Friday, March 31, 2017

Nasi minyak untuk meraikan 2 pasangan raja sehari di Surau Ar Raihan



Kisah Lama.....Dua bulan lepas punya cerita. Malas nak mengarang dan upload fotonya menyebabkan post ni pending lama kat draft. Alhamdulillah diberi kesempatan meraikan dua pasangan raja sehari, Ustaz-ustaz yang mengajar di Tahfiz Mutqan, Surau Ar Raihan. Kariah surau sepakat raikan di Surau sebab ramai yang tak berkesempatan meraikan majlis mereka dikampung.

Acara memasak secara gotong-royong dibuat sejak dari pagi......pergi ke pasar, membersihkan ayam dan selepas Asar kerja-kerja memasak pun dimulakan. Menu ringkas sahaja, nasi minya yang dimasak oleh abg sadoku sayang, saya masak pajeri nenas dan ayam masak merah berempah ala ZLC. Meriah majlis yang dilakukan secara kecil-kecilan ni. 


Tq semua yang nmenyumbang RM, tenaga  dan makanan serta hadir meraikan majlis serba sederhana ini....




Rewang macam ni buka peluang untuk kariah berjumpa dan bersembang.....kalau dok sebelah pun tak sempat berjumpa dan bersembang bila hari kerja.....keluar awal pagi....matahari dah tenggelam baru balik...memang nak terserempak depan rumah pun jarang2.
Nasi minyak abang sado jj dah nak kering tu....
Abang sobri gigih membasuhperiuk belanga yang akan digunakan untuk memasak.....


Nasi minyak Abang Sado JJ

16 cawan beras basmathi ( saya guna pusa cream) - basuh, rendam 30 minit dengan air dan 3 sk garam. Toskan.
16 cawan air campur 5 cawan susu cair

Bahan tumis
5 kuntum bunga lawang
15 kuntum bunga cengkih
15 biji pelaga
5 batang kulit kayu manis
5 batang serai diketuk
5 helai daun pandan -  koyak dan simpul
3 biji bawang besar hiris halus
5 inci halia
1 labu bawang putih hiris halus
Hirisan 5 pokok daun sup dan 5 pokok daun bawang

Garam secukup rasa
2 ketul kecil gula batu 
1/2 cawan minyak masak
2 sb minyak sapi


Panaskan minyak. Tumis bahan tumis hingga keperangan. Masukkan air campur susu. Perisakan dengan garam dan gula batu. Masak hingga didih. Masukkan beras. Bila air dah mula mengering tuangkan pewarna di dalam lubang2 yang terbentuk pada nasi yg hampir mengering. Tabur daun sup dan bawang, tutup periuk rapat2 dan kecilkan api. Masak selama 5 - 7 minit. Tutup api dan biarkan 5 minit sebelum.buka penutup dan karih nasi perlahan2 dari tepi supaya tak patah.


PAJERI NENAS @ ZLC

Bahan2nya

3 biji nenas (kalau saiz besar kurangkan) - kupas, potong bulat atau belah dua, celur dan toskan.
Segenggam udang kering ditumbuk lumat (ada orang yg masuk terus tak tumbuk pun) 
Segenggam kismis - optional
5 sb kerisik 
*3 inci halia
*2 biji bawang besar
*8 ulas bawang putih
3 sb rempah kari daging
*5 biji buah pelaga
*5 kuntum bunga cengkih
*2 kuntum bunga lawang 
*1 batang kulit kayu manis
2 cawan santan pekat
3 biji cili merah dibelah 
Air secukupnya
Garam dan gula melaka sesedap rasa
Minyak untuk menumis

---------

Kisar * hingga hancur. Tumis * hingga naik bau. Masukkan rempah kari yang dah sibancuh dengan sedikit air. Tumis hingga pecah minyak. Kacau selalu. Masukkan air dan kacau sebati. Masukkan nenas, kerisik dan udang kering. Masak hingga agak pekat,  perisakan dengan garam dan gula melaka (masakan ni manis - saya gunakan 1 1/2 ketul gula melaka leper tu.). 

