Saturday, September 30, 2017

Mee Kari Makcu

 Menu sarapan yang tertangguh hampir seminggu....plan asal nak masak isnin aritu tapi entah penyakit malas tahap kritikal melanda sudahnya sabtu baru menjadi. Mee kari makcu yg simple2 ajer pagi ni. Kalau malas nak masak lunch nanti ini lah juga santapannya....malam la kot baru masak nasi.


Untuk kuah mee ni saya guna stok ayam kampung. Manis rasanya, ayam kampung ori. Takde stok seafood kali ni.


Mee Kari Makcu
http://www.zulfadreamland.blogspot.my

Untuk kuahnya
Bahan-bahannya

2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
2 inci halia
segenggam ikan bilis
3 sb serbuk kari daging
2 sb serbuk kari ikan
4 sb cili boh
1/2 cwn air asam jawa pekat
3 liter santan dari 2 biji kelapa
Air rebusan ayam secukupnya
Fish ball dan fish cake
Garam secukup rasa
1 sedikit gula melaka (optional)
3 batang serai dititik
4 tangkai daun kari
Minyak untuk menumis.


Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan ikan bilis hingga hancur.

Panaskan minyak. Tumis serai dan daun kari seketika. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik bau.

Masukkan serbuk kari dan tumis hingga garing/pecah minyak. Masukkan air asam dan kacau rata. Kemudian masukkan santan, garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih.

Masukkan sotong, udang, kerang, fish cake dan fish ball. Masakkan 5 minit sebelum tutup api. Hidangkan bersama bahan pelengkap di bawah.

 ---------------------
Bahan pelengkap

1 kg mee kuning di celur
1 kg laksa di celur
Tauge/sawi/kacang panjang dicelur
Bawang goreng
Cili dihiris nipis
Tauhu goreng
Daun sup dan daun bawang
Daun pudina
Limau nipis/kasturi
Cili jeruk
Bawang goreng
Begedil


Resepi bergedil boleh rujuk post terdahulu Di Link ini.


Punya banyak perencah sampai tenggelam meenya tak nampak.


Friday, September 29, 2017

Durian crepe

Dah bertahun tak buat....5 tahun lebih kot....post kat fb tu last 2012...sejak durian mahal dan stok durian kampung susah nak jumpa saya pun takde motivasi nak buat. Anak punya la berkali2 menyebut...bertahun2 request tapi tak terbuat sampai la hari ni baru tertunai. Tu tak kira lagi kengkawan punya request....hihihi.....yg oder 10 pack la....anak teringin la....adeh....


Durian crepe
http://www.zulfadreamland.blogspot.my

Bahan2nya
40 gm tepung gandum
40 gm tepung ubi
20 gm tepung hoen kwe (ble ganti tpg kastard)
20 gm tepung jagung
1 biji telur gred C
1 sb minyak masak
1 sb gula
Sedikit garam
130 ml susu segar
100 ml air
Sedikit pewarna kegemaran


Cara2nya

Masukkan semua bahan2 ke dalam blender dan kisar sebati.

Ambil sesenduk adunan dan masak di dalam non-stick pan. Layangkan mcm nak buat kuih ketayap aka kuih gulung.

Pastu buat la macam aritu....membantalkan crepe ini dgn whipping cream n isi durian.


utk filling

whipping cream secukupnya
isi durian

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
ambil sekeping crepe, bahagian licin di bwh.

letak whipping cream, pastu letak isi durian, pastu letak whipping cream dan lipat crepe.....nanti uploat cara melipat ye...sebelum mkn simpan dlm peti sejik 1 jam or lebih..sedap dimkn ketika sejuk tau....

Untuk cara2 melipat boleh rujuk di link ini. Sila klik

Kek mentega durian


Mengekek lagi. Teraphy minda....lapang fikiran mencium bau harum semerbak kombinasi mentega dan durian. Tengok kek keluar cantik hepi rasa. Anak2 pun tak sabar2 suruh potong...nak makan. Siap pesan esok nak bawak sekolah banyak2.

