ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Thursday, May 31, 2018
Thai Chicken Manggo ( Ayam mangga ala Thai)
Thai Mango chicken aka ayam mangga ala thai untuk iftar hari ni.....lama dah nak buatnya....berapa kali beli.mangga...bila mangga ada ayam takde...beli pulak ayam mangganya pulak dah licin.....gitu ler asbab tergemdalanya menu ni sejak mula dia viral dulu. Ni pun mangganya dah agak masak. Takde mangga yang sedikit muda.
Resepi ni olahan dari resepi yang di cnp dapur kak yah.
CHICKEN MANGGO
2 keping isi dada ayam (saya guna bahagian paha ayam potong 2)
1 ulas bawang putih
Sedikit garam + gula
Lada sulah
serbuk paprika
Tepung jagung + tepung gandum
Isi dada ayam dipotong dua tiga kerat.
Tumbuk bawang putih dan lumurkan pada ayam tersebut dan masukkan juga sedikit garam dan lada sulah dan serbuk paprika. Perap seketika.
Golek-golekkan ayam yang telah di perap, pada tepung jagung dan biar melekat pada isi ayam
Seterusnya ayam, digoreng dalam minyak yang banyak sehingga kekuningan.
Angkat dan toskan setelah masak. Ketepikan
Bahan Sos
2 sb sos Plum
1 sb sos cili
1 sb sos tomato
Cili padi merah dan cili besar ~ ikut sukalah nak berapa biji (kisar)
air secukupnya
Gula dan garam secukup rasa
1 sb sos nampla
Parutan buah mangga muda
1 sb tepung jagung
Campurkan kesemuanya , masak hingga sedikit pekat pekat.
Hiasan
Parutan mangga
Parutan carrot
Untuk ditabur atas ayam manggo kita...
Saya tuangkan sos bila dah nak makan supaya ayam tak soggy
Biskut arab (biskut suji)
Biskut raya ketiga saya selepas semperit dan lidah kucing....biskut suji kristal atau dikenali juga dengan nama biskut arab. Resepi chef asma jadi pilihan....resepi lama yang disiarkan dalam buku festive cookies tahun 2007 yang lalu.
BISKUT SUJI KRISTAL
Bahan-bahannya:-
Bahan A (diayak bersama)
250gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh baking soda
Bahan B
125gm gula aising
1/8 sudu teh garam
100gm badam kisar (panggang terlebih dahulu)
1/2 sudu teh esen vanilla
200gm minyak sapi (cairkan dan sejukkan) (Nadz cuma guna 150gm dan tak cairkan pun minyak sapi ni)
Pewarna:
Pewarna pink, hijau dan kuning
Hiasan:
Gula kaster
Cara-caranya:-
1. Satukan semua bahan-bahan kecuali pewarna. Pukul perlahan sehingga menjadi doh
2. Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan letakkan tiga jenis pewarna secukupnya.
3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan mengikut warna pilihan.
4. Cubit sedikit setiap bahagian doh yang bewarna, satukan dan bulut-bulatkan.
Buat hingga habis dan susun di dalam loyang pembakar.
5. Panaskan ketuhar dan bakar pada suhu 160c selama 20-25 minit bergantung saiz biskut.
6. Biarkan sejuk dan salutkan dengan gula kastor.
Wednesday, May 30, 2018
Macaron (french macaroon)
First time buat.....anak2 request dah lama....ada stok.putih telur lebih buat sekut raya try la buat ni..
Alhamdulillah keluar skirtnya....kira jadi la kan....kan...kan...
Resepi saya cnp dari azlita masam manis.
MACARONS
Bahan-bahan(+-24 set,48 keping):
2 biji (80gm) telur putih L size
60gm gula kastor
80gm almond powder
120gm gula aising
sedikit esen vanila
inti :- sy guna peanut butter je.. nak guna nuttela pun bleh...;)
Cara-cara:
Ayak almond powder dengan gula aising.
Pukul putih telur dengan gula kastor sehingga berbuih. Masukkan esen vanila pukul lagi sehingga kembang/ bertanduk. ( Bila terbalik mangkuk telur tu tak jatuh..kira oklah tu)
Masukkan sikit demi sedikit bhn yg diayak td ke dalam telur putih. Kacau perlahan-lahan macam buat kek.
