Saturday, March 23, 2024

Kek karamel peach terbalik (Caramelised Peach Up-Side Down Cake)

Permintaan asal victoria sandwich cake tapi bila cari petang semalam harganya terlalu kayangan jadi hakak cadangkan untuk buat kek hummingbirds. Menggodek la kek berkenaan malam tadi. Sekali gitu kek tu meragam, dah lama tak buat. Hakak rasa senab hakak dah toskan air nenas lepas hakak kisar. Habis jadi bingka kek hakak. Tapi rasanya masih sedap kemain🤭🤭🤭🤭.  Nak baking benda lain hakak dah ngantuk, maka subuh nanti la baru fikirkan. 

Dek kerana kek tu tak mencapai tahap yang sepatutnya maka subuh tadi hakak selongkar la dapur mencari idea apa yang boleh dibuat dalam masa kecemasan subuh tadi. Nak buat pineapple upside down cuma tinggal setin, cukup utk request dari seseorang jer. Selak2 tin2 yang bersusun dalam food storage tu nampak la peach. Alhamdulillah Allah bantu. Tapi dugaan masih belum berakhir. Sambil buat itu itu, hakak hanguskan gula utk topping kek ni, tetapi malang berbau. Berasap satu dapur dan bukan setakat gula hangus yang hakak hasilkan tetapi gula hangit terbakar lagi. Waduh2, lepas buka api tadi hakak leka buat apa tatau, sekali toleh penuh api dalam pan gula hakak tu. Terpaksa la buat another batch of gula hangus. 

Alhamdulillah sempat siap dua biji kek pagi ni dan sampai ke pejabat on time.

Kek karamel peach terbalik (Caramelised Peach Up-Side Down Cake)

Lapisan Bawah

1/4 cawan mentega

1/2 cawan gula perang

Buah peach secukupnya  (dalam tin) - tos dan lap sesikit untuk mengeluarkan cecair dalam buah peach. (Kalau guna peach fresh lebih mudah sebab tidak terlalu berair)

Alas acuan kek 9 inci dengan baking/parchment paper.

Buat gula hangus, bila gula dah keperangan, masukkan mentega dan gaul hingga sebati. Terus tuang dalam acuan. Ratakan. 

Aturkan peach ikut kreativiti masing2. Ketepikan.

Lapisan atas

2 cwn tepung tepung gandum

2 sk serbuk penaik

1/2 cawan mentega 

3/4 cawan gula halus 

2 biji telur gred A

2 sk esen vanila

1/2 cawan jus peach (yang dalam tin tadi)

1/2 cawan susu segar

--------------------

Ayak tepung, serbuk penaik dan garam.

Pukul mentega, esen dan gula hingga gebu. Masukkan telur dan pukul hingga betul2 sebati. Masukkan air peach dan susu. Pukul rata dengan kelajuan perlahan. 

Masukkan bahan2 berayak (tepung dan baking powder.)

Pukul lagi hingga sebati dan tuang ke atas peach tadi.

Bakar selama 60 minit pada suhu 160 c.

Sejukkan 10 minit di dalam loyang sebelum diterbalikkan di atas cake board. (Kemungkinan akan ada jus yang mengalir dari peach, lap bersihkan lebihan cecair yang mengalir keluar.)

Nasi mentega bawang putih, ayam bakar,





Nasi mentega bawang putih, ayam bakar, sup, iftar pertama ramadhan tahun ni. Keluarga hakak biasa berbuka dengan nasi terus. Jarang ada kuih muih atau desert lain selain buah-buahan. 

RESEPI AYAM BAKAR

Satu ekor ayam saiz 1.6 kg lebih kurang - potong butterfly

1 labu bwg putih

10 biji cili padi 

3 inci halia 

1 sb serbuk cili 

garam secukup rasa

1 1/2 sb gula perang

3 sb sos tiram

5 sb sos cili

2 sk lada hitam

4 sb minyak masak

Tumbuk atau kisar halia, cili padi dan bawang putih hingga lumat (seeloknya kalau kisar guna food prosessor supaya kurang berair).

Satukan semua bahan, lumur rata pada ayam. Boleh perapkan sejam dua jika suka. Bakar dalam air fryer (ikut manual masing2) atau ketuhar (suhu 200 celsius mode grill selama 1 jam 30 minit atau hingga masak dikedua2 bahagian ayam.)

