Wednesday, December 31, 2014

Arabic Seven Spices Roasted Chicken dan nasi minyak arab

Arini masak utk 40 + 5 pax.....alhamdulillah. Rezeki tahun baru. Permulaan yg baik.

Nak share la komen yg diterima.....alhamdulillah....tq Allah.


Arabic Seven Spice Roasted Chicken 
Bahan2nya

1 kg ayam
2 sb Arabic 7-Spice (baharat)
2 sk serbuk bawang putih
2 sb minyak zaitun
Saya tambah rosemary 1 sk
3 sb madu
Garam dan lada hitam secukupnya

Caranya
Panaskan oven 180 °C. Basuh dan tos ayam. Gaul rata ayam dengan semua bahan diatas. Susun di atas loyam pembakar. Tutup loyang dengan kertas aluminium dan bakar selama sejam.
Bukak foil dan bakar lagi selama 30 minit utk menggaringkan ayam.

Nasi Minyak Arab
Bahannya

8 cawan basmathi dalam sekilo.. Cuci dan rendam air garam selama sejam dan toskan airnya.
1/2 cawan minyak jagung/ masak
2 biji bawang besar- dadu halus
3 batang carot- diparut memanjang kasar
1-2 biji cili hijau
1 sudu teh arab mix spices (bhaharat/7 spice)
1/4 sudu teh cardamom powder
1/4 sudu teh cinnamon powder
3 biji fresh tomato.. Buang kulit n dadu kasar
5-6 kuntum bunga cengkih
Garam secukup rasa
Air panas secukupnya
1 cawan gajus/ badam goreng

Panaskan minyak dalam periuk
Tumiskan bawang besar sehingga light golden brown, masukkan kayu manis, cardamom, cili hijau, arab mix spices, bunga cengkih dan carrot parut dan gorengkan sebentar sehingga layu dan terbit bau.
masukkan tomato dan teruskan mengoreng sehingga tomato layu.
Masukkan beras dan gorengkan sehingga translucent dan beras bergaul sebati.
Masukkan air panas dalam 12 cawan dan masukkan garam.
Masakkan di atas api besar dan bila air hampir kering, gemburkan sedikit dengan garfu dan perlahankan apinya seminimum yang mungkin, cover periuk kemas dan tanaklah sehingga masak dalam 15-20 minit.
Bila nasi dah masak jangan dibuka penutupnya.. 
Biarkan selama 5 minit dan gemburkan sedikit slps tu dan sedia untuk dihidangkan bersama,, marag, salad atau dakosh.
Sambal salsa:
1 biji tomato ~ hiris
1 biji bawang besar ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi, nak letak cili padi pun boleh) ~ hiris
1 pokok daun ketumbar ~ dihiris halus
Garam
Gula
Perahan lemon.
Cara penyediaan:~
Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur


Brownies Cheese Versi Kukus


Lebihan adunan cheese tu saya buatkan brownies nih...tu yang adunan cheesenya agak tebal dan gebus skit...hehehe... corak kat atas tu main tuang jer...sayang plak nak buang...terlebih bajet.

Sumber resepi saya fb Koleksi Resepi masakan.

Brownies Cheese Versi Kukus

Brownies:
Bahan A: 
2 biji telur
1/2 cawan susu cair (cawan metrik, 1 cawan = 250 ml)
1/2 cawan susu pekat manis 
100 ml minyak 
1/2 cawan gula castor

Bahan-bahan yg diayak bersama:
1/3 cawan serbuk koko (boleh tambah hingga 1/2 cawan jika suka lebih koko)
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh baking soda

Satukan bahan-bahan A dan masukkan ke dalam blender. Kisar perlahan-lahan hingga sebati. Masukkan bahan-bahan yang diayak dan kisar lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam loyang 7 atau 8 inci yang digriskan dahulu dan dialas dengan kertas minyak dan kukus lebih kurang 25-35 minit hingga masak. (Simpan sedikit sahaja adunan ini untuk membuat corak atas lapisan keju nanti). Bila brownies dah masak, baru tuangkan adunan keju di atasnya.

