Friday, January 29, 2016

Resepi nasi ayam 

Menu arini......set nasi ayam istimewa ZLC. Kalau semalam lewat 30 minit. Harini Alhamdulilah...awal la sikit....rezeki pulak amat baik, lampu isyarat sume hijau time kitrg lalu...

Macam biasa la....hidangan nasi ayam mesti la ada nasi, ayam goreng, sup, salad dan sambal.....harini pun macam smlm tak sempat nak posing sangat....amik jer gambo ikut dan.


Resepi nasi ayam

Untuk nasi

5 cawan beras (saya guna basmathi - sukatan air ikut jenis beras)
7 cawan air rebusan ayam
5 helai daun limau purut
3 batang serai
Garam secukup rasa

Tanak nasi macam biasa. Bila nasi dah kering titiskan beberapa titis pewarna kuning jika suka. Biarkan nasi masak sepenuhnya (jgn kacau nasi selepas dititiskan pewarna. Biarkan nasi selama lima minit selepas masak sebelum di kareh rata). Masukkan bahan tumis di bawah dan kareh rata.

Tumis

1 batang kulit kayu
sekuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
10 ulas bawang merah - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris
5 sb minyak masak
2 sb minyak sapi

Tumis hingga naik bau dan bawang perang. Tuang dalam nasi yg telah masak sepenuhnya dan kareh rata.

Resepi nasi ayam

Untuk ayam

2 ekor ayam (atau bahagian pilihan) - potong ikut citarasa - celur selama 10 minit dengan air yg diletakkan hirisan halia - air celur jgn buang, guna dijadikan sup nanti)
1 sb sumac (rempah arab boleh beli dari kedai yg menjual makanan timur tengah - jika suka)
1 sb lada hitam (tumbuk/kisar)
1 sb serbuk halia
1 sb serbuk bawang putih
1 sb serbuk jintan manis
Gula perang secukup rasa
garam secukup rasa

Gaul rata dan perap seketika sebelum digoreng.

Resepi nasi ayam

untuk sambal

*5 biji cili kering (rebus atau rendam hingga lembut) - campur cili padinutk rasa yang lebih pedas
*5 ulas bawang merah 
*5 ulas bawang putih
2 sb sos cili
2 sb sos tomato
6 sb kicap

Kisar * hingga lumat. Satukkan semua bahan di dalam kuali dan masak hingga pekat dengan api kecil. 

Resepi nasi ayam

Untuk sup

Saya guna kaki dan tengkuk ayam dan air celuran ayam tadi.
1 batang lobak merah dihiris nipis
1 batang serai

Tuangkan bahan tumis dan perisakan dengan garam secukup rasa. Kemudian tabur daun sup dan daun bawang semasa menghidang.

Tumis

1 batang kulit kayu
sekuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
10 ulas bawang merah - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris
2 sb minyak masak
Tumis hingga naik bau dan bawang perang.

Pelengkap rasa

Garam secukup rasa
Daun sup dan daun bawang.

Resepi nasi ayam

Salad

Timun
Tomato
Daun salad


SET NASI TOMATO

Menu tengahari ni. Lewat skit siapnya dari waktu yg dijanjikan.....lewat 30 minit...

NASI TOMATO

6 cawan beras basmathi- cuci, rendam 30 minit dan toskan 
1 cawan susu cair 
4 biji tomato - cincang 
1/2 cawan sos tomato 
2 sb minyak sapi 
5 sb minyak 
Garam secukup rasa 
Air (untuk basmathi pusa cream dalam 6 1/2 cawan)
daun pandan disimpul or daun sup cincang 

bahan tumis 

3 ulas bawang putih - hiris 
5 ulas bawang merah - hiris 
1 inci halia - hiris 
3 biji Buah pelaga 
3 biji Bunga cengkih 
1 inci Kulit kayu manis 
2 kuntum Bunga lawang 

1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan minyak dan minyak sapi hingga kuning dan naik bau. Gunakan periuk rice cooker tu.. 
2. Masukkan susu cair, tomato, sos tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih. 
3. Masukkan beras & daun pandan/daun sup dan alihkan periuk ke dalam tempat rice cooker dan biarkan sampai airnya kering. Kacau sesekali. 
4. Apabila nasi telah kering, titiskan pewarna. Biarkan tanak sepenuhnya.
5. Boleh dihidangkan bersana lauk ayam masak merah dan dalca atau kerabu timun.