Masukkan santan pekat, kacau sebati dan masak hingga kuah agak pekat. sebelum tutup api tu masukkan kismis dan cili. Gaul rata dan masakkan seketika.

****Nenas yg digunakan jangan terlalu masak.
Gula melaka tu boleh ganti dengan gula putih.
Kalau buat pajeri terung tak perlu celur dulu. Kalau nak buat pajeri rambutan atau kedondong pun sedap juga.....

Nampak merah menyala, tapi kepedasannya boleh diterima termasuk kanak-kanak
Ayam masak merah berempah

10 ekor ayam - gaul garam dan kunyit - goreng separa garing (jgn terlalu garing nanti keras)

20 biji bawang besar - hiiris
5 labu bawang putih - hiris
10 inci halia - hiris

5 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga lawang
30 kuntum bunga cengkih
30 biji buah pelaga

200 gm rempah  kari daging/ayam
1 kg sos tomato
200 gm cili kering - rebus dan kisar lumat

300 gm gula
Garam secukup rasa
2 kg tomato - kisar
10 batang serai - ketuk
Daun sup dan daun bawang

Minyak untuk menumis

Tumis rempah tumis hingga naik bau. Masukkan bawang besar, tumis hingga layu. Masukkan halia dan bawang putih. Tumis hingga sedikit keperangan. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan rempah. Tumis lagi selama 5 minit.

Masukkan sos dan tomato puri serta serai. Kacau sebati biarkan mendidih sebentar. Masukkan garam dan gula secukup rasa serta tomato. Biarkan tomato layu. Akhir sekali masukkan ayam yg telah digoreng. Gaul rata dan masakkan selama 5 minit lagi.

Kek sedap ni tajaan Lina Cake House (019-6260285)
Nak buat tempahan boleh la hubungi Tecer Lina ni 

Selera Kampung - ikan bakar cicah sambal kicap, jantung pisang rebus, sambal tomato, pucuk manis masak lemak

Menu simple lagi menyihatkan....yang tak sihatnya bila jamu menu camni makan tak hengat....nasi panas pulak tu... Dua kali menambah kabohidrat...jadi kurang sihat juga akhirnya kerana makan berlebihan....




Ikan Bakar 

Ikan jaket/cencaru

Cuci bersih. Gaul dengan garam dan kunyit. Lapik dengan daun kunyit dan balut dengan foil. Bakar sampai masak. Jangan kering sangat, tak sedap....


Sambal kicap

bahan2

kicap
jus limau nipis
cili api - hiris
bawang - hiris

campur semua dan siap.....

atau boleh hidangkan dengan air asam resepi dibawah...

Resepi air asam zulfaza

1 cawan perahan air asam jawa pekat
Perahan 2 biji limau nipis (jumlah limau bergantung pada saiz limau dan jumlah jusnya juga yer)
Garam dan gula putih/melaka/nise/apong secukup rasa
20 biji cili padi dihiris nipis
Seketul belacan sebesar ibu jari (bakar atas pan tanpa minyak - malas nak bakar guna terus pun boleh)
1 biji bawang holland/besar dicincang/hiris

Untuk lebih sedap (pilihan)
1 kuntum bunga kantan dihiris
1 ikat daun kesum - hiris daunnya
2 biji tomato potong kiub - buang tengahnya
2 sb kerisik

Satukan semua bahan kacau sebati. Lenyek2kan sedikit cili supaya pedasnya keluar...



Masak lemak pucuk manis

2 cawan Santan cair
1 cawan santan pekat
sejemput ikan bilis/udang kering/udang segar
2 ulas bawang merah dihiris
sebiji cili hijau atau merah di hiris serong
Seikat sayur pucuk manis - dilurut daunnya
Garam secukup rasa

Masukkan santan cair ke dalam periuk. Masukkan bahan2 lain. Kacau selalu supaya santan tak pecah minyak. Masukkan santan pekat dan masak hingga mendidih. Jangan terlalu lama, agak2 sayur layu tutup api.


Sambal tomato enak

* 4 biji cili masak (kalau nak tambah cili padi pun boleh)
* 1 inci belacan
* garam dan gula secukup rasa
1 biji tomato - hiris kecil

Tumbuk *. Masukkan tomato dan lenyek2kan.

