Tuesday, January 31, 2017

Kuih Nagasari

Kuih traditional yang payah nak jumpa orang jual atau jarang2 jumpa.....mungkin kat sesetengah tempat ada tapi kat area saya duduk dan kawasan berhampiran belum jumpa lagi.

Nak kata susah buat tak juga.....mungkin renyah sikit dan kosnya pun agak mahal....sebab santan kelapa dah naik harga....nak jual mahal orang tak nak beli....jual murah sangat tak lepas modal. Agaknya gitu la isunya....jadi bilaku rasa teringin....buat jer la sendiri.


Nagasari
Zulfaza Loves Cooking

BAHAN-BAHANNYA :-)

1 cawan tepung beras
4 1/2 cawan santan
2 camca besar rata gula
1/2 camca teh garam
Pisang masak secukupnya (sebiji dibelah 2)
Daun pisang secukupnya

BAHAN-BAHANNYA :-)

1 cawan tepung beras
4 1/2 cawan santan
2 camca besar rata gula
1/2 camca teh garam
Pisang masak secukupnya (sebiji dibelah 2)
Daun pisang secukupnya



CARA MEMBUATNYA :-)

Satukan tepung beras, santan, gula, garam dan tepung jagung, kacau rata dengan whisk hingga rata. Tapis bancuhan tadi ke dalam periuk. Kacau tanpa henti atas api sederhana hingga pekat dan kental. Kemudian matikan api. Biar suam.

Ambil daun pisang yang telah dilayur dan potong pada saiz sesuai. Letak 1 1/2 camca besar adunan tepung, ratakan. Letak 1/2 bahagian pisang. Letak sedikit lagi adunan tepung atas pisang dan kemaskan. Balut seperti membungkus lepat pisang. Buat hingga siap.

Kukus atas air menggelegak selama 30 minit atau hingga masak. Biar kuih sejuk sepenuhnya sebelum dihidangkan untuk berbuka puasa....Selamat mencuba!!. menggelegak selama 30 minit atau hingga masak. Biar kuih sejuk sepenuhnya sebelum dihidangkan untuk berbuka puasa....Selamat mencuba!!.





Pucuk Ubi Masak Lemak Tempoyak Petai

Menu pepagi buta.......Pucuk Ubi Masak Lemak Tempoyak Petai. Perghhhh....bau jer dah semerbak. Lawan pun dengan bau kan masin sepat.....nasi putih panas2. Siap lunch arini.


Pucuk ubi masak lemak tempoyak petai
Zulfaza Loves Cooking

Bahan-bahan

di HIRIS KASAR

1 ikat pucuk ubi - hiris kasar
10 helai daun pucuk kaduk - hiris kasar

Bahan-bahan
di HIRIS HALUS

3 helai daun kunyit
4 batang serai  

Bahan-bahan
di TUMBUK

20 biji cili api
1 1/2 inci kunyit hidup
1 genggam ikan bilis

Bahan-bahan lain

6 sudu besar tempoyak
1 1/2 cawan santan pekat
1 cawan air
3 papan petai
1 keping asam keping
garam bukit secukupnya.



Cara membuatnya:

Rebus sekejap pucuk ubi yang dah di hiris kasar tadi. Toskan. Di dalam lesung batu, tumbuk cili api dan kunyit hidup hingga hancur.

Kemudian masukkan ikan bilis dan tumbuk kasar. Masukkan ke dalam periuk. Tumbuk kasar serai yang di hiris halus tadi juga dan masukkan ke dalam periuk.

Masukkan santan, tempoyak, asam keping, petai, pucuk ubi, pucuk kaduk, pucuk labu dan gaul atas api sederhana.

Masak hingga mendidih dan masukkan garam. Masak ikut kepekatan yang dikehendaki.  *kalau pucuk kaduk dengan pucuk labu takde, boleh jer masak pucuk ubi tu shj.. sukatan bahan lain tetap sama.

*resepi ni memang tak guna bawang.

Sunday, January 29, 2017

Kuih Koci Pulut Hitam


Kuih koci pulut hitam.......lamanya dah tak buat....sebab lama mencari tepung pulut hitam di merata2 kedai, supermarket, bakery tapi tak jumpa....pelik. Kenapa susah sangat nak dapat. 