Kek ni pun macam kek cempedak....bermusim.  Sekarang ni walaupun musim sepanjang tahun tapi harganya berpeluh nak beli...mahal melampau. Entah apa nak jadi....dah macam harga durian kat obese. Tapi sesekali kalau teringin pejam mata ajer la bayar. Tambahan pulak yg teringin sangat tu anak2. 😓😓😓


Kek mentega durian
Zulfaza Loves Cooking

Bahan-bahan

250 gram mentega
200 gram gula castor (kalau buat plain butter kek gulanya boleh tambah jadi 250 g)
250 gram tepung naik sendiri (saya guna tepung gandum + 1 1/2 sk baking powder)
4 biji telur (saya guna telur gred A)
200 gram isi durian




Caranya

1) Pukul mentega dengan gula sehingga putih dan lembut.
2) Tambah telur dan tepung, selang-seli
3) Masukkan isi durian dan gaul rata.
4) Bakar dalam ketuhar selama 45 min pada suhu 180 celcius atau sehingga masak.

Thursday, September 28, 2017

Kek mentega nangka


Tempahan kawan-kawan ofis semalam. 2 biji kek mentega nangka. Nasib baik member tu ingatkan. Dalam kepala saya ingat nak hari khamis. Rupanya khamis dia dah start cuti. Otw balik untuk ziarah kematian saudara kat kelana jaya singgah beli nangka....balik ziarah terus la memukul mentega utk 2 biji kek nangka yang ditempah dan sebiji kek cempedak untuk makan sendiri.

Harum satu rumah dengan bau nangka dan cempedak.


Resepi boleh rujuk post2 saya terdahulu.

Sambal Tumis Udang Dengan Petai


Lama dah peghati oghang dok tayang masakan petai kat wall memasing....terliur pulok teman...ater lama dah tak pekena. Almaklumla sejak dua menjak ni jarang masuk pasar sebenar tu. Last weekend teman paksa seben teman pegi paso....lauk dah tak mandang. Tu yg dapat ngait petai ni 9 tangkai 10 hengget. Si kenit ummi tolong kopekkan....jadi malam ni menyambe petai le teman...

******petua tak nak mulut  bau petai lepas makan petai....minumlah susu segar.


Sambal tumis udang dengan petai
http ://zulfadreamland.blogspot.my

1/2 kg udang sederhana - buang kulit dan basuh bersih
15 biji cili kering - rendam atau rebus lembut dan kisar bersama 1 biji bawang besar, 6 ulas bawang putih dan 1 inci halia.
1 biji bawang besar hiris bulat

1 mangkuk kecil isi petai
4 sb air asam jawa pekat
1 batang serai dititik
Garam dan gula secukup rasa
1/4 cawan minyak masak


Tuangkan bahan kisar ke dalam kuali dan masak hingga airnya agak kering. Tuangkan minyak masak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak dengan api sedehana. Kacau selalu. Masukkan gula. Kacau rata. Masukkan air asam, serai. Kacau dan biarkan sebati seketika. Masukkan petai. Masak seketika. Tambah sedikit air jika perlu.

Masukkan udang dan perisakan dengan garam secukup rasa. Kacau sesekali hingga udang masak sepenuhnya.


Kek Mentega Cempedak

Cempedak dah masak kome. Hehehhe. Kewajiban untuk saya buat kek cempedak yang harum mewangi ni. Sanggup tu beli cempedak RM9 hengget sekg.


Saya biasa kalau buat kek cuma makan sepotong dua jer....itu pun masa baru2 keluar oven. Tapi kalau buat kek cempedak ni memang saya nikmati sungguh2. Kombinasi mentega tulen dan cempedak segar tu memang kena sangat dengan selera saya. Kek bermusim....macam kek durian...tak sentiasa ada sepanjang tahun.


Kek mentega nangka
Zulfaza Loves Cooking

Bahan-bahan

250 gram mentega
200 gram gula perang (kalau buat plain butter kek gulanya boleh tambah jadi 250 g)
250 gram tepung naik sendiri (saya guna tepung gandum + 1 1/2 sk baking powder)
4 biji telur (saya guna telur gred A)
200 gram isi cempedak, buang biji dan potong kecil-kecil.

Caranya

1) Pukul mentega dengan gula sehingga putih dan lembut.
2) Tambah telur dan tepung, selang-seli
3) Masukkan isi cempedak dan gaul. Jangan gaul terlalu banyak supaya isi masih berkeping-keping.
4) Bakar dalam ketuhar selama 45 min pada suhu 180 celcius atau sehingga masak.