Sambal Tempe Garing Abang Sado JJ


Cerita dah lama tapi baru nak update. Lambat nak menaip resepinya sampai post ni turut kat dasar blog. Lupa dah. Tempe garing bersambal ni hubby yang buat. Dia buat untuk habiskan stok tempe lebihan jamuan untuk majlis ilmu Surau. Gigih hubby hiris tempe dan tauhu nipis2. Caiyok la....kalau bulan puasa bagus jugak buat stok tempe garing ni... Time sahur leh makan dengan nasi panas2.


Tempe garing

BAHAN-BAHANNNYA :-)
4 keping tempe - potong nipis
2 keping tauhu - potong nipis
1 genggam ikan bilis, cuci dan toskan (kalau ikan bilis halus mata biru tu sedap)

1 cawan cili kisar
2 ulas bawang putih - tumbuk lumat
1/4 cawan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)

Tempe dan tauhu dihiris nipis, gaul dengan sedikit garam dan goreng hingga garing. Angkat dan toskan. Begitu juga ikan bilis, goreng garing. Ketepikan.

Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga wangi, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing, masukkan air asam jawa. Tambah sedikit garam dan gula secukup rasa (gula lebih sikit).

Tumis bawang hingga naik bau, pastu masukkan cili. Perlahankan api dan masak lebih kurang ½ jam guna api yang slow. Bubuh asam keping, garam dan gula secukup rasa. (biar rasanya manis2 gitew)

Apabila sambal tumis dah cantik masaknya, serta terbit minyak, sengetkan kuali dan biar minyak tu berkumpul. Dalam ½ jam jugaklah. Pastu kaup minyak tu dan buang.

Masukkan bilis dan tempe ke dalam sambal dan gaul sampai rata. Insya Allah bilis dan tempe akan kekal ranggup. Simpan dalam bekas-bekas kecik.

Thursday, March 30, 2017

Cucur badak


Takmo cerita banyak....jom buat.


Badak Berendam

2 cawan keledek yg telah direbus/kukus dan dilenyek
1 1/4 cawan tepung  (boleh kurangkan kepada 1 cawan untuk kuih yg lebih lembut tapi susah sedikit utk dibentuk sbb doh sedikit lembik) :+ 1 sk baking powder
Sedikit garam (kalau guna kaedah kukus, tapi kalau rebus boleh masukkan garam dalam air rebusan)
Sedikit air jika perlu

Satukan semua bahan kecuali air. Uli sebati hingga jadi doh yg lembut. Tambahkan air jika doh keras.

Ambil sedikit doh dan leperkan dan letak sedikit inti kelapa pedas. Tutup doh, bulatkan kemudian tekan supaya jadi sedikit leper. Buat hingga selesai. Goreng dengan api sederhana hingga masak dan keperangan. Angkat dan toskan.


Inti kelapa pedas

1 biji kelapa muda parut
3 sb cili kering kisar (nak lebihkan cili pun boleh)
2 batang serai - hiris
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang puth
100 gm udang kering
1 sb jintan manis
Garam dan gula secukup rasa
4 sb minyak masak
1/2 cawan air

Kisar udang kering, bawang merah, bawang putih, halia, serai dengan 1/2 cawan air. Satukan semua bahan dan masak inti hingga pecah minyak. Kacau selalu supaya tak hangit

****inti ni biasanya rasa pedas2 manis.


Lunch - Tomyam Ayam, Pucuk ubi, terung rebus dan sambal tempoyak


Hidangan tengahhari semalam. Kebetulan bercuti sebab membawa sekecil untuk rawatan gigi. Sakit sangat sampai si kecil request supaya ummi bercuti untuk bawa dia ke klinik. Bila di klinik doktor kata gusinya dah bernanah dan pipinya nampak sedikit bengkak......tapi Alhamdulillah, doktor boleh teruskan prosedur...sebab dah tak sakit sangat. Kuat hero ummi yang sorang ni...tak menangis dah diam jer sepanjang prosedur. Usai urusan di klnik terus ummi belanja aiskrim untuk hentikan pendarahan.