Lapisan Keju:


500g cream cheese
4 biji telur grade B 
140g gula halus
Sedikit esen vanilla

Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula dan pukul hingga sebati. Masukkan pula telur dan vanilla. Pukul lagi hingga rata. Tuang ke atas brownies yang dah siap dikukus. Ambil sedikit adunan brownies dan titiskan ke atas adunan keju. Lorekkan dengan hujung pisau atau lidi. Kukus semula lebih kurang 20 minit dengan api sederhana hingga masak. Sejukkan sebelum dipotong dan dihidangkan brownies chesse...


Tuesday, December 30, 2014

Potato cheesy ball

Saya buat banyak2 dan bekukan....jadi stok makanan anak2 musim hujan.

CHEWY CHEESY BALL

Bahan : 

4 biji Kentang US
tepung gandum secukupnya
250g cheddar cheese (potong dadu kecil2) - saya guna jenama kraft
1/2 sk serbuk lada hitam
sedikit garam halus

Tepung goreng ayam
Serbuk roti
3 biji telur

Cara:

Rebus kentang. toskan. Lenyek
Masukkan serbuk lada, garam, pati ayam.
Masukkan tepung masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum dan uli sebati. Bila adunan dah tak melekat di tangan, boleh la stop masukkan tepung gandum (kalau doh terlalu keras nanti cheese ball jadi keras bila dimakan).

Ambil sedikit adunan..masukkan cheese kat tengah dan tutup. Bulatkan kecil2 dan comel2. (Kalau adunan melekat pada tangan...sapukan sedikit tepung gandum pada tangan)

Golekkan dalam tepung goreng ayam sebelym dicelupkan dalam telur...kemudian salutkan dgn serbuk roti.
Pastikan goreng api perlahan, kalau api kuat...luar hangus tapi cheese kat dalam tak sempat nak cair. Goreng sehingga berwarna keemasan.

Kek lumut lapis cheese

Aktiviti menghabiskan stok cream cheese, kaya dan horlick. Adunan cheese saya buat 4 bncuhan sebab baki cheese aritu ada 500gm lagi. Saya dapat dua loyang satu buat loyang bulat dan satu lagi loyang berlubang kat tengah tu......masih ada lebihan adunan cheese tu saya buat brownies cheese kukus.....

Saya lupa resepi ni saya ambil dari mana tapi terima kasih banyak2 pada yg sudi kongsi resepi ini....




Kek lumut lapis keju
Dicuba oleh: zulfaza love cooking
Bahan Kek:

10 biji telur gred A
450g mentega
1/2 cawan gula kastor
1 tin kecil serikaya
2 cawan nestum
1 cawan serbuk horlicks
1 cawan tepung hongkong @ gandum (diayak)
2 sudu kecil esen vanilla
1 botol (30 ml) pes pandan
1 cawan susu pekat manis
sedikit pewarna hijau
1 cawan serbuk almond 
saya tambah 1 sk baking powder

Cara-cara

Pukul mentega bersama gula halus dan esen vanilla hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed perlahan). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
Masukkan susu pekat dan pes pandan. Putar sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dengan horlicks, serbuk almond dan nestum . putar sebati.

Cheese tengahnya:

125gm cream cheese (Anchor terbaek)@boleh pake Philadelphia@Tatura dll jenama cheese
100 mentega
2 bijik telur
1/4 cup gula kastor
2 sudu makan tepung gandum

Cheesenya:

putar cheese bersama mentega.. masukkan telor gula & tepung..putar sampai sebati..ketepikan...

*kukus lapisan hijau 1 jam 1/2. .kemudian kukus adunan cheese 1/2 jam. akhir sekali kukus baki adunan hijau 1 jam 1/2 juga...


