Tuesday, September 24, 2019

Kek coklat lembab



Done.....mini chocolate moist cake....yumyumyum

Resepinya mudah ajer

1 cawan susu pekat manis
1 cawan susu segar
1/2 sk garam
1 cawan serbuk coklatt
1 cawan gula perang
1 cawan minyak masak atau mentega cair
4 biji telur gred C

Kisar semua bahan selama lima minit.

1 1/4  cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 sk baking soda

Ayak. Tuangkan bahan kisar dan gaul sebati.

Tuang adunan dalam bekas kecil dan kukus selama 15 - 20 minit. Sejukkan.

Topping mudah
500 gm coklat compound (dark atau milk choc atau kombinasi)
1 1/2 cawan susu segar

Cairlan coklat menggunakan kaedah double boiler. Masukkan susu. Kacau sebati. Biarkan masak selama 10 minit.
Tuangkan ke atas kek yg telah sejuk (suam2 kuku pun ok).







Monday, September 9, 2019

Moist Chocolate Cake


Kek coklat moist......ni kek besday cucu sedara....topping dengan white chocolate ganache......

Ni otw nak pegi rumah kakak kat sinun....kira sambut besday plus raya sekali la ni....semalam diorg datang rumah....hari ni kitrg ke sana pulak. Katanya nak hidang nasi daging utara....yumyumyum...tak sabar nak makan...


Moist Chocolate Cake

Bahan2nya

1 3/4 cawan tepung gandum
2 cawan gula perang
3/4 cawan serbuk koko
1 1/2 sk baking soda
3/4 sk garam
3 biji telur gred C
1 cawan buttermilk (masukkan 1 sb cuka dalam cawan dan tuang susu hingga penuh - biarkan 5 - 10 minit)
1/2 cawan mentega cair atau minyak masak
1 sb esen vanila
1 cawan air kopi/nescafe kosong tanpa panas atau air panas mendidih


Cara2nya

Panaskan oven pada suhu 170 celcius. Griskan loyang atau alas baking paper ketepikan.

Dalam mangkuk adunan satukan tepung, gula, serbuk koko, baking soda dan garam. Gaul rata.

Masukkan telur, buttermilk, mentega cair dan esen. Pukul sebati selama 3 minit. Akhir sekali masukkan air kopi. Gaul rata menggunakan spatula atau senduk. Adunan kek ini sangat cair, jangan tambah sebarang bahan lagi.

Tuang adunan ke dalam lotang bersaiz 9 atau 10 inci. Bakar selama 40 minit atau hingga masak (masa membakar bergantung pada saiz loyang dan oven masing2). Cucuk tengah2 kek dengan cake tester atau lidi pencungkil gigi, kalau bersih takde adunan lembab melekat maknanya kek dah masak.

Keluarkan dari oven. Biarkan dalam loyang selama 15 minit. Kemudian terbalikkan di atas wire rack atau cake board dan biar sejuk sepenuhnya sebelum dihias.

#moistchocolatecake
#cake
#instacake
#allaboutcake
#instafood
#instaphoto






Jamaican Jerk chicken with chevril and lemon recipe


Mencuba mempelbagaikan kegunaan herba inggeris dalam masakan. Suka bakar2 gini jer, anak2 pun suka. Kalau ada tetamu masak gini cepat....takde banyak bahan nak prepare....campak2 dah siap.


Dah siap dinner malam utk khusus untuk kakak sekeluarga yang datang dari terengganu.

Jamaican Jerk chicken with chevril and lemon  recipe

2 ekor ayam potong 4 atau 8 bahagian
*2 sb jamaican jerk seasoning
*1 sk serbuk lada hitam
*Garam secukup rasa
*1 biji lemon perah jusnya
*1 paket herba chevril (kalau tak ada boleh ganti dengan parsley arau tarragon) - hiris halus
*6 sb minyak zaiton

Keledek jepun
portobello baby mushroom

Gaul ayam dan keledek dengan  semua bahan bertanda *. Bakar di dalam oven pada suhu 250 celcius selama 45 hingga 60 minit. 10 minit terakhir masukkan cendawan.

Hidangkan dengan nasi mentega atau nasi bawang putih atau makan begitu sahaja bersama salad segar.

#jamaicanjerk
#jerkchicken
#chevril
#chickenrecipes
#allaboutfood
#foodie
#foodielover
#instafood



Resepi jamaican jerk seasoning
Sumber myrecipes.com

Bahan2nya

1 sb serbuk bawang putih
2 - 3 sk cayenne pepper
2 sk serbuk bawang
2 sk thyme kering
2 sk parsley kering
2 sk gula
2 sk garam
1 sk paprika
1 sk serbuk all spice
1/2 sk lada hitam
1/2 sk chilli flake
1/2 sk serbuk pala
1/4 sk serbuk kulit kayu manis

Cara2nya

Satukan semua bahan dan gaul rata. Simpan dalam bekas kedap udara.