Berbalik kepada menu tengahari semalam ni, ummi masak atas request si bambam ummi. Boleh katakan menu ni kegemaran sekeluarga. Kalau hidangkan tomyam selalunya masing2 makan banyak....tu yang tak bleh masak kerap....nanti kenaikan kalori tak terkawal....hahaha.

Lawan hidangan tomyam ni pucuk ubi tuaian depan rumah...dan terung rebus cicah sambal tempoyak. Berpeluh makan. Menu simple tapi menyelerakan....air tangan ummi untuk family tercinta...
Alhamdulillah...


Tomyam ayam simple

*1/2 ekor ayam - potong kecil
*1 batang karot - potong bulat
2 biji tomato belah 4
1 biji bawang holland - hiris bulat
*3 batang serai - ketuk
*5 helai daun limau purut - hiris
1 pokok daun ketumbar - hiris
*10 biji cili padi - potong kecil
*2 sb pes tomyam
7 biji limau kasturi - perah airnya
Garam dan gula secukup rasa
______

Dalam periuk, masukkan 6 cawan air. Tambah bahan *. Masak hingga ayam empuk. Tambah garam, gula, air limau, bawang dan tomato. Kacau dan biarkan didih seketika. Tutup api. Masukkan daun ketumbar.


Sambal tempoyak ZLC

5 biji cili merah
5 biji cili padi
Garam dan gula secukup rasa
2 sb tempoyak

Tumbuk cili hingga lumat. Masukkan garam dan gula secukupnya. Kacau sebati. Masukkan ke dalam mangkuk bersama tempoyak. Kacau rata.

Pucuk ubi rebus

Daun ubi dibuang tangkainya
Garam dan gula secukupnya
Air untuk merebus

Didihkan air. Masukkan daun ubi. Rebus empuk dengan garam dan gula secukuonya.


Pengat pisang dipetang nan dingin


Sampai jer kat rumah, tengok pengat pisang. Cuaca sejuk....hujan gerimis sedap sungguh la layan pengat pisang yang kakak buat nih. Dapat pekena dengan kopi O.....perghhhh....lazat.

Pisang abu bawak balik dari kampung, cukup matang masa tebang....sekejap jer dah masak. Selain di buat goreng dan pengat, saya suka rebus atau buat lepas mahu pun cucur atau lempeng. Pendek kata pisang ni sedap buat apa2 pun.


Pengat pisang ZLC

1 sikat pisang masak - yg ni saya potong 2 jer sebab pisangnya comel
Santan pekat 200 ml
6 cawan air (secukupnya)
1 ketul gula melaka
1/4 cawan sagu - basuh dan tos
Gula dan garam secukup rasa

Satukan semua bahan dan masak hingga sagu jernih. (Kalau pisang dah terlalu masak dan agak lembut, masukkan pisang setelah sagu hampir kembang)


Tuesday, March 28, 2017

Ayam Sambal Tomato


Menu tengahari yang sempat disediakan sebelum ke pejabat hari ni. Menu ringkas yang digemari anak2 sampaikan anak2 tanya ada lagi tak untuk makan esok....hebat tak ummi....Alhamdulillah...hati ummi berbunga setaman bila anak2 gemar masakan ummi. Hilang lelah....dan dapat tenaga tambahan...


Resepi ayam sambal tomato

1 ekor ayam potong 8 - bersihkan, gaul garam dan kunyit - goreng
4 biji kentang kupas dan potong ikut suka - gaul garam dan kunyit - goreng
15 biji cili kering rendam lembut dan kisar
1 biji bawang besar potong bulat
2 biji bawang besar kisar
6 ulas bawang putih kisar
2 inci halia kisar
5 biji tomato kisar
1/4 cawan santan pekat (optional)
gatam dan gula secukup rasa
minyak untuk menggoreng dan menumis.

