Friday, November 24, 2017

Sirap Bandung Santan


Sirap bandung santan.....korang biasa minum tak? Sedap, saya suka tapi anak2 kureng pulak. Saya guna santan kelapa sawit. Tak lemak sangat macam santan kelapa biasa tu tapi ok lah. Kalau ada cincau merah tu lagi meletops.... Minum dikala panas mentari....perghhhhh.....puas tak terkata, lagi pun guna santan lagi menyihatkan berbanding guna susu cair tu.


Sirap bandung bersantan

Gula
Sirap rose
Daun pandan
Santan
Garam
Ais
Cincau merah/hitam, selasih jika suka

Masak gula, beberapa helai daun pandan dan sirap ros dengan air secukupnya hingga gula hancur.
Satukan santan, garam, air gula sirap secukup rasa. Masukkan ketulan air.


Pisang lembut Dan Moist (Moist Banana Cake)


4 biji kek pisang saya buat semalam. 2 untuk jamuan akhir tahun anak2, 1 untuk tempahan member office dan satu untuk makan sendiri dan bawa untuk makan dengan member2 office.... Resepi kek ni saya olah sedikit dari sumber asal azlita masam manis. Saya kurangkan gula dan tambah 2 sb susu pekat....ermmmmmm....sedap...moist sangat kejadiannya.


Kek Pisang lembut Dan Moist (Moist Banana Cake)

Bahan-Bahan Kek

4 biji telur gred A
8 biji pisang emas ~ 7 biji dilecek dan sebiji di hiris nipis untuk hiasan
1 cawan gula kastor atau gula halus (saya kurangkan sedikit gulanya dan tambah 2 sb susu pekat)
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan butter dicairkan atau minyak jagung
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen pisang atau esen vanilla
sedikit garam


Cara-cara membuatnya:

Mula-mula kita kena panaskan oven dahulu pada suhu 170C
Oven hendaklah di panaskan 15 minit sebelum memasukkan kek ke dalamnya
Campurkan tepung gandum bersama baking powder dan kemudian di ayak, ketepikan
Pisang di lecek lumat. Tinggal baki 1 biji untuk hiasan.
Campurkan garam dan juga soda dalam pisang lecek dan gaul rata, ketepikan.
Dalam bekas pemutar, putarkan telur bersama gula dan esen pisang hingga kembang.
Kemudian tuangkan butter cair dan gaul rata.
Tuangkan adunan pisang ke dalam adunan telur dan kaup balik rata.
Kemudian masukkan tepung dan kaup balik adunan sempurna.
Sediakan loyang ukuran 9 inci, alas loyang dengan kertas pembakar dan sapukan loyang dengan sedikit butter.
Tuangkan adunan ke dalam loyang.
Hiaskan atas adunan dengan kepingan pisang yang di hiris nipis supaya pisangnya tak tenggelam dan elok cantik terletak selepas masak.
Bakar dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 45 minit atau sehingga kek telah masak dengan sempurna.
Cucuk tengah kek dengan lidi untuk pastikan kek telah masak. Jika lidi keluar kering maknya kek telah cukup masak, jika sebaliknya tambahkan lagi masa membakar.



MOIST CHOCOLATE CAKE


Kek coklat biasa2 jer dengan deco ala2 gitu2 jer. Saya tak pandai satu hal....tak sempat satu hal.... Semalam dari jam 3 petang saya baking beberapa biji kek untuk tempahan dan juga jamuan akhir tahun sekolah anak2 sampai jam 11 lebih baru off oven. Deco cake ni pun subuh tadi sambil siapkan sarapan dan bekal sekolah. Deco gitew2 camni pun anak2 rasa dah cantik sangat.....terharu rasanya...hahahahha. 

Kek ni saya buat untuk anak sulung bagi cikgu2 kat sekolah....tanda terima kasih sebab dah bantu ayah ummi dia mendidik diorang. Resepinya saya cnp dari blog tiffin biru. Harap memenuhi selera kek coklat premium nih. Patut buat dua tingkat tapi semalam bahan dah habis, serbuk coklat, chocolate compound, telur, tepung semua kehabisan stok. Tak dan nak cari dah....

