ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Thursday, January 31, 2013
Bingka Cempedak Jadi Bingka Lempuk La Pulak...
Tapi itu semua perancangan.....dah sisp2 bancuh tepung sekali buka pembalut surat khabar yg balut cempedak tu, keciwa jap...cempedaknya dah rosak....apa nak dibuat utk menyelamatkan adunan tepung ni ye.....sekali gitu teringat lempuk yg mertua buatkan dalam peti sujuk tu....apa lagi.....proceed...
Bingka lempuk ni memang sedap dengan rasa lemak santan dan aroma durian yg menusuk hidung....bingka cempedak tunggu stok akan dtg yer....wajar kena cari stok baru nih utk memenuhi impian...tq kak fida@myr kongsi resepi ni...
Bahan-bahan ( loyang 10 x 7 inc. )
300 g isi cempedak (saya ganti lempuk)
* 650 ml santan* (dr 1/2 biji kelapa)
2 biji telur
* 240 g tepung gandum
150 g gula pasir(boleh kurangkan,jika cempedak manis)(saya kurangkan jadi 50 g jer sebab lempuk dah manis)
1/2 sk garam
80 g mentega cair
1/2 sk pewarna oren/kuning
Saya tambah 1/2 st durian paste
Cara-cara
Tepung,gula dan garam di masukkan ke dalam sebuah mangkuk dan gaul rata.
Kisar halus santan,cempedak dan telur dan tuangkan ke dalam mangkuk tepung tadi dan gaul sebati.
Tuang mentega cair dan pewarna dan digaul lagi hingga sebati dan tepung tk bergentel2. Tuang adunan ke dalam loyang yg digris (alas alum. dan gris jika bimbang kuih melekat pd dasar loyang).
Bakar hingga masak dan garing permukaan bingka selama 45 min hingga 1 jam. pd suhu 170C.
Sunday, January 27, 2013
Kek cempedak
Kali ni kita try buat kek plak....Kek ni mudah menyediakannya....sedap dan harum semerbak dengan bau cempedak dan mentega....saya lupa kat mana ambil resepi ni tapi berbaloi mencubanya.... Lain kali kalu ada nangka nak ganti dgn nangka plak...
Bahan-bahan
250 gram mentega
200 gram gula caster (kalau buat plain butter kek gulanya boleh tambah jadi 250 g)
250 gram tepung naik sendiri (saya guna tepung gandum + 1 1/2 sk baking powder)
4 biji telur (saya guna telur gred A)
200 gram isi cempedak, buang biji dan potong kecil-kecil. (saya letak 250 g)
Caranya
1) Pukul mentega dengan gula sehingga putih dan lembut.
2) Tambah telur dan tepung, selang-seli
3) Masukkan isi cempedak dan gaul. Jangan gaul terlalu banyak supaya isi masih berkeping-keping.
4) Bakar dalam ketuhar selama 45 min pada suhu 180 celcius atau sehingga masak.
**** kali ni saya pukul telur dgn gula hingga kembang pastu baru masukkan mentega. Pukul lagi sampai gebu lebih kurang 10 minit. Pastu masuk tepung dan pukul sebentar hingga rata. Last sekali masukkan cempedak dan gaul rata.
Saturday, January 26, 2013
Super moist Chocolate mayonnaise cake
Nanti terjemahannya saya akan upload kemudian...
Ingredients
2 cups flour
1/2 cup cocoa
1-1/2 teaspoons baking soda
1/4 teaspoon salt
1 cup sugar
3/4 cup Hellman's (Best Foods) Light mayonnaise
1 cup water
1 teaspoon vanilla
Directions
1. Sift the flour, cocoa, soda and salt together. (I suggest not using a regular sifter as the cocoa does not come out well, use a strainer instead)
2. Cream the sugar, mayonnaise, water and vanilla together.
3. Add dry ingredients to the creamed mixture and stir.
4. Pour batter into greased and floured 9 x 13 inch pan.
5. Bake at 350°F. for about 25-30 minutes. When serving cut into 12 pieces to get the nutritional info listed. Serves 12 for 189.5 calories each. Since it is very rich a smaller piece satisfies. If you make cupcakes it will make 18-24 depending on size of tins. Keep it covered tightly to retain its moistness. We eat it plain but you can sprinkle powdered sugar on it to make it fancier. Use a paper doily and sprinkle the powdered sugar through a sifter. Lift doily and you have a beautifully decorated cake.