Friday, September 22, 2017

Perut Tumis Bersantan


Masakan biras semasa datang beraya ke rumah kami Aidil Adha yang lalu. Lama baru nak update. Terlupa langsung pasal masakan ni....walhal gambarnya saya dah edit dan save kat draft.

Menu2 yabg melibatkan bahagian perut lembu atau kambing ni biasanya saya tak masak. Selalu hubby yang buat tapi kali ni lebetulan biras datang dari kampung hubby minta tolong dia sediakan.

Saya tak pandai makan tapi diorg kata ok tambahan kalau lebih pedas.


Perut tumis bersantan

1 kg perut lembu atau kambing - rebus empuk dengan hirisan halia

Bahan hiris

3 inci halia
5 ulas bawang merah
8 ulas bawang putih
Cili padi atau cili masak ikut citarasa

Garam secukup rasa
1 cawan santan

Minyak untuk menumis

Tumis bahan hiris hingga layu. Masukkan perit yg telah direbus emouk san dipotong kecil. Masak hingga sebati. Masukkan santan dan perisakan dengan garam secukup rasa. Masak hingga mendidih dan kuahnya sedikit pekat. Sedia dihidangdengan nasi panas.


Kek keju minyak


Kisah semalam. Lepaa maghrib semalam mula membaking 2 biji kek...satu untuk tempahan jiran dan satu lagi tersting resepi olahan sendiri.

Seram sejuk juga menunggu kek masak. Kot2 la tak menjadi. Kalau jadi pun kot la rasanya hampeh...fuhhhh. Bila oven dah berbunyi cepat2 pergi menjengok...tengok rupa macam takde masalah....tapi rasa...ermmmmm kena tunggu sejuk baru leh potong.

Bila dah agak sejuk....tak sabar2 nak potong...nak rasa. Alhamdulillah...kira success....kek menjadi...lembut...lembab. Boleh la saya share resepinya..


Kek Keju Minyak

Bahan-bahan

6 biji telur gred C
3/4 cawan gula perang
2 cawan tepung gandum diayak dengan 1 sb baking powder
3/4 cawan susu pekat
1/4 cawan cream cheese
1 sb ovallet
1 cwn minyak masak
1 sk esen vanilla


Cara-cara

Putar telur, gula dan ovallet hingga kembang dan berkrim.

Masukkan susu pekat, keju dan esen vanila, putar lagi.

Masukkan minyak masak. Putar lagi. Masukkan tepung gandum. Gaul rata.

Bahagikan kepada 3 bahagian. Warnakan ikut citarasa.


Gunakan loyang 9" dan alas dengan baking paper dahulu loyang tersebut. Panaskan oven 170 darjah. Kemudian senduk adunan ke dalam loyang dan corakkan ikut citarasa.

Bakar dalam oven guna rak yang agak bawah. Saya bakar selama 50 minit. Tempoh pembakaran adalah bergantung kepada saiz loyang dan kepanasan oven. Cucuk kek tu bila tengok permukaan kek dah nampak keperangan.

***kalau permukaan kek sudah agak gelap dan kek belum masak sempurna...letak foil aluminium di atas permukaan kek dan terus bakar kek hingga masak.


Thursday, September 21, 2017

Roti Jala Kuah Durian


Sarapan pqgi hari ahad lepas. Tak dan nak update dan network pun macam siput sedut. Tak semangat nak mengupdate belog.


Roti jala  @ ZLC

1 cawan tepung gandum
1 1/3 cawan susu segar/santan/air/kombinasi
1 biji telur
1 sb minyak (optional)
Garam

Pewarna makanan (optional)

Kisar semua bahan kecuali pewarna makanan hingga sebati. Tuang dalam acuan roti jala.

Griskan nonstick pan yg telah dipanaskan di atas api sederhana kecil.

Jalakan adunan.

Angkat dan letakkan di atas tray atau pinggan untuk menggulung. Gulung roti.....

 Ni kalau pakai botol muncung 3...boleh la buat rupa nih....kalau tidak buat la jala biasa...rasa sama jer pun.


