Friday, September 21, 2018

Lempeng Kelapa dan Sambal Bilis Cili Padi


Menu perkelahan ahad lepas. Memang dah lama tak berpiknik....bila jiran jemiran mengajak mandi sungai di Kemensah, jenuh memikir menu yang sesuai. Jiran dah booking nasi lemak, saya pun alamak.... Nak masak apa yer....selain bawak pasta apa lagi nak dibawa.,,,,akhirnya saya pilih buat lempeng ni. Tapi silap la menu2 pilihan kali ni semua heavy2....patut saya buat sandwich dan kuih muih jer....sebab lepas berendam tak rasa lapar sangat pun untuk makan berulang2....

Anak2 pun tak merengek nak berlama2 di situ....selepas berendam 3 jam masing2 dah keletihan dan nak balik....tambahan pulak tempat tu takde kemudahan air bersih dan proper toilet.....tukar2 baju dalam chalet yang disewa dengan harga yang tidak begitu berpatutan....terus balik. Persekitarannya juga agak kotor dengan taik itik gembo2 merata2....huhuhu....tak jadi nak repeat ke situ....chalet lain mungkin tak sebegitu.....tapi bila dapat berita dari jiran sebelah yg kawan dia kena kencing tikus selepas mandi disitu hujung minggu sebelumnya terus seriau nak pegi lagi.


Sambal bilis cili padi

1 mangkuk ikan bilis - basuh dan toskan
2 biji bawang besar - hiris bulat
Garam dan gula secukup rasa
3 keping asam gelugur
1/2 cawan minyak
1 1/2 cawan air

Kisar

20 - 30 biji cili padi hijau ( ikut citarasa)
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
Air secukupnya

Goreng ikan bilis hingga separa garing. Masukkan bahan kisar.
Tumis hingga pecah minyak. Masukkan gula, asam keping dan 1 cawan air.
Biarkan merenih selama 10 minit. Masukkan bawang besar serta perisakan dengan garam secukup rasa. Tambah baki air jika perlu. Biarkan merenih seketika atau hingga bawang layu. Hidangkan bersama lempeng.

Lempeng Kelapa

Bahan2nya

3 cawan tepung
2 cawan - 2 1/4 cawan air
1 1/2 cawan kelapa parut muda
garam secukup rasa

Satukan semua bahan dan kacau rata. Panaskan pan/kuali, letak sedikit minyak.  Tuangkan sesenduk adunan dan ratakan. Biarkan garing sedikit dan terbalikkan. Dah masak angkat dan hidangkan bersama sambal bilis atau susu pekat.


Sweet Sour Fish


Ikan masak masam manis yang kaya dengan sayuran dan gravy kurang....hehhehe.... Saya suka ikan garing....tu yang bila masak sweet sour ni saya akan kurangkan kuahnya supaya tak melemaukan ikan goreng. Anak2 dan suami masing2 dok mencari2 kuahnya....selak sayur nampak sayur...


Kali ni saya guna ikan sebelah...ikan sisa nabi...atau ikan halibut yang dibeli di pasar rengit masa balik kampung haritu....baru jumpa dalam freezer.....lain dicari...lain yang ditemu....Tak muat nak hidang dalam pinggan, talam hubby berikan.....hehehe.


Ini antara masakan mudah 2 dalam 1....lauk dan sayuran dalam satu hidangan....kalau kesibukan dan kesuntukan masa, ini antara masakan yang sesuai dihidangkan untuk santapan keluarga....dan kelihatan menyelerakan dan mewah....betul tak....kalau makan kat kedai pun sekor camni dah berapa hengget....itu pun guna ikan siakap ternak jer tau...


Udang masam manis
Sweet sour prawn

1 ekor ikan halibut saiz sederhana (dalam 1 - 1.2 kg) - gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan goreng hingga garing
3 inci halia - hiris lidi
8 ulas bawang putih - hiris lidi
1 1/2 biji bawang besar - hiris
5 helai daun limau purut - hiris
2 batang serai - titik/ketuk

4 sb cili kering kisar
4 sb sos cili
4 sb sos tomato
2 sb sos tiram
Garam dan gula secukup rasa.