Tulisan pun huduh kemain....hahahah....macam nak kena masuk tadika semula kategorinya ni....


MOIST CHOCOLATE CAKE
Kek coklat (bakar)

BAHAN-BAHANNYA :-)

1 cawan tepung kek/tepung gandum*
1 camca teh serbuk penaik*(*digaul dan diayak 3 kali)
1 cawan gula perang (soft brown sugar)
2 biji telur gred A
125 g mentega
1 camca teh esen vanilla
1/2 cawan serbuk koko*
1/2 camca teh nescafe*
1/4 cawan gula halus*
1/2 cawan air panas*
1/4 cawan susu cair*(*disatukan hingga menjadi pes coklat)

BAHAN COKLAT GANACHE :-)

200 g coklat masakkan
150 ml UHT Whipping Cream (boleg ganti dengan susu 100 ml susu cair)
1 camca teh mentega



CARA MEMBUATNYA :-)

Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.Pukul mentega dan gula perang hingga putih.

Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang dan gula hancur.Perlahankan speed, masukkan tepung berelang seli dengan pes coklat hingga habis. Gaul hingga rata dan sebati.Tuang adunan tadi dalam tin. Bakar dalam oven selama 45 - 50 minit. Sejukkan sebelum dihias dengan chocolate ganache jika suka...


UNTUK GANACHE:- Satukan coklat dan UHT Whipping Cream dalam mangkuk tahan panas. Cairkan secara double-boiler, bila semua larut, matikan api dan masukkan mentega dan gaul rata dab boleh tuang atas kek coklat tadi. Biar coklat sedikit mengeras dan boleh hias ikut kreativiti anda.

Wednesday, November 22, 2017

Apam Kampung Gula Merah


Takdan sejuk. Jadi tak nampak gebu sangat. Baru keluar oven anak dah merengek2 nak makan. Lapar sangat dah katanya. Apam kampung atau apam tepung gandum ni mudah sangat nak dibuat. Kali ni saya malas nak keluarkan kelapa parut, jadi makan gitu jer. Biarlah orang kata tak sempurna makan apam tanpa kelapa tapi hakak tetap suka. hahaha.


APAM KAMPUNG GULA MERAH

1/2 cawan gula melaka atau gula perang
1/2 cawan gula pasir
2 cawan air
1 helai daun pandan di simpul

Satukan bahan ini dalam periuk dan masak sampai gula larut.
Sejukkan, dan tapis. Pastikan dapat 2 cawan air gula ni, kalau kurang tambah sikt air jadikan  cawan

4 cawan rata tepung gandum
secubit garam
1/2 cawan air
11 gm yeast
1 cawan air


Satukan tepung dan garam dalam bekas
Buat lubang kat tengah dan tuangkan yis, air, air gula. Gaul rata sampai tidak berbentil. Kalau susah boleh masuk dalam blender, tapi jangan masuk semua.. kena masuk 1/3 sekali blend sebab adunan kental blender susah nak berpusing. Kalau nak guna hand mixer pun boleh. Atau tapis adunan.

Kemudian tutup ( tutup dengan tudung yang tinggi sebab adunan akan naik ) dan perap adunan selama 1 jam hingga ia nak 2 kali ganda
Sediakan loyang 11 inc yang telah di sapukan minyak. Boleh juga guna acuan kecil ikut citarasa.

Tuangkan adunan dalam loyang.
Balut penutup pemgukus supaya air kukusan tak menitis atas apam.
Kukus dengan api besar selama 40 minit atau kurang ikut saiz acuan.

Bila dah masak, tunggu sejuk baru potong
nak mudah potong, sapukan sedikit minyak pada mata  pisau.

Hidangkan bersama kelapa parut yg digaul dengan sedikit garam.

Tuesday, November 21, 2017

Bun Coklat dan kuah durian


Bila mood rajin, memang rasa nak tido kat dapur jer. Hahaha, Sepanjang hari saya di dapur. Ada jer idea memasak yang melintasi ruang fikiran. Kebetulan buat roti manis kosong, hubby called minta masakkan kuah durian untuk majlis ilmu malamnya. Ada yang berbesar hati sponsor durian malam tu, jadi boleh la makan ramai2....cicah dengan roti slice. Roti saya ni buatnya seketul jer...lepas la makan kami sefamily malam tu.