Topping
250 gm coklat putih
125 ml cream
(pewarna berasaskan minyak)
Masak hingga semua cair dan sejukkan.
Friday, January 25, 2013
Mayonnaise chocolate cake
Terjemahannya saya letak kemudian ye...
Ingredients
3 large eggs
1 1/2 cup + 1 tablespoon sugar
1 tablespoon vanilla extract
1 1/4 cups mayonnaise
2 1/4 cups all-purpose flour
1/4 teaspoon baking powder
1 3/4 teaspoons baking soda
3/4 cups + 1 tablespoon dutch-process cocoa powder
1/2 teaspoon salt, generous
1 1/3 cups hot water
Procedures Preheat your oven to 350°F. Grease and flour two 9" cake pans, or a 13" by 9" baking dish. Using an electric hand or stand mixer, beat the eggs and sugar in a large bowl on medium-high speed until thick and very light in color; about 6 to 8 minutes. Don't be shy about this—you can't overbeat whole eggs like you can with whites. Add the mayonnaise and vanilla extract, and beat on medium speed until combined. Add the flour, baking powder, baking soda, cocoa powder and salt, and beat on low speed until combined. The mixture will look thick and fudgy. Add the water and mix on low speed until it's incorporated. The batter will be much thinner. Pour the batter into the prepared pan(s) and bake for about 30 minutes (check it at about 25 minutes), or until a toothpick inserted in the middle comes out clean. Allow the cakes to cool on a rack, in their pans, for 10 to 15 minutes or until they are cool enough to handle. Invert them onto the rack and allow to finish cooling to room temperature. Enjoy! The cake may be frosted at this point if you like; I used Smitten Kitchen's delicious chocolate-sour cream frosting, which is incredibly easy to make and works wonderfully with this cake.
Thursday, January 24, 2013
Almond Coffee Cupcake
Resepi ni simple jer tapi sedap dgn rasa kopi sebenar....macam iklan plak...resepi ni saya cnp dari blog i love cake....rasa beriya2 nak mengekek sebab jumpa papercup yg comel kat kedai 2ply......kebetulan plak surau kat sini buat sambutan maulidur rasul....alasan makin kukuh utk mengekek....kengkawan cuba la resepi ni....pasti tak mengecewakan.....
Bahan:
200g mentega
230g tepung gandum*
2 st serbuk penaik*
180g gula kastor (saya guna 150g jer)
30ml bancuhan nescafe (1 st nescafe dibancuh dgn 30ml air panas)
1 st coffee emulco
4 biji telur gred A
Cara:
1.Panaskan ketuhar 160'C.
Siapkan loyang muffin dan lapik dg papercup. Ayakkan bahan bertanda*.
2.Pukul mentega dan gula sehingga kembang dan berkrim.
3.Masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul rata.
4.Kemudian masukkan tepung sedikit2 sambil diikuti dengan bancuhan nescafe.Gaul rata. 5.Akhir sekali masukkan coffee emulco dan gaul sebati.
6. Tuang dlm papercup dan taburkan almond flake.
7.Bakar cupcake selama 25 minit pada suhu 160'C.
Sebelum mengekek tu sempat gak buat kasui 4 adunan.....guna resepi yg dibuat sebelum ni.
Tuesday, January 22, 2013
Tiramisu
Versi yang diterjemah...
400 gm Biskut Ladyfingers (saya guna jenama forno bonomi'
500 gm Mascarpone cheese (kalau nak guna cream cheese pun boleh juga - murah skit)
300 ml kopi suam pekat (saya guna jenama nescafe)
120 gm gula (saya guna 100 gm sahaja)
4 biji telur
Secubit garam
Serbuk coklat (saya guna jenama van houten)
----------------
Asingkan telur kuning dan putih.
Pukul telur kuning dan gula hingga kembang dan warna pucat.
Tambahkan cheese dan gaul hingga sebati.
Di dalam mangkuk lain, pukul putih telur dengan secubit garam hingga bertanduk dan perlahan2 kaup balik dengan adunan cheese tadi.
Bancuh nescafe dengan air suam dan sejukkan.
Celup biskut cepat2 (kalau tak nanti hancur n lembik) dan susun di dalam bekas hidangan.
Tuangkan adunan cheese dan ratakan, ulang proses hingga biskut dan adunan cheese habis (diakhiri dengan adunan cheese). Taburkan/Hias dengan serbut coklat.
Sejukkan sekurang-kurangnya 4 jam sebelum dihidang.