Gaul ayam dan kentang dengan kunyit dan garam. Goreng 3/4 masak. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan tomato. Kacau sebati. Biarkan seketika.
Masukkan ayam dan kentang. Kacau rata dan biar hingga ayam dan kentang masak sepenuhnya....pastikan cecair/kuah tidak kering jika kering tambah sedikit air. Masukkan santan jika suka, perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih dan tutup api setelah kuah mencapai kepekatan yang diingini....saya biarkan agak berkuah sebab nanti nak panaskan semula.


Kuih Cek Mek Molek


Antara kuih kegemaran anakanda berempat. Suka sangat sampai tak cukup2 kalau buat. Tapi pagi semalam ummi cuma sempat buat sikit jer. Ummi pun tak sempat rasa. Lepas masak, hidangkan, ummi naik bersiap....bila turun semula dah habis...


KUIH CEK MEK MOLEK

Bahan kulit:
1 kg keledek ~ direbus hingga empuk (saya potong dan kukus hingga empuk)
1 cawan tepung gandum
gula dan garam secukupnya

Caranya:

1. Keledek yang telah direbus, masuk dalam bekas, tambah garam dan gula kemudian dilecek halus ketika masih panas. Biarkan hingga suam. (***Cara ZLC: Keledek yang telah dikukus dibuang kulitnya, tambah garam dan lenyek hingga halus)
2. Dah suam, tambahkan tepung dan uli sebati.
3. Ambil sedikit adunan, leperkan, masukkan gula, tutup dan bentukkan membujur. Buat hingga habis.
4. Panaskan minyak, ambil kuih dan goreng dengan api sederhana besar hingga garing dan keemasan.
5. Jangan makan panas2 sgt nanti melecur lidah sebab gula yang dimasak tadi akan cair dan panas.


Nasi Goreng Bunga Kantan


Balik kampung baru ni, bunga kantan tengah banyak kat rumah MIL. Dah lama takde rezeki dapat stok bunga kantan sejak MIL bersihkan sebahagian besar rumpun pokok2 kantan tu. Kali ni balik punya la banyak...yang dah kembang pun kitorang ambil juga sebab kat sini punya la mahal dan kudup2 lagi dah kena jual.

Berbalik kepada menu pagi semalam, nasi goreng bunga kantan ni, memang harum semerbak, kalau ditambah ikan masin pun bukan baik sedap lagi, Cuma anak2 la yang payah sikit bila nampak macam penuh sayur2 halus kat nasi tu....


NASI GORENG BUNGA KANTAN

4 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang merah ~ di hiris
5 ulas bawang putih ~ di hiris
15 ekor udang segar ~ di bersihkan buang kulit
3 ekor sotong ~ di bersihkan dan di potong bulat
1 batang bunga kantan ~ di mayang halus
5 tangkai cili padi ~ di titik atau di hiris (nak letak lebih pun boleh)
4 cawan nasi ~ di peroi
Karot dan bunga kobis
Garam secukup rasa

Panaskan minyak dalam kuali

Tumiskan bawang merah dan  bawang putih hingga kekuningan
Kemudian barulah masukkan bunga kantan, dan cili padi.
Apabila naik wanginya, masukkan udang dan sotong, gaulkan seketika kemudian masukkan nasi,
Gaul rata dan goreng sebentar. Masukkan sayuran dan garam secukup rasa
Goreng hingga sayur masak, tutup api dan hidangkan.

Bihun goreng


Sarapan pagi ni...sempoi2 aje. Meehun/bihun atau mee halus....macam2 nama tapi inilah bendanya.


Bihun goreng ZLC

1 paket bihun direndam hingga lembut (saya biasa rendam dengan air paip jer)

* 6 ulas bawang merah
* 6 ulas bawang putih
* sejemput udang kering
3 sb cili kering kisar (boleh tambah kalau nak lebih pedas)
 2 sb cili sos
3 sb sos tiram
garam secukup rasa


sawi/kobis/karot potong kecil
Tauhu/fish cake/fish ball pilihan
udang/ayam/sotong ikut citarasa
garam secukup rasa

Minyak untuk menumis

Tumbuk/kisar *. Panaskan minyak. Tumis * hingga naik bau dan garing. Masukkan cili. Tumiskan hingga pecah minyak. Masukkan sos2 dan garam. Masukkan perencah tauhu, ayam dll. Kacau hingga masak. Masukkan bihun. Gaul rata dan goreng hingga sebati. Perisakan garamnya kalau masih kurang tambah garam secukup rasa. Gaul rata. Masukkan sayuran dan masak hingga sayur layu. Pindahkan ke dalam mangkuk supaya sayur tak lembik.