Balik kampung hubby sebelum ni tak teringat nak mencari, semalam tetiba ternampak masa meninjau2 rak mencari bahan pelengkap nasi arab. Masa tu macam nampak emas. Hapi sangat......beli 5 paket sekali gus. Mahal pun tak kira dah....buat stok sementara nak tunggu next trip to kampung.

Sebelum berangkat pulang petang tadi, siap jer masak tengahari dan santap terus jer sambung buat kuih koci ni....bekal perjalanan. Hilang dah ngidam yang terpendam.....hahahha


Sekarang jom tengok resepinya. Kali ni tanpa dadih santan. Dohnya saja dibancuh dengan santan pekat.

Kuih koci pulut hitam
Zulfaza Loves Cooking

Untuk Doh 

Bahan2nya

1 paket tepung pulut 
3 sb tepung pulut hitam
Santan pekat secukupnya
sedikit garam
  
Gaul dan uli hingga jadi doh lermbut

Untuk inti

1 biji kelapa muda parut
gula putih secukupnya
paste pandan secukupnya
Sedikit air
1 sb tepung gandum untuk memudahkan inti di bulat2kan....kali ni saya tak letak sbb inti ni serba guna...nak makan dengan pulut dan juga buat kuih lain.....
(Kalau musim durian bole letak isi durian...sedapnya)

Masak semua bahan kecuali tepung hingga hampir kering dan masukkan tepung.....masak hingga sebati dan berkilat.


Bahan lain

daun pisang secukupnya dilayukan atas api atau jemur tengah panas....
minyak masak

#############

Cara menyediakan kuih koci

Ambil sedikit doh dan leperkan
Masukkan inti.
Tutup doh dan letakkan di atas daun pisang yang telah dioles dengan sedikit minyak.

Balut daun pisang macam lepat atau nasi lemak atau macam2 mana pun....kukus hingga masak selama 20 - 30 minit.


Ayam goreng kunyit


Menu tengahari....ayam lagi. Time cuti raya cina ni pasar segar tak banyak peniaga. Ikan pun takde yang baru naik. Jadi paling senang masak la lauk ayam. Semalam guna bahagian peha dan thigh....kali ni guna dadanya pula.

Dada ayam ni sesuai dibuat masakan begini. Potong nipis dan goreng.....kalau dimasak seketul macam tu jer biasanya tak dimakan....banyak sangat daging. Saya kalau beli pun bahagian ni diasingkan dan jadikan nuget, sosej atau kuah pasta.

Masakan ni kategori mudah disediakan. 2 dalam 1....lauk dan sayuran dalam satu masakan. Sesuai la dengan ibu2 yang sibuk bekerja dan kesuntukan masa.


Ayam Goreng Kunyit
Zulfaza Loves Cooking

6 ketul bahagian dada ayam - hiris nipis
2 biji bawang besar - hiris
4 inci halia - hiris
8 ulas bawang putih
1 sk serbuk kunyit
Cili padi secukupnya (saya belah dua jer sebab MIL tak tahan makan pedas)
2 batang serai dititik
Garam dan gula secukup rasa

Sayuran pilihan
Bunga kobis
Kacang panjang/peas
Karot
Capsicum
Putik jagung
1 cawan minyak masak


Panaskan minyak. Masukkan ayam dan goreng hingga air ayam keluar. Masukkan kunyit, garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati.

Goreng hingga ayam sedikit keperangan/garing. Masukkan bawang, bawang putih, halia dan serai. Masak hingga naik bau. Kacau selalu. Bila dah sebati masukkan sayuran. Kacau seketika hingga sayur masak. Jangan terlalu lama nanti sayur lembik tak sedap....biar bila makan rasa rangup2 lagi. Tutup api dan pindahkan ke dalam mangkuk hidangan.

***kalau suka boleh juga tambah sos tiram sebelum masukkan sayuran.

Saturday, January 28, 2017

Chicken Madhbi With Rice


Dua minggu leps kalau tak salah, lydia honey share resepi baru chcken madhbi ni kat group masakan Matbahna Al Arabi. Seronok betul saya....macam tak sabar2 nak buat. Beberapa kali cubaan nak buat..

Beli ayam dan bahan2 tapi sudahya jadi masakan lain....sebab macam2 hal pulak tiap ali hujung minggu. Cuti hujung minggu sempena raya china kami sekeluarga ambil kesmpatan pulang ke kampung. Hubby request masakkan nasi arab sebab MIL katanya selalu menyebut2.