Kuih ketayap



Kuih ketayap utk sarapan pagi tadi....dah lama tak buat. Warna bulan 100% pandan asli....ada dua helai jer tadi jadi campur sikit dengan pewarna hijau apple....macam terover pulak kehijauannya.

Kuih ketayap @ ZLC

Untuk kulit

3 cawan air pandan
1 1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur
Garam secukup rasa

kisar air dengan daun pandan dan tapis untuk mendapatkan warna dan haruman semulajadi.
Masukkan semua bahan dan kisar sebati hingga sebati.

Untuk inti

(biasanya saya buat banyak2 dan simpan dlm peti beku - inti ni boleh guna untuk buat koih koci, badak berendam, kuih bom, pulut inti, kuih ketayap dll)

1 biji kelapa parut
Gula melaka dan gula perang secukup rasa
Secawan air
3 helai daun pandan dicarik dan disimpul
1 1/2 sb tepung gandum
Sedikit garam

Cara-cara

Masukkan kelapa parut, air pandan, gula.  Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula dan airnya hampir kering. Taburkan tepung gandum. Kacau sebati. Masak hingga inti berkilat dan tiada air keluar. 
(Saya suka inti yg tidak terlalu kesing/kering berderai macam serunding kelapa tu. Penggunaan tepung dalam inti ni dapat mengekalkan inti yg lembab2 tapi tidak berair)

Untuk menyediakan kuih ketayap

Panaskan pan dengan api sederhana, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi membulat (ini utk buat bentuk biasa).
Masak sehingga 2-3 minit, angkat - jangan masak terlalu lama. Nampak tepi2nya dah kering tu maknanya dah masak la.

Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung. (Cara gulung; , lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis. Siap untuk disantap.....tapi untuk viewer sedia untuk ditatap jer ler yer...huhuhu.

#kuihtraditionalmelayu
#kuihketayap




Biskut cornflake rangup


Biskut cornflake rangup....dah siap....utk minum petang...cicah kopi sambil tunggu kepulangan abam sayam anjer....🤭🤭🤭

Biskut cornflake rangup

1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kastard
1 sk serbuk penaik
3 cawan cornflake

Satukan

250 gm mentega/margerin
3/4 cawan gula perang
1 biji kuning telur


Pukul sebati menggunakan spatula.  Masukkan tepung gandum dan tepung kastad. Gaul rata. Masukkan cornflake yg telah diramas2 sedikit. Gaul sebati. Sudukan adunan ke atas loyang.

Bakar pada suhu 160 celcius selama 25 - 30 minit. Sejukkan sebelum dipindahkan ke dalam bekas kedap udara.

***baru keluar oven.biskut ni lembut/lembik jadi kena tunggu sejuk sedikit sebelum dipindahkan ke redai...

#cookies
#cornflakecookies
#homemadecookies
#allaboutcookies
#foodielover
#instafood
#foodie



Pasta ala bolognese


Pasta jer for breaky hari ni. Malam tadi dah prepare kuah dagingnya. Iman pun dah makan seequn kuah tu malam tadi.....dia nak lagi ummi tak kasi....kalau nak juga pagi ni dia kena makan pasta tanpa kuah🤭🤭🤭.

Buat kuah ala bolognese jer. Takde cendawan butang kali ni....tak plan awal nak buat.


Resepi kuahnya nah hakak share kat sini.....

300 gm daging cincang
7 biji tomato saiz besar - cincang
1 tin sederhana tomato puree
1/4 cawan sos cili
1/4 cawan sos tomato
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
1 sk italian herbs
1 sk oregano
6 helai daun bay
1 sk jus lemon

Cincang halus
6 ulas bawang putih
1 biji bawang holland
1/2 inci halia

Minyak zaiton untuk menumis.

Tumis bawang dan halia cincang hingga naik bau. Masukkan daging cincang dan tumis hingga berubah warna dan air daging sejat.
Masukkan sos2, tomato puree dan tomaro cincang. Masukkan 2 cawan air.
Renihkan hingga tomato hancur.
Perisakan dengan garam, lada hitam, herbs, oregano, daun bay dan jus lemon. Masak hingga kuah pekat.

Boleh dihidangkan dengan pasta pilihan.

#pasta
#alabolognese
#instafood
#foodie
#allaboutfood
#homecookedbreakfast


Bakwan sayur


Bakwan untuk tokwan.....breakfast pagi ni. Bila abam sayam takde hakak malas nak keluar ngeteh....jadi sarapan kena la masak sendiri hujung2 minggu ni.