Sayuran pilihan :-
Kacang peas/kacang panjang
Asparagus
Bunga kobis/brokoli
Lobak merah
Tomato
Cili hijau/merah/cili padi - belah 2


Cara-caranya

Tumis bahan hiris dengan minyak bekas menggoreng udang tadi hingga sedikit keperangan. Masukkan cili kisar dan serai.
Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan sos2 dan tumis hingga sebati.
Masukkan sayuran.
Tumis hingga sayuran masak.
Tambah air jika mahu kuah lebih.
Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Tuangkan sayuran ke atas ikan yang digoreng.
Hias dengan taburan daun ketumbar jika suka.


Ikutkan nama masakan ni patut di tukar dari 2 S kepada 5 S....sebab rasanya bukan setakat sweet and sour jer tapi juga salty, spicy and sedap also.......hehehe.....betul ke tak betul kita cakap.....


Pankek pandan



Minum petang untuk tetamu-tetamu cilik...kawan sekolah anak yang datang siapkan projek sekolah. Sebab tak plan awal....jadi masak apa yang ada kat rumah ajerla....yang mudah2. Buat dua adunan....mula ingat mesti tak habis,,,macam banyak jer......sekali jengok ada la tinggal sekeping jer terkontang konteng kat dalam pinggan tu....hehehee....sedap ker lapar....ermmmmm.....


Pankek pandan dengan air gula melaka
@ Zulfaza Loves Cooking

Bahan-bahan :

1 cawan tepung gandum
1/2 sk baking powder
1/2 sk baking soda
secubit garam
1 1/2 sb gula kaster
1 biji telur besar (saiz L/A)
1 cawan susu segar kisar bersama 5 helai daun pandan dan perah 
(untuk menghasilkan perisa pandan dan perwarna hijau)
1 sudu besar mentega - dicairkan
Sedikit mentega - untuk gris

Cara-cara :

1. Adunan Kering: Campurkan tepung gandum, baking powder, baking soda, secubit garam dan gula kaster ke dalam mangkuk besar.

2. Adunan Cecair: Dalam mangkuk lain, campurkan telur, susu pandan dan mentega, kacau dengan whisk hingga rata.

3. Masukkan perlahan-lahan adunan cecair ke dalam adunan kering. Kacau hingga rata dan hingga tiada ketulan tepung lagi. Jika adunan terlalu pekat, tambahkan sedikit lagi susu.

4. Tutup adunan pancake dengan plastik bersih dan rehatkan adunan kira-kira 30 minit. (saya tak rehatkan sebab kesuntukan masa).



5. Gris frying pan dengan mentega nipis-nipis dan panaskan dengan api perlahan. Tuangkan anggaran 1/3 cawan adunan dan masak sehingga nampak lubang-lubang kecil diatasnya, terbalikkan dengan perlahan-lahan. Masak lagi hingga bahagian bawah kekuningan. Angkat.

6. Hidangkan bersama lapisan inti kegemaran dan tambahkan ais krim vanila bersama sos chocolate sebagai toppingnya, atau madu/maple syrup atau air gula melaka.


Macaroni bakar dengan sos putih (bechamel sauce)


Ceritera 2 minggu lepas rasanya...lambat baru dan nak update....ni orang tempah untuk tetamu yang datang merisik anak daranya....jadi takde la nak nampak isi dalamnya....nak ambil gambar step by step pun tak terstep....sebab selain macaroni ni dia request set pulut kuning dan roti jala juga...


Baked Macaroni with White Sauce

Bahan-bahannya

untuk sos putih

5 sb tepung gandum
4 sb mentega
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam secukup rasa
3 1/2 cawan susu segar

Parutan keju mozarella dan cheddar secukupnya


Untuk daging

400 gm daging cincang
6 biji tomato (cincang @ kisar tanpa air)
1 biji bawang besar - cincang halus
5 ulas bawang putih - cincang halus
5 helai daun salam
1 sk oregano (flake)
1 sk parsley (flake)
Garam, gula dan lada hitam secukup rasa
1 biji cili benggala potong kiub
1 paket cendawan butang hiris nipis
1 batang lobak merah potong kiub
Minyak zaiton untuk menumis

3 cawan makaroni (rebus hingga lembut ikut arahan di pembalut)

Cara-caranya

Untuk sos putih

Cairkan mentega, masukkan tepung dan goreng hingga nampak buih2. Tuangkan susu sejuk dan kacau menggunakan whisk hingga sebati. Perisakan dengan garam, lada hitam secukup rasa. Kacau selalu supaya tidak bergumpal.