Versi Asal
For 8 portions:
. - . - . - . - . - . - . - . - . - . -
400g Ladyfingers "Forno Bonomi"
500g Mascarpone cheese
300ml Strong warm coffee
120g Sugar
4 Eggs
Bitter cocoa powder for dusting
----
Beat egg yolks and sugar in a large bowl until appear pale and thick.
Add the mascarpone and mix gently until very stiff.
Beat eggwhites and a pinch of salt in a separate bowl until soft peaks form, then gently fold them into the mascarpone mixture.
Prepare the coffee, pour it into a shallow dish and let it cool down.
Dip the Ladyfingers quickly into the coffee one at a time and arrange them side by side, in a serving dish. Cover the biscuits with the mascarpone mixture.
Use all the Ladyfingers and the cream to form more layers.
Top with a layer of cream mixture.
Dust the top with cocoa.
Refrigerate for at least 4 hours before serving.
Churros
Resepinya yg dah diterjemah
1/2 cawan mentega
2 sb gula castor
1/4 st garam
1 cawan tepung gandum
3 biji telur A
1 cawan air
Minyak Untuk menggoreng
Gula ising utk hiasan
Sos Coklat
------------
Campurkan air, mentega, gula dan garam di dalam periuk. Didihkan dengan api sederhana.
Perlahankan api dan masukkan tepung. Kacau lebih kurang seminit hingga rata. Pindahkan adunan ke dalam mangkuk adunan, masukkan telur sebiji2 sambil diputar dengan kelajuan perlahan hingga sebati.
Masukkan adunan kedalam pastry bag/piping bag (guna muncung bintang) dan picitkan adunan lebih kurang 4 inci panjang ke dalam minyak yang telah dipanaskan.
Goreng hingga keperangan dan tabur dengan gula ising dan nikmati dengan sos coklat yang panas. (sedap dimakan ketika masih panas).
Sos Coklat
-------------------
Coklat masakan (dark coklat)
Susu segar
--------------------
Masukkan susu dan coklat masakan(/lebih sedap sekiranya menggunakan dark coklat) yang dicincang ke periuk dan masak di atas api hingga coklat cair. Pastikan sos coklat tidak terlalu pekat.
Resepi asal
Ingredients
1/2 cup (1 stick) unsalted butter
2 tablespoons granulated sugar
1/4 teaspoon coarse salt
1 cup all-purpose flour
3 large eggs
1 cup water
Vegetable oil, for frying
Confectioners' sugar, for dusting
Chocolate Dipping Sauce
Directions
In a medium saucepan, combine 1 cup water, butter, sugar, and salt; bring to a boil over medium-high heat.
Reduce heat to low, and sift in flour, stirring for 1 minute.
Transfer flour mixture to bowl of an electric mixer fitted with a paddle attachment.
On low speed, add eggs, 1 at a time, beating until incorporated after each addition;
spoon mixture into a pastry bag fitted with a large open-star tip.
Heat 4 to 5 inches oil in a large Dutch-oven until it registers 325 degrees on a deep-fry thermometer.
Holding pastry bag a few inches above the oil, squeeze out batter, snipping off 4-inch lengths with a knife or kitchen shears.
Fry, flipping once, until deep golden brown all over, about 4 minutes.
Using a slotted spoon, transfer churros to a paper towel-lined baking sheet to drain.
Roll churros in confectioners' sugar.
Serve immediately with Chocolate Dipping Sauce.
Monday, January 21, 2013
Bakso
Pagi ni sempat buat bakso utk breakfast anak2. Org indonesia katanya makan dengan suun tapi tgk blogger kat sini makan ngan mee atau mehun.....bergedil dah buat siap2 weekend aritu....
Bahan-bahan ( 7-8 org )
Mee Hoon 1 bungkus (400 gm) (saya guna suun)
Taugeh
Kobis dihiris halus-tak letak
(tak letak sayur pun...cuma letak daun sup n daun bawang jer)
*UNTUK BEBOLA
400 gm daging cincang
2 biji bawang merah diracik halus
2 biji bawang putih diracik halus
2 sudu besar telur (1/2 biji) (lupa nak letak telur)
1 sudu kecil tepung ubi / tepung jagung sedikit serbuk lada sulah n garam
*UNTUK KUAH
3 biji bawang merah dihiris
* 3 ulas bawang putih
*1/2 inci halia
*1sudu kecil lada sulah biji
1 batang serai diketuk
1 sudu besar pati daging / pati ayam
sedikit serbuk lada sulah
sedikit serbuk lada hitam
Air rebusan bebola daging garam
daun sup/daun bawang di hiris
bawang goreng
Rempah tumis 4 sekawan
2 biji tauhu di potong
*Utk sambal kicap:
blend cili padi + kicap pekat chap kipas udang + bawang putih.