Tabur hirisan daun bawang/sup/cili potong/ bawang goreng jika suka



Masak lemak pucuk manis bersama keledek


Pucuk manis, hasil tanaman kat rumah MIL. Sebelum balik sempat memetik pucuk manis ni, ambil sikit jer, cukup untuk sekali masak. Kat umah MIL pokoknya banyak...takde la pulak kena attack dengan siput khinzir macam kat umah saya nih. Elok jer membesar bagai johan, sampai tak termakan. Pucuk manis ni agak berangin, kalau orang tak tahan boleh kembung perut memakannya. Saya dulu tak suka makan sayur pucuk manis ni sebab dia ada bau yang kurang menyenangkan....tapi dah tua2 ni, selera pun dah berubah...yang dulu tak suka sekarang dah boleh terima. Anak2 pun boleh makan....kira ok sangat la tu.

Selain masak lemak, buat tumis air atau tumis kering pun sedap juga. Sayur ni saya hidangkan bersama ikan goreng bersambal dalam post terdahulu. Sedap jer anak2 makan....tambahan pulak kawan2 (anak jiran) datang bermain....jadi ajak makan sekali dalam dulang....laju je makan ramai2.



Masak lemak pucuk manis bersama keledek

2 cawan Santan cair
1 cawan santan pekat
sejemput ikan bilis/udang kering/udang segar
2 ulas bawang merah dihiris
2 biji keledek ( ikut saiz - lalau besar guna sebiji jer)
sebiji cili hijau atau merah di hiris serong
Seikat sayur pucuk manis - dilurut daunnya
Garam secukup rasa

Masukkan santan cair ke dalam periuk bersama keledek. Masak hingga keledek empuk. Masukkan bahan2 lain. Masak hingga sayur layu. Kacau selalu supaya santan tak pecah minyak. Jangan terlalu lama, agak2 layu jer tutup api.




Ikan Goreng Bersambal


Masakan hari minggu. Sebelum keluar bertugas di Dewan Besar untuk program anjuran jabatan, sempat membeli belah barangan keperluan dan memasak makanan tengahari, Hujung minggu yang sangat padat....dari hari Khamis ke Segamat memulangkan siBuruk yang comel, kemudian pagi Jumaatnya bergerak ke Batu Pahat....sempat melabuhkan punggung sekejap bergerak pulak ke JB untuk menziarahi kakak ipar yang sedang dalam rawatan kanser. Malamnya bergerak balik ke Batu Pahat. Sabtu petangnya bergerak balik ke sini. Ahadnya berkerja pulak sebelah petang.

Memang memenatkan....rasa macam nak sambung cuti sebab kain baju kotor dari kampung belum sempat dicuci....stok baju bergosok semakin kurang.....rumah pun belum sempat digilap....Gitu la kehidupan la ni...sibuk dengan urusan dunia dan akhirat....tapi dalam sibuk2 tu masih sempat ke dapur....Alhamdulillah.


Ikan Goreng Bersambal

1 ekor ikan bawal (saiz besar lingkungan 900 gm - 1 kg) - bersihkan, kelar, gaul garam dan kunyit - goreng)

Untuk Sambal

15 biji cili kering - rebus lembut dan kisar bersama *
*2 biji bawang besar
*4 ulas bawang putih
*1 inci halia
*2 batang serai
1/4 cawan air asam jawa (sesudu kecil asam jawa, bancuh dengan 1/4 cawan air)
garam dan gula secukup rasa
1 ikat asparagus - potong 2 inci
Tomato ceri
Minyak menumis

Tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Tuangkan air asam. Gaul sebati. Biarkan mendidih seketika. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masukkan asparagus dan tomato. Gaul rata dan tutup api selepas 3 minit.Tuangkan ke atas ikan goreng. Sedia dihidangkan.