Monday, December 29, 2014

Nuget ayam homemade.....memenuhi permintaan anak2

Malam ni rajin lak rasanya nak melayan permintaan anak2. Suka diorg bila diberi keizinan untuk sama2 membantu...
dah siap buat terus goreng beberapa ketul untuk makan malam....



Nuget ayam homemade
zulfaza love cooking


8 keping dada ayam tanpa tulang 
3 biji bawang holland atau bawang besar
3 sk serbuk lada hitam
4 sk garam
6 sb tepung gandum
(Hirisan daun bawang jika suka)

kisar halus semua bahan tanpa air (guna food processor) atau cincang halus
Masukkan tepung gandum dan gaul rata.

Bahan salut


Serbuk roti

Telur

Tepung gandum

Cara2 penyediaan nuget

bentukkan nuget ikut citarasa
salutkan rata dengan tepung.
kemudian masukkan dalam telur
Keluarkan gaulkan rata dengan serbuk roti. Susun dalam bekas yg sesuai dan bekukan. 
Bila nak makan goreng macam biasa.


Brownies again

Malam ni buat brownies daripada Sumber : Inahar's cooking time......rasa coklat dia memang kuat....anak2 masing2 abis 2 ketul...besar plak tu....suka pulak diorg berbanding kek coklat...

The best chocolate brownies in the world

Bahan a

4 biji telur
2 cawan gula castor (saya guna soft brown sugar 1 1/2 cawan jer)
1 cawan mentega cair (~250gm)
2 sk esen vanila (tak letak)

Bahan b

1 1/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan tepung gandum
1 sk garam halus
Almond nibs/walnut & choc chips secukupnya...

Gris loyang  8 x 8.

Pukul telur hingga kembang. Tambah gula dan pukul sampai gula hancur. Tambah esen dan mentega, pukul sebati.

Tambah tepung, serbuk koko dan garam. Guna spatula adun sekadar bercampur semua bahan aje.

Masukkan almond dan lain2. Kaup balik utk campurkan adunan. Tuang dalam loyang dan bakar 35 - 40 minit suhu 160°C.

***Jangan putar adunan brownies terlalu lama nanti browniesnya jadi kering tak moist selepas dibakar.


Sunday, December 28, 2014

Pisang goreng cheese

Petang2 hujan2 ni pekena pisang goreng cheese sesuai sangat la...


Orang dah lama buat....saya baru nak try...hehehe. tak payah la tempek resepikan....pisang tanduk tu saya goreng dengan tepung campuran tepung gandum + tepung goreng pisang adabi + garam + air. Pastu bila dah goreng pisang tu saya toskan minyaknya kejap. Pastu tabur la parutan keju dan coklat urai...saya masukkan dalam microwave kejap....dah siap...

Saturday, December 27, 2014

Classic durian cheesecake



Durian dah ada tapi mood mengekek lambat pulak datang kali ni....dok seronok buat kuih jer... Tapi tekak dah meronta2 nak makan kek keju perisa durian kampung....hehehe. Sementelah ada yg request resepi....akhirnya....inilah kejadiaannya menggunakan resepi yang digoogle dari blog mat gebu...


Classic durian cheesecake

BAHAN DASAR KEK KEJU :-)

50 gram biskut mudah hadam (mat guna biskut marie)
20 gram kepingan badam, bakar hingga perang, sejukkan
35 gram mentega, cair dan sejukkan

BAHAN UNTUK KEK KEJU DURIAN :-)

250 gram cream cheese
40 gram gula kastor
130 gram isi durian, lecek halus
2 biji telur gred B
50 ml susu segar
1 camca besar rata tepung jagung

CARA MEMBUATNYA :-)

Sediakan tin bulat berukuran 6 inci, sediakan 3 kepingan aluminium foil yang dilipat memanjang dan pastikan berlebih hujungnya bila dialas dalam tin tadi. Alas setiap kepingan aluminium tadi secara bersilang (seperti dalam gambar). Tujuannya memudahkan kita keluarkan kek keju dari tin tadi. Kalau anda guna springform tin atau tin yang ada tali pinggang, tak perlulah buat macam yang mat buat tu). Lenser dengan mentega pada seluruh bahagian dalam tin. Ketepikan.

