Monday, June 29, 2015

Roti cicah kari ayam dan sup cendawan jadi juadah iftar hari ke 10


Request dari hubby untuk iftar. Nak makan roti cicah kari ayam. Dah dekat nak berbuka anak pulak minta nak makan roti tu dengan sup cendawan. Layan jer la....


Masa buat roti ni ada kisah ngerinya.....dah siap uli 30 minit....doh dah cukup jelita.....bila keluarkan dari BM baru teringat....jeng jeng jeng....ermmmm bertuah betul.....saya lupa masukkan yissss!!!!!. Hubby tanya tak letak yis tak boleh ker.... erkkkÄ·kkk...boleh kot..... jadikan roti canaiiiii....

Kalu jadi kes camni senang jer...jangan lempar ke tong sampah yer.....tambah jer yis dan uli semula doh (kalu guna BM, 15 cukup la). Proses seterusnya sama cam biasa....insya Allah roti elok jer kejadiaannya.

Roti ni saya guna resepi selalu....boleh tengok kat post2 terdahulu.


Kari ayam

1 ekor ayam potong ikut suka
4 biji kentang kupas kulit dan dipotong 4
2 biji bawang besar - hiris/tumbuk
2 inci halia - hiris/tumbuk
3 tangkai daun kari
7 ulas bawang putih - hiris/tumbuk
2 sb serbuk kari ayam
 Rempah tumis 3 sekawan - 1 btg kulit kayu manis, 5 biji buah pelaga, sekuntum bunga lawang.
1 sb asam jawa dibancuh dengan 1/4 cawan air
5 cawan santan
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Tumis bawang2 dan halia hingga naik bau. (Saya masukkan kentang sekali). Masukkan daun kari. Tumis seketika. Masukkan rempah, tumis hingga pecah minyak. Masukkan air asam. Kacau sebati. 

Masukkan ayam. Gaul rata dan biarkan ayam masak. Selalunya ayam akan mengeluarkan cecair ketika dimasak tetapi sekiranya agak kering, masukkan setengah cawan santan. Kacau sesekali supaya rempah tak hangit. 

Bila ayam dah agak masak, tambahkan santan. Biarkan mendidih. Perisakan dengan garam secukup rasa. Tutup api setelah ayam masak sepenuhnya (takde darah terutama bahagian paha) dan kentang empuk.


Sup ni saya guna yg dalam tin jer pastu tambah cendawan butang segar banyak2....sebab order lambat diterima....kalu buat cam selalu tu time supper baru leh makan...


Pencuci mulut guna agar2 merah...

Saturday, June 27, 2015

Danish butter cookies

Musim mengukis raya masih belum sampai kepenghujung....baru tengah2. Harini buat satu adunan biskut danish ni...mcm dlm tin bulat warna biru tu....dapat sikit jer satu adunan...satu balang sederhana.


Sumber resepi saya kali ni ialah fb buku resepi.....senang nak buat. Satukan semua bahan dan adun sebati...sekejap dah siap.

Danish butter cookies/Biskut mentega danish

bahan-bahan :

1 biji telur saiz besar (70g) - suhu bilik
200g salted butter (Lurpak @ pure butter jenama lain) - suhu bilik
320g tepung gandum (2 3/4 cawan)
130g gula icing (1 1/4 cawan)
2 sudu besar esen vanila
1/4 sudu kecil garam


cara-cara : 

1. Satukan kesemua bahan & gaul hingga sebati. Jika menggunakan mixer, had laju minimum.
2. Masuk kan adunan kedalam piping bag (pattern nozzle ikut suka).
3. Pipe kan adunan keatas dulang pembakar yg telah dialas dgn kertas pembakar.
4. Bakar didalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 200 darjah celcius selama 8 - 9 minit atau sehingga kecoklatan.
** Sebaiknya gunakan butter Lurpak untuk resepi ini kerana butter Lurpak ialah butter dari Denmark yg memberikan rasa & quality yg terbaik untuk biskut ni.

** Sekiranya anda bubuh pewarna, akan ada perbezaan rasa sedikit antara cookie plain & yg berwarna. Jika anda pentingkan rasa yg lemak & baik, kekal kan lah warna asli.