AYAM MASAK MERAH

Bahan A
1 1/2 ekor ayam - potong sederhana
1 labu bawang besar ~ potong gelang atau potong baji
2 sudu makan sos tomato

2 sb sos tiram

2 sb sos cili
Minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa
sedikit serbuk kunyit

Bahan B
15 tangkai cili kering Kisar
2 inc halia ~ kisar
3 ulas bawang putih ~ kisar
1 labu bawang besar ~ kisar
2 batang serai ~ titik

3 tangkai daun kari
4 biji tomato ~ potong baji
1 sb rempah kari daging
1 batang kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang

Ayam cuci bersih. Kemudian gaulkan dengan garam dan kunyit dan goreng sehingga masak. angkat dan ketepikan

Panaskan minyak dalam kuali. Tumis rempah tumis dan bahan yang dikisar, daun kari, rempah kari hingga garing, pecah minyak dan harum. Masukkan sos2 dan kacau sebati. 

Masukkan ayam, bawang besar, garam dan gula secukup rasa. Gaulkan sehingga sebati. Hidangkan bersama nasi tomato atau nasi lain yang sesuai. 

Resepi pecuk/jelatah

1 biji timun dipotong kecil

1 biji nenas dipotong kecil

1 biji bawah besar hiris

1 biji cili merah hiris

Cuka, gula dan garam secukup rasa

Satukan dan gaul rata.


Resepi dalca 

1/2 cawan kacang dal - rendam dan rebus sampai empuk ( saya kisar skit)

1 biji terung -potong ikut suka

2 biji kentang - potong ikut suka

1 batang lobak merah - potong ikut suka

sedikit kacang panjang - potong 2 inci

2 biji tomato belah 4

1 kg santan pekat

1 sk (penuh) asam jawa bancuh dengan 1/4 cawan air

* 2 biji Bawang besar

* 2 inci halia

* 6 ulas bawang putih

1/4 cawan rempah kari daging + ikan

2 tangkai daun kari

Minyak untuk menumis

Tumis * dan daun kari hingga naik bau. Masukkan rempah kari dan tumis seketika. Masukkan asam jawa. Kacau sebati. 

Masukkan air, dal dan kentang. Masak hingga kentang hampir empuk. Masukkan santan pekat, lobak. Masak hingga lobak hampir empuk. Masukkan terung dan kacang. Masak hingga mendidih dan sayur empuk. Masukkan tomato dan biarkan 2 minit. Tutup api.

Wednesday, January 27, 2016

Resepi kek oren


Teringin makan kek oren selepas tengok pos Kak Hjh asmah kat group kkpbt. Memandangkan resepi akak ni guna sukatan oz saya convert ke cawan supaya mudah nak rujuk.

Bau kek ni semerbak....saya tak letak sebarang pewarna tiruan.....kekalkan warna asli sebab ada anak yang alah kepada pewarna tiruan.

Resepi kek oren

8oz butter (1 cawan - 250 gm)
8oz gula castor (1 cawan + 1sb) - saya guna 1 cawan sahaja.....lebih kurang 7.1 oz)
8oz tepung kek (2 cawan - saya guna tepung gandum + 1sk baking powder - nak buat tepung kek sendiri pun tak boleh sebab kehabisan tepung jagung )
4bj telur gred A ( saya guna 5 biji gred C)
1bj buah oren (parut kulit nya)
1 sb jus oren

Cara

Butter, gula castor dan separuh dr parutan kulit oren. Pukul sampai gebu.
Telur asingkan putihnya pukul sampai berbuih.
Bila butter dah gebu masukkan kuning telur kacau rata.
(Saya terus masukkan sebiji2 telur)
Masukkan tepung kek sedikit2 kacau rata.
Masukkan putih telur kacau rata.
Akhir sekali masukkan separuh lagi kulit oren parut dan 1 sudu jus buah oren.
Kacau rata boleh la di bakar  dalam oven pada suhu 170 celcius selama 40 minit atau hingga masak.


Tuesday, January 26, 2016

Kentang Senyum Homemade

Resepi dan gambar ni anak saudara saya Norliyana Ihsan yang buat. Menarik untuk anak2....pasti diorg sukakan...kalau yg dibeli siap selain ada pengawet dia jugak disalut dengan lelemak....ermmm jom kita buat...

Kentang senyum @ ZLC

3 biji kentang - Rebus smpai empuk dan  lenyek hingga halus mcm nak buat mash potato tu.