Memang tak fikir banyak kali...saya pun pilih resepi ni untuk dicuba. Hasilnya memang memenuhi citarasa....Alhamdulillah. Bahannya ringkas dan membuatnya pun tak susah mana. Tq lydia....rajin share resepi masakan timur tengah ngan kami semua.


Chicken madhbi with rice
Lydia honey

**7 biji buah pelaga
**8 kuntum bunga cengkih
**1 inci ( x 2) batang kulit kayu manis
**1/4 - 1/2 sk Biji ketumbar

*1/2 sk serbuk Lada hitam
*1/2 sk serbuk kunyit
*1/4 sk Serbuk kulit kayu manis
*1/2 sk Jintan putih
*1 sk arab mix spices
*Garam secukup rasa

Satukan * dan gaul rata.

1 ekor ayam - potong 4 @ 8. Bersihkan, rendam cuka sebentar. Bersihkan, tos dan kelar sedikit. Lumurkan dengan bahan *.

3 biji bawang besar - potong bulat
2 biji cili hijau
(1/2 rempah **)
3 sb Minyak zaiton

Susun bawang besar menutupi dasar periuk tekanan atau non stick (saya guna magic pan).  Taburkan rempah ** dan cili hijau jika suka. Tuang minyak zaiton. Susun sudu secara berselang seli. (Rujuk gambar).


Susun ayam dan kemudian sekiranya menggunakan periuk biasa, tutup periuk rapat2 dengan aluminium foil.


Masak ayam dengan api perlahan hingga airnya kering.


Asingkan ayamnya. Bawang dan bahan2 tadi boleh buang. Gunakan minyaknya untuk sapu pada ayam sebelum di bakar/grill. Bakar ayam sebentar untuk menggaringkan dan keringkan sedikit ayam nih.


Untuk sediakan nasi.

4 cawan beras basmathi - basuh dan rendam dengan sedikit garam selama 30 minit. Toskan.
5 - 5 1/2 cawan air panas



Utk nasi

1/2 rempah **
1 helai daun bay
1 biji loomy
1 biji cili hijau
Kiub ayam (saya tak letak)
Minyak zaiton untuk menumis
1 biji bawang besar - cincang
1 biji tomato - cincang

Tumis **  dan bahan2 lain kecuali tomato hingga naik bau. Kemudian masukkan tomato. Tumis lagi hingga pecah minyak.

Masukkan beras dan gaul hingga bahan2 tumis rata dengan beras. Masukkan air panas (saya tambah garam secukup rasa). Masak hingga air nasi hampir kering. Perlahankan api. Lubangkan tengah2 nasi tadi untuk leta remekin atas mangkuk bara. Susun ayam yang telah digrill tadi. Masukkan arang yg telah dibakar  hingga berbara dan tuangkan minyak hingga asap keluar. Tutup periuk nasi cepat2 dan masak hingga nasi masak sepenuhnya.


Hidangkan bersama2 salad, salsa dan hidangan sampingan piihan yang lain.


Friday, January 27, 2017

Cekodok Pisang Lemak Manis


Minum petang time sejuk2. Balik keja rasa lapar sangat. Tengok pisang lemak manis masak dah hitam2. Sebelum rosak lebih baik dibuat sesuatu. Hari minggu aritu dah buatkan kek, jadi kali ni buat cucur la pulak.


Cucur aka cekodok aka jemput pisang @ ZLC

2 cawan pisang lenyek (@ kisar)
Sedikit air
3 cawan tepung gandum
1/2 sk baking soda
1/2 sk baking powder
Gula secukup rasa
Sedikit garam

Kisar pisang, garam dan gula dengan air hingga hancur. Tuang dalam mangkuk. Masukkan tepung dan baking soda sedikit demi sedikit sambil adun rata. Adunan mesti tidak terlalu cair. Senang dijemput dengan tangan.

Panaskan minyak. Jemputkan adunan ke dalam minyak panas. Terbalikkan adunan supaya masak dan garingnya rata. Setelah keperangan, angkat dan toskan. Guna api sederhana untuk memasak. Cucuk la kat lidi sate nak bagi nampak macam best jer.

MARBLE CHEESE BROWNIES..