UNTUK DASAR KEK :- 

Kisar biskut marie, tak perlu halus sangat atau masukkan ke dalam food processor dan kisar, ramas cincangan badam dan gaul bersama biskut tadi. Tuang mentega cair dan gaul rata hingga boleh dikepal dan tidak berderai. Tuang ke dalam tin tadi, ratakan dan tekan hingga rata dan padat. Ketepikan.

UNTUK CLASSIC DURIAN CHEESECAKE :- 

Putar keju krim dan gula halus hingga sebati dan licin. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga sebati. Tambah isi durian dan susu segar, putar hingga licin. Akhir sekali masukkan tepung jagung dan putar lagi hingga rata. Kacau adunan tadi dengan spatula dan tuang ke dalam tin yang telah disediakan tadi.



Panaskan oven pada suhu 150C, letak tin berisi adunan keju tadi ke dalam loyang dan tuang air panas sehingga tin tenggelam 1/3 bahagian. Bakar selama 50 minit hingga masak (bila kek tidak bergerak dan membeku, tu tandanya kek telah masak). Bakar sekejap lagi guna api grill untuk mendapatkan permukaan kek yang perang keemasan. Bila kek masak, keluarkan dari loyang berisi air dan letak kembali dalam oven, renggangkan sedikit pintunya dan biar kek sejuk dalam oven. 

Kemudian simpan kek tadi dalam peti sejuk selama 4 - 5 jam. Keluarkan kek secara berhati2 dengan menarik perlahan2 aluminium foil tadi. Hias ikut suka dan hidangkan...


Kuih lapis

Melapis untuk sarapan pagi esok

Kuih lapis

2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 1/4 cawan gula 
5 1/2 cawan santan 
2 sb minyak masak
1 sk garam
1 sk perisa ros
Pewarna kegemaran

Caranya

- Satukan semua bahan2 kecuali pewarna ke dalam mangkuk....gaul hingga sebati.
- Kemudian kisar hingga halus dan tapis adunan....
- Bahagikan kpd beberapa bahagian mengikut keperluan...dan warnakan adunan dgn warna yg di sukai....
- Tuang 1 sudu besar adunan ke dalam acuan yg kecil....kukus selama 5 minit dgn api yg sederhana atau mengikut ketebalan lapisan kuih....buat sehingga habis....
- Dah siap melapis smpai atas...kukus lg 10-15 minit smpai masak...dah masak sejukkan dulu baru keluarkn dr acuan....sedia utk dinikmati....selamat mencuba...


Cream puff inti kastard durian

Akhirnya dapat stok durian kampung. Bahagia sekejap....dapat la merealisasikan impian yg lama terpendam.....nak makan cream puff inti kastard durian...saya buat dua adunan....

Cream puff

Bahan2nya

Bahan A
1 cawan Air
100 gm mentega
1/2 sk gula
1 st esen vanila

Bahan B
Secubit garam
125 gm tepung gandum
3 biji telur

----

Masak bahan A hingga mendidih.
kecilkan api dan masukkan tepung dan kacau hingga tak melekat di periuk. sejukkan 10 - 15 minit.

pecahkan telur satu persatu dan kacau sebati .....saya guna hand mixer.
masukkan adunan ke dalam piping bag guna nozel utk kuih samprit dahlia pun boleh.

paipkan ke atas baking tray. bakar pada suhu 180°c selama lebih kurang 25 minit atau hingga keperangan.

kuarkan dari oven dan lubangkan sedikit cream puff untuk kuarkan wap panas untuk mengelakkan cream puff mengecut/meleper bila dah sejuk.

kastad filling

2 cawan susu - boleh campur dgn air - 50 - 50 kalau tak mahu lemak sgt
1 biji telur
25 gm tepung kastard
25 gm tepung jagung
100 gm gula castor @ secukup rasa (boleh kurangkan sbb durian dah manis)
1/2 sk garam
1 sk esen vanila.
1 sb mentega
1 cawan isi durian

masak semua kecuali mentega di atas api sehingga likat dan berkilat. sentiasa kacau supaya tak hangit. kalau terlalu likat boleh tambah susu atau air. masukkan mentega. sejukkan sebelum masukkan ke dalam piping bag.  (kastard ni kalau kurang air nanti bila sejuk keras sangat sampai jadi puding plak).