Campurkan

3sb tepung gndum,
3 sb tpg jagung
garam halus secukup rasa

Uli sebati hingga jadi doh lembut. Ambil sedikit doh, bulat dan leperkan. Untuk buat mata dan mulut,  guna hujung sudu.

*****boleh tambah sedikit tepung jagung sekiranya adunan lembik memandangkan saiz kentang yg digunakan mungkin berbeza.


SIMPLE BERRY COMPOTE

Semalam buat sekaya, harini buat SIMPLE BERRY COMPOTE pulak menggunakan strawberi dan mulberi. Apa ke benda compote ni?????? Compote (dalam bahasa perancis bermaksud adunan/campuran dan disebut sebagai "kampot") merupakan hidangan pencuci mulut dari tengah eropah. Diperbuat daripada buah2an dan air gula. Buah2 ni selalunya menggunakan buah berry dimasak dengan gula dan rempah ratus. Ada sesetengah buah menggunakan air dlm proses memasak tapi macam strawberi tak perlu tambah air sebab jus dari strawberi tu pun dah cukup.

Resepi dari http://minimalistbaker.com/simple-berry-compote/ jadi pilihan saya untuk menyediakan compote yg sedap ini. Kaya dengan khasiat.....tanpa pengawet. Mudah disediakan....sesuai untuk mereka yang alah kepada pengawet dan pewarna tiruan dan juga pilihan sihat untuk pesakit kencing manis.

SIMPLE BERRY COMPOTE

Ingredients

COMPOTE

3 cups fresh or frozen fruit (I used 1/2 strawberries, 1/2 bing cherries) - (3 cawan strawberi atau sebarang jenis berries segar atau sejuk beku)
3 Tbsp orange juice - (3 sb jus oren - saya guna lemon)

OPTIONAL ADD-INS

1/4 tsp Ground cinnamon - (1/4 sk serbuk kulit kayu manis)
1/4 tsp Fresh or ground ginger - (1/4 sk serbuk halia atau paste halia segar)
1 tsp Raw sugar (1 sk gula - saya lebihkan sikit gula)
1 tsp Chia seeds (add after removing from heat) - (1 sk chia seeds - masukkan selepas api ditutup dan pindahkan pan dari dapur)

Instructions

Place fruit and juice in a small saucepan and bring to medium heat. (Letakkan semua buah2han serta jus di dalam pan dan pasang api sederhana.

Once bubbling, reduce heat slightly and use a wooden spoon to muddle and mash the fruit. (Bila dah mula menggelegak, kecilkan api sedikit dan menggunakan senduk kayu kacau dan lenyekkan buah2 tersebut.

Continue cooking over medium-low heat for 10-12 minutes, occasionally mashing fruit to combine. Tambah gula dan bahan lain kecuali chia seed. Kacau sesekali selama lebih kurang 10 - 12 minit lagi.

Remove from heat and transfer to a clean jar or container to cool thoroughly. Tutup api dan alihkan dari panas. Masukkan chia seed dan kacau rata. Pindahkan compote ke dalam bekas dan biarkan sejuk sepenuhnya.

Store in the fridge and reheat to serve with french. toast, waffles,pancakes, oatmeal, ice cream sundaes and more. Simpan  dalam peti sejuk sebab compote ni tidak mengandungi sebarang pengawet. Sesuai dihidangkan bersama roti bakar, pancake, waffles, oatmeal, aiskrim dll...


Ni je yang tinggal.....mulberi dari ladang sekangkang kera....


Sedia dimakan atau disimpan di dalam peti sejuk.....


Monday, January 25, 2016

Sekaya homemade

Sekaya homemade untuk dimakan dengan loaf cranberi latte...sedap woooo.....setengah buku roti habis sebaik keluar dari oven. Disebabkan sekaya ni takde pengawet, untuk simpan kena masukkan dalam peti sejuk. Kalau tidak tak tahan lama...cepat berkulat.



Sekaya @ ZLC

Bahan-bahan ( seisi keluarga ) 

6 biji telur 
3 cawan santan 
450 gm gula pasir 
2 sudu besar tepung gandum 

Cara-cara 

Pukul telur dengan 1/4 (180g) daripada sukatan gula hingga kembang.

Masukkan santan kelapa dan tepung. Kacau sebati. 

Jadikan selebih gula pasir tadi , gula hangus. Tuangkan adunan telur dan masakkan di atas api yang sederhana sehingga likat selama lebih kurang 40-30 minit. Lebihan sekaya ini boleh di simpan di dalam bekas tertutup di dalam fridge.