Oat Chocolate Chips

Chocolate chip merupakan antara biskut yg menjadi kudapan sepanjang masa....tak semestinya raya.... Saya pun dok buat kukis ni tak kira musim. Harini buat biskut choc chip oat pulak bagi mengurangkan kuantiti oat yang ada kata rumah ni. Aritu beli pack besar sebab penduduk cilik kat rumah ni suka sgt....tapi bila dah banyak tak makan pulak...ikut musim juga la kot...


Biskut chocolate chip oat rangup

Bhn A:
1 1/2 cwn tpg naik sendiri
1/2 sudu teh bkng powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
(all the above ayak bersama)
3/4 cwn oat segera
1 cwn choc chip

Bhn B:

150gm butter
120gm gula castor
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila

Mix together bhn A, put aside. Mix Butter & gula sampai kembang, then masukkan telur & esen vanila. Bila dh sebati, bleh la masukkan bhn A & mix together. Bulat2 kn & tekan ngn garfu. Bakar pd temp around 180 C lbh krng 20 mins, depend on oven masing2..

Tips:-
1. simpan adunan dlm fridge dulu supya cookies lbh ranggup

selamat mencuba

TART ROSALINDA

Weekend ni pulun buat sekut raya. Awal pagindah adun dua tiga adunan sekut termasuk tart rosalinda yang saya kidnap resepinya dari blog azlita masam manis. Suka la tengok rupa parasnya....macam topi rosalinda jer.....hehuuuu....


TART ROSALINDA
Adaptasi dari resepi Tart Nenas Nyonya
Adunan dapat anggaran 35 - 40 biji

300 gms tepung gandum
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu gula ising
200 gms mentega
2 kuning telur
jem nenas 

Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula ising ke dalam bekas. Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu. Kalau guna unsalted butter, masukkan secubit garam.
Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai (rub-in method). 

Kemudian masukkan telor dan satukan menjadi doh. Canai jadi setengah inci dan turap guna acuan atau cutter . Untuk lebih mudah agar tak melekat2 lapik dengan plastik semasa mencanai doh. 1 keping plastik 4 segi potong jadi sekeping besar. Oleskan atas plastik dgn sedikit minyak. Letakkan doh di tengah plastik dan lipat plastik dan kayu canai tu gelek atas plastik.

Kemudian terap adunan tadi dgn terap tuk buat tart. Kalau adunan melekat kat alat penerap tu. Beruskan sedikit alat tu dgn sedikit minyak masak. Ini dapat mengelakkan adunan dari melekat2.

Susun adunan yg telah di canai atas loyang pembakar. Ambil jem nenas bluberry dan gentel bulat2 sebesar guli. Letakkan atas doh yg telah di terap tadi. Buat hingga habis.
Kemudian bakar adunan ni dalam oven yg bersuhu 170C selama 20 - 30 minit atau sehingga masak.

Setelah masak keluarkan dari loyang dan letak atas redai hingga sejuk. Untuk jem nenas bluberry boleh beli yang dah siap atau boleh juga di buat sendiri.


Resepi jem ni katanya berasal dari blog mat gebu. Tq la...anak2 suka pulak....makan ngan roti dan biskut kering.

JEM NENAS BLUBERRY 
Dari resepi Jam Nenas Istimewa

3 biji nenas (atau 1 kg parutan nenas, toskan sedikit airnya)
2 biji epal hijau, buang kulit dan parut kasar
1 biji oren, buang kulit dan ambik isinya (pulp)
1 cawan penuh gula pasir
1 sudu teh pes bluberry (saya tak letak)
1 sudu teh pewarna bluberry (saya tak letak pewarna blueberry tapi letak pewarna oren)

Masukkan parutan nenas tadi bersama gula pasir ke dalam kuali, kacau rata. Hidupkan api dan biar mendidih. Pada api kecil, kacau sentiasa nenas tadi sehingga pekat. Masukkan isi oren (pulp) dan terus kacau hingga kering.
Akhir sekali masukkan parutan epal hijau,  pes bluberry dan pewarna, gaul rata dan masak hingga berkilat dan boleh digentel bila jem sejuk. Biar sejuk dan simpan dalam peti sejuk untuk kegunaan kemudian.