Berbalik kepada cerita roti ni, walau pun hanya menggunakan tepung gandum tapi hasilnya gebussssss sekali. Jimat kos guna resepi ni. Janji uli betul2 sampai doh elastik dan licin...pasti cemerlang.


RESEPI ROTI DAN DONUT LEMBUT
Resepi Oleh: Nor Jannah
Dicuba Oleh: Zulfaza Loves Cooking

Bahan A:

Tepung gandum- 500 gram
2 sb serbuk koko
Gula kasar- 80 gram
Garam- 6 gram
Yis- 8 gram
Bread Improver- 5 gram
Marjerin- 55 gram / shortening utk warna lebih putih

Bahan B:

Telur- 1 biji gred A
Ais Kiub- 100 gram
Air biasa- 140 gram

Cara untuk uli menggunakan mixer:

1) Timbang bahan A dan masukkan ke dalam bowl.

2) Timbang bahan B dan masukkan ke dalam A.

3) Putar menggunakan mixer dengan menggunakan speed rendah dahulu sehingga sebati.

4) Kemudian boleh tukar ke speed medium. Putar sehingga doh elastik iaitu doh licin, berkilat dan tarik tidak putus.


Cara untuk membuat Roti

1) Setelah siap, keluarkan doh dan timbang 33 gram. Bulatkan dan letak dalam loyang 5 inci sebanyak 5 biji.

2) Perap sehingga doh naik paras loyang dan bakar suhu 160'c selama 30 minit, api atas bawah. (Suhu ikut suhu oven masing-masing)

[ Jika guna bread maker @ BM ]

1) Masukkan bahan cecair di bawah dulu. Bahan kering di atas.

2) Sukatan ais kuib boleh tukar ke air biasa.

3) Boleh uli dua kali untuk dapatkan hasil roti yang halus.

4) Selepas siap, boleh timbang dan ikut step membuat roti/ donut seperti di atas.

Saya halalkan ilmu yang di beri. Sharelah untuk semua. Terima kasih.

#KelasKakJannah


KUAH DURIAN

Bahan2nya :

1 keping gula melaka
5 cawan santan sederhana pekat
20 ulas durian
gula jika perlu
daun pandan disimpul
sedikit garam
1 sudu tpg gandum*
sedikit air *
* gandum dan air bancuh terlebih dahulu.

Cara2 nya :

1.Gula melaka dan sedikit air ..dimasak dahulu kemudian ditapis tuk membuang bendasing.

2.Masukkan santan, durian, tepung, daun pandan, sedikit garam dan bancuhan air gula tadi masak hingga mendidih dan sentiasa dikacau. Jika kurang manis tambah la gula.

3.Kacau sentiasa sehingga masak.

Bun Coklat Inti Kacang Merah


Nak habiskan stok inti kacang sebab dah dibuka tak boleh simpan lama sangat nanti berkulat. Jadi ejas sikit resepi jannah ni...saya tambah sebuk koko. Hasil memang mantops meletops. Saya uli guna bread maker. 1 1/2 kali masa menguli untuk dapat doh yang lebih elastik.


RESEPI ROTI DAN DONUT LEMBUT
Resepi Oleh: Nor Jannah
Dicuba Oleh: Zulfaza Loves Cooking

Bahan A:

Tepung gandum- 500 gram
2 sb serbuk koko
Gula kasar- 80 gram
Garam- 6 gram
Yis- 8 gram
Bread Improver- 5 gram
Marjerin- 55 gram / shortening utk warna lebih putih

Bahan B:

Telur- 1 biji gred A
Ais Kiub- 100 gram
Air biasa- 140 gram

Cara untuk uli menggunakan mixer:

1) Timbang bahan A dan masukkan ke dalam bowl.

2) Timbang bahan B dan masukkan ke dalam A.

3) Putar menggunakan mixer dengan menggunakan speed rendah dahulu sehingga sebati.