Nasi mentega bawang putih

3 cawan beras basmathi - basuh dan rendam selama 30 minit - toskan

4 1/2 cawan air

Garam secukup rasa

2 sb mentega

1/2 labu bawang putih - cincang

Didihkan air bersama garam secukup rasa di dalam periuk. Masukkan beras yang telah ditoskan. Tanak sehingga nasi masak. 

Dalam kuali, tumiskan bawang putih dengan mentega hingga keperangan.  Tuangkan ke dalam periuk yang berisi nasi yang telah masak tadi. Kareh rata.

Sambal cili

10 biji cili kering - rebus hingga lembut

5 biji cili padi (merah atau hijau)

5 ulas bawang putih

1/4 cawan sos cili

3 sb cuka

Garam dan gula secukup rasa

Kisar cili dan bawang putih hingga lumat. Satukan semua bahan dalam periuk dan renihkan hingga agak pekat.

Mango float





Mango float pencuci mulut hari ni. Tapi dah lewat sikit baru boleh makan sebab buat lepas siap masak lauk pauk berbuka. Plan nak buat masa sahur jadi time berbuka dan set betul. Tapi takdan la pulak. Petang la baru menggodaknya, anak tolong potongkan buah, cepat la sikit siapnya. 

Hidangan pencuci mulut ni kalau tak salah hakak la berasal dari filipina. Suatu ketika dulu pernah viral kat malaysia ni. Buatnya mudah jer, tapi makannya sedap kemain terutama versi manis2 manja macam ni. Kalau manis sangat cepat muak. Yang ni makan tak sedar dah habis sepiring. Cuaca panas leting ni bila lalu benda sejuk kat tekak nikmat sungguh rasanya.

Mango float

3 biji mangga masak -  di hiris atau potong dadu

250 ml whipping/thick/heavy cream 

1/3 tin susu pekat atau ikut citarasa

200 gm cream cheese

200 gm cream krakers

1 cawan krim krakers yang telah dihancurkan

Susu segar suam secukupnya

Bahan2nya

Pukul keju hingga lembut. Masukkan susu, pukul hingga sebati. Kemudian masukkan whipp cream/heavy cream dan pukul hingga sebati. 

Celupkan krim krakers ke dalam susu dan susun satu lapisan di dalam loyang atau bekas. 

Tuangkan 1/3 adunan krim, ratakan.

Kemudian susun/taburkan mangga menutupi adunan krim tadi. ulangi proses sehingga habis. 

Lapisan akhir ratakan krim, susun/taburkan mangga dan akhir sekali taburkan serbuk krakers.

Beku di dalam feezer atau simpan dalam chiller sebaik-baiknya semalaman.

Ikan goreng masak lemak tumis

 Ikan goreng lemak tumis. Ni menu semalam. Hakak tengok resepinya kat bideo yang lalu kat wall yang masak lelaki tapi hakak tak kenal dan masakan tu takde nama jadi nama yang ada ni hakak belasah la letak sendiri. Nanti kalau2 uols tahu nama sebenar dia habaq mai hakak edit semula.

Kalau dalam bidio tu guna ikan siakap, hakak guna barracuda. Sedap masakan ni dan simple ajer membuatnya.

Ikan goreng masak lemak tumis



Seekor ikan siakap - gaul dengan kunyit dan garam - goreng garing (hakak guna ikan barracuda)

-  2 biji Bawang Besar

-  3 biji Cili Merah & 10 biji cili padi hijau

-   1 ketul Kunyit Hidup

-   2 inci Halia

-   6 ulas Bawang Putih

-   1 sb serbuk Belacan

-   Garam dan gula secukup rasa

Tumbuk (hakak malas nak tumbuk. Tumis hingga pecah minyak.

Masukkan

-   3 batang Serai - titik 

-   10 biji Cili Padi - masuk bulat

-   3 biji Tomato - potong kiub (hakak tak letak sebab takde stok)

Tumis hingga sebati. Akhir sekali masukkan 

-   Sejemput Air Asam Jawa - bancuh dengan 1/2 cawan air

-   1/2 cawan Santan pekat

Tumis hingga sebati. Masukkan ikan. Salut rata ikan dengan kuah dan masak hingga sebati.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...