Kemudian bakar adunan ni dalam oven yg bersuhu 170C selama 20 - 30 minit atau sehingga masak.
Setelah masak keluarkan dari loyang dan letak atas redai hingga sejuk.
Untuk jem nenas bluberry boleh beli yang dah siap atau boleh juga di buat sendiri.


ICING

1 biji putih telur
200 gm gula icing
1 sudu teh jus perahan lemon

Satukan telur, gula icing dan jus lemon dalam bekas pemutar
Putar adunan sehingga kental
Bahagikan adunan kepada berapa bekas dan warnakan dengan pewarna kesukaan
Masukkan dalam piping bag
Paipkan atas biskut, buatkan bentuk riben dan bunga
Hiaskan mengikut kreativiti masing-masing.
Biarkan icing keras
Simpan biskut dalam bekas kedap udara. 

Biskut badam rangup

Tahun ni mencari resepi2 kukis yang mudah. Guna bahan2 yg dah ada....menghabiskan stok kaedahnya. Masa dok intai2 group resepi kita nampak kukis azlina ina yg mudah nak buat...terus jer amik resepi dan cuba...

Masa bancuh bahan, anak2 minta buatkan kukis bentuk jari macam yg diorang pernah tengok kat tenet tu....ummi layan jer...buatkan 22 ketul untuk diorg makan....selebihnya potong bentuk 4 segi..

Biskut badam rangup

250 gm mentega
1/2 cawan susu pekat
1 sk esen vanila
1 biji kuning telur

Gaul rata mengunakan whisker atau senduk kayu.

1/2 cawan tepung jagung
2 sb tepung kastard
1 sk baking powder

Ayak dan satukan ke dalam adunan mentega. Gaul rata dengan senduk kayu.

Tepung gandum secukupnya.

Tambah tepung gandum sedikit2 sehingga membentuk doh yg lembut dan senang diterap dengan acuan atau dipotong.

Susun dalam loyang. Sapukan putih telur atau kuning telur dan tabur hiasan ikut citarasa. Bakar selama 20 minit pada suhu 160°C - 170°C.


Buat skit untuk anak2 makan jer....hidang nanti takut ramai yg pengsan....hehehe

Friday, June 26, 2015

Ayam Sapit

Hidangan pelengkap untuk menu nasi lemak hari ni ialah ayam sapit resepi asal dari Joha Hassan. Ayam ni iras2 rendang rasanya....sbb ada letak lengkuas kot....sedap....saya malas nak masuk oven jadi saya panggang guna magic pan saja....


Dah nak berbuka....tak sempat nak plattimg berbagai....gini jer la yg mampu saya tayangkan...


Ayam Sapit. Spicy Grilled Chicken.

Bahan2nya

1 ekor ayam di potong 12 atau 5 Keping Peha Ayam

Bahan kisar:

3 biji buah keras
4 cm (1.5 inch) lengkuas 
4 cm (1.5 inch) halia 
4 ulas bawang putih 
2 biji bawang besar 
2 sudu besar cili kisar

Bahan lain:

2 batang serai - di titik
100ml krim santan
6 helai daun limau purut
Garam & Gula secukup rasa
Rempah 4 sekawan (buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang dan kayu manis)
Minyak masak untuk menumis

Bahan perap ayam:

1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh serbuk ketumbar (coriander)
1/2 sudu teh serbuk jintan manis (fennel)
1/2 sudu teh serbuk jintan putih (cumin)




Cara2nya

Rempahkan ayam dengan serbuk2 rempah kunyit, ketumbar, jintan manis & putih, perapkan dalam setengah atau satu jam. 

Panaskan minyak di kuali, letakan serai nya, bahan rencah2 yang di kisar. Goreng hingga ia wangi. Letakan 1 cawan air dan letakan daun limau purut. Letakkan ayam yang sudah di perap, bersama garam dan gula secukup rasa. 

Masak hingga ayam nya masak dan biarkan kuah nya pekat sedikit. Letakan krim santan pada kuahnya, gaulkan rata2. Bila ayam sudah masak, angkat ayam2 nya. Goreng ayam di kuali tanpa minyak, golek2kan supaya ada bekas tanda2 bakar. 