Blend ataupun tumbuk pastu buh jus limau kasturi sikit.
Cara-cara UNTUK KUAH:
Tumbuk bahan bertanda *.
Panaskan minyak, tumis bawang merah dan rempah tumis 4 sekawan se hingga kekuningan. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing dan naik bau. Masukkan sekali serai. Masukkan air rebusan, masukkan juga pati daging/ayam, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah dan garam.
UNTUK BEBOLA:
Sementara menunggu kuah mendidih, gaul semua bahan utk membuat bebola daging.
Bentukkan bulat mengikut saiz yg kita suka.
Siap membentukkan masukkan ke dlm kuah tadi, biar mendidih. Kuah siap apabila bebola tadi timbul.
Siap kuah dan bebola daging. Rendam bee hoon dan celur, kemudian tapis. Hidang bee hoon dengan taugeh dan kobis. Tuang kuah dengan bebola. Boleh juga guna mee lain. Biasanya di indonesia.. bakso dihidang dgn cili padi yg ditumbuk berasingan dgn kicap... Kicap yg sering diguna kicap ABC.... Tak tahulah kat tempat lain ada tak... Tapi kalau kat batu pahat leh jumpa....
Sunday, January 20, 2013
Dorayaki
Resepi ni saya cnp dari leenaonline.com....ramai blogger dah try test resepi ni simple tapi sedap gak...ala2 lempeng...saya buat saiz terlebih besar sampaikan tak terabis anak2 mkn satu set......cuba la...macam pancake jer...teruja budak2 nanti bila mkn kuih doraemon...
Bahan-bahan (untuk 10 keping)
100gm tepung kek atau tepung gandum
½ sudu kecil baking soda
60gm gula halus (boleh kurangkan jadi 50gm)
2 sudu besar madu
2 biji telur
½ sudu besar minyak masak
2 sb cuka kurma atau cuka masakan (yg ni saya tambah sbb tengok kat fb buku resepi tu dia letak....tapi tak letak pun ok jer)
½ sudu kecil esen vanilla
Sedikit susu segar/air sekiranya adunan terlalu pekat
Inti : 1½ cawan kacang merah yg manis atau jem atau peanut butter ikut citarasa
Cara-cara :
1. Dalam mangkuk besar, pukul telur bersama gula sehingga kembang. Kemudian, masukkan madu, minyak, cuka dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.
2. Masukkan tepung dan baking soda yg telah diayak ke dalam campuran telur. Kacau adunan secara kaup balik. Boleh tambah sedikit susu segar/cair jika adunan terlalu pekat.
3. Panaskan kuali yg tidak melekat (non-stick pan) dengan api kecil, masukkan 1/4 cawan adunan buat bulatan bersaiz 4". Masakkan sebelah bawah sehingga berwarna perang, selepas itu balikkannya sebelah atas pula sehingga adunan nampak masak. Ulang sampai dapat 20 keping.
4. Letak 1 sudu besar kacang merah (i gantikan dengan peanut butter) ditengah sekeping pancake, tutup dengan satu keping pancake yang lain. Tekan dgn tangan pelahan-lahan untuk meratakan kacang merah. Jadilah Dorayaki.
Saturday, January 19, 2013
Kek lapis masam manis (versi bakar)
Resepi ni saya cilok dari dapur maklong...sedap. Tq maklong, sudi kongsi resepi ni...tapinya saya dah ejas skit. Dan ni versi orang malas...lepas lapis ke tiga saya terus tuang semua adunan dan bakar sebab dah malas nak melapis...satu lagi, sepatutnya bakar dulu adunan. ....baru letak hawflakes pastu letak adunan bakar plak....saya tak, letak adunan n susun hawflakes...bakar....hehehe...marah tuan punya resepi...tapi camna pun hasilnya sedap gak..ok la tu...
Bahan:
1 bungkus ((300 gm) biskut meri munchys dikisar dan diayak..