4) Kemudian boleh tukar ke speed medium. Putar sehingga doh elastik iaitu doh licin, berkilat dan tarik tidak putus.

Cara untuk membuat Roti

1) Setelah siap, keluarkan doh dan timbang 33 gram. Bulatkan dan letak dalam loyang 5 inci sebanyak 5 biji.

2) Perap sehingga doh naik paras loyang dan bakar suhu 160'c selama 30 minit, api atas bawah. (Suhu ikut suhu oven masing-masing)



[ Jika guna bread maker @ BM ]

1) Masukkan bahan cecair di bawah dulu. Bahan kering di atas.

2) Sukatan ais kuib boleh tukar ke air biasa.

3) Boleh uli dua kali untuk dapatkan hasil roti yang halus.

4) Selepas siap, boleh timbang dan ikut step membuat roti/ donut seperti di atas.

Saya halalkan ilmu yang di beri. Sharelah untuk semua. Terima kasih.

#KelasKakJannah


Monday, November 20, 2017

Udang Goreng Mentega


Menu hujung minggu. Dah lama tak masak beriya hujung minggu sebab ada jer urusannya. Semalam kebetulan tiada sebarang aktiviti luar dan hubby pun kena keluar bekerja jadi masa di rumah tu saya penuhi dengan mengemas, memasak dan melayan tanaman didepan rumah.


Udang goreng mentega @ ZLC

Bahan2:
1 kg udang saiz sederhana

sedikit cili padi
serbuk kunyit & garam secukup rasa
6 sb tepung jagung
minyak utk menggoreng

8 ulas bawang putih dicincang halus
10 biji cili padi hiris halus
8 tangkai daun kari
3 sb mentega
5 sb minyak
6 sb susu/cream masakan

Cara2:

Satukan tepung jagung, serbuk kunyit & garam. Gaul udang dengan adunan tepung jagung tadi. Goreng sehingga masak. Angkat dan tos minyaknya.

Panaskan mentega dan minyak. Daun kari dan goreng garing. Kemudian masukkan bawang putih dan cili padi, tumis hingga naik bau. Masukkan susu. Biarkan seketika hingga mendidih.

Akhir sekali masukkan udang yang telah digoreng tadi. Gaul rata dan hidangkan. 


Mee Kari Makcu

Hidangan untuk majlis ilmu dipejabat. Ini saja yang sempat disediakan sebelum bergerak ke perak untuk menziarah pemergian ibu saudara. Banyak yang terlupa....daun sup daun bawang, tauhu...


Mee Kari Makcu
http://www.zulfadreamland.blogspot.my

Untuk kuahnya
Bahan-bahannya

2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
2 inci halia
segenggam ikan bilis
3 sb serbuk kari daging
2 sb serbuk kari ikan
4 sb cili boh
1/2 cwn air asam jawa pekat
3 liter santan dari 2 biji kelapa
Air rebusan ayam secukupnya
Fish ball dan fish cake
Garam secukup rasa
1 sedikit gula melaka (optional)
3 batang serai dititik
4 tangkai daun kari
Minyak untuk menumis.

Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan ikan bilis hingga hancur.

Panaskan minyak. Tumis serai dan daun kari seketika. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik bau.

Masukkan serbuk kari dan tumis hingga garing/pecah minyak. Masukkan air asam dan kacau rata. Kemudian masukkan santan, garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih.

Masukkan sotong, udang, kerang, fish cake dan fish ball. Masakkan 5 minit sebelum tutup api. Hidangkan bersama bahan pelengkap di bawah.

 ---------------------
Bahan pelengkap

1 kg mee kuning di celur
1 kg laksa di celur
Tauge/sawi/kacang panjang dicelur
Bawang goreng
Cili dihiris nipis
Tauhu goreng
Daun sup dan daun bawang
Daun pudina
Limau nipis/kasturi
Cili jeruk
Bawang goreng
Begedil

Nasi goreng petai


Makan malam masakan encik suami. Nasi goreng petai. Sedap sangat. Anak-anak suka tapi petainya diketepikan. Masing-masing belum pandai makan petai.