Boleh di letakkan di ketuhar (api atas) 170C atau panggang di atas bara arang. Bila disajikan tuangkan kuah di atas ayam nya. Sesuai di sajikan dengan lontong, ketupat atau nasi putih bersama hidangan juadah lain.

Wednesday, June 24, 2015

Jus buah naga bandung


Arini saya buat jus yang meriah warnanya...jus buah naga bandung

Bahan2

3 biji buah naga dibuang kulit
gula secukup rasa
susu segar/cair
Air secukupnya

Kisar halus buah naga dengan air dan gula. Satukan dengan susu. Kacau sebati. Sejukkan.

Creamy prawn and mushroom pasta (pasta udang dan cendawan berkrim)

Melayan tekak nak makan pasta....macam tekenang2 pasta yang berkrim dengan taburan udang yang lazat....cumanya saya tak buat creamy sgt....taknak muak pulak puasa2 nih...


Bila dah masak parutkan keju cheddar.....ermmmm....yumyum....heeee....sedap la ..anak2 makan tambah dua tiga kali...


Creamy prawn and mushroom pasta

Bahan2nya

300 gm sebarang jenis pasta pilihan - rebus dengan sedikit garam dan minyak hingga lembut serta toskan
250 ml cooking cream
6 ulas bawang putih di tumbuk kasar
1 biji bawang besar dicincang
1/4 cawan minyak zaiton
15 ekor udang saiz besar/sederhana
1 paket cendawan butang - hiris
1 sk basil kering
1 sk serbuk lada hitam
1 sk chili flakes
garam secukup rasa
parutan keju cheddar

Tumis bawang2 hingga naik bau. Masukkan udang dan cendawan. Tumis hingga udang masak. Masukkan pasta rebus, basil, chili dan lada hitam. Kacau sebati. Masukkan krim dan perisakan dengan garam secukup rasa.

Dodol

Teringin betul mkn dodol....asyik terkenangkan dodol yg arwah abah kacau bawah pokok jambu ball....sebelum likat mesti ceduk simpan semangkuk utk buka puasa. Sedap sangat....lemak manisnya sesedap rasa....

La ni susah nak cari dodol yang betul2 sedap. Bila beli ada jer yg kurang....terutama rasa lemaknya. Ada la kawan hubby share resepi turun temurun family diorg tapi tak juga buat2 sampai hilang entah ke mana resepinya. Bila jumpa resepi kak yati @ cooking with love ni terus jer usaha cari bahan. Buat untuk berbuka.....dodol lembik yang lama diidamkan...


Dodol

Bahan:

500 gm tepung pulut
3 cawan gula melaka * (boleh juga gunakan gula merah)
2 cawan gula pasir *
3 cawan air *
2-3 helai daun pandan *
1 kg santan pekat

Cara-cara :

Masak bahan* hingga gula larut kemudian tapis (tunggu sejuk sebentar)
Masukkan tepung pulut dan bahan yang di masak tadi kedalam blender dan blend sebati.
Tuangkan adunan tepung dan santan ke dalam kuali. Kacau sebati (kalau ada kuali non stick lagi bagus).
Masak hingga adunan likat. (Kalau kat kampung dulu, arwah abah selalunya test guna daun pisang, bila letak dodol atas daun pisang, dodol tak melekat maknanya dodol dah cukup masak.)
Kacau adunan selalu untuk mengelakkan dodol berkerak.
Adunan akan meletup-letup dan pecah dan kacaulah sehingga terbit minyak pada dodol dan tidak tak melekat.
Simpan dalam bekas kering.

Nota:
Kalau suka dodol lembik.. jangan kacau terlalu lama.. nanti dodol akan jadi keras.

Jus durian belanda jadi pilihan hari ini

Jus durian belanda yg dibuat dari buah segar jadi pilihan hari ini. Buah ni makin mahal dan susah nak dapat.....aritu beli sekilo mencecah RM14. Dulu kat kampung ambil jer kat pokok tepi rumah....pokok jiran...takde sapa pun kesah. Kekadang masak dipokok dan gugur jatuh ke tanah jadi habuan ayam dan itik jer.

Masa mengandung anak kedua mengidam sangat nak makan durian belanda, merata mencari tapi tak jumpa...dah dekat nak bersalin jiran sebelah belikan.....seronoknya macam dapat emas sekilo....hehehe.