Roti cranberi latte

Minum petang. Lepas makan tengahari terus adun roti untuk minum petang dan kacau sekaya  sambil tunggu BM siap menguli. 

Resepi Doh @ ZLC

Bahan - Bahan :

500g tepung gamdum
50g gula kastor
5g garam
50g susu tepung
5g GR Superbake @ 7g bread improver & 7g bread softener 
8g yis
70g marjerin @ shortening 
1 biji telur ( jangan masukkan telur jika guna GR Superbake )
225 gram air sejuk (peti ais) (kalau guna gr superbake tambah air jadi 250 gm)

Kali ni saya tambah 1 sachet nescafe ceramel latte dan 1/2 cawan dried cranberry)

Cara-Cara Dengan Menggunakan Breadmaker:

Masukkan air, susu tepung, gula kastor, garam & telur ke dalam bread maker.
Gaulkan tepung, superbake @ improver & yis (bahan kering)
Masukkan bahan kering ke dalam bread maker. Pilih menu dough ikut BM masing2. Uli lebih kurang 5 minit kemudian masukkan shortening @ marjerin ke dalam bread maker.

Keadah uli manual

Satukan semua bahan kecuali mentega. Uli sebati. Masukkan mentega dan uli hingga tak lekat di besen dan tangan hingga doh berkilat dan elastik.

Biarkan mengembang selama sejam. Tumbuk doh dan uli sedikit untuk membuang anginnya. Kemudian bentuk dan bahagi doh ikut citarasa.

Susun di atas loyang yg di gris mentega. Buat hingga selesai.

Perap 3 - 4 jam (ikut keadaan suhu). Spray air atau boleh sapu egg wash dan taburkan hiasan. Bakar suhu 180 celsius selama 20 - 30 minit.

Thursday, January 21, 2016

Scone

Bila ada member group masak minta resepi scone, saya pun terus mencari dan meneliti beberapa resepi dari pelbagai sumber dalam dan luar negara. Scone yang duduknya dalam kategori kek ni merupakan hidangan waktu petang atau pagi bersama teh atau kopi panas. Biasanya dimakan begitu saja atau disajikan bersama jem dan butter.

Rata2 resepinya hampir sama, cuma ada yg guna buttermilk dan ada juga yg guna telur dalam adunan....selain menambah beberapa bahan seperti kismis, kranberi, mix fruits ...kekacang...

Sebelum ni saya memang tak terpanggil untuk makan atau membuatnya....hehehe....ermmmmm.... Sebabnya???? Entahlah yer....agaknya sebab rupanya not so tempting....ikut selera saya kot. Tapi bila ada orang request resepi, prinsip saya mesti cuba resepi yg saya nak share....terbukti reliable baru la berani...

Sumber saya pilihan saya kali ni ialah shahriahnovelistresepi.blogspot sbb saya tengok caranya mudah dan cepat. Hasilnya juga alhamdulillah....rasanya????....iras2 roti pun ada....kek????......ermmmm....macam tak....tapi sedap makan masa suam2 dengan kopi atau teh O....(saya makan masa dah sejuk pun ok jer)....jom le kita mewesternkan hidangan kita harini....

Scone saya ni ternipis la pulok....patutnya canai tebal dalam 2 cm....barulah boleh belah letak butter dan jemkannnnnn...

Scone @ ZLC

BAHAN-BAHANNYA :

2 1/2 cawan tepung gandum + 1 sudu besar baking powder + 1 sudu teh garam **
AYAK BERSAMA**

100 gm mentega *beku dan potong dadu

3 sudu besar gula castor
150 ml susu segar

Bahan tambahan (pilihan)
1/2 cawan cranberi
1/2 cawan kismis/kurma yg dipotong kecil2
1/2 cawan kacang hazel
Dll...

CARA :

Campurkan mentega dan *BAHAN AYAK* dan dengan menggunakan hujung jari gaul rata sehingga menjadi serbuk. Masukkan gula castor dan gaul rata.

Lubangkan di tengahnya dan tuangkan susu segar, sedikit demi sedikit sambil mengacau sebati dengan sudu.

**JANGAN DI ULI, SEKADAR MENJADIKAN IA SEBUKU DOH*

Leperkan adunan dengan menggunakan jari setebal 2 cm tebal.