130gm gula kastor (saya guna 100gm jer)
400gm butter
8 biji telur gred AA (saya guna 11 biji gred C)
1 cawan susu pekat manis F&N
2 sudu kaya yeos (sebab nak paksi dua sudu, saya malas nak bukak tin ksya yg besar tu....jadinya saya tukar dengan 2 sb horlick)
1 sk baking powder double action
1 sk ovelet
pewarna hijau, merah & kuning 2 bungkus asam manis hwa flakes 4 segi (yg bulst pun ok)
Cara:
pukul butter bersama gula kastor hingga kembang..
maukkan telur satu persatu..
pukul hingga kembang.. masukkan pula susu.. kaya..
ovelet.. akhir sekali.. masukkan serbuk biskut meri dan baking poweder..
gaul hingga rata.. bahagikan adunan kepada 3 bahagian..
warnakan mengikut warna yang anda suka.. panaskan oven 180`C.. laserkan spring form dengan mentega supaya kek tak melekat.. masukkan 4 sudu adunan..
bakar selama 8 minit.. guna api atas sahaja.. bila kek kekuningan keluarkan..
susun asam diatas kek dan masukkan 4 sudu adunan dari warna yang lain dan ratakan.. bakar lagi.. ulang hingga kek siap.. * yang paling akhir gunakan api atas bawah..
Kerabu mangga dan rumpai laut
Bila ada orang bagi rumpai laut kering kat hubby, terus dia suruh google resepi apa yg boleh dibuat selain direbus jadikan jus/jelly. Teringat plak masa pg sabah dua tahun lepas ada la makan benda ni kat. Sedap...dua tiga hari mengulang kedai tu, mkn puas2....
Kali ni kebetulan ada mangga dan sotong kembang, kacang botol...campurkan jer sume tu....
Bahan2
Rumpai laut direndam semalaman dan dipotong seinci2
Mangga muda dihiris/parut halus
Kacang botol dihiris nipis
Sotong kembang direbus sampai lembut. Potong kecil
Perahan limau secukupnya
Cili api secukupnya dihiris kecil2
Gula dan garam secukup rasa
Gaul semua bahan di atas dan boleh terus dinikmati...
Friday, January 18, 2013
Pasta vegeroni spiral goreng
250 gm pasta vegeroni spiral
Didihkan air dan masukkan sedikit garam.
Masukkan pasta dan rebus hingga lembut( jgn sampai lembik.)
Toskan dan basuh sedikit utk menghilangkan kanjinya dan supaya tak melekat. Ketepikan.
.......
200 gm daging cincang
1 biji bawang besar dicincang
4 ulas bawang putih dicincang
1 sb lada hitam ditumbuk halus.
1 batang karot dipotong dadu
1/4 cwn jagung beku
2 biji tomato dicincang
1 sk pasley
4 helai daun salam
1 sk basil
2 sb sos cili
2 sb kicap (optional)
Garam dan gula secukup rasa.
------
Panaskan 2 sb mentega. Tumiskan bawang putih hingga naik bau.
Masukkan daging dan tumis hingga separuh masak.
Masukkan bahan2 lain dan masak sehingga agak kering kecuali kicap dan sos.
Masukkan pasta dan gaul rata.
Masukkan sos dan kicap dan kacau rata.
Hidangkan dan hiasla dgn daun sup ke, bawang goreng ke, cili hiris ke...ikut suka la...
Thursday, January 17, 2013
Kek cawan chocolate chip
( dari buku variasi cupcakes). Buat utk tempahan kwn ofis.
Bahan:
250 g mentega
250 g tepung berserbuk penaik (saya guna tepung gandum + 1 sk baking powder)
200 g gula kastor
50 g coklat chips
60 ml susu coklat
5 bj telur (saya gina 6 biji telur gred c)
1 sudu kecil pes coklat (saya guna capucino paste)
1 sudu teh esen vanila
Cara:
1. Pukul mentega,margerine dan gula sehingga kembang dan gebu
2. Add telur satu persatu pukul rata.Add esen vanila.dan pes coklat.Pukul rata.
3. Addkan tepung berselang seli dgn susu.Kaub balikan
4. Addkan coklat chip dan kacau rata
5. Panaskan oven dgn suhu 180 degree.
6 Masukan adunan ke dalam cawan kertas.Bakar selama 15-20 minit sehingga kekuningan...
7. Bila dah masak sejukan terlebih dahulu dan barulah dihias mengikut kreativiti masing-masing.
Kek Pandan Marmar
Resepi ni saya Cnp dari tiffinbiru.com. Tetiba rasa teringin nak makan kek pandan. Kek ni gebu dan lembut macam span....bakar pun tak lama...jom kita makan.....