Pagi ni menu ringkas jer. Bakwan aka cucur sayur dengan sos homemade

Resepi bakwan

1 batang lobak merah - hiris lidi
Kobis hiris halus
Tauge
Kucai
Kalau ada daun bawang, kacang panjang pun boleh letak.

Satukan
2 cawan tepung gandum
2 sb tepung beras
Garam secukup rasa

Kisar lumat
2 cawan air sejuk
1 gengam bilis/udang kering/geragau
3 biji buah keras
1 sb lada sulah
4 ulas bawang putih
Sedikit serbuk kunyit

Satukan bahan kisar dan tepung. Gaul rata. Adunan mestilah tidak terlalu pekat atau cair. Kalau pekat sangat tambah air ais. Kalau cair sgt tambah sedikit tepung gandum.

Masukkan sayuran dan gaul rata. Sendukkan adunan dan goreng dengan api sederhana hingga garing.
Hidangkan dengan sos homemade.


Sos homemade (bahan agak2 jer kuantitinya😄)

Cili kering kisar
Gula melaka
Garam
Cuka
Bawang putih (ketuk jer)

Satukan dan masak hingga pekat. (Boleh tambah tepung jagung juga untuk memekatkan sos)

#bakwan
#breakfastmenu
#allaboutfood
#instafood
#foodielover
#foodie



Nasi Daging Utara

Nasi daging utara untuk kuliah maghrib bersama ustaz syed......masak bergotong-royong dengan orang2 kuat surau Ar Raihan. 11 kg daging korban yang memang disimpan utk kegunaan jamuan kuliah, 7 kg beras basmathi, jelatah dan air asam kerisik bakal dinikmati bersama tetamu rumah Allah malam ni.
Masakan ni tak cukup bahan disebabkan kekangan bajet. Sepatutnya sekg serbuk badam,  gajus, yogurt dan rempah empat sekawan tinggal bertiga jer. Bunga cengkih kehabisan stok dipantry surau. Daun pandan pun terpaksa dilupakan kali ni.
Cara memasak kali ni terpaksa diubah suai kerana ketiadaan periuk besar. Abam sayam saya berada diluar kawasan jadi tiada kederat nak mengeluarkan periuk dari stor barangan dapur kat rumah.
Kekal dengan resepi mamak haji...dah bertahun guna resepi ni...
Nasi Daging
Bahan-Bahan:-
1 kg daging - dipotong agak besar (12 - 14 ketul) direbus sehingga lembut dan jangan lupa simpan air rebusan untuk memasak nasi kemudian.
Kalau tak mahir potong daging, biar saja penjual daging memotong untuk anda. Cuma bagi tahu berapa ketul yang anda perlukan. Kalau Daging segar korban peh!..tak yah rebus ia adalah amat baik.-
1 kg berasmathi - basuh dan rendam 30 minit.
Sukatan air rebusan daging yang diperlukan sama dengan sukatan beras 1:1 1/4 sekiranya menggunakan basmathi pusa.
3 sudu besar kimball tomato sup (takde bajet kali ni omit😄)
3 sudu Yogurt asli (tairu) atau susu cair 1/2 tin.-
Gula batu sedikit
Garam secukup rasa.
Bawang Goreng untuk ditaburkan.
Bahan-bahan Untuk Menumis:-
1 senduk besar minyak masak (lebih kurang 4-5 sudu besar).-
2 sudu besar minyak sapi.-
2 sudu besar rempah daging.-
1/2 sudu kecil Jintan Manis.-
1/2 sudu kecil Jintan Putih.-
1 sudu besar rempah beriani.-
100gm buah badam yang direndam, dibuang kulit dan di mesin halus.-
sedikit buah kismis dan Jangus.-
1 sudu besar bawang putih + halia telah dimesin.-
2 biji bawang besar telah dimesin halus.-
1 biji bawang besar dihiris.-
1 helai daun pandan di potong 3 inci panjang.-
1 sudu kecil Garam masala -
Kayu manis 1,
bunga lawang 3,
cengkih 4 dan
buah pelaga 4.