Paipkan kastard ke dalam cream puff yang dah sejuk atau suam2 kuku melalui lubang yang di buat tadi...
Dah siap....nak hias dengan gula ising pun boleh...


Thursday, December 25, 2014

Apam kampung bunga telang


Saya pilih untuk guna pewarna yg selamat utk apam kali ni.....dihidangkan untuk minum petang....

Apam kampung bunga telang

4 cawan tepung gandum
4 cawan air suam (rendam bunga telang dengan air panas - jumlah bunga ikut citarasa)
1 cawan gula
1 paket yis (11gm)

Satukan semua bahan, gaul sebati dan perap dlm bekas yg ditutup selama 1-3 jam. Kukus dalam loyang  atau acuan yang dioles minyak selama 15 -30 minit.

Hidangkan dengan kelapa parut yg digaul  sedikit garam.


Arabic Seven Spice Roasted Potato n Carrot



5 biji kentang US potong wedges
3 biji karot potong 2 inci
3 sk arabic seven spices
1 sb parsley
Garam secukupnya
3 sb mentega

gaul rata semuanya dan bakar pada suhu 200 celcius selama 1 jam. ( tutup dengan foil 1/2 jam dan bakinya buka foil)


Arabic Seven Spice Roasted Lamb 

Adik dan kakak datang lunch.....ini lah yg sempat dihidangkan....


Arabic Seven Spice Roasted Lamb 

1kg / 2lb lamb shoulder
2 tbsp Arabic 7-Spice (baharat) - or - a generous dusting of cinnamon and allspice plus a dash of nutmeg or cloves (2 sk 7 spices)
2 tsp garlic powder (2 sk serbuk bawang putih)
2 tbsp olive oil ( 2 sk minyak zaitun)
(I added 5 tbsp of honey
1 tbsp rosemary n 1 tbsp parsley - saya tambah 5 sb madu, rosemary dan parsley)
Salt and pepper, to taste (garam dan serbuk lada h8tam secukup rasa)

Method

Preheat the oven to 180C / 350F. Pat the lamb pieces dry to remove any excess moisture. Place the lamb and all of the spices in a roasting pan (metal and ceramic are both great) or a baking sheet. Drizzle over the olive oil, and toss together thoroughly to coat. Season with salt and pepper. Cover the pan tightly with foil, and roast for 1 hour. 

Remove the foil and continue roasting for an additional 30 minutes, occasionally basting the lamb in the pan juices, until the skin is golden brown and the meat is coming off the bone. Heat the broiler, and let the lamb crisp up for 2-3 minutes at the very end of cooking. Serve immediately or at room temperature.

http://www.wanderingspice.com/2013/02/07/seven-spice-roasted-chicken-legs/


Coselaw

kobis bulat putih
kobis ungu
karot
Sos salad coselaw  (lady choice)

parut semua sayuran. Gsulkan dengan sos secukipnya.

Sos lada hitam

2 sb mentega
2 sb tepung gandum
4 sb sos tiram
2 cawan susu segar + air 
3 sb lada hitam (tumbuk lumat)
4 ulas bawang putih (tumbuk lumat)
garam dan gula secukip rasa

cairkan mentega. Masukkan trpung dan goreng keperangan. Madukkan lada dan bawang putih. Kacau seketika. Tuang susu segar + air dan sos tiram. Kacau hingga sebati dan memekat. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tutup api. 

****tambah kuantiti air jika sos terlalu likat. Sos akan lebih likat setelah sejuk.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...