Kuah durian @ ZLC

3 cawan isi durian (nak letak seketul2 pun boleh)
3 cawan santan
1 sb tepung gandum (bancuh ngan 1/4 cawan air) - optional utk dapatkan kuah yg lebih pekat
1 helai daun pandan disimpul
gula dan garam secukup rasa

Satukan semua dan masak hingga mendidih. Kacau selalu supaya santan tak pecah minyak.

Kuih Cara Manis


Sarapan pagi....buat kuih yang mudah2 jer. Plan asal nak buat apam nasi, tapi malam semalam balik kerja agak lewat...hampir jam 11 malam. Jadi plan terpaksa tukar sebab kederat dah takde nak mengukus apam malam2 buta tu.....mata pun dah berat sangat rasa nak membuta je.

Fikir punya fikir akhirnya jadilah kuih cara manis ni.....anak2 saya suka ya amat.


Kuih cara manis

1 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan air pandan (atau perisa pandan)
1 biji telur
Sedikit garam

Kisar sebati semua bahan.

Gula
Minyak
Acuan bahulu

Panaskan acuan. Oleskan sedikit minyak masak. Tuang adunan sehingga penuh.  Sudukan sedikit gula ditengah adunan.

Tutup acuan dengan tudung periuk dan biarkan masak selama 3 - 5 minit. Gunakan api kecil untuk mencungkil kuih yg telah masak (saya guna lidi cungkil gigi jer atau cake tester)


Wednesday, September 20, 2017

Nasi goreng kampung


Nasi goreng kampung untuk dibawa ke pejabat. Kenyang sampai ke petang...


Nasi Goreng Kampung

3 mangkuk nasi sejuk
Garam secukup rasa
Secekak kangkung - potong kecil

Tumbuk

1/2 cawan ikan bilis
Cili padi hijau secukupnya
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih

Minyak untuk menumis

Tumis bahan tumbuk hingga naik bau dan keperangan. Masukkan nasi. Dan gaul rata. Goreng hingga sebati. Perisakan dengan garam secukup rasa.

Masukkan kangkung, gaul rata dan masak hingga kangkung layu



Sunday, September 17, 2017

Lada


Pelengkap nasi ayam saya tengahari tadi. Sambal lada versi sabah yang sedap. Buat banyak2 simpan dalam esbok. Suai jer nak makan dengan macam2 lauk.. Resepi dari sis salami simon sama yang pernah saya kongsi sebelum ni.


Lada (sambal versi sabah)

Bahan-bahan:

100 gram cili padi masak - buang tangkai (saya campur cili padi dengan cili masak untuk kurangkan pedas)
20 gram bawang putih - buang kulit
1 hirisan nipis halia muda
1 cawan cuka (ikut paras cili padi dalam pengisar)
1 sudu teh garam
3 sudu makan gula

Cara:

1. Masukkan kesemua bahan ke dalam pengisar.
2. Kisar hingga halus.
3. Masukkan ke dalam botol dan tutup rapat. Boleh simpan di dalam peti sejuk dan boleh juga disimpan di luar (suhu bilik).
4. Ketika ingin menikmatinya bersama makanan pilihan, tuangkan sedikit ke dalam mangkuk dan tambahkan jus limau kasturi atau jus limau nipis. Boleh tambah bahan perasa seperti garam atau gula jika ingin memenuhi deria rasa anda. Bubuh kicap pun boleh....



Nasi Ayam (Ayam Kampung)


Menu tengahari tadi. Malas sungguh rasa nak masak hari ni. Rasa macam nak tidur sepanjang hari. Tapi kesian ahli rumah kelaparan. Hubby pun baru jer balik dari kerja.... Jengok2 dapur...belum berasap lagi. Ayam kampung ni dah direbus sejak malam lagi sebenarnya.

Niat nak masak pagi2 buta tapi bila mood malas datang satu sen tak guna...hahaha. Dekat pukul 2 baru dengan lemah longlai ke dapur sediakan bahan....nasi dah minta tolong anak dara masakkan. Siap masak dekat pukul 3 baru makan....kira lunch + dinner la...


Nasi Ayam (Ayam Kampung)

2 ekor ayam kampung dara (potong 4)

Rebus dengan 5 keping hirisan halia hingga empuk. Keluarkan ayam dan toskan. Letepikan air rebusan untuk memasak nasi dan sup.