BAHAN-BAHANNYA :-)
125 gram mentega, cair dan sejukkan
125 gram gula kastor
125 gram tepung gandum, diayak
4 biji telur gred A
1/2 camca besar ovallate
2 camca besar susu pekat manis
1/2 camca besar esen vanilla
1/2 camca besar coklat emulco
1 camca besar serbuk koko
1/2 camca besar pes pandan
Badam cincang untuk hiasan (optional)
Dusting powder @ gula aising untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin bulat berukuran 7 atau 8 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
Dalam mixing bowl, masukkan tepung, gula kastor, ovallate, telur dan susu pekat manis, kacau rata dengan whisk hingga semua sebati. Kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan gebu (kurang lebih 7 - 8 minit).
Tuang mentega cair dan gaul rata dengan spatula. Bahagikan kepada 2 bahagian sama banyak, satu diletak pandan paste, kacau rata.
Satu lagi diletak esen vanilla, coklat emulco dan serbuk koko, kacau sebati. Sudukan cara berselang seli antara adunan pandan dan coklat. Mulakan di bahagian tengah tin, hingga siap.
Tabur dengan badam cincang, dan bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak. Keluarkan kek dan terbalikkan atas jaringan, buang kertas alas dan biar kek sejuk. Ayak dusting powder atau gula aising sebagai hiasan, jika suka. Boleh dihidangkan.
Tuesday, January 15, 2013
Bihun Sup Utara
Resepi ni saya cnp dari blog mamawandiha. Saya edit mana2 dan tambah ikut citarasa....saya guna tulang sepenuhnya....perut takde stok...
Bahan2 utk sup
Minyak (kalu guna cara menumis.. kalau taknak tumis pun boleh)
Rempah tumis
2 ~ 3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
1 s/b ketumbar
½ s/b jintan manis
½ s/b lada hitam
3 biji buah pelaga
½ s/b lada putih
5 helai daun salam
Bahan Kisar
2 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
2 inci halia - dititik atau kisar
4 biji buah keras
1 kg daging (biarkan seketul besar gitu ataupun potong dua bahagian saja)
1/2 kg tulang
1/2 kg perut (jika suka)
air utk merebus dan kuah secukupnya (kena tambah lagi sehingga daging empuk)
garam & serbuk lada hitam secukupnya
Cara2nya
1. Jika dibuat cara menumis - panaskan minyak tumis dulu rempah kasar sekejap kemudian masukkan bahan mesin kacau sikit masukkan pes rempah sup kacau lagi.
2. Masukkan serai dan halia kemudian masukkan air kacau jangan bagi berkerak.
3. Masukkan daging, tulang dan perut. Tutup periuk biarkan ia mendidih baru kacau2 sedikit. Masak sehingga daging empuk. Jika daging masih belum empuk.. tambahkan air (kalau nak cepat tambah air panas mendidih). Jika guna periuk biasa... biasanya ambil masa lebih kurang 2½ jam sehingga 3 jam baru kuahnya sedap. Sekiranya anda mempunyai pressure cooker.. masa merebus lebih singkat .
4. Bila daging hampir empuk.. perasakan dengan garam, serbuk lada hitam secukupnya.. biar merenih & daging benar2 empuk.. tutuplah api..
*****Jika dibuat cara merebus - Masukkan air dlm periuk dan segala bahan2 sekali gus dan rebuslah sehingga daging empuk (cara ni tak guna minyak bagus utk org nak jaga badan )
Menyediakan Bihun
1. 1 bungkus bihun/mee hoon direndam dalam air bersama 1 sudu besar serbuk kunyit sehingga lembut kemudian tos kan.
2. Sementara itu didihkan air utk merebus mee hoon.
3. Bila air dah mendidih masukkan mee hoon yg telah ditos tadi dan tutup api.kacau 2 sikit bagi mee hoon masak dgn rata biarkan dlm 3 minit agak2 mee hoon masak jgn terlalu lama nanti terlembik.
4. Tos kan mee hoon sambil dijirus dgn air paip kemudian balik2 kan dan biarkan mee hoon di tos begitu sehingga di hidang. Tujuan buat begini supaya mee hoon tak jadi bergumpal dan mudah utk di ambil atau dileraikan bila nak makan.