Masak hingga adunan memekat.

Untuk daging

Panaskan minyak didalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau dan sedikit keperangan. Masukkan daging dan masak lebih kurang 15 minit dengan api sederhana. Masukkan tomato dan perisakan dengan bahan2 lain dan garam, gula serta lada hitam secukup rasa. Biarkan mendidih dan tomato sebati dengan masakan. Tutup api, pastikan masakan tidak terlalu kering.

Sediakan loyang

Tuangkan daging hingga menutup loyang atas bekas yang digunakan. Kemudian tuang makaroni diikuti sos putih. Tabur permukaan sos putih dengan parutan keju.

Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180C sehingga permukaannya keperangan.



Thursday, September 20, 2018

Char kuay tiaw


The making of char kuay tiaw paste......anak2 request nak.makan char kuay tiaw yg ummi buat....apa specialnya char kuay tiaw ummi nih....apa lagi kalau bukan pes #homemade yang dibuat daripada rebusan udang segar dari laut.

Sebabkan itu anak2 kalau makan char kuay tiaw kat luar pun komen sedap lagi char kuay tiaw ummi. Ummi malas nak kopek udang...tu yang lamaaaaaaa sekali baru buatkan....itu pun anak2 bergotong royong kopek lebih sekg udang....malam ni buat pes jer....esok malam baru la dinner dengan char kuay tiaw yer nak.....



1 paket kuay tiaw tak cukup anak2 ummi kongsi 4 orang....bukan bdk besar pun....kecik2 jer... Paw pulak kuay tiaw ummi.....memang berbaloi buat....tengok diorg makan dengan penuh selera hilang penat ummi masak balik dari opis...baju kerja pun tak tukar lagi tau....:-))


Resepi Char Kuey teow @ ZLC

Bahan2Nya

200 g kuey teow ( @ ambil secekak untuk seorang makan )
1 sudu makan cili kisar (nak lebihkan sikit pun ok jer)
kerang/udang  (secukupnya - nak makan sendiri kot)
1 biji telur
4 sudu besar paste char kuey teow
Sawi/tauge/kucai

Cara untuk masak Kuey Teow

1. Tumis cili kisar hingga garing. Masukkan 4  sudu besar paste tadi.INGAT... !! api mesti mau besar aaa

2. Masukkan kerang dan udang yang telah direbus tadi. Nak sedap lagi tambah udang fresh.

3. Kemudian masukkkan 1/2 cawan air. Bila kuah mendidih barulah masukkan kuey teow, kucai dan taugeh.

4. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah di angkat. Kalau agak2 kering, tambahkan lagi paste char kuey teow tu. Ingat, tak perlu masak lama2 sangat, nanti kering kontang ler char kuey teow tu. Biar basah2 skit sbb kuey teow ni cepat meresap kuahnya.

Ni plak tips nak masak kuew teow sedap......

~ sediakan pes lebih awal sebelum menggunakannya....seelok2nya semalaman.

~Proses memasak kue teow ni dalam 3-4 minit saja… pastikan api kuat dan pergerakan pantas semasa memasak kuey teow ini!!!.

~kena masak satu2 baru sedap atau pinggan by pinggan. Maksudnya kat sini  kalau 2 orang makan 2 kalilah masak…. Char kuey teow memang tak sedap kalau masak dalam jumlah yg banyak!!