Masukkan adunan yg dah siap ni ke dalam piping bag ( sy guna plastik putih biasa ja.. pehtu gunting bucu dia yg kat bawah tu ;)) . Picit ke atas dulang oven yg dah di alas dengan baking paper. Jarakkan setiap satu lebih kurang 3 cm. Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons- untuk mengelakkan permukaan macarons jd berlubang bila dibakar)
Biarkan permukaan macarons kering atau tak melekat ditangan sebelum dibakar. Lebih kurang 30-40 minit sebelum dibakar. ( Bergantung pada cuaca juga ni. Saya letak bawah kipas bagi dia cepat kering. Sebelum bakar tu, test dulu dengan jari, kalau dah tak melekat tu bolehlah dibakar).
Bakar dlm oven pd suhu 150 degree selama 20 minit. ( Rasa mcm x terlebih bakarlah pulak haritu.. nak kena kurangkan suhu ataupun time tu lain kali ). Pastu sejukkan sebelum letak inti.
** utk rujukkan sendiri lain kali:
kisar serbuk almond bg lebih halus sebelum diayak.
kurangkan suhu atau masa bakar..
Biskut Lidah Kucing
Biskut lidah kucing.......cat's tongue cookies......berapa banyak kucing terkorban utk sebalang biskut....huhuhu... Sedap...rangup....dah habis sebalang dikerjakan anak2...
#yummyfoodbyzlc
Biskut lidah kucing
@ http://www.zulfadreamland.blogspot.my
250 gm mentega
175 gm gula kastor (saya kurangkan jadi 150 gm)
100 ml putih telur
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex
Pewarna merah, oren, kuning, hijau dan biru (saya buat 4 warna saja)
________________
Loyang khas lidah kucing di gris dengan sedikit mentega
Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan
Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim
Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati
Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hiungga rata
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian
Letakkan pewarna untuk setiap bahagian.
Masukkan dalam piping bag atau bag plastik untuk setiap warna berlainan. Potong hujung muncung bag plastik atau piping bag kecil.
Paipkan atas loyang lidanh kucing mengikut corak yang di kehendaki mengikut warna pelangi.
Bakar dalam oven pada suhu 150 C selama 15 ~ 20 minit.
Jaga jangan sampai keperangan dan hangus kerana warnanya akan pudar dan tidak menyerlah. Biarkan sejuk sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.
Tuesday, May 29, 2018
Mee udang sepetang di shah alam
Mee udang sepetang di shah alam.....ganjaran mereka yg mengerjakan solat terawih malam ke 14......😘😘😘😘 #yummyfoodbyzlc
MEE UDANG KUALA SEPETANG
http://www.zulfadreamland.blogspot.my
Bahan-Bahan1 kg mi kuning
½ kg udang basah - bersaiz sederhana
2 biji kentang ~ kupas kulit, hiris nipis dan goreng kemudian kisar halus (optional)
Bahan Kisar
10 tangkai cili kering, rebus lembut
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
Sedikit belacan
3 sudu besar udang kering
3 sb sos cili
3 sb sos tomato
1/2 buku gula Melaka @ secukup rasa
4 batang sawi
1 cawan taugeh
2 pokok daun bawang
2 tangkai daun sup
5 biji tauhu - goreng dan potong empat segi sederhana nipis.
5 biji cili masak
Limau kasturi
Sedikit bawang goreng
Cara Membuatnya.
Panaskan minyak dan gorengkan kentang. Kemudian kisar hingga lumat.
Minyak yang panas tadi gorengkan tahu, angkat dan hiris nipis atau potong dadu.
Panaskan semula minyak goreng tahu tadi, dan tumis bahan kisar seperti bawang merah, bawang putih, belacan, cili dan udang kering. Setelah naik wanginya masukkan sos cili dan sos tomato, garam dan gula melaka. Gaul sebati.
Masukkan air secukupnya. Bila kuah dah mendidih sesuaikan rasa. Tambah garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan udang. Biar didih seketika kemudian tutup api.
Celur sayuran tadi sawi, taugeh, mi kuning.
Setelah selesai semuanya hidangkan bersama bawang goreng, daun bawang, hirisan tauhu goreng dan daun sup. Perahkan limau kasturi.
Friday, May 25, 2018
Nasi Arab (Lamb Mandy)
Ini sebenarnya cerita nak sambut puasa kat opis aritu. Tempahan kawan opis....sempena segalanya.... . Lamb mandy.....dalam bahasa malaysia kambing mandi....hehhehhe...kambing tak suka mandi....sekali bagi mandi beberapa jam langsung hilang bau kambingnya.....
