Cantik kejadian apam ni. Rasanya pun sedap. Resepi apam ni saya ambil dari blog masam manis. Tq yer....saya post kat blog ni pula...
Apam yogurt
2 cawan gula castor (guna 1 1/2 cawan jer.....tu pun dah manis)
1 sdt ovallete
2 cawan tepung gandum
1 cawan yogurt asli
2 biji telur
1/2 st double action baking powder
1 st serbuk koko (Tak pakai)
1st pes coklat (Saya guna pewarna merah)
__________________________________
Campur semua bahan di atas dalam mixer.
Pukul sampai adunan menjadi pekat, pucat warnanya..*guna high speed.
Adunan menjadi pekat seakan-akan yogurt..
Asingkan sedikit daripada adunan tersebut (lbh krg 5 sdb) dan campurkan serbuk koko dan pes coklat, gaul sebati.
Sendukkan adunan putih ke dalam cup muffin 3/4 cup, sudukan sedikit adunan coklat atasnya.
Kukus dengan api kuat, pastikan kukusan sudah betul-betul panas baru letakkan kuih tadi.Kukus lebih kurang 15 minit, adunan yang masak akan mekar tersenyum...
Sejukkan &; simpan dalam bekas tertutup.

*Pes coklat, serbuk koko boleh diganti dengan apa bahan lain jika inginkan kelainan contoh jem atau filling dan pewarna kesukaan
*Pastikan menggunakan api yang besar semasa memasak air kukusan dan pastikan juga air kukusan benar2 telah mendidih sepenuhnyer barulah diletakkan apam untuk mendapatkan apam yg mekar.
Penutup kukusan juga hendaklah di balut dgn towel atau kain supaya air tidak menitik atas apam.