Nak buat jus ni senang jer....dapatkan buah yang cukup masak....bila tekan dah lembik...buang bijinya dan kisar halus isinya yg putih tu....letak la gula secukup rasa dan air secukupnya dan sejukkan sebelum diminum....


Tuesday, June 23, 2015

Semperit/dahlia susu

Tahun ni awal skit buat kukis. Supaya tak terkocoh2 last minute... Bila dok membancuh kukis ni, tepung jagung tak cukup jadi saya tambah tepung kastard....ok jer.

Semperit/dahlia susu

Bahan2

250gm mentega

250gm susu pekat
Tepung jagung secukupnya (lebih kurang 560gm)
Pewarna pilihan jika suka
Acuan samperit atau dahlia
Ceri/cip coklat untuk hiasan

Satukan susu n mentega, pukul sebati guna whisker jer
Masukkan tepung jagung skit2 sampai jadi doh lembut yg senang nak tekan...

Tekan doh diatas loyang menggunakan acuan. Hias dengan hirisan ceri. Bakar selama 20 minit suhu 160 celcius.

Monday, June 22, 2015

Resepi Ayam Panggang Beraroma Daun Ketumbar

Memula plan nak masak ayam masak merah....tapi sementara tunggu waktu memasak saje jer google2 resepi ayam kat tenet...... jumpa la resepi yang ada kelainan dari biasa. Ayam panggang beraroma daun ketumbar...tengok bahan sume ada kat rumah...

Resepi  asal dari blog Potret kasih yang saya olah sedikit jadi pilihan menu iftar hari kelima...

Resepi Ayam Panggang Beraroma Daun Ketumbar

1/2 ekor ayam
1 pokok daun ketumbar ( daun, batang dan akar2nya sekali – cuci bersih2 )
1 inci halia
1 labu bawang putih ( 6-8 ulas bawang putih )
3 – 4 biji cili merah ( kalau nak lebih pedas boleh guna cili padi )
1 ketul kunyit hidup
1 sudu makan gula
1/2 sudu makan garam
2 – 3 sudu makan jus lemon

1 sk serbuk jintan dan 1 sk serbuk ketumbar atau serai  (di kisar sekali dgn bhn kisar)

Cara Penyediaan

1. Bersihkan ayam dengan gaulkan tepung gandum dan bilas dgn air bersih…
2. Kisar bawang putih, cili merah, halia, daun ketumbar, serbuk kunyit, gula, garam, jus limau dan  gula dgn sedikit air.
3. Sediakan dulang pembakar kemudian susun ayam.
4. Kelar2kan sedikit  ayam tersebut terutama bahagian isi yg tebal…
5. Curahkan bahan kisar pada ayam…gaul2kan hingga sebati ayam dgn bahan kisarnya.
6. Perapkan sebentar, dan tutup loyang dengan foil barulah dibakar selama lebih kurang  45 minit  dan buka foil. Bakar lagi selama 10 minit, terbalikkan ayam dan bakar lagi selama 10 minit agar garing dikedua2 bahagian.

7. Bila ayam sudah masak keluarkan ayam kemudian dipotong2 dan tuang kuahnya pada ayam tadi..
8. Hidangkan dengan sambal salsa bersama ulam2an dan nasi panas.

Resepi Sambal salsa

2 biji tomato
4 biji cili merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1/2 inci halia
bbrp batang daun ketumbar dengan akarnya
Gula dan garam secukup rasa
4 sudu makan perahan lemon
sedikit air

Cara Penyediaan

1. Kisar semua bahan hingga hancur.
2. sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba….

Jus BAGO segar - campuran mangga dan pisang pilihan untuk bersahur

Pisang meruoakan sumber tenaga yang baik. Bila mata tak berapa nak celik susah pulak nak kopek kulit dan makan pisang nih....jadikan jus senang, tak payah nak kunyah 40 kali.... terus telan jer. Biasanya saya kisar pisang dengan yogurt tapi subuh ni campurkan dengan mangga maka terhasillah jus BAGO yang lazat nih...


Jus BAGO (banana + manggo)

4 biji mangga ranum (kupas kulit dan ambil isinya)
4 biji pisang berangan (buang kulit)
Sedikit air masak
Gula secukup rasa

Kisar halus semua bahan. Tuangkan ke dalam jug dan sejukkan.