Nasi Mandy
Zulfaza Loves Cooking
http://zulfadreamland.blogspot.my
Bahan-bahan
1kg lamb shoulder~ dipotong kiub besar
1/2 sk ketumbar - biji
1/2 sk jintan manis - biji
1/2 sk lada hitam - biji
1-2 helai daun bay
1 sk all spices/mix spices
1 biji bawang besar ~ belah 4
1 inci halia- diketuk sedikit
Garam secukup rasa
Air secukupnya untuk merebus ayam
2 ulas bawang putih - diketuk sedikit
Bahan Untuk Nasi :-
4 cawan beras basmathi - cuci bersih, rendam selama 30 minit dengan air garam dan toskan
3 sb minyak sapi
10-12 cawan air/ stok ayam/daging
1/3 cwn kismis (tak letak pun tak pe)
Rempah tumis:-
1 batang kulit kayu manis
3-4 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning/ safron- tak der pon takpe
Garam secukup rasa.
Bahan lain:-
1-2 sb minyak masak
Seketul arang (kecil jer dah cukup, sebesar telo ayam grade D..) aluminium foil/remekin
Cara-cara
Penyediaan kambing :-
1. Rebus kambing bengan semua bahan di atas kecuali pewarna hingga empuk. Keluarkan dari periuk, toskan airnya, ketepikan. Air rebusan simpan untuk masak nasi.
Didihkan stok kambing bersama ghee/ minyak, kismis dan rempah tumis hingga betul- betul memgelegak, dengan api yang besar masukkan beras tutup periuk dengan penutup periuk, biarkan hingga mendidih.
Bila mendidih, masukkan garam secukup rasa, kacau sedikit dan biarkan nasi masak 3/4 masak, dan toskan airnya sedikit, jangan kering kontang pukul pulak, tinggalkan sikit bagi lembab masa nak wapkan nanti supaya tak kering/ hangus.
Dalam periuk lan lain yang besar masukkan nasi tadi dan susunkan kambing dalam periuk, buat lubang ditengah-tengah nasi dan letakkan cawan kopi/remekin, letakkan seketul kecil arang yang telah dibakar hingga berbara, tuangkan sedikit minyak masak/zaitun pada arang tu..masa ni asap akan keluar berkepul-kepul...
Dengan api yang paling kecil, tutup periuk dengan aluminium foil cepat- cepat dan kemas supaya asap tak terkeluar dan cover dengan tudung periuk, kalu ada lesung batu letak atas tudung periuk tu kasi berast supaya asap tak kelua, tanak seperti biasa dan biarkan supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi lebih kurang 5-10 minit dan offkan api.
Buka tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang, titiskan 2-3 titik pewarna kuning dan biarkan selama 5-10 minit baru gembur nasi dengan garfu Kalu tak letak kaler pada nasi pon tak per...
Untuk sambal salsa
5 biji tomato
1 pokok ketumbar
Cili padi dan cili hijau
1 biji bawang besar
Garam secukup rasa
sedikit gula jika suka
Perahan 1 1/2 biji lemon
Kisar jangan terlalu halus.
Nasi Mandy
Zulfaza Loves Cooking
http://zulfadreamland.blogspot.my
Bahan-bahan
1kg lamb shoulder~ dipotong kiub besar
1/2 sk ketumbar - biji
1/2 sk jintan manis - biji
1/2 sk lada hitam - biji
1-2 helai daun bay
1 sk all spices/mix spices
1 biji bawang besar ~ belah 4
1 inci halia- diketuk sedikit
Garam secukup rasa
Air secukupnya untuk merebus ayam
2 ulas bawang putih - diketuk sedikit
Bahan Untuk Nasi :-
4 cawan beras basmathi - cuci bersih, rendam selama 30 minit dengan air garam dan toskan
3 sb minyak sapi
10-12 cawan air/ stok ayam/daging
1/3 cwn kismis (tak letak pun tak pe)
Rempah tumis:-
1 batang kulit kayu manis
3-4 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning/ safron- tak der pon takpe
Garam secukup rasa.
Bahan lain:-
1-2 sb minyak masak
Seketul arang (kecil jer dah cukup, sebesar telo ayam grade D..) aluminium foil/remekin
Cara-cara
Penyediaan kambing :-
1. Rebus kambing bengan semua bahan di atas kecuali pewarna hingga empuk. Keluarkan dari periuk, toskan airnya, ketepikan. Air rebusan simpan untuk masak nasi.