Saturday, March 25, 2017

Ayam masak ungkep


Ayam masak ungkep yang tak terungkap sedapnya. Masakan jawa yang mudah dimasak dan sedap dimakan. Rebus jer semua bahan2nya selama 3 - 4 jam sampai ayam empuk dan airnya hampir kering. Makin sedap kalau letak cili padi kasi pedas2 sikit....pergh...makan tak hengat jadinya.

Saya suka yang ungkep ni berbanding semur (ayam yg dimasak dengan rempah tumis, kicap dan lada hitam tu (yg selalu dihidangkan masa raya dirumah MIL) .....lebih sesuai dengan selera saya, tapi anak2 suka yang berkicap tu. Budak2....kicap itu nikmat. Dah jadi mak budak ni selera dah lain sikit.

Bercerita pasal ungkep dalam gambar ni, bukan saya yang masak. Biras saya masak masa balik ke kampung untuk dibawa menziarahi kakak ipar di johor baharu. Dia sedang dalam rawatan kanser....hilang selera makan, jadi bawakan masakan kampung camni, supaya terbuka selera...tambah pulak makan secara berjemaah...tu yang jadi tambah nikmat.


Ayam masak ungkep
@ zulfadreamland.blogspot.my

2 ekor ayam pencen atau ayam kampung - potong 8
4 batang serai - ketuk
1 1/2 sk serbuk ketumbar
1 1/2 sk serbuk jintan putih
* 2 biji bawang besar
* 8 ulas bawang putih
*1 1/2 inci halia
*1 ketul kunyit hidup
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Cili padi secukup rasa

***2 biji bawang besar hiris bulat
***4 biji cili hijau

Kisar *. Satukan semua bahan dalam periuk. Rebus hingga ayam empuk dan airnya hampir kering.

Masukkan bawang besar yang dihiris dan cili bila air hampir kering. Masak lagi hingga bawang dan cili layu. (Kali ni tak letak).


Mee Kari Makcu


Mee kari menu makan tengahari dikampung. Selain mee dihidangkan juga asam pedas ikan parang yang tak sempat nak posing.

Ada biras bantu sediakan bahan2, kerja memasak jadi senang. Kalau tidak entah pukul berapa baru nak makan. Anak-anak dah kelaparan, sarapan pagi goreng pisang dan nuget tak dapat bertahan lama perut dah berbunyi semula.

Tengok anak2 dan yang lain2 makan dengan seleranya seronok....hilang penat dan sakit kaki berdiri lama membeli belah dan memasak. Lagi pun makan ramai2 dikampung memang semuanya jadi bertambah sedap. Walau pun takde daun pudina yang saya amat suka makan dengan mee kari, sambal cili, cili jeruk dan bawang goreng tak langsung mencacatkan rasa hidangan ni...


Mee Kari Makcu

Untuk kuahnya

Bahan-bahannya

1 1/2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
1 inci halia
segenggam ikan bilis
3 sb serbuk kari daging
2 sb serbuk kari ikan
4 sb cili boh
1/2 cwn air asam jawa pekat
3 liter santan dari 2 biji kelapa
Air secukupnya
sotong, kerang, udang, fish ball da fish cake
Garam secukup rasa
1 sedikit gula melaka (optional)
3 batang serai dititik
4 tangkai daun kari
Minyak untuk menumis.

----

Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan ikan bilis hingga hancur.

Panaskan minyak. Tumis serai dan daun kari seketika. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik bau.

Masukkan serbuk kari dan tumis hingga garing/pecah minyak. Masukkan air asam dan kacau rata. Kemudian masukkan santan, garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih.

Masukkan sotong, udang, kerang, fish cake dan fish ball. Masakkan 5 minit sebelum tutup api. Hidangkan bersama bahan pelengkap di bawah.


---------------------
Bahan pelengkap

1 kg mee kuning di celur
1 kg laksa di celur
Tauge/sawi/kacang panjang dicelur
Bawang goreng
Cili dihiris nipis
Tauhu goreng
Daun sup dan daun bawang
Daun pudina
Limau nipis/kasturi
Cili jeruk
Bawang goreng


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...