**DOH ini memang agak lembik**

Terap dan sapukan dengan sedikit susu cair di atasnya... dapat lebih kurang 9 ketul. Panaskan ketuhar dengan suhu 180'C selama 10 minit. Masukkan adunan ke dalam ketuhar dan bakar selama 15-20 minit. Angkat dan hidangkan!!

Sunday, January 17, 2016

Sambal tumbuk jawa

Ni la sambal pembuka selera....sekali buat lebihkan untuk simpan....takde la nak kena buat selalu. 


Sambal tumbuk jawa @ ZLC

3 biji cili merah + cili padi secukupnya (belah skit supaya tak meletup bila digoreng)
1 biji bawang besar atau 5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 mangkuk ikan bilis - basuh dan toskan
Garam gula secukup rasa (biasa saya tak letak garam sebab bilis tu dah cukup masin)

Goreng semua bahan. 
Mula2 goreng bilis dulu sampai garing - bila buih2nya dah kurang maknanya bilis dah cukup garing - angkat dan toskan. Lepas tu goreng pulak bawang2 dan cili sampai layu jer tak perlu sampai garing..Toskan dan tumbuk kedua2 bahan goreng tadi. (Boleh guna food processor tapi best lagi tumbuk ngan lesung)

Bubur merah putih


Dua minggu lepas punya ceritera.....tetiba teringin makan bubur merah putih....tapi nak yg versi nasi bukan pulut yg macam hubby selalu buatkan tu....

Ikutkan bubur ni dibuat kalau celeb besday ker....baru sihat demam ker atau meraikan sesuatu yg menggembirakan.....tapi saya buat bila teringin...takde acara tertentu...

Rasa nak mkn buat jer la....janji bahannya ada terutama santan. Saya suka part yg putih tu...lemak2 masin....


Cara saya menyediakan bubur merah putih. 

1 cawan beras dibersihkan dan direbus sampai jadi bubur. Masukkan santan pekat secukupnya. Masak hingga mendidih. Kacau sesekali jangan sampai pecsh minyak dan hangit.

Kemudian saya asingkan sedikit bubur tadi dan letak sedikit garam. Selebihnya saya masukkan gula nisan/melaka dan masakkan hingga gula hancur dan sebati.

Nak hidangkan pun ada caranya. Ambil bubur merah dan tuangkan dlm mangkuk. Krmudian ambil sedikit bubur putih dan tuang ditengah2 mangkuk atas bubur merah tu....


Kambing bakar

Merasa juga makan kambing kampung segar Bahrain......sedap...cepat empuk....saya jangkakan mutton lambat empuk, agak liat aeperti yg biasa dijual di Malaysia dan bila dibakar ada bau sedikit hamis sekirnya tak dimasak dengan betul.....tapi sangkaan saya meleset la pulak...dagingnya lembut...tak banyak lemak.....

Bestnya kat sini.....ayam segar tanpa suntikan....kambing segar pun harganya murah.....jom pindah sini la...
Kambing panggang ZLC suka hatiku

4 kg kambing
1 labu bawang putih tumbuk lumat
4 inci halia tumbuk lumat
2 sb serbuk lada hitam
2 sb Sweet paprica
2 sb rosemary
10 sb madu
4 sb yogurt
10 sb smoke bbq sauce
Garam secukup rasa

Gaul rata dan perap semalam. Bakar suhu 200 °C  (api grill) selama sejam atau hingga daging empuk (tutup dulang dengan foil dahulu supaya daging cepat empuk dan tidak kering.

Saturday, January 16, 2016

Cream puff @ ZLC

Siaran ulangan creampuff lagi......masih menggunakan resepi yg sama sejak bertahun lamanya....serasi dengan resepi amy beh nih...

Kali ni buat dua adunan sebagai pencuci mulut untuk sarapan bersama nasi lemak....

I

Cream puff @ ZLC

Bahan2nya

Bahan A
1 cawan Air
100 gm mentega
1/2 sk gula
1 st esen vanila

Bahan B
Secubit garam
125 gm tepung gandum
3 biji telur
----

1. Satukan bahan A di dalam kuali.
2. Masak hingga mendidih. Kecilkan api.
3. Masukkan tepung.
4. Kacau hingga tak melekat di periuk. sejukkan 10 - 15 minit. (Kekadang tak tunggu sejuk pun...terus pecah telur dalam kuali)
5. Pecahkan telur satu persatu 
6. Kacau sebati .....saya guna hand mixer.
7. Masukkan adunan ke dalam piping bag guna nozel utk kuih samprit dahlia pun boleh.
8. Paipkan ke atas baking tray. bakar pada suhu 180°c selama lebih kurang 25 minit atau hingga keperangan.
9. Kuarkan dari oven dan lubangkan sedikit cream puff untuk kuarkan wap panas supaya mengelakkan cream puff mengecut/meleper bila dah sejuk.