Didihkan stok kambing bersama ghee/ minyak, kismis dan rempah tumis hingga betul- betul memgelegak, dengan api yang besar masukkan beras tutup periuk dengan penutup periuk, biarkan hingga mendidih.
Bila mendidih, masukkan garam secukup rasa, kacau sedikit dan biarkan nasi masak 3/4 masak, dan toskan airnya sedikit, jangan kering kontang pukul pulak, tinggalkan sikit bagi lembab masa nak wapkan nanti supaya tak kering/ hangus.
Dalam periuk lan lain yang besar masukkan nasi tadi dan susunkan kambing dalam periuk, buat lubang ditengah-tengah nasi dan letakkan cawan kopi/remekin, letakkan seketul kecil arang yang telah dibakar hingga berbara, tuangkan sedikit minyak masak/zaitun pada arang tu..masa ni asap akan keluar berkepul-kepul...
Dengan api yang paling kecil, tutup periuk dengan aluminium foil cepat- cepat dan kemas supaya asap tak terkeluar dan cover dengan tudung periuk, kalu ada lesung batu letak atas tudung periuk tu kasi berast supaya asap tak kelua, tanak seperti biasa dan biarkan supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi lebih kurang 5-10 minit dan offkan api.
Buka tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang, titiskan 2-3 titik pewarna kuning dan biarkan selama 5-10 minit baru gembur nasi dengan garfu Kalu tak letak kaler pada nasi pon tak per...
Untuk sambal salsa
5 biji tomato
1 pokok ketumbar
Cili padi dan cili hijau
1 biji bawang besar
Garam secukup rasa
sedikit gula jika suka
Perahan 1 1/2 biji lemon
Kisar jangan terlalu halus.
Telur Bistik
Macam dah jadi menu signature bulan posa pulak telur bistik ni......mula ingat nak buat telur dadar jer tapi macam biasa2 sangat. Tu yang akhirnya jadi telur bistik....
Telur bistik
BAHAN-BAHANNYA :-)
1/3 cawan daging cincang
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus (kali ni saya belah dua jr....takdan)
1/2 inci halia, cincang halus
2 sb cili kering kisar
1/4 cawan mix vege
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos tomato
1 1/2 camca besar sos cili
2 helai daun limau purut - carik2kan (lupa nak letak...hikhikhik)
2 biji tomato cincang
Sedikit air
Sedikit sos ikan
Hirisan daun ketumbar dan cili merah buang biji dan dadu kecil untuk hiasan (jika suka)
3 telur, dipukul sedikit
1 camca besar mayonnaise
CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan mintak dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih, halia hingga harum dan keperangan. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
Masukkan daging cincang. Tumis hingga airnya hampir kering. Masukkan sos ikan, sos tiram, sos cili dan sos tomato, kacau rata. Masak dengan api kecil hingga pekat. Tambah mix vege, daun limau dan tomato cincang, gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika kurang masin, perisakan dengan garam secukup rasa. Gaul rata dan matikan api. Ketepikan.
Satukan telur dengan mayonnaise. Kacau rata dengan whisk. Panaskan non-stick pan bersaiz 8 atau 9 inci dengan sedikit minyak. Kemudian anda goreng dadar telur tadi hingga masak dan keemasan. Alih ke dalam pinggan sesuai.
Tuang sambal daging cincang atas telur dadar tadi dan ratakan. Tabur hirisan daun ketumbar dan cili merah yang didadu kecil tadi.
Telur bistik
BAHAN-BAHANNYA :-)
1/3 cawan daging cincang
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus (kali ni saya belah dua jr....takdan)
1/2 inci halia, cincang halus
2 sb cili kering kisar
1/4 cawan mix vege
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos tomato
1 1/2 camca besar sos cili
2 helai daun limau purut - carik2kan (lupa nak letak...hikhikhik)
2 biji tomato cincang
Sedikit air
Sedikit sos ikan
Hirisan daun ketumbar dan cili merah buang biji dan dadu kecil untuk hiasan (jika suka)
3 telur, dipukul sedikit
1 camca besar mayonnaise
CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan mintak dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih, halia hingga harum dan keperangan. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
Masukkan daging cincang. Tumis hingga airnya hampir kering. Masukkan sos ikan, sos tiram, sos cili dan sos tomato, kacau rata. Masak dengan api kecil hingga pekat. Tambah mix vege, daun limau dan tomato cincang, gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika kurang masin, perisakan dengan garam secukup rasa. Gaul rata dan matikan api. Ketepikan.