Pes Char Kuay Tiaw

bahan

200 gm udang ( lebih pun takpe )
250 ml air
4 ulas bawang putih dimesin/tumbuk lumat
6 sb sos tiram
3 sk kicap pekat
3 sb kicap manis
1 kiub pati ikan bilis /2 sudu besar petis– (saya guna ikan bilis yg dikisar halus - kemudian tapis)
2 sk garam ( jika sos tiram masin boleh kurangkan)
1 sb gula

Cara penyediaan pes

1. Rebus udang separuh masak. Kemudian asingkan kulit dan kepala udang tadi. Isi udang diketepikan dulu.

2. Kisar kulit dan kepala udang tadi, bersama air rebusan tadi, tapis dan ambil stoknya.

3. Campurkan stok udang dengan sos tiram, kicap manis, kicap pekat, bawang putih, garam gula dan kiub ikan bilis.

4. Reneh bahan paste tadi hingga agak pekat. Sejukkan seketika. Boleh simpan dalam petisejuk supaya tahan lama.

*** Paste ni seelok2nya sediakan lebih awal sebelum nak goreng char kuew teow. Katanya lagi sodapp la kalau sediakan awal2 dari masak waktu nak goreng char kuey teow tu.

Wednesday, September 19, 2018

Roti Gebu


Anak2....esok breakfast ngan bekal sekul roti jer tau....kalau rajin esok subuh ummi godak salted caramel spread....hahaha....ummi malas nak kelentung kelentang kat dapur subuh2 esok. Jadi ummi pun buatkan breakfast mudah ni jer. Malam dah siapkan...esok tinggal ngap ajer. Bila ayah outstation ni menu ringkas2 jer....(kalau ayah ada pun lebih kurang jugak kan....).

Saya guna resepi jannah jugak..... dah banyak kali share kat blog ni...



Kejadian roti malam ni.....terer tu tidak la....tapi nak makan sendiri lepas la...Alhamdulillah.


Buat dia adunan roti malam tadi....satu plain doh dan satu lagi pandan wholemeal....



Bentuknya huru hara sebab malas sungguh malam tadi nak membentuk dan menyusun.....main taram jer....janji bila dah masak rupa dan rasa masih macam roti...huhuhu.


Easy Homemade Butterscotch Sauce


Meroti lagi malam tadi untuk sarapan dan bekal anak2 ke sekolah. Niat di hati nak buat roti sarang lebah tapi malasnya semalam....bentuk roti pun kacau bilau jer....mahu tapi malas kekdahnya....

Seloyang roti ni dah tinggal separuh jer.....malam tadi masing2 dok ngap roti panas fresh from the oven yang pastinya sangat sedap......nasib sos butterscotchnya dibuat pagi2 tadi....kalau kata awal buat dah selamat dengan roti dan sos2nya sekali....


Nak buat butterscotch ni sangat lah mudah....ikut jer resepi dibawah pasti jadi dan sedap ya amat.

Easy homemade butterscotch sauce

4 sudu besar mentega (unsalted)
1/2 cawan gula perang
1 sk garam (kalau guna mentega salted boleh kurangkan sedikit)
1/2 cawan heavy cream (whipping cream pun boleh)
1 sk esen vanilla (kalau ada vanilla extract lagi bagus)

Cairkan mentega menggunakan api sederhana.Masukkan bahan-bahan lain kecuali vanila dan kacau hingga semuanya sebati dan mendidih selama 4 - 5 minit. Pastikan sentiasa dikacau. Alihkan periuk/pan dari panas. Tuangkan vanila dan kacau sebati. Sejukkan dan pindahkan ke dalam bekas kedap. Tuang di atas kek atau roti.


Kalau takde gula perang boleh cuba resepi ni pulak....

SOS KARAMEL

1/2 cawam gula putih
1/2 cawan krim atau tick cream atau fresh cream
1/2 cawan susu segar
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar butter



Cairkan butter
Masukkan gula dan masak hingga gula mencair dan keperangan.
Tuangkan krim, garam dan vanilla
Kacau rata
Jika sos agak pekat tuangkan susu cair , jangan tuang semua agak-agak ia licin ok.

Tuesday, September 18, 2018

Semperit susu


Semperit susu....saya jarang nak buat semperit ni.... Buat ni pun sebab ada orang tempah sebab nak rasa. Saya sendiri kurang suka semperit ni....lebih suka semperit traditional.