***jangan lupa petua nak hilangkan bau dimulut selepas makan petai. Minum segelas susu segar, Insya Allah mulut tak berbau petai. Jadi bila membeli petai jangan lupa beli susu segar sekali yer.


Nasi goreng ikan masin sempoi

6 cawan nasi sejuk
1 keping dada ayam - hiris kecil

Tumbuk *
*1 biji bawang besar cincang
*6 ulas bawang putih cincang
*6 biji cili padi (boleh tambah ikut citarasa)

1 pokok sawi - potong kecil
1 mangkuk kecil petai

5 sb kicap
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Panaskan minyak. Tumis bahan yang ditumbuk hingga naik bau. Masukkan ayam. Tumis hingga ayam masak. Masukkan nasi. Gaul rata. Masukkan kicap dan garam secukup rasa. Gaul sebati. Akhir sekali masukkan sayuran. Kacau seketika hingga sayur masak. Jangan terlalu lama nanti sayur berubah warna dan tak sedap.

Selepas itu tutup api dan pindahkan nasi ke mangkuk hidangan.



Friday, November 17, 2017

Kek Coklat Kukus


Kek coklat kukus untuk jamuan akhir tahun sekolah. Coklat ganache saya ni tercair sikit. Nak cepat....tak sempat nak sukat2.


Kek coklat kukus
http://www.zulfadreamland.blogspot.my

Bahan-Bahan:

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula perang
1 cawan susu segar
1 cawan mentega (250 gm)
1/2 cawan susu manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 sk soda bicarbonate
3 biji telur (Kalau saiz C saya guna 4 biji)

Cara : -

Campur koko, gula, susu cair, susu manis dan mentega ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut.

Tutupkan api dan biarkan ia suam.
Panaskan periuk kukus berisi air secukupnya.
Tepung, soda bicarbonate dan baking powder di ayak bersama.

Telur dipukul (tak perlu kembang sangat sekadar menggunakan whisker dlm mangkuk yg besar kemudian tuangkan campuran koko tadi sambil dipukul. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul cara kaup & balik menggunakan senduk hingga sebati.

Tuang dalam acuan yang di alas dengan kertas minyak di dasarnya dan balut loyang dengan aluminium foil.

Kukus selama 1 1/2 jam,  Sejuk kan  sebelum dihias ikut citarasa.


Thursday, November 16, 2017

Biskut Dahlia


Siap juga semalam tempahan member opis. Tengah ada mood nak mengukis jadi balik opis semalam terus buatkan dua jenis kukis yang ditempah. Dia tak suka ceri jadi saya letakkan choc cip sebab kalau tak letak apa2 hiasan macam tak comel pulak kukis ni. Biskut ni nak panggil dahlia atau semperit boleh jer sebab adunan sama.


Biskut samperit/dahlia traditional
@ http://zulfadreamland.blogspot.my

1 mangkuk tepung gandum
2 mangkuk tepung jagung 
1 mangkuk gula ising 
1 sb tepung kastard 
1 mangkuk mentega 
2 biji kuning telur

-------------------
Gaul semua tepung dan gula macam nak buat bread crumb.....sehingga semuanya betul-betul sebati.
Masukkan mentega dan gaul sebati.
Masukkan kuning telur dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan. (Kalau adunan agak keras tambah mentega secukupnya)

Guna nozel pecah 12 atau ikut citarasa. Boleh juga pilih nozel nipis panjang macam tart gulung tu.

Tekan doh di atas loyang menggunakan acuan. Hias dengan hirisan ceri. Bakar selama 25 minit suhu 170 celcius bergantung juga kepada saiz dan ketebalan.

Ni resepi orang dulu2...saya guna sukatan mangkuk air basuh tangan


Wednesday, November 15, 2017

BISKUT ARAB


Menyempurnakan permintaan luar musim. Berbulan dah menempah tapi baru la dapatnya....kikiki. Sabo jer la. Bila time tak berapa nak rajin mengukis...gini la jadinya.

Kali ni saya guna resepi Chef Hanieliza dengan sedikit olahan. Buat warna asli jer...takde colorful. Moga menepati citarasa mereka berdua.