Satukan telur dengan mayonnaise. Kacau rata dengan whisk. Panaskan non-stick pan bersaiz 8 atau 9 inci dengan sedikit minyak. Kemudian anda goreng dadar telur tadi hingga masak dan keemasan. Alih ke dalam pinggan sesuai.
Tuang sambal daging cincang atas telur dadar tadi dan ratakan. Tabur hirisan daun ketumbar dan cili merah yang didadu kecil tadi.
Tuesday, May 22, 2018
Kek Coklat (BEST MOIST CHOCOLATE CAKE)
Kek Coklat tempahan sempena hari guru....sekali rasa pasti nak lagi.
BEST MOIST CHOCOLATE CAKE
zulfadreamland.blogspot.my
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula
3/4 cawan serbuk koko
2 tsp soda bikarbonat
1 tsp serbuk penaik
2 biji telur saiz A @ B
1 tsp garam
1 cawan buttermilk (1 cawan susu segar + 1 sb cuka/jus lemon - kacau skit, biarkan 15 minit)
1 cawan minyak masak
1 1/2 tsp asen vanilla
1 cawan air mendidih (boleh dijadikan 1 cawan kopi sekiranya suka) atau campurkan dengan 2 sk nescafe
Cara Penyediaan
Panaskan oven pada suhu 300 F (lebih kurang 150 C) untuk membakar secara perlahan.Lapik loyang kek dengan kertas kalis minyak.Masukkan semua bahan di atas kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl.Putar pada kelajuan sederhana selama lebih kurang 1 minit.
Kemudian masukkan air panas mendidih dan teruskan memutar hingga sebati.Tuangkan ke dalam loyang.(9inci loyang)Bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak sepenuhnya. Cucuk kek dengan lidi atau pisau.
Sekiranya pisau atau lidi yang dikeluarkan bersih, maknanya kek telah masak. Sekiranya terdapat adunan kek yang masih basah melekat pada pisau atau lidi, bakar lagi kek dengan tambahan masa 5 minit dan uji lagi selepas itu sehingga kek masak sepenuhnya. Sejukkan kek sebelum dinikmati atau dihias.
Tuesday, May 8, 2018
Lala dan Pepahat tumis berlada
Lunch......dah berapa minggu tak ke pasar....weekend pun kena kerja.....ada peluang cuti sebentar cari stok lauk pauk.
Kat pasar jalan paip tadi terserempak dengan lala dan pepahat....amik la serba sikit buat mengubat rindu dendam lama tak bersua muka.... Abang sado JJ kita masakkan tumis berlado ni jer sebelum.gi solat....
Pastu terserempak pulak dengan pucuk ranti (tu plan nak masak lemak nanti) dan pucuk paku (hebat orang malaysia....paku pun dia kunyah telan habis...ada bran mau lawan).....plan nak buat kerabu tapi takdan kita tumis velachan ajer lah.....
Rambang mata lama tak pegi pasar.....bertemu mata pulak dengan ikan tali pinggang....hubby kata sedapnya buat goreng....ok la bang amik jer la....nanti meleleh pulak air liur tu karang....
2 kg kepah
*20 biji cili kering- rebus lembut
*1 biji bawang besar
* 6 ulas bawang putih
* 1 inci halia
Garam dan gula secukup rasa
2 batang serai -dititik/ketuk
2 keping asam gelugur/keping
Minyak untuk menumis
Sedikit santan (optional)
Kisar lumat *. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan serai. Tumis lagi seketika. Masukkan asam keping. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau rata dan biarkan seketika. Masukkan pepahat/lala/kerang dan gaul rata. Masukkan sedikit santan pekat. Masak hingga kulit lala/lerang/pepahat terbuka.
Ikan tali pinggang aka ikan timah digoreng berkunyit jer....sedap ya amat.
Dulu2 ummi main lawan2 lagakan kulit lala....sapa yg tak pecah kira menang...
Pucuk Paku Tumis Belacan
Hebatkan orang malaysia....paku pun dia kunyah telan habis...ada bran mau lawan....hahahha. Pucuk paku yang saya beli masa jalan-jalan cari lauk kat pasar jumaat jalan paip ni plan nak buat kerabu tapi takdan.....jadi kita tumis velachan ajer lah.....
Punya la rambang mata lama tak pegi pasar-pasar kampung camni.....rasa macam semua benda nak diborang....tapi memikirkan jari tak larat dah nak menjinjing barang....dah melebih muatan gayanya.