******************************

Kastad Filling

2 - 3 cawan susu - boleh campur dgn air - 50 - 50 kalau tak mahu lemak sgt
1 biji telur
25 gm tepung kastard
25 gm tepung jagung
100 gm gula castor @ secukup rasa
1/2 cwn teh esen vanila.
1 sb mentega

10. Masak semua kecuali mentega di atas api sehingga likat dan berkilat. sentiasa kacau supaya tak hangit. kalau terlalu likat boleh tambah susu atau air. masukkan mentega. Sejukkan sebelum masukkan ke dalam piping bag. - kastard ni kalau kurang air nanti bila sejuk keras sangat sampai jadi puding plak tapi kalau rasa kastardnya terlalu pekat, boleh tambah air panas dan masakkan semula sebentar hingga sebati. (Saya suka kastard yg agak cair dan ada yg suka kastarf yg agak likat - jadi boleh olah jumlah air dan tepung yang digunakan)

11. Paipkan kastard ke dalam cream puff yang dah sejuk atau suam2 kuku melalui lubang yang di buat tadi...

12. Dah siap....nak hias dengan gula ising pun boleh...

Lauk pauk sejuk beku

Tanggungjawab sebagai isteri dan ibu walaupun bekerjaya.....bagi saya termasuklah menyediakan makanan untuk keluarga seboleh mungkin dari airtangan sendiri...... Bila ada keperluan untuk berjauhan begini saya akan cuba sediakan makanan sejuk beku untuk bekalan sepanjang kepergian saya....

Kali ni saya masakkan 2 jenis masakan berasaskan ayam untuk lunch dan dinner...sementara untuk sarapan telah saya buatkan kuah pasta, sambal bilis (sejuk beku) dan roti......alhamdulillah...sekurang2nya untuk beberapa hari ni makanan dah tersedia...cuma perlu defrost dan reheat.


Ayam masak lemak tumis ZLC

1 ekor ayam potong 8 atau ikut citarasa - gaul kunyit dan garam, goreng separuh masak (jangan terlalu garing)

kisar
1 1/2 biji bawang besar
2 inci halia
1/2 biji bawang putih
6 biji cili besar merah
4 biji tomato
(Boleh tambah cili padi)

Tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan 2 batang serai yg dititik dan 4 helai daun limau purut yg dihiris halus atau dikoyakkan. Kacau rata. Masukkan 3 biji ketang yg dipotong 4 (ikut saiz kentang).

Kemudian tuangkan 3 cawan santan. Kacau sebati. Masukkan ayam. Masak hingga ayam dan kentang empuk. Perisakan dengan garam secukup rasa. Tambah kuantiti santan jika ingin kuah yg lebih banyak. Sejukkan dan sefia disejuk beku.

Ayam masak kicap pedas ZLC

1 ekor ayam potong 8 atau ikut citarasa - gaul kunyit dan garam, goreng separuh masak (jangan terlalu garing)
2 keping asam gelugur
3 biji tomato belah 4
1 biji bawang besar hiris bulat dan 3 biji cili merah belah tengah jika suka
Garam dan gula secukup rasa
10 sb kicap pekat manis
2 batang serai dititik
Air secukupnya

kisar
1 1/2 biji bawang besar
2 inci halia
1/2 biji bawang putih
6 biji cili besar merah
(Boleh tambah cili padi)

Tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan kicap manis dan serai yg dititik serta asam keping. Kacau sebati. Masukkan ayam. Masak hingga sebati. Tambah air jika perlu untuk kuah. Setelah mendidih, sesuaikan rasa. Masukksn tomato, bawang hiris dan cili. Kacau seketika. Tutup api.

Roti macam2 ada

Berkesempatan berada di negara timur tengah.....saya teruja dengan bahan masakan yang terdapat di sini....pelbagai...segar....harga berpatutan.....  Hari ni saya buat roti.  tepung roti kat sini sgt bagus....masih terlihat serat2 gandumnya....nampak sgt kualitinya berbanding yg dijual di malaysia... Tak timbul isu tepung tak elok dimakan selalu......jadi makanan ruji lagi... Kalau la saya boleh...ingin saja saya jadi pemgimport tepung supaya boleh jual tepung yg baik untuk org malaysia...