Bahan Tabur/ Tambahan Lain Daging dan perut yg telah siap dipotong kecil2 (Ambil dari dalam kuah sup tadi) Lobak masin hancur (dicuci & kalau suka boleh goreng kejap) Bawang goreng (nak sedap goreng sendiri ) Daun sup dan daun bawang di mayang Sambal
Cili RESEPI SAMBAL CILI
½ cawan serbuk cili babas
½ sudu besar bawang putih dan merah mesin (ambik dr bawang buat kuah sup tadi pun boleh tapi jgn letak halia)
½ cawan air (boleh tambah jika terlalu pekat) 50 gm gula melaka @ gula hitam
½ sudu besar asam jawa (dibancuh dgn air tadi) perasakan dgn garam dan sedikit minyak utk menumis.
Cara2
1. Panaskan minyak api perlahan, tumis bawang kejap then masukkan serbuk cili kacau jgn sampai hangit.
2. Masukkan air asam jawa, gula melaka, garam & serbuk perasa secukupnya. Kacau hingga sebati jgn ada yg berketul. Biarkan ia pekat kacau2 sikit tapi hati2 sambal ini akan meletup2 mcm masak dodol jadi gunakan api yg perlahan. Rasakan sambal biar secukup rasa.. ada rasa masin, manis & masam... pedas semestinyaa
3. Sedia dihidangkan bersama2 dengan bihun & seangkatan dengan nya
Monday, January 14, 2013
Kuih kasui
Kuih ni mudah dan sedap di makan.
Resepinya dapat dari Fb group buku resepi
Bahan2nya
1 cwn tepung ubi
2 cwn tepung gandum
1100 ml air
3/4 cawan gula merah
1/2 cawan gula putih
1 sb air kapur
2 helai daun pandan disimpul
Saya tambah 2 sb kicap pekat
Kelapa parut digaul dengan sedikit garam
Cara2nya
Masak gula dengan air dan daun pandan hingga gula hancur. Tapis dan sejukkan. Masukkan kicap pekat.
Tuang ke dalan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau bagi mengelakkan berketul. Kalau berketul, masukkan ke dalam mesin pengisar dan kisar hingga adunan sebati.
Tuang ke dalam loyang yg telah disapu minyak masak dan kukus 20 hingga 30 minit.
Sejukkan, barulah dipotong dan digaul dengan kelapa.
Friday, January 11, 2013
Kuih Cucur jawa aka kuih topi mexico dan kuih ketayap aka kuih gulung
Tema sarapan pagi ni hijau....sampaikan bekasnya pun tutup hijau....
Kuir cucur jawa/
resepinya....
2 cwn tepung gandum
1 cwn tepung beras
1 cwn gula putih/gula merah
2 cwn air
sedikit garam
-------
gula putih/gula merah masak air hingga semua gula cair,
Bila air gula dah suam2 kuku bancuhkan dengan tepung.
Perap semalaman.
Goreng dengan minyak sederhana banyak, agak2 cukup utk sebiji kuih jer dan api sederhana.
Tuang sesenduk adunan dalam minyak, biarkan dah kuning2 skit tepinya dan atasnya dah berongga2 tu, baru terbalikkan, kalau terbalikkan awal sangat nanti topinya tak kuar...
Toskan minyaknya bila dah angkat.
Resepi ni saya cnp dari MaDiHaA a.k.a Ratna. bahan2 yang sama cuma jumlah yang berbeza. Kalau yang atas ratio tepung gandum dan tepung beras adalah 2:1 yang bawah ni plak 5:1. Boleh la cuba mana2 resepi sebab hasilnya nanti pasti lebih kurang sama jer...cumanya kat atas tu pakai cawan2 jer...tak payah nak kuarkan penimbang...
Bahan2:
500g tepung gandum
100g tepung beras
650 air(200ml air pns+450ml air kosong)
3/4 sudu teh garam
500g gula apong/gula melaka
Minyak masak
Cara2:
Dalam bekas, satukan tepung gandum dan tepung beras.
Dalam bekas lain, bancuh gula apong dengan
200ml air panas (boleh juga dimasak seketika untuk mencairkan gula terutamanya jika guna gula melaka)
Apabila gula cair sepenuhnya boleh lah tambahkan air selebihnya.
Tuang air gula apong tadi ke dalam tepung dan kacau menggunakan hand whisk sehingga sebati. Masukkan garam dan kacau lagi.
Tapis adunan dan perap semalaman.
Panaskan 2/3 cawan minyak masak (guna api perlahan), ambil satu senduk kecil dan tuang adunan di tengah2 kuali.
Biarkan sehingga ia masak dari tepi ke tengah barulah diterbalikkan.