Pucuk paku tumis belacan
Bahan-bahan
2 ikat pucuk paku
10 biji cili padi *
Segenggam ikan bilis *
5 ulas awang merah *
5 ulas bawang putih *
2 inci belacan *
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Cara-cara :
Tumbuk *. Panaskan minyak dan tumiskan * hingga naik bau dan sedikit garing.
Seterusnya masukkan pucuk paku.
Kacau sebati, masak hingga pucuk paku layu. Perasakan dengan garam sekiranya perlu sebab belacan dan bilis dah masin. Tutup api dan hidangkan.
* kali ni saya guna lebihan sambal belacan yang disimpan dalam peti es. Bawang2 saya hiriskan dan bilis masuk terus tak tumbuk dulu. Saya tumiskan bawang2, bilis dan 1 sk serbuk belacan sebelum masukkan sambal belacan. Bahan tumisan dah pecah minyak baru saya masukkan pucuk paku.
Fried tuna Pasta
Bila ketandusan dan kekeringan bahan nak masak untuk potluck sempena gotong royong bersihkan surau nak menyambut ramadhan sabtu lepas... Bangun pagi tu masih berkira2 nak masak apa...macam2 menu terlintas tapi bahan tak cukup. Last2 keluar idea nak masak spaghetti tuna dan apam sua jer....
Fried spaghetti with tuna
250 gm spaghetti (angle hair)
Air secukupnya
Garam
-----------------
Panaskan air dan letak garam. Biarkan mendidih. Masukkan spaghetti dan rebus hingga lembut. Toskan dan basuh sedikit untuk membuang kanjinya.
**********
2 tin tuna dalam air toskan dan keringkan airnya
1 biji bawang holand dicincang
5 ulas bawang putih dicincang
8 biji cili padi dihiris
2 biji limau kasturi - perah jusnya
2 sb mentega
4 sb minyak zaitun
Garam secukup rasa
-----------------
Cairkan mentega. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili api hingga naik bau dan sedikit perang.
Masukkan tuna dan goreng hingga sebati. Perahkan limau....kacau rata. Masukkan spaghetti, kacau rata. Tambah garam secukup rasa dan gaul rata. Tutup api dan tuangkan minyak zaitun. Kacau rata dan hidangkan.
Kuih Kasturi aka kuih rengas
Kuih kasturi tapi takde sedikit pun bahan2 berkaitan limau kasturi dalam tu....jangan kata menipu pulak yer.....namanya jer gitu.... Ada nama lain....kuih rengas...
Saya buat frozen....lepas adun kacang tu saya bentukkan dan susun dalam bekas...lapiskan dengan plastik dan jarak2kan antara kuih. Saya haritu takdan nak salut tepung dan goreng sekejap sebelum frozenkan. Tapi buat camtu pun alhamdulillah...elok jer bila celup tepung dan goreng. lagi mudah...tak banyak kerja nak goreng dua tiga kali.
Kuih Kasturi aka kuih rengas
Bahan2nya
1 cawan kacang hijau rebus
1/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan kelapa parut
1/4 cawan gula (atau ikut citarasa)
Secubit garam
*********
Kalau nak kuih yang lembut, jumlah tepung dalam adunan kena letak sikit jer...jadi bila merebus kacang pastikan jangan terlalu berair...tambah air skit2 masa merebus. Kacang tu pulak rendam 2 jam supaya cepat empuk. Air rendaman kena tukar sesekali supaya kacang tak.masam.
Dan bila dah empuk baru masukkan gula dan garam. Masakkan hingga gula hancur. Kemudian dah sejuk skit tambah tepung dan kelapa parut. Gaul sebati jadikan doh lembut. Bulatkan ikut saiz yg kita nak dan leperkan sikit.
Tepung salut
1 cawan tepung gandum
1 sb tepung jagung
1/2 sk serbuk kunyit
Garam secukup rasa
1/2 - 3/4 cawan air
Satukan semua bahan. Gaul sebati. (Adunan tidak terlalu cair, macam tepung goreng pisang tu yer).
Celup kuih dalam tepung dan goreng hingga keperangan dengan api sederhana.