Sunday, June 21, 2015

Jus campuran mangga, apple hijau dan nenas pilihan minuman berbuka hari ini


Minum jus buah2an segar memang baik untuk kesihatan. Sebab itulah saya cuba mempelbagaikan resepi jus sepanjang ramadhan ini. Kali ni saya sediakan jus kuning....campuran mangga, nenas dan apple hijau...

Yellow fruit juice

Bahan2nya

5 biji mangga (kupas dan ambil isinya)
1 biji nenas (kupas dan buang empulurnya)
3 biji apple hijau (kupas dan buang tengahnya)
Sedikit gula dan air masak secukupnya

Kisar semua bahan dan sejukkan.

Ikan tenggiri masam manis

Selesai masak kari sotong kembang saya sediakan pulak ikan masam manis ni....pilihan menu untuk anak2 dan suami yang kurang menggemari sotong kembang ni.

3 keping ikan tenggiri (gaul dengan kunyit dan garam, goreng, tos dan ketepikan)

1/2 biji timun jepun (buang empulur dan potong dadu)
1/2 biji capsikum (potong dadu)
1 biji tomato sederhana masak (potong dadu)
1/4 biji nenas (potong nipis)
Daun ketumbar hiris untuk tabur

3 sb sos tomato
3 sb sos cili
3 sb sos tiram
Sedikit air dan tepung jagung (jika mahu sos yg banyak dan pekat)(saya tak letak sebab biarkan kering tak berkuah)

1 biji bawang besar potong bulat
3 ulas bawang merah hiris nipis
2 inci halia hiris nipis
5 ulas bawang putih hiris nipis

Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa (saya tak letak sbb rasa dah cukup masin manisnya)


Tumis bawang merah, halia dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan sos2. Tumis sebati. Masukkan sayuran, bawang besar dan tumis seketika. Perisakan dengan garam dan gula secukupnya. Curahkan pada ikan yang telah digoreng dan disusun di dalam pinggan hidangan.

Kari sotong kembang

Bila tiba bulan ramadhan ni saya makin ligat mencari dan mencuba resepi baru dan pelbagai. Semuanya untuk memikat selera keluarga.....supaya mereka makin bertenaga untuk meneruskan ibadah puasa....


Hari ni saya mencuba resepi kari sotong kembang dari blog mat gebu. Sotong kembang ni selalunya saya buat sambal tumis atau pun sotong kangkung. 

Kari sotong kembang

BAHAN-BAHANNYA :-)

3 ekor sotong kembang saiz sederhana (kurang lebih 650 gram)
1/2 bahagian traffic light capsicum, dipotong kiub
1 biji tomato, belah 6
1 1/2 camca besar cili kisar
2 camca besar penuh rempah kari ikan (mat guna rempah Baba's)*
1 camca besar penuh rempah kurma (mat guna rempah Baba's)*
1/3 camca teh serbuk kunyit*
1/3 cawan air*(*disatukan dan kacau rata)
1 cawan santan
1 kiub ikan bilis
3/4 camca teh pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)

1/2 camca teh halba campur
1 tangkai daun kari, dilurut
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 biji bawang besar, dimayang
2 biji bawang merah, dimayang
2 ulas bawang putih, hiris 
1 inci halia, hiris halus



CARA MEMBUATNYA :-)

Sotong kembang dikelar2 sedikit badannya, kemudian potong pada saiz besar (nanti dah masak, sotong mengecut dan kecil). Cuci dan toskan. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bawang besar, halba campur, kayu manis dan bunga lawang hingga harum, masukkan  bawang merah,bawang putih dan halia, masak sekejap. 

Tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing. Masuk bancuhan rempah kari tadi. Masak dengan api kecil hingga rempah garing, masukkan pes asam jawa dan kacau rata. Tuang air secukupnya (anggaran 2 1/2 cawan), kacau dan biar mendidih. Masukkan sotong dan santan. 

Kacau perlahan.Bila mendidih, tambah traffic light capsium, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap. Tambah tomato. Kacau dan rasa, jika ok boleh matikan api. Biar tomato lembut sendiri dalam kuah kari. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...