Hari ni balik jer dari opis sempat la memakar seketul brownies untuk bekal balik kampung sementara menunggu hubby balik solat jumaat. Saya guna resepi yang diintai dari blog Mat Gebu. Mudah buat brownies ni, bahan pun simple jer. Cumanya saya guna loyang yang agak kecil jadi lapisan coklatnya agak tebal.


Lain kali kena ingat!!! Guna loyang 10 x 10....dan saya ingat nanti kalau buat nak tambah adunan cheese tu jadi dua adunan supaya lapisan cheesenya lebih tebal...

Masak membakar lapisan coklat tu saya sebenar terlupa nak asingkan sedikit untuk hiasan atas cheese tu jadi saya gunakan adunan cheese dan letak pewarna....hahhaha jadilah....nak buat camna.......


MARBLE CHEESE BROWNIES..


BAHAN-BAHAN BROWNIES :-)
250 gram mentega
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu sejat
1 1/2 cawan gula perang
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan, gaul dan ayak)
1 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-

Lenser tin berukuran (10 x 10 x 2) inci dengan mentega, alas dengan kertas minyak, biar kertas minyak terlebih dari tin. Lenser juga kertas minyak dengan mentega. Panaskan oven pada suhu 175C.

UNTUK BROWNIES :-

Cairkan mentega (gunakan kaedah double-boiler) hingga cair, masukka serbuk koko dan kacau hingga rata. Kacau gula halus + telur dengan whisk hingga sebati. Masukkan ke dalam bancuhan koko + butter dan gaul rata. Masukkan susu cair, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil diadun hingga sekata. Tuang esen vanilla, gaul rata dan asingkan adunan ini lebih kurang 1 1/2 camca besar untuk dibuat corak atas cheese. Tuang selebihnya dalam loyang tadi, bakar 25 - 30 minit atau hingga brownies masak.


BAHAN-BAHAN TOPPING CHEESE :-)

250 gram cream cheese
1 biji telur gred B
3/4 cawan gula perang
Parutan kulit lemon dari sebiji lemon (saya guna oren)
1 camca teh jus lemon (saya guna oren)
2 camca besar susu sejat

(Gandakan sukatan untuk lapisan cheese yang lebih tebal)

UNTUK CHEESE TOPPING :-

Putar cream cheese dan gula hingga sebati, masukkan telur, parutan kulit lemon, susu sejat dan putar lagi hingga berkrim. Tuang atas brownies tadi dan ratakan. Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi dalam piping beg, dan buat beberapa garisan lurus (atau corak yang anda gemari), kemudian lorekkan untuk mendapat hasil seperti dalam gambar. Sambung membakar selama 15 - 20 minit lagi atau hingga masak, biarkan betul2 sejuk, baru dipotong untuk dihidangkan...


CATATAN MAT GEBU :-

Mat simpan brownies ni dalam peti sejuk selama semalaman atau sekurang2nya 2 jam, tujuannya, bila kita potong, ia akan menghasilkan potongan yang cantik dan licin...

Thursday, January 26, 2017

Kuay Tiaw Kari


Sarapan pagi....tetiba teringin beno nak makan kuay tiaw kari. Gigih pepagi saya menyediakan menu ni dengan bahan yang agak terhad demi memenuhi keinginan yang satu ini.


Kuay tiaw kari

Bahan-bahannya

1 1/2 biji bawang besar

6 ulas bawang putih

1 inci halia

segenggam ikan bilis

3 sb serbuk kari daging

1 sb serbuk kari ikan

2 sb cili boh

1/2 cwn air asam jawa pekat

2 1/2 liter santan dari 1 biji kelapa

sotong, ayam, kerang, udang

Garam

1 sk gula

----

Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan ikan bilis hingga hancur.

Tumis hingga naik bau.

Masukkan serbuk kari dan tumis hingga garing/pecah minyak.

Masukkan air asam dan gaul rata.

Masukkan ayam/sotong.

Kacau hingga separuh masak.

Masukkan santan, garam dan gula secukup rasa.

Biarkan mendidih. Udang/kerang masukkan 5 minit sebelum tutup api.