Pisang Molen Mudah
Pisang moleh yang disediakan kakak untuk minum petang. Versi xpress. Guna puff pastry instant jer ni. Dah berapa kali beli pisang......dan berapa kali juga keluar masukkan puff pastry dari freezer.....mengulang sebut nak buat pisang molen pun dah sampai kebas telinga mendengarnya....akhirnya...dipetang yang mendung dulu semalam dapat la juga merasa pisang molen yang meniti dibibir sejak sekian lama.
kalau agak2 nak buat kulit pastry tu sendiri pun boleh....resepi dari sumber resepcaramemasak.info kat bawah tu saya dan terjemah dalam bahasa melayu.....ada macam2 resepi kulit pastry lagi kalau rajin google.
Resep Pisang Molen Enak
16 biji pisang (jangan terlalu masak) - saya guna pisang abu.
500 gm tepung gandum
2 sk baking powder
120 - 140 gm gula halus
2 biji telur
air sejuk secukupnya
130 - 140 gm margerin/mentega
minyak untuk menggoreng
Cara Membuat Pisang Molen Sederhana ala Bandung
Masukkan tepung, baking powder dan gula ke dalam mangkuk. Gaul rata.
Tambahkan telur dan margerin yang sudah disiapkan sebelumnya ke dalam adunan diatas. Campur dan aduk aduk semua bahan diatas sampai bergumpal.
Masukkan air sejuk yang sudah dipersiapkan sedikit demi sedikit sambil menguli. Uli dengan tangan sampai semua bahan bercampur rata dan adunan menjadi doh yang mudah dicanai.
Langkah berikutnya adalah membentuk adunan kulit pisang molen nya.
Leperkan adunan mulai dari tebal sehingga mendapat ketebalan kulit pisang molen yang diinginkan.
Setelah ketebalan adonan didapat, potong dengan lebar sesuai yang diinginkan atau kurang lebih selebar 1-1.5 cm.
Kupas kulit pasang dan potong sedikit bahagian hujung pasang yang akan digunakan. Belah dua pisang.
Tutupi dan selimuti pisang dengan kulit molen diatas sampai semua bagian tertutup rata. Ulangi sampai pisang habis.
Siapkan penggorengan dan beri minyak agak banyak supaya hasil gorengan rata dan warnanya cantik.
Tunggu sampai minyak benar benar panas.
Masukkan pisang molen ke dalamnya setelah minyak benar benar panas. Sekali kali bolak balik supaya kulit molen nya tidak hangit dan matang merata.
Angkat setelah matang dan warnanya kuning kecoklatan.
Mee Rebus Daging
Mee rebus untuk lunch hari minggu......tandus idea memasak lauk pauk...kita berpaling arah ke pasta dan mee pulok....ubah selera sesekali....kalau tidak jemu menatap makanan yang sama.
Mee Rebus
http://www.zulfadreamland.blogspot.my
Bahan-bahan (10-15 orang)
2 labu bawang putih
1 inci halia
3 labu bawang besar
10-15 tangkai cili kering (rebus)
3 biji keledek sederhana besar
10 biji tomato
1 kg daging
5 sudu besar sos cili
Garam secukup rasa
5 liter air
2 kg Mee Kuning dicelur
Sawi dicelur
Tauge di celur
Tauhu digoreng dan dihiris kecil.
Bawang Goreng
Daun sup hiris kecil
Daun Bawang hiris kecil
Limau belah dua dan buangkan bijinya
Cili merah dihiris nipis
--------------
Rebus daging hingga empuk dan hiris nipis (atau hiris dan rebus)
Kisar halus cili kering, bawang putih, halia dan 1 biji bawang besar.
2 biji bawang besar di hiris nipis.
Tumis bahan di atas hingga naik bau.
Masukkan sos cili.
Masukkan daging yang telah direbus.
Masukkan air rebusan dalam periuk.
Masukkan tomato dan keledek yang telah direbus empuk dan dikisar halus.
Masukkan air dan tambah garam secukup rasa.
Biarkan mendidih dan merenih hingga kuah sedikit pekat.
Tutup api dan bolehlah dihidangkan dengan mee dan hiasan2 pilihan.
Apam Balik
Sarapan apam balik homemade guna non- stick jer pepagi ni.......nak wat mihun sup lama beno nunggu ayam defrost... Kalau buat sendiri puas hati....jagung lebih...mentega lebih. Suka hati nak letak banyak mana pun...sindri bikin sindri kenyang.
Kome sarapan apa....mesti menu best2 kan....cer kabo sikit.... ker selfie skit kat teman ni......tenghingin pulok nak nengok...ajernyer....
Apam Balik/Apam P Pinang.