Semperit/dahlia susu

Bahan2

250gm mentega
250gm susu pekat
Tepung jagung secukupnya (lebih kurang 560gm)
Pewarna pilihan jika suka
Acuan samperit atau dahlia
Ceri/cip coklat untuk hiasan

Satukan susu n mentega, pukul sebati guna whisker jer
Masukkan tepung jagung skit2 sampai jadi doh lembut yg senang nak tekan...

Tekan doh diatas loyang menggunakan acuan. Hias dengan hirisan ceri. Bakar selama 20 minit suhu 160 celcius.






Kaya Buah Markisa (Passion Fruit Curd)


Bagi peminat buah markisa macam saya, ni sesuatu yang sangat sedap.... Kebiasaan kat Malaysia ni kita buat kaya menggunakan santan kelapa....tapi sebenarnya ada banyak variasi...antaranya kaya buah markisa ni. Warna kuning asli dan tanpa perisa tiruan....sedap juga dimakan dengan lain2 seperti pancake, roti...

Tq sis Lina Thomas yang share resepi ni....yang best sangat resepi ni guna whole egg...bukan egg yolk jer macam kebanyakan resepi lain yang saya google.


Kaya Buah Markisa (Passion Fruit Curd)

Bahannya:

200gm gula
5 biji buah markisa yg masak (ripe passion fruit)
120gm salted butter
6 biji telur grade A

Caranya:

Letakkan 4 biji isi buah markisa ke dalam blender dan blend sampai halus, tapiskan jus ke dalam mangkuk. ketepikan

Pakai mixer tangan putar low speed telur, dan gula bersama-sama sehingga sebati. Ketepikan

Dalam periuk, api pelahan, cairkan butter dan masukkan campuran gula-telur dan jus buah markisa, guna wisk  kacau sampai pekat.

Tutup api, masukkan lebihan sebiji lagi isi buah markisa kacau sehingga sebati. Biarkan sejuk sedikit, tuangkan ke dalam balang kaca. Simpan di dalam peti sejuk, tahan 2 minggu.

Topping:

2 biji buah mangga masak ranum/harum manis, potong kiub

Cara hidangan:

Sapu passion fruit curd ke atas permukaan kek, letakkan mangga di atasnya dan renjis renjis curd di atas mangga. Masukkan ke dalam peti ais 30 minit, siap sedia di hidang.


Strawberry Compote


Kalau strawberry tengah murah suka beli banyak2 dan buat compote....makan tengan toast, cheesecake, pancake memang sedap sangat.


SIMPLE BERRY COMPOTE

Bahan2nya COMPOTE

3 cawan strawberi atau sebarang jenis berries segar
3 sb jus oren
2 sb gula perang atau secukup rasa
Secubit garam

Cara-caranya

Letakkan semua buah2han serta jus di dalam pan dan pasang api sederhana.

Bila dah mula menggelegak, kecilkan api sedikit dan menggunakan senduk kayu kacau dan lenyekkan buah2 tersebut.

Tambah gula dan bahan lain kecuali chia seed. Kacau sesekali selama lebih kurang 10 - 12 minit lagi.

Tutup api dan alihkan dari panas. Masukkan chia seed dan kacau rata. Pindahkan compote ke dalam bekas dan biarkan sejuk sepenuhnya.

Simpan  dalam peti sejuk sebab compote ni tidak mengandungi sebarang pengawet. Sesuai dihidangkan bersama roti bakar, pancake, waffles, oatmeal, aiskrim dll...

Basque Burnt Cheesecake (BBCC)


Basque Burnt Cheesecake topped  with Passion Fruit curd and Fresh Mango dan topped with strawberry compote yummy ya amat....kek cheese hangus yg menawan hati. Dua biji habis.....minta lagi pulak.....nanti la bila2 repeat lagi.