Ada hati nak bersaing dengan faiza dan lain2....jangan lupa nanti korang beli tau.....Tepung ZLC...terbaik dipasaran....😄😄😄😄😄😄😃😃😃😃😃


Resepi roti asas  ZLC

500 gm tepung roti (high protein)
7 gm sotftener
5 gm improver
50 gm gula
5 gm garam
8 gm yis
60 gm mentega
30 gm susu tepung
1 biji telur
225 gm air ais

Satukan semua bahan dalam besen kecuali mentega. Uli sebati sebelum tambahkan mentega. Uli hingga elastik. Kalau guna BM ikut arahan dalam manual untuk doh.

Perap hingga 2 kali ganda atau terus bahagi doh dan bentuk dan letak bahan tambahan ikut citarasa. Perap (proof) selana 2 jam atau hingga naik 3 kali ganda lebih kurang.

Untuk kali ni saya letak lebihan kastard untuk puff di dalam bun dan sebahagiannya letak keju dan gula.

Yang berwarna hijau tu saya letakkan air perahan daun pandan....inti kelapa dan burger bun.

Saya bakar pada suhu 180 celcius selama 20 minit lebih kurang dalam oven yg trlah dipanaskan terlebih dahulu......suhu dan tempoh bergantung pada oven masing2 juga.

Friday, January 15, 2016

Kek coklat kukus

Sempat saya menyediakan kek coklat pagi2 lagi.....kiranya siap sekali ngan nasi goreng untuk sarapan. Buat khas untuk anak2 buah. Resepi asal kek coklat milo kukus...diaebabkan ketiadaan milo disini, saya ambil keputusan tukar namanya...drop the milo....jadilah kek coklat kukus.

Cara pembikinannya pun saya olah daripada resepi asal....main lebur ikut suka dan kacau sebati guna whisker saja....kejadiaannya Alhamdulillah....gebus lembut....

Kek coklat kukus @ ZLC

Bahan2

1 1/4 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 1/2 sk soda bikarbonat
1 cawan serbuk koko

3/4 cawan gula

Kacau sebati. Kemudian masukkan bahan dibawah dan pukul sebati guna whisker.

4 biji telur saiz L
1 cawan susu pekat
250gm mentega - cairkan

Akhir sekali setelah sebati masukkan pula

1/2 cawan susu cair dan seterusnya
1/2 cawan air panas

Kacau sebati. Tuangkan adunan dalam loyang. Kukus dalam kukusan (yg telah dipanaskan terlebih dahulu) selama 45 - 60 minit api sederhana.


Topping

1 1/2 cawan thick cream 
300g coklat masakan dicincang

Kacau sampai hancur larut masuk kan
2sb butter kacau rata tutup api. Biarkan sejuk sebentar. Kemudian tuang atas kek dan hias atas kek ikut kreativiti.

Wednesday, January 13, 2016

Puff kastard peach



Malam ni buat puff...anak buah beriya nak buat sesuatu dengan peach dalam tin yang dibeli. Jadi cadangkan buat puff pastry (guna yg ready made jer) ngan kastard....senang dan sedap.
Saya tunjukkan cara kedua membentuk puff pastry....


Selain  dimakan bersama  peach, boleh juga dipelbagaikan dengan filling blueberi, strawberry, nutella dll...ikut citarasa.

Resepi kastard

2 sb tepung kastard
1 biji telur
2 cawan susu segar
Gula secukup rasa
Secubit garam
50 gm mentega

Satukan kecuali mentega dan kacau sebati. Hidupkan api sederhana. Kacau adunan guna whisker hingga adunan pekat. Masukkan 50gm.mentega. tutup api


Monday, January 11, 2016

Kek coklat milo kukus gebus

Hari ni nak pegi outstation. Sebelum anak pegi  sekolah sempat dia bagitau nak kek betul tak mau kek kecik (congo bar dan brownies) macam semalam. Jadi sebelum pegi buatkan la kek sebenar untuk dia...surprise bila balik sekolah nanti.


Kek coklat milo kukus @ ZLC

Bahan2

4 biji telur (saya guna 5 biji saiz C)
3/4 cawan gula
Mix kan sampai agak kembang (saya guna whisker mix hingga sebati)

Masukkan

1 cawan susu pekat
1 cawan minyak (saya guna 250gm mentega cair)

Mix sebati. Kemudian masukkan bahan dibawah yang telah di ayak sedikit2 sambil di adun rata hingga habis.