BISKUT ARAB / CRYSTAL BALL

Bahan-bahan :
500 gm tepung gandum
250 gm gula halus
50 gm serbuk badam
250 gm minyak sapi

pewarna..merah ..kuning dan hijau (optional)


Cara :

1. Gaulkan semua bahan sehingga sebati.
2. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yang sama banyak dan warnakan dengan warna yang berlainan setiap satu bahagian. (optional)
3. Cubit sedikit adunan dari setiap warna, cantumkan dan bulatkan.
4. Masukkan dalam paper-cup dan bakar dalam 180'C selama 20-25 minit.
5. Bila telah sejuk, golekkan biskut ke dalam gula halus dan masukkan semula ke dalam paper cup.
6. Simpan dalam balang kedap udara.

Pau gebu inti kelapa

Mengepau lagi. Geram pulak dengan pau semalam tak berapa nak licin. Hari ni pun sama....banyak yg kerepot berbanding yang licin....huhuhuhu. Memanglah masih lembut tapi tak cantik....

Kena praktis lagi dan lagi ni. Anak2 suka makan especially inti kacang. Yg buat hari isnin tu tak cukup 2 adunan. Ni buat pulak 2 adunan lagi guna resepi sama.




Tuesday, November 14, 2017

Pau gebu dan lembut


Balik kerja semalam sempat menguli dan mengukus pau inti kacang merah. Sumber resepi kali ni myresipi. Memang sedap...gebu...lembut sampai ke pagi. Bahan dan caranya mudah.

Pau saya ni tak licin sangat....sebab kukus lama sangat kot....nanti nak cuba lagi sampai dapat hasil yg gebus lagi licin.


Pau Gebu & Lembut

Bahan-bahan ( 10 biji )

250g (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak (pakai tepung gandum pun boleh)
3g (3/4 sudu teh) yis kering
2g (1/2 sudu teh) baking powder
50g (4 sudu makan) gula castor
20g (1 sudu makan) lemak sayuran
2g (1 sudu teh) bread softener
1/2 cawan air suam

Cara-cara

Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin

***Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start

Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
***Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam)
Bahagikan doh kepada 10 bahagian
Masukkan inti dan tutup kemas.

Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus.
***untuk inti, bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.
Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.
Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit.


***TIps : Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.
Selamat mencuba...

Sunday, November 12, 2017

Donut gebu


Sarapan pagi ringkas jer....hubby kerja jadi buatkan sarapan ringan jer untuk anak2.
Anak kata cenggini 👍👍👍👍 rasa dia....😄. Resepi kali ni berbeza sikit dari resepi yang saya guna sebelum ni. Saja nak test2 resepi.  Hasil....Alhamdilullah...cemerlang.


Donut Gebus

500 gm - Tepung High Protien
5 gm Garam
50 gm - Gula
6 gm - Yis
5 gm - bread improver
75 gm - minyak masak
1 biji telur (gred C)
100 gm - susu fullcream
200 gm Air Sejuk

Satukan *.  Masukkan bahan2 lain dan uli hingga doh licin dan elastik. Atau kalau guna breadmaker masukkan cecair dulu diikut bahan2 pepejal. Set BM utk doh.

Dah siap uli tak perlu perap. Terus bahagi doh dah buat bentuk donut. Susun atas tray yang di tabur sedikit tepung.

Biarkan naik 2 - 3 kali ganda. Goreng dengan api perlahan hingga keperangan.



Goreng2 @ Ar Raihan


Menu majlis ilmu malam tadi.....buat goreng2 jer...pisang goreng, keledek goreng, tauhu goreng, tempe goreng....nakan dengan sambal kicap berkacang ala ZLC. Laris....ingatkan org tak berapa nak suka....makan panas2 gitu memang sedap....lawan pulak dengan kopi Ooo.

Tepung goreng

*850 gm tepung gandum
*1 cawan tepung jagung
*1 sb serbuk penaik
*1 sb serbuk jintan manis
*1 sb serbuk ketumbar
*Garam secukup rasa
Air secukupnya

Satukan *. Gaul rata. Masukkan air secukupnya. Adunan tidak terlalu likat atau cair.