Toskan minyak.
*****************
Kuih ketayap ni dulu pun dah pernah posted kat blog ni....yang resepi kali ni saya tak ikut sesiapa, buat berdasarkan pengalaman jer...maklumlah makanan tradisi sejak kecik lagi...selalu tengok kakak2 dan ibu tiriku membuatnya...jadi boleh ejas sendiri jer jumlah air dan tepungnya kan...
Kuih ketayap
resepinya...
2 cwn tepung gandum
2 1/2 cwn - 3 cwn air
2 biji telur
pewarna atau daun pandan
sedikit garam
-------------
Kisar daun pandan dengan air dan tapiskan. Masukkan tepung, air pandan, telur dan garam ke dalam pengisar dan kisar sebati semuanya.
Ambil setengah senduk adunan dan tuangkkan ke dalam pan/kuali yang telah digris dengan sedikit minyak. Ratakan adunan dan angkat bila nampak dah masak, biasanya bila bahagian tepinya dah kering bolehlah diangkat.
Inti
1 biji kelapa parut (ambil yang putih sahaja)
Gula putih atau gula melaka (manis ikut citarasa)
kalau guna gula putih boleh letak pewarna kalau mahu
1/2 cwn air
sedikit garam
-----
Masak semua hingga gula hancur dan sebati dengan kelapa.
Masak sehingga inti agak kering.
------------------------------------------------------
Ambil sekeping kulit ketayap, letakkan inti dan gulung la...kalau berkesempatan nanti saya uploadkan gambar menggulung ketayap ni ye...
Wednesday, January 9, 2013
Shapperd Pie
Bahan2
800 g daging cincang
2 biji bawang holland dicincang
6 ulas bawang putih dicincang
5 biji tomato dicincang
1 batang lobak merah di potong kiub
3/4 cwn jagung (frozen)
2 sb serbuk lada hitam
1 sk basil
1 sk pasley
6 helai bay leaf (daun salam)
Garam dan gula secukup rasa
------
Cara2nya
**************
6 biji kentang US direbus dan dilecek
1 cwn susu segar
3 sb mentega
garam secukup rasa
-----
Cara2nya
potato kopek dan lecekkan jadi mashed potato.
bila dah lecek, masukkan garam + butter (2-3 sudu besar) + fresh milk - ikut citarasa masing-masing suka mashed potato lembik ke keras ke apa ke. gaul sebati masa tgh panas-panas tu, masa ni aku suka betul mencedok dan makan sambil buat.
bahan-bahan untuk di'dice'kan kecil-kecil:
carrot
yellow onion
tomato
button mushroom (preferably yang fresh, kat giant ada jual tapi kalau guna yang dalam tin pun ok, cuma kurang ummph sikit)
minced meat
potato (7-8 biji bergantung kepada size, aku pun tak reti nak cakap, bergantung juga pada saiz bahan-bahan diced tadi - mangkuk korang tu besar mana, lebihkan tak pe, sebab kalau kurang takut nanti tak boleh nak tutup inti pulak)
fresh milk
parsley (aku guna dried parsley dlm botol tu je)
butter
garlic (2-3 ulas cukup)
cheddar cheese
note: bahan yang nak di'dice' tu biar sama banyak - carrot dice 1 mangkuk, bwg besar dice 1 mangku, tomato dice 1 mangkuk, mushroon dice 1 mangkuk dan minced meat pun 1 mangkuk, minced meat nak lebih sikit pun bulehhhh, tak dak hal punya.
tumis minced meat + garlic. air daging dah turun masukkan all diced ingredients tadi. masak lama-lama sikit. pastu salt + pepper + parsley. gaul lagi kejap. tutup api.
potato kopek dan dice dulu = rebus sampai lembut sangat supaya senang nak penyekkan jadi mashed potato. dah masak, apa lagi penyekkan, bila dah penyek, masukkan garam sikit je (sebab nanti nak letak cheddar cheese - cheddar cheese tu dah agak masin) + butter (2-3 sudu besar) + fresh milk - ikut citarasa masing-masing suka mashed potato lembik ke keras ke apa ke. gaul sebati masa tgh panas-panas tu, masa ni aku suka betul mencedok dan makan sambil buat.
ambil bekas letak inti pastu letak mashed potato tadi. jgn leper-leperkan atau ratakan tapi ambil garpu pastu jadikan lapisan potato kat atas tu macam bergunung-ganang sikit. pastu tabur grated cheddar cheese.