Bahan2nya
4 cawan tepung gandum + 1 sb baking powder
2 sudu besar tepung jagung
5 sudu besar gula pasir
2 biji telur
1 sk garam
1/4 sudu teh bicarbonate soda
2 cawan susu di campurkan dengan 1 1/2 cawan air suam
Sedikit vanilla essence
Sedikit pewarna kunning telur jika suka
Bahan2 untuk inti nya
1 mangkuk kacang goreng yang sudah di tumbuk halus
1 mangkuk jagung krim
1 mangkuk gula pasir
Cara2nya
Di mangkuk yang besar, letakan tepung, garam & gula. Gaulkan supaya sebati. Kemudian masukkan baking powder dan bicarbonate soda, kacau semua nya rata2, pecah dan masukkan dua biji telur. Pukul semua bahan2nya dengan whizz eletrik atau tangan. Tepungnya jangan terlalu pekat atau cair, letakan essence vanilla & sedikit pewarna kunning. Gaulkan semua nya dan tepikan sebentar. Kemudian sediakan kuali yang rata yang tak melekat. Bila kuali nya sudah panas, letak secukup doh nya di kuali dan rata2kan menjadi bulat.
(Tip - Untuk membuat yang tebal kecilkan api nya, biarkan doh nya masak secukup sebelum meletakan inti nya.)
Bila buih2 kelihatan tunggu hingga ia hampir kering.
Kuih Seri Bulan atau Kuih Tangkup atau Kuih Apam Perlis ata ukaripap apam pun ada org panggil atau apam puri pun yer.
Kuih Seri Bulan..or dikenali jugak dengan nama Kuih Tangkup or Kuih Apam Perlis.....karipap apam pun ada org panggil....apa pun namanya yg pasti sedap... Kompius kejap....namanya banyak sangat....mana satu nama asal pun tak tau sebab kalau google salah satu nama akan jumpa jer spesis yang ni.....adeh....fenin.
APAM PURI/ SUA/ TOKYO/TANGKUP @ ZLC
Kulitnya
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 sk yis
4 sk gula
2 cawan air pandan
Sedikit garam
Kisar semua bahan dan perap selama lebih kurang 20 - 30 minit sahaja. (resepi asal menggunakan kuantiti yis yang agak banyak iaitu 11 gm yis (1 paket) jadi tempoh masa perapnya cuma 5 - 10 mint sahaja)
Intinya pula
1 cawan tepung gandum
2 sb tepung kastard atau tepung jagung
1 cawan gula
2 cawan susu segar atau santan
2 cawan air pandan (optional - boleh guna air biasa atau guna semua santan atau susu)
Sedikit garam
Penyediaan inti kastard:-) Satukan semua bahan di dalam kuali/periuk. Kacau sebati. Pasang api dapur dan masak hingga likat likat dan nampak berkilat. Sentiasa kacau adunan ketika memasak.
Burger goreng lajen
Burger goreng lajen......fav arwah kakak......entah mana dia belajar buat tapi sejak mula dia masakkan untuk kami semua memang terus jatuh suka. Bila buat takdan sejuk berebut2 kitaorg makan....angkat dari kuali jer habis....angkat lagi habis....selagi tak kenyang.
Biasanya dalam inti kentang ngan daging atau ayam. Sama macam inti karipap tu....Sumbat tengah2 roti burger yg dipotong 2....pasti celup adunan tepung dan goreng garing. Makan dengan sos cili dan mayo....perghhhh terangkat abis....
Tak teringin ker......kalau teringin nah resepinya...klik jer kat link di bawah.....pi wat sindri...hahahhaha
klik link untuk resepi . Kat link ni cara2 nak tutorial bergambar pun disertakan.....cepat. jangan lepaskan peluang mencuba resepi enak lagi mudah ni....yumyumyum.
Biasanya dalam inti kentang ngan daging atau ayam. Sama macam inti karipap tu....Sumbat tengah2 roti burger yg dipotong 2....pasti celup adunan tepung dan goreng garing. Makan dengan sos cili dan mayo....perghhhh terangkat abis....
Tak teringin ker......kalau teringin nah resepinya...klik jer kat link di bawah.....pi wat sindri...hahahhaha
klik link untuk resepi . Kat link ni cara2 nak tutorial bergambar pun disertakan.....cepat. jangan lepaskan peluang mencuba resepi enak lagi mudah ni....yumyumyum.
Subscribe to:
Posts (Atom)