---------------------

1 kg kuay tiaw di celur

Tauge/sawi/kacang panjang dicelur

Bawang goreng

Cili dihiris nipis

Fish cake/fish ball/tauhu goreng

Daun pudina

Limau nipis/kasturi

Kek Fair Lady


Kek besday boboiboy ummi untuk dibawa ke sekolah. Xcited sungguh dia sampaikan tak sabar2 nak pegi sekolah. Pagi tadi pun senang jer kejutkan dan suruh bersiap. Kalau tidak time mood dia kelaut macam2 bunyi keluar nanti.

Kek ni deconya ala2 jer......saya malas nak keluarkan nozel bagai....lagi pun utk anak2 ni tabur cekelat kaler2 dah ok.  Ikut resepi asal, guna parutan coklat putih tapi pegi kedai cari tak jumpa pulak.

Nak panggil fairlady pun dah macam tak kena sebab keknya pun saya letak kaler hijau dan pink....pastu saya sandwichkan dengan blueberi filling. Apa2 la kan....janji boboiboy hepi dan kengkawan dia pun suka nak makan.


Kek fair lady


Bahan2

5 biji telur gred A (saya guna gred C 7 biji)
120 gm gula (saya pakai 100 g jer)
15 gm ovallete ( saya guna 1 sb)
125 gm tepung gandum
1 st serbuk penaik
75 gm minyak jagung (guna minyak sawit jer)
2 sb susu segar/cair
1 st esen vanila

------
1. pukul telur sampai putih/kembang
2. masukkan gula, ovallete. pukul kembang.
3. masukkan tepung yang telah diayak dengan serbuk penaik sedikit demi sedikit dengan susu dan esen. pukul sebati.
4. masukkan minyak masak dan kacau dengan senduk.

cara saya....

satukan semua bahan kecuali minyak.
pukul pada kelajuan maksima hingga kembang dan gebu.
matikan mixer dan masukkan minyak.
kacau dengan senduk hingga sebati.

bakar dengan kaedah steam bake macam nak buat cheese cake...pada suhu 180 c hingga masak.

-----------------
lapisan keju

250 gm krim keju
100 gm mentega
100 gm gula ising
100 gm fresh cream/ whipping cream
2 st perisa oren/parutan kulit oren

-----
pukul mentega dan keju hingga sebati.
masukkan gula ising dan fresh cream
masukkan perisa.

bahagi kepada 3 bahagian....
lapiskan dengan lapisan keju...


Hiasan kek

100 gm freah cream
coklat putih diparut

----
Pukul fresh cream hingga kental. Jangan terlebih pukul nanti cair balik.
Salut kek dan tabur dengan parutan coklat putih...
Anda mungkin juga meminati:


Pavlova

Aktiviti semalam. Kebetulan cuti sebab baby sitter takde. Dah alang2 ada masa kat rumah saya sempat siapkan kek besday untuk dibawa ke sekolah dan juga pavlova ni untuk kudapan di malam hari. Aktiviti menambah kalori dalam badan....hahahah. 


Dah sekian lama sebenarnya tak buat benda ni....bertahun juga rasanya. Masa anak buah mengandung sampai anak dia dah umur 5 bulan dia minta tak terbuat2kan sampai la la ni.....malas betul nak memukul meringue. Tapi semalam entah dari mana datang kerajinan akhirnya terhidanglah pavlova ni selepas jam 9 malam.....seronok betul anak2 dapat makan.....Alhamdulillah...sekejap jer ada sekejap lagi dah licin....



Pavlova

4 biji putih telur
250 gm gula kastor
1 sk cuka
1 sk esen vanila
1 sk tepung jagung

Hiasan

Whipped Cream (Dipukul hingga gebu)
Strawberri
Blueberi
Kiwi
Anggur


Panaskan oven pada suhu 150 celcius. Alas loyang dengan baking paper.

Pukul putih telur hingga berbuih2. Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil terus memukul. Pukul sehingga adunan putih telur tu nampak glossy/kilat dan bila diterbalikkan tak tumpah dah. Kemudian masukkan cuka, esen vanilla dan juga tepung jagunbg. pukul sebati.

Tuang meringue yang dah siap tadi ke atas loyang yang dialas baking paper tadi. Ratakan dan kalau boleh bahagian tengahnya biar lekuk sikit. Bakars elama 50-60 minit dan biarkan dalam oven sampai sejuk.

Bila dah sejuk keluarkan dan tuangkan whipped cream diikuti buah-buahan.