Cara-Cara Memasak:
1. Panaskan periuk, masukkan minyak kemudian minyak sapi.
2. Bila minyak panas, masukkan Garam masala, bawang hiris, bawang putih dan halia dikisar, daun pandan, biji jangus dan kismis dan bawang dikisar.
3. Bila tumisan mula keluarkan bau yang harum masukkan daging yang telah rebus, masukkan rempah kari dan beriani, tairu dan kisaran buah badam. Jangan sampai hangit dgn segera masukkan air rebusan daging yang telah tapis. Masukkan gula batu dan garam secukup. Rasa kemasinan air. Tutup tudung periuk.
4. Apabila air mula mendidih buka tudung dan masukkan beras dan kacau perlahan. Apabila air mula mengering, Kecilkan api dapur dan tutup tudung periok dgn ketat. Boleh tindihkan tudung dgn benda yg berat seperti batu lesong supaya wap tidak terlepas keluar dgn banyak.
5. Tunggu sampai wap mula keluar dari tudung periok isyarat nasi mulai masak.
Biasanya nasi akan masak dengan sempurna 25minit - 35 minit. Api dapur perlu dijaga supaya nasi tidak hangit. Kepada yang baru ingin mencuba dan tidak pandai mengawal api dan masak dalam kuantiti kecil boleh gunakan kuali leper sebagai pelapik periok anda supaya api dapur boleh dikawal.
6. Apabila nasi telah masak mencungkil menggunankan sudip dan terbalikan nasi dari bawah ke atas supaya nasi lebih peroi. Dua atau tiga kali memadai.
7. Jangan kerap buka tudung periok nasi. Ini akan menyebabkan wap terkeluar banayak dan Nasi anda menjadi mentah. Sekiranya nasi anda menjadi mentah, renjiskan air panas (guna sudu) ke atas nasi dan masak kembali dengan api yang sama. Hahaha...kalau mentah juga...kukus saja nasi itu...hehehe!. Jadi Nasi Daging Kukus hahaha!.












AIR ASAM KERISIK
Cili Api,
Belacan Bakar
lada merah
Air asam jawa
Masukkan dalam blender kisar (jumlahnya perlu anda yang kena tentukan kalau nak pedas bubuhlah lebih sikit kalau tak mahu pedas kurangkan).
Masukkan perahan air limau nipis, gula, garam dalam bahan kisaran tadi.Hiris bawang besar dan tomato sedang masak dan gaulkan sama rata.
Boleh juga masukkan hirisan cili hijau. Tambah kerisek. Jadilah ia Air Asam.


#daging
#nasidaging
#airasamkerisik
#jelatah
#foodie
#foodielover
#instafood
#allaboutfood

Sunday, September 1, 2019

Kuih Ulat Bulu



Kuih ulat bulu namanya.....kuih ni adik beradik buah melaka. Bezanya cuma pada inti dan bentuk ..kalau buah melaka intinya gula melaka atau gula merah (kat kg dulu biasa guna gula merah). Kuih ulat bulu ni intinya kacang merah.

Perbezaan lain adalah pada bentuknya yg bujur berbanding buah melaka yg berbentuk bulat. 

Cara penyediaan kuih ni sama macam buah melaka. Saya kongsikan resepi pada sesiapa yg ingin mencubanya.   Sesuai sangat dijadikan juadah untuk minum petang dan kalau nak menziarah sesiapa boleh la bawak kuih yang mudag cara penyediaan dan sangat menarik kerana kuihnya berwarna warni persis lampu trafik😅😅😅.

Kuih ulat bulu

Doh
1 paket tepung pulut
Air secukupnya
Pewarna kuning, hijau dan merah

Masukkan tepung ke dalam mangkuk. Tuang air sedikit demi sedikit sambil gaul rata dan uli menjadi doh yg tidak terlalu lembik dan senang dibentuk.

Bahagi adunan kepada tiga bahagian. Titiskan pewarna berlainan untuk setiap adunan. Uli hingga warna doh sekata.

Air secukupnya untuk merebus
Daun pandan untuk membangkitkan aroma kuih
Inti kacang merah (boleh dibeli di kedai bakery)
Kelapa parut rang digaul dengan sedikit garam

Cara2nya

Ambil sedikit doh. Leperkan dan letak inti kacang.tutup doh dan bentukkan membujur.

Susun atas bekas yg telah dioles dengan sedikit minyak untuk mengelakkan doh melekat atas bekas. Buat sampai siap.

Didihkan air dengan daun pandan. Rebus doh hingga timbul. Angkat dan golekkan ke dalam kelapa parut.

#kuihulatbulu
#kuih
#allaboutfood
#instafood
#foodielover
#foodie
#cookedwithlove










Kuih ulat bulu....teringin nak makan. Lepas tu ada lak niat nak bagi pada hakakku yang tak sihat di sinun.

Buat sepeket tepung pulut banyak juga hasilnya...selain bagi kat hakak di sinun....dapat gak jiran sebelah menyebelah rasa. Mesti diorang tak pernah makan. Jangan lepas makan masing2 pakat naik gatal satu badan udah.......






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...