1 1/4 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 1/2 sk soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan serbuk milo (saya guna koko savanah)

Setelah sebati masukkan pula

1/2 cawan susu cair kemudian,
1/2 cawan air panas

Kacau rata masuk adunan dalam bekas kecik2 separuh adunan panaskan kukusan dan kukus 15 mnt api sederhana kukus.
Kalau guna loyang besar tambah masa mengukus selama sejam.

Topping

1 1/2 cawan whipping cream dairy panaskan
Kemudian masukkan
300g coklat masakan dicincang

Kacau sampai hancur larut masuk kan
2sb butter kacau rata tutup api masuk peti sekejap supaya cepat
pekat. Kemudian tuang atas kek dan hias atas kek ikut kreativiti.

CONGO BAR COKLAT SEDAP



Besday Bar untuk anakanda....selalu asyik buat kek jer...sesekali tukar selera...buat congo bar pulak...senang nak bawak gi tadika...dah potong kecik2...

Resepi ni saya dapat dari group kkpbt....worth trying...

CONGO BAR COKLAT @ ZLC

Bahan2
280 g Tepung Gandum
2 1/2 sudu kecil baking powder
30 g serbuk koko
250 g butter - cair / 1 cawan minyak /guna marjerin
300 g gula caster
3 biji telur B - tun guna telur A
1 sudu kecik Esen Vanilla
1 cawan coklat chip -
Kekacang pilihan utk tabur di atas

Cara2:
Pukul telur dan gula caster. Pukul sekadar sebati je, tak perlu hingga kembang.
Masukkan esen vanilla.
Masukkan tepung gandum yang dah dicampurkan serbuk koko dan baking powder dengan cara kaup balikkan adunan dengan spatula.
Masukkan minyak dan gaul hingga sebati. Masukkan Coklat Chip.
Tuangkan dalam loyang yang sesuai. Ratakan kesemua bahagian. Taburkan coklat cip/ kekacang pilihan.
Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 30 minit atau mengikut kesesuaian oven masing2.


Bingka pandan susu

Bingka susu ni sebenarnya kesinambungan bingka pandan aritu....nak buat dua adunan tapi santan tak cukup jadi saya gantikan dengan susu tepung. Kalau takde susu tepung boleh ajer guna susu cair atau susu segar.

Bingka susu pandan @ ZLC

2 cwn tepung gandum
2 cwn santan (saya gantikan air campur susu tepung 6 sudu - boleh juga gantikan dengan susu cair atau segar)
1 cwn pati pandan
2 biji telur
1 cwn gula(saya kurangkan sedikit)
1sk garam
2 sb butter cair/minyak msk

Bijan secukupnya

cara2:

Gaul rata semua bahan guna whisker. Sapukan loyang dengan minyak dan panaskan sebentar di dalam oven. Keluarkan loyang dan tuang adunan,  taburkan bijan secukupnya dan bakar suhu 200 celcius selama 50-60 minit ikut oven masing- masing.

Sunday, January 10, 2016

Ayam goreng pandan

Dah lama teringin masak ayam pandan nih, tapi tak terbuat2, ada jer kekangan dan selalunya sbb takde daun pandan yg cukup. Semalam pegi pasar beli dua pokok daun pandan....puas hati. Dah buat bingka pandan pun daun masih banyak ...lebar2 pulak tu...tu yg terus dapat idea buat ayam pandan nih.

Ayam goreng pandan ZLC

4 keping dada ayam potong 4 setiap satu
2 sb minyak bijan
Kisar
1/2 cawan air daun pandan
1/2 labu bawang putih
3 inci halia
1 sk jintan manis
1 sk ketumbar
Garam dan gula secukup rasa
Perap ayam dengan semua bahan di atas selama sekurang2nya 3 - 4 jam.
Daun pandan secukupnya untuk membalut ayam
Lidi atau pencungkil gigi utk menyemat daun
Minyak secukupnya untuk menggoreng
--------
Saya balut cara mudah. Ambil seketul ayam dan lilit dengan daun pandan dan semat dengan lidi. Ada yang buat macam kon dan balut bentuk 3 segi. Nanti lain kali saya ambil gambar cara nak balutnya.
Siap balut semua ayam boleh simpan beku atau goreng terus hingga garing.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...