****peralatan yang digunakan untuk membuat meringue mesti bebas air, minyak.....kalau tidak nanti putih telur tu tak jadi meringue. Selain tu juga....masa asingkan putih telur dengan kuningnya, pastikan tiada kuning telur termasuk dalam putihnya tu.





Monday, January 23, 2017

Mee goreng

Menu pilihan permulaan minggu. Mee goreng kurang sayur lebih kasih sayang. 


Mee goreng
Menu pagi bersama kuih kaswi/kasui

Bahan2

400 gm mee kuning (basuh dan toskan)
1 bahagian dada ayam (potong kecil)
2 biji telur (goreng scramble)
1 biji bawang besar tumbuk
5 ulas bawang putih tumbuk
Sawi/kobis/karot
2 sb sos tiram
3 sb cili kering kisar
2 sb kicap pekat
1 sb cuka (optional)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

-------
Tumis bawang hingga naik bau. Masukkan cili. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan sos2 dan kicap pekat. Tumis sebati dan tambah cuka. Kacau.

Masukkan sotong, kacau dan biarkan seketika hingga sotong masak. Masukkan mee. Kacau sebati. Masukkan telur dan sayur. Masak hingga sayur masak secukupnya - jangan terlalu lama sehingga sayur berubah warna.


Kuay Tiaw Kungfu


Menu lunch hari minggu. Malas nak masak nasi jadi hidangkan kuay tiaw ni jer. Hidangan dah lengkap dengan kabohidrat, protien, serat.....tapi anak2 terkial2 memilih dan menguis sayuran yang mencuri masuk ke sudu.

Ermmmm.....gitu la ragamnya....kekadang bila dipujuk boleh jer makan sayuran tu.....tapi ada tikanya pujukan tak jalan. Sama la macam ummi diorg nih....dah besar panjang baru mula jamah sayuran....kalau tidak......hehehehe.


Kuay Tiaw Kungfu
Zulfaza Loves Cooking

Bahan2 (utk 1 org makan) :-

Kuey teow
1 biji telur
Sayur (kailan, karot, sawi, kobis, putik jagung dan bunga kobis)
sedikit serbuk lada hitam dan lada sulah
Bawang besar (hiris atau cincang)
1 sudu sos tiram
2 ulas bwg putih
2 biji cili padi (ketuk dulu - kalau nak pedas tambah)
3-4 ekor udang (blh gantikan sotong atau ayam)
1 sk tepung jagung ( bancuh dgn 2 sb air)
Garam secukup rasa

cara2 :-

Pecah kan telur dan masukkan kuey teow ke dlm telur. Gaul2kan hingga sebati kemudian goreng kuew teow dgn telur menggunakan minyak yg banyak. (Pastikan minyak dah panas). Dah keperangan atau tepinya dah garing angkat, tos dan ketepikan.

Tumis bwg putih smpai perang dan masukkan atau sotong atau ayam (kalau guna udang masukkan semasa masuk sayur. Tunggu sampai masak dan masukkan air sikit utk buat kuah.

Masukkan sos tiram, lada hitam dan lada sulah. Perasakan dgn garam dan masukkan sayur. Utk pekatkan kuah masukkan tepung jagung. Bila dh pekat skit tuangkan kuah ke atas kuey teow yg telah di goreng tadi.


Kerepek pisang abang sado jj


Kerepek pisang abg sado JJ.....xcited anak2 bila hubby buatkan kerepek pisang. Dua tandan pisang nangka yg tak cukup matang...yg terpaksa ditebang sebab pokoknya dah mati. Daripada terbuang begitu saja semangat hubby siapkan kerepek tu petang semalam. Tq la abg sado sayang....nanti kita pegi kebun lagi amik pisang nangka muda yer...


Mudah jer buatnya....mula-mula pisang dibuang kulitnya...kemudian sagat terus dalam minyak panas. Goreng hingga separuh masak....kemudian masukkan air garam secukup rasa....gaul rata dan terus goreng hingga garing. Angkat....toskan minyak dan sejukkan. Dah sejuk bolehlah simpan dalam bekas kedap....kalau tak abis dimakan....hehhehe....senang jerkan....dan yang paling senang jadi tukang peghabih......tau2 dah siap masak jer.

Kuih sagu pisang lemak manis

Resepi yang saya cnp dari blog HaSue saya gunakan untuk menediakan juadah minum petang semalam. Stok pisang lemak manis dari kebun yang dah ranum ada dua tiga sikat. Pelbagaikan hidangan nak bagi cepat habis.