Penyediaan nasi

4 pot nasi - basuh dan toskan
6 pot air rebusan ayam (sekiranya menggunakan beras basmathi)
1 1/2 sk garam

Masak nasi seperti biasa.

Bahan tumis

1/4 cawan minyak
1 biji bawang besar - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga

Tumis hingga naik bau dan bawang keperangan. Tuangkan ke dalam nasi yang telah dimasak. Gaul rata.


Penyediaan Ayam Goreng

1 biji bawang besar
1/2 labu bawang putih
5 inci halia

 Kisar.

1 sb serbuk jintan manis
1 sb serbuk jintan putih
2 sk garam
1 sk serbuk kunyit

Ayam yang telah direbus.

Gaul rata semua bahan di atas. Goreng ayam hingga keperangan.


Penyediaan sup

Air rebusan ayam
2 biji kentang potong kiub kecil
1 batang lobak merah potong kiub kecil
1 pokok daun bawang - hiris
1 pokok daun sup - hiris
Garam secukup rasa

Bahan tumis

1/4 cawan minyak
1 biji bawang besar - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga

Masak air rebusan ayam dengan kentang dan lobak merah. Perisakan dengan garam secukup rasa. Masak hingga empuk.
Tumis hingga naik bau dan bawang keperangan. Tuangkan ke dalam periuk sup dan  gaul rata. Hidangkan bersama daun sup dan daun bawang.

Resepi klik dilink ini

Saturday, September 16, 2017

Kek Marble Minyak


Mentega habis stok.....tapi nak buat kek untuk buah tangan kakak yang nak balik ke terengganu besok. Yang ada minyak....jadi buatkan jer la kek minyak marble ni. Sedap juga....lembut...gebu.


Kek marble minyak

Bahan-bahan

6 biji telur gred C
2/3 cawan gula perang
1/2 sk garam
1 cawan susu pekat
1 sb ovallet
1 cwn minyak masak
1 sk esen vanilla
2 sb horlicks
2 cawan tepung gandum diayak dengan 1 sb baking powder


Cara-cara

Putar telur, gula dan ovallet hingga kembang dan berkrim.

Masukkan susu pekat dan esen vanila, putar lagi.

Masukkan minyak masak. Putar lagi. Masukkan tepung gandum dan horlicks. Gaul rata.

Bahagikan kepada 3 bahagian. Warnakan ikut citarasa.

Cara

Gunakan loyang 9" dan alas dengan baking paper dahulu loyang tersebut. Panaskan oven 170 darjah. Kemudian senduk adunan ke dalam loyang dan corakkan ikut citarasa. Akhir sekali, ambil lidi dan lorekkan adunan.

Bakar dalam oven guna rak yang agak bawah. Saya bakar selama 50 minit. Tempoh pembakaran adalah bergantung kepada saiz loyang dan kepanasan oven. Cucuk kek tu bila tengok permukaan kek dah nampak keperangan.

Friday, September 15, 2017

Ikan sweet sour mudah


Menu simple untuk makan malam. 2 in 1....sekali harung sayur dengan ikan. Ikan bawal emas dah lama keras kekung dalam esbok tu. Kekadang terlupa lauk apa yang wujud kat dalam tu.


Ikan masam manis (Sweet Sour Fish)

1 ekor ikan (saya guna bawal emas) - gaul garam dan serbuk kunyit, goreng garing

1 batang lobak merah - potong wedges
1/2 biji cili benggala - potong kecil
1/4 biji nenas - potong kecil
10 biji cili padi - belah 2
20 biji tomato ceri

3 inci halia - hiris halus
1 biji bawang besar - hiris bulat
7 ulas bawang putih - hiris

3 sb sos cili
6 sb sos tomato
Garam dan gula secukup rasa.
Minyak untuk menumis

Tumis bawang, halia hingga naik bau. Masukkan cili padi. Tumis hingga layu. Masukkan sos2. Tumis sebati. Kemudian masukkan sayuran kecuali tomato. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Tumiskan seketika hingga lobak empuk.
(Kalau nak sedikit berkuah, tambahkan air). Sebelum tutup api, masukkan tomato dan gaul sebati. Tutup api. Tuang ke atas ikan yang telah digoreng tadi.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...