Sambal kicap berkacang

20 biji cili padi - belah sedikit hujuangnya supaya tak meletup bila digoreng
6 ulas bawang putih

Goreng hingga layu.

20 biji cili kering - rebus hingga lembut.

Satukan semua bahan dan kisar hancur dengan 1 cawan air.

Tuangkan ke dalam periuk bersama bahan2 di bawah.

1 cawan kicap
Garam dan gula secukup rasa
400 gm kacang tanah yang disangan dan ditumbuk
1 1/2 liter air

Masak hingga mendidih kemudiaan renihkan selama 30 minit.

Lamb haneth

Ceritera minggu lepas. Masakkan tempaban untuk besday party. Ingatkan tak sempat nak buat sebab hubby ajak balik kampung jumaat tu. Tapi alhamdulillah.....sabtu malam balik le sini dan pepagi tu mencari barang keperluan. Balik pasar jer terus kelam kabut sediakan. 


Hanith/haneth lamb/nasi arab hanith kambing

Sup daging

bahan2nya

750 g kambing (bertulang)
2 pcs bay leave
1 inch halia- diketuk sikit
1 biji bawang besar- belah 4
2 ulas bawng putih – diketuk sikit
1 btg cinnamom stick
5 kuntum bunga cengkih
1/2 tsp cumin powder
1/4 tsp cardamom powder
1/2 tsp black paper
1/2 tsp coriander powder
1 biji fresh tomato- buang kulit & di dadu besar
1 biji loomy( limau kering)- optional-tak letak pon tak per saja nak rasa masam, just gantikan ngan 1/2 biji jus lemon.
* Garam secukup rasa

Air secukupnya untuk merebus daging

cara2nya

Masukkan semua bahan ni dalam pressure cooker kecuali bahan * , rebus hingga daging benar- benar lembut dan empuk. Last sekali masukkan garam dan rebus lagi selama 5-7 minit. Ketepikan.


Lamb

bahan2nya

1 tbsp cumin powder- kalu letak 2 tbsp pon ok gak
1 tsp serbuk kunyit..saya letak 1/2 tsp jer kureng kuning..
1 tsp coriander powder (serbuk ketumbar)
1tsp Arabic mixed spices
1-2 tbsp minyak masak

cara2nya

Letakkan kesemua daging yang direbus tadi ke atas aluminium foil (aluminium foil tu kena double /tripel supaya tak koyak..ok)..lumurkan dengan ke semua bahan di atas hingga ok, masukkan sedikit air sup tadi (di atas), dalam 1/3 cawan dan tutup aluminium foil rapat- rapat dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan api yang paling kuat selama 10-15 minit jer.


Nasi

bahan2nya

2 cups basmathi- cuci, rendam ngan 1 tbsp garam selam 30 minit & toskan
1 tbsp tomato paste
1/2 tsp yellow food coloring
1 ketul kiub kambing MAGGI..kalu tak de amik air sup kat atas sikit buat rasa
3 kuntum bunga cengkih*
A pinch of cardamom powder..kalu tak de letak 2 biji jer*
1 btg kulit kayu manis*
1 tsp cumin powder*
1/3 tsp Arabic mixed spices
3 tbsp minyak masak
1/2 tsp rose water
Air secukupnya sbb ikut jenis beras kan..

cara2nya

Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan bertanda, tumis sekejap. Masukkan tomato paste dan pewarna, biarkan selama 1 minit. Masukkan beras dan goring hingga semua bersalut selama 1 minit dan amsukkan air panas secukupnya. Bila dah mendidih masukkan rose water dan gemburkan sedikit. Tanak seperti biasa..


Salsa tomato (saya buat salata hara yg masukkan daun ketumbar tu)

Bahan2nya

1 biji fresh tomato- buang kulit
1 biji bawang besar- medium saize
1 biji capsicum hijau/ cili hijau/ cili api-ikut suka
Jus lemon ikut kemasaman yg di ingini
Garam secukup rasa

cara2nya

Blend semua bahan hingga hancur dan simpan dalam peti sejuk


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...