Resepi ni dah banyak kali cnp...tiap kali sis lina thomas share kat wall dia....cuma kali ni tak menahan....bila tengok dia tayang yg letak kaya markisa (resepinya dilink ini) dan mangga tu. Lebihan markisa buat topping pavlova......mangga cari kat dr fruit.....cream cheese yg memang nak kena habiskan maka terjadi lah dua bijik kek yg satunya siram strawberry compote (resepinya dilink ini) pulak.

Yang mana satu paling sedap....jawabnya tepuk dada tanya selera....lain orang lain citarasanya...;-))


THE BEST Basque Burnt Cheesecake

Bahannya:

500g cream cheese Philadelphia
150g gula kastor
4 biji telur grade A
250g heavy whipping cream/double cream/anchor UHT whipping cream
15g tepung gandum

Caranya:

Panaskan ketuhar ke 200C (400F) Tuangkan ke dalam baking spring-form pan 7 atau 8cm yang beralas dengan parchment paper di kesemua bahagian dan pastikan paras kertas itu tinggi sekurang-kurangnya tiga inci di atas bahagian atas baking pan. (Spring-form pan tu balut aluminum foil kalau takut bocor lapik dengan baking pan masa nak bakar)

Dalam mangkuk pengadun elektrik, putar kan cream cheese dan gula sehingga sebati. Tambah telur satu demi satu,  putar sehingga sebati, masukan heavy whipping cream dan putar sehingga sebati. Masukan tepung putar lagi sehingga sebati.

Tuang adunan ke dalam spring-form pan yang disediakan dan letakkan ke tengah ketuhar. Bakar selama 1 jam, atau sehingga bahagian atasnya ke emasan. Biarkan sejuk sepenuhnya sebelum di keluarkan.

Boleh di hidang kan dengan curd berries compote atau makan begitu saja.

Pulut mangga @ thai sweet sticky rice with mango (khao neeo mamuang)


Pulut mangga @ thai sweet sticky rice with mango (khao neeo mamuang) for #tea  Bila anak request nak sangat makan pulut mangga tetiba....jarang dia minta makanan2 macam ni. Mangga takde musim....mahal ya amat la jadinya....sebijik dekat RM4, masam pulak tu. Tapi anak punya pasal beli la jugak....


Pulut mangga @ thai sweet sticky rice with mango (khao neeo mamuang)

Untuk pulut

1 kg beras pulut
800 ml santan
150 gm gula
1 sk garam

Untuk manga

Mangga masak ranum secukupnya


Untuk topping krim santan

200 ml santan
1 sb tepung beras
Garam secukup rasa

Cara2nya

Satukan bahan pulut ke dalam periuk nasi. Tanak hingga masak.

Kupas mangga dan hiris ikut citarasa.

Satukan bahan krim di dalam periuk. Gaul rata. Masak hingga pekat. Kacau sentiasa.

Thursday, September 13, 2018

Kek Mentega Blueberry


Bila dapat stok blueberry murah.....hehehhe....jadi la kek blueberry yang penuh dengan blueberyynya...


Kek Mentega Blueberry

2 cwn tepung tepung gandum
2 sk serbuk penaik
1/2 cawan mentega tanpa garam
1 cawan gula halus (kalini saya kurangkan lagi gulanya kepada 3/4 cawan sahaja)
2 biji telur gred A
2 sk esen vanila
1/4 cawan jus perahan orange (atau boleh guna susu segar 1 cawan kalau tak nak letak oren)
3/4 cawan susu segar

1 pack blueberry (kalau nak lebihkan pun boleh), separuh gaul dengan sedikit tepung.
--------------------


Gris loyang  (81/2 inci).
Ayak tepung, serbuk penaik dan garam.
Pukul mentega dan gula hingga gebu.
Masukkan telur, pukul lagi hingga gebu. Masukkan esen dan jus oren sebatikan.
Masukkan bahan2 berayak berselang seli dengan susu.
Pukul sebati sahaja dengan kelajuan perlahan. Masukkan blueberry yang disalut tepung, gaul rata dan tuang adunan ke dalam loyang. tabur dengan baki blueberry.
Bakar selama 45 minit pada suhu 175 c.
Terbalikkan di atas redai untuk menyejukkannya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...