Kat kebun banal tandan lagi tu....daun pisang pun byk stok dari kebun.....rezeki pisang....alhamdulillah.



KUIH SAGU PISANG LEMAK MANIS

Bahan-bahan ( 5 - 6 orang )

11/2 cawan tepung beras. @ boleh letak 1 cawan tpg beras dan setengah cawan tepung gandum
1 1/2 cawan pisang berangan/lemak manis yang telah dilenyek
1 1/2 cawan sagu kecil (rendam dlm 15min, dibasuh dan toskan )
1 1/2 cawan kelapa parut putih (jika kelapa muda lagi lemak)
1/2 cawan gula perang / gula merah / gula pasir (secukup rasa)
2 1/2 cawan santan
Garam secukupnya
Daun pisang yang dilayurkan atas api secukupnya.


Cara-cara

Pisang di lenyek hingga hancur.

Masukkan tepung beras, sagu, gula dan kelapa parut gaul rata.

Tuangkan santan dan sedikit garam gaul sebati.

Biar seketika ~ 10 minit agar santan dapat meresap dalam sagu. (Adunan agak lembik).

Ambil daun pisang dan sapu sedikit minyak atasnya.

Tuang sedikit adunan dan bungkus seperti tapai/ kuih jongkong.Staplerkan / semat dengan lidi.
Kukus ~ 20 - 25 minit / hingga masak.

Kari Hijau Thai (Ayam)



Lama dah tak buat.....bila tengok daun selasih hidup subur dalam pasu tu rasa sayang bila tak dimakan. Tu yang gigih sediakan pes semalam supaya pagi tadi cepat proses memasaknya. Bahan banyak untuk kari ni tapi berbaloi. Terung takde....saya gantikan denan kentang.....harum sangat bau masakan ni....  Jom la cuba resepi ni....

Kari Hijau Thai
Zulfaza Loves Cooking

BAHAN PES KARI HIJAU :-)

1 batang serai, hiris halus
1 -3 biji cili padi siam, hiris halus (saya guna 10 biji cili padi dan 1 biji cili hijau)
2 biji bawang merah, hiris halus
4 - 5 biji bawang putih, cincang
1 inci lengkuas atau halia
1/2 cawan daun ketumbar
1/2 cawan daun selasih atau sweet thai basil
1/2 camca teh serbuk jintan manis
1/2 camca teh serbuk lada sulah
1/2 camca teh serbuk ketumbar
3 camca besar sos ikan (nampla)
1 inci belacan
2 camca besar jus limau nipis
1 camca teh gula perang/merah
3 - 4 camca besar santan

CARA MEMBUATNYA :-) UNTUK PES KARI HIJAU THAI :-

Satukan semua bahan ke dalam alat pengisar. Kisar halus hingga semua lumat.
Boleh digunakan terus atau disimpan dalam bekas bersih dan kering, masukkan dalam peti sejuk untuk tempoh 1 minggu.
Untuk lebih lama boleh dibekukan dalam freezer.
(Saya masak sampai airnya sejat sedikit sebelum simpan)

BAHAN KARI HIJAU THAI ;-)

500 gram daging batang pinang/ayam
1 biji terung biru, didadu besar
2 biji tomato, belah 6
2 batang serai, dititik
4 helai daun limau purut
10 biji cili padi merah thai, diketuk
Pes kari hijau thai (resipi diatas)
800 ml santan cair
300 ml pati santan
Jus limau nipis secukupnya
Sos ikan secukupnya
Gula an garam secukup rasa
Daun selasih secukupnya (anggaran 1 genggam)


UNTUK KARI HIJAU THAI :-

Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis pes kari hijau hingga harum, masukkan serai dan juga daging.
Gaul rata dan masak sekejap hingga daging kecut.
Tuang santan cair, kacau dan tambah daun limau purut, biar masak hingga daging 1/2 empuk.
Masukkan terung dan juga cili padi thai. Bila mendidih, tuang pati santan.
Perasakan dengan sos ikan, jus limau nipis dan sedikit gula.
Masak sekejap dengan api sederhana.
Kacau selalu.
Akhir sekali masukkan daun selasih, kacau rata dan matikan api.
Rasa dan jika ok boleh hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain...Selamat mencuba!...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...