci kunyit hidup (kalau guna ibu kunyit kalau bukan ibu kunyit kena lebihkan sikit sebab warnanya kurang menyerlah nanti)/1 sk serbuk kunyit
2 batang serai diketuk
Garam secukup rasa
1 biji tomato di belah 4
1 liter air
(kalau suka boleh letak timun yang dibuang empulurnya dan dipotong)
Asam keping (sekiranya menggunakan tompoyak baru yang belum masam sangat)
____________________

Satukan semua bahan kecuali tomato/timun. Masak hingga mendidih. Masukkan sayur didihkan lebih kurang 10 minit dan siap...Senangkan...

Kalau arwah kakak saya buat dia tak bagi letak bawang....hilang rasa ori tempoyak tu katanya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...